Nuffnang

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Friday, 7 October 2016

Happy Belated Birthday!!! #216


Happy besday to me!!!! I mean, happy belated besday. MUAHAHAHHAHA. Kek ni kak long aku yang buat. Sedapppp! Lagi la bertambah sedap bila kau seorang penggemar cekelat yang tegar lagi utama. Aku sambut besday tahun ni dengan family je. Lel, padahal sebelum ni tak pernah sambut pun sebab setiap kali besday aku, aku mesti ada kat uni. 

Tahun ni sambut sekali dengan kakak aku sebab besday kitorang dekat-dekat. Besday aku 3 Okt and besday kakak aku 4 Okt. Malam tu makan sedap la and makin tambun la aku since duduk rumah je. haha. Makan kek cekelat, makan sate, makan spageti hommade and memacam lagi la. 

Oh, tak lupa jugak! Shout out to @Asyraf Crescent yang also has same tarikh besday as me! Yeayyy hip hip hooray! Sangat la tak sangka ada jugak blogger yang share tarikh besday dengan aku. Nanti kita makan kek sama sama kay. Haha.

Thanks pada mereka yang wish besday gua di twitter, wattpad dan juga facebook. Facebook tak ramai yang tahu sebab aku hide tarikh besday aku. Haha. Ramai yang wish dekat twitter je la and ada a few siap nyanyi *rolling eyes* dekat whatsapp! Muahahahaha. Gua blushing-blushing bhai bila ada orang nyanyi untuk gua.

Kau tak blushing kalau orang hantar voice note pada lu sambil nyanyi lagu Happy Besday? Fuh, gua pun melting babe. Koh koh koh. Gua akhir-akhir ni memang malas nak update belog. Da la duk rumah tak buat apa, pastu malas pulak update blog. Hahahhahahah. Kau memang la double triple anjeng pemalas. Emm emm, nanti ada la tu aku update bebila. :P

Selamat berjumpa lagi. Babai!



p/s
siapa nak pi sunway lagoon nanti roger gua kay :P




Saturday, 2 July 2016

Cerita pendek A dan B #207

*perbualan 1 dan 2 sahaja secara berdepan. Perbualan yang lain ialah melalui whatsapp*

A : Weh kau jangan tidur peluk aku tau. Aku busuk.
B : *tetap peluk A* Aku tahu kau memang busuk.
A : *diam sekejap* Tapi aku handsome kan?
B : HAHAHAHHAHAHA



A : *tengah baring main fon*
B : *peluk A guna kaki* Pinjam tangan kejap. *B pegang tangan A*
A : nak buat apa?
B : pinjam je la. *tengah belek-belek jari untuk cek saiz cincin sebenarnya*



B : Da balik dari hiking bagitahu aku.
Beberapa jam kemudian.
A : Aku da sampai bilik. 
B : Okay, kejap lagi aku datang bilik kau. *happy and excited!*
A : Okay.
B : *B dengan A borak-borak kejap sebelum tertidur. B tidur atas lengan A sambil peluk, kat luar hujan lebat plus guruh*



B : Nak pergi makan tak?
A : Tak jadi la. Sorry. Aku keluar dengan kawan perempuan aku.
B : *kecewa* Kenapa tak bagitahu awal-awal?
A : Sorry.
B : Kawan-kawan aku da keluar makan. Aku tunggu kau, last last kau keluar tak bagitahu aku pun.
A : Sorry weh. 
B : Takpe la *kecewa*



A : Aku nak mintak tolong kau.
B : Apa dia?
A : Jom teman aku pergi tempat tuisyen.
B : Emm, okay. Tapi kau bawak motor. *Gelak-gelak* Tapi akhirnya B yang bawak motor jugak sebab A rabun malam



A : ada orang kacau aku. Tak tahu la siapa kacau aku. Budak 17. Siapa entah yang sebar nombor aku. Menyampah la orang kacau-kacau ni. Ni da kali ketiga da.
B : Block je la. Kan senang
A : Okay. Aku block
Beberapa minggu kemudian.
A : Tengok topi ni. Budak 17 tu yang kasi. Cantik tak? Kitorang tak pernah jumpa tapi dia tahu aku suka topi ni , jadi dia kasi. *A tunjuk-tunjuk topi pada B dengan happy*
B : *terdiam. sebab tak tahu nak cakap apa. Ingatkan da block, rupanya tak*



B : Heya, watcha doin?
A : Baru balik keluar tengok wayang. 
B : Oh la ye ke. *kecewa. kecewa sebab kalau nak jalan-jalan, tak pernah A ajak B*  Best tengok wayang?
A : Best la jugak



B : *kat kedai makan* Makan malam da? Kau ada kat mana ni?
A : Belum. Lapar. Ada kat bilik. 
B : Nak apa-apa tak? Aku kat kedai makan ni.
A : Kau nak belikan ke?
B : Yap. Anything for you. Jadi nak apa?



B : Lapar *buat nada sedih* Ada makanan kat bilik?
A : Takde.
B : Ooo. Okay.  *sedih*
A : Okay



B : Lapar *Buat nada sedih* Ada makanan kat bilik?
A : Ada roti je. Budak perempuan sabah tu kasi.
B : Oh takpe la. Aku tak boleh makan roti. 
A : Okay.
B : *mengeluh sebab A tak pernah tanya lebih-lebih untuk amik berat*



B : Heya, ada kat mana? *Baru keluar hall exam*
A : Kat rumah da.
B : Laaaa, kenapa tak bagitahu dulu nak balik. Baru nak jumpa sekejap
A : Alaaa, rushing tadi.
B : Susah sangat ke nak bagitahu. *kecewa* Takpe la, nanti jumpa bila kau balik sini. 
A : Okay



B : Aku balik rumah dulu. *hari B patut balik rumah*
A : Aaaa, okay, okay. 
B : Kau ni, da balik sini bukannya nak bagitahu ke apa. Aku tak balik rumah ni pun sebab tunggu kau balik sini. Tapi last last kau diam je. *tak puas hati*
A : Aku busy la. Kemas bilik. Kawan aku datang bilik.
B : Aku tunggu kau kot dari balik rumah. *kecewa* Takpe la 
A : Okay




P/s
A dan B ialah lelaki. Diceritakan dari seorang kepada seorang yang lain. Diilhamkan dari sebuah kisah benar.


Thursday, 30 June 2016

Let's play with Ice Age! #206

Hari aku datang ke RWGenting untuk tengok Power Rangers, aku dengan kawan aku sempat juga untuk berjumpa and berpeluk mesra bersama watak-watak dari Ice Age. Fuhhh, as one of the fan of the movie, of course aku teruja gila kan! Did you guys know that Ice Age : Collision Course akan ditayangkan pada 5 Julai 2016 secara premiere screening di RWGenting? Cool and best gila kan!

Di RWGenting sekarang, I mean, yeah, SEKARANG! Whip, whip, terdapat Specestatic Adventure with Ice Age : Collision Course di mana terdapat beberapa permainan interaktif yang pelbagai mengenai Ice Age di mana pengunjung boleh bermain secara percuma. YEAYY. Da la percuma, ada hadiah pulak tu kalau menang. Heh, sebelum aku bebel panjang, jom layan gambar. Sebab bagi aku lagi senang nak bercerita kalau ada gambar kan? Ye dok?


Ini adalah pintu masuk atau permulaan untuk kau orang bermain game dekat dalam tu. It's kind like game untuk kita mengenali watak-watak Ice Age dengan lebih mendalam. I thought I was good enough and da kenal yadaa yadaa semua watak yang ada dalam Ice Age, tapi rupanya haram jadah gua fail first test. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA.  Bukannya fail la. cuma agak lembab bila main first game tu. Nak main game ni, angpa semua kena main dalam group. Paling sikit, satu group ialah 2 orang and paling ramai satu group ialah 4 orang. 


First stages main game, hahaha. totally blur. Kawan aku pun dumbfounded bila main game ni. It's really hard okay! hahahaha. Bahagian ni la, aku dengan kawan aku macam blur gila barabas. We thought we were good enough, butt TETTTT, hahahaha, kena try banyak kali jugak game ni.


Aku suka game ni, amazing! hahahahaha, best. for sure, kalau nak compare aku dengan kawan aku, kawan aku lebih power la berbanding dengan aku.



and banyak lagi la games pasal ICE AGE tu, takkan nak spoil bebanyak pulak kan? The most interesting part and the highlight for the day ialah bila dapat jumpa watak-watak ICE AGE!! YIPPYY. happy gila kot. Introduce to all of you, Sid dan juga Deigo! ada jugak aku dengan kawan aku, kitorang amik gambar dengan watak-watak ICE AGE yang lain. Selain dari Sid and Deigo, ada jugak watak seperti Scrat, Buck , Crash and Eddie.

apa-apa pun, segala bagai game interaktif ICE AGE ni yang berlangsung di RWGenting telah pun bermula since 4 June 2016 and will be end 24 July 2016. Segala bagai game ICE AGE serta aksi pose gaya yoga seperti di bawah ini, YE DI BAWAH!! kalau korang bernasib baik , korang boleh memenangi hadiah sehingga RM3000!!

:P

Banyak gila kot!


Yup, kami berdua penuh dengan sycnhronization and should win the main prize. KAH KAH KAH. 

apa-apa pun, sebarang pertanyaan mengenai ICE AGE, anda semua boleh la layari 


ataupun call sahaja di talian berikut

03 - 2718 1118.

Game yang berada di RWGenting including this one mengenai Ice Age ialah sangat sesuai di mainkan oleh ahli keluarga dan kanak-kanak. So datang la berama-ramai ke puncak genting yo! Selain dari main game Ice Age, korang juga boleh layan indoor games dan lain-lain di RWGenting. Selamat menonton cerita ICE AGE di wayang nanti and kalau nak dapatkan RM3000 itu, datang la ke RWGenting dan berkenal-kenalan la anda bersama watak-watak dari ICE AGE. Till we meet again, adios amigos. babai. :)

p/s
raya da nak dekat! nak kutip duit raya banyak-banyak! MUAHHAHAHAHA. 


Tuesday, 21 June 2016

Jelajah berbuka di bulan puasa! #204

Hai! Currently aku tengah dengar lagu sambil gigih betulkan FYP aku dengan roommate aku. Roommate aku da nak naik gila betulkan format FYP untuk level faculty. Yeah, sangat-sangat la meyusahkan *Rolling eyes* Aku macam tak percaya yang aku da nak habis belajar! *jerit-jerit* KAH KAH KAH. Gila excited. BOM BOM BOM *letup letupkan belon*

Actually agak excited dan sedih at the same time. Benda tu memang la tersangat mixed feeling. Ye la, sebab lepas ni nak jumpa kengkawan tu da agak susah sebab masing-masing busy kerja dan buat master la apa la. haha. Will be crying. Sobs :'(

Apa-apa pun, cerita pasal bulan puasa, so far, this is quite good Ramadhan al Mubarak for me. Tahun ni aku sambut bulan ramadhan dengan kengkawan aku. Tahun-tahun sebelum ni, its quite hard sebab aku ada jawatan dekat kolej, then susah nak spend masa berbuka masa dengan kengkawan tu. Tahun ni, boleh aku cakap, tiap-tiap waktu berbuka, aku dengan kengkawan aku akan pergi menjelajah dari satu masjid ke satu masjid untuk berbuka puasa. Gaya cakap macam pergi menjelajah planet la pulak. haha.

Haha. Perks bila universiti kau terletak di Lembah Klang dan dikelilingi oleh Masjid Besar Gabak yang pelbagai, so nak pilih tempat untuk berbuka tu, so far bukanlah masalah yang agak berat. Memang pilihan tu pelbagai and setiap hari akan buat rotation masjid untuk berbuka puasa.

Masjid Maybank

Aku panggil masjid ni masjid maybank sebab kedudukan dia dekat belakang maybank dekat dengan area universiti aku. Aku pun tak sure apa nama masjid ni sebenarnya. First aku balik uni, kawan aku bawak berbuka puasa dekat sini. Tapi nasib masa tu macam tak berapa nak baik la sebab masa on the way nak gerak ke Masjid Maybank, hujan lebat gila barabas. So masa sampai ke masjid tu, memang lencun la. Tapi alhamdulillah la, nasib baik dapat lauk untuk berbuka tu. Hiks. :P Sedap sedap!

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid ni antara masjid yang banyak kali aku pergi dengan kawan aku this semester untuk berbuka. Masjid ni memang ramai yang datang tak kira student, pekerja dari Putrajaya dan orang luar yang malas nak makan kat rumah. Tapi selalunya, memang aku nampak bersepah budak-budak dari universiti aku berbuka puasa dekat sini. Maybe lebih luas and lebih selesa. Heh. Lauk dia pun mantap-mantap! haha. Cuma yang tak boleh belah masjid ni ialah part masa nak amik lauk berbuka. Style berbuka dekat Masjid Putra ni ialah kau makan kuih + kurma + minum air sebelum solat then baru kau makan nasi + lauk. Kiranya senang cakap, kau akan solat maghrib dulu baru lah kau dapat makan makanan berbuka. Bahagian lauk selalunya terletak di sebelah kanan masjid *siapa yang pernah pi masjid putra senang la nak bayangkan, haha*. Jadi bila datang bab solat, ramai gila orang kat belah kanan masjid instead of belah kiri masjid. Masing-masing mengelat solat belah kanan. -,- I was like . Korang ni serius la? hahahaha. Kadang-kadang belah kiri masjid baru 2,3 baris, tapi belah kanan masjid da 5,6 baris of jemaah. Pasal bab ni, aku malas nak komen lebih. haha. aku cuma tulis apa yang aku nampak je. aku suka masjid ni sebab makanan dia sedap ! >.< Paling tak boleh belah, mesti akan ada budak-budak berlari ke tempat kaunter makanan once Imam cakap

"assalamualaikum warrahmatullah."

Fuhh, terus berdesup bebudak ni lari macam flash.

Masjid Besi, Putrajaya

Aku baru sekali je pergi berbuka puasa dekat Masjid Besi ni. Masa tu pun lambat jugak sebab lambat gerak dari universiti. Bila sampai kat masjid je, semua orang da nak start solat. Terus capai air, minum sampai habis and terus solat. Style masjid besi ni sama je macam style masjid putra which is makan kurma and minum air terlebih dahulu sebelum solat and then baru makan makanan berat. Scenery dekat masjid besi ni agak best sikit sebab dia ada khemah besar segala bagai and lebih meriah and lebih gah sikit dari Masjid Putra. haha. Maybe dapat lebih tajaan kot. Entah la. Yang tu aku tak sure sangat. Cuma dekat masjid besi ni, orang lebih teratur and tak la kejadian saf senget sebelah dekat masjid putra tu berlaku dekat masjid besi. haha. Lebih civilized sikit Masjid Besi ni. Lauk dia pun best jugak! haha. :P even baru sekali berbuka dekat Masjid Besi, sempat jugak buat kawan masa tengah berbuka puasa. Aku ni memang taram barabas je borak dengan siapa-siapa yang aku nampak depan mata. Da bosan kan, haha. so borak je la dengan siapa-siapa untuk ceriakan suasana. KAH KAH KAH.

Masjid Uniten

Masjid ni pun antara port student uni aku suka datang makan. haha.

1) lauk dia terbaik
2) Boleh cuci mata

kenapa boleh cuci mata? yang tu kau kena datang sendiri. Masjid uniten ni dekat sikit nak pergi kalau compare to masjid yang ada dekat putrajaya. Style berbuka kat masjid uniten ni ialah makan dulu baru solat. Makanan dia pun quite boleh tahan and meleleh sedap. Hari tu aku datang berbuka, ada lauk ayam gorenggg. Yummy habis! Aku selalu jugak pergi dengan kawan-kawan aku ke masjid uniten ni. Tapi bila nak pergi masjid uniten ni, kitorang akan pastikan yang kitorang tak pakai baju uni sendiri la. haha. ada masjid kat uni sendiri, tapi nak jugak berbuka dekat masjid uni orang lain :P well, itu yang kita panggil variety kan? haha. kena merasa berbuka dekat pelbagai uni. :3

and banyak lagi la masjid-masjid yang aku dengan kawan aku pergi. hahaha. gial bergilir - gilir pergi masjid macam apa je. Nak senaraikan macam banyak la pulak. and aku ni pun bukannya rajin nak menaip sangat. :P macam-mana dengan berbuka puasa korang tahun ni? Best? berbuka dengan siapa?

Kawan?

Kekasih?

Pakwe?

Awek?

Family?

Forever alone?

Eh? haha.

Aku ada masa seminggu je lagi untuk stay dekat uni and spend masa dengan kawan-kawan sebelum masing-masing balik rumah sendiri.

Tinggal seminggu je lagi.

Seminggu je.

Sekejap je kan?

Huhu.

Aku rasa macam semalam je aku masuk asasi kat uni aku ni. haha. Cepat je masa berlalu. Aku akan rindu kawan-kawan aku. :') sob sob sob. *bunyi menangis*

p/s
kalau korang ada berbuka puasa dekat those masjid-masjid. bagitahu la aku, maybe kita boleh lepak sama! haha. ceriakan suasana! Oh btw, aku dapat offer kerja dekat Langkawi!


Thursday, 9 June 2016

Pengalaman puasa di perantauan #202

Once, aku pernah berpuasa dekat luar negara. Perghh, gua pun tak boleh percaya yang once gua pernah puasa kat luar negara. aku pernah puasa dekat Korea Selatan selama 3 minggu sebelum minggu yang terakhir bulan ramadhan tu, aku balik rumah. Masa tu aku ada exchange program dekat Chungnam National University, Daejeon, South Korea.



Question 1 
Apa perasan puasa dekat luar negara?

Perasaan tu sedih la. It's not like first time aku berpuasa and berbuka jauh dari family. Since I was 18 aku da start berpuasa and berbuka dekat universiti aku instead sambut dekat rumah. Tapi puasa dekat negara lain, still la kau akan rasa aneh gila. wakil universiti aku masa tu ada dua orang je which is aku and lagi seorang ialah budak engineering perempuan but dia india. kiranya aku sorang je la dari Malaysia yang boleh berpuasa. Classmate aku yang lain semuanya non muslim as dorang ada yang dari Germany, France, US, Kanada, Brazil, Taiwan, Jepun, Thailand and banyak la lagi. Kenapa aku cakap sedih? sebab aku ingat lagi masa aku bukak puasa first day of Ramadhan. Im freaking alone, not literally alone la. actually masa tu aku dalam perjalanan balik dari Seoul ke Daejeon dengan kengkawan aku yang lain (kengkawan exchange student) . Masa tu jam 740 petang, dalam bas seseorang, makan roti and minum air coca cola je waktu berbuka! That's it! Tu je aku bukak puasa masa tu. Bila sampai bilik pun, I just have maggi instead makanan berat yang lain sebab

1) Takde dapur dekat hostel
2) Takde pantri jugak
3) Aku pun bukannya tahu memasak.

Serius masa tu nak nangis. Im freaking alone!

Ni je la makanan berbuka aku first day puasa hahahahaha.


Question 2
Cabaran terbesar puasa dekat luar negara?

Cabaran terbesar dia bila aku puasa lagi lama dari apa yang aku pernah puasa dekat Malaysia. Beza and selang waktu Korea Selatan - Malaysia tak la jauh sangat pun. It's just 1 jam je pun. So aku takde nak jet lag sangat pun bila sampai korea and nak bangun pun agak senang sebab jarak and perbezaan waktu yang tak ketara sangat. Tapi puasa dia agak panjang la kalau nak compare to Malaysia sebab masa aku pergi Korea, masa tu ialah musim panas, so siang dia lebih panjang dari malam.

Aku start puasa jam 319 pagi and selalunya berbuka around 740 malam. I was like -,- aku sahur lagi awal dari orang kat Malaysia and berbuka lagi lambat dari kat Malaysia. hahaha. Apa-apa pun, ianya memang dugaan la. Satu, da la puasa lama. Dua, aku tak pandai masak. tiga, actually I dont have much enough money to survive kat korea sebenarnya and aku kena catu duit aku sungguh-sungguh. Jadi nak makan sedap-sedap tu memang tak la.

Question 3
Macam mana puasa pada musim panas / summer di Korea Selatan

Literally summer di korea selatan adalah lebih sejuk dari cuaca normal di Malaysia. Bila aku balik Malaysia, aku memang haus gila and rasa nak berbuka tu memang ada la. Masa aku duduk hostel antarabangsa dekat CNU (nama uni aku), habis je kelas jam 4 petang, jalan kaki balik hostel ramai-ramai and then terus masuk bilik. Masuk dalam bilik pun terus on aircond semedang and tak panas la kan cerita dia. haha. Tapi bila balik Malaysia, and rumah aku pulak takde aircond, once masuk jam 3 petang ke 330 petang, sah, aku rasa macam ada dekat padang pasir. Tekak rasa kering gila. For 3 ke 4 hari, aku memang tak dapat nak adapt la dengan cuaca kat Malaysia sebenarnya sebab terlampau panas. Memang kat korea tengah musim panas tapi musim panas kat sana ialah panas terik and kering and berangin which is differ much compare to Malaysia.


Ni hostel budak perempuan, hostel budak lelaki betul-betul dekat sebelah dia. Bilik aku kat tingkat 5 :) Ada lif, so tak penat pun!

Question 4
Macam mana survive dekat sana masa bulan puasa?

Dekat CNU, dekat kafe dorang akan kasi breakfast and dinner free. Breakfast selalunya around 8 pagi and dinner pulak around 6 petang. Aku selalunya akan tapau benda-benda yang tahan lama and makan masa berbuka atau makan masa sahur keesokan harinya. Aku akan bawak bekas makanan siap siap and tapau kat dalam tu. Kat dalam bilik, ada peti ais, so tak risau makanan nak jadi basi ke apa. Memang aku sumbat semuanya dalam tu je. Even microwave pun ada. Tapi tu kena pi kafe la, tak pun convenient store.

Question 5
Classmates yang bukan islam ada tanya tak pasal puasa?

Of course! Soalan yang dorang keep tanya ialah kenapa muslim kena berpuasa? And aku kasi jawapan yang orang islam kena berpuasa supaya mereka yang ada makanan and boleh makan ni sentiasa ingat akan orang yang tidak berapa bernasib baik , yang sentiasa lapar , yang tidak dapat makan. Supaya orang yang agak senang, akan sentiasa teringat pada mereka yang kurang bernasib baik and knows feeling rasa lapar tu macam mana.

Question 6 
Kenangan best puasa dekat Korea?

Aku tak tahu nak cakap ini kenangan best ke apa tapi bagi aku ianya sangat sweet la. Aku rasa almost everyday, classmate aku akan tanya aku, sama ada aku okay atau tak semasa puasa.

"Are you okay?"

"Thirsty?"

"Want to eat something?"

Sangat-sangat sweet dan baik hati even though kitorang semua dari negara yang berlainan dan mempunyai agama yang lain, tapi dorang ter sangat la mengambil berat pada aku. Takde istilah dorang benci islam ke apa ke, they are nice and baik!

Half of the class. Serious dorang baik gila! 

Walaupun banyak dugaan berpuasa di luar negara, still bagi aku ianya adalah kenangan yang susah kau nak dapat kat mana-mana. Bak kata pepatah, pengalaman mematangkan seseorang. :p Tiga minggu puasa dekat sana kadang-kadang buat aku sedih namati sebab puasa sorang - sorang, berbuka sorang-sorang, sahur sorang-sorang. Da la aku tak tahu masak pulak tu. HAHAHAHHAHAHAHAHA. menyedihkan gila aku ni masa tu. Still I feel bless sebab aku ada dua orang roommate korea yang sangat memahami, yang tahu pasal puasa and islam, dorang siap belanja aku makan malam sebelum aku balik Malaysia! baik kan? 

haha, serius aku rindu nak jumpa dorang balik!


p/s
ada sesiapa nak ikut aku pi korea selatan? Like serious shit, bahasa korea aku da berkarat! haha.


Final exam paper korea aku.

Sunday, 6 March 2016

Pembunuhan atau bunuh diri? #193


Pada pendapat aku, ianya ialah satu pembunuhan. Kenapa aku cakap pembunuhan?

1) Dia pegang pistol dekat tangan kanan. Tapi yang lukanya jugak ialah headshot di belah kanan. Tak mungkin bunuh diri boleh buat aksi sebegitu rupa. Kalau boleh buat pun, mungkin tak serumit macam ni. Bunuh diri. It will be simple right?

2)Selipar perempuan tu dekat area lutut. Which mean, ada sedikit pergelutan. and hanya ada satu selipar je. Lagi satu selipar tidak diketahui di manakah keberadaannya. Kalau dia bunuh diri sekali pun, selipar tu akan berada pada kaki dia.

3) Perempuan itu sedang berada dalam keadaan tenang masa kena tembak dibunuh and tak mungkin dia bunuh diri. Aku rasa dia sedang berehat dari menulis surat. Hanya orang pakai cermin mata je paham perasaan ini. Kalau orang yang pakai cermin mata, kalau dia nak take a rest, dia automatik akan tanggalkan cermin mata dia, letak atas meja and leave it sebab nak urut mata atau pelipis mata yang letih. Perempuan tu berehat dengan menghisap rokok , tapi malangnya tak habis lagi and ada tin coca cola dekat atas meja dia. 

4) Boleh jadi yang membunuh perempuan ini adalah seorang pembunuh upahan and perempuan itu jugak bekerja dalam arena polis / detektif / atau sort of like that. Boleh jadi someone yang perempuan itu kenal. Sebab kalau nak kata perompak yang masuk ke rumah dia, for sure, keadaan rumah dia akan bersepah. 

5) Perempuan itu terkena headshot dan tidak sempat bergelut. Emm, maybe ada bergelut seketika (amik kira pasal selipar dia!) Percikan dekat dinding belakang quite besar which is tembakan dari pembunuh ialah dari jarak yang agak dekat. 

Conclusionnya : saya vote yang perempuan itu dibunuh.

hahaha. gua boleh jadi detektif conan bai. So? apa yang korang rasa? Is it pembunuhan? Atau bunuh diri? Sila komen jawapan korang kat bawah beserta sebab kenapa korang pilih jawapan itu. Hiks. More answer more merrier right? 

p/s
tetiba aku rasa nak tulis cerita pasal detektif pulak. HAHAHHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHHA. berangan la kau setan. 


Thursday, 4 February 2016

Dunia ni kecik je. #183

walaupun dunia ni ada lebih kurang 2.5 billion umat manusia, tapi apa yang aku boleh katakan, dunia ni memang kecik. ada beberapa perkara sepanjang aku membesar, yang membuatkan aku kagum dengan apa yang Allah aturkan and really show, dunia ni memang la tersangat kecik.

1) aku ada sepupu, nama dia Diana. Nenek dia aturkan dia kahwin dengan seorang lelaki ni. Kiranya perkahwinan yang diatur keluarga la. Aku tak ingat nama lelaki dia tu, tapi kita panggil dia as a Jebat. So, Diana + Jebat

Beberapa bulan atau almost setahun, sepupu lelaki aku kahwin. Nama dia ialah Zikri. Zikri ni kahwin dengan seorang nurse which is nama dia ialah Haziqah. Emm, aku tak tahu la pulak cemana dorang ni boleh kenal. KAH KAH KAH. so, Zikri + Haziqah.

masa perkahwinan tu berlangsung, aku tak ingat siapa tah bagitahu aku, kakak aku kot yang bagitahu, rupanya, Suami Diana iaitu Jebat dan Isteri Zikri iaitu Haziqah ialah bekas kekasih and dorang pernah berkapel sebelum ni. bila aku dengar, aku da HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. serius aku rasa wow gila. haha. rupanya Jebat and Haziqah pernah kapel. Jaw aku rasa nak jatuh kat tanah da masa tu. heh. memang awesome betul aturan Allah tu.

2) Aku ada kawan, nama dia Daniel. Daniel ni classmate aku since aku form 1 sampai form 5. aku agak rapat la dengan dia. lagipun lelaki dalam class aku masa aku form 4 and form 5 hanyalah 6 orang je. tu yang membuatkan kitorang ni rapat antara satu sama lain. And masa form 5, aku ketua pengawas and Daniel ni pulak timbalan aku.

Kak ngah aku ada seorang kawan kat uni dia masa dia belajar. Dia belajar kat UKM dari 2006 sampai 2008. Kawan kak ngah aku, nama dia ialah Kak Kiyo. Satu family aku ni kenal Kak Kiyo sebab time raya je, kitorang mesti raya kat rumah dia setiap raya ketiga , pada waktu petang tanpa gagal setiap tahun.

ada satu hari tu, family aku buat open house masa raya. Aku jemput kengkawan aku datang. Kakak aku pun jemput kengkawan dia datang. Paling tak boleh belah, Kak Kiyo dengan Daniel rupanya sepupu. Ayah Kak Kiyo adik beradik dengan ayah Daniel.

aku da, hahahahahhahahaha. punya la bertahun aku kenal Daniel and punya la bertahun kak ngah aku kenal kak kiyo tu, lepas open house tu, baru tahu yang dorang tu sepupu rupanya.

3) aku ada sepupu belah ayah, anak Pak Lang aku bernama Fatihah. (Kisah nombor 1 tu sepupu belah emak) . Fatihah ni nak melangsungkan perkahwinan dengan pakwe dia iaitu Mamat. And aku ada lagi seorang sepupu belah ayah, anak Abang Long,  nama dia Amir. Amir pun nak melangsungkan perkahwin dengan gadis pilihan hati bernama Siti.

Bila Mamat datang ke rumah sepupu aku, Fatihah untuk merisik, everything went well , smooth and kedua-dua keluarga borak di antara satu sama lain untuk bincang hal tarikh la apa la itu la ini la. *rolling eyes* kau tahu je la parents segala bagai bila borak macam mana kan. (perbincangan merisik ni antara family mamat dengan family fatihah je, ahli keluarga yang lain takde. Heh, nama pun merisik kan? Bukannya bertunang), Tetiba dorang terkesan something.

Fatihah anak Pak Lang akan kawen dengan Mamat.
Amir anak abang Long akan kawen dengan Siti.
Rupanya Mamat and Siti ialah adik beradik.

hahahahahhahahahaha. sekarang ni Fatihah and Amir bukan sahaja sepupu tapi juga ialah adik beradik ipar? Hurmm? ye ke? eh? betul ke gelaran tu? hahaha. tapi like sherious shit, memang la pelik betul. It's like macam kau kapel dengan awek kau. end up, kau tahu sepupu kau kapel dengan abang kepada awek kau. tak ke macam hurmm, keciknya la dunia ni. haha

banyak lagi kejadian-kejadian yang terjadi di sekeliling aku, yang aku anggap, emm, keciknya la dunia ni. ada tu ketika tu, aku nak settle hal kolej, so, kena pergi la pejabat kolej aku untuk settle hal bilik, hal yuran, hal kunci, hal koko dan sebagainya yadaa yadaa. Rupa-rupanya bila aku da sampai kat pejabat , kerani dekat kolej tu ialah mak kepada ex aku. aku tahu tu mak ex aku sebab aku pernah usha gambar-gambar ex aku, well, aku dulu seorang stalker dan emm, sekarang pun ye jugak. haha. tapi mak ex aku tu tak kenal aku la. phew. haha.

apa apa pun, korang pernah alami beberapa perkara yang emm, bila korang fikir balik.... dunia ni memang la kecik? Pernah tak? haha. kalau pernah, boleh la korang-korang semua, kau kau kau kau kau dan kau di sana, di sini, di situ dan di mana mana je , komen di bahagian bawah ni kay. KAH KAH KAH. kadang-kadang memang kelakar and terkejut bila rupanya orang yang kau kenal, bersangkut paut dengan kenalan kau yang lain.

hiks.

dunia ni aneh kan?

and kecik rupanya

till then. adios amigos!

p/s
Valentine da nak dekat!



Sunday, 10 January 2016

cerita saya pada tahun 2015 #180

Januari 2015

-aku baru clash masa ni. emosi gila tak menentu masa ni sebab ex kau curang pada kau.
-final exam untuk semester 5. tunggang terbalik jugak aku jawab final exam ni. 2 jam untuk jawab esei, 30 minit aku termenung sebab terkenang kisah cinta separuh jalan. i is sobs
-19 January, aku start intern kat company recreation. ofis dekat PJ, recreation site dekat Shah Alam
- aku dapat result untuk semester 5. alhamdulillah. still atas 3.5

February 2015

-aku dapat banyak projek masa kat tempat intern. KAH KAH KAH. kadang-kadang memang selamba je sampai rumah jam 11 ke 12 tengah malam sebab baru balik kerja. apa-apa pun, nice experience weh.
- mostly episode2 remaja yang aku tulis berbaur sendu sebab masih tak boleh move on. KAH KAH KAH
- gua stop main COC

Mac 2015 

- ketuai projek dekat PWTC. berpeluh ketiak handle macam-macam.
- doktor sahkan aku sakit.
- aku ada kawan yang study medic dekat UM. so, masa bulan Mac ni la aku ceroboh masuk Hospital Besar Klang jam 12 tengah malam sampai 2 pagi cenggitu. usha pesakit, pi kat bumbung hospital, jejalan sana sini kat hospital sambil pakai kot and stetoskop doktor. dorang semua ingat aku student dari UM. keh keh keh. thanks Hary atas pengalaman yang cool gila.
- ketuai projek dekat Sepang.

April 2015.

- aku kenal Tuper Iroo.
- gua masih intern lagi.


Mei 2015 

- handle projek dekat shah alam.
- kenal tuper iroo lebih mendalam. kononnya. KAH KAH KAH. . buat entry pasal dia kat blog. acah-acah sweet.
- aku rasa dalam bulan ni jugak la aku gaduh dengan Nu'man and Dollah. gaduh besar gila babi punya la. lagi-lagi bila aku gaduh dengan Dollah. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. bila ingat balik, sumpah kelakar nak mati. HAHAHAHHAHAHAHAHHAAHHA. Hi nu'man , Hai dollah, how's you guys doing?
- first time join larian dekat Putrajaya. dapat sijil. dapat medal.
- dalam bulan yang sama aku join larian yang dianjurkan oleh MSU. yang ni suck.

Jun 2015. 

- handle projek dekat Putrajaya
- hubungan aku dengan Tuper Iroo jadi sour nak mati. tapi aku tak la menyesal pun bila fikir sampai sekarang.
- aku, Kady and Hary jadi volunteer dekat Gopeng, area-area Gua Tempurung sana. serius best gilaaaaa jadi volunteer dekat situ. suka duduk dekat Earth Camp and hangout dengan others volunteer. root to be their volunteer again this 2016.
- gaduh dengan family. almost 2 minggu tak bertegur sapa.
- puasa.
- gua masih intern.
- cerita timbul pasal Tuper Iroo. kantoi yang dia tu.....

July 2015

- gua tamat intern. habis intern 3 July 2016. cukup-cukup and genap 24 minggu. weeehuu!!
- raya.
- lost contact dengan Tuper Iroo.

August 2015 

- mengisi masa lapang dengan makan makan makan and tidur dekat rumah.
- pergi Genting untuk cover events and segala jadah berita dekat sana.
- lost contact dengan Tuper Iroo.

September 2015 

- masuk semester 7. sekejap je masa berlalu
- start baca wattpad semula.
- assignment berlambak namati
- Jumpa adik Tuper Iroo dekat universiti aku. and aku pun tahu cerita sebenar siapa sebenarnya Tuper Iroo yang acah-acah baik tu. pfft.
- tiap-tiap minggu akan ada trip ke air terjun kat selangor.
- kenal Larisa masa bulan September
- subjek yang aku amik pada semester 7 ialah :
1) Recreation Marketing
2) Fundamental of Economy
3) Planning and Design of Recreation Park and Site
4) Business in Recreation
5) Product Development
6) Art of Argument
7) FYP A

Oktober 2015

- start post cerita dekat wattpad.
- gua sambut besday gua dengan chicken pox.
- ada orang nyanyi lagu happy besday dekat gua dekat fon. thanks la woi sebab kol.
- start first test.
- dapat markah first test.
- makin sayang pada Larisa. Ucap congrate pada Larisa sebab menang pingat gangsa kat World Championship. KOH KOH KOH.
- kenal Acip. hehe.

November 2015 

- date
- trip ke FRIM
- trip ke Tanjung Tuan.
- start main chess online dengan Acip yang ada kat Europe.

December 2015

- struggle nak siapkan FYP A, segala jadah esaimen and projek.
- Acip tolong banyak pasal FYP A. thanks a lot Acip. keh keh keh.
- Acip kata maybe dia balik Malaysia on February 2016. tanya aku free ke tak.
- pergi interview
- final exam bermula
- malam terakhir tahun 2015, aku dengan Faijiq jejalan Putrajaya and habiskan masa tahun baru kitorang dengan makan kat Murni Bukit Jalil pada jam 230 pagi.
- gua masih memikirkan apa impian dan harapan gua pada tahun 2016. emm, nampaknya macam takde. KAH KAH KAH.

p/s
sekarang da start cuti sem! weehuuuu. banyak makan. banyak tidur . banyak minum. banyak main. KAH KAH KAH. apa cerita tahun 2015 anda? bila aku post by bulan cenggini, baru aku sedar life aku masa 2015 memang la HAHAHAHAHAHAHAH. bercampur baur betul. aku harap life 2016 akan jadi lebih cool and lebih superb., hiks!


Saturday, 5 December 2015

Kisah saya dan stranger #174

pernah tak kau pergi mana-mana , sama ada kedai makan ke kedai motor ke kedai buku ke restoran ke mana-mana la, then suddenly orang yang tak kenal , tegur kau and berborak dengan kau. contoh situasi dia ialah macam ni.

di sebuah kedai buku.

kau tengah sesedap baca buku secara curi-curi, ye la, sebab malas nak beli buku tu. so better baca je secara free kan? kan lagi jimat. KAH KAH KAH. and then suddenly ada orang tegur kau.

stranger : buku sekarang ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak beli buku archie ni, tapi mahal sangat la pulak.

kau : *rolling eyes* biasa la. buku malaysia. mana tak mahalnya.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang sini dengan siapa?

and the rest is history.....

contoh situasi yang lain ialah.

di sebuah kedai makan 

kau : *tengah duduk sorang-sorang and tengah tengok fon baca wasap*

stranger : *tetiba duduk kat kerusi depan kau* makanan kat kedai ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak makan banyak-banyak kat restoran ni, tapi mahal sangat la pulak. so tak jadi la makan banyak sangat.

kau : *rolling eyes* biasa la. makanan malaysia. mana tak mahalnya. lagi-lagi kalau najib jadi PM.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang ke sini dengan siapa?

and the rest is history.....

contoh situasi yang lain ialah.

di sebuah shopping mall 

kau : *tengah usha baju-baju yang ada kat mall. tengah usha sana sini and tengah carik baju murah and pada masa yang sama cantik gila and nampak macam baju mahal.*

stranger : *tetiba datang sebelah kau* baju kat kedai ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak beli baju kat sini sebab ada function . tapi mahal gila baju kat sini.

kau : *rolling eyes* biasa la. baju malaysia. mana tak mahalnya. lagi-lagi kalau kat shopping mall ni.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang ke sini dengan siapa?

and the rest is history.....

apa perasaan korang kalau situasi ni jadi kat kau? it was fucking happen to me. Like sheriously aku macam terkejut gila bila strangers mana entah tegur aku. padahal masa tu aku tengah baca novel online and seboleh mungkin tundukkan pandangan kat fon and tak hiraukan orang sekeliling. aku memang tak pedulik langsung kat orang sekeliling and seolah-olah jadi dinding.

aku still boleh consider la kalau aku lilaukan pandangan and then lepas tu mamat tu senyum kat aku, and aku senyum balik. and aku still boleh accept kalau dia datang berborak dengan aku sebab sebelum tu kitorang da exchange senyuman. tapi its quite creep me out bila aku just tunduk, and then someone memulakan perbualan dengan kau.

its like macam, kau dekat satu butik ni. kau usha - usha baju kat situ. lepas da usha harga and tanya hal baju itu ini,  pastu tetiba kau datang kat seorang customer tengah usha baju sorang-sorang ni and kau selamba je cakap

kau : baju kat sini mahal-mahal kan. *mengeluh*

first, aku tabik dengan mamat tu sebab berani gila mulakan perbualan. HAHAHAHHAHAHAHAHAH. even aku rasa aku yang outspoken and too easy going and too spontaneous pun tak berani buat macam mamat tu buat. maybe I'm not too spontaneous enough kot. haha. way to go sharky! let's rock the world

second, tabik dengan mamat tu sebab ada guts and balls. and bergaya gila. bagi aku agak bergaya la. tapi masa kejadian tu berlaku kat aku, aku tengah malas nak layan orang. jadi soalan-soalan yang aku tanya pun like, duduk mana. umur berapa. buat apa je. kerja dekat mana.

dan perbualan kitorang berakhir begini.

stranger : okay la. abang balik dulu.

aku : okay. *senyum*

stranger : *belah dari situ*

aku : *sambung baca novel online dekat fon*

sampai sekarang aku tak tahu dia siapa atau apa nama dia. mystery guy! so, if this situation happen to you guys,how you guys will react to it? senyum? layan? mintak number lepas tu kenal2 lebih2. tak layan? or whatever. komen la woi and share your story. haha.


p/s
jangan lupa baca magis woi! cerita terbaru selepas asrama, remaja and playboy. siapa tak baca, aku rasuk dia laju-laju.

Monday, 23 November 2015

Family Trait #171

hari tu aku borak dengan kawan aku pasal perkahwinan. Perghh, gila straight aku hari tu borak pasal hal kawen. HAHAHAHAHAH. maybe tak lama lagi aku akan kawen sebenarnya. jeng jeng jeng.  da ada calon da pun, tinggal nak masuk meminang je kat orang tu. haha. siapa percaya apa yang aku cakap, dia bangang.

lepas borak pasal hal kawen, tetiba perbualan kitorang masuk hal rambut pulak. kawan aku cakap yang rambut dia ikal - kerenteng. so kiranya rambut dia masuk kategori dominant. Aku pulak cakap, yang rambut aku jenis tebal dan lurus yang susah nak diuruskan. Rambut lurus is recessive.

bila aku pikir-pikir tadi, ada beberapa family trait yang aku boleh kesan dalam family aku. sebelum tu, dalam family aku, ada ayah, ada mak, ada kak long, kak ngah, alang and aku. aku sorang je lelaki dalam adik beradik aku.

1)Ketinggian ; Pendek

ye. family aku ni boleh dikategorikan sebagai pendek. Mak aku jenis tak tinggi. ayah aku pun tak tinggi mana. dalam family aku, aku rasa, aku la paling tinggi. so , memang family aku ni jenis dwarf je kalau nak banding dengan family orang lain. HAHAHAHHAHAHAH. sedihnya hidup kau ni Sharky.

2) Rambut ; Lurus and tegak macam durian kalau rambut tu pendek

rambut family aku jenis lurus. masa zaman kecik-kecik, bila rambut pendek, rambut aku sangat la terpacak macam duri landak. even dengan rambut aku yang sekarang ni, bila aku bangun tidur, rambut aku terpacak macam pakai wax. aku tak paham kenapa orang nak sangat rambut terpacak. kau tahu tak rambut terpacak semula jadi sangat la menyusahkan dan sangat susah diuruskan. dan aku nampak trait rambut lurus and pacak tegak macam durian ni kat anak-anak kak long aku, Adriana, Aidilya and Ammar. aku selalu berharap rambut aku ikal sikit. hahahaha. tak payah aku nak spend 5 ke 10 minit just untuk rambut je.

3) Warna Rambut : Hitam pekat dan terlebih tebal

warna rambut family aku hitam pekat yang memang pekat. orang panggil hitam arang and double arang terlebih arang. haha. macam bangang pulak.  and rambut family aku pun tebal jugak. so, family aku kerap gunting rambut.

4) Warna kulit : cekelat cerah

mak aku putih. ayah pulak jenis tanned. disebabkan aku selalu main parit waktu aku kecik, jadi, bila besar aku jadi cokelat banyak. ada sesetengah orang, dia putih yang memang putih. dia main parit atau panas banyak kali pun, dia tetap putih. yang aku perasan adik beradik aku, badan kitorang cekelat cerah tapi yang agak cekelat banyak ialah kat area pergelangan tangan, muka and bahagian-bahagian yang terdedah kat cahaya matahari. aku and kakak-kakak aku used to naik basikal around 6km ke 7 km setiap hari masa kitorang form 1 sampai form 5 untuk ke sekolah dan balik sekolah. jadi kau rasa area mana yang tinggal cekelat cerah je? once, kawan aku tak pernah nampak aku shirtless, jadi bila dia nampak aku shirtless for the first time nak pergi mandi kat toilet, dia terkejut.

"eh? kau putih kan rupanya?"

hahahha, aku pun tak tahu kenapa tetiba dia cakap macam tu. kau tak boleh nak cakap dalam hati ke?


5) Penyakit : none. 

alhamdulillah. family aku bebas dari penyakit-penyakit yang sedia ada. aku rasa la kot. HAHAHAHAHHAHAHAH sebab so far,  aku tak pernah dengar lagi kes-kes penyakit berat macam sakit jantung, sakit buah pinggang ke darah tinggi ke apa ke kat family mak and ayah aku. Adik beradik mak aku ada 12 orang. 6 lelaki and 6 perempuan. semua adik beradik lelaki mak aku jenis tak hisap rokok. and surprisingly, semua sepupu lelaki belah mak aku pun jenis tak hisap rokok. adik beradik ayah aku ada 8 orang. 7 lelaki. 1 perempuan. yang hisap rokok is ayah aku je dalam kalangan adik beradik dia.

6) bulu pada anggota badan selain muka : kurang.

aku rasa family aku jenis kurang berbulu. hahaha. kakak aku yang pertama je yang ada bulu tangan agak lebat. kakak aku yang lain agak nipis bulu kat tangan termasuk la aku. untuk part lain, bulu kaki is nipis, bulu dada takde. bulu bawah tu ada la. hahaha. and surprisingly, satu family aku takde bulu ketiak. sekian. HAHAHAHAHHA. senang nak uruskan.

7) kening : tebal

family aku ada kening yang tebal. actually kening mak aku is tebal. kening ayah, kalau tak silap aku biasa-biasa je. orang cakap, kening tebal ni kuat jeles dalam perhubungan . ye ke? KAH KAH KAH.

8) bulu mata : panjang tapi tak lentik. 

family aku ada jenis bulu mata yang panjang macam bulu mata unta. HAHAHAHAH. once, aku tak tahu apa yang merasuk Adriana anak buah aku tu , dia pergi bantai gunting bulu mata dia. Kak long da marah macam apa je. aku rasa da boleh nampak tanduk tumbuh kat kepala kakak aku masa tu. aku  pulak da tergelak terbahak-bahak dengan perangai malaun tu.



apa yang aku cakap ni berdasarkan pemerhatian aku kat adik beradik aku la. and apa yang aku tulis kat sini, more kepada physical trait yang agak jelas pada family aku. sebab kalau trait yang lain, i mean, non physical trait, susah la pulak aku nak telek satu persatu. semua orang ada family trait masing-masing kan. jadi, apa family trait kau yang agak obvious pada kau?  heh. yang ada dimple ke? rambut perang ke? bulu mata lentik ke? heh. share la sikit dengan aku kat bahagian komen. tehee. ada tak family trait korang yang agak sama macam aku? haha. aku rasa mesti la ada kan. lagi-lagi warna rambut. kah kah kah.

apa-apa pun, selamat malam and adios amigos. kalau nak tidur, jangan lupa baca doa tidur kay. Assalamualaikum. till we meet again :)

p/s
aku ada test this upcoming tuesday!! seram betul.

Thursday, 8 October 2015

Makan makan makan at Steamboat, Resorts World Genting!! #166

Velvety nights with a nip in the mountain air. Crispy cool days that unfold from misty dawns.

At Resorts World Genting, the temperate weather is always perfect for Malaysia’s favorite one-pot comfort food: steamboat dining!

Enjoy the invigorating pleasure of do-it-yourself cooking, up in the air, at the newly-revamped Resort Seafood restaurant, with friends and family. The spacious setting and relaxed ambience takes the hotpot experience to a new level, far and above the sweaty mood of chowing in the lowlands heat.

The communal joy of cooking and sharing with loved ones - a quick whisk, or slow cooking, of kitchen-fresh foods in a simmering pot – becomes all the warmer, literally, and memorable in the refreshing, spring-like clime of Genting Highlands.

The talking points of a hearty steamboat get-together are always its freshness and variety: ingredients, soup stock and sauces. These pass the high bar, with flying colors, thanks to Chef Lai Kok Yeow and his kitchen team.

No less than 20 different sauces are freshly prepared, every day. Diners can sample and mix a variety of unique flavors – from smoothly light soya sauce to premium oyster sauce, green chilli sauce to fiery, slow-burning chili oil - that enhance the succulence and taste of their favorite steamboat items.

The ultimate `kick’ in steamboat is the soup stock for dipping and cooking. Resort Seafood offers exciting contrasts  – spicy and nourishing – with tom yam and herbal chicken soup flavors in a `yin yang’ style black pot.

Diners can trade up to more exclusive choices: resort fish head stock – brewed for hours to create a soup that is  clear and rich with a mild fishy taste- and the kampong chicken soup, prepared from premium fowl for the best chicken soup for the soul!

Let the good times roll, tossing in delicious morsels into the simmering broth. At Resort Seafood, all ingredients are freshly kitchen-prepared, straight from the market and aquarium, or airflown. Soups are additive-free.

Temptation is hard to resist, with a spread of meats, seafood, vegetables and mushrooms and kitchen-fresh dumplings and balls, tossed in, to your heart’s delight.  It is truly a feast fit for a king – featuring wagyu sirloin, Denver lamb ribs, smoked duck and no less than 20 types of fish and crustaceans – topped off with gently-soaked Emperor’s noodles for a finale!

Resort Seafood offers set steamboat menus, from RM108 nett to RM638nett (two to eight persons, member/non-member prices vary), and a la carte dining (priced by item).

Steamboat at Resort Seafood can also become a casual fine-dining occasion, complemented by imported catch:  Canadian geoduck (best served with wasabi), Australian snow crab, Boston lobster, from the aquarium.

These can be prepared for the steamboat, or cooked in the diner’s preferred style by the kitchen. The jade perch from Australia and Norwegian black tilapia are recommended for steaming, with light soya sauces. Steamboat fresh, they taste good even without any seasoning!

Top off the steamboat banquet in the highlands with a dish of fried rice or noodles and a choice of mildly sweet desserts.

The feast is truly done when the last cup of delicate tea – ideally Genting’s specially grown and imported Pu’er - has accompanied the meal to a rousing end.
Steamboat is all about exploring your inner cook and letting friendships grow.

There’s no better place to do both, than high in the cool hills, at Resort Seafood.
Resort Seafood (Level 1, Resort Hotel) operates daily for lunch (12 to 1430 hrs) and dinner (1800 to 2200 hrs). The restaurant seats 256 persons.

For further enquiries, please call 03 6101 1118 or visit www.rwgenting.com


apakah ini? ini ialah ais krim steamboat. yes, you heard me. ais - krim - steam - boat. now, spell with me. HAHAHAHAHAHAHAHAH. memang terkejut bila dengar, tapi rasa dia memang amazing. aku suka sangat campuran buah - buahan yang ada dekat dalam tu. anggur, laici, strawberi dan cempedak. apa-apa pun, ianya sangat-sangat luar biasa!

p/s

looking forward to eat it more!

Monday, 5 October 2015

Behind the Scene Tour #165

entry ni asyik terhenti tengah jalan je sampai la aku sampai kat tempat kuarantin ni, baru aku boleh update dia. hahaha, sharky, anda memang menyedihkan.

Ogos lepas, aku dengan kawan aku pergi ke Resorts World Genting untuk hadiri beberapa event dan salah satunya ialah this Behind the Scene Tour. bunyinya macam cool gila kan? tapi memang cool gila okay. kenapa aku cakap ianya cool? and what is exactly la Behind the Scene Tour kat Genting ni?

okay, kalau kita pergi siaran konsert ataupun tengok Victoria Secret Fashion Show, kadang-kadang dia ada tunjuk sepintas lalu dorang punya Behind the Scene and masa tu la nampak betapa husyuk , dedikasi, gelabah la apa la  bla bla bla hahahahah semua orang buat kerja. kalau untuk Genting Behind the Scene Tour pulak, kita akan dibawak jelajah  Resorts World Genting ke tempat-tempat yang jarang orang boleh masuk melainkan hanya staf sahaja yang boleh masuk. sebelum ni kita ke Resorts World Genting hanya untuk bermain main dan bersuka ria bersorak gembira, tetapi dengan Behind the Scene Tour, kita akan tengok macam mana succecful nya Genting dengan sistem yang dorang ada.

1) Genting International Showroom

dekat sini kitorang belajar pasal lighting, sound system and macam mana nak jayakan event. bila aku tengok dia punya lighting system and sound system, perghh memang taraf juta lemon la harga dia. sekali imbas, Genting International Showroom macam pentas-pentas persembahan international yang lain cuma dalam skala yang lebih kecil sedikit. dekat situ, kitorang belajar macam mana nak control lampu warna warni dekat pentas, kitorang belajar jugak macam mana nak control sound system, control mic, control speaker, control backdrop dan sebagainya. it's very good experience should I say. dia macam, bila kau tengok mana -mana show / anugerah  dekat TV, pastu kau boleh sengih sorang-sorang sebab kau tahu macam mana segala bagai sound and lighting system itu berfungsi.

2) First World Hotel's Laundry

Laundry First World Hotel ialah laundry terbesar yang ada dekat Malaysia ni and dalam masa sehari, Laundry First World Hotel boleh kumpul - basuh - keringkan - lipat - gosok - hantar balik kepada klien sebanyak 38 tons. pretty amazing kan? masa aku dengan blogger lain turun ke laundry tu, perghhh, dia punya teknologi, memang la boleh buat rahang kau cecah lantai.

3) New See Do Eat Workshop

aku suka workshop ni sebab kitorang dapat makan. actually ini adalah kelas masakan. hahahahahahahhahaha. okay, macam over pulak nak cakap kelas masakan. bukan la kelas masakan pun, tapi kitorang belajar macam mana nak buat sushi and donut dengan ada toping bagai dengan lebih baik, bergaya dan sedap lagi mengenyangkan. emmm. sedapnya la kalau dapat makan donut yang sedap tu dengan sushi tu kat tempat kuarantin ni.


comel kan? tapi ni bukan aku yang buat la, kawan aku yang buat :P


4) Horizon 50

Horizon 50 ni aku suka sangat tempat ni sebab dia very classy and modern. Horizon 50 ni ala-ala tempat yang menceritakan perjalanan Resorts World Genting dari zaman dia baby sampai la dia membesar sekarang. Juga menceritakan apa perancangan Genting pada masa akan datang. sejujurnya aku cakap, kau seolah-olah berada kat dunia yang berlainan. it's very modern sebab dia punya skrin is not 180 flat screen tetapi 270 screen and sometimes screen yang almost 360 which is give you and outstanding overview. dekat Horizon 50 ni jugak terdapat beberapa fakta menarik pasal Genting yang korang patut tahu. :D

untuk keterangan lebih lanjut mengenai tarikh yang available , korang dan korang dan korang boleh klik link kat bawah ni

@Behind The Scene Tour

harga pulak bagi aku sangat la berpatutan which is only 28 myr!! and 25 myr for Genting Rewards Member. bagi aku korang memang kena la grab this opportunity lagi-lagi student tourism ataupun hospitality student sebab dia memang la bagi overview yang meluas.

sekian dari saya, saya undur diri dulu. huhu. sebenarnya da sakit kepala ni :(

p/s
semalam muntah-muntah. aisey. memang la trouble gila semalam




Tuesday, 8 September 2015

Genting Fair Deals and Promotion. Jom datang ke Genting!! #159

With school holidays just around the corner and in conjunction with Matta Fair, it’s the best time to buy your holidays now and what better way to spend your holiday breaks at Resorts World Genting.

From 1st to 14th September, book online for First World Hotel room promotion at just RM55 nett for a Standard Room one night stay.

Or

opt to stay in the new XYZ Deluxe room for just RM80.  If Steamboat is your favorite, stay and dine at Resort Seafood for just RM159 nett for two persons. There is also the XYZ Triple room with breakfast for just RM165 nett for three persons!

The deals continue at Resorts World Kijal. Package price for one night stay and buffet breakfast for two persons is just RM249 nett

and if you are a golf enthusiast, opt for the RM266 nett that comes with one night stay in Deluxe room, buffet breakfast and one round of golf on the beautiful 18 holes golf course just next to the sea!

It’s also a good time to visit Langkawi with great deals at Resorts World Langkawi.  For a deluxe garden view room, the package is only RM200 for one night stay and if you are lucky,

you will get a free room upgrade to Deluxe Seaview too!  If it is seaview you prefer, opt for the two nights stay that comes with breakfast.  The superior seaview room is just RM565 nett or opt for the premier seaview room for just RM644 nett.

Meanwhile for concerts and shows, discounts are aplenty when you book online.  Enjoy a 20% discount for Superstars of Magic

or

a 15% discount for Tsai Chin Live in Genting 2015 concert.  Other upcoming concerts includes Power Woman Encore, Tiger Huang, Alex To My Virtual Planet Tour Part II live in Genting, a Magical Date with Shunza – A Christmas

Concert and 2016 New Year Countdown with 3 Divas are all up for grabs at 25% discount from normal price.

For more information, please call 03 – 2718 1118

or

visit www.rwgenting.com for more information.


p/s
first week yang memenatkan :(

Wednesday, 2 September 2015

butthurt #157

tadi aku main twitter. macam biasa la. aku memang suka membuang masa dengan bermain twitter. tak buat benda lain padahal report berlambak lagi tak siap. barang nak masuk uni pun tak kemas lagi padahal minggu ni da nak masuk hostel da. tengah sok sek sok sek main twitter, tetiba Allah nak tunjukkan aku sesuatu.

aku sangat terkejut dekat twitter tadi. bebudak semua tengah borak benda apa yang aku nak tahu sangat selama ni. once aku dapat tahu , aku sangat-sangat terkejut. feeling nak marah, mengamuk dengan nak nangis tu da bercampur-campur. Sial betul.

pernah tak, kau nak tahu sangat pasal seseorang, tapi once kau dapat tahu pasal dia, kau terus benci dia sangat-sangat sampai kau rasa nak bunuh dia. sampai kau rasa yang dia tu manusia paling suck di dunia dan kau rasa dia tak layak jadi manusia pun.

aku pun tak tahu la apesal manusia macam kau ni suka menipu. You are the worst human ever yang pernah aku kenal.

Shahrizal Syazry. Anda boleh mati.


Saturday, 22 August 2015

kisah dalam tren #156

aku : kau rasa aku ni teruk sangat ke sampai ex aku dump aku?

dia pandang aku lama. mungkin tengah carik ayat yang sesuai kot untuk tak sakitkan hati aku yang tetiba tanya soalan yang luar biasa alam secara tetiba.

dia : kau happening. and fun. and spontaneous. aku tak boleh buat macam apa yang kau buat dekat kedai roti tadi masa kita beli roti kat KLCC tadi. 

dan aku .... blushing mendengar pujian itu. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA. guling-guling suka. tak kisah la dia ikhlas ke tak, yang penting dia puji aku. HAHAHHAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHHAHAHA. serius kau macam sial la sharky. pastu post kat blog puji diri sendiri. HAHAHA. BANGANG.

actually masa tu, kitorang dari KLCC menuju ke KL Sentral menaiki LRT. sebab utamanya ialah nak ke NU Sentral sebenarnya untuk tonton wayang tapi tak tahu nak tengok cerita apa. bila da sampai NU Sentral baru boleh decide nak tengok cerita apa. dalam perjalanan menuju ke KL sentral, aku cerita pasal ex aku.

aku : kau boleh carik dia dekat twitter. dia ada je kat twitter. dia mungkin follow kau. (aku cakap macam ni sebab dia ni ramai follower dekat twitter. hotsetap sangat! hahahaha. tapi dia memang ramai follower pun) aku benci gila dengan pakwe baru kepada ex aku tu. acah-acah straight padahal gay gila.

dia : oh, apa nama twitter dia weh? hansem tak pakwe baru dia?

aku : hansem jugak la. 

lepas tu aku sebut and eja satu persatu nama twitter ex aku. and dia pulak taip satu persatu dekat skrin fon dia. lepas eja dengan betul and taip betul betul, keluar la twitter ex aku and terus aku tunjuk muka freak.

aku : korang follow each other!!

dia : eh? eh? macam mana kitorang follow antara satu sama lain ni? 

masa tu aku rasa nak lepuk kepala dia and gelak pada masa yang sama pun ye jugak sebab nada suara dia gelabah gila. haha. pastu keluar profile ex aku and tweet tweet dia. aku dengan nada meluat terus cakap kat dia.

aku : tu pakwe baru kepada ex aku. dorang ada tweet tu.

terus lepas tu aku takde mood nak cakap apa apa. terus lepas tu aku rasa naik angin tetiba. terus terasa mood swing entah la. aku pun bodoh pergi tunjuk twitter ex aku kat dia. hahahahahhaha. tak pasal pasal aku yang naik angin. lepas tu aku diam je. dia pun diam jugak. tengah husyuk skodeng ex aku la tu kot kat twitter. haha.

dia : aku nak unfollow dia kat twitter boleh tak?

aku : huh? 

aku salah dengar ke? sampai sekarang aku rasa aku salah dengar.

dia : aku nak unfollow dia kat twitter boleh tak?

aku : unfollow je la. kau kena sokong aku. (lepas tu gelak awkward HAHAHAHHAHAHAHAHAAH) jadi kau kena unfollow dia. 

sebenarnya kan, masa tu aku rasa terharu gila yang dia tetiba cakap nak unfollow ex aku tu. aku pun tak tahu apesal aku rasa terharu semacam tapi entah la. walaupun unfollow tu sekecil-kecil perbuatan tapi ianya tetap bagi aku rasa terharu yang melampau. lagipun bukan aku yang suruh. dia yang nak unfollow. it's just there. anyway, thanks sangat pada dia. aneh kan perasaan ni. aku pun tak boleh nak tafsir bagai kenapa aku rasa terharu. and aku pun rasa korang tak paham kenapa aku rasa terharu sebab aku sendiri tak paham diri aku sendiri kenapa aku rasa terharu. macam yang aku cakap, it's just there. dia tetiba ada je. KAH KAH KAH.

apa-apa pun, bila kitorang sampai NU Sentral, kitorang decide untuk tengok Inside Out. sekilas pandang cerita Inside Out ni macam cerita Osmosis Jones yang keluar tahun 2001 itu. sekian cerita pendek dalam tren saya bersama dia. entry yang pndek dan hampir tidak berguna. tapi harus aku katakan, si dia memang bagus dalam hal hal yang ada perasaan ini. dan ye. dia ada common sense yang tinggi. bagus betul.

p/s
apa yang jadi kat kedai roti KLCC sebenarnya masa kitorang beli roti? haha. actually, aku cuma ber........

Wednesday, 3 June 2015

Mari jelajah Banding #145

Volume 3
Chapter 6
Page 15
Paragraph 16 : 52
Tittle : Mari jelajah Banding
Music : Mighty Fall [ Fall Out Boy ]


aku sebelum ni pernah pergi Banding. Banding terletak dekat area Royal Belum sana. aku pergi Bandung sebab ada amali dekat sana. kiranya, aku dengan kawan-kawan berkampung dekat Tasik Banding selamat 10 hari 9 malam. there are a lot of activities yang aku dengan kawan-kawan buat and kena buat. Also, amali Tasik Banding jugak is part of our test and exam, jadi masa kat sana, apa-apa aktiviti yang kitorang buat, bukan setakat enjoy semata and riang ria raya 24/7. tapi kena buat and belajar betul-betul all those amali. haha. tak kisah la nak enjoy ke apa, bukannya tak boleh enjoy pun, tapi kena ingat selalu la, selain dari enjoy, kena alert selalu dengan segala amali yang berlangsung and kena ingat step la apa la itu la ini la. yadaa yadaa. aku rasa dekat entry ni, aku akan banyak letak gambar je la kot. hoho. baru senang nak layan.


tiap-tiap pagi, selama 10 hari 9 malam, kitorang kena susun kayak ni dekat air nu ha. memang la setiap pagi, basah bagai sebab kena susun kayak. kena ikut warna bagai and all that. bila petang pulak, bila nak masuk waktu maghrib, kena bawak kayak semula naik ke atas , i mean,kena bawak dari air ke darat semula and susun dekat kawasan yang da setting awal-awal. selain kena susun kayak pada waktu petang hari, kitorang pun kena susun kepala enjin bot saiz 8 , 16, 24, dinggy and jugak bot besi. -,- like serious, amali ni kadang-kadang buat kau sakit belakang pun ye jugak.


bila petang hari, selalunya kayak ni memang akan berkurangan sebab akan ada yang pergi buat amali dekat tempat lain. masa amali ni, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. kalau waktu petang tu, might be kumpulan A pergi buat Abseiling, Kumpulan B pergi belajar kayak Rescue dan lain-lain lagi. waktu amali pulak, kitorang bahagi kepada 3. 

1) waktu pagi
2) waktu petang'
3) waktu malam.

mostly waktu malam tu, kitorang kena kayak dalam gelap je la. -,- kena buat straight formation. tak mampu la pulak nak buat diamond formation kalau dalam gelap. KAH KAH KAH.


and setiap kumpulan tadi, masing-masing kena ada bendera. setiap kali nak buat aktiviti atau amali kat mana-mana, bendera ni jugak la kena angkut ke hulur dan ke hilir macam apa je. hahaha. bawak bendera macam nak pergi berperang pun ye jugak.


masa ni tengah prepare and get ready barang untuk buat flying fox. wiiiii. yesssszaa, you heard that, kitorang kena buat flying fox and then main lepas tu. tapi aku banyak tengok je. KAH KAH KAH. orang suruh tarik, baru la aku tarik. orang suruh stay, aku pun stay. terasa macam lembu sangat :3 .jadi, antara barang-barang yang kena ada dan prepare is tali semi statik, carabiner, sling, tandem, halmet, harness, pulley dan lain-lain. 



dan Flying Fox pun siap and da ready untuk dimainkan!! eyahhhhh. selalunya kalau kita main Flying Fox, at the end of Flying Fox mesti akan ada breaker. selalunya kalau Flying Fox dekat tanah, mostly human breaker yang akan digunakan. tapi kalau kes ni, disebabkan penghujung dia ialah air dan tasik, tak boleh nak apply la human breaker tu. jadi kita apply water breaker ; iaitu perberhenti (perberhenti????? betul ke ayat ni? hahahaha. gasak!) kepada flying fox ialah air. masa main flying fox tu, yang penting kena pakai halmet dan pastikan carabiner selalu attach dekat sling and all that. kalau tak pastikan carabiner kau tu dalam keadaan selamat dan elok, memang wasalam je la kau tercampak dalam air. haha. masa aku main flying fox tu, bila sampai dekat air je, kitorang kena berenang naik semula ke darat. heh. best gilaaa!! jenuh jugak la berenang dari end point flying tu ke dek kayu yang kitorang buat tu. tapi yang pasti kena pakai BA la. mahunya aku lemas kalau tak pakai BA. -,-; da la tak gua ialah makhluk yang tidak tahu berenang. haha.


kitorang pun ada amalu bawak bot jugak. jadi masa tu, sorang-sorang diberi peluang untuk bawak bot. KOH KOH KOH. sesungguhnya ianya memang sangat seronok dan pengalaman yang luar biasa! feeling masa dekat Regatta pun ye jugak. hiks. 


ini ialah laluan yang kitorang gigih kena bawak kayak turun dan naik hari-hari setiap pagi dan setiap petang. -,- masa zaman senior aku, paras air Sungai Perak masa tu agak tinggi, jadi dorang tak perlu nak menapak sangat masa susun kayak. time batch aku, masa tu la pulak musim kemarau la apa la itu la ini la, jadi, memang cerun, and kena menapak banyak setiap kali nak susun kayak. her her. gua jadi sado setiap kali selepas sesi susun kayak. KAH KAH KAH


ni la suasana masa pi kayak! KOH KOH KOH. tapi aku ingat lagi, gambar ni diambil waktu kitorang tengah nak buat amali Kayak Orienteering. pernah main orienteering? Orienteering macam main explorace atau Amazing Race. cuma klu-klu dia diberi dalam bentuk bearing dan darjah. Orienteering ada pelbagai jenis. contohnya 

1) Foot Orienteering. Foot Orienteering ni orienteering yang paling common and selalu orang buat la. Foot Orienteering kebiasaannya dimainkan di dalam hutan. tapi kadang-kadang ada je organizer yang anjurkan Foot Orienteering ni dekat Urban Forest. 

2) Bike Orienteering. Bike Orienteering ni orang akan bermain orienteering menggunakan basikal. jadi nak bergerak ke mana-mana mesti menggunakan basikal. selalunya skala Bike Orienteering ni lebih besar dari Foot Orienteering. 

3) Kayak Orienteering. Kalau Bike Orienteering menggunakan basikal. well, kayak Orienteering pulak menggunakan kayak sebagai medium untuk bergerak. masa amali ni, pengalaman sebagai organizer pun aku ada rasa, pengalaman sebagai peserta pun aku ada rasa jugak. pengalaman jadi Organizer tu memang priceless la. haha. ye la, ada map tasik Banding - Sungai Perak bagai untuk set and tembak bearing. kebiasaanya, skala Kayak Orienteering ini adalah sangat besar dan agak susah untuk dimainkan sebab selalunya orang tak jumpa check point yang harus dorang pergi tu. kadang-kadang check point tu berada di sebalik pulau. KAH KAH KAH. 

sebagai contohnya, team Orienteering kena tembak 67 darjah dari first pin point (kebiasaannya akan ada flag dekat situ) . kebiasaannya peserta  akan ingat, first check point ialah di depan pulau (yang ada tanda merah tu ) . pastu dorang pun gigih la bersama kayak-kayak dorang berkayak ke situ. tapi bila sampai dekat depan pulau tu, tengok-tengok takde checkpoint tu pun. tapi sebenarnya , the real first check point ialah di sebalik pulau sana. and kalau checkpoint terletak di sebalik pulau agak troublesome sikit sebenarnya sebab kena buat detour and all that.. -,- hahaha, macam bingai kan main kayak orienteering ni. .by the way. -,- tak paham pun takpe apa yang aku explain ni. KAH KAH KAH. korang buat-buat paham je la. 



masa ni pulak nak pergi Grouping Camp. memang best gila. koh koh koh. kiranya macam kau akan pergi ke satu tempat yang baru ; macam dapat rumah baru, dalam hutan, dekat satu pulau, and kau kena design campsite kau. makanan pun kena carik sendiri which is paling banyak dorang kasi untuk buat bekalan masa tu pun ialah Kentang dan Ubi. so, gigih la kitorang buat umpan and tangkap ikang. 



ni pulak pemandangan dari pulau baru kitorang tu. troublesome untuk sampai ke pulau ini ialah ada banyak cerucuk kayu tu. and paling troublesome bila kau kena buat Night Kayaking. masa Night Kayaking, sah-sah penglihatan kau tak bagus, lagi-lagi untuk orang rabun macam aku ni HAHAHAHAHHAHAHAHAHA, memang tak nampak apa la. apa yang kau boleh fokus ialah kayak di depan kau. kebiasaannya Night Kayaking akan membuat Straight Formation. 




Kalau straight formation, apa yang kau kena buat ialah follow orang depan je. jadi pada waktu malam, possibility untuk kau sesat ialah rendah sebab kau memang follow orang depan je. melainkan , orang depan kau tak tahu guna kayak, sentiasa ke kanan dan ke kiri, dan guna kayak pun tak straight mana pun, memang agak carca marba jugak la and possibility untuk kau sesat dan menyimpang dari laluan asal adalah tinggi. kelebihan straight formation ni ialah kau akan tidak akan sesat and sentiasa selamat as long, kau follow kayak depan kau.

untuk Diamond Formation pulak, selalunya akan ada Penjaga Kayak which is kayak yang warna merah. Kayak warna kuning tu pulak kena berkayak dalam lingkungan Kayak Warna Merah. kebiasaannya, penjaga kayak ni adalah orang yang berkemahiran dalam mengendalikan kayak sebab dia kena sentiasa berada dalam formation diamond. and kayak warna kuning tu pulak, kebiasaannya orang yang tak berapa pandai sangat main kayak. jadi kiranya, dorang akan bergerak dalam kumpulan and kalau Penjaga Kayak nampak, kayak kuning macam ada masalah, Penjaga Kayak akan datang membantu.




ni pulak ialah Ujian Kayak Formation. which is kau kena buat bentuk bulat la , bentuk Y la, lambang BMW la apa la itu la ini la. macam-macam aktiviti and games yang kitorang main dekat Banding. end up, kulit pun jadi berbelang. HAHAHAHHAHAH, gua pada asalnya seorang remaja yang putih, tetapi selepas amali Banding *geleng2 kepala* KAH KAH KAH, gua menjadi remaja berbelang macam Kuda Belang. sobs.

kos aku ni memang banyak main sikit. banyak amali and banyak jalan sampai satu tahap, kau da tak daya nak pergi amali lagi sebab kau nak rehat je. preparation amali and aktiviti adalah sangat banyak dan perlukana banyak tenaga. -,-

sekian entry saya pada kali ini berkaitan Banding. haha. kalau ada masa, jom ramai-ramai datang ke Tasik Banding and jejak Royal Belum pulak! wehhuuu. Royal Belum pun quite nice jugak dia punya kawasan untuk buat aktiviti and all that *padahal aku pun tak pernah jejak lagi. haha*

sekian, till we meet again.

papai!! *lambai lambai*

p/s
gua sebenarnya tengah rindukan seseorang. T_T *nangis*