Nuffnang

Thursday, 20 April 2017

OYAKAWA / Chapter 6 #227

Chapter 6


Harris tutup pintu kereta sebelum berjalan menuju le library universiti. Tangan sebelah kanan masukkan kunci kereta ke dalam poket seluar meanwhile tangan belah kiri sibuk pegang fon sambil mata tengok skrin. Hari ni group kelas dekat whatsapp banyak memekak pulak which is batch dorang kena buat event mountainbike dalam masa tiga minggu lagi. Tu yang sibuk semua orang dekat group whatsapp berceloteh sana sini and bincangkan , siapa yang akan pegang jawatan apa and siapa yang akan masuk under unit apa and apa tugasan unit itu and apa tugasan unit ini. Not like dia ambik kisah pun. Masukkan la aku kat mana-mana unit sekali pun , aku akan buat kerja aku tanpa banyak rungutan pun.
Sedang dia tengok fon dia kat tangan tu, dia terlanggar seseorang. Orang yang dia langgar tu jatuh terduduk sambil kertas melayang sana sini macam baru kena tiup dengan Taufan Katrina.
Orang dekat depan dia cepat-cepat bangun dari terjatuh. “Oh, so sorry....” Ucap orang dekat depan dia tak habis.
Harris terkedu. “Noah.” Harris tegur perlahan.
Noah terus tunduk and kutip kertas-kertas dia yang bersepah atas lantai. Harris terus tunduk sama untuk tolong kutipkan. Lepas habis dia kutip segala bagai kertas Noah tu, dia hulurkan all the paper pada budak lelaki tu. Noah ambil kertas dari huluran Harris tu and cepat-cepat berlalu dari situ. Harris kejar Noah dari belakang.
“Sekejap, sekejap.” Harris halang Noah dari terus berjalan.
Noah betul-betulkan beg sandang dekat bahu dia tak selesa. “Yes?” Budak lelaki tu tak pandang pun muka Harris.
“Nak nombor telefon boleh?” Tanya Harris berharap. “I need to talk to you.”
Noah pandang muka Harris sekejap sebelum berlalu dari situ. Harris hembus nafas kecewa. Sinar mata yang selalu dia nampak pada mata Noah setiap kali pandang dia waktu sekolah da hilang. Mata budak lelaki tu da takde cahaya amaze setiap kali pandang dia. Cahaya tu da kosong. Harris meraup muka sebelum kejar Noah balik.
“Tunggu kejap!” Harris pegang bahu Noah sebelum berdiri depan budak lelaki tu. “I know Im screwed, but please, abang mintak maaf..”
“You are not my abang. Stop using that word.” Noah kerut dahi tengok Harris.
Hati Harris sakit macam baru kena cucuk dengan benda tajam. That’s hurt. A lot. Harris terkaku berdiri terfaktab dekat situ. “Abang.... aban...”
“Kalau takde apa-apa, Noah nak gerak dulu.”
“Wait, wait.” Refleks Harris pantas. “Abang nak number phone Noah boleh? Please.” Rayu Harris.
“No.” Geleng Noah. “Nak buat apa?”
Muka Harris berubah sedih. “Untuk catch up semua benda yang abang da terlepas.”
“Can I go now? Nak pergi kelas lepas ni. Nak kena kejar bas.” Noah tengok jam kat tangan silih berganti. Gaya Noah cakap, memang budak lelaki tu tak dengar apa yang Harris cakap tadi.
“Abang hantar?”
“Err,” Noah da jadi ragu-ragu.
“Kelas dekat mana?” Tanya Harris.
“No, no. It’s okay. Noah akan kejar bas.” Dan nasib tak menyebelahi Noah. Saat budak lelaki tu cakap macam tu, dari kejauhan nampak bas baru bergerak dari tempat menunggu bas. Noah hela nafas berat. “Great.” Gumam Noah. “I was late again.”
“Nak abang hantar?” Muka Harris nampak berharap.
“Takpe la.” Kata Noah perlahan. “Noah jalan kaki je.”
Harris tengok lepas tu Noah macam nak berlalu dari situ dengan muka yang muram. Great Harris. Kau baru je membuatkan Noah tertinggal bas and buat budak lelaki tu makin sedih. “Abang hantar kay.” Harris pegang tangan Noah. Muka Noah lepas tu memang la terkejut terkujat habis bila Harris pegang tangan dia and disebabkan dia tengah nak amik hati Noah, jadi dia tahan dari nak gelak tengok reaksi muka Noah. Muka budak lelaki tu memang comel gila! Muka terkejut Noah lagi la super duppa cute habis!
Untung siapa dapat Noah.
Ehem. Noah tu aku punya. Emm, posessivenya la seorang Harris Oyakawa ni.
“Da jom. Nanti lambat masuk kelas.” Harris tarik tangan Noah menuju ke kereta yang dia park kat tempat parkir kereta library.
Noah tarik tangan dia perlahan. “Aku tahu jalan sendiri. Tak payah nak pegang pun takpe.” Kata Noah kasar.
Harris tahan dari tunjuk muka kecewa. Dia baru nak berangan-angan pegang tangan Noah macam couple-couple lain (Cuma kes dia tak berapa normal la sebab dorang berdua ialah budak lelaki, hey! lagi bagus kan? Lelaki pegang tangan lelaki tak dapat dosa kan? Cuma timbul spekulasi bangang je la dari pandangan orang sekeliling. Hey, kau ni gay gila.)
“Kelas kat mana?” Tanya Harris pada Noah. Dia masukkan kunci dekat tempat pemandu sebelum bukak pintu kereta. Noah masuk ke tempat duduk penumpang
“KAA.”
“Okay.” Suasana dalam kereta sunyi sekejap tanpa ada perbualan. Kereta mula bergerak keluar dari kawasan library dan menuju ke KAA. Dalam kepala Harris da berpuing-puing dengan pelbagai soalan nak tanya pada Noah. Contohnya, ke mana budak tu menghilang sebab bila dia datang ke rumah budak lelaki tu, takde siapa dekat rumah. Contoh yang lain, malam ni buat apa? Nak ajak makan sama boleh? Tak pun hujung minggu ni buat apa? Nak ajak jejalan sama boleh tak? Ah, cheesy betul kau ni Harris. Dia terasa nak ketuk kepala dia sekarang ni sebab tak dapat nak tanya a single question to Noah.
Harris senyum sorang-sorang.
Harris Oyakawa, seorang gangster kaki pukul, budak terjal, kaki samseng, budak tattoo Kolej Tengku Esfahan sekarang tengah mengalamai konflik dalam hati pasal seorang budak lelaki. Seorang budak lelaki. LELAKI! Yes, lelaki. Sah kau putus fius sebab sanggup act macam ni pada budak lelaki.
Cinta itu buta.
Keh keh keh.
“Ada kelas apa kejap lagi?” Tanya Harris pandang Noah sekilas. Great. Harris rolling eyes sendiri. Tanya pasal what is your next class. Tanya pasal kelas? Dork gila perbualan kau Harris! Macam da takde benda lain yang boleh ditanya. At least kalau aku tanya pasal cuaca, seems it will be less stupid. Harris kerling Noah sekali lagi and perasan yang budak lelaki tu tersenyum sikit. See! Noah pun sengih bila aku tanya pasal what is your next class -,- Nampak sangat Noah aku pun rasa soalan tu terlebih luar alam.
“Hubungan Etnik.”
“Ooo.” Lepas tu suasana senyap balik dalam kereta. Dimwit Harris. Cakap something, cakap something. “Malam ni buat apa je? Nak makan sama?” Tanya Harris penuh berharap.
“Oh,” Noah macam terkedu bila dia tanya soalan tu. “Tak tahu lagi. Rasa macam ada study group.” Dalih Noah.
Bahu Harris jatuh kecewa bila Noah tolak ajakan dia. Chill Harris. Banyak masa lagi kau boleh kejar Noah. Kalau empat tahun kau boleh carik dia, takkan baru dua hari kau jumpa dia, kau da nak kecewa kalau budak lelaki tu tak terima ajakan kau nak pergi makan malam sesama. Tak lama lepas tu, kereta Harris berhenti dekat tempat parkir KAA.
“Thanks sebab tolong hantarkan.” Ucap Noah tak senyum. Lepas tu terus budak lelaki tu bukak pintu nak keluar dari kereta tapi Harris cepat capai tangan dia.
“Sekejap.” Panggil Harris. Noah pandang Harris tak selesa. Tapi dia memang selamba badak je tak layan pandangan tak selesa Noah tu. Dia tahu yang Noah tak selesa bila dia pegang tangan budak tu.  “Macam mana kalau abang nak jumpa Noah lagi?”
Noah angkat bahu. “Tak penting pun untuk kita berjumpa lagi.” Jawab Noah selamba sebelum cuba tarik tangan dia dari genggaman Harris.
“Abang da carik Noah almost four years!” Tetiba Harris naik suara. “
Of course ianya penting untuk abang. I’m fucking miss you! Tak boleh nak faham lagi ke?”
Muka Noah terus berubah terkejut. Bila Harris perasan yang dia ternaik suara pada Noah dia terus lepaskan tangan Noah and meraup muka.
“I’m so sorry.” Rayu Harris sebelum pandang muka Noah meminta simpati. “I need you sayang. Abang perlukan sayang. Da lama abang carik Noah. I was looking for you almost four years. Abang...” Harris terhenti cakap. “Abang mintak maaf dekat Noah apa yang abang pernah buat dulu.” Hati dia pedih tengok Noah yang pandang dia dengan muka takut. Dia cuba capai tangan Noah tapi budak lelaki tu cepat tarik tangan dia ke belakang.
“No.” Bisik Noah. “Kau tipu.”
“Abang tak tipu sayang.” Rayu Harris cuba untuk yakinkan Noah. “Abang even pergi rumah sayang untuk carik sayang and explain everything tapi takde siapa dekat rumah bila abang datang.” Dia nampak Noah telan liur.
“Noah pergi kelas dulu.” Noah laju keluar dari kereta.
“No, no, no, wait!” Teriak Harris tak sempat.
Tapi Noah da berlari dari situ laju dan masuk ke dalam KAA dengan pantas. Harris hanya mampu tengok Noah dari belakang sahaja sebelum hentak stereng kereta kuat. Fuck my life. I hate my life! Apesal aku kena hadap ujian sampai macam ni. Dia hentak perlahan dahi dia ke stereng kereta sambil hela nafas berat.
I was so stupid jerkah budak tu tadi. Apa nak jadi dengan kau ni? Tenang Harris. Tenang. Ingat Allah. Jangan buat benda bodoh. Jangan maki sana sani and buat keputusan tak rasional. Tenang.....
Tapi, I just miss you sayang....
Fucking miss you...
What you have done to me Noah....




“Kau macam tak okay?” Bisik Nifael. Masa ni dorang ada dalam kelas Kuantitatif Rekreasi.
“Huh?” Harris macam baru tersedar dari lamunan.
Nifael terhinggut gelak. “Kau ayan apa syaiton?”
“Oh, nothing. Tadi aku jumpa Noah.” Bagitahu Harris sebelum conteng-conteng notes kuantitatif dekat atas meja.
Nifael tunjuk muka impress. “Woah, seriously la? Kau jumpa dia dekat mana?”
“Masa aku nak pergi library. Aku terlanggar dia.”
Nifael sengih-sengih. “Jodoh sangat. Wait, so apa perasaan bila dapat jumpa dia balik? Budak tu mengamuk lagi ke?” Tanya Nifael curious nak tahu.
“A bit. Dia macam makin tak suka dekat aku. Cuma less tumbukan dan juga tengkingan la. At least dia da tak marah aku macam hari tu.” Harris angkat bahu.
Nifael bersiul perlahan. “Kalau tak famous da kawan aku dekat universiti ni sebab kena tengking dengan orang lain depan orang ramai.”
Harris buat muka je bila pandang Nifael lepas tu.
“So, lepas kau terlanggar dia, apa jadi?”
“Long short story, kelas dia dekat KAA and secara kebetulan, bas baru je gerak dari tempat menunggu bas and dia da macam lewat untuk ke kelas.” Harris sengih tetiba. “Lepas tu aku offer la untuk hantar dia ke kelas.”
“So romeo.” Nifael da sengih-sengih sinis.
“Oh shut up. Aku memang baik kot!” Canda Harris.
“So kau serius nak kembali pada Noah?” Tanya kawan dia tu serius.
“Of course.” Jawab Harris yakin. “Aku carik dia since four years ago and bila aku da jumpa dia ni, takkan aku nak buat bodoh je kan? Aku betul-betul sayang dia and aku nak betulkan balik apa yang aku pernah buat pada dia dulu.”
“Macam mana kalau dia tak suka kau balik?” Tanya Nifael selamba tak fikir perasaan Harris.
Harris terdiam and macam tengah fikir something. “Kalau sebelum ni aku boleh buat dia suka dekat aku, tak mustahil aku boleh buat benda tu sekali lagi. Aku tahu dia suka dekat aku, Cuma yeah, dia susah nak maafkan apa yang pernah aku buat pada dia.” Kata Harris yakin.
Nifael tergelak kecil. “Kalau aku jadi Noah, da lama aku tinggalkan kau and carik lain. Speak of carik lain, Noah tu single ke? Kau yakin dia takde couple atau pasangan ke apa ke? Tak ke macam menempah bala kalau sebenarnya si Noah tu sebenarnya da ada someone else and into a relationship sekarang ni.”
Harris tunjuk muka tak senang. “Tak mungkin la....”
“Cakap je.” Gumam Nifael. “Tapi possibility tu ada.”
“Emm,” Bila difikirkan balik, apa yang Nifael cakap tu betul jugak. Possibility untuk Noah ada pasangan kekasih adalah sangat tinggi. Come on, siapa yang boleh resist budak lelaki comel macam Noah tu?
Kau la kan Harris? Masa zaman sekolah kau punya la layan Noah macam sampah.
Okay fuck my brain. I hate you shiznitz. Mari kita telek Noah dalam-dalam. That kiddo is very cute la. Has nice attitude, sangat sopan, sangat hormat akan orang tua, sangat baik, sangat kasih sayang, sangat bepekerti mulia, sangat memahami, sangat membantu and segala sifat dan sikap mahmudah tu, senang kata ada pada Noah la. Kalau nak banding dengan diri dia ni, memang macam langit dengan bumi da. Of course Noah tu yang macam burung terbang tinggi di langit meanwhile dia pulak macam rumput yang melata di dataran tanah sahaja. Perghh, gila borak pasal peribahasa merentas seharian hidup dalam kelas Kuantitatif.
“By the way, kau tak try ajak dia keluar ke apa ke?” Tanya Nifael pecah suasana.
“Kau memang suka ambil berat pasal life aku kan?” Tanya Harris amuse.
Nifael mendengus. “Jangan perasan. The reason aku tanya pasal all of this thing sebab aku bosan.” Tangan Nifael terawang-awangan ke depan tanda budak lelaki tu bosan. “Tak mungkin aku dapat tumpukan perhatian dalam kelas Kuantitatif ni. Kepala naik bengong tengok segala bagai formula yang Doc Roslan terang kat depan.” Nifael juih mulut ke depan.
Harris mendengus tak percaya sebelum dia sambung berbual pasal topik Noah dengan Nifael. “Aku ada ajak dia makan malam sama. Tapi dia kata dia busy.” Harris pandang ke depan juga lepas tu. Mata terus berpinar tengok formula statistik yang Doc Roslan papar dekat white screen. Apa ke benda la doc terang kat depan ni?
Memang la kira-kira dan seorang Harris Oyakawa tak akan masuk dalam satu word. Now tell me la, bila je la pulak aku akan guna segala bagai formula statistik ni dalam kehidupan seharian aku? Masa aku nak beli gula? Masa aku nak beli biskut? Masa aku nak tengok wayang?
Emm, dapat ajak Noah tengok wayang mesti seronok.
“Dia kata.” Nifael rolling eyes. “Kau da ada nombor telefon dia?”
“Takde.” Harris hela nafas berat. “Kira da okay dia cakap dengan aku hari ni tanpa naik suara level 10 oktaf. Ni pulak kalau aku tanya nombor telefon dia, mahunya dia baling pasu dekat aku. Well, actually aku ada mintak nombor telefon dia, tapi dia just pandang sepi je dekat aku macam aku ni kuman.”
Nifael geleng-geleng kepala tak percaya. “Kuman. Kau punya jargon memang la luar biasa gila.”
Harris tergelak kecil. “Bila kau membesar bukan dalam kalangan melayu sangat, then all this jargon ni memang muncul selamba aci badak je la weh. Actually, I was thinking, kalau kau tolong mintakkan Atilia nombor Noah boleh tak?” Tanya Harris berharap.
“Wait, I thought you are romeo kelas atasan la. Takkan la fail miserably and tak dapat nombor telefon Noah kot.” Nifael angkat-angkat kening.
Harris kerut dahi. “Kau cabar aku ke apa ni?”
“Aku tak cabar kau.” Nifael gelak mengekek tapi masih mengawal nada suara. Mahunya gelak kuat-kuat, kejap lagi kena halau dengan Doc Roslan sebab tak tumpu perhatian dalam kelas. “Okay la, okay la. Nanti aku try tanya Atilia kay.”
Harris hela nafas. “Thanks a lot dude. Sejujurnya, sepanjang aku membesar and hidup, this is like first time aku mintak nombor telefon orang. Selalunya orang yang mintak nombor telefon aku and lepas tu hubungan tu baru berkembang.”
“Perghh, hubungan tu baru berkembang bhai. Gila la ayat kau, Awang Sariyan pun kalah.”
Harris luku kepala Nifael tak senang lepas tu. “Dimwit.” Gumam Harris perlahan.
Dan lepas tu bahu Nifael terhinggut-hinggut gelak.
“Just help me okay?” Tanya Harris perlahan.
“No biggie la.”




Harris ambil nafas berat sebelum baring atas katil puas. Noah pula da terdampar atas katil kepenatan. Celah kelangkang dia terasa sakit sangat. Entah kenapa bila dia buat seks dengan Harris, badan dia akan terasa sakit sangat. Bila dia mengadu pada Harris yang budak lelaki tu terlalu ganas bila membuat seks, Harris pandang dia tajam dan dingin seolah-olah dia makhluk tak sedar diri. Noah keluh perlahan.  
Perlahan-lahan Noah pusing and hadap Harris yang baring sambil tutup mata mengantuk dan letih. Dada Harris turun naik , turun naik ambil nafas. Rambut Harris messy and agak berpeluh sikit. Perlahan-lahan Noah peluk Harris sambil kepala sandar atas dada Harris. Harris bangun terkejut sebelum tolak Noah ke tepi.
“What the fuck are you doing?” Jerkah Harris. 
Noah terkejut bila Harris jerkah pada dia. “Noah, Noah just..” Bibir Noah terketar-ketar. 
“Aku penat. Kau pergi balik bilik kau.” Halau Harris kasar. Harris bangun dari katil, capai seluar sukan merah dia yang bersepah atas lantai sebelum pakai cepat-cepat. “Aku nak pergi toilet and bila aku balik dari toilet, aku nak kau da takde kat dalam bilik ni.”
Noah membatu atas katil. 
Harris mendengus kasar. “Macam cakap dengan batu.”
“Noah just....” Gumam Noah. “Abang jangan la garang sangat. Noah just nak peluk abang je.”
“Da, da, da. It was just sex okay. Kau tak suka aku boleh carik orang lain. Aku tak suka la kau rapat-rapat nak peluk dengan aku lepas da habis main. Kalau da habis main tu, kau balik je la bilik kau. Rimas tahu tak?” Harris bagi icy glare sebelum berlalu dari situ and hempas pintu bilik kasar. 




Harris terjaga dari tidur. Dia duduk atas katil lepas tu sambil mata cuba sesuaikan dengan suasana gelap bilik. Oliver da selamat tidur kat seberang katil sana. Buku budak lelaki tu bersepah atas katil tanda yang budak tu study sebelum tidur. Pfft, gila rajin. Muahahahaha. Jauh beza dengan kau la Harris. Dia gosok mata mengantuk sebelum menguap besar lepas tu. Tadi dia mimpi pasal Noah sekali lagi.
Again.
Harris mengeluh perlahan sebelum tolak rambut di ke belakang. Dia capai fon dia and perasan sekarang baru jam empat pagi. Four freaking morning. Dia perasan ada notification pada whatsapp dia. Harris buat muka tak teruja langsung. Ni mesti notification dari whatsapp group kelas. Tak whatsapp dari pada group kelas, dari group sekolah rendah la, group family la, group KTE la apa la itu la ini la.
Actually, notification daripada Nifael. Apa la mamat ni nak. Jangan nak mintak jawapan dari tutorial Kuantitatif sudah la. Memang wasalam la jawapannya sebab soalan tutorial tu pun aku tak download dari Putra Blast.
Nifael : Aku da dapat nombor Noah dari Atilia. Ni nombor dia. 017 XXX XXXX
Harris senyum lebar. Gila la Nifael! Kau memang la kawan yang berguna gila. Dia da terasa macam nak buat joget lambak campur tarian inang sebab terlampau happy! Fuck!!!!! Dia da terasa nak jerit kuat-kuat sebab terlampau happy. Dia da terasa nak kejutkan Oliver bangun and buat budak lelaku tu marah, lepas tu bagitahu budak lelaki tu yang dia da dapat nombor telefon Noah semata-mata.
KAH KAH KAH. Imma happy kid!



Sabtu. 
“Eh dari mana?” Tanya Noah curious. 
Dia dengan Noah terserempak dekat koridor menuju ke hostel. “Baru balik jumpa kawan. Lepak sesama tadi.”
“Ooo.” Tapi entah kenapa dia perasan muka Noah macam sedih sikit. Budak ni da kenapa tetiba nak buat muka sedih.
“Lepak dekat mana tadi?” Tanya Noah lagi. Masa ni dia dengan Noah da mula berjalan perlahan-lahan menuju ke hostel.
“Makan, tengok wayang, lepak pusing shopping, pastu lepak pergi pantai.” Harris angkat bahu. “Benda normal bila aku outing. Apesal kau ni banyak tanya?” Tanya Harris tak senang.
Noah gelak awkward. “Nothing. Just.” Jeda. Noah garu belakang kepala dia. “Abang tak pernah ajak Noah keluar jejalan pun.” Suara Noah makin lama makin perlahan. 
Harris berhenti berjalan. Noah automatik berhenti berjalan sambil buat muka tak faham apesal tetiba Harris ni berhenti berjalan secara tetiba. “Apesal aku nak kena ajak kau keluar?” Tanya Harris.
Muka Noah lepas tu memang terfaktab habis. “Err,” 
Harris nampak Noah main tangan gelisah. “Aku tanya kau, apesal aku kena ajak kau keluar?”
“Saja je.” Noah jawab perlahan. Budak tu senyum sikit lepas tu. Dia tak tahu kenapa tapi setiap kali dia pandang Noah, mata budak lelaki mesti akan bercahaya bersinar happy bila bercakap dengan dia walaupun budak lelaki tu tak senyum pun waktu tu. It’s just his eyes macam bersenyum. 
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH. Apa la kepala kau mula merepek ni Harris. 
“I thought we have something.” Kata Noah sambil pandang muka dia.
Harris angkat kening. “Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya?”
“Abang tak pernah ajak Noah keluar jejalan. Noah ingat kita ada something special, you know like ...”
Harris tergelak besar lepas tu. Noah tunjuk muka kelam tak faham kenapa tetiba Harris gelak besar. “Jadi kau nak kita keluar pergi mana?” 
Noah senyum lebar. “Tak kisah la memana je. Asalkan kita boleh keluar berdua.” Bagitahu Noah berharap.
“Okay, kalau macam tu minggu depan kita keluar sama.” Bagitahu Harris lepas tu. Noah senyum lebar habis lepas tu. Harris tergelak dalam hati lagi. 
In my ass. 
Dan semuanya tipu belaka. 
Setiap kali Sabtu menjelma dan waktu outing tiba, Harris mesti akan terlupa atau buat alasan terlupa atau tengok-tengok da keluar pergi outing dengan kengkawan dia yang lain. Dan Noah makin lama makin kecewa bila Harris asyik tipu dia je. Sometimes dia terasa macam dipergunakan which is dia memang terasa macam tu pun tapi dia buat derk tak faham je. Setiap kali Harris horny, dia akan panggil Noah ke bilik dia atau memana kawasan sekalipun asalkan budak lelaki tu rasa puas and then lepas tu tinggalkan dia atau halau dia balik ke bilik selepas puas. Just sebab dia sayang Harris, dia selalu buat tak tahu je perasaan kena abandon macam tu. For sure, yeah, dia terasa sedih. 
Cinta itu buta.
Cuma ada sekali tu je dorang keluar bersama which is pergi ke Bukit Bintang and then lead to Harris kutuk Noah sebagai budak miskin and that the last time dorang keluar bersama sebelum Noah kena buang sekolah. 
Dan dia kutuk Noah sebagai budak miskin datang lagi ke dalam mimpi dia. It’s just hurt his feeling. Please stop this dream! I’m begging you!!!
“Abang nak makan apa?”
“Apa-apa je la.” Dia sibuk main fon. Sibuk berwasap dengan  awek dia yang... emm entah ke berapa. Tapi lantak la. Da dorang yang nak dekat aku sangat padahal bukan tak tahu masing-masing dimadukan. Cuma Noah ni je yang tak tahu yang dia ada awek lain. Mamat tu je ingat yang dorang berdua ni serius and ada heavy relationship. Padahal dia tak rasa macam tu pun. 
“Kalau macam tu orang orderkan lauk apa-apa je la ea.” Bagitahu Noah. 
Dia tetap tak melayan apa yang Noah cakap and dia malas nak pandang orang yang tukang amik order ni. Hari ni outing sebab hari sabtu. Tadi baru lepas makan aiskrim dekat Bukit Bintang. Tu pun sibuk mamat si Noah ni nak amik gambar berdua. Buat semak je. Memula Noah ajak dia makan kat kedai tepi jalan je tapi dia cakap, dia tak mahu. Gila kau! Kedai tepi jalan kotor kot! Dan banyak lipas. Dan banyak tikus. And segala bagai sependa celup dalam mangkuk and kuali. Nak sebut je pun da rasa geli geliman, ni pulak nak kena hadap masuk kedai macam tu. And macam-macam lagi la yang ada kalau makan kat kedai tepi jalan. Mana la bersih nak makan kat kedai tepi jalan! Last-last dia bawak Noah ke restoran dekat area Avenue K. 
Gila tak standard aku anak Dato’ sekadar nak makan kedai tepi jalan je. Noah ni pun tak beragak ajak aku nak makan makanan entah apa-apa. 
Tetiba hati dia terasa panas dengan Noah. 
“Abang.” Panggil Noah.
“Emm,” Dia sahut. “Apa?” Dia berhenti main fon and pandang Noah. “Apa dia?” Harris tinggi suara sikit sebab da bengang. Dia nampak Noah macam gigit bibir tengah fikir something.
“Kalau duit Noah tak cukup, err, nak pinjam abang punya duit dulu boleh tak?”
Harris diam.
Noah diam. 
Ni la masa aku nak kenakan budak ni.
Harris da sengih-sengih jahat.
“Malas. Miskin buat cara miskin. Lain kali kalau nak keluar dengan aku, bawak duit banyak sikit. Kau da tahu kau miskin kan?”
Dia nampak muka Noah macam kecewa sikit dengan apa yang dia cakap tu. Tapi apa yang nak dipedulikan sangat pun. Memang tu pun niat dia. 
“Okay.” Suara budak lelaki tu perlahan. 
“Da sedar miskin tu, lepas ni tak payah nak ajak aku jalan-jalan keluar.” Keras ayat dia. “Sedar tak?”
“Sedar.” Sebut Noah perlahan.
“Sedar apa?” Tekan Harris.
“Sedar yang saya ni miskin.”



“Harris bangun.” Kejut Oliver.
Harris celik mata perlahan-lahan. Mata terasa sembap dan basah. “Pukul berapa da ni?” Tanya dia serak. Suara dia terasa husky habis pagi ni.
“Almost 7. Solat subuh dulu and then kau sambung la tidur. Kau menangis dalam tidur. Kau mimpi ngeri level super saiya apa ni sampai menangis? Ke kau kena kejar dengan pontianak?” Lepas tu Oliver gelak sendiri sebelum terjun balik atas katil.
Huh? “Aku menangis?” Tanya Harris.
“Aah.” Ia Oliver. “First time aku jumpa orang menangis waktu tidur.” Oliver pandang takjub dekat dia.
Harris capai bantal sebelum baling dekat Oliver geram. Roommate dia tu gelak besar sebelum baling balik bantal pada dia. Harris baring kembali kat atas bantal. Fuck my life. I hate my life. Aku menangis.
Menangis
Menangis
Menangis
Menangis
Menangis
Menangis
Menangis
Menangis
Great Harris Oyakawa. It keep haunting me yang aku tak pernah layan Noah dengan baik. Harris genggam tangan kuat sambil mata pandang siling. I will make it back for you sayang. Anything for you. Ya sayang, for you.
Abang janji.
Apa yang sayang mintak, abang akan try penuhi...
Harris hela nafas berat. It is really hard. Dia da tak sanggup nak mimpi pasal benda yang sama almost everyday. It’s just eating him alive. Dia banyak buat dosa dengan Noah.
Too much.



9 comments:

  1. Yeay!!!!!... Akhirnya ade sambungan😭😭😭...lame da tunggu... Rindu sgt😭😭😭

    ReplyDelete
  2. story ko niice..just need more perkembangan cerita..i harap cerite ni panjang..n ko patot buat buku..

    ReplyDelete
  3. been waiting for ur updates.. sekali terus masuk byk... haha
    keep it up

    ReplyDelete
  4. Sumpah cerita ni best. Lagi best dari Magis haha. Please make this story weekly updated !!!

    ReplyDelete
  5. Watak Harris tuu..aku bayangkan seorang lelaki ala2 Redza Rosli..muke bad boy habis..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sumpah best gila xsia² bace 😭 btw bila nk maskkan smbngnnyaaπŸ˜‚

    ReplyDelete
  7. Aku baca remaja and Playboy since tahun lepas and i felt comforting feeling bila baca. Shark i nam contact you

    ReplyDelete
  8. dah lama giler aku carik blog ni.. la ni baru jumpa...
    bnyk kot cerita yg aku tertinggal...
    ok.. lepasni boleh hiasi malam2 aku dengan cerita2 ni...

    aku ada benda nak request... saper2 nak kawan ngan aku.. (aku dulu ex tomboy - skrg dah tukar sikit2 la..) aku kene paksa kawin...
    tapi.. dengan sapa aku nak kawin?? aku just terpikir nak kawin dengan org mcm aku jugak... tu jer... hahha tertibe masuk blog org.. buat pasal aku ni kan...
    ada ke sudi?

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)