akhir-akhir ni aku asyik layan gimnastik artistik je. aku suka betul tengok dorang buat akrobatik skill tu and dorang semua memang sangat-sangat bergaya la sungguh. kalau yang lelaki,memang sado la badan and kalau perempuan tu, perghh. memang cantik wa cakap lu. tapi aku lagi suka usha lelaki la sebab dorang memang lean fit habis. KAH KAH KAH. poyo. padahal usha benda lain. da diam. haha.
mari aku terangkan gimnastik artistik ni sukan yang macam mana.
Gimnastik Artistik ada dua kategori. Kategori lelaki dan juga kategori wanita. Kategori lelaki terbahagi kepada 6 jenis apparatus yang dorang kena accomplish which is
1) Floor
2) Pommel Horse
3) Ring
4) Vault
5) Parallel bar
6) Horizontal Bar
1) Vault
2) Uneven Bar
3) Balance Beam
4) Floor
setiap tahun, memang akan ada World Championship untuk Gymnastic Artistic ni. macam tahun 2015, pertandingan diadakan di Glasgow meanwhile pada tahun 2014, pertandingan dunia Gymnastic diadakan di Nanning, China. pertandingan selalunya akan berlangsung dalam masa beberapa hari.
Hari pertama
Team Final Lelaki.
Selalunya akan melibatkan top 8 buah negara yang bertanding. Dorang kena accomplish semua 6 apparatus tu. Satu negara diwakili oleh 3 atlet negara dan negara yang mempunyai markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Juara bertahan pada tahun 2015 ialah Jepun
Hari kedua.
Team Final wanita.
Selalunya akan melibatkan 8 buah negara yang bertanding. Dorang kena accomplish kesemua 4 apparatus tu. Satu negara diwakili oleh 3 atlet. Negara yang mempunyai markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Juara bertahan pada tahun 2015 ialah United State of America.
Hari ketiga
All around lelaki.
24 atlet terbaik dunia dalam gimnastik artistik lelaki akan bertanding and kena selesaikan kesemua 6 apparatus tu. Atlet yang dapat markah tertinggi selepas selesaikan 6 apparatus akan diisytiharkan sebagai pemenang. Juara bertahan ialah Kohei Uchimura daripada Jepun. Merupakan johan All Around dari tahun 2009 sehingga 2015.
Hari keempat
All around wanita.
24 atlet terbaik dunia dalam gimnastik artistik wanita akan bertanding and kena selesaikan kesemua 4 apparatus tu. Atlet yang dapat markah tertinggi selepas selesaikan 4 apparatus akan diisytiharkan sebagai pemenang. Juara bertahan ialah Simone Biles daripada USA. Merupakan johan All Around dari tahun 2013 sehingga 2015.
Hari kelima.
Apparatus Final.
8 atlet terbaik untuk setiap apparatus akan bertanding untuk dapatkan emas, perak dan jugak gangsa. Apparatus Final pada hari tersebut ialah
1) Floor Men
2) Vault Woman
3) Pommel Horse Men
4) Uneven Bar Woman
5) Ring Men
Hari keenam.
Apparatus Final.
8 atlet terbaik untuk setiap apparatus akan bertanding untuk dapatkan emas, perak dan jugak gangsa. Apparatus Final pada hari tersebut ialah
6) Vault Men
7) Balance Beam Woman
8) Parallel Bar Men
9) Floor Woman
10) Horizontal Bar Men.
Sekarang , kita usha gambar pulak. KAH KAH KAH. ni je aku nak highligh kan sebenarnya. yang atas-atas ni semuanya intro belaka aku tulis. ni antara atlet yang aku suka usha sebab dorang super clean and superb gila masa bertanding
Epke Zonderland.
Epke Zonderland ni antara atlet gymnastic artistic Belanda paling berjaya yang pernah hidup kat muka bumi ni. Dia ni specialist dalam acara Horizontal Bar. Pemenang pingat emas Olimpik 2012, London, pemenang pingat emas World Championship 2013, 2014 dalam acara Horizontal Bar. Diberi gelaran Flying Dutchman sebab skill dia superb gila nak mati bila handle apparatus tersebut. Pada tahun 2016, dia berusia 29 tahun. Juga merupakan seorang pelajar Medicine di University of Groningen. Ehem. Muda lagi tu. boleh la pi ngorat. KAH KAH KAH. da la atlet, belajar jadi doktor pulak. alahai. perfect betul.
Kenzo Shirai
Kenzo Shirai ialah atlet muda Jepun yang hottie dan comel. Tahun 2016 ni dia baru berusia 19 tahun and tinggi dia hanyalah 161 cm je. KAH KAH KAH. so orang jepun ni pendek belaka. Diberi gelaran sebagai Twist Prince sebab kemahiran dia yang boleh buat Quadraple Twist dekat floor exercise which is only dia je atlet dekat muka bumi ni yang boleh buat Quadraple Twist tu. Baru tamat high school pada tahun 2015 dan akan masuk universiti pada tahun ini. Pemenang pingat emas 2013 dan 2015 untuk acara floor World Championship.
Arthur Oyakawa Mariano
Lahir pada tahun 1993 so basically pada 2016, usia dia ialah 23 tahun. Yeayy!! sama umur dengan aku. Merupakan seorang atlet Brazil. Sebelum ni dia ialah atlet judo sebelum dia decide untuk tukar kepada sukan Gymnastic. Tinggi , 169 cm. So far dia pernah dapat pingat Emas untuk acara Horizontal Bar di Croatia untuk World Cup Series. By the way, dia cute kan? untuk korang semua, boleh la start hantar surat layang ke Brazil. *lelambai semangat* masa memula dengar nama dia ni, aku da ragu-ragu sama ada dia ni ada mix dengan orang Jepun ke apa? haha. and rambut dia bergaya kan? How I wish to have his hair. hiks.
David Belyavskiy.
Lahir pada tahun 1992 dan kalau ikut tahun 2016, dia sekarang berusia 24 tahun. Still young and masih bertenaga! Berasal dari Rusia, mak dengan ayah dia meninggal masa usia dia kecik lagi and dia dibesarkan oleh nenek dia. Merupakan pemenang pingat emas All Around untuk European Championship pada tahun 2012. Tinggi dia ialah 165 cm and berat sekitar emm, tak disebut la pulak. apa-apa pun, dia memang la sangat bergaya. Tapi setiap kali championship, muka dia nampak macam ketat sikit la. KAH KAH KAH.
Sam Mikulak.
Lahir pada 12 Oktober 1992, heyy!! kita lahir pada bulan yang sama la,Sam Mikulak sekarang berusia 24 tahun pada tahun 2016 ini. Merupakan seorang atlet United State of America, dia mula berlatih gimnastik artistik pada usia 2 tahun. Kini belajar di Universitiy of Michigan, Sam da menang pingat emas sebanyak7 kali NCAA Championship untuk acara All Around sahaja. NCAA ni macam MASUM la kalau kat Malaysia. Tinggi dia 168 cm je and muka dia macam typical US la cuma dia sangat-sangat bergaya. *kenyit mata untuk wakil gegadis* KAH KAH KAH. ada sesiapa kat sini belajar kat Michigan University? Kirim salam sikit kat dia!
Paul Ruggeri. USA
Deng Shudi, China
Marcel Nguyen, Jerman
Ni pulak atlet perempuan yang aku rasa cantik la.
Mykayla Skinner, USA
Kyla Ross, USA
Larisa Iordache, Romania
Ana Porgras, Romania
Maria Paseka, Russia
Atlet Malaysia pun cantik jugak. haha
Farah Ann Abdul Hadi
So, adakah anda rasa mereka-mereka ini comel dan kacak bergaya? KAH KAH KAH. saya kasi 10 juta berbelas bintang.
aku tak tahu la pulak pilihan korang and taste korang macam mana. apa apa pun, kalau dorang ni ada kat Malaysia, da lama aku mintak tanda tangan kat dada. haha. gila pervert. so, ada sesiapa yang korang minat? haha. aku selalu berangan yang aku ni kacak bergaya macam dorang. hahahahaha. tapi malangnya tak. aku paling teringin nak jumpa ialah Kenzo Shirai sebab dia comel nak mampus. Lepas tu aku teringin nak jejalan dengan Arthur Oyakawa Mariano dekat brazil sambil berparti sampai pengsan and jejalan dengan awek cantik si Larisa Iordache dari Romania. hehe.
haih. alangkah indah kalau impian aku jadi kenyataan. KOH KOH KOH. okay la,aku nak tidur dulu. siapa yang ada final exam tu, good luck and selamat menjawab. :)
p/s
btw, korang suka yang mana satu? meh share sikit! oh lupa, korang selalu tengok sukan apa? haha.
gymnast lelaki malaysia x dok yang helokkk kaa????
ReplyDeletebtw yang bertakhta di hati mamat brazil tuhhh...perghhhhh bergetar tulang rusuk..
Aku sebenarnya teringin nak bercinta dengan abam athlete. Mujurlah dapat kesayangan berbody athletic. Kuikuikui
ReplyDeletesukan semuer pon skrg nampak bebird. so sy suke tgk org bersukan. eh.. lol
ReplyDeleteso far sokong penunggang basikal malaysia and team hoki malaysia.
majulah sukan untuk bulges :p
Apsal semua muka cute? Haha
ReplyDeleteSam Mikulak sama tarikh lahir, but different year. Aww adakah ini jodoh? Muahahaha ��������������❌⭕️❌⭕️
ReplyDeletedulu masa olympic aku gigih stalk marcel nguyen tu...hahaha...sampai sekarang...lol...
ReplyDelete