Nuffnang

Showing posts with label marka. Show all posts
Showing posts with label marka. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Kisah seorang Tuper Iroo PART 1 #181

Peringatan : Cerita ini berdasarkan my point of view. Orang lain mungkin ada ceritanya sendiri. Tapi dalam entry ni, ni cerita aku, dari pandangan aku and apa yang aku faham. So, mungkin akan ada percanggahan pendapat but hey, macam aku cakap, ni dari Point of View seorang aku. da, jangan nak menyampuk. :P

cerita dia macam ni.

pada suatu hari, perghh, bunyi klise nak mati,

aku kenal dengan seorang blogger ni. aku tak tahu korang baca ke tak blog dia, tapi dia quite famous jugak la. ni blog dia,

@Tuper Iroo

dia blogger yang baru nak naik tahun 2015. and of course dia tulis benda benda yang berkaitan tentang manusia yang tidak straight serta berkaitan jejaka dan homosapien yang homoseksual jugak. and last-last aku bagi gelaran dekat dia as a Tuper Iroo. siap buat entry khas lagi pasal dia kat blog aku. oh , dekat blog dia jugak, dia ada tulis cerita atau ala-ala cerita pendek macam apa yang aku tulis kat blog ni.

oh lupa, apa nama tuper iroo? nama tuper iroo ialah Shahrizal Syazry. atau.. emm, entah la. That's the name yang dia bagitahu aku. Tapi aku tak tahu la kalau dia bagitahu nama tipu-tipu. KOH KOH KOH.

macam mana aku kenal dia? I mean, macam mana aku kenal Tuper Iroo?

well, kitorang kenal dekat Hangout Google Chat tu. dekat Hangout jugak la aku borak dengan Nov Collins, Kameng Shinobi dan beberapa manusia yang lain yang aku da tak ingat. sorry. hehe.

Pada permulaan cerita, aku dengan Tuper Iroo berkenalan dekat Hangout. Syaz perkenalkan diri dia as a student UPNM (aku panggil dia syaz), seorang student Medic, and also dia seorang PK ataupun nama penuh PK ialah pegawai kadet.

aku berkenalan dengan dia waktu dia tengah cuti semester and aku pulak tengah intern. pada waktu itu, dia perkenalkan diri dia sebagai Shahrizal Syazry bin Mikail. Ayah dia orang UK. Mak dia orang Kedah and dorang sekarang duduk Segamat, Johor Darul Takzim. Pada zaman sekolah rendah, dia bersekolah di Kedah Darul Aman manakala pada zaman sekolah menengah , dia bersekolah di Alam Shah , Cheras. Dia juga memperkenalkan diri sebagai seorang jejaka yang berusia 20 tahun pada waktu itu. 20 ke? ke 21? okay yang ni aku tak ingat. KAH KAH KAH.

lepas kitorang berkenalan dekat hangout, kitorang exchange number and berborak dekat wasap pulak.

bila borak dekat wasap, aku dengan syaz, mula la bermanja - manja tahap tak boleh belah. haha. aku la kot yang terlebih memanja and terlebih hormon. poyo gila kan aku? Shahrizal Syazry tu memang sweet gila nak mati. haha. Aku pulak yang hopeless romantic ni memang cepat la jatuh cinta walaupun tak pernah berjumpa dengan dia. yup. aku memang tak pernah berjumpa dengan dia. aku dengan Syaz totally tak pernah berjumpa walaupun dia dekat UPNM, Sungai Besi and aku pulak dekat Klang and Intern dekat PJ and Shah Alam sahaja.

Syaz ni sweet macam bubble gum. keh keh keh. itu la pandangan aku pada dia.

Berkenalan dengan Syaz, aku da boleh hafal jadual kelas dia. Pagi-pagi dia ada Roll Call jam 6 pagi. Then sarapan. Then Kelas. Then rehat. Then Kelas. Then senaman petang. Lepas tu dia makan malam and malam ialah waktu dia free atau waktu dia belajar. Dia perkenalkan dua orang kawan baik dia iaitu Seth dan juga Ash. Maksud aku perkenalkan, dia cerita pasal dorang kat wasap la. Bukannya perkenalkan depan-depan. Seth ialah cousin dia meanwhile Ash pulak ialah kawan yang dorang rapat.

lama-lama kenal dengan dia, aku memang totally suka gila dekat dia. and dia kata, dia pun suka dekat aku. KAH KAH KAH. what? dia kata dia suka kat aku? haha. blushing jap sesorang. Ehem, masa tu je la aku blushing. Sekarang da tak blushing da. bila aku ingat balik kenangan aku wasap dengan dia, perghh, wa totally tergelak wa cakap sama lu. wa ni totally dense and shallow la senang cakap. aku pun tak tahu nak cakap yang kitorang kapel ke tak sebenarnya masa tu, tapi apa yang aku boleh cakap, kitorang totally rapat.

perkara paling tak boleh belah, aku ada email and password blog dia. dia pun ada email and password blog aku. AHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH. even sampai sekarang pun, masa aku tengah menaip di kala ini, aku masih tergelak. Macam mana ea and kenapakah aku boleh beri password dekat Shahrizal Syazry Mikhail tu? Mungkin dia comel kot. :P

Syaz ni comel tau. dia putih, tinggi and comel. sangat-sangat comel. and dia pandai nyanyi. dia selalu kasi video dia nyanyi kat aku. kadang-kadang dia kasi video dia main gitar sambil nyanyi jugak. lagi la buat hati serta jantung aku ni tergolek-golek suka kat dia kan? sheriously, aku rasa insecure gila. ye la, aku ni takde bakat apa - apa. nyanyi pun tak pandai. rupa paras pun takde. pendek pulak and aku gelap sebab banyak main parit masa kecik-kecik. sah-sah, kalau dia jumpa orang lagi bergaya comel, terus tinggalkan aku. haha.

Ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. err, betul ke peribahasa ni?

Satu masalah bila kau tukar password and email blog ni, kau jugak akan dapat notification Hangout Google Chat. Actually, dia macam pelik sikit la. Bila aku sign in password and email blog Syaz kat fon Samsung cabuk aku, at the same time, dia which is Shahrizal Syazry pun online jugak. Bila aku sign in, Syaz juga akan sign in and bukannya automatically sign out. err paham tak? jadi, masa aku sign in password and email dia sebab dia suruh baca satu entry tu, Syaz tengah chat dekat hangout dengan orang lain and aku totally boleh baca apa conversation dorang.

and masa tu, Syaz tengah chat dengan Nu'man dekat Hangout.

kalau korang nak tahu, ini la sebab aku gaduh dengan Nu'man and Dollah. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHH. serious aku tergelak bila fikir balik. what? aku gaduh dengan Nu'man and Dollah? and korang pun terpikir, cemana aku boleh kenal dengan Dollah?

aku jeleskan Nu'man bila dia chat dengan Syaz. Dalam chat tu, Syaz and Nu'man ni macam ala - ala ber flirt sikit la.

Nu'man pernah cakap kat Syaz, nanti bila-bila boleh tengok wayang atau something like that, tapi jangan ajak aku. and Syaz pernah cakap , dia nak jumpa Nu'man, pastu Nu'man kata, mesti la boleh. tapi jangan ajak si Shark tu. and Syaz pernah tanya, Nu'man belajar apa sekarang? pastu Nu'man bagitahu dia la dia tengah amik apa sekarang and dia cakap, jangan bagitahu aku.

Whoops. Aku tergelak masa tu bila baca conversation tu kat Hangout. Aku tengah baca sekarang ni. Bukannya aku nak baca sangat, it's just pop out. aku pun tak pasti la dorang ber flirt ke tak sebab aku kan macam orang cemburu buta masa tu, so aku tak boleh nak fikir dengan betul sangat. sebagai seorang manusia, aku rasa cemburu masa tu. of course aku rasa sakit hati! gila ke apa kalau tak rasa sakit hati. KAH KAH KAH. teruk gila kau ni. mari tampar diri sendiri.

aku wechat Nu'man and cakap sikit dekat dia apa yang aku rasa.

aku wasap syaz, aku cakap sikit dengan dia apa yang aku rasa.

Nu'man cakap, dia tak mungkin ber flirt dengan syaz sebab syaz tu budak kecik yadaa yadaa bla bla bla and masih muda yadaa yadaa aku tak ingat da apa yang Nu'man cakap. Tapi secara konklusinya, apa yang Nu'man cuba sampaikan ialah, dia tak mungkin akan mengorat Syaz macam tu la sebab Syaz tu muda and mentah and lagipun dia da ada Dollah.

Syaz pulak cakap kat aku, yang dia anggap Nu'man tu macam orang yang dia rapat and Nu'man tu paham dia yadaa yadaa bla bla bla. Secara konklusinya, Syaz cakap dia anggap Nu'man macam abang dia la sebab Nu'man paham dia.

sejak tu, hubungan aku dengan syaz macam sour sikit la. bukan sour sikit, sour banyak gila nak mampus. masa ni aku benci gila dengan Nu'man. HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH. serius duh, aku benci gila dengan kau masa tu. and hey, mesti la lepas kejadian tu, aku cuba rapatkan balik hubungan aku dengan Syaz. aku mintak maaf sebab jadi cemburu buta dan sebagainya yadaa yadaa etc etc bluekk muntah pulak bila aku fikir apa yang aku pernah buat. tapi hampeh, tak manis-manis jugak and tetap jadi sour. tapi takkan la aku nak mengalah and biarkan relationship putus macam tu je kan? kalau korang kan tempat aku, mesti la korang nak rapatkan balik hubungan tu kan walaupun hasilnya maybe ke laut. But hey, tak salah mencuba. kan?

lepas tu Syaz dengan Nu'man berborak dekat wasap pulak and tak borak dekat Hangout da. paling tak boleh belah, ada satu hari tu, Syaz printscreen perbualan dia dengan Nu'man kat aku and kasi kat wasap aku. Aku tak ingat sangat pasal apa, tapi apa Nu'man cakap kat wasap ,,yang dia kasi kat Syaz ,

"Shark tu tak worth la and tak payah kenal dengan dia lagi and kau patut carik orang lain." 

aku masa tu da -,- what? Perghh, aku da tumbuh tanduk masa tu. masa ni cerita pasal Dollah pulak naik. HAHHAHAHAHAHAHAHAHH. aku ada satu problem iaitu aku cepat naik angin dekat media sosial. tapi kalau in real life, aku seorang yang cool and banyak gelak. perghh, tak beragak memuji diri sendiri. KAH KAH KAH. orang yang pernah lepak dengan aku tahu la aku cemana. and aku jarang marah orang unless orang kacau makanan aku and aku agak grumpy kalau baru bangun tidur.

paling tak boleh belah, Nu'man cerita dekat Syaz pasal aku dengan Dollah hal dulu-dulu. aku da, blerghhhh. memang tak boleh belah gila masa tu. temper aku makin menaik and aku rasa nak meletup masa tu. Syaz makin sour dengan aku lepas dia dengar cerita Nu'man tu. Actually, aku dengan Dollah da kenal lama dulu dulu da dekat facebook.

ada satu-satu masa tu, Syaz panggil aku Desperate lepas tu.

say what? Ya. Desperate.

down gila masa tu. orang yang kau sayang panggil kau desperate lepas dengar cerita dari mulut orang lain. kau tak rasa down ke?

pastu aku dengan Dollah gaduh pulak. haha. Dollah marah aku sebab aku marah Nu'man. perghh, Dollah memang la pakwe yang baik sungguh.

Aku marah Dollah sebab dia pergi sibuk cerita hal kitorang berdua dekat Nu'man buat apa. lagipun cerita lama. [takde cerita sangat pun sebenarnya. KAH KAH KAH.] and Nu'man pergi cerita dekat Syaz. and Syaz jadi makin hambar dengan aku lepas tu. and aku tak tahu sebenarnya apa yang diceritkan oleh Nu'man pada Syaz tapi Syaz serius makin tak percaya kat aku lepas tu.

ada satu hari tu, aku call Jetro. Masa tu aku ada projek dekat Putrajaya and disebabkan ada waktu free and aku depress, aku borak dengan Jetro. Siapa Jetro ni? Jetro ni ialah manusia yang pernah bawak aku pergi Cherating and dia jugak pernah bawak aku Thai Massage bogel dekat area Gombak sana. hahaha. aku pernah cerita pasal Jetro ni dekat entry-entry yang lepas. macam mana aku kenal Jetro? Jetro baca blog aku. Bila first time aku jumpa Jetro? Jetro bawak aku pergi mandi kat Sungai Congkak sana sebelum kitorang sambung jejalan ke Publika - Amcorp Mall - Kedai Outdoor di Bangsar.

Jetro cakap dekat aku.

"kau patut tinggalkan mamat tu duh. Dia tak worth langsung. and kalau dia sendiri panggil kau desperate, da kenapa pulak kau nak dekat dia lagi. I mean, kau bayangkan, dia boleh percaya cakap orang lain dari percaya cakap kau? Dia lagi percaya cakap mamat tu dari percaya cakap kau walaupun sepatutnya dia patut percaya cakap kau dari percaya cakap orang lain. I mean, korang in relay kot, kau rasa, pasangan patut percaya cakap siapa? Dude, kamon, kau ada great life kot. You have great friend. Orang macam tu tak worth la dalam life. Move on kay?" 

and malam tu, aku jumpa dengan Zack pulak. aku jumpa Zack dekat Masjid Besi, Putrajaya. Zack ni siapa? Zack ni aku pernah jugak cerita pasal dia kat entry lepas-lepas and parents aku pun kenal je dia sebab dia pernah raya kat rumah aku dulu. Macam mana aku kenal Zack? Zack baca blog aku. Dari situ kitorang boleh kenal. Bila first time aku jumpa Zack? Aku jumpa Zack pada bulan puasa 2014 di Shah Alam dan kitorang berborak di tepi Padang Shah Alam. Oh Zack ni pun ada chat dengan Syaz jugak dekat Hangout Google Chat tu.

malam tu aku nangis bila aku cerita dekat Zack semuanya. perghh. gua emo bai malam tu sampai nangis. KAH KAH KAH.

sampai satu moment, aku da jarang borak dengan Syaz. Setiap kali aku ajak lepak, dia akan cakap yang dia ada training la, nenek dia sakit la, dia kena training kat Melaka la,dia kena balik Kedah la. nenek dia sakit la apa la itu la ini la and end up sampai ke sudah tak jumpa dia.

until one day.

aku ada dekat Gopeng sebab jadi Volunteer untuk Nomad dengan Cady and Hary. and Syaz kena balik Kedah dengan Seth si sepupu dia tu sebab nenek dia sakit. Lepas tu nenek dia meninggal. Lepas tu Syaz jadi depressed sebab nenek dia meninggal. Sebab dia kata, dia tak rapat dengan parents dia and dia rapat dengan nenek dia je. Lepas tu dia makan panadol ke apa entah sampai overdose and dia masuk hospital sebab makan panadol ke apa entah terlampau banyak. aku dapat wasap bertulis

Abang Shah sakit. masuk hospital. overdose. kena tahan dekat Sultanah Bahiyah, Kedah. Kalau nak melawat, datang la. 

aku tak rasa aku sorang je dapat wasap tu. aku rasa orang-orang yang contact dengan Syaz kat Hangout Google semua dapat. Syaz masuk hopsital hari ahad. Hari isnin aku dapat kol dari Zack.

"hello Zack? kenapa?"

"aku kat Kedah sekarang ni. aku da pergi almost semua Hospital dekat sini tapi tak jumpa dia. takde maklumat pasal dia dan sebagainya. aku ada kawan kat hospital-hospital kat Kedah ni, but there is no maklumat pasal Shahrizal Syazry kena tahan dekat Emergency room. kau kena tolong aku carik dia. betul ke nama dia Shahrizal Syazry? Kenapa dia macam tak wujud?" 


"emm, betul la. Dia pernah kasi kat aku gambar muka depan presentation dia yang ada nama dia. emm, betul kot nama dia Shahrizal Syazry."


"okay, takpe la kalau macam tu. aku try carik lagi."

[end call]

and lepas tu, terus aku rasa pelik. aku contact beberapa orang lepas tu.

orang pertama aku contact

"Hello Cady, bagi aku nombor Esah, kawan kau yang study dekat UPNM tu. aku nak tanya beberapa soalan kat dia."

Cady ni coursemate aku. Tak lama lepas tu Cady kasi aku nombor Esah and aku wasap Esah. actually aku tak berapa kenal sangat pun Esah ni siapa. Kitorang just pernah tengok Teater sama sama je dulu. yang aku tahu Esah tu kawan kepada Cady. aku tunjuk beberapa gambar and beberapa fakta pasal Syaz pada si Esah and Esah cakap

"tak kenal. Dia totally prank kau."

aku tak mengalah. orang kedua aku contact.

"hello Acap, kau free?"

aku borak dengan Acap. Acap ni budak UPNM and amik Medic jugak cuma dia tengah praktikal sekarang so dia tak berapa kenal junior yang berusia 20 ke 21 tahun cenggitu. oh lupa, aku kenal Acap dekat Grindr and aku pernah lepak dengan dia dulu kat SCM.

"Acap, kau ada budak junior Medic yang kau kenal?"

Acap kasi number seorang budak junior first year Medic and nama budak tu ialah Jijul. Jijul ialah first year medic dan budak UPNM jugak. aku borak dengan Jijul and Jijul cakap.

"aku tak kenal dia. Dia bukan budak UPNM."

hati aku da ding dong ding dong da masa tu. orang last aku call.

"Faiz, kau kenal siapa-siapa budak Alam Shah, Cheras tak?"

Faiz ni junior asasi aku. Tak lama lepas tu, Faiz kasi nombor seorang budak. aku wasap dengan budak tu and tanya, kenal tak budak bernama Shahirzal Syazry? and siap tunjuk macam-macam gambar lagi. budak tu balas,

"macam bukan batch kitorang je. Tak kenal la."

aku call Zack lepas tu and ceritakan semuanya apa yang aku tahu lepas berborak and try carik siapa Shahrizal Syazry tu. Zack cakap

"aku frustrated. Perlu ke sampai nak menipu siapa diri kau yang sebenar."

aku balas balik.

"perlu ke nak menipu sampai cakap nenek kau mati? and perlu ke sampai nak cakap kau makan panadol segala bagai?"

masa tu aku da nyanyi solo dalam hati.


Hancur hatiku mengenang dikau 
Menjadi keping-keping setelah kau pergi 
Tinggalkan kasih sayang 
Yang pernah singgah antara kita

Aku sebenarnya kapel dengan siapa ni? Perghh, hantuuuuu.

[bersambung]


p/s
part 2 aku akan cerita macam mana aku dengan Nu'man jadi okay balik. tapi actually kitorang tak la gaduh sangat-sangat pun sebab lepas tu , dia just habis cenggitu je. and aku akan cerita jugak macam aku jadi Pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk collect data and also aku akan cerita macam mana aku jumpa adik Shahrizal Syazry. The real Shahrizal Syazry.

Stay tuned :P

Thursday, 26 November 2015

Date #172

hari tu aku pi date. ye date. setelah sekian lama single, akhirnya gua pergi date. tapi sebenarnya tak berkapel pun kitorang. haha

kitorang pi date masa cuti midsem hari tu. kitorang jumpa kat NU Sentral untuk teman dia pergi Victoria Secret dulu sebelum melencong jejalan. Perghh. tu first time aku masuk kedai Victoria Secret. Selaluya aku layan video runway dorang kat youtube je. part VS yang aku paling suka bila Taylor Swift buat persembahan dengan Fall Out Boy. Bila da kat dalam VS Outlet tu, aku tundukkan pandangan je sebab panties and bra berleluasa gila kat dalam kedai tu. haha.

lepas beli perfume dekat VS outlet, kitorang gerak ke Mid untuk tengok wayang. Hari tu layan naruto the movie kat sana. sebelum tu , kitorang makan KFC kat sana. haha. perghh. gila la , makan ayam goreng dengan insan tersayang. ecececece. tersayang la sangat padahal kitorang tak declare apa-apa pun. KAH KAH KAH. hari tu makan KFC Bucket. nampak la yang kitorang melantak macam apa je walaupun dua orang.

masa tengok wayang tu, sempat-sempat jugak aku bermanja sambil tengok wayang sambil lentok kepala kat bahu dia. kah kah kah. aku da terasa macam kucing da. manja berlebih. tapi date aku tak kisah, maka aku pun tak kisah la buat benda cenggitu.

by the way, kata ganti diri kitorang ialah sayang - abang. KAH KAH KAH. malu gua nak tulis kat sini sebenarnya.

even masa tengah date dekat public pun, kitorang still guna kata ganti diri sayang - abang tu and tak tukar kepada nama atau aku - kau. even tengah borak kat stesen ktm, tengah borak masa nak beli kfc, tengah borak nak beli tiket wayang, kata ganti nama diri tu tak pernah berubah selain dari sayang - abang tu.

Malam tu, lepak makan mamak sama-sama sebelum jejalan kat putrajaya sambil makan sengkuang calit. Dari Dataran Putrajaya ke Masjid Putra ke Petronas Precint 9 ke Masjid Besi. haha. dia ni jenis seriau orang bawak motor lelaju sebab dia pernah eksiden. aku pulak tak tahu yang dia pernah eksiden, jadi aku bawak la motor kat lane tiga. haha. lepas dia bagitahu yang dia trauma, aku pun bawak la motor dengan penuh sopan santun. baik kan aku?

perghh, puji diri sendiri. hHAHAHHAHAHAHAHA. apa-apa pun, setelah sekian lama gua tak ber date, akhirnya gua terasa hidup kembali. kah kah kah. kay la. tu je nak cerita pada kali ini. sekian terima kasih kerana membaca. hehe.

p/s
esok ada kelas and siapkan projek Jelutong Trail yang entah bila nak siap
jumaat takde kelas.
sabtu ni ada projek mega.
ahad ada test
isnin ada presentation and kena hantar report
isnin kena draft chapter 1 fyp
isnin last hantar take home test business.

bila aku nak bergembira ni?


Sunday, 4 October 2015

Selamat hari jadi Sharky!! #164

2 Oktober 2015 / Jumaat

aku pergi PKU dekat uni aku sebab aku syak aku sakit. sakit kepala pun ye jugak,oh PKU tu Pusat Kesihatan Universiti. masuk bilik doktor, doktor cek sana sini,

"awak sakit *&%$##%YU* saya kasi cuti 10 hari. 2 hb ni sampai 11 hb."

aku da nganga.

"awak kena kuarantin."

3 Oktober 2015 / Sabtu

*di tempat kuarantin*

*fon ringing*

aku angkat call. "hello?"

"happy besday to you... happy besday to you....happy besday to you... happy besday to youuuuuuu"

aku da sengih-sengih. pastu gelak sikit. "heyy, thanks la call." pastu sengih lagi.

kalau tahun lepas, aku sambut hari jadi dengan status kapel, tahun ni sambut hari jadi dengan status single. by the way, yang call tu,,, thanks la yo! haha. you made my day la.

p/s
hadiah hari jadi terbaik bila kena kuarantin dan terbaring macam mayat hidup




Wednesday, 2 September 2015

butthurt #157

tadi aku main twitter. macam biasa la. aku memang suka membuang masa dengan bermain twitter. tak buat benda lain padahal report berlambak lagi tak siap. barang nak masuk uni pun tak kemas lagi padahal minggu ni da nak masuk hostel da. tengah sok sek sok sek main twitter, tetiba Allah nak tunjukkan aku sesuatu.

aku sangat terkejut dekat twitter tadi. bebudak semua tengah borak benda apa yang aku nak tahu sangat selama ni. once aku dapat tahu , aku sangat-sangat terkejut. feeling nak marah, mengamuk dengan nak nangis tu da bercampur-campur. Sial betul.

pernah tak, kau nak tahu sangat pasal seseorang, tapi once kau dapat tahu pasal dia, kau terus benci dia sangat-sangat sampai kau rasa nak bunuh dia. sampai kau rasa yang dia tu manusia paling suck di dunia dan kau rasa dia tak layak jadi manusia pun.

aku pun tak tahu la apesal manusia macam kau ni suka menipu. You are the worst human ever yang pernah aku kenal.

Shahrizal Syazry. Anda boleh mati.


Monday, 15 June 2015

Mr Marka [3] #147

Volume 15
Chapter 6
Page 15
Paragraph 10 : 03
Tittle : Mr Marka [3]
Music : 1,2,3,4.. I Love You [ Plain White t's ]

aku nak salam mak aku masa pergi kerja. pastu mak aku tegur.

"kau ni pakai cincin je. kata hilang hari tu. ni jumpa balik dekat mana?" tanya Mak.

"pasangan cincin ni sekarang ada dekat dalam hospital mak." balas aku. lepas tu terus aku start enjin motor and pergi kerja.

p/s
semoga awak sihat sentiasa Tuper Iroo. My hero.




Sunday, 7 June 2015

Mr. Marka [2] #146

Volume 7
Chapter 6
Page 15
Paragraph 09 : 26
Tittle : Mr. Marka [2]
Music : Just Give Me a Reason [ Sam Tsui ]

entry ini adalah berkaitan dengan Gunung Kinabalu , Gempa Bumi dan jugak seekor haiwan bernama Keldai. ni pasal gempa bumi jumaat lepas sebenarnya.

aku : kepala donkey dekat Gunung Kinabalu da hilang. sobs

Tuper Iroo : kepala donkey? errk. sound serious.

Aku : kenapa panggil kepala donkey? tak nampak macam donkey pun. *pastu aku post gambar kat wasap. gambar ni aku dapat dari twitter*


Tuper Iroo : haha. nampak macam dongol dongol jek

Aku : Dongol tu apa? ahahaha. mana yang donkey nya? *aku tanya pasal kepala donkey sekali lagi.

Tuper Iroo : Donggol. =,='

Aku : Donggol tu apa? [ letak emoji tahi ] apakah itu pokemong? *adakah masa ini Tuper Iroo tengah nak cover salah eja? hahahahaha*

Tuper Iroo : haha. huishh. apa pulak pokemong

Aku : kakakakak. tapi ye la awak. what is donggol? Donggol tu donkey ea? mustahil tak tahu donkey is keldai. err . hahahahah [ letak emoji tahi sekali lagi ]

Tuper Iroo : hahaha. no lah. donggol tu macam bulat-bulat yang then tinggi-tinggi tu. =,='

Aku : Unta? Is it Unta? haha. *macam unta la pulak si Donggol ni*

Tuper Iroo : haha. bonggol. =,='

Aku : hahahaha. last last tak tahu dongol tu apa. kah kah kah. makan tengah hari tak tadi? *dan kitorang pun berubah ke topik lain pulak. hahahahha*


jadi dongol ialah someone yang da high gila babi lepas hisap Marijuana and something like that. emm, this is not an animal. 




dan... ini pun bukan. emm errr. HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA. TUPER IROO! what is dongol la? or donggol? or... haha. 


sekian cerita tentang Dongol dan juga Donggol dari saya =,='

to Dongol or Donggol

Tak kisah jenis haiwan apakah anda, semoga satu hari nanti, saya dapat jumpa dengan awak bersama Tuper Iroo. KOH KOH KOH.

Regards

Sharky.

p/s
sesiapa yang nak borak dengan gua, boleh add wechat gua di ThakifIman ye . makacih.