Ogos lepas, aku dengan kawan aku pergi ke Resorts World Genting untuk hadiri beberapa event dan salah satunya ialah this Behind the Scene Tour. bunyinya macam cool gila kan? tapi memang cool gila okay. kenapa aku cakap ianya cool? and what is exactly la Behind the Scene Tour kat Genting ni?
okay, kalau kita pergi siaran konsert ataupun tengok Victoria Secret Fashion Show, kadang-kadang dia ada tunjuk sepintas lalu dorang punya Behind the Scene and masa tu la nampak betapa husyuk , dedikasi, gelabah la apa la bla bla bla hahahahah semua orang buat kerja. kalau untuk Genting Behind the Scene Tour pulak, kita akan dibawak jelajah Resorts World Genting ke tempat-tempat yang jarang orang boleh masuk melainkan hanya staf sahaja yang boleh masuk. sebelum ni kita ke Resorts World Genting hanya untuk bermain main dan bersuka ria bersorak gembira, tetapi dengan Behind the Scene Tour, kita akan tengok macam mana succecful nya Genting dengan sistem yang dorang ada.
1) Genting International Showroom
dekat sini kitorang belajar pasal lighting, sound system and macam mana nak jayakan event. bila aku tengok dia punya lighting system and sound system, perghh memang taraf juta lemon la harga dia. sekali imbas, Genting International Showroom macam pentas-pentas persembahan international yang lain cuma dalam skala yang lebih kecil sedikit. dekat situ, kitorang belajar macam mana nak control lampu warna warni dekat pentas, kitorang belajar jugak macam mana nak control sound system, control mic, control speaker, control backdrop dan sebagainya. it's very good experience should I say. dia macam, bila kau tengok mana -mana show / anugerah dekat TV, pastu kau boleh sengih sorang-sorang sebab kau tahu macam mana segala bagai sound and lighting system itu berfungsi.
2) First World Hotel's Laundry
Laundry First World Hotel ialah laundry terbesar yang ada dekat Malaysia ni and dalam masa sehari, Laundry First World Hotel boleh kumpul - basuh - keringkan - lipat - gosok - hantar balik kepada klien sebanyak 38 tons. pretty amazing kan? masa aku dengan blogger lain turun ke laundry tu, perghhh, dia punya teknologi, memang la boleh buat rahang kau cecah lantai.
3) New See Do Eat Workshop
aku suka workshop ni sebab kitorang dapat makan. actually ini adalah kelas masakan. hahahahahahahhahaha. okay, macam over pulak nak cakap kelas masakan. bukan la kelas masakan pun, tapi kitorang belajar macam mana nak buat sushi and donut dengan ada toping bagai dengan lebih baik, bergaya dan sedap lagi mengenyangkan. emmm. sedapnya la kalau dapat makan donut yang sedap tu dengan sushi tu kat tempat kuarantin ni.
comel kan? tapi ni bukan aku yang buat la, kawan aku yang buat :P
4) Horizon 50
Horizon 50 ni aku suka sangat tempat ni sebab dia very classy and modern. Horizon 50 ni ala-ala tempat yang menceritakan perjalanan Resorts World Genting dari zaman dia baby sampai la dia membesar sekarang. Juga menceritakan apa perancangan Genting pada masa akan datang. sejujurnya aku cakap, kau seolah-olah berada kat dunia yang berlainan. it's very modern sebab dia punya skrin is not 180 flat screen tetapi 270 screen and sometimes screen yang almost 360 which is give you and outstanding overview. dekat Horizon 50 ni jugak terdapat beberapa fakta menarik pasal Genting yang korang patut tahu. :D
untuk keterangan lebih lanjut mengenai tarikh yang available , korang dan korang dan korang boleh klik link kat bawah ni
@Behind The Scene Tour
harga pulak bagi aku sangat la berpatutan which is only 28 myr!! and 25 myr for Genting Rewards Member. bagi aku korang memang kena la grab this opportunity lagi-lagi student tourism ataupun hospitality student sebab dia memang la bagi overview yang meluas.
sekian dari saya, saya undur diri dulu. huhu. sebenarnya da sakit kepala ni :(
p/s
semalam muntah-muntah. aisey. memang la trouble gila semalam
No comments:
Post a Comment
Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)