Nuffnang

Monday, 29 February 2016

Home tuition / tutor / cikgu tuisyen #191

Iklan untuk kawan aku.

Buat sesiapa yang inginkan khidmat seorang guru atau home tuition ataupun seorang tutor yang boleh mengajar anak dia ke anak sedara dia ke anak jiran dia ke apa ke, any subjek dari darjah 1 sehingga tingkatan 3, boleh la menghubungi kawan aku di talian berikut.

017 6326242

Khidmat kawan aku hanya available di sekitar Serdang / Bangi / Seri Kembangan / Taman Equine. kawan aku ni memerlukan duit untuk tampung pembelajaran dia sebenarnya.

kah kah kah. okay tipu. sebenarnya ni iklan untuk aku. sesiapa yang memerlukan khidmat seorang home tuition ke tutor ke cikgu untuk mengajar any subjek dari darjah 1 sampai tingkatan 3, boleh hubungi aku okay. siapa buat prank call kat aku, aku report police. KAH KAH KAH.

segala harga atau negotiation, boleh bincang pada number aku itu. sekian terima kasih.

selain itu, buat sesiapa yang nak buat camp untuk company ke, camp untuk budak-budak sekolah ke camp pengawas ke,  family day company ke apa ke, sukaneka ke macam-macam event lain la dan memerlukan khidmat event planner, boleh jugak contact pada number di atas untuk urusan selanjutnya. selain dari mengajar, aku dengan kengkawan aku jugak ada buat bisnes menguruskan event / majlis / kem dan berbagai-bagai lagi. selalunya kitorang uruskan kem dan family day. jika anda seorang cikgu sekolah yang nak buat kem atau jika anda seorang HR di sebuat syarikat nak buat event, jangan malu segan contact aku okay.

017 6326242

p/s
boleh tolong share tak pasal entry ni? I do really appreciate it :) dengan zaman sekarang yang wang turun naik, turun naik, kita memang kena kreatif untuk mencarik duit. siapa yang dapat tolong aku tu, memang aku bersyukur sungguh-sungguh la. hiks. terima kasih kerana membaca!

A untuk Ayam , B untuk Babi #190

dulu kan, ada orang pernah cakap dekat aku, apa apa pun, kita panggil dia M.

"aku tak boleh la jumpa atau lepak dengan kau. aku nak berubah dari menjadi gay ni." 

aku memula bengang jugak bila dengar. what? kalau lepak dengan aku kat kedai mamak, kalau niat kau nak jadi straight, pastu kau akan jadi gay balik ke kalau kau lepak dengan aku kat kedai mamak? kau da kenapa kan? kau ingat aku ni buat dakyah, mari la masuk team LGBT beramai-ramai ke apa?

pastu dia cakap lagi.

"bukan kau seorang je aku tak lepak. aku tak nak jumpa mana-mana lelaki tak straight sebab niat aku nak berubah jadi baik. da tak mau da terlibat dengan mana-mana tak straight ni. kalau kat facebook pun, aku chat certain orang je. aku nak berubah dari menjadi tak straight ni secara perlahan-lahan. sebab tu la tak mau jumpa orang yang tak straight."

aku makin bengang jugak. sheriously, i feel offended. kau ingat aku bawak virus ke apa? memang iman kau tak kuat ni bai. aku bisik dalam hati. bukan aku ajak pi beromen ke apa ke. HAHAHHAHAHAAHAHAHAH. ajak lepak mana-mana je pun, It's not like Im getting into your pants. tu pun kau takut kau akan jadi gay balik kalau lepak kat mamak sekalipun? teruk nate iman mung ni.

"tak mau la. aku tak mau lepak. aku nak je kenal dengan lelaki-lelaki ni. tapi cukup la sekadar dekat facebook."

aku lama-lama rasa. emm okay la. terserah la pada kau. maybe ini cara kau berubah. maybe this is the only way, kau akan rasa kau akan capai soul nak berubah tu kalau dengan tak lepak dengan mana-mana lelaki gay eventhough, kalau chat dengan lelaki tak straight, "its still consider as a okay."

apa-apa pun, da kalau tak nak lepak , gua tak mau cakap apa walaupun sebenarnya, awal perkenalan kitorang, mamat ni beria-ia kata nak lepak la apa la. tapi rupanya mamat ni kata, tu just ayat dia memain je. ayat tipu semata and bila dia kasi gambar kat aku pun, gambar dia masa zaman sekolah masa dia muda-muda. entah pape kan?

hahahahhahaahahahhaha. nak cakap bodoh, tapi da besar la pulak. takpe, aku simpan perkataan bodoh tu dalam hati. aku seorang yang bertimbang rasa kot walaupun dia, orang yang acah-acah tak mahu lepak dengan mana-mana lelaki tak straight ni,, cakap aku panas baran la, cepat emosi la apa la.

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAAHHAHAHAHA.

gua gelak je.

kau tak pernah jumpa aku, kau cakap aku panas baran, aku cepat emosi la apa la. cerita apa lu merepek ni bai? cerita sitkom mana ni? haaaa, cer kau borak dengan orang yang pernah lepak dengan aku. cer buat bancian sikit. aku ni selalu mudah terhibur kot. banyak gelak, banyak borak sana sini, pendengar yang baik, ececececcece, (tak beragak puji diri sendiri. KAH KAH KAH ) tapi sampai kat kau je, kau cakap aku ni panas baran bla bla bla eventhough kau jumpa aku pun tak pernah. hahaha. ni yang payah bila orang tak pernah jumpa, tapi dia yang mengata lebih.

pastu aku dengar cerita, sekarang dia ada rapat dengan seorang blogger ni bai. haha. gua gelak je la lagi. sebab apa gua gelak? sebab kan gua cakap, gua mudah terhibur. entah apa yang entah nak berubahnya ke arah baik tapi rapat dengan lelaki balik. gua berdekah gelak je la. ah lantak depa la kan nak tunggang terbalik ke apa ke. tapi apa yang gua tahu , dia dengan blogger ni tak pernah jumpa pun. dia guna alasan sama macam aku kot.

"nak berubah jadi baik. kita tak payah la jumpa."

pastu hari tu aku lepak, (bukan la hari tu pun, semalam je pun, hari sabtu) , ada kawan aku dari Johor melawat aku, pastu kitorang pi jejalan tengok Dogathon sambil membuang masa. duduk kat bench sambil tukar-tukar cerita.  pastu kawan aku ni bukak wechat dia. Disebabkan aku ni da lama uninstall wechat, jadi aku usha-usha la wechat dia. acah-acah rindu pada wechat. pastu aku cakap kat dia.

"eh ni bukan ke *&%^$*" (kita panggil dia M) *tunjuk muka terkejut*

"aah, dia la."

"mana kau kenal dia?" aku tanya kawan aku. Angin sepoi-sepoi bahasa kena pada aku dengan kawan aku.

"oh kitorang ada borak-borak kat wechat kadang-kadang."

"oh ye ke." aku acah-acah buat bunyi OOOO lepas tu. "dia ni kan pakwe kepada *&^$%$&^* blogger tu."

"eh? kau biar betul. aku dengar cerita, dia ni da balik kepada bekas kekasih dia."

kalau aku minum air pada saat itu, nescaya aku tersembur. "sheriously? ex dia as a ex dia yang lelaki?" jaw aku da nak cecah lantai da.

"aah la."

dan gua pun HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.

hang memang madadafaker la M.

HAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHAAHHAHAHAA.

aku gelak je. kan aku da cakap, aku ni memang mudah terhibur.

HAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH

berubah ke arah kebaikan sangat. LEL. *rolling eyes* pastu hang boleh curang pulak dengan kembali pada bekas kekasih hang. yang lelaki pulak tu. tsk tsk tsk. kalau dengan perempuan, takpe la sebab... oh okay la. dia da berubah. hang ni memang cakap berbelit macam apa je. semoga nanti hang betul-betul la berubah ke arah kebaikan. jangan cakap besar je lebih. cukup-cukup la tu menipu. nate beruk hang ni.

aku ni simpati plus kesian pada blogger tu je. emm, takziah la buat kau.

kesimpulan dia untuk entry ni adik-adik, hang jangan sesekali jadi setan. hang ni da la gay. pastu kuat menipu. pastu jadi setan pulak tu. hang ni memang la....heyyyy da takde word da boleh describe pasal hang ni. hang ni memang ultimate nate teruk. ish ish ish. ni kes sama la macam da kahwin, tapi still cari jantan sebab tak puas dengan bini. kalau da kahwin tu, buat la cara da kahwin. ni sibuk nak carik punai jugak. aisey.

p/s
dan gua masih tergelak pada saat ini. KAH KAH KAH. maaf, gua memang mudah terhibur.


Saturday, 27 February 2016

Entah kenapa #189

kenapa aku boleh suka dekat lelaki?

kenapa aku tak boleh suka dekat perempuan?

Bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali.

Tapi entah kenapa aku suka dekat lelaki jugak.

My life is suck duh.

Kenapa aku perlu suka dekat lelaki?

Why?

why?

why?

why?

serius kepala aku serabut. Serabut pikir banyak benda. Serabut kenapa aku suka dekat lelaki. serabut kenapa aku tak suka dekat perempuan. It's not like

"hey, aku totally suka dekat kau. but yeah, aku suka dekat kau." pastu nak tampar diri sendiri sebab keliru dengan masalah yang entah apa-apa. kejap cakap tak suka, pastu cakap suka dekat lelaki. aku jeles kot dengan orang yang boleh suka pada berlawanan gender. macam lelaki suka pada perempuan. perempuan suka pada lelaki. My life is serabut dengan soalan mangai yang luar biasa alam yang super suck. ini memang la dugaan aku yang super maha mega power besar punya.

tapi kenapa aku?

why me?

why?

why?

why?

urghh, aku pun keliru dengan diri sendiri aku. kadang-kadang serabut dengan esaimen yang berlambak, kem yang berlambak, program yang berlambak, stres dengan lecturer yang buat overlap jadual, stres dengan notes, stres dengan kengkawan. memula kata tak nak kapel, tapi kapel jugak. what the fuck are you? Monkey? Tapi most likely about aku stres dengan hal identiti aku bla bla bla yadaa yadaa yadaa kenapa aku suka dekat lelaki?

kenapa aku perlu suka dekat lelaki? kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku perlu suka dekat lelaki yang obviously tak suka dekat kita balik? but yeah, tak semua kat muka bumi ni akan kita dapat. setiap orang akan ada portion dia masing-masing. Maybe aku dapat A, orang lain dapat B. I dont know.

but yeah, my life is suck.

kenapa perlu aku suka dekat lelaki? <-- again?

kenapa perlu aku suka dekat lelaki yang tak suka aku? <-- again?

kenapa aku tak boleh nak suka pada perempuan? <-- again?

bila kawan-kawan lelaki aku cerita pasal perempuan, aku jeles duh. not jeles sebab aku suka dorang. what? no. hahahahahahha. jangan buat lawak. aku jeles sebab kenapa aku lain dari dorang. kenapa aku perlu jadi lain? aku bukannya nak sangat jadi lain. aku kalau boleh nak jadi wallpaper. nak jadi halimunan supaya takde siapa perasan dekat aku. aku benci attention. aku kalau boleh nak naikkan wall aku supaya aku kurang kawan, lagi aku kurang kawan, lagi aku kurang sakit hati and itu lagi bagus,

secara appearance, kitorang sama. sama gender, sama-sama ada kemaluan yang serupa, gene yang serupa, dan berbagai-bagai lagi. tapi bab suka pada seseorang.

kenapa aku?

kenapa aku?

kenapa aku?

kenapa aku yang lain?

bila seketul crush cerita pasal perempuan lain, i was like, dumbfounded pun ye jugak. pastu kadang-kadang buat face palm. satu sebab mesti la jeles sebab kita ada rasa suka pada dia. takkan la tak jeles kan? kau tak jeles, maksudnya takde la rasa suka tu. Tapi aku tak gila nak bagitahu, "aku jeles kot kau ada minat awek lain."

tak.

aku tak gila nak terus terang macam tu. tu hak dia nak suka pada seorang perempuan and yeah, itu hak dia. takkan aku nak halang pulak kan? tapi kenapa aku perlu rasa jeles? kenapa? why? kenapa? kenapa aku perlu rasa sedih plus kecewa plus jeles plus rasa keliru yang aneh dan marah pun ye jugak bila seketul crush cerita pasal sayang dia atau perempuan lain.

fuck.

aku benci ada perasaan suka pada lelaki.

it's feels wrong.

aku bukannya nak sangat suka pada sesama gender. dont be stupid. it's just....you know, payah. bukan aku tak pernah try untuk tukar, pernah je. tapi aku ni asyik-asyik rasa suka pada lelaki. asyik-asyik rasa suka pada sesama gender. and asyik-asyik rasa suka pada seketul crush. why? padahal seketul crush tak pun rasa crush balik pada aku. obviously, but why? kenapa aku perlu suka????? kenapa perlu aku suka pada kau? pastu kekadang aku terfikir balik, kenapa kau tak suka aku balik? aku ni teruk sangat ke? <-- pastu aku tampar diri aku balik. just sebab aku suka dia, tak semestinya aku nak buat dia jadi gay. of course he deserve better. more than me.

i hate myself. literally.

i just hate my life.

i hate everything.

yeah, everything.

mostly, my perasaan.

p/s
kenapa aku perlu suka pada kau duh? kenapa life aku kompleks?

Friday, 26 February 2016

Kisah seketul crush #188

Kisah seseorang :

Literally, saya minat someone. Perghh, sopan pulak gua guna perkataan saya ni. KAH KAH KAH.

tak.

gua tak kena rasuk.

Apa yang korang baca di permulaan ayat ialah benar-benar belaka.

gua ada minat someone. Gua panggil dia seketul crush. Atau seorang crush.

nama?

biarlah rahsia.

tak payah nak tahu sangat la setan-setan sekalian. haha.

gua je crush pada dia. dia tak la crush pada gua pun. apa yang gua tahu la.

dia seorang yang kacak bergaya. I mean, baik. yeah, baik. haha. Bila gua jog dekat stadium semalam, gua asyik nampak semua orang jog berdua. Bila gua bukak twitter, gua nampak semua orang tengah bermesra di TL. Bila gua bukak facebook, semua orang tengah in relationship sekarang. Bila gua  pergi berjalan-jalan, semua orang jalan berdua.

kisah gua jog dekat stadium semalam, ada pasangan kekasih ni jog tepi gua jugak, gelak-gelak segala bagai. Gua jog, dia jog. Gua berhenti, dia berhenti jugak. Da dorang ni kenapa? Nak kena tendang dengan gua ke apa sebab saja kasi naik angin?

sengaja bagi gua panas. haha.

dan gua berfikir.

memang dunia ni tengah tease gua ke apa?

cis. takpe. gua bersabar. hahahahaha. nanti one day dapat la gua rasa berdua-duaan macam tu.

tak dapat bersama seketul crush, maybe dengan sesiapa je la. KAH KAH KAH. <-- gila berharap.

apa-apa pun, kepada seketul crush atau seorang crush. gua memang minat pada mu. crush gua ni selalu buat gua blushing bai. selalu buat gua tak keruan. dia mana la tahu dia selalu buat gua blushing, gua pandai cover kot. HAHAHAHAHAHAHAH. gua suka dengar dia cerita pastu gua gelak-gelak dengar sebab kelakar. pandai dia tu bercerita. kalau gua bosan dalam kelas, gua asyik rasa nak whatsapp dia je tapi disebabkan gua tak mau la annoying kan dia, gua main twitter sepam dua layan kengkawan dekat situ.

macam dalam kelas heritage tadi, gua da menguap banyak kali. lecturer kat depan da guna suara seksi segala bagai. Paling best dalam kelas heritage tadi, lecturer gua bagitahu, sepanjang sem ni kitorang amik take home test semata and takde exam bertulis pun. gua terus rasa nak bagitahu crush gua bai pasal berita yang best gila ni (saja nak kasi jeles betapa bestnya lecturer gua) , tapi nanti la. haha. kang nanti dia annoying dengan gua kalau gua asyik whatsapp dia non stop.

selalunya apa-apa berita penting, mesti gua akan terus rasa nak bagitahu dia. tapi kadang-kadang gua simpan je sebab malas nak whatsapp dia banyak kali. bukan dia tahu nak whatsapp gua balik pun. KAH KAH KAH. perangai macam cibai. tapi takpe, gua sayang dia.

crush gua ni ramai peminat bai. macam artis femes wa cakap lu. baru tadi dia bagitahu gua yang ada orang tinggalkan makanan kat pintu bilik dia. legit kot crush gua ni. haha. tambah lagi saingan gua nak pikat dia. cis, takpe. gua kasi chance dulu.

gua kadang-kadang segan jugak dengan dia sebab dia ni ramai peminat. hahaha. gua pun tak tahu la gua ni list ke berapa yang minat dia.  entah-entah out of number. haha. kadang-kadang gua rasa, macam mana agaknya date dengan crush? actually apa rasa date? last date yang gua hadap pun tahun 2014 which is so long time ago la.

menyedihkan.

crush gua ni comel tau. kadang-kadang gua rasa nak tampar je , apesal kau comel sangat? HAHAHHAHAHAHA.

kay, sekarang gua da tak tahu nak cakap apa da. literally, tulis ni lagi susah dari tulis remaja.

******************************************************

aku sebenarnya jarang guna perkataan gua - lu - mu ni. saja malam ni aku nak tukar gaya bahasa. amik angin baru apa salahnya.

p/s
da entah kenapa lecturer undang-undang aku main whatsapp almost jam 12 tengah malam. bukan selalu orang tua tidur awal ke?


Thursday, 25 February 2016

Kisah hari rabu #187

Hari ni takde kelas. Tapi still berjalan ke sana sini. Hari ni aku dengan kengkawan aku terjah Taman Wawasan dekat area Kementerian Luar Negeri, Putrajaya ni ha. Lepak atas bukit, picnic sambil layan view pejabat perdana menteri, dataran bulat Putrajaya and jugak Masjid Maroon Putrajaya. Bukit ni terpencil sikit and aku tak rasa ramai yang tahu kedudukan dia dekat mana. tapi bagus la kalau ramai tak tahu.

perbualan aku dengan kengkawan aku kali ni berkisar pasal perkahwinan pulak. Gua senyap je sebab malas nak komen apa-apa. HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHA. topik kengkawan aku ni memang varied sungguh. kejap cerita pasal mak tak kasi kahwin la, kejap cerita bakal suami la, kejap cerita usia berapa nak kahwin la apa la itu la ini la. ye la, usia masing-masing da besar tagun. masing-masing da fikir masa depan. masing-masing da fikir nama anak, masing-masing da fikit nak settle down kerja mana, beli rumah, beli kereta apa dan sebagainya.

Lepas settle picnic, aku dengan kengkawan aku balik uni semula. aku terus bersiap untuk berjogging.

a what?

yap.

jogging

You heard me. hahahahahahhaa

cukup cukup la tu gelak wahai setan setan sekalian.

hari ni aku baru rasa nak jogging setelah beberapa purnama tidak mendapat ilham untuk jogging sepam dua. hari ni aku jog dekat stadium which is kurang ramai orang. maka kurang la dosa aku untuk mencuci mata. KAH KAH KAH. tapi aku pi stadium pun dengan tak pakai cermin mata and 100% aku tak berapa nampak sangat pun siapa yang lari tepi tepi aku. so memang bagus la aku jaga pandangan pada kali ini. hiks. aku pun tak ingat berapa round aku pusing stadium tu tapi ah gasak la. lari je la sepuas-puas hati aku.

jam 9 malam tadi pulak, aku ada discussion again pasal kem jumaat and sabtu ni. literally , Im tired as fuck! ARGHHHHHHHH. *hentak2 kaki* jam 12 tengah malam tadi, which is beberapa minit lepas,  aku baru hit bilik. terus bogel and terjah toilet sebab panas and rimas.  haha. bogel tu tak menahan. okay tipu je. Lepas mandi ni pun, baru bukak laptop untuk cek email. hurmm, aku kena siapkan modul untuk Nature Ed camp ni.

emm, mengantuknya, sabar ye bantal golek. kejap lagi gua peluk mu erat-erat sambil berguling. *jeling2 bantal golek kat atas katil* haha. nak skip buat modul and terus tidur pun tak boleh sebab esok da khamis, lusa da jumaat. jumaat da start kem la pulak. esok nak pergi beli barang, nak prepare lagi. nak kena terang lagi pasal games, pastu ada kelas heritage 9-11, 2-5 pulak tu.

ada orang tanya aku, kos kau ni banyak guna duit ke?

aah, apa yang aku boleh cakap, kos aku ni memang banyak sangat guna duit, kau nak kena beli barang outdoor, kau nak kena beli berbagai jenis kasut, kau nak kena berbagai jenis beg , nak bayar duit trip la apa la lagi macam-macam.

tabah la kamu.

tabah la kamu.

tabah la kamu

tepuk dada banyak kali and ucap.

You can do it Sharky!

HAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA. apa teruk sial bagi motivasi kat diri sendiri. please sesiapa bagi motivasi kat gua supaya gua tak la rasa lonely sangat. apa apa pun, sekarang gua nak siapkan modul, tidur pastu tidur dan tidur. haha. k la bai semua. adios amigos. selamat malam.

p/s
i want a kiss.

Wednesday, 24 February 2016

Kisah sebuah kelas #186

hari ni hari kedua untuk semester 8 aku ni.

Hari kedua ni, aku ada kelas Undang-undang alam sekitar dan rekreasi + Tereputik Recreation. kelas undang-undang aku sangat la tak chill sebab start jam 8 pagi. actually kelas aku hari-hari start jam 8 kecuali jumaat. Macam cilaka pun ye jugak. Kamonnnn, final year, sepatutnya aku bersenang lenang bergoyang kaki sambil tidur dekat hammock. hahahahha. aku akhir-akhir ni da la ada masalah acah-acah insomnia sikit sebenarnya, pastu kelas start jam 8 pagi, memang susah la aku bangun tidur.

and setelah beberapa bulan aku tak makan panadol, akhirnya aku mula makan 2 ketul panadol dua hari lepas. (aku jarang sakit kepala sebenarnya selepas kes migrain aku macam nak pecah kepala masa zaman aku asasi dulu, siap terpaksa rujuk kat Pusat Kesihatan lagi. KAH KAH KAH) Tapi maybe sebab da besar tagun kot, da makin matang and da dapat sort problem dengan bagus dan efektif, tu yang makin kurang sakit kepala. Cuma dua malam lepas je la, aku memang terpaksa telan 2 ketul benda alah tu untuk kurangkan sakit kepala.

kelas undang-undang aku ni, aku tak tahu la nak cakap pelik ke apa ke, tapi lecturer aku tu memang tegas gila barabas and unik at the same time. da la tegas, tapi unik pulak. haha. kenapa aku cakap unik? sebab ni first time la aku baca notes dari Whatsapp, hantar esaimen dekat whatsapp, buat discussion dekat whatsapp and bla bla bla segalanya whatsapp. bagus kalau lecturer yang mengikut peredaran zaman ni which is sangat cool la. antara banyak2. yang paling best, hantar esaimen dekat whatsapp tu sebenarnya.

tapi yang tak bestnya dengan lecturer aku ni, dalam kelas dia tak boleh bercakap, tak boleh berbual ke apa ke, tak boleh main fon dan sebagainya plus tak boleh datang lambat. aku ni pulak da la selalu main fon dalam kelas sebab aku cepat mengantuk. nak elak mengantuk tu, aku memang kena main fon. kadang2 aku main twitter and tak pun aku baca wattpad. tapi selalunya aku main twitter la untuk kekalkan aku segar selalu. (aku consider diri aku multitasker. KAH KAH KAH. Babi apa puji diri sendiri) , pastu tadi masa kelas undang-undang aku tak boleh main fon, memang semedang je aku menguap. nak borak dengan kawan sebelah pun tak boleh. mahunya kena maki sebab sebelum tu, ada classmate aku tu baru je kena maki sebab

"da la datang lambat, pastu berborak pulak tu." <-- ayat lecturer aku yang perghh... ganas namati.

lepas kelas undang-undang 8-10, terus sambung ke kelas tereputik 10-12.. (ni ke jadual final year? apesal cibs sangat? hahahahaha, ke korang macam aku jugak?). kat dalam kelas tereputik ni, lecturer aku da siap-siap bagi esaimen. as usual kitorang kena buat camp / program. again. Nature Ed pun ada kem , ni pun kena buat jugak. Pheww, bersiul gua dalam kelas. mencabar, mencabar, mencabar.

camp

program

camp

program

camp

program

cuma kali ni, camp tu unik sikit. lecturer aku da bagi senarai atau list camp / program yang nak kena buat. each grup kena jalankan satu camp / program  which is each grup consist of 5 people only. haha. gila perform aku nanti bai.

list of camp ialah :

1) austisme + down syndrome
2) kanak-kanak bermasalah
3) orang-orang tua
4) Psikitrik / mental problem
5) prisoner
6) gangsterisme
7)
8)
...
...
..,

and the list is go on sebab aku tak ingat. Bagi aku subjek tereputik ni agak mencabar la untuk aku sebab aku ni jenis yang kurang sabar sikit dengan bebudak. temper aku beyond sky. eecececcece, so bila dapat senarai list camp / program ni, memang aku telan liur je la. haha. grup pulak, lecturer aku pun suruh undi and nasib baik la grup aku semuanya okay okay. KAH KAH KAH. lega namati sebab semuanya okay-okay dan baik hati belaka. grupmate yang baik dan okay lead kepada program / camp yang okay. <--- falsafah baru yang aku wujudkan.

kelas habis awal sebab lecturer aku kena pergi IJN. aku dengan kengkawan aku decide nak settle pasal kem jumaat dengan sabtu ni. so, lepas habis kelas, kitorang terus shoot makan dekat padang. tak. bukan makan kat padang bola ataupun padang hoki. tapi nama tempat kitorang makan tu ialah padang. sambil makan sambil cuci mata, usha sana sini, hahaha, (tampar diri sendiri) lepas tu kitorang terus shoot pergi ke tempat kem untuk subjek Nature Ed and reccy tempat.

serius wa cakap lu, rindu woo nak masuk hutan.

lepas settle segala benda reccy dalam hutan tengok kawasan, pinjam barang bla bla bla jumpa renjer bla bla bla amik borang bla bla bla, kol orang sana , kol orang sini bla bla bla, terus chow dari hutan and gerak balik uni sebab nak amik tandatangan lecturer. satu je kat uni ni yang aku tak suka, banyak betul dia punya procedure sampai membuang masa orang lain. memang bagus untuk kau buat segala dokumentasi bla bla bla tandatangan dan rekod segala bagai. tapi disebabkan those thing, ianya membuatkan segala benda jadi lembab. dan remeh. dan loser. dan menyusahkan orang lain. dari aku first year sampai la aku final year, perghh, bab nak settle program memang berguling nak dapatkan tandatangan.

lepas jumpa lecturer, next station kitorang ialah Mines. aku dengan kawan aku akan buat Bowling Tournament, so kitorang tengah reccy tempat and tengah pikir nak pilih area mana sebenarnya untuk buat tournament tu. ada a few tempat yang kitorang tengah usha cuma tadi pi mines je dulu, sambil reccy sambil main bowling. actually tak.

ayat tu salah.

aku tidur sambil kawan2 aku main bowling. haha. ya. tu baru betul.

esok tak tahu nak decide terjah mana pulak.

esok sebenarnya takde kelas.

this week rabu takde kelas.

so nak tidur puas-puas. haha.

baru masuk hari kedua kelas tapi program da berlambak. part yang aku suka kos aku ni sebab kitorang banyak amali and senang nak apply bila masuk kerja nanti. kalau belajar kat uni, belajar teori semata pun tak berguna jugak sebab nanti da start kerja tak tahu nak apply pada pekerjaan. tapi penat dia memang barabas tak tahan la. haha. bak kata pepatah, bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. (aku tak sure apa peribahasa dia yang sebetulnya, tapi aku rasa macam salah ni)

da la. better gua tidur dulu.

malam semua.

goodnight.

p/s
nak pergi bercuti dengan kengkawan dalam negara. backpack naik kereta je. kat mana best? sila bagi cadangan pada gua.




Tuesday, 23 February 2016

Hari pertama, semester 8, 2016 #185

Hari ni aku ada kelas pendidikan semula jadi atau nama bi dia ialah Nature Education. Unik kan nama subjek ni? haha. aku tak tahu kat uni lain ada ke tak subjek Nature Ed ni. hari first day class, lecturer da kasi assignment which is this jumaat and sabtu, kelas aku kenal handle kem alam sekitar selama 2 hari 1 malam dekat Puchong.

aku dengan kengkawan aku da, =,=' what the heck is goin on?

3 hari je preparation woih! Ni baru first class, Belum masuk kelas esok which is kelas undang-undang and tereputik recreation. Kalau subjek tu pun ada esaimen, memang masak la aku dengan kengkawan aku. Tak kira lagi kelas Heritage dengan Econs Recreation lagi. emm emm, tabah la kamu sharky.

Kelas Nature Ed habis jam 930 pagi tadi. awal kan? Supposedly habis jam 10 tapi lecturer aku baik hati gila (acah-acah), KAH KAH KAH, jadi dia lepaskan kitorang keluar awal.  Oh lupa, lecturer aku pesan, bila masuk kelas Nature Ed, ada beberapa rules yang kena ikut.

1) tak boleh buang sampah merata-rata. Kalau dia nampak, kena tulis esei 10 pages
2) tak boleh merokok. kalau nampak merokok atau abu rokok, kena tulis esei 10 pages jugak

hahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhaha.

ada tak yang nak masuk kelas nature ed dengan aku?

Habis je kelas Nature Ed, aku dengan kengkawan aku decide untuk jejalan. First kitorang pi Tadom Hill.  bagi aku Tadom Hill tu indah khabar dari rupa je. aku ingat power la sangat and cool ke apa ke. Kalau dengar dari mulut orang, bunyinya macam gempak, tapi bila sampai sana, emm, menjunam dan layu hati aku. biasa-biasa je pun, Tapi maybe bagi korang okay kot. I dont know. Lain orang, lain la cita rasa dia.

Lepas pi Tadom Hill, kitorang decide pergi Morib pulak. Lepas baring-baring, berguling dekat Morib kitorang teruskan destinasi pre acah-acah backpack yang tak dirancang langsung ni ke Bagan Lalang pulak. hahahahahahahha. serius wa cakap lu, kitorang memang tak rancang apa pun. Memang menggila main terjah sana sini je.

Perghh, gila berjalan hari ni. Uni - Tadom Hill - Morib - Bagan Lalang - Uni balik

Tapi actually aku dengan kengkawan aku memang spontaneous terlebih pun. Lepas gelak sana sini, amik video untuk buat kenangan final year nanti, kitorang balik uni terus and sambung meeting untuk kem jumaat dengan sabtu ni. 6.45 petang aku sampai bilik and solat and terus tidur krooh krooh krooh macam beruang. haha. Untuk kem nature Ed this jumaat dengan sabtu, aku kena handle Ice Breaking and Creative Games and I was like, emm, boleh la - lantak la - buat je la - mana-mana pun boleh la. Tapi bagi aku takde masalah sangat pun sebab aku memang da biasa handle ice breaking yadaa yadaa ni.

ni baru first day of class untuk semester 8. Esok cadang nak masuk hutan kejap lepas habis kelas. Not sure jadi ke tak dengan kengkawan aku ni. Not decide yet sama ada nak masuk hutan hari selasa which is esok ataupun rabu ni.

Aku sebenarnya bakal merindui suasana aku belajar ni. Ye la, nanti masa da kerja susah nak luang masa dengan kengkawan. ada yang busy bukak bisnes, ada yang busy siapkan report, ada yang busy kerja, ada yang busy sambung master dan sebagainya. Bagi aku, waktu study ni je la masa untuk bersuka ria, berjimba bergembira sampai pengsan.

heh,

once da kerja, da tak boleh nak merasa apa da. apa-apa pun, aku rasa better aku tidur dulu and sambung tulis blog lain kali. kelas aku hari-hari start pukul 8 duh eventhough aku da final year. Pastu hari jumaat, kelas aku jam 3 petang sampai 6 petang. apesal final year aku macam kimbet? haha.

menyedihkan. actually, lama gila aku da tak menulis blog sebenarnya. insya allah, kalau ada masa dan peluang, aku akan terus menulis sampai jemu and nak muntah sebab da bosan hadap blog. haha

till then rakan-rakan sekalian yang membaca blog gua ini, adios amigos. Assalamualaikum.

p/s
aku ni antara manusia yang paling cepat mengalah. Once aku nampak saingan kat sesuatu benda yang aku nak dapatkan sangat-sangat, terus aku rasa macam ......

emm, malas la. takpe la weh. aku kasi kat orang tu je la. aku tak larat nak bersaing atau berebut. aku mengalah and aku akan stop dapatkan benda tu.

contohnya kalau aku suka dekat someone, kalau aku tahu ada orang lain suka kat someone tu jugak, terus aku macam, emm , malas la bersaing, for sure aku akan kalah.

nampak loser kan? it's just me. My nature.



Monday, 15 February 2016

Result semester 7 #184


Tinggal satu sem je lagi, pastu aku akan tamat belajar. Insya Allah habis la bulan 6 ni. KAH KAH KAH. Tak sangka aku da tua sekarang ni. :(

p/s
Happy besday kepada manusia yang besday pada hari ini. Semoga Allah merahmati mu selalu :3 Heh. Sorry takde hadiah. Gua kasi flying kiss je dari Malaysia ni. 


Thursday, 4 February 2016

Dunia ni kecik je. #183

walaupun dunia ni ada lebih kurang 2.5 billion umat manusia, tapi apa yang aku boleh katakan, dunia ni memang kecik. ada beberapa perkara sepanjang aku membesar, yang membuatkan aku kagum dengan apa yang Allah aturkan and really show, dunia ni memang la tersangat kecik.

1) aku ada sepupu, nama dia Diana. Nenek dia aturkan dia kahwin dengan seorang lelaki ni. Kiranya perkahwinan yang diatur keluarga la. Aku tak ingat nama lelaki dia tu, tapi kita panggil dia as a Jebat. So, Diana + Jebat

Beberapa bulan atau almost setahun, sepupu lelaki aku kahwin. Nama dia ialah Zikri. Zikri ni kahwin dengan seorang nurse which is nama dia ialah Haziqah. Emm, aku tak tahu la pulak cemana dorang ni boleh kenal. KAH KAH KAH. so, Zikri + Haziqah.

masa perkahwinan tu berlangsung, aku tak ingat siapa tah bagitahu aku, kakak aku kot yang bagitahu, rupanya, Suami Diana iaitu Jebat dan Isteri Zikri iaitu Haziqah ialah bekas kekasih and dorang pernah berkapel sebelum ni. bila aku dengar, aku da HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. serius aku rasa wow gila. haha. rupanya Jebat and Haziqah pernah kapel. Jaw aku rasa nak jatuh kat tanah da masa tu. heh. memang awesome betul aturan Allah tu.

2) Aku ada kawan, nama dia Daniel. Daniel ni classmate aku since aku form 1 sampai form 5. aku agak rapat la dengan dia. lagipun lelaki dalam class aku masa aku form 4 and form 5 hanyalah 6 orang je. tu yang membuatkan kitorang ni rapat antara satu sama lain. And masa form 5, aku ketua pengawas and Daniel ni pulak timbalan aku.

Kak ngah aku ada seorang kawan kat uni dia masa dia belajar. Dia belajar kat UKM dari 2006 sampai 2008. Kawan kak ngah aku, nama dia ialah Kak Kiyo. Satu family aku ni kenal Kak Kiyo sebab time raya je, kitorang mesti raya kat rumah dia setiap raya ketiga , pada waktu petang tanpa gagal setiap tahun.

ada satu hari tu, family aku buat open house masa raya. Aku jemput kengkawan aku datang. Kakak aku pun jemput kengkawan dia datang. Paling tak boleh belah, Kak Kiyo dengan Daniel rupanya sepupu. Ayah Kak Kiyo adik beradik dengan ayah Daniel.

aku da, hahahahahhahahaha. punya la bertahun aku kenal Daniel and punya la bertahun kak ngah aku kenal kak kiyo tu, lepas open house tu, baru tahu yang dorang tu sepupu rupanya.

3) aku ada sepupu belah ayah, anak Pak Lang aku bernama Fatihah. (Kisah nombor 1 tu sepupu belah emak) . Fatihah ni nak melangsungkan perkahwinan dengan pakwe dia iaitu Mamat. And aku ada lagi seorang sepupu belah ayah, anak Abang Long,  nama dia Amir. Amir pun nak melangsungkan perkahwin dengan gadis pilihan hati bernama Siti.

Bila Mamat datang ke rumah sepupu aku, Fatihah untuk merisik, everything went well , smooth and kedua-dua keluarga borak di antara satu sama lain untuk bincang hal tarikh la apa la itu la ini la. *rolling eyes* kau tahu je la parents segala bagai bila borak macam mana kan. (perbincangan merisik ni antara family mamat dengan family fatihah je, ahli keluarga yang lain takde. Heh, nama pun merisik kan? Bukannya bertunang), Tetiba dorang terkesan something.

Fatihah anak Pak Lang akan kawen dengan Mamat.
Amir anak abang Long akan kawen dengan Siti.
Rupanya Mamat and Siti ialah adik beradik.

hahahahahhahahahaha. sekarang ni Fatihah and Amir bukan sahaja sepupu tapi juga ialah adik beradik ipar? Hurmm? ye ke? eh? betul ke gelaran tu? hahaha. tapi like sherious shit, memang la pelik betul. It's like macam kau kapel dengan awek kau. end up, kau tahu sepupu kau kapel dengan abang kepada awek kau. tak ke macam hurmm, keciknya la dunia ni. haha

banyak lagi kejadian-kejadian yang terjadi di sekeliling aku, yang aku anggap, emm, keciknya la dunia ni. ada tu ketika tu, aku nak settle hal kolej, so, kena pergi la pejabat kolej aku untuk settle hal bilik, hal yuran, hal kunci, hal koko dan sebagainya yadaa yadaa. Rupa-rupanya bila aku da sampai kat pejabat , kerani dekat kolej tu ialah mak kepada ex aku. aku tahu tu mak ex aku sebab aku pernah usha gambar-gambar ex aku, well, aku dulu seorang stalker dan emm, sekarang pun ye jugak. haha. tapi mak ex aku tu tak kenal aku la. phew. haha.

apa apa pun, korang pernah alami beberapa perkara yang emm, bila korang fikir balik.... dunia ni memang la kecik? Pernah tak? haha. kalau pernah, boleh la korang-korang semua, kau kau kau kau kau dan kau di sana, di sini, di situ dan di mana mana je , komen di bahagian bawah ni kay. KAH KAH KAH. kadang-kadang memang kelakar and terkejut bila rupanya orang yang kau kenal, bersangkut paut dengan kenalan kau yang lain.

hiks.

dunia ni aneh kan?

and kecik rupanya

till then. adios amigos!

p/s
Valentine da nak dekat!