Nuffnang

Monday, 15 April 2013

ASRAMA / Chapter 3 #6

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 3
Esok kelas berjalan seperti biasa. 
Tapi, setiap kali dia nak duduk, mesti dia rasa tak selesa sangat. Punggungnya terasa sakit sangat and kepala dia pun dah pening. Dia asyik urut pelipis dia je. Semua nampak berbalam. Gosh. Dia da telan 2 biji panadol sebelum pergi sarapan tadi kat Dewan Makan. Pagi tadi, masa dia nak mandi, dia intai dulu kat bilik mandi sama ada Paan atau Imran bermaharajalela dekat bilik mandi tu ataupun tak. Kalau ada, memang wasalam la kalau dia mandi dekat situ. Serius sekarang ni dia takut dengan budak berdua tu. 
Dan dia lega, dua ekor manusia tu takde kat dalam bilik mandi. Dia mandi dengan kadar laju sangat-sangat sebab dia takut Imran atau Paan akan masuk ke dalam bilik mandi juga masa dia tengah mandi. Masa mandi, masa dia nak bersihkan part-part yang dia kena rogol malam tadi (walaupun dia da bersihkan jam 330 pagi tadi, still dia rasa nak bersihkan diri dia!), memang menggigil dia kat dalam shower room. Bukan menggigil sebab mandi pada waktu pagi, tapi menggigil sebab terlampau sakit. 
Sakit dia, Masya Allah, memang tuhan je la yang tahu. Kau tak pernah kena liwat, tak pernah kena rogol, tak payah nak sembang macam kau pernah rasa sama macam apa yang aku rasa pulak. 
Dia terasa menyesal mengikut cakap emak dan ayahnya masuk ke sekolah asrama ni. Menyesal sebab setuju ikut masuk daftar ke sekolah ini. Menyesal batuk masa dalam bilik meeting semalam. Menyesal tak lawan bersungguh semalam. Menyesal segala-galanya yang terjadi pada dia. 
Masa dia mandi pagi tu jugak, dia duduk atas lantai sambil termenung. Air pancuran dari shower turun laju je kena pada kepada dia and badan dia. Haikal genggam rambut dia stres. 
Dia menangis lagi masa mandi pagi tu. 
Allah nak uji kau Haikal. Tabah Haikal. Tabah. 





Kelas dah tamat untuk hari ni. Haikal berjalan sorang-sorang je naik ke biliknya yang terletak kat aras 4 blok 4. Semua budak-budak tengah melantak dekat Dewan Makan macam apa je. Dia pulak memang takde mood nak makan sebab kepala dia lagi perlukan perhatian dari perut dia sekarang ni. And kalau dia paksa makan sekalipun, for sure, dia akan termuntah balik lepas tu. Pelipis dia berdenyut macam nak meletup da sekarang ni. Apa yang dia nak buat sekarang ialah terbang ke atas katil dia and tidur berpuluh ratus jam tanpa ada sesiapa kacau dia. 
Mata memang wasalam dah tak larat nak bukak. Tadi pun masa belajar Fizik, memang dia dah melayang entah ke mana entah. Dia dah tak paham sepatah haram da apa yang cikgu cakap kat depan pasal Acceleration. Budak yang duduk sebelah dia pun, tanya macam-macam and nak beramah mesra dengan dia, dia buat boo tak layan. 
Sah da kena cop sebagai budak paling poyo di dunia ini sebab sombong nak mampus. 
Baru dia nak naik tangga, dia terjelopok jatuh. Semua nampak berbalam dan semakin lama semakin kelam. Dia tak sedarkan diri.






Haikal buka mata perlahan. Dia baring terlentang hadap siling. Matanya sudah sepet benar sebab matanya sakit tahap tera gaban monkey magic  punya sakit. 
Mata sakit.
Kepala sakit. 
Pelipis dia sakit. 
Dahi dia sakit. 
Tulang belakang dia sakit. 
Punggung dia sakit rasa berdenyut. 
Nafas dia panas. 
Dan sekarang dia rasa tak selesa sungguh. 
Apa yang dia tahu, dia sudah terbaring atas katil. Angin siling dari kipas menderu laju ke arahnya. Kemudian, ada seseorang datang pastu tutup badannya dengan selimut. Ah dia pun da tak pasti dia tengah berbaju ke tak ni. Badan dia rasa numb. Dia tak dapat tangkap wajah siapa yang baik hati sangat tu ala-ala angel sebab tolong selimutkan dia. Serasa dia, last tadi dia kat tangga and lepas tu tetiba dia rasa pandangan mata dia gelap macam baru kena tutup dengan tangan jin.  
Tapi kan. Bila perhati dalam-dalam, ini bukan bilik dia. Bilik ni ada dua katil je. Maknanya ni bilik ketua blok. Air matanya tak semena-mena meleleh jatuh. Dia bukan nak menangis ke apa. Tapi mungkin sebab dia terlampau panas kot. Demam. Dia kalau demam memang kadang-kadang air mata akan meleleh masa dia tengah baring. Pelik. Ye pelik tapi benar. Dia teringat pasal malam tadi. Ah babi. Semuanya macam babi. Kenapa aku yang jadi mangsa?
Jangan cakap ni bilik Imran. Dia tak nak. Dia sakit.
“Kenapa ni?” Bisik seseorang. Dia sekali lagi tak dapat nak menangkap wajah yang bercakap itu. Matanya berbalam. Tapi  suara tu tak sekasar Imran mahupun Paan. Sesorang itu duduk di tepi katil. Siapa la makhluk ni? Like sheriously, sekarang mata dia tak dapat nak fokus muka siapa depan mata dia ni.
Seseorang itu memegang dahinya sebelum meletakkan kain basah kat dahi dia. “Panas dahi. Demam ni kot.” Seseorang itu mengusap-usap rambutnya perlahan. “Dah. Tidur dulu. Nanti dah okay baru bangun.” Kata seseorang itu perlahan.
Dan Haikal, matanya makin lama makin kecil dan gelap sepenuhnya selepas itu apabila dia lalai dengan usapan di kepala.




Haikal terjaga bila dengar bunyi bising kat dalam bilik tu. Walaupun dia tak tahu dia kat bilik mana tah tapi tetap dia rasakan bunyi bising tu memang annoying kan kepala otak dia. Kepala dia memang tak baik lagi and masih lagi berdenyut. Ada suara orang gelak kuat sebelum yang gelak itu dimarahi pula orang rakannya yang lagi seorang.
“Woo. Sorry.” Gelak kecil lagi. “ Aku tak tahan gila tengok movie ni.”
“Ye la. Tapi jangan over gelak. Budak tu demam weh.”
Haikal menangkap perbualan tersebut. Dia bukan la nak pasang telinga pun. Tapi disebabkan dia terjaga jadi perbualan tu masuk jugak ke kepala otak dia untuk dia dengar. 
“ Ye la Encik Hisha. Aku dah tak gelak kuat-kuat.” Budak lelaki yang gelak kuat itu sedang berteleku di atas seberang katil. Oh ni bilik Hisha ke? Dia tak nampak pulak kelibat budak lelaki yang layan dia baik tu. 
Haikal cuba bangun. Dia haus. Bibirya mesti kering habis. Dia tahu sangat sebab bila dia gigit tadi, pedihnya memang menusuk kalbu gila barabas. Haha. Pandai la kau Haikal sempat nak buat gaya lenggok Bahasa Melayu Prosa Klasik sekarang ni. 
“Eh? Budak tu dah jaga la weh.”
Tekak Haikal pedih sangat. Dia menundukkan pandangan dia ke bawah. Matanya berdenyut-denyut laju. Dia terdengar derapan seseorang sebelum seseorang itu duduk di tepinya di atas katil. Dia pegang dahi Haikal.
“Panas lagi ni. Kau haus ke?”
Hisha. 
Cakap sopan gila. Apesal la orang yang rogol aku semalam cakap macam gaya babi. Pukul sesuka hati pun macam babi. Sebab apa aku panggil dorang macam babi? Babi adalah makhluk yang bodoh. Babi suka lari lurus sesuka hati walaupun nampak pokok besar depan mata. Babi memang bodoh walaupun nampak pokok besar depan mata dan dia tetap langgar. Dan orang yang liwat dia malam tadi memang boleh masuk dalam kategori bodoh. Bodoh macam babi!
“Jom makan ubat. Lepas tu makan nasi sikit.” Hisha bangun dari katil dan pergi ke meja belajar sebelum datang balik dan duduk kat tempat tadi.
Dia pandang Hisha perlahan. Kepalanya tak dapat nak bergerak laju macam biasa. Sakit sangat. Matanya pun masih berbalam-balam lagi.
Hisha memegang dahinya lagi. “Nah ubat.” Hulur Hisha.
Haikal diam je. Dia tak dapat nak bereaksi seperti biasa. Perlahan-lahan dia capai ubat yang dihulur Hisha sebelum tangannya yang satu lagi mencapai huluran botol air oleh Hisha kemudiannya. Tangan da shaking macam kena parkinson masa nak ambil ubat yang dihulur Hisha. 
“Weh Hisha, aku keluar kejap tau. Nak pergi bilik Johan. Jaga laptop aku.”
“Haa. Okay, okay.”
Sejurus rakan sebilik Hisha keluar, Haikal menelan ubat tersebut sebelum minum air masak perlahan-lahan. Setelah selesai , dia hulur  kembali botol air kepada Hisha. Hisha meletakkan semula botol air tersebut ke atas meja belajar sebelum duduk kembali di tempat tadi. Haikal senyum sikit kat Hisha. 
Hisha pegang lagi dahi Haikal. “Kau demam lagi la. Kau baru first time duduk asrama ke apa?” Tanya Hisha prihatin. Muka budak lelaki tu nampak risau. Dan concern? Dia sendiri tak dapat nak teka riak muka Hisha waktu tu. 
Haikal hanya mengangguk. Dia pandang Hisha lepas tu. Kenapa Hisha ni baik sangat dengan dia? Tak macam Imran dengan Paan yang ada perangai jahta sangat. Kenapa diorang buat macam-macam kat dia tu malam tadi? Kenapa Paan dengan Imran buat perangai macam setan dekat dia? Apesal dorang kejam sangat?
Kenapa aku yang jadi mangsa?
Kenapa aku? 
Kenapa?
Kenapa?
Bahu dia mula shaking tanda panik. 
Mata Haikal merah. Air matanya meleleh kembali. Yang ni dia memang nak nangis. Semuanya memang celaka. Dia terasa diri dia macam ada benda kotor. Punggungnya juga masih berdenyut-denyut sakit. Dia memang akui yang dia tak berapa nak baik sangat, tapi dia tak expect benda macam tu akan terjadi dekat dia.
“Erk? Kenapa kau menangis lagi? Aku ada silap cakap ke?” Hisha dah cuak.
Jeda sekejap.
Hisha usap-usap bahu dia untuk tenangkan dia. 
“Eh? Takde la Hisha.” Jawab Haikal perlahan. Dia kesat mata. Tekaknya sakit sangat. Mesti sebab suhu badan dia yang panas itu. Dia cuba telan liur untuk legakan suara dia.
“Kau tidur dulu dekat katil aku. Esok pagi aku kejut kau okay.” Bagitahu Hisha. Dia berdiri. “Kau blok 4 kan? Aku nak bagitahu Imran kejap yang kau ada dekat bilik aku. Mana tahu dia carik budak junior blok dia ke apa ke.”
Haikal cuak. Dia pantas pegang tangan Hisha. “No. No. No. Jangan bagitahu dia please.”
“Kenapa pulak?” Hisha dah kerut dahi.
“Please Hisha. Tak nak. Jangan bagitahu.” Sekali imbas, bila dikenang kembali, dia rasa scene ni da macam Drama Samarinda pun ye jugak sebab main pegang-pegang tangan. 
=,=’ 
Kepala otak kau ni Haikal tak boleh nak merepek lagi ke apa?
“Tak boleh. Apa-apa pun, ketua blok kena ambil tahu hal-hal anak buah dia. Kau tidur dulu. Dah, dah. Pergi rehat. Nanti makin sakit pulak.” Arah Hisha tegas. Dan selepas itu Haikal hanya mampu melihat Hisha melangkah pergi sahaja keluar dari bilik.





Haikal terasa ada orang peluk dia erat kat bawah selimut tu. Siapa pulak yang peluk aku ni? Adeh. Dia celikkan mata. Hisha rupanya! Dia tak tahu sekarang dah pukul berapa tapi suasana kat luar tingkap still gelap lagi. Means that, matahari belum muncul lagi. 
Kepalanya juga da tak berapa nak sakit sangat macam masa dia bangun makan ubat tadi. Hisha memang la gila. Apesal dia peluk aku pulak ni? Dah la tak pakai baju dan pada pengamatannya budak lelaki itu pakai boxer je pulak tu. Dia cuba gerak untuk lepaskan diri dari Hisha tapi makin erat pulak Hisha peluk dia. Shiznitz. Haikal menyumpah dalam hati.
Dia da tak sanggup nak jadi mangsa rogol siapa-siapa lagi. Terasa menyesal dia masuk ke sekolah ini. Apesal la aku bodoh sangat ikut cakap mak dengan ayah? Matanya terkebil-kebil pandang siling. Dia dah putus asa nak lepaskan diri dari Hisha. Tapi sebetulnya, dia tak la berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri pun dari Hisha. Kang tetiba pakcik tu bangun pastu mengamuk macam mana sebab kacau dia tidur?
Mahunya dia kena pelangkug tak pasal-pasal. Haikal hela nafas perlahan. Nanti nak kena jejak bilik balik. Adeh malasnya. Pasti dan sah-sah la kena jumpa Paan dengan Imran. Haila takutnya aku.  Tak nak balik bilikkkkkk. Dia da meraung-raung dalam hati. 
No!!
I don’t want!
“Kenapa tak tidur lagi ni?” Tanya Hisha tetiba. Suara dia mak ai, kau orang jangan cakap la, memang seksi barabas. Budak lelaki itu pandang Haikal dengan mata kuyu dia. “Sejuk ke?” Semerta Hisha pegang dahi Haikal. “Tak sihat lagi?” Hisha senyum. “Kejap lagi okay la tu. Jom tidur.” Ajak Hisha.
Tapi Haikal masih diam. Dia tak tahu nak buat reaksi apa. Adakah dia patut cakap, oh yes, jom tidur semula. Ataupun dia patut cakap, aku tak selesa la. Tolong jangan peluk aku? Tapi kan Haikal, kau sekarang ni tengah baring dekat katil Hisha kot. Mahunya kau yang kena tendang dari katil sebab buat perangai tak mengenang budi. 
“Sejuk?” Hisha ulang soalan. Serak seksi suara Hisha. Hisha bangun dari katil dan bergerak ke arah suis kipas. Dia mengurangkan kelajuan kipas daripada lima kepada tiga. Kemudian, budak lelaki tu berpatah balik, masuk bawah selimut dan memeluk Haikal tetiba.
“Kau sakit. Da, jom tidur.”
Haikal terasa sesak nafas. Mak ai. Tak biasa la peluk-peluk bagai macam ni.
“Hisha.” Panggil Haikal perlahan.
“Hmm.” Jawab Hisha perlahan. Matanya masih tertutup namun budak itu menghadap ke arah Haikal. Jarak kedua-keduanya hanya beza beberapa sentimeter je. Kalau Hisha gerak ke dapan sikit, mesti bibir Hisha datang tepat ke arah bibirnya.
=.=’
Ah tidak. Apakah itu?
Hisha membuka matanya perlahan. Mata kuyu Hisha pandang dia. “Ya intan payung Haikal? Tak selesa ke? Sejuk? Da, da, peluk aku balik, nanti kau tak sejuk punya.” Hisha kenyit mata. 
Haikal da telan liur.
“Jangan risau la. Aku tak akan buat apa-apa la. Aku tak bernafsu pun dekat kau. Motif? Aku bukannya gay pun.” Hisha tersenyum kecil.
Haikal da buat muka. Ciskek betul. Terus Haikal tutup mata dan memeluk Hisha rapat. Da gaya peluk macam tak nak lepas je. KAH KAH KAH. Dia baring kat lengan mamat tu sebab dia tengok lengan mamat tu macam seronok je dibuat sebagai bantal untuk alas kepala dia.
“Selamat malam.” Ucap Hisha. Dia usap-usap kepala Haikal.
“Malam Hisha.” Gumam Haikal


p/s
ada orang tanya aku, betul ke ada scene Hisha - Haikal ni dekat hostel. Huh? soalan apa tu? Hahaha, scene tersebut adalah berlambak sama sekali. Aku bukan la tulis cerita mengarut ke apa ke, ianya hanyalah kebenaran :P







12 comments:

  1. ishkk... gilo la.... Ang kuat gigit yer shark? takot shallll...... haha

    ReplyDelete
  2. hahahaha. ang ni. da kenapa? nak kena gigit ke dengan aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark telah menunjukkan taring... cepat ler update citer tu...

      Delete
  3. judas nak apa pulak? hahaha

    ReplyDelete
  4. @fallen angel da update pun :")

    ReplyDelete
  5. Abang Shark, jom tengok blog nabil ..
    http://pemadam-getah.blogspot.com/2013/12/sahabat-part-1.html

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. bro..aq cari kau punye cerita remaja kat wattpad tade pon. aq baru nk berjinak-jinak ni ngan wattpad. tu yg jgn tnye lah kalau rase bodo je soalan aq nih. or is it sbb aq salah masok wattpad? ade wattpad lain ke? sedih nii..nak bace cerite yg oyakawa tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tape lah bro.. baru jumpe ni name kau. anyway, cerita kau memang great. sgt sempoi dan sgt klaka. hope to read more...

      Delete
  8. sangwaneobseo nan gwaenchanhayo.hmm pd pngamatan ak ske citer bl(boy love) ni ad unsur2 dramatik,sdih2 pastu sad ending baru best giler.aku tertunggu2 bl movie yg ade kriteria mcm ni kan best.xpyh terlalu erotik sgt pn xpe.prefer yg ringan2 je.kekekeke.slalunye aku suke zaman persekolahan pny citer.smpai skrang xdpt2 citer yg ak mau.citer siam melambak2 tp ape yg ak nampak smuenye smpah.ad satu citer taiwan bl tu paling best.history obsesse.tu oke la.

    ReplyDelete
  9. kene dengan taste ak storyline ni.memang terbaik la ko.jajajaja

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)