Nuffnang

Saturday, 11 May 2013

ASRAMA / Chapter 10 #19


Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 10
Haikal termenung dalam kelas Agama Islam tu. Apa yang ustazah mengajar kat depan , dia da tak berapa nak dengar da. Entah apa yang ustazah ajar, tajuk apa, chapter mana , bahagian mana, memang da tak masuk dalam kepala otak dia. Otak dia rasa berdengung. Dia memang blank sekarang ni. Sejak kejadian Paan ambil kesempatan dekat dia lagi, dia terus seriau. Dia tak tahu nak buat apa, dia takut, dia asyik dapat mimpi ngeri je and asyik terperap dalam bilik je. Roommate dia tanya pun, dia hanya jawab sepatah. Tu pun kadang-kadang dia malas nak menjawab soalan bebudak bilik dia. Sejujurnya, dia takut. Bukanlah dia takut kat semua orang atau takut nak ke mana-mana, Cuma dia takut dengan Paan. Takut budak tu buat macam-macam lagi dekat dia.
“Kau okay?” Tanya Adam perlahan yang duduk sebelah dia kat dalam kelas tu. Kalau cakap kuat-kuat, nanti ustazah dekat depan dengar la pulak. 
Haikal pandang Adam kat sebelah. “Huh? Apa dia? Sorry aku tak dengar.”
Adam tersengih. “Mana nak sedar kalau asyik termenung je. Kau sakit ke? Sejak dari semalam lagi kau nampak pelik la kat bilik. Is that something happen to you?” Tanya Adam concern.
Haikal telan liur. “Err, aku okay je. Takde masalah. Cuma sakit kepala sikit.” Haikal sengih kecil.
“Oh,” Adam diam pandang dia atas bawah atas bawah sebelum pandang ke depan  untuk dengar apa yang ustazah cakap. Tak lama lepas tu, Adam pandang dia balik. “Kau demam ke? kau patut pergi sickbay.”
Haikal mengeluh. “Aku okay je. No worries Adam. Kejap lagi okay kot. Nanti lepas makan panadol sihat la sikit.”
“Like sherious shit. You look terrible man.” Komen Adam. 
Haikal angkat bahu. Dia amik pensel sebelum menconteng-conteng buku nota. “Nanti aku nak pinjam nota kau malam ni. Aku tak dapat nak tumpukan perhatian la sekarang ni.”
“Okay.” Adam senyum. 
Sorry la Adam, aku memang takde mood nak cakap sekarang. Kau bayangkan, siapa ada mood nak bercakap dengan orang sekeliling kalau kau baru kena paksa buat seks macam dalam cerita Fifty Shade of Grey. At least, Christian Grey is hottie and bukanlah nak cakap Paan tu tak hottie ke apa ke. Paan tu hot je cuma. -,- Apa yang aku mula merepek ni? Paan baru paksa buat benda yang dia tak suka! Sama ada budak tu handsome ke tak ke, budak tu memang patut kena tendang masuk dalam longkang. 
Grrr.
Tak berapa lama lepas tu, loceng sekolah berbunyi and semua orang bangun kemas barang. Haikal masukkan buku teks and buku latihan dalam beg sebelum kemas pencil case. 
“Lepas ni kau ada kelas apa?” Tanya Adam. Budak tu da sedia galas beg untuk pergi ke kelas seterusnya.
“Math. Kau?” Haikal masukkan pencil case ke dalam beg and lepas tu zip bag kemas-kemas. 
“Sejarah.” Adam rolling eyes. “Bosan gila cikgu Lily mengajar. Siapa ajar kau subjek sejarah?” Adam and Haikal gerak keluar dari kelas bersama dengan bebudak lain yang kejar subjek masing-masing.
“Cikgu Abu.” Jawab Haikal. “Eh Adam. Aku gerak dulu ea. Nanti jumpa kat Dewan Makan. Kelas aku kat bahagian Timur.” 
Adam angkat ibu jari. “Okay. Hati-hati pergi kelas. Jangan lupa makan ubat nanti.” Pesan mamat tu.
Haikal tak amik pedulik apa yang Adam cakap and terus berlalu dari situ and jalan sorang-sorang menuju ke kelas. Haih. Da macam kurang ajar pulak aku ni. Adam tu cuma nak amik berat je dekat aku tapi aku pulak layan macam nak , tak nak je. Tapi, oh kamon, si Adam tu boleh pulak banyak tanya padahal terang-terangan yang dia malas nak bercakap. Kang aku tunjuk muka ketat, dikatanya sombong pulak. Hurm, tu yang dia malas nak hadap dengan orang-orang Malaysia yang judgemental gila.
Kalau senyap, dikatanya sombong.
Kalau bising, dikatanya kepoh dan mulut murai.
Kalau gaduh dengan orang tua, kalau banyak cakap, dikatanya melawan.
Kalau diam, dikatanya yang bersalah memang diam.
Dia berjalan menuju ke kelas tapi dia lost ke mana dia jalan. Dia ikut je ke mana kaki dia bergerak. Tapi dia still rasa dia dalam arah yang betul untuk ke kelas Matematik dia. Sebenarnya dia takde mood nak belajar. Dia rasa nak balik rumah. Dia rasa nak quit dari sekolah ni. Dia rasa nak larikan diri. Tetiba dia teringat kejadian dua hari lepas bila Paan paksa dia buat benda-benda yang dia tak mahu dan tak nak. 
Tetiba dia rasa panik. Dia takut kalau dia terserempak dengan Paan kat mana-mana koridor. Dia pandang sekeliling. Ramai student batch dia and batch senior bersimpang siur sambil bergelak ketawa (yang bergerak berdua dan lebih) menuju ke kelas masing-masing. Dia tak nampak Paan and terus dia bergerak laju untuk masuk ke dalam kelas. Dia ada lagi dua selekoh untuk dia masuk ke dalam kelas Matematik dia. Hip hip Hooray! Baru je dia nak masuk koridor seterusnya, dia terlanggar dengan seseorang sebelum dia jatuh terduduk. 
Haikal mengeluh sakit. Siapa yang bangang sangat langgar aku ni? Dia dongak tengok orang yang langgar dia tu.
“Tengok siapa ada dekat sini?” Paan sengih tengok dia yang terduduk. 
Haikal bangun. Telan liur. Banyak-banyak budak kat sekolah ni, boleh aku langgar dia. 
Paan gerak ke arah Haikal. 
Haikal undur ke belakang. Dia genggam tali beg kuat. 
“Kau da kenapa? Takut dengan aku?” Tanya Paan.
Haikal diam. 
“Malam ni.....”
Haikal terus lari dari situ. Dia tak nak dengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Paan. Dia cuma dengar perkataan ‘malam ni’ sebelum dia pecut lari dari situ. Damn. Mesti malam ni Paan nak buat something dekat dia. Ah fuck. Apa mamat tu nak buat kat dia lagi?  Dia da tak nak jadi mangsa nafsu siapa-siapa da. Kau ingat dia tak teringin nak melawan ke? Kau ingat dia tak teringin nak bagitahu siapa-siapa ke?
Kau bayangkan kalau dia bagitahu Adam and kau rasa apa reaksi mamat tu?
“Gosh dude? Serius la kau kena liwat? Kat mana? Siapa liwat kau? Kau okay ke ni? Oh sebab tu la kau asyik diam je sekarang ni? Sakit ke kena liwat?”
Dia memang pasti yang mamat tu memang akan tanya macam-macam sebab mamat tu memang luar biasa becok dan soalan-soalan itu akan berterusan non stop sebab Adam naturally seorang yang banyak cakap. And kalau dia cerita dekat Hisha,  agak-agak apa reaksi Hisha?
“Err, kau serius ke? Paan tu budak batch aku kot. Sebelum ni aku rasa dia okay je. Tak nampak pulak dia buat macam-macam dekat junior. I mean, ye la, aku selalu nampak dia buli junior, tapi takkan la dia liwat kau. Kau? Oh come on. You got be kidding me right? Anyway, kenapa pulak dia nak liwat kau?”
And kalau dia bagitahu pihak sekolah.
“Jangan nak buat cerita! Lagipun bapa dia itu penderma terbesar sekolah kita. Da masuk ke kelas!”
And kalau dia bagitahu siapa-siapa, dia tak rasa semua orang akan percaya cakap dia. Siapa yang nak percaya cakap dia? Dia tu siapa? Seorang pelajar tingkatan empat yang tidak dikenali oleh sesiapa pun. Hambar rupanya kau ni Haikal. 
Jadi, sebab tu la dia senyap. Sebab tu la dia tak bagitahu sesiapa. Apa yang dia boleh buat ialah cuba untuk melarikan diri dan cuba untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan Paan. Hari tu dia berjaya larikan diri dari Paan dengan tidur kat bilik Hisha and main chess, dam segala bagai kat bilik budak tu. Tapi malangnya, on the way nak ke bilik dia terserempak dengan Paan. Like sherious shit, nasib dia memang malang. Dalam banyak-banyak saat, minit dan jam, boleh pulak dia terserempak dengan Paan masa budak tak guna tu nak pergi ke tandas lepas bangun tidur. Aku ada buat dosa dengan alam semesta ke apa? Hari tu terserempak, tadi terserempak lagi. Haih.
Haikal sampai ke kelas matematik dia and pantas masuk ke dalam kelas. Dia amik tempat di sebelah William. Cikgu Aishah tak masuk lagi ke dalam kelas and bebudak dalam kelas da mula buat bising. Perks kau bersekolah dekat sekolah budak-budak fully lelaki ni, satu je perkara best, takde gosip pasal budak-budak perempuan. Kalau ada pun, just pasal artis yang baru naik macam Shila Amzah ke atau adegan Miley Cyrus yang terlampau ke pasal Kim Kardashian ke pasal SNSD ke pasal video Nicki Minaj yang terbaru and whatsoever yang lain. 
“Apesal lambat? Kau kelas apa tadi?” Tanya William. 
“Agama islam. Aku lambat sangat ke?”
“Lambat lima minit.” William sengih. 
“Chill, cikgu tak masuk lagi.” Balas Haikal. “Jangan jadi dork sangat nak masuk kelas awal.” 
William tolak bahu Haikal nakal. Haikal gelak. First time dia gelak dalam masa beberapa hari. 
“By the way Haikal,” William pandang Haikal. 
“Ye?” Haikal carik buku dalam beg. Mana pulak buku teks math aku ni?
“Kau okay ke? Apesal kau nampak cuak semacam?”
Haikal berhenti carik buku dalam beg. Dia pandang William. “Am I?” Obvious sangat ke aku macam ada dalam masalah? Dia garu-garu dahi.
William angguk bersungguh. “Kau sakit ke? Kau nampak macam tak cukup tidur. Kau ada eye bag.”
“Emm, pening kepala sikit. Kat bilik tak boleh tidur,” Dia kasi jawapan yang sama macam apa yang dia kasi jawapan dekat Adam. Padahal dia bukan la sakit kepala ke demam ke migrain ke apa. Apa yang membuatkan dia sakit kepala ialah Paan. Paan. Senior dia yang bernama Paan tu. Apesal mamat tu nafsu kuda sangat? And lagi bangang, mana mangkuk tu dapat gari sampai boleh gari dia dua hari lepas kat kepala katil. Automatik dia ramas-ramas pergelangan tangan dia tak selesa. Tetiba dia teringat macam mana dia tercungap-cungap nak tarik nafas hari tu. Dia telan liur tak selesa.
“Aku ada panadol. Nak?” Pelawa William. 
“No need, thanks.” Tolak Haikal. Dia letak buku teks atas meja
William carik something dalam beg sebelum letak panadol atas meja belajar Haikal. “Amik la.”
Emm, caring sangat roommate aku ni. Haikal senyum pandang William. “Thanks.” 
“Sama-sama kasih.” 
William ni da la mix india and cina. Handsome pulak tu. Sangat-sangat good looking and bergaya. Ada rupa paras and shape yang macam model. Budi bahasa tinggi and sangat sopan santun and paling bagus sekali, dia baik hati. Okay, apa yang aku nak cakap dekat sini ialah William seorang manusia yang sangat-sangat baik hati. 
Paan pun handsome. Muka melayu sejati dengan kulit dia yang tanned tu. Rambut pacak and ada tahi lalat tepi bibir. Budak tu main ragbi so ada badan yang cantik. Cuma satu je dia tak berkenan dengan mamat tu. Nafsu kuda and jahat and suka kenakan dia and suka membuli. Okay, da bukan satu ni, da banyak sebenarnya yang dia tak suka Paan. 
William baik. Hisha baik. Adam baik. Tapi apesal Paan jahat? 
Woi, kita baru remaja. Bawah umur and more, dia budak lelaki. Da kenapa nak asyik pergunakan aku kat atas katil je. Maybe sebab sekolah ni takde budak perempuan and that’s why Paan asyik tolak dia ke atas katil je and paksa dia buat seks. Tapi itu tak memberikan kebenaran kepada kau untuk meliwat sesiapa and itu tak menunjukkan yang kau boleh liwat aku sesuka hati! And kalau ada budak perempuan dekat sekolah ni pun, bukannya boleh si Paan meliwat budak perempuan tu. 
Haikal tendang kaki meja kuat. 
Kalau da sangap sangat pergi la carik pelacur dekat luar. Babi betul perangai asyik nak meliwat aku je. Kau ingat aku suka sangat ke nak tadah bontot kat kau. Setan punya senior. 
Dia mengeluh kuat. 
“Err, kau okay tak ni Haikal?” tanya William concern.
“Aku nampak macam okay ke?” Marah Haikal tetiba. Terus dia tolak kerusi kasar and keluar kelas lepas tu.



Haikal letak beg atas katil sebelum pergi ke katil William. Budak lelaki tu tengah baca komik sambil meniarap. 
“Will, aku mintak maaf tadi.” Haikal duduk kat atas katil William. Roommate dia tu beralih sikit nak bagi ruang untuk dia duduk. 
William alih komik ke tepi. “Maaf kenapa?”
“Sebab marah kau masa kat kelas math tadi.” Haikal sengih bersalah. “Sorry.” Haikal mintak maaf lagi.
“Oh,” William tergelak. “Takde apa la. Cuma aku risau je la kenapa kau tetiba jadi macam tu. Aku yang cuak tadi sebab aku ingat aku ada buat salah dekat kau. Muka dalam kelas masa math tadi pun ketat semacam je. Cuak jugak aku.”
“Aku , errrr, ada masalah sikit.” Dia duduk bersila atas katil William. “Tu yang macam PMS je.”
“Pasal apa? Perempuan?” William angkat-angkat kening. 
Haikal julingkan mata ke atas. “100 percent not.”
William da gelak-gelak. “ Da tu?”
Haikal main-main dengan cadar katil. William pegang tangan Haikal. 
“Distracting. Kau kenapa ni Haikal? Kau ada masalah family ke? Meh cerita dengan daddy William,”William tepuk-tepuk dada dia. “Daddy akan selesaikan masalah adik Haikal.” Mamat tu da sengih-sengih.
Haikal terus tergelak. Budak ni memang la pandai buat lawak. “Bukan la William.” Haikal gigit bibir. “Emm, not now. Aku tak rasa aku boleh cerita dekat sesiapa. Aku takut nanti kau , err, tak percayakan aku.” Haikal pandang ragu-ragu dekat William.
“Howie vowie. Tak kisah la mana-mana pun Haikal asalkan kau selesa. Kalau rasa nak cerita dengan aku, kau cerita la. Kalau tak nak cerita, takpe la, aku okay je. Ikut mana-mana keselesaan kau. Anyway, malam ni kau buat apa?” Tanya roommate dia.
Terus dia teringat Paan. Paan ada kata something tadi pasal malam ni tapi dia tak dengar sangat apa yang mamat tu cakap sebab dia da lari terlebih dahulu.
“Tak buat apa pun. Apesal?”
“Nak ikut aku tak?” William angkat-angkat kening. 
“Mana?” Tanya Haikal debar. At the same time, dia da bersorak dalam hati. Please pleaase please William kau ajak aku pergi mana-mana yang jauh dari tempat ni malam nanti. Tak kisah la mana-mana asalkan bukan kat kolej ni.



Haikal husyuk dengar ceramah yang diberikan oleh ustaz dekat depan tu. William rupanya ajak dia pergi dengar ceramah dekat masjid dekat-dekat dengan kolej dorang tu. Perghh, baru dia tahu mamat William budak kaki dengar tazkirah and kelas-kelas agama. Dia terasa malu gila. Mak and ayah dia dua-dua fully agama islam and mak, ayah William baru masuk islam tapi dorang boleh terapkan banyak nilai-nilai keagamaan dekat anak dorang. Apa nak jadi dengan aku ni? Bisik Haikal kecil.
“Ada banyak sunnah Rasulullah SAW yang kita boleh ikut ya adik-adik , tuan-tuan dan puan-puan. Terlampau banyak yang kita boleh ikut dan buat. Yang paling mudah dan simple mesti la berwangi-wangian pergi ke masjid, bersugi, simpan sikat dalam kocek dan sebagainya. Dalam kehidupan seharian kita pun, kadang-kadang kita ada terlepas cakap, terlepas perbuatan, mengumpat la apa la itu la ini la. Macam Ali kutuk Abu, Abu dengan Ahmad kutuk Ali balik. Haa nampak tak perangai kat situ tak berapa bagus. Kita nak mewujudkan ummat islam yang bersopan santun dan mempunyai adab yang tinggi. Itulah manusia, kita ni memang tak dapat nak lari dari membuat kesilapan.” 
Ustaz kat depan jeda sekejap pandang sana sini. 
“Mujur la tuan-tuan dan puan-puan , para jemaah sekalian, Allah sentiasa membuka pintu taubat dia kepada kita agar kita dapat meneruskan perjalanan menuju ke akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya, kita sekurang-kurangnya selalu menjaga tujuh sunnah nabi yang paling mudah ini setiap hari. Tujuh je ye tuan-tuan dan puan-puan. Tujuh je. Tak banyak pun. Tujuh sunnah ni senang je nak dilaksanakan kalau nak banding main Candy Crush yang ada beratus-ratus level tu.”
Jemaah kat masjid tu gelak.
“Tapi hari ni, saya nak fokus pada satu sunnah sahaja terlebih dahulu. Baiklah sunnah itu ialah Tahajjud. Tuan-tuan dan para jemaah hadirin sekalian, Tahajjud ni kita laksanakan sepertiga malam iaitu kalau waktu di Malaysia ni lebih kurang jam 3.30 pagi ke 4 pagi. Tapi tak kisah la pada waktu sekalipun asalkan Tahajjud itu dilaksanakan apabila bangun daripada tidur pada waktu malam. Haa, jangan pulak tuan-tuan semua bangun tidur jam 4 petang lepas tu buat solat sunat Tahajjud pulak. Nanti orang kata buang tabiat pulak. Ingat ye tuan-tuan dan puan-puan, bangun tidur pada waktu malam sahaja.”
Jemaah gelak lagi.
“Bagusnya kita buat tahajjud ni, doa kita mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya. Tapi jangan pulak kita lebihkan Tahajjud tapi tak buat solat fardhu pulak. Dahulukan solat yang wajib itu dan selepas itu baru la utamakan solat-solat sunat yang lain seperti Tahajjud, Hajat, Taubat, Dhuha dan sebagainya. Tahajjud ni jugak membuatkan kita sentiasa dekat dengan Allah SWT ya tuan-tuan dan puan-puan. Pada waktu malam, malaikat akan mencatit mana-mana mana hambanya yang bangun semata mata untuk bersujud dan mensyukuri nikmatnya. Bayangkan, dalam banyak-banyak hamba dia, yang bangun solat tahajjud itu tidak banyak dan yang bangun itu, salah satunya ialah anda-anda semua. Tak ke rasa macam waaaa, bagusnya diri aku ini. Baru la apa yang kita mintak dalam doa itu dimakbulkan Allah SWT. Ni tidak, bangun tengah-tengah pagi buta hadap Arsenal, lepas tu kalah pulak tu. Da la kalah, lepas tu harap Allah sentiasa makbulkan doa dia.”
Jemaah kat masjid gelak. 
“Apa salahnya ya, kita bangun nak tengok bola tu, amik wudu’ terlebih dulu, bentang sejadah, solat tahajjud dulu and then lepas tu baru layan bola. Solat ni mudah je tuan-tuan dan puan-puan. Lima minit je kalau nak banding dengan 90 minit perlawanan bola tu. Kalau pasukan yang kita sokong tu kalah sekalipun, tak la rasa frust sangat ye dok sebab kita da buat Tahajjud. Memang ye tuan-tuan dan puan-puan para jemaah yang dikasihi Allah sekalian, memang Allah SWT ada menyebut, at least buat sekali Tahajjud pun takpe la. Memang ada yang kata, alaaa, dulu masa zaman sekolah , da pernah buat Tahajjud sebab nak UPSR dengan SPM dulu, kalau tak buat lagi pun takpe kan Ustaz?”
Tetiba Haikal rasa nak gelak bila teringat zaman dia nak UPSR dulu. Tidur dekat sekolah dengan kengkawan semua.
“Tapi kita kena ingat, Allah terima ke tidak solat tahajjud kita yang satu itu? Haaa, kalau tak terima macam mana? Sebab itu la ye para jemaah sekalian, tidak mengapa buat banyak kali. Anda semua tak rugi pun. Ada satu artikel saya terbaca dekat mana entah, dia ada tulis, kalau terjaga pagi-pagi buta, tu maknanya ada hantu tengah tengok kita. Sebab tu kita terjaga tengah-tengah malam. Saya tergelak bila baca artikel tu. Ada ke cakap benda merepek macam tu tuan-tuan dan puan-puan. Berdekah saya gelak. Kita terjaga tengah-tengah pagi tu, mesti Allah nak kita tahajjud dan bersujud padanya. Bukan sebab ada hantu tengok kita. Kalau hantu tengok kita tu, haa, tu maksudnya anda memang da jadi geng hantu la tu.”
Seisi masjid itu bergelak lagi.
“Gurau-gurau sahaja ya jemaah sekalian. Kalau hantu tengok tu, maksudnya Allah nak menguji kita yang tuan-tuan dna puan-puan. Macam mana dengan rukun Tahajjud? Ada orang tanya saya, Haaaa ustaz, saya tak tahu la buat sunat tahajjud ni. Saya da tua, malu pulak nak bertanya kat orang ramai.”
Haikal telan liur. Dia pun tak tahu jugak rukun tahajjud tu macam mana. Dia da ingat-ingat lupa. Memang betul la apa yang ustaz tu cakap, last dulu dia buat pun masa zaman sekolah sebab nak UPSR.
“Tahajjud itu ada dua rakaat sahaja ye para jemaah sekalian. Niatnya mudah sahaja, tak dapat cakap dalam bahasa arab, cakap dalam bahasa melayu pun boleh. Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala. Angkat takbir, baca al fatihah. Mudah bukan? Lepas al fatihah, tuan-tuan dan puan-puan boleh la pilih mana-mana surah yang anda semua hendak baca. Tak baca pun takpe, nak terus rukuk pun takpe. Tapi afdhal, afdhal ye di sini tuan tuan dan puan puan, afdhal kalau kita membaca surah al kafirun selepas surah al fatihah tersebut di rakaat yang pertama. Untuk rakaat yang kedua pulak, selepas surah al fatihah itu, afdhal tuan-tuan dan puan puan para jemaah sekalian membaca surah al ikhlas.”
Ustaz capai botol air and tuang air ke dalam gelas. 
“Haus pulak bercakap ni. Takpe kan saya minum sekejap? Kejap lagi kita sambung lagi. Kering tekak kejap.”
Para jemaah tersunging kecil.
Haikal rasa ceramah ni memang la bagus gila. Siapa cakap join kelas-kelas agama and dengar ceramah agama itu tidak menyeronokkan?


p/s
kekadang en en, pergi ceramah agama ni seronok jugak!





21 comments:

  1. comell jer..

    i wish i was haikal :)

    ReplyDelete
  2. aku baca agak serabut sikit... kejap monolog... kejap narrator bercerita plak... macam mix... n then mcm ada watak ketiga plak iaitu "dia". hehe... pendapat aku jer... good job.

    ReplyDelete
  3. Fallen Angel: ang dah tua der hahahaha sbb tu agak pening Nhahaha

    Shark: bila mase plak boring....aku bace ok je haha suka plak chapter hahax

    ReplyDelete
  4. @akoo_toomey hahaha. why you wish, you want to be Haikal?

    ReplyDelete
  5. @unknown eh? hehehe, kenapa kesian pada Hisha?

    ReplyDelete
  6. @fallen angel thanks sebab komen. aku pun sedar jugak benda tu. hahaha. aku ada bagi reason at latest entry.

    ReplyDelete
  7. @the legends prince entah la. haha. kadang2 aku rasa cerita aku bosan dan hambar

    ReplyDelete
  8. @fallen angel sorry kalau aku guna bahasa pelik2. hahahaahahahah. I am so sorry :_)

    ReplyDelete
  9. hisya ade hati kat qal ke? paan pon same ye? waaahh.. but..qal tu betul ke suke kat paan ??? -_-

    ReplyDelete
  10. @anonymous kenapa? hahaha. entah la awak. saya pun tak tahu nak cakap macam mana.

    ReplyDelete
  11. Cara paan buat kat haikal memang sweet..

    ReplyDelete
  12. Shark.... just found ur blog 2 days ago. Best giler..semakin seronok baca..ketawa pun ada sbb ur very honest in using ur words... dh ketagih nk baca blog nih...

    ReplyDelete
  13. omg, its not real, but Haikal smart in handle situation, klo aku.. mm, mati da imran ngn paan, aku sumbat dlm jell..

    banyak coincident yg best dlm citer nih.. omg, keep on writing shark!

    ReplyDelete
  14. Try bce this version of Asrama chapter 10 .. u guys maybe like it ..
    http://akidsecretgarden.blogspot.com/2014/08/asrama-ep-10.html

    ReplyDelete
  15. EP 11 da up kt blog .. check it out!
    http://akidsecretgarden.blogspot.com/2014/08/asrama-ep-11.html

    ReplyDelete
  16. Paan Ni Jadi Camni Sbb Dapat Fuck Tight Ass Tu, Tu Macam Lovebound. Haisha Pon Slow Tp Haisha Sweet, Paan Ni Cepat Initiate, Oh Well Bila Dah Main Mmg Sangap La

    ReplyDelete
  17. best..sweet sgt..

    ReplyDelete
  18. hahaha tak bleh bla, ade plak ler org kapior(kafir) masok islam sbab msalah peribadi/ famili.xpernah dibuat org, tak pernah tercatat dalam sejarah.tp xper, name pon lg citer kan.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)