Nuffnang

Tuesday 23 February 2016

Hari pertama, semester 8, 2016 #185

Hari ni aku ada kelas pendidikan semula jadi atau nama bi dia ialah Nature Education. Unik kan nama subjek ni? haha. aku tak tahu kat uni lain ada ke tak subjek Nature Ed ni. hari first day class, lecturer da kasi assignment which is this jumaat and sabtu, kelas aku kenal handle kem alam sekitar selama 2 hari 1 malam dekat Puchong.

aku dengan kengkawan aku da, =,=' what the heck is goin on?

3 hari je preparation woih! Ni baru first class, Belum masuk kelas esok which is kelas undang-undang and tereputik recreation. Kalau subjek tu pun ada esaimen, memang masak la aku dengan kengkawan aku. Tak kira lagi kelas Heritage dengan Econs Recreation lagi. emm emm, tabah la kamu sharky.

Kelas Nature Ed habis jam 930 pagi tadi. awal kan? Supposedly habis jam 10 tapi lecturer aku baik hati gila (acah-acah), KAH KAH KAH, jadi dia lepaskan kitorang keluar awal.  Oh lupa, lecturer aku pesan, bila masuk kelas Nature Ed, ada beberapa rules yang kena ikut.

1) tak boleh buang sampah merata-rata. Kalau dia nampak, kena tulis esei 10 pages
2) tak boleh merokok. kalau nampak merokok atau abu rokok, kena tulis esei 10 pages jugak

hahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhaha.

ada tak yang nak masuk kelas nature ed dengan aku?

Habis je kelas Nature Ed, aku dengan kengkawan aku decide untuk jejalan. First kitorang pi Tadom Hill.  bagi aku Tadom Hill tu indah khabar dari rupa je. aku ingat power la sangat and cool ke apa ke. Kalau dengar dari mulut orang, bunyinya macam gempak, tapi bila sampai sana, emm, menjunam dan layu hati aku. biasa-biasa je pun, Tapi maybe bagi korang okay kot. I dont know. Lain orang, lain la cita rasa dia.

Lepas pi Tadom Hill, kitorang decide pergi Morib pulak. Lepas baring-baring, berguling dekat Morib kitorang teruskan destinasi pre acah-acah backpack yang tak dirancang langsung ni ke Bagan Lalang pulak. hahahahahahahha. serius wa cakap lu, kitorang memang tak rancang apa pun. Memang menggila main terjah sana sini je.

Perghh, gila berjalan hari ni. Uni - Tadom Hill - Morib - Bagan Lalang - Uni balik

Tapi actually aku dengan kengkawan aku memang spontaneous terlebih pun. Lepas gelak sana sini, amik video untuk buat kenangan final year nanti, kitorang balik uni terus and sambung meeting untuk kem jumaat dengan sabtu ni. 6.45 petang aku sampai bilik and solat and terus tidur krooh krooh krooh macam beruang. haha. Untuk kem nature Ed this jumaat dengan sabtu, aku kena handle Ice Breaking and Creative Games and I was like, emm, boleh la - lantak la - buat je la - mana-mana pun boleh la. Tapi bagi aku takde masalah sangat pun sebab aku memang da biasa handle ice breaking yadaa yadaa ni.

ni baru first day of class untuk semester 8. Esok cadang nak masuk hutan kejap lepas habis kelas. Not sure jadi ke tak dengan kengkawan aku ni. Not decide yet sama ada nak masuk hutan hari selasa which is esok ataupun rabu ni.

Aku sebenarnya bakal merindui suasana aku belajar ni. Ye la, nanti masa da kerja susah nak luang masa dengan kengkawan. ada yang busy bukak bisnes, ada yang busy siapkan report, ada yang busy kerja, ada yang busy sambung master dan sebagainya. Bagi aku, waktu study ni je la masa untuk bersuka ria, berjimba bergembira sampai pengsan.

heh,

once da kerja, da tak boleh nak merasa apa da. apa-apa pun, aku rasa better aku tidur dulu and sambung tulis blog lain kali. kelas aku hari-hari start pukul 8 duh eventhough aku da final year. Pastu hari jumaat, kelas aku jam 3 petang sampai 6 petang. apesal final year aku macam kimbet? haha.

menyedihkan. actually, lama gila aku da tak menulis blog sebenarnya. insya allah, kalau ada masa dan peluang, aku akan terus menulis sampai jemu and nak muntah sebab da bosan hadap blog. haha

till then rakan-rakan sekalian yang membaca blog gua ini, adios amigos. Assalamualaikum.

p/s
aku ni antara manusia yang paling cepat mengalah. Once aku nampak saingan kat sesuatu benda yang aku nak dapatkan sangat-sangat, terus aku rasa macam ......

emm, malas la. takpe la weh. aku kasi kat orang tu je la. aku tak larat nak bersaing atau berebut. aku mengalah and aku akan stop dapatkan benda tu.

contohnya kalau aku suka dekat someone, kalau aku tahu ada orang lain suka kat someone tu jugak, terus aku macam, emm , malas la bersaing, for sure aku akan kalah.

nampak loser kan? it's just me. My nature.



5 comments:

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)