Nuffnang

Monday, 23 November 2015

Family Trait #171

hari tu aku borak dengan kawan aku pasal perkahwinan. Perghh, gila straight aku hari tu borak pasal hal kawen. HAHAHAHAHAH. maybe tak lama lagi aku akan kawen sebenarnya. jeng jeng jeng.  da ada calon da pun, tinggal nak masuk meminang je kat orang tu. haha. siapa percaya apa yang aku cakap, dia bangang.

lepas borak pasal hal kawen, tetiba perbualan kitorang masuk hal rambut pulak. kawan aku cakap yang rambut dia ikal - kerenteng. so kiranya rambut dia masuk kategori dominant. Aku pulak cakap, yang rambut aku jenis tebal dan lurus yang susah nak diuruskan. Rambut lurus is recessive.

bila aku pikir-pikir tadi, ada beberapa family trait yang aku boleh kesan dalam family aku. sebelum tu, dalam family aku, ada ayah, ada mak, ada kak long, kak ngah, alang and aku. aku sorang je lelaki dalam adik beradik aku.

1)Ketinggian ; Pendek

ye. family aku ni boleh dikategorikan sebagai pendek. Mak aku jenis tak tinggi. ayah aku pun tak tinggi mana. dalam family aku, aku rasa, aku la paling tinggi. so , memang family aku ni jenis dwarf je kalau nak banding dengan family orang lain. HAHAHAHHAHAHAH. sedihnya hidup kau ni Sharky.

2) Rambut ; Lurus and tegak macam durian kalau rambut tu pendek

rambut family aku jenis lurus. masa zaman kecik-kecik, bila rambut pendek, rambut aku sangat la terpacak macam duri landak. even dengan rambut aku yang sekarang ni, bila aku bangun tidur, rambut aku terpacak macam pakai wax. aku tak paham kenapa orang nak sangat rambut terpacak. kau tahu tak rambut terpacak semula jadi sangat la menyusahkan dan sangat susah diuruskan. dan aku nampak trait rambut lurus and pacak tegak macam durian ni kat anak-anak kak long aku, Adriana, Aidilya and Ammar. aku selalu berharap rambut aku ikal sikit. hahahaha. tak payah aku nak spend 5 ke 10 minit just untuk rambut je.

3) Warna Rambut : Hitam pekat dan terlebih tebal

warna rambut family aku hitam pekat yang memang pekat. orang panggil hitam arang and double arang terlebih arang. haha. macam bangang pulak.  and rambut family aku pun tebal jugak. so, family aku kerap gunting rambut.

4) Warna kulit : cekelat cerah

mak aku putih. ayah pulak jenis tanned. disebabkan aku selalu main parit waktu aku kecik, jadi, bila besar aku jadi cokelat banyak. ada sesetengah orang, dia putih yang memang putih. dia main parit atau panas banyak kali pun, dia tetap putih. yang aku perasan adik beradik aku, badan kitorang cekelat cerah tapi yang agak cekelat banyak ialah kat area pergelangan tangan, muka and bahagian-bahagian yang terdedah kat cahaya matahari. aku and kakak-kakak aku used to naik basikal around 6km ke 7 km setiap hari masa kitorang form 1 sampai form 5 untuk ke sekolah dan balik sekolah. jadi kau rasa area mana yang tinggal cekelat cerah je? once, kawan aku tak pernah nampak aku shirtless, jadi bila dia nampak aku shirtless for the first time nak pergi mandi kat toilet, dia terkejut.

"eh? kau putih kan rupanya?"

hahahha, aku pun tak tahu kenapa tetiba dia cakap macam tu. kau tak boleh nak cakap dalam hati ke?


5) Penyakit : none. 

alhamdulillah. family aku bebas dari penyakit-penyakit yang sedia ada. aku rasa la kot. HAHAHAHAHHAHAHAH sebab so far,  aku tak pernah dengar lagi kes-kes penyakit berat macam sakit jantung, sakit buah pinggang ke darah tinggi ke apa ke kat family mak and ayah aku. Adik beradik mak aku ada 12 orang. 6 lelaki and 6 perempuan. semua adik beradik lelaki mak aku jenis tak hisap rokok. and surprisingly, semua sepupu lelaki belah mak aku pun jenis tak hisap rokok. adik beradik ayah aku ada 8 orang. 7 lelaki. 1 perempuan. yang hisap rokok is ayah aku je dalam kalangan adik beradik dia.

6) bulu pada anggota badan selain muka : kurang.

aku rasa family aku jenis kurang berbulu. hahaha. kakak aku yang pertama je yang ada bulu tangan agak lebat. kakak aku yang lain agak nipis bulu kat tangan termasuk la aku. untuk part lain, bulu kaki is nipis, bulu dada takde. bulu bawah tu ada la. hahaha. and surprisingly, satu family aku takde bulu ketiak. sekian. HAHAHAHAHHA. senang nak uruskan.

7) kening : tebal

family aku ada kening yang tebal. actually kening mak aku is tebal. kening ayah, kalau tak silap aku biasa-biasa je. orang cakap, kening tebal ni kuat jeles dalam perhubungan . ye ke? KAH KAH KAH.

8) bulu mata : panjang tapi tak lentik. 

family aku ada jenis bulu mata yang panjang macam bulu mata unta. HAHAHAHAH. once, aku tak tahu apa yang merasuk Adriana anak buah aku tu , dia pergi bantai gunting bulu mata dia. Kak long da marah macam apa je. aku rasa da boleh nampak tanduk tumbuh kat kepala kakak aku masa tu. aku  pulak da tergelak terbahak-bahak dengan perangai malaun tu.



apa yang aku cakap ni berdasarkan pemerhatian aku kat adik beradik aku la. and apa yang aku tulis kat sini, more kepada physical trait yang agak jelas pada family aku. sebab kalau trait yang lain, i mean, non physical trait, susah la pulak aku nak telek satu persatu. semua orang ada family trait masing-masing kan. jadi, apa family trait kau yang agak obvious pada kau?  heh. yang ada dimple ke? rambut perang ke? bulu mata lentik ke? heh. share la sikit dengan aku kat bahagian komen. tehee. ada tak family trait korang yang agak sama macam aku? haha. aku rasa mesti la ada kan. lagi-lagi warna rambut. kah kah kah.

apa-apa pun, selamat malam and adios amigos. kalau nak tidur, jangan lupa baca doa tidur kay. Assalamualaikum. till we meet again :)

p/s
aku ada test this upcoming tuesday!! seram betul.

7 comments:

  1. warna rambut of course la hitam...bulat bulat percaya yang ko dah ada partner siap nk masuk meminang bagai aiseh -,-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. jangan la percaya ya

      Delete
  2. aduh.. kena tipu rupanya. haha, keji lah hang sharky. Kalaulah aku pandai lukis dh lama aku lukis ciri2 yg dinyatakan diatas. Hahaha. carot. btw, gudluck dlm test tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. lagi sorang percaya, hahaha. oh, kalau rajin boleh la lukis. hjajajaja

      Delete
  3. Takde bulu ketiak? Ini spesis rare..hahaha

    ReplyDelete
  4. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)