Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.
Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA
Apa-apa pun, enjoy!
Volume 1
Chapter 1
Haikal mengemas dan memasukkan bajunya ke dalam almari pakaian miliknya. Dia kini telah selamat menjadi pelajar di sekolah asrama itu atas saranan daripada emak dan ayahnya. Dia bukan suka sangat dengan sekolah asrama ni. Takde kebebasan. Bosan. Hambar. Boring. Yadaa yadaa. Tak boleh tengok tv. Urghh. Bosannya. -,- Kolej Tengku Esfahan. Entah apa yang menarik pasal sekolah asrama swasta ni sampai ibu dengan ayahnya beia-ia suruh dia masuk.
Dia merenung sekeliling biliknya. Satu bilik ada empat orang. Sekolahnya tidak mengamalkan sistem dorm tetapi mengamalkan sistem bilik. Baguslah. Dia pun bukannya nak beramah mesra pun dengan semua orang. Sebab dia rasa, dia akan meletup terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Dia sebenarnya agak terlambat dalam pendaftaran. Lagi tiga orang ahli biliknya dah pergi ke Dewan Makan. Dan dia sendiri pun tak kenal ahli biliknya. Sadis~
Kalau dah jadi benci, semua benda dia akan benci sebencinya. Termasuklah orang tu sebaik mana sekali pun. Harap takde la perangai yang mengundang macam apa je. Tu namanya mengundang nak mintak pelempang ulung dari dia.
“Hai.” Sapa seseorang.
Haila. Siapa la pulak yang terlebih peramah ni. Dia berpaling melihat si pemanggil sebentar tadi. Haikal kerut dahi tengok orang yang panggil dia. Siapa pulak mamat depan mata dia ni? Roommate dia ke?
“Hai.” Sapa dia pendek sekadar cukup syarat. Dia telek budak lelaki yang tegur dia sebentar tadi. Dia pandang atas bawah, atas bawah budak lelaki tu. Budak lelaki tadi menghulur tangan.
“Adam.”
“Haikal.” Balas dia sambil menghulur tangan untuk bersalaman. Kang tak sambut di kata kurang ajar la pulak.
“Emm, kenapa tak pergi dewan makan lagi?” Tanya Adam.
“Kau budak bilik ni ke?” Tanya Haikal balik tak jawab soalan Adam.
Adam gelak. “Aah. Katil aku seberang katil kau.” Tunjuk Adam pada katil dia yang bercadar Oranje.
Haikal da mengeluh dalam hati. Budak ni macam bakal bawak bala je dalam hidup aku.
“Tadi aku pergi toilet kejap, bila balik bilik, tengok pintu terbukak and tadaa, jumpa kau sebagai seorang roommate baru.” Adam sengih-sengih lebar.
Dan ye, Haikal dapat merasakan dengan bahawasanya mamat depan mata dia ni bakal membawa bala dalam hidup dia. Bukan sekarang, maybe esok atau minggu depan atau bulan depan atau tahun depan........
Dan kalau tak budak depan dia yang nama Adam ni bawak bala, might be anak si Adam atau cucu Adam yang bawak bala pada dia.
“Eh? Kenapa tak pergi Dewan Makan lagi?” Adam ulang soalan.
Haikal mengerutkan dahi. Budak ni macam nak kena je dengan aku. Suka hati aku la nak pergi ke tak ke apa ke. Haih, mood aku tengah tak baik sebab kena paksa masuk sekolah ni, kau pulak nak terlebih ramah mesra dengan aku. -,- sorry la Adam. Tunggu la mood aku masuk dalam keadaan yang baik sikit, baru aku tegur kau dengan kadar yang ceria lagi bergelak ketawa.
“Cepat sikit tau. Pakai pakaian formal sebab lepas tu ada majlis dan sedikit taklimat.”
Haikal tak tahu nak buat reaksi apa sebab budak bernama Adam itu duduk di atas katil dia selepas itu.
“Aku tunggu kau la.” Putus Adam.
“Aku tak rasa aku nak pergi.” Balas Haikal. Dia menyambung kembali aktiviti memasukkan pakaian ke dalam almari.
“Kenapa pulak?” Adam dah berkerut dahi.
Boleh tak kalau dia nak jawab, sebab kau menyemak dekat sini. “Saja je.”
“Wajib la.”
“Maka?” Ai, budak ni boleh tahan mengundang.
“Pakai tie sekali tau.” Adam bangun. “Kalau wajib, kita kena patuhi.” Roommate dia sengih. “Aku pergi dulu la. Dah lambat ni. Okbai.”
Dan Haikal sekali lagi tak tahu nak buat reaksi apa. That dude for sure memang la barabas aneh gila.
Haikal turun melalui tangga menuju ke Dewan Makan sambil tali leher tergantung pada batang lehernya. Dia sejujurnya tidak tahu untuk mengikat tali leher. Dia pernah cuba mempelajarinya daripada kawan-kawan di sekolah lamanya, malangnya, dia terlalu dungu dalam hal-hal yang memerlukan kepakaran ni. Dia kini berada di ground floor dan sedang melalui Koridor Ilmu sebelum seorang lelaki memanggilnya.
“Eh, sini kejap.”
Haikal tak bergerak. Aduh, apa pulak ni. Lelaki yang memanggilnya tadi mula menghampiri. “Apesal tak ikat tie?” Tanyanya serius
Haikal mula merasakan bala dia bertemu Adam kini da datang muncul depan mata dia. “Err,” Haikal buat riak muka bersalah. Ni semua salah Adam sebab bawak bala kat aku. Hahaha. Tak pasal-pasal budak tu dapat gelaran bawak bala. “Tak tahu ikat la.” Jawabnya perlahan. Sangat memalukan okay kalau seorang lelaki tak tahu ikat tie. Dulu, kat sekolah lamanya dia kena gelak hanya sebab tak tahu ikat tie. Sedih betul. Haikal memandang orang yang berada di hadapannya.
Bergaya! Tapi malangnya sangat serius orangnya macam singa kelaparan. Haikal muram. Lelaki tadi mengambil tie Haikal.
“Meh aku buatkan. Ikat tie pun tak tahu. Memalukan.” Rungut lelaki tu. Haikal hanya tersengih bersalah. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Haikal hanya perhati je tengok lelaki tu tolong ikatkan tie dia.
“Nah.” Hulur lelaki tu. “Dah siap. Cuba dulu. Mana tahu terlebih panjang ke, terlebih pendek ke.”
Haikal terus cuba ikut arahan lelaki depan mata dia tu.
“Nama aku Hisha.” Hisha menghulur tangan.
“Nama saya Haikal.” Haikal sambut salaman. “Abang tahun akhir dekat sekolah ni ke?”
“Abang?” Hisha buat muka. “Muka hansem macam aku, kau panggil abang?” Muka Hisha jadi masam.
Erk. “Bukan ke?” Haikal gelabah. “Sorry, sorry.”
Hisha kemudiannya senyum. “Gurau je la.” Dia menggosok-gosok kepala Haikal. “Aku memang tahun akhir, tapi stop calling me abang. Eww, buat aku rasa tua. Nak termuntah. Panggil aku Hisha je macam semua orang panggil aku. Clear?” Tanya Hisha serius.
Haikal membetulkan rambutnya. “Sangat clear.”
“Ouch, sorry pasal kau punya rambut. Jom pergi Dewan Makan. Dah lambat ni. Sepatutnya kau ada taklimat keselamatan lepas ni. Apesal lambat?” Tanya Hisha macam pegawai keselamatan. Kedua-duanya mula bergerak menuju ke dewan.
“Tadi daftar lambat sikit. Tu yang lambat sikit ni.” Mereka berdua melintasi Koridor Ilmuwan sebelum sampai ke Taman Exora.
“Depan tu Dewan Makan. Pergi masuk. Aku ada hal kejap. Nanti kalau ada apa-apa hal, jumpa aku kay.” Dan Hisha terus berlalu meninggalkan Haikal tanpa dengar balasan dari budak lelaki tu. Haikal hanya perhatikan Hisha berlalu dari situ tanpa sempat cakap apa-apa. Haikal julingkan mata ke atas .Baik kau cakap dengan dinding kalau nak cakap sesorang semata. Bebudak sekolah ni memang la pelik gila.
Ke aku yang pelik sebenarnya?
Haikal menghenyakkan punggungnya pada katil. Penat! Ahli biliknya yang lain belum masuk lagi. Mungkin masing-masing melantak macam apa je kat Dewan Makan sekarang. Ye la, bayangkan, dengar ceramah keselematan hampir 3 jam. Naik berkematu punggungnya. Apa la sangat hal keselamatan yang nak dititiberatkan kat sekolah asrama ni? Kalau sekolah ni macam Simpanan Bank Dunia yang ada berkepuk-kepuk duit takpe la jugak. Ni bangunan pun old skool barabas je. Pencuri tengok pun tak jadi nak masuk. KAH KAH KAH.
Tadi, lepas makan, terus dia naik bilik cepat-cepat. Dah tak larat nak pandang muka siapa-siapa dah. Dia terbaring penat.
Dia tanggal pakaian dan kini dia hanya berboxer sahaja. Baik dia mandi cepat. Kang nanti semua orang berebut nak mandi jugak. Dia pantas mengeluarkan tuala dari dalam almarinya dan mengikat ke pinggangnya lalu pantas membawa alat-alat mandi ke bilik mandi.
Di dalam bilik mandi hanya ada seseorang je. Dan orang itu ialah Hisha! Hisha yang sedang bercukur memandang ke arah Haikal sejurus Haikal masuk ke dalam bilik mandi. Haikal hanya tersenyum memandang Hisha yang hanya berboxer sahaja. Gila bapak seksi dia ni. Tak malu ke dengan aku? At least aku pakai tuala la jugak nak cover boxer aku tadi.
Haikal gosok gigi kat sebelah Hisha pada bahagian singki.
“Best tadi dengar ceramah keselamatan?” Hisha tergelak kecik sejurus bertanyakan soalan itu.
Haikal hanya membuat muka sebelum membasuh berus giginya. “Bosan la abang. Opss, silap, silap. Bosan la Hisha.” Haikal pantas memperbetulkan apabila Hisha terus buat muka.
“Sorry.” Haikal tersenyum bersalah.
Hisha menggosok-gosok lagi rambut Haikal. “Takde apa-apa la. Semua orang memang buat silap. Aku tak kisah pun. Nanti lama-lama kau biasa la panggil aku-kau je dekat aku ni.” Hisha basuh-basuh shaver sikit sebelum mula melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan tutup pintu bilik mandi.
Haikal memandang cermin selepas itu. Da kenapa jantung aku berdegup kencang ni? Apesal tetiba rasa nak meletup je ni? Macam entah paper je tah dia ni nak feeling dup dap dekat budak lelaki. HAHAHAHHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Like sheriously Haikal, kau patut tampar diri sendiri dengan kelajuan cahaya yang sangat mega. Jom tampar diri sendiri sekarang. Tak payah nak jadi gay sangat la Haikal.
Kedengaran bunyi pancuran air dari bilik mandi Hisha. Haikal pandang cermin dekat depan dia balik. Boleh ke dia nak survive kat sekolah ni? Dia ni dah la malas gila kalau nak libatkan hal-hal segala bagai sekolah asrama ni. Apa la agaknya rancangan emak dengan ayah sebenarnya?
Saja je nak buat aku tak dapat enjoy life tengok TV puas-puas dekat rumah. Jeles la tu aku selalu main game pagi petang siang malam non stop.
“Haikal.” Panggil Hisha. Budak lelaki itu buka sedikit pintu bilik mandi. “Tolong hulurkan sabun mandi aku kejap. Aku terlupa la.”
Haikal sekilas pandang Hisha dengan gerak perlahan dan semerta ada background music nyanyi kat dalam kepala otak dia.
Kamulah makhluk Tuhan
Yang tercipta yang paling sexy
Cuma kamu yang bisa
Membuatku terus menjerit
Haikal capai Lifebouy milik Hisha dan serahkan dekat budak lelaki tu. Haikal. HAHAHHAHAHAHAHAHHAHA. What the shit are you thinking la?
“Thanks.” Ucap Hisha sebelum menutup kembali pintu.
Haikal julingkan mata ke atas sebab rasa annoying dengan diri sendiri. Kau memang la macam makhluk bangang sekarang ni. Sejak bila jadi budak luar biasa dengan mempunyai perasaan dup dap pada budak lelaki? Haikal sengih-sengih sorang lepas tu.
Takkan kau minat dekat Hisha kot. Jangan jadi gila. Kata nak berubah sikit-sikit. Haikal geleng-geleng kepala sebelum capai Sunsilk dan Lux sebelum masuk ke dalam bilik mandi bersebelahan dengan bilik mandi Hisha.
Jangan buat kerja gila sangat Haikal. Kata nak ubah perlahan-lahan sikap kau tu.
Haikal membuka pancuran air dan air pantas mengena ke rambutnya sebelum turun ke anggota badannya dan terus turun ke bawah. Sejuk semerta.
Dia sebetulnya malas dan tak berapa nak suka pergi ke sekolah asrama. Rimas! Dah la tak dapat nak tengok tv, telefon bimbit pun bukannya boleh bawak. Sedih. Macam mana nak bukak facebook? Twitter? Blog? Google Torch? Dengar lagu? Instagram?
Harapan la aku dapat bukak kat asrama ni. Dah la hulu semacam. Memang la sekolah ni cantik. Nama pun gah. Reka bentuk dia macam sekolah lama. Vintage sangat. Ya. Dia memang terpikat dengan bentuk dan seni bina sekolah ini. Ye la, nama pun sekolah swasta kan , semuanya cantik barabas.
Tapi , kenyataannya dia kena belajar kat sini selama dia tahun. *rolling eyes* DUA TAHUN! DUA TAHUN WEH!! Humm, lama lagi. Hati terus bermuram durja. Ini baru hari pertama Haikal. More days to go. Air galak menuruni rambutnya. Dia menolak rambutnya ke belakang.
Esok dah mula kelas. Sekejap je kan? Aku rasa malam ni mesti ada ragging. Shoot. Aku dah la tak suka gila kalau ada hal ragging semacam bagai ni.
Adus.
Boleh tak kalau nak sorok dalam almari?
“Nama aku Dumais.” Perkenal seorang budak lelaki yang gagah. Kononnya. Tapi bagi Haikal, budak lelaki itu agak menyeramkan and ada la nampak macam gargoyle sikit. Dan pada masa yang sama, budak lelaki tu nampak macam agak menyedihkan sikit. Kau patut buat leg day bro. Memang la kalau budak perempuan tengok si Dumais ni akan terjerit terkejang segala bagai sebab si Dumais ni memang badan atlet habis tapi entah kenapa, dia tak berapa suka sangat dengan gaya si Dumais ni. Mungkin nampak macam arrogant much kot.
Kot?
Dan malangnya sekolah ni fully boys. So nak harapkan scene gegadis terjerit pada Dumais adalah sifar sama sekali.Tapi takde apa yang nak dihampakan sangat pun sebab dia rasa budak perempuan bukannya cool sangat pun nak dibuat kawan. Budak perempuan pada usia 16 tahun ialah budak perempuan yang gedik yang asyik membincangkan tentang lelaki idaman masing-masing yang kalau tak dapat kapel sebelum habis form 5, kau akan menjadi anak dara tua selamanya.
“Aku ketua blok ni. Dekat sekolah ni ada 5 blok. Ketua blok 1 ialah Johan.” Seorang budak lelaki mara ke depan. Specky guy. Tak nampak nerd. Rambut pendek ala-ala askar. “Ketua blok 2 ialah Hisha.” Hisha mara ke depan sambil mengangkat tangan mesra.
Oo, jadi Hisha ialah ketua blok 2.... Tapi wait? Apesal tadi dia mandi kat bilik mandi blok aku? Aku blok 4.
“Ketua blok 3, Amri.” Kemudia mara ke depan seorang budak yang mukanya macam cina. Mata dah sepat habisan macam mata Ichimaru Gin dalam cerita Bleach tu. Haih si Haikal ni. Nak buat lawak la pulak. Banyak sangat tengok kartun la kau ni.
“Ketua blok 4, Imran.” Imran mara ke depan. Ooo, jadi ni la ketua blok aku. Nampak macam baik. Pakai baju melayu dan berkain pelikat.
“Dan ketua blok 5, adalah aku sendiri, Dumais. Jadi, aku, Johan, Hisha, Amri dan juga Imran yang akan jaga korang kat sini. Dalam satu blok, ada lebih kurang 20 bilik. Dalam 1 bilik pulak ada 4 orang. Maknanya, setiap ketua blok akan jaga hampir 80 orang. Untuk korang semua sebagai junior, lepas aku cek, dalam setiap blok hanya ada 4 bilik sahaja.”
Semua senyap dengar apa yang Iman cakap. Dumais tenung sorang-sorang budak junior selebet depan mata dia, termasuk la seorang budak bernama Haikal. “Jadi aku nak, tugasan pertama korang ialah dapatkan semua tanda tangan senior blok masing-masing. Aku nak malam esok, everything is settle. Paham?”
Kedengaran suara menggumam paham perlahan macam bunyi lebah. Haikal da mengeluh dalam hati. Oh gosh. Ni yang dia malas ni.
“Aku tanya ni! Paham ke tak?!” Tengking Dumais.
“Paham.” Kuat sedikit dari tadi.
“Okay. Semua boleh masuk bilik.”
Haikal bangun tapi otaknya ligat berfikir. Tandatangan, tandatangan, tandatangan. Kepala da rasa berdengung. Mata dia sebetulnya da ngantuk gila. Bayangkan je la dengar ceramah entah apa-apa dari pagi sampai ke petang. Nasib baik malam takde kena dengar ceramah pape entah. Sampai sekarang dia terpikir, is that ceramah yang banyak gila tadi tu akan menyumbang kepada kepandaian dia dalam exam nanti? Satu masalah orang-orang kat Malaysia ni, suka sangat buat benda tak berfaedah.
Apa kata buat benda berfaedah macam lantik menteri baru ke, buang yang tua-tua tu, KAH KAH KAH, tambah guard kat masjid ke so that masjid tak la ditutup pada waktu malam dan sebagainya. Punya la banyak benda berfaedah kat muka bumi ini yang boleh dibuat, nak jugak kasi ceramah panjang-panjang pasal benda yang entah apa-apa entah.
Oh tidak. Oh tidak. Sabar la wahai mata. Dah tak larat nak bukak mata lebih lama lagi. Dia menguap sambil ikut langkah William kawan biliknya. Dia senyum mesra terhadap Hisha bila lalu sebelah budak lelaki itu tetapi malangnya Hisha hanya membuat bodoh sahaja. Pandang dia pun tak. Okay Haikal, silalah malu sekarang dengan kadar kelajuan cahaya. KAH KAH KAH. Mamat Hisha tu boleh tahan setan jugak. Sebelum ni boleh je borak dengan dia siap gosok-gosok rambut bagai. Sekarang nak pandang dia pun tak mau.
Kerek siak mamat tu.
Tetapi, ketua blok dia pulak iaitu Imran yang merenungnya tajam.
Haikal telan liur. Persetan je la. Dan dia pantas masuk ke bilik dengan bebudak lain. Esok kelas start pukul 8 pagi. Kalau tidur lambat mahu kena maki dengan cikgu nanti. -,- okay Haikal, ada pembetulan ayat dekat situ.
Kalau setakat tidur lambat, mana ada kena maki dengan cikgu. Kalau bangun lambat and lambat datang ke kelas, baru kena maki dengan cikgu nanti. Nak tidur lambat sampai 3,4 pagi pun, suka hati kau la asalkan esok senang nak bangun pagi.
p/s
Kalau suka dengan cerita ini jangan lupa komen :)
really enjoy this story.. but yeah.. hisha is a bad name...HAHAHAHA
ReplyDeleteBUT seriously..the content is really nice
Hai Shark, I am from Indonesia. I love your story. I cant wait to spend more time walking on your blog. Keep in touch. :)
ReplyDeletestory ni memang best gilerr .. saya x pernah jumpa org wad story cam gini ... saya yg tgok ni nanggis kowt apala nasib si Haikal tu mcam sama dgan saya ja cuma dia lagi terokkk kena .... abang shark ... saya nak tanya .. crita ni memang abg shark dpat idea ker berdasarkan kisah benar ... saya rasa mcm kisah ni wujudla .. abg shark .. alang2 wad la sambungannya pasal pantai merdeka tu lagi pleaseeeee ... dah lama tunggu ni nk dkat 2 ton dah ....
ReplyDeleteseriusly ... ak tgok crita ni bukan HORNY !!! tapi aku menanggis kowt .. broo ... i like your writing .. buat la novel the publishkan laaa kat kedai buku popular .. ak org pertama yg beli .. bagi aku even this is just a cerpen but its feel like a sad drama ... please i want to know what happen next to haikal ....
ReplyDeleteseriusly ... ak tgok crita ni bukan HORNY !!! tapi aku menanggis kowt .. broo ... i like your writing .. buat la novel the publishkan laaa kat kedai buku popular .. ak org pertama yg beli .. bagi aku even this is just a cerpen but its feel like a sad drama ... please i want to know what happen next to haikal ....
ReplyDeleteBest gila story nie, sya habiskan kesemua 20chapter dlm story nie, memang terbaek la kau shark! :) tak pernah la tngok ada orng buat novel mcm nie hehe. May i ask? Can i have your Facebook Accoount? If you dont mind? :) sje nak berkenalan ^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewaahhhh best cerita ni..mcm pengalaman sendiri je hehe
ReplyDeletetp teringat jgk cerita aku...tp bukan kt asrama dengan senior..tp kt rumah dengan abang sendiri hahaha
waahhhh best cerita ni..mcm pengalaman sendiri je hehe
ReplyDeletetp teringat jgk cerita aku...tp bukan kt asrama dengan senior..tp kt rumah dengan abang sendiri hahaha
You guys should read this much earlier before shark recreated this story. But this version much better than old version. Where you put haiqal looked super slut back then
ReplyDeleteciter episod 1 ni not bad.harap2 ade babak sedih plak lpas ni.pastu diharapkan ade babak dimane seekor jantan mule berputik prasaannye terhadap haikal.hehehe.
ReplyDeletetak ada cerita baru lagi ke??????????
ReplyDeletethis was my sexual awakening moment. Time umur 16 i started reading this and time tu mcm mula discover perasaan terpendam. The story was amazing and harap version explicit tu still ada haha
ReplyDelete