#1 from anonymously
Q : form ni xde lagi besar ke?
A : da memang takde besar lagi. KAH KAH KAH. tapi aku tukar background dia da. tak tahu la da cukup besar ke idok. kenapa? nak komen panjang-panjang dan maha banyak ke? eh? hehe.
#2 from anonymously
Q : bro akaun fb yg suci ape?
A : aku ada je FB suci jadah semua tu. aku ada fb suci dengan fb tak suci. selalunya aku akan bagi FB suci aku dekat orang yang aku percaya atau trust gila barbie. selalunya memang aku tak akan bagi random cenggitu je.
okay, selamat membaca!
Haikal duduk dalam kereta tu dan pandang ke arah seberang jalan. Dia duduk dekat seat sebelah pemandu. Pemandu kereta tersebut ialah Zahid. Somehow, dia teringat dekat something and someone bila dia duduk dalam kereta, i mean, dia duduk dekat seat sebelah pemandu dan pemandu dia ialah orang kacak membunuh. Tetiba dia terasa macam bau masin pantai dan angin pantai. Apa je la tak kena dengan kau ni Haikal. Memory disorder betul. Zahid pandang ke arah seberang jalan jugak. Dia pandang ke arah apa yang Haikal tengah pandang sekarang.
Zahid matikan enjin kereta. “tak nak masuk?” tanya Zahid. Dia pandang Haikal.
“entah la.” Haikal masih ragu-ragu nak masuk dan jejak semula ke sekolah lama dia tu.
“la pulak. Kenapa?”
“aku, aku, aku..” Haikal tergagap-gagap
“kau takut semua orang kat sekolah tu tak suka kau?”
Haikal terus sandar. Dia pandang depan. “lebih kurang la.”
Zahid sandar jugak. Dia pegang stereng kejap-kejap. “selagi kau tak jumpa dorang, mana kau nak tahu kan wether kau ni baik ke jahat zaman dulu-dulu.”
Haikal diam je. Zahid pun diam jugak. Suasana diam dalam kereta. Haikal keluar dari kereta dan tutup pintu kereta lalu berdiri tepi kereta. Zahid tanggalkan tali pinggang dan keluar dari kereta. Dia tenung Haikal.
Tetiba dada Haikal terasa pedih macam ada something pernah terjadi dekat situ. Tapi dia tak tahu apa dia. sesuatu yang sedih. Dia tarik nafas perlahan. “aku nak balik.” Haikal masuk ke dalam kereta semula. tutup pintu kereta kuat.
“okay.” Zahid masuk ke dalam perut kereta, tutup pintu kereta, start enjin kereta, masuk gear dan berlalu dari situ. Haikal alihkan pandangan keluar kereta. Maybe next time dia jejak situ. Maybe. Ye, maybe next time.
“kau pernah sedar tak yang kau ni pelik?” tanya Zahid.
Haikal buat muka pandang Zahid. Sesuka je kata aku ni pelik. Dia rasa sepupu dia tu lagi pelik. Kadang-kadang tetiba je menghilang hujung minggu tanpa dapat dikesan. Baru la dia nak ajak jejalan ke apa ke, tapi mesti budak lelaki tu hilang macam tu aja.
Dia da duduk rumah Zahid almost a month da sekarang. Da mula nak biasakan diri dengan Zahid. Da mula nak biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Ingatan dia tentang perkara lepas memang tak pernah nak masuk dalam kepala otak dia. tapi dia kira bersyukur je sebab tak berapa nak kisah sangat. Kalau ada memori tentang masa silam yang nak datang singgah dalam kepala otak dia, dia amat alu-alukan, tapi kalau tiada memori yang nak datang singgah pun, dia okay je.
Dia dengan bebudak sekolah dan kengkawan Zahid amat la okay. Dia mula dapat get along dengan bebudak baru semua. Walaupun dia tak ingat apa yang dia belajar tahun lepas, tapi alhamdulillah la otaknya tak berapa nak lembab macam apa je, dia cepat tangkap apa yang cikgu ajar dan hasilnya, dia gelak membahan Zahid bila markah test dia lagi tinggi dari budak tu. Zahid tunjuk muka benci dan tuduh dia meniru. Terus dia sekeh kepala Zahid lepas tu. punya la aku study rerajin, sesuka dia je nak cakap aku meniru. Cis.
“aku rasa kau lagi pelik.” Balas Haikal pulak.
Masa ni Haikal dan Zahid tengah duduk hadap Kuala Lumpur dari Bukit Ampang. Duduk dekat divider dan pandang suasana petang sambil makan aiskrim malaysia 20 sen tu. angin sepoi sepoi bahasa terjah tubuh budak berdua tu. Zahid tolak shade ke atas sebelum gigit sedikit aiskrim milo dia.
“aku rasa kau pelik sebab kau tak pernah nak amik kisah pasal masa silam kau.” balas Zahid.
Haikal sengih je. “come on la cousin. Aku rasa kau lagi spooky sebab tetiba menghilang malam jumaat and hujung minggu. What are you doing? Where are you going? Tukar jadi harimau jadian ke apa? Bila aku bangun waktu pagi je, baru la aku nampak kau tengah tidur. Entah jam berapa kau balik pun aku tak sedar.”
“gila stalker hidup aku. Keji.” Zahid menyeringai.
“da kita duduk sebilik. Mana aku tak hafal rutin kau.” lepas tu dua dua pandang ke depan tengok Kuala Lumpur dari puncak atas bukit tu. diam agak lama jugak sehingga Zahid pecah suasana lagi.
“kau serious tak nak amik tahu pasal kehidupan kau sebelum accident?”
“siapa cakap aku tak amik tahu pasal life sebelum accident aku?”
“aku la yang cakap. Kau tak nampak macam amik kisah. Kau tak pernah contact kengkawan lama kau. kau tak pernah nak try jejak sekolah lama kau. apa yang kau cuba buat ialah kau setakat tanya soalan-soalan basic dekat aku, macam ‘apa yang kau buat zaman sebelum ni?’ ‘aku ni jahat ke?’ ‘sebelum ni aku pernah couple ke?’ and secara jujurnya, aku tak tahu nak jawab sebab aku bukan kawan sekolah kau.” Zahid amik nafas. “memang kita rapat Haikal, tapi aku rasa , untuk jawab soalan kau tu, kau kena tanya ex schoolmates kau. atau ex roommates kau. they know you better.”
Haikal mengeluh. “entah la Zahid. Ada suatu ketika, aku terasa nak tahu. Ada suatu ketika aku malas nak amik tahu pasal hal dulu-dulu. Benda tu macam on off. Penting ke?”
“penting la!” bidas Zahid tetiba.
“kenapa kau cakap macam tu.”
“mana tahu, kau ada kes atau hutang yang belum selesai ke apa ke.”
Pfft. Haikal mendengus. “luas sangat imaginasi kau ni.” gigit aiskrim sedikit. “aku kadang-kadang pelik jugak sebab takde siapa yang macam carik aku.”
“come on la Haikal. Macam mana dorang nak carik kau?” Zahid pandang Haikal. “kau terus pindah Dublin, number kat Malaysia sah-sah kau da off. Aku tak tahu la kau ada contact ke tak kawan sekolah kau masa dekat sana. Then kau kemalangan, lepas tu balik Malaysia, merempat duduk rumah aku.”
Haikal terus pandang Zahid. “keji punya sepupu cakap aku merempat.” Zahid da tergelak terbahak-bahak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Zahid legakan anak tekak dia. “sah-sah la takde siapa contact kau. bila kau balik sini pun kau guna nombor lain. By the way, how about your facebook, twitter, instagram ke apa?”
Haikal pandang Zahid janggal. “aku takde la benda-benda semua tu.”
“oh okay. Bad for you. Maybe kau patut buat satu akaun untuk semua tu.”
“nanti-nanti la aku buat. kalau aku terasa nak buat.” Haikal gigit lagi aiskrim.
Dua –dua pandang Kuala Lumpur lagi. Nyaman suasana dekat Bukit Ampang tu. gigit aiskrim lagi dan lagi. Dua-dua layan perasaan dekat atas bukit tu.
“what is your next plan untuk kembalikan ingatan kau.” tanya Zahid tetiba.
Haikal diam je sebelum menjawab. “aku tak pernah ada plan pun.” Haikal tambah lepas tu. "kau sedar tak kau ni macam kaunselor aku je dah?"
Haikal turun dekat stesen Hang Tuah dan menapak perlahan-lahan menuju ke VI. Haikal keluarkan fon dari poket dan tekan compose message
‘da sampai hang tuah. Tengah menapak. otw’
Klik send pada penerima. Terus dia dapat balasan tak lama kemudian.
‘da sampai bagitahu.’
Dia taip lagi.
‘okies.’
Haikal senyum. Dia masukkan balik fon ke dalam poket dan menapak perlahan-lahan menuju ke suatu tempat.
Ermawan dengan Haikal pusing-pusing Low Yat.
“jom naik atas.” Ajak Ermawan.
“nak beli apa ni? fon baru? Ke kamera ke laptop ke?” tanya Haikal. Mereka berdua sedang berjalan menuju ke eskelator.
“nak beli kamera. Nak try usha Tough. Survey harga.”
“Tough? Wow. Taste besar.”
“you know Tough?” tanya Ermawan. Dia pandang Haikal. “impress.” Ermawan angkat-angkat kening.
Haikal tergelak tengok reaksi Ermawan. “come on la Ermawan. Opss. Come on la abang Ermawan, Tough is a really branded camera kot. Siapa yang tak kenal Tough? Tellin me la.”
“pernah datang sini ke sebelum ni?” tanya Ermawan. Ermawan tak amik peduli dengan panggilan abang Ermawan si Haikal tu.
Haikal angkat bahu. “dont know. Cant even remember this place. Apa nama tempat ni?” tanya Haikal. “kalau setakat Times Square tu tahu la, kita pernah terserempak first time dekat situ.” Bagitahu Haikal.
“yeah.” Setuju Ermawan. “by the way kiddo, this is Low Yat. Remember that.” Ermawan kenyit mata dekat Haikal
“okies.” Motif la sangat kau nak kenyit mata dekat aku wahai cikgu. Kisah dia hantar mesej pada Ermawan malam tu, terus dia dapat panggilan malam tu tak lama lepas tu.
Haikal gosok-gosok mata. mata dia mula gatal-gatal mintak tidur. Mesej da hantar dekat Ermawan. Maybe esok kot budak tu akan hantar balasan mesej tu. ye la, sekarang pun da pukul berapa -,- . diri terasa mindfuck sebab hantar mesej dekat orang pepagi buta. Tahu tak wahai Haikal bahawasanya sekarang adalah waktu orang tengah lena tidur berselubung dengan selimut? Baru je nak lelap, fon dia berdering. Tangan mula tergagau gagau carik fon bawah bantal. tak tengok pun siapa yang call. “hello? Ya? Siapa ni?”“Ermawan ni.”“oh.” Haikal tak tahu da nak cakap apa. And the rest is history.
“why suddenly beli Tough? Kenapa tak DSLR ke apa ke?” masa ni Haikal dan Ermawan mula masuk ke satu kedai tu. Ermawan mintak model Tough terbaru. Dua-dua duduk dekat kerusi tinggi yang ada dekat kedai tu.
“DSLR tak berapa nak praktikal sangat kalau nak pergi masuk hutan atau buat aktiviti lasak. Aku tak suka la bawak benda berat gaban macam tu. lagipun buat semak je bawak DSLR ni. resolusi tinggi pulak tu. tersangat. baik guna Tough. Kau nak celup dalam air pun boleh. Kau nak baling ke apa ke , semua boleh. Kecik dan senang aku nak bawak pergi mana-mana.”
“over la kalau baling tu.” balas Haikal. Ermawan da HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.
Lepas tu Haikal pusing-pusingkan kerusi tinggi tu untuk tengok keadaan sekeliling. Ermawan pulak da tenggelam dengan Tough dekat tangan and borak-borak dengan tuan kedai mintak pendapat. Dia malas nak dengar. Dia tak berapa nak pakar sangat dalam IT ni jadi dia malas nak semakkan kepala dia dengan maklumat pelik-pelik.
Haikal usha sana sini. Dia usha orang dekat kedai sebelah. Dia usha dekat orang seberang kedai. Dia usha orang lalu lalang. Dia usha orang yang singgah kedai tu. dia terasa macam dia ada sikap suka berada di dalam crowd. Dia terasa happy. Terasa high. Not really high macam hisap dadah tu. dia terasa macam hidup. Dia perasan sejak dia keluar hospital after kemalangan and jejalan dengan abang Umar dekat Dublin, dia suka usha orang. Tapi yang jadi masalahnya, dia usha lelaki -,- dan bukannya perempuan. Kenapa ni? kenapa ni? memang sebelum ni dia suka usha lelaki ke apa? Atau lepas kemalangan , dia tetiba tertukar nafsu dan suka lelaki pulak. Okay, ini pelik -,-
Sekarang dia tengah usha sorang mamat penjaga kedai seberang yang ada rambut spike. Tapi pandang tak lama. Mampus kalau kena tangkap pandang. Tak ke malu gila sebab usha lelaki dan bukannya perempuan. Lepas tu dia usha pulak sorang budak lelaki yang pakai seluar khakis paras lutut dan pakai sandal yang lalu depan kedai tu. lepas tu dia usha pulak sorang lelaki yang rambut sedikit ikal yang tengah borak dengan kawan dia. lepas tu dia usha lagi lelaki yang tengah gelak dekat seberang kedai. Matanya memang meliar je dari tadi.
Haikal gelisah sesorang.
“tengok apa?” tegur Ermawan.
Haikal pusingkan kerusi tinggi pandang cikgu tu. “nothin.” Senyum. Dia macam tak percaya jugak yang Ermawan dan 24 tahun. Jarak dorang ialah 7 tahun. Tapi kenapa dia tengok Ermawan ni macam budak sekolah je? macam muda habis je? macam hijau dan tak patut berusia 24 tahun. Dan ye, dia suka usha Ermawan jugak. -,- kenapa aku ni pelik sangat? Oh Haikal. kronik da kau ni!
“kenapa aku rasa kau ni macam bukan 24 tahun?” tanya Haikal tetiba.
“da tu?” Ermawan belek-belek kemera dekat tangan. Dia pandang Haikal sekejap. “kau rasa aku sepatutnya umur berapa?” angkat kening sebelah.
Haikal telan liur. Cikgu ni -,- jangan la angkat kening sebelah tu. jantung macam nak tercampak keluar da ni. aku ni tak tahu kenapa lepas accident asyik suka usha lelaki je. lepas tu kau ni pulak memang baby face habis, lepas tu angkat kening pulak. Telan liur lagi.
“entah.” Haikal angkat bahu. Pusingkan kerusi tinggi hadap lain. Dia terasa dia perlu bertenang. Babi la Haikal. Kau ni da kenapa? Asyik nak dup dap tak tentu pasal. Kau tu lelaki! Kenapa nak dup dap dekat lelaki pulak? Be realistik! Kau sepatutnya dup dap dekat perempuan. Not lelaki. Dup dap dekat perempuan depan mata kau ni! kau sepatutnya dup dap kat dia. -,-‘ okay. Tak taste langsung dekat perempuan tu. Haikal pusing balik pandang Ermawan.
Ermawan senyum pandang Haikal. Haikal kerut dahi. “apesal senyum?”
“senyum pun salah. Jadi kau rasa aku sepatutnya umur berapa?”
Haikal buat-buat berfikir padahal dalam hati tengah cuba nak tenangkan diri. “lebih kurang 20 ke 21 ke.”
Lepas tu Ermawan tergelak. “seriously?” tanya Ermawan. “okay, aku nampak muda sangat sangat la ni?”
“diam la.” Marah Haikal. Ermawan gelak makin kuat. “tak payah nak suka sangat.”
Ermawan sengih-sengih lepaas tu dia panggil amoi jaga kedai kamera tu untuk bincang tentang harga. Tadi kata nak usha dulu, ni da macam nak beli terus je mamat ni. Haikal pusingkan kerusi tinggi tu lagi dan pandang sekeliling lagi. Mata meliar kiri dan kanan dan kiri dan kanan lagi.
“weh jom.” Ajak Ermawan.
“eh? Da ke? Nak pergi mana?” tanya Haikal. Dia tengok kat tangan Ermawan da ada bungkusan plastik. “aku ingat kau usha harga je dulu.” Kedua dua Haikal dan Ermawan mula bergerak dari kedai tu.
“malas. Terus beli je. aku malas nak datang balik ke Low Yat ni. lagipun aku nak guna dalam masa terdekat ni. okay, jom pergi tempat lain. Aku haus la.”
“nak pergi minum dekat mana?” tanya Haikal
“entah.”
-,-
“kau memang la suka bagi jawapan macam apa je.” Gumam Haikal.
Haikal dengan Ermawan duduk dekat Lemon Grass. Haikal makan Nasi Lemak Daging Merah. Ermawan pulak layan Mee Kari Bandung. Dua dua layan makanan tak pandang kiri kanan langsung.
“one fine day aku nak bawak kau kat satu kedai makan ni. perghhh, terbaik.” Ermawan amik tisu, lap mulut dia yang ada bekas kuah Mee Kari. Haikal pandang Ermawan. Mulutnya mengunyah daging merah. Perghhh. Sedap meleleh habis.
“mana? Kedai makan apa?”
“Murni. Nama kedai Murni. A bit mahal tapi memang satisfy habis. Nanti kalau kita ada masa, kita pergi.” Ermawan senyum. Budak tu hirup kuah Mee Kari sedikit.
Haikal letak sudu dengan garfu ke tepi, capai soda dan sisip perlahan sambil pandang Ermawan. “kenapa kau baik sangat dengan aku?” tanya Haikal jujur. Da lama sangat dia nak tanya Ermawan soalan ni. dulu, masa jumpa dekat Times Square, dia tak paham kenapa Ermawan beria ia nak sangat supaya dia ingat kat diri dia tu.
“maksud kau? define baik sangat dekat aku?” Ermawan kerut dahi.
“ye la, bawak aku jejalan. Pergi makan. padahal aku tak ingat apa-apa pasal kau pun. Dulu , kita ni rapat ke?” tanya Haikal jujur lagi. Gasak. Memang straight forward je dia tanya Ermawan. “dulu kita jumpa dekat mana?”
“kenapa nak tahu sangat ni?” Ermawan tersengih.
“cerita la.” Desak Haikal.
Ermawan legakan anak tekak dia. dia pandang Haikal. Haikal pandang Ermawan balik. “kita dulu jumpa dekat Shah Alam. Festival Seni Kebangsaan. Aku tak tahu la kau ingat ke tak ke apa ke, tapi sekolah kau dulu dapat naib johan and sekolah aku tempat ketiga masa Festival seni Kebangsaan tu. ingat? and kau sangat bagus dengan gitar.” tanya Ermawan pada Haikal.
Haikal geleng-geleng kepala je. Ermawan sambung lagi. “and kita pernah borak dua kali je kalau aku tak silap. First, malam sebelum bertanding. Masa tu kau tengah duduk sorang-sorang dekat luar stadium. For god sake, aku tak tahu la apa kau buat kat luar sorang-sorang masa tu. tapi kita ada borak sikit and kau cakap kau ada masalah.”
Haikal kerut dahi. “masalah apa?”
“masalah cinta.” Ermawan menyeringai bila tengok reaksi muka Haikal. “ And kali kedua kita borak after pertandingan habis, before semua orang balik ke sekolah masing-masing after dapat medal and whatsoever la. That time, kita exchange fon number. Tapi kau tak pernah contact aku dan aku pun tak pernah nak contact kau. once bila aku nak contact kau, nombor kau takde dalam perkhidmatan. The end.” Ermawan pandang muka Haikal. “anything want to ask?” Ermawan minum sedikit air jambu batu dia.
“rewind back. Pasal masalah cinta tu. aku nak tahu pasal tu. pasal apa sebenarnya?” tanya Haikal. Yang ni dia eager gila nak tahu. Rupanya dulu dia pernah ada jugak masalah cinta. KAH KAH KAH. Masalah bercinta dengan manusia. Masalah apa je la agaknya. Aku ni da macam apa je menjejak zaman silam. Macam mencari piece piece yang hilang. This is so jigsaw puzzle. Dulu kemain kata tak kisah kalau tak tahu pasal zaman dulu-dulu. Zaman sebelum accident. Sekarang, eager nak mampus, nak tahu pasal zaman sebelum dia accident. Lagi-lagi kalau hal yang melibatkan cinta. Terasa macam mindfuck jugak sebab , dude, come on, kau baru 17 tahun. Kau muda lagi.
Ermawan kerut dahi cuba nak mengingat. “aku tak berapa nak ingat sangat. Well,” Ermawan teguk liur. “kau pun tak berapa nak story sangat. Kau just cakap, kau ada masalah dengan couple kau dan jarak usia korang ialah satu tahun.”
“lagi?” ooo, jarak satu tahun. Dia simpan kemas-kemas dalam hati. macam teruja la pulak kan? Ermawan tunjuk muka bersalah.
“tu je yang aku ingat.”
“laaaa.” Haikal duduk menyandar. Ermawan da gelak-gelak tengok Haikal depress gila babi punya. “aku ingat punya la banyak yang kau boleh cerita. Rupanya takde apa pun.”
Ermawan sisip sedikit lagi air jambu batu dia. “chill la dude. Kau ni apesal tetiba eager semacam? Tak ke mana la cinta kau tu. geli aku dengar. Kencing pun tak lurus ada hati nak bercinta.”
Haikal buat muka. “aku bukan nak bercinta sangat pun. I just want to know. Saja je la. Doktor suruh aku gali-gali balik kenangan zaman dulu.”
“ye ke?” Ermawan tunjuk muka suspicous.
“da kau ni apesal tak percaya?” tanya Haikal. “alaaaa, Ermawan, tu je ke kau tahu? Anything else kau tahu pasal aku?”
Ermawan angkat bahu. “tak banyak. Kita tak pernah borak pasal each other pun. Aah kan.” Ermawan sengih. “kita tak pernah nak bagitahu details sangat. Aku tak tahu nama penuh kau? aku tak tahu kau duduk mana: Aku tak tahu adik beradik kau ada berapa? Aku tak tahu kau suka makan apa? aku tak tahu hobi kau apa? Aku tak tahu warna kegemaran kau apa?”
“is that necessary yang last sekali tu?” -,-
Ermawan da gelak-gelak macam cibs.“by the way dude, apesal kau tak tanya kengkawan kau dekat sekolah je? kan senang.” Ermawan bagi pendapat.
“aku tak sekolah kat situ lagi dah. Pindah sekolah.” Haikal teguk sikit air dari cawan.
“then, I think you should go to your oldie school la.”
Haikal diam. Ni da orang kedua bagi nasihat yang sama. Bila kau nak jejak sekolah lama ni Haikal? Dia bukanlah tak nak jejak, tapi ada beberapa benda yang dia takut. Yes, dia memang eager nak tahu bila melibatkan hal-hal cinta bagai tu, tapi ada je dalam hati dia terdetik. Betul ke apa yang aku buat ni? betul ke? Ke tak betul? Ke macam kerja gila?
Actually, bukan suka suka dia tak nak amik tahu pasal kisah lama dia. dia bukan tak nak amik peduli tapi dia lebih takut. Macam mana kalau zaman sebelum dia kemalangan , dia sebenarnya adalah budak ganja? Tak ke macam horror gila habis tu? macam mana kalau sebelum ni dia budak gigolo and semua orang tak tahu, only several yang tahu , and then lepas tu akan yang tempah dia dalam beberapa hari kemudian. Tak ke terasa macam 1) terkejut habis 2) memang dia boleh terkujat mati kalau ada berita-berita aneh ni.
Kisah yang Zahid cerita kat dia dulu pasal anak kucing dengan budak yang dia belasah tu. memang seronok dengar Zahid bercerita tapi hati dia pedih jugak bila dengar dia pernah bunuh anak kucing and belasah budak macam tu. and hati dia tak tenteram bila dengar apa yang Zahid cerita tu lagi-lagi bila dia tak tahu what is the main reason aku buat macam tu? aku terasa macam, adus, aku ni rupanya teruk jugak zaman dulu. Dia just nak jadi budak baik je sekarang. Jadi budak baik macam otak dia yang da refresh. Yang da reset. Yang da format. Kan best kalau dia tak perlu ingat apa life dia sebelum ni. tapi doktor dekat hospital and even klinik asyik ulang benda yang sama je.
“you should face your past wether it is good or not. It is your story. Not mine. Not others.You should continue by yourself.”
“tapi kalau nak start balik? Boleh?”
Doktor senyum pandang dia. “tu kita panggil mati hidup semula. Hari kebangkitan. Dalam dunia, hanya ada pause sahaja. Takde restart semula.”
tamat untuk chapter 3!!! buat sesiapa yang nak komen, boleh la mengomen :) and siapa-siapa ada kemusykilan ke apa ke, atau nak tanya apa-apa ke, boleh klik google drive form ni :) thanks!
@Google Drive Form
dan jangan lupa , like page My Name is Shark juga :) tengah pikir nak post something best dekat situ! :)
@My Name is Shark
dan jangan lupa join ni jugak!
tetiba banyak pulak benda nak kongsi. KAH KAH KAH. okay, happy reading and thanks sebab membaca!
p/s
suka tengok orang yang ada janggut seciput pendek. KAH KAH KAH. -,-, diri terasa bangang bila cakap macam tu
maleh nak komen tapi terbaik hehe ^_^
ReplyDelete@the legends prince thanks! :)
ReplyDelete👍
ReplyDeleteaarrgghhh!!! x puas baca la.. tengah syok2 baca, tau2 je dah bersambung.. damn! hohoho..
ReplyDeletei hate u shark! cpt la smbung! hahaha. cni privacy sikit compare komen kt fesbuk. hahahah
ReplyDeleteNak lagi........
ReplyDeleteyeahhh.finally.still x puas.
ReplyDeletebest~ tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni.. hehee
ReplyDeleteAgak bosan chptr nie
ReplyDeleteBest x sbr nk tngok smbungannya:-).
ReplyDeleteBest tp x sabar nk tgk haikal meet up with hisha. Apa pn ur the best shark! - bob_amir
ReplyDeleteReaction watak2 dlm cite ni mcm unreal. And even dialog yg doktor ckp pun tak mcm doktor. There's no guy would act like what those characters did even if they're gay. Sorry just to let you know my opinion
ReplyDeletechapter ni (and before) mcm perlahan sket.. u might want to cepatkan sket ur cerita to keep the reader interested.
ReplyDeletep/s nice la dah ade abg janggut~
BEST !! :3 ABANG SHARK BERI SAYA ILHAM UNTUK BUAT CERPEN . THANKS SEBAB BUAT CERPPEN YANG BEST NI :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete