Nuffnang

Friday, 26 February 2016

Kisah seketul crush #188

Kisah seseorang :

Literally, saya minat someone. Perghh, sopan pulak gua guna perkataan saya ni. KAH KAH KAH.

tak.

gua tak kena rasuk.

Apa yang korang baca di permulaan ayat ialah benar-benar belaka.

gua ada minat someone. Gua panggil dia seketul crush. Atau seorang crush.

nama?

biarlah rahsia.

tak payah nak tahu sangat la setan-setan sekalian. haha.

gua je crush pada dia. dia tak la crush pada gua pun. apa yang gua tahu la.

dia seorang yang kacak bergaya. I mean, baik. yeah, baik. haha. Bila gua jog dekat stadium semalam, gua asyik nampak semua orang jog berdua. Bila gua bukak twitter, gua nampak semua orang tengah bermesra di TL. Bila gua bukak facebook, semua orang tengah in relationship sekarang. Bila gua  pergi berjalan-jalan, semua orang jalan berdua.

kisah gua jog dekat stadium semalam, ada pasangan kekasih ni jog tepi gua jugak, gelak-gelak segala bagai. Gua jog, dia jog. Gua berhenti, dia berhenti jugak. Da dorang ni kenapa? Nak kena tendang dengan gua ke apa sebab saja kasi naik angin?

sengaja bagi gua panas. haha.

dan gua berfikir.

memang dunia ni tengah tease gua ke apa?

cis. takpe. gua bersabar. hahahahaha. nanti one day dapat la gua rasa berdua-duaan macam tu.

tak dapat bersama seketul crush, maybe dengan sesiapa je la. KAH KAH KAH. <-- gila berharap.

apa-apa pun, kepada seketul crush atau seorang crush. gua memang minat pada mu. crush gua ni selalu buat gua blushing bai. selalu buat gua tak keruan. dia mana la tahu dia selalu buat gua blushing, gua pandai cover kot. HAHAHAHAHAHAHAH. gua suka dengar dia cerita pastu gua gelak-gelak dengar sebab kelakar. pandai dia tu bercerita. kalau gua bosan dalam kelas, gua asyik rasa nak whatsapp dia je tapi disebabkan gua tak mau la annoying kan dia, gua main twitter sepam dua layan kengkawan dekat situ.

macam dalam kelas heritage tadi, gua da menguap banyak kali. lecturer kat depan da guna suara seksi segala bagai. Paling best dalam kelas heritage tadi, lecturer gua bagitahu, sepanjang sem ni kitorang amik take home test semata and takde exam bertulis pun. gua terus rasa nak bagitahu crush gua bai pasal berita yang best gila ni (saja nak kasi jeles betapa bestnya lecturer gua) , tapi nanti la. haha. kang nanti dia annoying dengan gua kalau gua asyik whatsapp dia non stop.

selalunya apa-apa berita penting, mesti gua akan terus rasa nak bagitahu dia. tapi kadang-kadang gua simpan je sebab malas nak whatsapp dia banyak kali. bukan dia tahu nak whatsapp gua balik pun. KAH KAH KAH. perangai macam cibai. tapi takpe, gua sayang dia.

crush gua ni ramai peminat bai. macam artis femes wa cakap lu. baru tadi dia bagitahu gua yang ada orang tinggalkan makanan kat pintu bilik dia. legit kot crush gua ni. haha. tambah lagi saingan gua nak pikat dia. cis, takpe. gua kasi chance dulu.

gua kadang-kadang segan jugak dengan dia sebab dia ni ramai peminat. hahaha. gua pun tak tahu la gua ni list ke berapa yang minat dia.  entah-entah out of number. haha. kadang-kadang gua rasa, macam mana agaknya date dengan crush? actually apa rasa date? last date yang gua hadap pun tahun 2014 which is so long time ago la.

menyedihkan.

crush gua ni comel tau. kadang-kadang gua rasa nak tampar je , apesal kau comel sangat? HAHAHHAHAHAHA.

kay, sekarang gua da tak tahu nak cakap apa da. literally, tulis ni lagi susah dari tulis remaja.

******************************************************

aku sebenarnya jarang guna perkataan gua - lu - mu ni. saja malam ni aku nak tukar gaya bahasa. amik angin baru apa salahnya.

p/s
da entah kenapa lecturer undang-undang aku main whatsapp almost jam 12 tengah malam. bukan selalu orang tua tidur awal ke?


6 comments:

  1. Semoga berjaya...dengan seketul crush

    ReplyDelete
  2. alaa alaa cepat laaa update pasal seketul crush part 2 pulak. haha

    ReplyDelete
  3. semoga jodoh u dengan dia atau pun dengan orang lain..good luck..

    ReplyDelete
  4. Wahh...tetiba dpt tahu dia pon crush kt ko...
    12 tgh mlm. .Your lect mungkin vampire...be careful

    ReplyDelete
  5. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)