Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA
Apa-apa pun, enjoy!
Chapter 5
Haikal masuk ke kelas Kimia. Dia duduk paling belakang sekali. Dia bukanlah budak rajin yang nak duduk depan sekali. Kang kalau tertidur, buat kena baling kapur ke marker pen ke dengan cikgu tak ke haru lagi menyedihkan? Haha. Haikal duduk di sebelah Elijah. Budak lelaki tu husyuk je layan cikgu Kimia kat depan. Haikal pulak ingatannya mula menerawang kat tempat lain.
Fun fact, adakah anda tahu Elijah ialah nama di dalam bahasa inggeris manakala di dalam bahasa melayu, ia bermaksud Ilyas. Manakala Elisha bermaksud Ilyasa’
Dia teringin nak jelajah sekolah asrama dia ni. So far, dia memang tak berkesempatan sebab sejak dia masuk sekolah ni, dia terus demam panas. Kes demam panas tu pun rasanya da lama berlalu pun. Ada la dalam dua ke tiga minggu lepas. Lepas kejadian tu, dia seboleh-bolehnya menghindarkan diri dari mamat si setan Paan tu.
Lepas kes dia – Imran – Paan and kes kali kedua yang melibatkan dia – Paan (dia tak la kalau Imran berkomplot sama, err) dia tak berapa nak keluar jejalan kat sekolah ni. Dia asyik terperap kat bilik je and malas nak hadap orang ramai pada petang hari. Sebetulnya dia malas kalau terserempak atau ternampak dengan Paan ataupun Imran.
Introvert much huh?
And dia still terfikir, what kind of reaction and expression la yang dia patut buat once dia nampak setan berdua tu. Lari? Lalu je depan dorang and buat bodoh? Tapi dia lagi suka kalau dapat tumbuk dorang ataupun rejam dorang dengan batu. KAH KAH KAH. Kejam tu Haikal. Sangat kejam.
What? Apa yang setan berdua tu buat kat aku lagi jahat kot!
Rasanya petang ni boleh kot lepak-lepak pusing sekolah ni. Sekolah ni bukannya kecik! Besar wooo. Harap-harap petang ni takde event apa-apa. Dan harapnya juga petang ni tak terserempak dengan budak-budak yang pelik-pelik. Contoh budak pelik ialah Paan. Dan Imran juga.
Haikal tumpukan perhatian kat depan semula bila cikgu mula buat kira-kira pasal mole segala bagai. Sejujurnya, dia tak la die hard fan pun dekat subjek science stream ni. Dia lagi suka subjek-subjek sastera ataupun teknikal. Tapi disebabkan family dia da hantar dia kat sekolah ni, dia terima je la. Dia pun bukanlah anak yang suka buat scene hentak-hentak kaki tak mau belajar and hentak-hentak kaki sebab tak dapat apa yang diminta. What? Kau ingat aku spoil brat? Spoil brat itu kau. Ye kau yang baca cerita ni! KAH KAH KAH. Gurau je la mak enon.
Se tidak suka mana pun dia terhadap sesuatu benda tu, dia tetap cuba untuk belajar and settle kan benda itu and bukan abandon dia. Memang dia tak suka fizik, kimia , bio segala jadah yadaa yadaa ni and terpaksa hadap segala bagai subjek ni sekarang, tapi itu tak bermaksud yang dia tak perlu belajar and tak perlu excel dalam exam and whatsoever.
Abang Umar dia pernah cakap, “Tak semua kat dalam dunia ni, kita boleh dapat. Once in a while, kita memang dapat apa yang kita hajati, but not everyday. So terima je la hakikat kalau kau loser and tak dapat apa yang kau nak kadang-kadang. Sekali sekala manusia memang patut duduk dekat bawah pun. Masa tu la terasa macam duduk kat dasar neraka.”
Emm, ye la abang Umar. Pfft. Gaya cakap macam da pernah pergi neraka je. Haha, ya. kadang-kadang perumpamaan yang digunakan oleh abang Umar adalah sangat over reacted.
Haikal duduk kat tepi gelanggang futsal sebelum lap peluh dekat dahi guna lengan baju. Perghh, seronok gila main futsal tadi. Memang dia lepas gian bersukan tadi. Da lama jugak dia tak sentuh bola sejak dia masuk sekolah ni. Dulu masa dekat sekolah lama, ada la seminggu sekali dia main bola dengan kengkawan dia. Tu pun untuk subjek Pendidikan Jasmani atau nama pendek dia ialah PJ.
Kadang-kadang masa petang-petang rembang tak buat apa kat rumah pada zaman dahulu kala, kengkawan dia ajak dia main bola kat padang sekolah. Tapi sejak dia masuk Kolej Tengku Esfahan ni, banyak benda yang dia bataskan sebab dia terpaksa. Terpaksa dan takut kalau dia terserempak dengan dua orang budak setan yang macam cilaka itu. Nama budak tersebut ialah Imran dan juga Paan. Gila skema ayat kau Haikal. Hahahahaha. Aku rasa dalam masa sehari ni, da berapa kali aku sebut nama dorang berdua tu.
Dia bukan la suka sangat main bola sebab sebetulnya dia lagi suka melukis dan mewarna. HAHAHAHAHHAHAHAHA. DORK gila kau ni. Okay gurau. Hobi melukis dan mewarna itu bukanlah aktiviti seorang yang nerd. Melukis dan mewarna itu jugak ialah satu aktiviti rekreasi sama seperti bermain bola sepak ataupun futsal. Cuma rekreasi itu dibahagikan kepada dua.
1) Active recreation ; bola sepak, basket ball, main teng teng, lastik burung, diving dan panjat pokok
2) Passive recreation ; melukis, amik gambar, mewarna, menulis novel, sight seeing dan tengok wayang
Kembali kepada tadi, dia bukan lah minat sangat main bola. Dia juga tak suka melukis and mewarna. Dia tipu je tadi. Dia boleh je bermain bola macam bebudak lain tapi main bola totally not his forte. Dia tak dapat grab the idea bahawa ada satu bola and bola itu dikejar oleh secara berjemaah oleh 20 orang yang lain. What is the point kejar bola secara berjemaah cenggitu? Tapi kalau nak dipikirkan, sukan lain macam ragbi and basketball pun lebih kurang sama je rules macam bola sepak tu which is satu bola di tengah-tengah arena sambil dikejar secara berjemaah oleh mereka yang lain.
Still dia tak nampak keseronokan di situ.
Haha. Mahunya kena rejam dengan peminat bola sepak kejap lagi.
Tapi entah la. Mungkin bola sepak ni sukan mainstream dekat Malaysia kalau nak banding basket or handball or ragbi sampai aku nak buat penegasan sikit pasal bola ni. Ehem *batuk-batuk kecil* Sukan mainstream tapi hasilnya ke laut. *batuk-batuk lagi* Dengan isu menteri dekat KBS lagi. *batuk-batuk lagi*
Dia main bola masa kat sekolah lama pun sebab tak nak bebudak sekolah dia panggil dia kaki bangku ataupun pondan. Itu pun lagi satu idea and perkara yang dia tak dapat nak grab. Dekat luar negara, ada je subjek macam Pendidikan Jasmani atau PJ ni, cuma nama subjek itu ialah PE atau nama penuh dia ialah Pyhsical Education.
Dekat luar negara, bila start PE, dorang tak main bola semata. Untuk minggu first dorang buat larian, untuk minggu kedua dorang main basket, untuk minggu ketiga dorang main lacrose, untuk minggu keempat dorang bermain bola, untuk minggu kelima dorang main ragbi dan seterus- seterusnya la untuk minggu-minggu yang berikut which is setiap minggu akan ada aktiviti yang berlainan and not totally focus on football only. Apa? Kau ingat aku rajin nak tulis jadual pembelajaran PE setiap minggu?
Macam mana aku tahu semua tu? Da. Yang tu tak payah la kau nak amik tahu. KAH KAH KAH.
Kalau kat luar negara, kau tak pandai main bola, kau tak akan digelar faggot. Well, kau start digelar faggot bila kau mula mengaku yang kau ini gay. Yang aku perasan, Malaysia ni je yang over dengan pandangan ; siapa tak main bola masa zaman sekolah, dia ialah pondan and suka main teng teng dengan perempuan. Aku pun tak paham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekalian.
Well kembali kepada diri aku ye rakan-rakan, (HAHAHAHAH, poyo gila gaya cakap) macam yang aku cakap la. Main bola is not my forte sebab aku lagi suka main ragbi. Tapi kat Malaysia ni, takde pulak gelaran ; kau pondan bila kau tak main ragbi. And tak semestinya yang kaki bangku tak pandai main bola tu , dia tak pandai main sukan lain. And tak semestinya yang hebat bermain bola tu, dia boleh bermain sukan lain. And kadang-kadang yang pandai main bola semata, dia pandai main bola je. Sukan-sukan lain dia memang la totally loser wa cakap sama lu.
Kau pandai main bola? Well, pergi la wakil Malaysia, pastu ubah sejarah Malaysia pasal bola. Geram je aku tengok pasal bola kat Malaysia ni. Lebih politik daripada hasilnya. Lepas tu terbit movie nama Ola Bola. Tak habis-habis nak mengenang memori dan mengenang zaman kegemilangan. Ya ya ya ya bla bla bla, aku tahu. Tak berdosa pun kalau nak mengenang zaman kegemilangan bola di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Tapi sampai bila?
Sampai bilakah kau mahu mengenang?
Sampai tua?
Sampai mati?
Tolong la move on.
Kat gelanggang futsal da masuk berganti dengan bebudak lain. Team dia semua da tersadai dekat bangku sambil minum air and chit chat segala bagai. Dia cuba pasang telinga dengar apa yang kengkawan dia bualkan. And dia rasa sekarang ni kengkawan dia tengah borak pasal bebudak perempuan kat sekolah lama dorang.
Dia dengar sipi-sipi perkataan mantap la. Tetek besar la. Peha cantik. Montok la apa la. KAH KAH KAH. setan punya budak-budak.
Dia rolling eyes je. Memang la dia tak paham dengan hormon budak 16 tahun yang gersang cerita pasal budak perempuan semedang setiap hari. Dia bukanlah tak tertarik dengan budak perempuan, okay sebenarnya memang tak pernah tertarik pun. Tapi dia rasa dia tak tertarik sebab dia baru berusia 16 tahun. A fucking sixteen years old. Oh kamon people. Remaja pada usia 16 tahun ialah main game dan carik kawan tanpa henti. Bukannya berborak pasal budak perempuan and bukak topik pasal cup bra apa yang bebudak perempuan tu guna.
Even though sebelum ni dia tak berapa nak banyak sangat kawan, sebab ye la, dia banyak duduk dalam bilik je sebelum ni *rolling eyes* tapi lepas main futsal tadi, dia dapat rasa la yang dia bakal dapat banyak kawan. Gila confident je kau ni Haikal! Hahahahahahahahahaha. Memang la tahap setan kau punya confident level.
Kat dalam dunia ini secara lahiriahnya, antara perkara-perkara yang senang untuk dibuat kawan dan mendapat kawan dalam masa yang singkat ialah (tips ini boleh diguna pakai di mana-mana ceruk dunia sekali pun. Ianya jugak boleh di apply semasa orientasi uni, bila masuk bekerja, pergi kem yadaa yadaa dan jugak backpack)
1) Team merokok
2) Team main sukan sama sama. Dalam kes ini ialah bola sepak
3) Anda ialah orang pantai timur.
Ye. Kalau anda berada di mana – mana sekali pun, cara untuk mencarik kawan yang paling mudah ialah dengan merokok.
“Eh, kau ada rokok?” Tanya A kepada B pada satu kem. A dan B bukan kawan. Automatik selepas itu A dan B berkawan baik di kem tersebut. Ya. Rokok ialah perantaraan yang bagus untuk memulakan persahabatan.
Jika anda bukan perokok yang tegar,
“Eh, nak join main bola sama! *ataupun apa apa sukan sekalipun*” Kata C pada D di pinggir padang, sebuah kolej di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Terus automatik selepas itu C dan D akan menjadi kawan rapat sebab mereka mempunyai minat sukan yang sama.
Kalau kau bukan perokok tegar, kau bukan juga kaki bersukan. Kau berharap je la kau orang pantai timur. KAH KAH KAH.
SIAPA ANGGAP BENDA NI SERIUS, DIA MEMANG BANGANG.
Apa-apa pun, tadi dia main futsal lima sebelah. Dia geng dengan roommate dia which is Dani and William. Adam roommate dia yang banyak mulut tu jenis tak main futsal. Mamat tu budak basket. Jadi memang agak susah la nak nampak muka dia kat area sini. Sebelah gelanggang fustal ni ialah gelanggang badminton. Gelanggang badminton tu cum sekali dengan gelanggang taqraw. And dia sangat la curious. HAHAHHAHAHAHAHAHAH. Ada ke budak pandai main taqraw kat sini?
Haikal teguk minum air sebelum tebar pandangan sekeliling.
“Nak sikit air.” Mintak Dani. Mamat tu duduk sebelah dia sebelah regang-regangkan kaki dan urut betis dia.
Haikal hulur air dia and Dani terus teguk lepas tu sebelum hulur balik botol air pada pemilik asal.
“Kenapa tetiba kau main futsal hari ni?” Tanya Dani.
“Soalan luar alam mana kau tanya tu?” Haikal gelak.
Dani pun gelak. “Soalan luar alam yang tak terjangkau dek tangan – tangan manusia. Ye la, sebelum ni kan kau jenis terperuk kat bilik. You know.” Dani angkat kening, “I thought kau ni bipolar or something ke apa.”
Haikal terus tolak bahu Dani. Mamat tu terus mengekeh ketawa.
“Gosh. That was a cruel statement.”
Dani makin kuat gelak. “No la. I mean, kat kelas kau okay je. Banyak cakap, banyak bagi pendapat, boleh je jawab soalan kalau cikgu tanya dekat depan. Kat bilik pun banyak cakap pot pet pot pet semedang je. Cuma bila sampai waktu petang rembang nak buat aktiviti bersukan , kau mesti mengelakkan diri dari bersukan. Jangan la salahkan aku kalau aku anggap kau ni bipolar.”
Haikal mendengus. “ No la.” Haikal teguk air lagi. “Sebelum ni aku rasa malas sangat nak bersukan. Tetiba je hari ni aku rasa better aku keluar dari bilik tu.”
“Gaya cakap macam bilik tu berhantu je.”
Haikal gelak. Mamat ni memang la. Hahahahahah. Ayat dia semua luar biasa betul.
“Eh Dani. Aku gerak dulu la. Nak usha tempat lain pulak.” Bagitahu Haikal. Setahu dia sekolah ni ada kolam renang jugak. Best jugak kalau dapat usha.
“Leh meh? Kau nak pi mana je?” Tanya Dani ingin tahu.
“Not sure. Pi kolam renang pun macam best. Tak pun usha je mana-mana dulu.” Bagitahu Haikal.
“Ooo okay okay.” Mamat Dani tu senyum.
“K la. Aku gerak dulu.”
Haikal jalan sorang-sorang. Dia tengok jam tangan. Baru pukul 6.30 petang. Dia sekarang berada dekat tepi padang ragbi. Dia nampak sekumpulan pelajar tengah warm up, ada yang pusing-pusing padang, ada yang just duduk je. Tetiba dia nampak Paan. Paan tengah borak-borak dengan kawannya yang lain. Alamak! Ada Paan la. Ni yang malas nak usha benda apa yang best dekat padang ni.
Sejak kejadian tu, dia seboleh-bolehnya nak mengelakkan diri daripada Paan sebab dia malu. Gila dia tak malu?! Walaupun Paan buat benda bangang dekat dia and patutnya mamat tu yang malu sebab buat macam-macam dekat dia, entah kenapa dia sedikit malu dengan apa yang da jadi. Malu ada. Marah pun ada. Sakit hati pun ada. Bengang pun ada and macam-macam lagi la. Dia tak terasa nak report dekat pihak atasan sebab dia bakal merasakan yang dia ni akan dapat malu je. Siapa yang lebih dipercayai? Haikal seorang budak lelaki yang baru masuk sekolah itu ataupun Imran dan juga Paan yang memang famous amos dekat sekolah tu?
Let’s say la kalau pihak sekolah percaya, still cerita tu akan tersebar and sah-sah dia akan dapat malu. And sah-sah jugak kalau cerita tu tersebar, kau bayangkan je la kengkawan dia bakal bash dia and dia bakal dapat nama gelaran yang entah apa-apa. Contoh gelaran ialah Faggot. Mostly bebudak Malaysia ni judgemental gila. Lagi-lagi kalau budak – budak tak cukup umur yang setakat berumur 16 and 17 tahun, apa la yang dorang tahu pikir sangat.
Sebagai contohnya, perbualan semasa pun hanya bertopikkan budak perempuan. Cuba la berbual tentang sejarah dunia ke , bila next BBW ke, perbincangan tentang Malala Yousafzai ke apa ke. HAHAHAHAHAH. cukup-cukup la jadi poyo Haikal. Kau pun remaja 16 tahun yang tak cukup sifat pastu nak keji orang lain. Kalau orang lain borak pasal perempuan, kau pulak asyik menerawang pasal anime terbaru je. Lagi entah apa-apa. KAH KAH KAH. Kau. Memang. Manusia. Tak. Sedar. Diri. La. Haikal.
Apa-apa pun, setiap kali dia nampak Paan atau Imran dari jauh, terus dia ubah haluan laluan dia. Dia tak nak jumpa dengan diorang. What? Setiap kali jumpa dorang berdua je, sah-sah ada perkara tak baik terjadi kat dia.
Damn! Paan tetiba melambai ke arahnya dan pantas menuju ke arahnya sambil tersenyum lebar. Dari jauh Haikal boleh nampak pergerakan Paan menuju ke arah dia. Mati la aku! Mati la aku. Mati la aku. Mati la aku. Haikal da mula gelabah.
Haikal terus belah cepat-cepat dari situ. Dia tak nak jumpa Paan and dia memang tak nak jumpa mamat tu walau berkurun lamanya. Tetiba dia takut. Dia takut kejadian berulang semula. Dia malas nak hadap muka Paan dan kenapa pulak Paan nak jumpa dia balik? Nak baik-baik balik dengan dia. Mesti nak bontot. Macam bangsat!
Haikal banyak mencarut kan akhir-akhir ni? Haha. Jangan lupa komen and share kalau korang rasa cerita ni best!
aeeeehhhhhhh??? pelik bonar neh.. kejap jer dah jadi syok...? haha....
ReplyDelete@fallen angel. hahahaha. misteri alam. who knows. eh?
ReplyDeleteni mesti sbb mkn nasi kangkang... eeeuuuuwwww... haha
Deletenasi kangkang? dasat sangat tuuuuuu
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYang nama Dani Tu kenapa tak buat Daniel je terus . Macam Daniel Marcello??? . Hikhikhik saje je tanya
ReplyDeleteHuhu
ReplyDeleteDaniel samsuri pon sedap.......hahaha....
ReplyDeleteDaniel darwisy. Visit wattpadd dia. He also have a lot of great story abt gay
ReplyDeleteMemang betul psl 3 group common tu, klu x tergolong dalam either group tu, jgn mimpi la nak senang cari kawan
ReplyDeleteshark.. aku rse citer ni ade penambahan..yeke (atau perasaan aku je) sebab tahun lepas tk silap aku bace tkde yg brnama dani atau adam..(kalau x silap la ade penambahan watak sebab sebelum ni citer ni rse mcm xde watak tambahan psal roommate pdahal sebilik 4 org..)
ReplyDelete