Hai! Currently aku tengah dengar lagu sambil gigih betulkan FYP aku dengan roommate aku. Roommate aku da nak naik gila betulkan format FYP untuk level faculty. Yeah, sangat-sangat la meyusahkan *Rolling eyes* Aku macam tak percaya yang aku da nak habis belajar! *jerit-jerit* KAH KAH KAH. Gila excited. BOM BOM BOM *letup letupkan belon*
Actually agak excited dan sedih at the same time. Benda tu memang la tersangat mixed feeling. Ye la, sebab lepas ni nak jumpa kengkawan tu da agak susah sebab masing-masing busy kerja dan buat master la apa la. haha. Will be crying. Sobs :'(
Apa-apa pun, cerita pasal bulan puasa, so far, this is quite good Ramadhan al Mubarak for me. Tahun ni aku sambut bulan ramadhan dengan kengkawan aku. Tahun-tahun sebelum ni, its quite hard sebab aku ada jawatan dekat kolej, then susah nak spend masa berbuka masa dengan kengkawan tu. Tahun ni, boleh aku cakap, tiap-tiap waktu berbuka, aku dengan kengkawan aku akan pergi menjelajah dari satu masjid ke satu masjid untuk berbuka puasa. Gaya cakap macam pergi menjelajah planet la pulak. haha.
Haha. Perks bila universiti kau terletak di Lembah Klang dan dikelilingi oleh Masjid Besar Gabak yang pelbagai, so nak pilih tempat untuk berbuka tu, so far bukanlah masalah yang agak berat. Memang pilihan tu pelbagai and setiap hari akan buat rotation masjid untuk berbuka puasa.
Masjid Maybank
Aku panggil masjid ni masjid maybank sebab kedudukan dia dekat belakang maybank dekat dengan area universiti aku. Aku pun tak sure apa nama masjid ni sebenarnya. First aku balik uni, kawan aku bawak berbuka puasa dekat sini. Tapi nasib masa tu macam tak berapa nak baik la sebab masa on the way nak gerak ke Masjid Maybank, hujan lebat gila barabas. So masa sampai ke masjid tu, memang lencun la. Tapi alhamdulillah la, nasib baik dapat lauk untuk berbuka tu. Hiks. :P Sedap sedap!
Masjid Putra, Putrajaya
Masjid ni antara masjid yang banyak kali aku pergi dengan kawan aku this semester untuk berbuka. Masjid ni memang ramai yang datang tak kira student, pekerja dari Putrajaya dan orang luar yang malas nak makan kat rumah. Tapi selalunya, memang aku nampak bersepah budak-budak dari universiti aku berbuka puasa dekat sini. Maybe lebih luas and lebih selesa. Heh. Lauk dia pun mantap-mantap! haha. Cuma yang tak boleh belah masjid ni ialah part masa nak amik lauk berbuka. Style berbuka dekat Masjid Putra ni ialah kau makan kuih + kurma + minum air sebelum solat then baru kau makan nasi + lauk. Kiranya senang cakap, kau akan solat maghrib dulu baru lah kau dapat makan makanan berbuka. Bahagian lauk selalunya terletak di sebelah kanan masjid *siapa yang pernah pi masjid putra senang la nak bayangkan, haha*. Jadi bila datang bab solat, ramai gila orang kat belah kanan masjid instead of belah kiri masjid. Masing-masing mengelat solat belah kanan. -,- I was like . Korang ni serius la? hahahaha. Kadang-kadang belah kiri masjid baru 2,3 baris, tapi belah kanan masjid da 5,6 baris of jemaah. Pasal bab ni, aku malas nak komen lebih. haha. aku cuma tulis apa yang aku nampak je. aku suka masjid ni sebab makanan dia sedap ! >.< Paling tak boleh belah, mesti akan ada budak-budak berlari ke tempat kaunter makanan once Imam cakap
"assalamualaikum warrahmatullah."
Fuhh, terus berdesup bebudak ni lari macam flash.
Masjid Besi, Putrajaya
Aku baru sekali je pergi berbuka puasa dekat Masjid Besi ni. Masa tu pun lambat jugak sebab lambat gerak dari universiti. Bila sampai kat masjid je, semua orang da nak start solat. Terus capai air, minum sampai habis and terus solat. Style masjid besi ni sama je macam style masjid putra which is makan kurma and minum air terlebih dahulu sebelum solat and then baru makan makanan berat. Scenery dekat masjid besi ni agak best sikit sebab dia ada khemah besar segala bagai and lebih meriah and lebih gah sikit dari Masjid Putra. haha. Maybe dapat lebih tajaan kot. Entah la. Yang tu aku tak sure sangat. Cuma dekat masjid besi ni, orang lebih teratur and tak la kejadian saf senget sebelah dekat masjid putra tu berlaku dekat masjid besi. haha. Lebih civilized sikit Masjid Besi ni. Lauk dia pun best jugak! haha. :P even baru sekali berbuka dekat Masjid Besi, sempat jugak buat kawan masa tengah berbuka puasa. Aku ni memang taram barabas je borak dengan siapa-siapa yang aku nampak depan mata. Da bosan kan, haha. so borak je la dengan siapa-siapa untuk ceriakan suasana. KAH KAH KAH.
Masjid Uniten
Masjid ni pun antara port student uni aku suka datang makan. haha.
1) lauk dia terbaik
2) Boleh cuci mata
kenapa boleh cuci mata? yang tu kau kena datang sendiri. Masjid uniten ni dekat sikit nak pergi kalau compare to masjid yang ada dekat putrajaya. Style berbuka kat masjid uniten ni ialah makan dulu baru solat. Makanan dia pun quite boleh tahan and meleleh sedap. Hari tu aku datang berbuka, ada lauk ayam gorenggg. Yummy habis! Aku selalu jugak pergi dengan kawan-kawan aku ke masjid uniten ni. Tapi bila nak pergi masjid uniten ni, kitorang akan pastikan yang kitorang tak pakai baju uni sendiri la. haha. ada masjid kat uni sendiri, tapi nak jugak berbuka dekat masjid uni orang lain :P well, itu yang kita panggil variety kan? haha. kena merasa berbuka dekat pelbagai uni. :3
and banyak lagi la masjid-masjid yang aku dengan kawan aku pergi. hahaha. gial bergilir - gilir pergi masjid macam apa je. Nak senaraikan macam banyak la pulak. and aku ni pun bukannya rajin nak menaip sangat. :P macam-mana dengan berbuka puasa korang tahun ni? Best? berbuka dengan siapa?
Kawan?
Kekasih?
Pakwe?
Awek?
Family?
Forever alone?
Eh? haha.
Aku ada masa seminggu je lagi untuk stay dekat uni and spend masa dengan kawan-kawan sebelum masing-masing balik rumah sendiri.
Tinggal seminggu je lagi.
Seminggu je.
Sekejap je kan?
Huhu.
Aku rasa macam semalam je aku masuk asasi kat uni aku ni. haha. Cepat je masa berlalu. Aku akan rindu kawan-kawan aku. :') sob sob sob. *bunyi menangis*
p/s
kalau korang ada berbuka puasa dekat those masjid-masjid. bagitahu la aku, maybe kita boleh lepak sama! haha. ceriakan suasana! Oh btw, aku dapat offer kerja dekat Langkawi!
Wah..banyaknyer tmpt..
ReplyDeleteShark dah nak grad. Rasa macam baru je follow blog kau. Now dah nak habis belajar. haishhh
ReplyDelete