Nuffnang

Wednesday, 24 February 2016

Kisah sebuah kelas #186

hari ni hari kedua untuk semester 8 aku ni.

Hari kedua ni, aku ada kelas Undang-undang alam sekitar dan rekreasi + Tereputik Recreation. kelas undang-undang aku sangat la tak chill sebab start jam 8 pagi. actually kelas aku hari-hari start jam 8 kecuali jumaat. Macam cilaka pun ye jugak. Kamonnnn, final year, sepatutnya aku bersenang lenang bergoyang kaki sambil tidur dekat hammock. hahahahha. aku akhir-akhir ni da la ada masalah acah-acah insomnia sikit sebenarnya, pastu kelas start jam 8 pagi, memang susah la aku bangun tidur.

and setelah beberapa bulan aku tak makan panadol, akhirnya aku mula makan 2 ketul panadol dua hari lepas. (aku jarang sakit kepala sebenarnya selepas kes migrain aku macam nak pecah kepala masa zaman aku asasi dulu, siap terpaksa rujuk kat Pusat Kesihatan lagi. KAH KAH KAH) Tapi maybe sebab da besar tagun kot, da makin matang and da dapat sort problem dengan bagus dan efektif, tu yang makin kurang sakit kepala. Cuma dua malam lepas je la, aku memang terpaksa telan 2 ketul benda alah tu untuk kurangkan sakit kepala.

kelas undang-undang aku ni, aku tak tahu la nak cakap pelik ke apa ke, tapi lecturer aku tu memang tegas gila barabas and unik at the same time. da la tegas, tapi unik pulak. haha. kenapa aku cakap unik? sebab ni first time la aku baca notes dari Whatsapp, hantar esaimen dekat whatsapp, buat discussion dekat whatsapp and bla bla bla segalanya whatsapp. bagus kalau lecturer yang mengikut peredaran zaman ni which is sangat cool la. antara banyak2. yang paling best, hantar esaimen dekat whatsapp tu sebenarnya.

tapi yang tak bestnya dengan lecturer aku ni, dalam kelas dia tak boleh bercakap, tak boleh berbual ke apa ke, tak boleh main fon dan sebagainya plus tak boleh datang lambat. aku ni pulak da la selalu main fon dalam kelas sebab aku cepat mengantuk. nak elak mengantuk tu, aku memang kena main fon. kadang2 aku main twitter and tak pun aku baca wattpad. tapi selalunya aku main twitter la untuk kekalkan aku segar selalu. (aku consider diri aku multitasker. KAH KAH KAH. Babi apa puji diri sendiri) , pastu tadi masa kelas undang-undang aku tak boleh main fon, memang semedang je aku menguap. nak borak dengan kawan sebelah pun tak boleh. mahunya kena maki sebab sebelum tu, ada classmate aku tu baru je kena maki sebab

"da la datang lambat, pastu berborak pulak tu." <-- ayat lecturer aku yang perghh... ganas namati.

lepas kelas undang-undang 8-10, terus sambung ke kelas tereputik 10-12.. (ni ke jadual final year? apesal cibs sangat? hahahahaha, ke korang macam aku jugak?). kat dalam kelas tereputik ni, lecturer aku da siap-siap bagi esaimen. as usual kitorang kena buat camp / program. again. Nature Ed pun ada kem , ni pun kena buat jugak. Pheww, bersiul gua dalam kelas. mencabar, mencabar, mencabar.

camp

program

camp

program

camp

program

cuma kali ni, camp tu unik sikit. lecturer aku da bagi senarai atau list camp / program yang nak kena buat. each grup kena jalankan satu camp / program  which is each grup consist of 5 people only. haha. gila perform aku nanti bai.

list of camp ialah :

1) austisme + down syndrome
2) kanak-kanak bermasalah
3) orang-orang tua
4) Psikitrik / mental problem
5) prisoner
6) gangsterisme
7)
8)
...
...
..,

and the list is go on sebab aku tak ingat. Bagi aku subjek tereputik ni agak mencabar la untuk aku sebab aku ni jenis yang kurang sabar sikit dengan bebudak. temper aku beyond sky. eecececcece, so bila dapat senarai list camp / program ni, memang aku telan liur je la. haha. grup pulak, lecturer aku pun suruh undi and nasib baik la grup aku semuanya okay okay. KAH KAH KAH. lega namati sebab semuanya okay-okay dan baik hati belaka. grupmate yang baik dan okay lead kepada program / camp yang okay. <--- falsafah baru yang aku wujudkan.

kelas habis awal sebab lecturer aku kena pergi IJN. aku dengan kengkawan aku decide nak settle pasal kem jumaat dengan sabtu ni. so, lepas habis kelas, kitorang terus shoot makan dekat padang. tak. bukan makan kat padang bola ataupun padang hoki. tapi nama tempat kitorang makan tu ialah padang. sambil makan sambil cuci mata, usha sana sini, hahaha, (tampar diri sendiri) lepas tu kitorang terus shoot pergi ke tempat kem untuk subjek Nature Ed and reccy tempat.

serius wa cakap lu, rindu woo nak masuk hutan.

lepas settle segala benda reccy dalam hutan tengok kawasan, pinjam barang bla bla bla jumpa renjer bla bla bla amik borang bla bla bla, kol orang sana , kol orang sini bla bla bla, terus chow dari hutan and gerak balik uni sebab nak amik tandatangan lecturer. satu je kat uni ni yang aku tak suka, banyak betul dia punya procedure sampai membuang masa orang lain. memang bagus untuk kau buat segala dokumentasi bla bla bla tandatangan dan rekod segala bagai. tapi disebabkan those thing, ianya membuatkan segala benda jadi lembab. dan remeh. dan loser. dan menyusahkan orang lain. dari aku first year sampai la aku final year, perghh, bab nak settle program memang berguling nak dapatkan tandatangan.

lepas jumpa lecturer, next station kitorang ialah Mines. aku dengan kawan aku akan buat Bowling Tournament, so kitorang tengah reccy tempat and tengah pikir nak pilih area mana sebenarnya untuk buat tournament tu. ada a few tempat yang kitorang tengah usha cuma tadi pi mines je dulu, sambil reccy sambil main bowling. actually tak.

ayat tu salah.

aku tidur sambil kawan2 aku main bowling. haha. ya. tu baru betul.

esok tak tahu nak decide terjah mana pulak.

esok sebenarnya takde kelas.

this week rabu takde kelas.

so nak tidur puas-puas. haha.

baru masuk hari kedua kelas tapi program da berlambak. part yang aku suka kos aku ni sebab kitorang banyak amali and senang nak apply bila masuk kerja nanti. kalau belajar kat uni, belajar teori semata pun tak berguna jugak sebab nanti da start kerja tak tahu nak apply pada pekerjaan. tapi penat dia memang barabas tak tahan la. haha. bak kata pepatah, bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. (aku tak sure apa peribahasa dia yang sebetulnya, tapi aku rasa macam salah ni)

da la. better gua tidur dulu.

malam semua.

goodnight.

p/s
nak pergi bercuti dengan kengkawan dalam negara. backpack naik kereta je. kat mana best? sila bagi cadangan pada gua.




1 comment:

  1. aq suka bace aktiviti yg ko lkukan.. sbb aq pn bnyk kali involve ngn program2 yg uni aq buat(bukan program under kos aq).. tp mcm kes ko yg wajib involve, xbnyk k kos yg ko kena kluarkn utk prgi sna sni??
    hurm, well..mybe aq jnis yg brkira bab duit..haha
    btw, smua pngalmn tu mmng best.. lg2 time acah2 gaduh dgn team..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)