Nuffnang

Thursday, 4 February 2016

Dunia ni kecik je. #183

walaupun dunia ni ada lebih kurang 2.5 billion umat manusia, tapi apa yang aku boleh katakan, dunia ni memang kecik. ada beberapa perkara sepanjang aku membesar, yang membuatkan aku kagum dengan apa yang Allah aturkan and really show, dunia ni memang la tersangat kecik.

1) aku ada sepupu, nama dia Diana. Nenek dia aturkan dia kahwin dengan seorang lelaki ni. Kiranya perkahwinan yang diatur keluarga la. Aku tak ingat nama lelaki dia tu, tapi kita panggil dia as a Jebat. So, Diana + Jebat

Beberapa bulan atau almost setahun, sepupu lelaki aku kahwin. Nama dia ialah Zikri. Zikri ni kahwin dengan seorang nurse which is nama dia ialah Haziqah. Emm, aku tak tahu la pulak cemana dorang ni boleh kenal. KAH KAH KAH. so, Zikri + Haziqah.

masa perkahwinan tu berlangsung, aku tak ingat siapa tah bagitahu aku, kakak aku kot yang bagitahu, rupanya, Suami Diana iaitu Jebat dan Isteri Zikri iaitu Haziqah ialah bekas kekasih and dorang pernah berkapel sebelum ni. bila aku dengar, aku da HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. serius aku rasa wow gila. haha. rupanya Jebat and Haziqah pernah kapel. Jaw aku rasa nak jatuh kat tanah da masa tu. heh. memang awesome betul aturan Allah tu.

2) Aku ada kawan, nama dia Daniel. Daniel ni classmate aku since aku form 1 sampai form 5. aku agak rapat la dengan dia. lagipun lelaki dalam class aku masa aku form 4 and form 5 hanyalah 6 orang je. tu yang membuatkan kitorang ni rapat antara satu sama lain. And masa form 5, aku ketua pengawas and Daniel ni pulak timbalan aku.

Kak ngah aku ada seorang kawan kat uni dia masa dia belajar. Dia belajar kat UKM dari 2006 sampai 2008. Kawan kak ngah aku, nama dia ialah Kak Kiyo. Satu family aku ni kenal Kak Kiyo sebab time raya je, kitorang mesti raya kat rumah dia setiap raya ketiga , pada waktu petang tanpa gagal setiap tahun.

ada satu hari tu, family aku buat open house masa raya. Aku jemput kengkawan aku datang. Kakak aku pun jemput kengkawan dia datang. Paling tak boleh belah, Kak Kiyo dengan Daniel rupanya sepupu. Ayah Kak Kiyo adik beradik dengan ayah Daniel.

aku da, hahahahahhahahaha. punya la bertahun aku kenal Daniel and punya la bertahun kak ngah aku kenal kak kiyo tu, lepas open house tu, baru tahu yang dorang tu sepupu rupanya.

3) aku ada sepupu belah ayah, anak Pak Lang aku bernama Fatihah. (Kisah nombor 1 tu sepupu belah emak) . Fatihah ni nak melangsungkan perkahwinan dengan pakwe dia iaitu Mamat. And aku ada lagi seorang sepupu belah ayah, anak Abang Long,  nama dia Amir. Amir pun nak melangsungkan perkahwin dengan gadis pilihan hati bernama Siti.

Bila Mamat datang ke rumah sepupu aku, Fatihah untuk merisik, everything went well , smooth and kedua-dua keluarga borak di antara satu sama lain untuk bincang hal tarikh la apa la itu la ini la. *rolling eyes* kau tahu je la parents segala bagai bila borak macam mana kan. (perbincangan merisik ni antara family mamat dengan family fatihah je, ahli keluarga yang lain takde. Heh, nama pun merisik kan? Bukannya bertunang), Tetiba dorang terkesan something.

Fatihah anak Pak Lang akan kawen dengan Mamat.
Amir anak abang Long akan kawen dengan Siti.
Rupanya Mamat and Siti ialah adik beradik.

hahahahahhahahahaha. sekarang ni Fatihah and Amir bukan sahaja sepupu tapi juga ialah adik beradik ipar? Hurmm? ye ke? eh? betul ke gelaran tu? hahaha. tapi like sherious shit, memang la pelik betul. It's like macam kau kapel dengan awek kau. end up, kau tahu sepupu kau kapel dengan abang kepada awek kau. tak ke macam hurmm, keciknya la dunia ni. haha

banyak lagi kejadian-kejadian yang terjadi di sekeliling aku, yang aku anggap, emm, keciknya la dunia ni. ada tu ketika tu, aku nak settle hal kolej, so, kena pergi la pejabat kolej aku untuk settle hal bilik, hal yuran, hal kunci, hal koko dan sebagainya yadaa yadaa. Rupa-rupanya bila aku da sampai kat pejabat , kerani dekat kolej tu ialah mak kepada ex aku. aku tahu tu mak ex aku sebab aku pernah usha gambar-gambar ex aku, well, aku dulu seorang stalker dan emm, sekarang pun ye jugak. haha. tapi mak ex aku tu tak kenal aku la. phew. haha.

apa apa pun, korang pernah alami beberapa perkara yang emm, bila korang fikir balik.... dunia ni memang la kecik? Pernah tak? haha. kalau pernah, boleh la korang-korang semua, kau kau kau kau kau dan kau di sana, di sini, di situ dan di mana mana je , komen di bahagian bawah ni kay. KAH KAH KAH. kadang-kadang memang kelakar and terkejut bila rupanya orang yang kau kenal, bersangkut paut dengan kenalan kau yang lain.

hiks.

dunia ni aneh kan?

and kecik rupanya

till then. adios amigos!

p/s
Valentine da nak dekat!



5 comments:

  1. Abang angkat aku sekarang merupakan ex kepada Aries. Aries dulu reader blog aku. End up kitorang satu uni. Aries pun dah jadi blogger.

    Mr. Crush yang aku tergila-gilakan dulu rupanya bercinta dengan Adin which is kawan rapat dan sekelas dengan aku kat uni. One of Mr. Crush's skandal juga merupakan kawan sekelas aku. Yes ! kisah 3 lelaki merebut seorang lelaki. KAHkahkahkah

    Bila ingat balik memang aku rasa dunia ni kecik je.

    ReplyDelete
  2. yup, dalam dunia yg ada lebih kurang 7 billion ni mmg kadang2 benda yg x disangka camni akan berlaku. keluarga kakak ipar aku sebagai contohnya. waktu bertunang baru tau yg ktorg sedara rapat (kira moyang aku mak tiri kepada datuk kakak ipar aku.. tp ktorg sendiri x pernah tau. hahaha), n keluarga kakak ipar aku rupanya kenal dengan keluarga arwah mak tiri aku. punyalah dlm byk2 manusia dekat dunia ni, Allah boleh satukan abang n kakak ipar aku. tp seronok bila dah tau camtu. makin berkembang biak keluarga ktorg. hoho..

    bukan adik beradik ipar lah.. tp biras. ingat citer ahmad albab?

    ReplyDelete
  3. ex aku kapel dengan kawan aku...diaorg kenal masa aku ajak ex aku p main boling dgn kawan aku...siot sgt...hahaha...

    if nak cakap dunia ni kecik memang kecik sangat...nak nak dalam persekitaran kita ni...mesti ex dia kenal ex dia pastu dia ex kenal ex dia jugak...hahaha...tapi dalam dunia c4c lagi kecik...basicly kau kenal c4c semua kat msia ni...hahaha..nyampah...lol

    ReplyDelete
  4. Mmg dunia ni kecik.. Aku br beberapa hari join blog2 ni., tibe2 dpt tao kat geng2 blogger ni ade yg aku kenal( yg aku sampai bila2 pon xkan pecahkan lubang aku kenal dia cmne) just bcoz die ni xtaola scandal ke bf ke.. Kepada ex aku.. Wut a small world.. N I guess more to come.. Dunia owh dunia

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)