Nuffnang

Sunday, 18 January 2015

Remaja chapter 14 #126

Haikal terjaga dari tidur. sayup sayup dia dengar azan subuh berkumandang dari jauh. Dari Dewan Utama mungkin. siapa je la rajin benar azan pagi pagi ni. Dia rasa orang tu memang rajin power sungguh. Mata mencelik tengok sekeliling. terkedip kedip cuba sesuaikan dengan suasana dalam dorm. dorm masih gelap. malam tadi lepas tengok bintang dengan Hisha, dia dengan Hisha balik semula ke dorm untuk masuk tidur. Tu pun da dalam jam 2 ke 230 pagi. bila sampai dorm, budak-budak ni semua wasalam da selamat tidur. mungkin sebab penat dengan Night Walk tadi kot. kalau tidur depan Lab Skill mahunya sejuk beku da satu badan pastu kaki boleh je jadi freeze macam kena rendam dekat kutub utara sana.
Haikal pandang katil sebelah, Hafid masih terbongkang tidur tak sedar apa. Haikal sengih tengok Hafid. mamat ni la kan. Hafid memang macam tu, hahahahahahahahahahahahahahahaha, kalau tidur, mamat tu memang wasalam tak sedar apa da. kau letak jam loceng kat telinga dia pun, mamat tu memang ngeng barabas entah apa-apa tak dengar. kadang-kadang dia terfikir, apa je la yang Hafid mimpikan sampai tak dengar alarm berbunyi. kah kah kah. mamat tu sure ada telinga yang sangat tebal. tapi kalau aku borak dengan Sufiyan ke siapa ke, cepat pulak mamat ni pasang telinga.
Haikal duduk atas katil dan pandang seisi dorm. sebenarnya mata dia masih gatal-gatal lagi and for sure la mata dia tengah merah sekarang ni. Haikal menguap lepas tu tutup mulut and dia mula bangun. Dia menuju ke bilik air untuk basuh muka pastu terus amik wudu' and solat subuh. masa dia lintas katil Hisha, dia perasan budak lelaki tu da takde atas katil. ke mana la budak lelaki tu pergi. pagi-pagi da menghilang entah ke mana. malam tadi dia lepak dengan Hisha, tetiba dia terasa macam terkenangkan sesuatu. dia terasa macam pernah buat benda tu.
baring dan lepas tu tengok langit gelap malam. dan serius jugak dia rasa macam pernah jumpa Hisha somewhere tapi tak tahu kat mana. is it Hisha from his past? dia terasa macam rapat gila dengan mamat tu. dia terasa macam pernah berkongsi cerita dengan mamat tu. tapi kalau Hisha kenal dia, kenapa Hisha tak tegur dia and cakap yang diorang kenal ke apa ke macam apa yang Ermawan dengan Paan buat. Emm, memang betul-betul kot yang dia dengan Hisha tak pernah kenal sebelum ni. tapi dia sangat-sangat selesa berada bersama budak lelaki tu. serius dia terasa macam pernah kenal dengan mamat tu. tapi.... kat manakah?
Hisha ni macam sebiji gula-gula yang manis tau. budak lelaki tu sangat baik. baik macam sebiji gula-gula yang bagi happiness dekat orang lain. Manis dengan senyuman dia tu. KAH KAH KAH. Haikal, you are sure very bangang la. ada ke bangang mangai nak suka dekat lelaki. kamon la. get a life. suka dekat lelaki, nak pergi mana je la pun. tapi... tu la kan. suka je. bukannya aku nak amik can ngorat dia ke apa ke. aku pun still human being yang nak rasa kasih sayang daripada orang lain. da kalau aku rasa amik kasih sayang dari seorang gadis amatlah macam aneh je, aku pun tak tahu kenapa aku terasa macam tak boleh get into budak perempuan atau gadis punya kasih sayang. apa salahnya la kan aku amik kasih sayang dari seorang lelaki? it's not like aku teringin nak buat seks pun. aku cuma nak happiness tu je pun. just kasih sayang je... err. berkasih sayang sesama manusia bukanlah berdosa besar bagi dia. cuma bernafsu terhadap sesama lelaki tu yang parah. hahaha, manusia zaman sekarang ni yang mula bernafsu yadaa yadaa buat seks bersepah-sepah, aku pun tak paham kenapa manusia suka sangat buat seks. kalau lelaki dengan lelaki, mula la dapat benda STD ke HIV segala jadah tu. and kalau lelaki - perempuan, mula la mengandung ke apa ke. pastu da lahirkan anak, pergi buang dalam tong sampah pulak.
aku tak paham kenapa perempuan sanngup mengandung 9 bulan and bila da lahirkan anak, dia akan buang bayi tu merata-rata macam dia buang sampah merata rata. what the heck man? serius aku tak boleh nak paham perempuan. sebab tu la kot aku tak boleh nak terima kasih sayang perempuan. poyo! hahahaha. alasan bodoh dan semata dari Haikal. ye la. cuba kau bayangkan. kau mengandung 9 bulan kot. ianya adalah sangat lama! kau da bersusah payah heret ke sana sini kandungan kau tu and then bila kau lahirkan dia, kau main buang je dia kat dalam tong sampah bagai. first, manusia macam tu adalah manusia bodoh. kau tahu tak sebab apa ada Rumah anak-anak yatim tu wujud? selain ada kanak-kanak yang da hilang ibu bapa, Rumah anak yatim tu fungsi dia ialah untuk kau letakkan anak kau tu kat situ dari kau buang dia merata rata tempat. tapi da kata pun manusia bodoh, mana la dia ada instinct nak letak kat rumah anak yatim ke letak kat masjid ke apa ke. haila haila. tahunya nak bunuh and buang merata je. for sure, aku jumpa orang macam tu, aku tendang je masuk tong sampah. tak pun tendang masuk longkang. hidup takde otak and aku rasa kuda lagi ada otak dari orang macam tu.
Haikal bentang sejadah dan mula angkat takbir. even seseorang tu sayang dekat lelaki, itu tak bermaksud yang dia tidak perlu solat kan? still dia seorang Islam and perlu solat 5 kali sehari. da la. malas nak pikir lagi. baik aku fokus kat solat je.





Haikal menapak naik tangga menuju ke bilik. Kem 3 hari 2 malam da habis and dia memang sangat-sangat enjoy join kem tu. Cikgu Syakila yang hantar dia balik rumah tadi. Hafid pulak dalam kereta tidur tak ingat dunia. penat sangat la tu sebab pagi tadi struggle main Orienteering kat dalam hutan bagai. lepas lambai dengan penuh semangat dekat Cikgu Syakila, Haikal tanggal kasut and masuk ke dalam rumah. dari ruang tamu bawah, dia boleh mendengar Secondhand Serenade memekak dari aras atas. ni mesti dari bilik Zahid. gaya rumah ni da macam nak buat Konsert Pasukan Pasukan Rock Bersekutu je. dia tak nampak la pulak Mak Ngah dengan Pak Ngah.  time-time macam ni selalu Pak Ngah and Mak Ngah mesti tengah tengok TV and selalunya kalau Zahid memekak pasang lagu kuat-kuat mesti budak lelaki tu da kena piat telinga sebab tak beradab sopan. dan dia selalu gelak je la bila Zahid kena marah macam gitu. Mak Ngah kata tak menjaga adab jadi manusia timur. hiks!
Haikal tolak pintu bilik and menapak masuk. makin kuat bunyi lagu dari speaker wi fi Zahid. Lagu da tukar ke lagu Immortals - Fall Out Boy. Zahid tengah duduk atas meja belajar sambil angguk-anggukan kepala ikut rentak muzik dengan half naked bagai. kadang-kadang Zahid ikut lirik lagu Immortals and nyanyi sama. Haikal tengok rambut budak tu serabai. dia syak Zahid ni tak mandi dari pagi tadi. Haikal capai bantal lepas tu baling kat kepala Zahid.
"woi!" Zahid berpaling pandang dia. Haikal da berdekah ketawa.
"mak ngah dengan pak ngah pergi mana? apesal takde orang pun kat bawah."
"kenduri kahwin." Zahid menguap lepas tu tutup mulut guna tangan. lepas tu Zahid sambung hadap meja belajar. entah apa je la mamat tu study.
"musibat lahanat, kau study apa?" tanya Haikal takde mukadimah.
"Fizik. bukan ke cikgu Pipah kata nak buat kuiz esok? jadi semangat la aku study sekarang ni"
"really meh?" Haikal da baring atas katil. "malasnya aku nak study." kata Haikal perlahan. mata perlahan-lahan nak terkatup tutup sambil mata husyuk tengok kipas pusing dekat siling. sambil tu dia urut pelipis bila fikir pasal soalan past year Fizik yang banyak mangai untuk dia kampoi. Cikgu Pipah ni pun tak beragak nak buat kuiz hari senin. buat la hari selasa ke rabu ke apa. Mata makin lama makin berat. Kipas ni buat tarian gelek ke apa kat aku untuk buat aku makin mengantuk.
"how's camp?" tanya Zahid. budak tu perlahankan speaker wi fi dia dan mula bergerak menuju ke katil. Fall Out Boy da kurang memekak dengan Immortals sana. Tapi still dia rasa seekor anjing pun boleh larik masuk dalam stor kalau dengar Fall Out Boy memekak. Haikal tengok Zahid atas bawah. memang tak malu betul. ada ke pakai boxer je dalam bilik.
"where is you cloth la Zahid. kau memang bacin la tak mandi dari pagi tadi." Haikal da nak buat muka gelak-gelak sebab selamba je kutuk Zahid. Zahid capai bantal pastu baling kat muka Haikal. Gelak berdua.
"aku da mandi la gila. since aku pun bukannya keluar bilik, aku pakai je la boxer. tak berdaya nak pakai baju dengan seluar." Zahid baring sebelah Haikal sebelum regangkan badannya.
"budak gemuk." Haikal bangun dan menuju ke rak baju. Zahid pandang pelik kat Haikal. Haikal capai seluar sukan dan baju lepas tu bagi dekat Zahid. "makhluk, baik kau pakai baju ni."
Zahid sengih je. dia duduk dari perbaringan and capai pakaian yang dihulur Haikal and mula sarung pada badan. Haikal duduk sebelah Zahid.
"baru la nampak macam manusia. tadi macam cave man je." Haikal da sengih-sengih.
"alaaa." rungut Zahid. "dalam bilik je. bukannya aku keluar berlari-lari kat taman permainan pakai boxer pastu kibar boxer keliling buaian and gelongsor. ada kau dengan aku je." Gumam Zahid perlahan. lepas tu Zahid bangun dan mula regang-regangkan badan dan buat senaman ringkas. "more, kita dua je lelaki. kalau aku bogel sekalipun da kenapa? kau bernafsu kat aku ke apa?" Zahid da gelak macam lahanat. dan entah kenapa muka Haikal jadi panas. budak lelaki tu terus baling bantal kat Zahid.
"lucah entah apa-apa la kau ni." Haikal baring semula atas katil tanda malas nak layan Zahid. mata tengok siling putih dan kipas berpusing macam helikopter sekali lagi. Zahid duduk atas katil and pandang Haikal.
"dude Haikal."
"emm, apa dia." jawab Haikal perlahan. mata makin kuyu. dia tengok jam kat dinding bilik Zahid. patut la wasalam mengantuk. da masuk jam 130 petang da. ni memang kritikal zon untuk seorang manusia berasa kantuk dan masuk ke reban ayam untuk tidur.
"aku lapar la." ulas Zahid.
"da tu? apa aku boleh buat?" balas Haikal sendu. emm, sedapnya kalau dapat lelap sepam dua ni. tapi Zahid ni memekak pulak kat atas katil. menyesal aku kacau dia study tadi.
"jom la teman aku makan." Zahid goyang-goyang badan Haikal
"malas la." dia terasa macam nak tolak Zahid masuk bawah katil.
"alaaa jom la. tak kesian ke kat aku yang tengah kelaparan ni?" dude, serius Zahid. aku nak tolak kau masuk katil da ni.
"kat dapur takde makanan ke?"
"takde." sejak bila la sepupu aku ni nak manja-manja dengan aku. selalunya aku mintak tolong dia kemain malas. sebagai contoh, amik aku lepas sekolah masa latihan debat.
"malas la Zahid. panas." rungut Haikal lagi.
"aku belanja ABC special topping aiskrim plus ceri merah!"
Terus mata Haikal celik and lepas tu duduk hadap Zahid. "okay on. jom aku teman kau makan." Haikal sengih lebar.
"lahanat punya sepupu. nak kena belanja baru nak ikut teman aku." rungut Zahid.  Haikal da HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. aku kalau orang belanja makan ni memang la aku sangat semangat. Zahid bangun dan capai handphone serta kunci motor. Haikal masuk toilet.
"kejap, aku nak basuh muka!" kata Haikal kuat dari dalam toilet. dekat kedai tu ada abang terengganu yang kacak bergaya. jadi muka mesti la kena ceria bersih selalu macam baru kena wudu' . haha, Haikal memang macam psiko gila babi. entah bila entah dia bersiap pergi makan untuk impress orang lain.
"kita nak pergi makan dekat kedai hujung rumah je la. bukannya pergi makan dekat Pavi." geram Zahid. "motif nak basuh muka?"
Haikal keluar balik dari toilet lepas tu sengih pandang Zahid. "biar la. aku nak nampak bergaya selalu."
"kau nak ngorat makcik kedai tu ke apa?" rungut Zahid.
Haikal gelak ceria je. "mesti la ye."




Dalam pinggan Zahid ada Nasi Putih, Ikan Pari Masak Asam Pedas, sayur Bendi and sedikit Kerabu Mangga. Haikal yang da kecur liur tengok lauk Zahid, terus amik pinggan and isi dengan Nasi Kosong, Ikan Keli Goreng, Telur Masin,  pastu tambah kuah asam pedas sikit. konon tadi tak nak makan. sekarang Haikal da lebih sudu dari kuah. Zahid gelak.
"konon malas nak makan. pui."
Haikal sengih je. tambahan untuk Haikal, Zahid tempah ABC special siap ada topping aiskrim dengan ceri merah atasnya.
"Mak Ngah dengan Pak Ngah pergi kenduri dekat mana?" tanya Haikal. cuaca agak panas. walaupun ada kipas besar alam dekat tepi meja dorang berdua, tapi still peluh da leleh dekat dahi and belakang badan bagai. Haikal hirup sikit ABC dia untuk hilang panas.. Zahid pulak minum milo ais je. "apesal kau tak ikut dorang pergi kenduri?" tambah Haikal.
"mak suruh tunggu kau balik. and lagipun aku malas la. dorang pergi kenduri dekat Tanjung Malim. jauh sangat la untuk aku ikut sama. soalan topikal Bio tak siap lagi. dengan Fizik cikgu Pipah lagi untuk esok. Kuiz pasal Hasan Al Banna lagi. Prosa Klasik BM cikgu Belida. agak-agak la pun nak kasi soalan. aku tahu la nak spm." Zahid da mula merungut sambil masukkan sikit ikan pari ke dalam mulut dia.
"kau-memang-aneh." kata Haikal sambil kerut dahi. "sejak bila pulak kau ni kaki study? mesti ada something. kau bukan ke kaki study tengah malam-malam buta?"
"saja je ubah angin."
"poyo." Haikal gelak. Zahid gelak sikit sebelum budak lelaki tu minum milo ais.
"aku nak siapkan segala jadah tu sebab malam ni aku nak pergi tengok gig. nak ikut?"
Rahang Haikal macam nak jatuh da. "serius meh. aku tak pernah pergi gig." kata Haikal perlahan. "tapi macam seronok je." entah kenapa tetiba dia jadi sangat teruja bila Zahid cakap pasal gig. tetiba dia terasa macam adrenaline rush berlumba lumba dalam badan. da macam excited kena kejar anjing pun ada. hahahahaha. bangangnya perumpamaan.
"nope. kau selalu pergi gig sebelum ni cuma kau tak ingat je. kau la ajar aku pergi gig bagai sebelum ni."
"oh." Haikal terdiam kejap. dia terasa macam terfaktab sekejap. berapa banyak benda agaknya yang dia tak ingat atau tak tahu pasal diri dia sendiri ye?
"awat diam?"
"no la. aku just curious yang apesal aku tak ingat langsung pasal gig ni ataupun kau reka-reka je. apesal aku tak ingat banyak benda yang aku pernah buat sebelum ni? even kau cakap pasal gig ni pun, aku takde memori pasal benda tu. aku cuma rasa excited je bila kau cakap pasal gig tapi the memori....." Haikal terdiam sebelum tunjuk muka frust. "takde langsung. sebelum ni kita pernah pergi berdua ke gig ni?" Haikal cuba nak perah ingatan and ingat pasal benda alah ni semua tapi dia terasa useless. dia tak ingat apa. apa la memori aku ni tak nak bekerjasama dengan aku. haila haila.
"pernah." Zahid sambung makan and telan ikan pari perlahan-lahan masuk ke anak tekak. "ada la jugak beberapa kali kita pergi sama. kita layan Hipikay, Jalberwocky, Standard Shire, Xuan, Creepy Hues,Sister Mariana." Zahid tengok Haikal macam muram and lepas tu dia tambah. "and banyak lagi la. jangan risau la Haikal. lama-lama nanti kau ingat la balik pasal memori kau tu. maybe dia amik masa and kau tak payah la pikir banyak sangat kay." pujuk Zahid.
"emm, ye la." lepas tu dua dua diam layan makanan depan mata. Haikal da tenggelam pasal gig dan cuba ingat balik benda-benda lepas and Zahid pulak husyuk hadap ikan pari depan mata. "malam ni jam berapa Zahid?" tanya Haikal tetiba.
"around 8 ke 830 macam tu kita gerak la."
"kat mana?"
"Santa Claus."
"area mana la pulak tu."
Zahid angkat-angkat kening sebelum sengih. "kau tunggu je la malam ni."
"menakutkan."
"sangat menakutkan."






Zahid and Haikal turun tangga menuju ke Santa Claus yang terletak kat bawah tanah.
"like seriously Zahid, ni memang cool gila babi punya."
Zahid menyeringai gembira. Santa Claus da bising dengan lagu yang kuat. lampu dengan ais kering da bersepah sana sini and memang meriah habis la.
"tempat ni agak seronok la jugak. band band macam Bunkface, Pretty Ugly, MUH, Hujan semua perform kat sini dulu sebelum dorang debute kat dunia luar sana. atas pentas kat depan tu la." Zahid juih bibir untuk tunjuk pentas. Zahid terpaksa cakal kuat gila babi punya untuk lawan bunyi muzik yang gila kuat macam apa je. Haikal da terasa eardrum dia macam nak terlompat keluar pun ada.
"mana kau tahu ni?" tanya Haikal kuat supaya Zahid pun boleh dengar jugak soalan yang dia tanya tu,
"kau yang kasi tahu aku dulu!"
Haikal berdegup kuat. tetiba dia terasa macam tak kenal diri sendiri. Haikal... siapa kau dulu ni. siapa kau dulu ni? kenapa kau da tak ingat apa-apa. like seriously, bila balik rumah nanti, dia nak tanya banyak benda dekat sepupu dia ni. there is a lot of thing yang serius dia nak tahu sangat sangat. tapi tahu ke Zahid pasal diri dia. tahu ke sepupu dia pasal all his past and secret. sebenarnya sekarang jugak dia nak tarik Zahid keluar dari Santa Claus and tanya semua pasal diri dia yang Zahid tahu.
"hai semua. kami dari Sister Bay will perform 3 songs tonight." Sister Bay da mula naik pentas and start nak nyanyi. budak budak lain da mula ada yang jerit jerit kasi sokongan.
"Go Sister Bayyy!!"
"Sister Bay hot!"
"suka Sister Bay!!!"
Haikal da fokus kat depan and baik dia lupakan segala jadah soalan soalan yang dia nak tanya kat Zahid. better dia straight forward fokus je kat Santa Claus malam ni. Ni da macam konsert AC/DC pun ye jugak. Lead singer Sister Bay da feeling macam Brian Johnsan kat atas pentas nu ha.
"First song, hope you guys will enjoy it, Smells Like Teen Spirit by Nirvana."
Dan bunyi gitar terus kedengaran dari atas pentas. makin ramai yang bersorak dekat Santa Claus lepas tu termasuk la seorang manusia bernama Haikal. this is totally cool duh.



"you know what Zahid. that was pretty awesome gila kan?"
"apa kau merepek ni?" balas Zahid dari meja belajar. Zahid pusing kerusi belajar and pandang Haikal yang tengah bersila atas katil sambil mata tengok buku latihan pendidikan islam. jam kat dinding da tunjuk pukul 2 pagi. "aku tak rasa soalan pasal Hasan Al Banna dari ustazah adalah soalan yang menarik." Zahid julingkan mata ke atas. "aku rasa soalan dia mangai mengarut gila yang ustazah kasi."
"aku tak cakap pasal ni la. aku cakap pasal Santa Claus la. aku tak tahu pulak tempat tempat macam tu ialah wujud di muka bumi Malaysia ni."
"aku pun fikir macam tu hingga la kau yang  bawak aku. dude. masa kau bawak aku tu, umur kita baru 15 and like tetiba ada polis buat serbuan sebab ingat ada orang hisap ganja and kita dua all the way round lari macam apa je lepas tu semata mata nak elak kena tangkap." Zahid geleng geleng kepala.
"seriously?" tanya Haikal tak percaya. "aku?" tunjuk diri dia. "kita dua?" Haikal tunjuk dia dengan Zahid. "lari dari polis and berjaya lepaskan diri." tanya Haikal tak percaya.
"the one and only la." Zahid tersengih sebelum hadap semula meja belajar and sambung buat latihan dia. sambil tu sempat lagi budak si Zahid tu pasang lagu Snow - Red Hot Chili Peppers.
dua dua diam layan Snow sambil mata masing masing husyuk tengok soalan kat buku.
"Zahid."
"emm." sahut Zahid tanda dengar.
"kenapa aku tak ingat apa pasal gig and pasal yang lari dari polis tu?"
Zahid tengah menulis sesuatu atas kertas sebelum letak shaker atas meja belajar. sekali lagi pusing kerusi belajar hadap Haikal.
"I dont know Haikal. the reason aku bawak kau sebab aku nak kasi ingatan kau pulih balik. maybe, maybe la somehow ianya akan spark something kat dalam otak tu and kau akan ingat sikit-sikit. tapi.."
"tapi malangnya takde and tak ingat apa-apa." kata Haikal perlahan.
"sorry Haikal." balas Zahid sambil senyum bersalah.
"it is okay. da la." Haikal gelak kecil. "nothing to worry about la. aku kan superhuman. aku okay je." Haikal angkat bahu.  "kau jangan risau kay. aku kuat and ingatan aku insyaallah akan datang balik one fine day."
"hopefully."
Haikal sengih. Zahid pandang kesian kat Haikal.
"Zahid, apa yang lagi kau tahu aku pernah buat selain dari gig. dulu kau memang pernah cakap suruh datang sekolah lama aku and ada la aku dapat memori sikit-sikit but tak la banyak sangat. bila kau ajak aku pergi gig tadi and lepas tu , kau cakap, aku yang ajak kau pergi gig before this, aku actually sangat-sangat terfaktab, terkelu, terkedu dan sebagainya yang sama erti dengannya sebab aku terasa macam aku tak kenal diri aku sendiri. aku macam orang baru and then aku terfikir dalam-dalam, apa je yang aku pernah buat before this and I need to know about that. aku perlu korek life aku sebelum ni."
Zahid diam.
Haikal pandang Zahid.
"kau tahu sebelum ni kau pernah masuk orkestra?"
"a what?"
"err, orkestra." ulang Zahid ragu ragu seolah olah dia baru salah kasi information.
"seriously tiger?"
"aah la. kau try la pergi balik sekolah lama kau and tanya pasal team orkestra kau. mana tahu kau akan ingat balik ke apa ke. korang ada compete National Level last year."
tetiba dia teringat something. dia kenal Ermawan dari orkestra ni jugak. emm, da lama tak contact Ermawan si cikgu tu. entah apa cerita la mamat seorang tu. busy mengajar agaknya dekat Victoria sana.
"lagi?" tanya Haikal. actually, nak je dia tanya Zahid, aku dari dulu memang suka dekat lelaki ke (read ; gay) ? tapi rasanya sepupu dia ni memang akan terkujat terkejut la kalau dia tanya soalan power macam tu. apa la yang akan jadi agaknya kalau tetiba dia main tanya je dekat Zahid. dalam bayangan dia.

"eh Zahid, dulu aku memang suka lelaki ke?"
"apa kau mengarut ni? sekarang pun kau suka lelaki ke? kau suka aku ke apa? eee, creepy la sial kau ni. kau berambus sekarang dari bilik aku." lepas tu Zahid tarik tangan dia and tolak dia keluar dari bilik. lepas tu GEDEGANG Zahid hempas pintu.


better tak payah tanya soalan mengkarung tu. tak pasal-pasal bukan kena tolak keluar dari bilik, budak si Zahid ni campak dia dari balkoni atas ni agaknya. KAH KAH KAH. imaginasi kau Haikal memang barabas power gila.
"Haikal." panggil Zahid. sepupu dia turn off lagu and lepas tu bergerak duduk atas katil and duduk sebelah dia. da kenapa tetiba Zahid ni macam nak buat sesi terapi bersama kaunseling je.
"kau rasa kau sedih tak bila kau tak ingat hal-hal past kau?"
"err, apesal kau tanya macam tu?"
Zahid angkat bahu. " saja je aku tanya."
"err," Haikal ragu-ragu nak bagitahu Zahid. "sejujurnya Zahid. aku pun tak tahu apa yang aku rasa. kadang-kadang aku happy bila aku ingat balik hal-hal lepas. ye la. aku tahu siapa diri aku. aku ingat balik siapa aku. tapi somehow, aku kadang-kadang macam tak bangga dengan apa yang aku buat and apa yang aku pernah buat. hari tu kan, masa aku balik sekolah lama aku, aku ada ingat several things and bagi aku benda yang aku ingat tu serius macam bangang dan aku rasa, better tak payah ingat. banyak benda buruk yang aku ingat masa aku kat sekolah lama aku." contohnya macam kes rogol bodoh tu. sambung Haikal dalam hati. "tapi, yeah. aku human being. aku bukan maksum yang Allah nak lindungi daripada dosa macam nabi-nabi and rasul kita. aku just human being yang aku ada dua choice. First choice aku ialah ingat balik kesemua segala kenangan yang aku pernah ada. Second choice aku ialah tak payah ingat balik kesemua segala kenangan yang aku pernah ada. and again, kalau aku ada super power, aku just nak kenangan yang manis-manis je Zahid dalam life aku."
dan kenangan-kenangan bodoh macam putus cinta, ditinggalkan, ditipu , diduakan, dipermainkan, threesome, dirogol macam bodoh semua tu serius dia tak nak ingat langsung. at all. Fuck cinta. Fuck Paan. Fuck semua kenangan yang dia ada. Titik.
lepas tu Zahid bangun, pergi rak buku and lepas tu datang balik kat katil. Haikal sempat baca tajuk kat buku yang Zahid bawak tu. Kisah Para Nabi ; Pengajaran dan Iktibar by Uztaz Johari Yaman.
"sejak bila kau baca buku macam ni." kata Haikal nak tergelak.
"tak baiknya nak gelakkan aku." tapi muka Zahid pun macam tak percaya yang dia pegang buku-buku islamik macam tu. "da diam. aku ada terbaca something semalam." lepas tu Zahid selak-selak carik mukasurat untuk dibaca pada Haikal.



"mereka tidak mengetahui apapun dari ilmu Allah, kecuali bahagian-bahagian yang telah dikehendaki. surah Al Baqarah ayat ke 255."



Haikal amik fon dia and mula google pasal ayat ke 255 surah Al Baqarah. "weh Zahid. kau tahu tak ayat ke 255 tu ayat Kursi sebenarnya?"
Zahid terlopong. "laaa ye ke." lepas tu gelak kecik. "jadi, apa full version maksud ayat Kursi tu." Haikal pun gelak jugak bila dapat tahu yang Zahid tak tahu ayat tu dari Ayat Kursi.


"Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. Al Baqarah, 255."



"what is Ilah yang kat awal ayat tu?" tanya Zahid.
Haikal angkat bahu. "not sure. ni dari blog Indonesia. jadi Zahid. errr, kenapa kau bagi ayat ni kat aku masa mula-mula."
"aku tertarik dengan ayat dia 'mereka tidak mengetahui apapun dari ilmu Allah kecuali bahagian yang dikehendakinya.' macam kes kau, kau hilang ingatan, kau tak ingat apa. and ada certain thing yang kau ingat ialah hal-hal yang bagi kau macam entah apa-apa. but from that ayat Kursi, kita tahu like apa-apa yang terjadi mesti ada sebab. only Allah je yang tahu. and kalau Dia nak kita tahu, Dia akan bagitahu apa yang kita patut tahu je. benda-benda yang kau tak ingat tu, might be one fine day kau akan tahu. bila kau da ready untuk tahu."
lepas tu Zahid tutup semula buku tu. "da tu je aku nak kongsi dekat kau." Zahid gelak. "aku tak habis kampoi baca buku ni."
Haikal tergelak dengar ayat Zahid. Zahid bangun dari katil and letak balik buku kat rak. budak tu duduk semula atas meja belajar and turn on lagu balik. Scar Tissue by Red Hot Chili Peppers mula kedengaran dalam bilik.


Scar tissue that I wish you saw


Sarcastic mister know it all


Close your eyes and I'll kiss you 'cause


With the birds I'll SHARE


With the birds I'll share


This lonely view


With the birds I'll share


This lonely view


"Zahid, lagu ni sebenarnya pasal apa?"
"lagu someone yang rindu kepada someone yang lain."
"ooo."
"kau ada rindu siapa-siapa ke?"
"oh emm."


p/s
aku pun tak sure wether korang okay atau tak dengan chapter 14 ni. da la masa aku menaip ni dalam keadaan aku yang sakit perut. KAH KAH KAH. kambing biri-biri da balik Shah Alam! lepas ni tak la aku bosan sangat kalau tak tahu nak buat apa. esok aku da start intern! wish me luck!

kau tahu tak apa erti cuak? cuak itu ialah saya. doakan aku! thanks for reading and assalamualaikum :)


37 comments:

  1. Replies
    1. @gibb hahahaha. tepuk kuat sikit! 😗😗😗

      Delete
  2. Ilah means Tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anonymous laaa. ye ke. thanks for the info! nampak sangat aku ni pemalas nak carik. haha

      Delete
  3. applause....great chapter and good info...aq ingt si haikal tu nak come out dgn zahid...berangan skejap...bila part yg zahid mcm nak manja2 dgn haikal...double thumbs up....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sz thanks sebab suka. hahaha. kau berangan apa ni? haikal dengan zahid ke apa? haha.

      Delete
  4. bagus.. ade perkongsian agama... (y)

    good luck intern :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chrissawahi i rasa lagi bagus selitkan more ramai baca blog i. hee. i pun nak dapat pahala. insyaallah. thanks for the intern's wish

      Delete
  5. Nice job... Ada bnyak info baru... Tapi seriously jalan cerita ko makin agak hambar sedikit... Tp ok la ada perkongsian agama sikit...

    ReplyDelete
  6. @anonymous agak la. haha. aku pun da rasa macam dull sikit

    ReplyDelete
  7. good job..even jalanciter agak berbeza dr citer2 sblm ni (ada part sentuh bab2 agama)..nice la..tp letak tepi dlu kan,sbb nk tnya la bro..apa jd ngn citer 'playboy'?x sabar nk tggu perkembangan citer tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir2 ni apesal semua orang tanya pasal playboy? hahaha. why? why? why?

      Delete
    2. sbb citer tu dh lama sgt hanging kot..hahaha

      Delete
    3. tunggu i dapat ilham dari langit baru siap playboy tu. haha

      Delete
  8. Hurm...i thik,better u jgn terlalu menceritakan detail pada satu sudut or terlalu menghurai cerita tu sampai membuat pembaca merasa hambar jln cerita tu...
    Sorry,i just memberi nasihat dari padangan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 i takde idea nak tulis apa :( jadi i pun selalu merepek je la.

      Delete
  9. Teringat zaman2 lagu dari album Californication dari RHCP.. Otherside.. Californication.. Scar Tissue.. Terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu2 RHCP semua best2 gila kot! haha

      Delete
  10. Huuu..terbaik eventhough no hisha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ramai suka Hisha ni? hahahaha

      Delete
  11. Bestnyeerr cerita ni . Tak pernah jemu kot nk baca . Rasa tak puas

    ReplyDelete
  12. Aduh kebabian apa ni da takde sambungan cite Remaja?? Tidak!!!!! Bila nk ada chapter baru lg???

    And by the way, si Paan tu mmg perangai shial mcmtu ke En. Shark??? Da mmg tak leh ubah ye??

    Hati da berbelah bagi. rasa nk je sruh haikal g rujuk balik dgn paan tp paan pulak perangai mcm tu... grrr

    ReplyDelete
  13. bile nk kuar sambungan baru? lama gile kot kali nie... -.-

    ReplyDelete
  14. Bile nak publish next chapter dude??ader ke lame sangat..publish next chapter tuh biar mantop ckit..hehe

    ReplyDelete
  15. tetiap hari aq balik skola aq akan search benda sama...... remaja chapter 15 -.- haishhh...lame bebeno -.- nnti da kuar tolong notice aq erk...
    id wechat : ferdawos_relig

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Mcm best je Ireland ni . Slalu pergi London tapi tk trase plak nk gi Ireland

    ReplyDelete
    Replies
    1. London is my hometown . Tapi lahir kt Malaysia . Full stop

      Delete
  18. Cepat la habis kn cerita nie... xsabar lak nk bca penamatnya.. hihihi best ak ske..

    ReplyDelete
  19. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)