Tribute to C. C stands for Chai.
siapakah makhluk bernama Chai ni?
well, basically aku kenal Chai ni last year. time raya masa tu. masa tu aku baru jejak tanah melayu dari Korea Selatan nu ha and masa tu jugak aku baru dapat fon baru. ahaha. disebabkan kebatakan menggunakan fon baru. aku download la Grindr and Hornet.
masa tu aku tengah tunggu new sem bukak which is bulan 9 untuk sambung sem 5 and disebabkan kebosanan amat, aku pun godek-godek la Grindr tu.
aku : hai.
Chai : hai.
aku : kau tengah buat apa bro
Chai : rumah jek. bosan gila.
aku : sama la aku. haha. rumah kau ada movie best?
Chai : banyak gila. jom la tengok movie.
aku : cool jugak. KAH KAH KAH. rumah kau kat mana?
Chai : shah alam.
aku start motor and terus vroom vroom pergi rumah dia padahal baru kenal tadi. nampak sangat bosan gila babi dekat rumah. KAH KAH KAH. dalam perjalanan nak ke rumah dia, tetiba hujan lebat gila sampai aku nak mencarut pun ada. memang da mencarut pun. baju hujan pulak tak bawak. and jarak perjalanan rumah aku - Chai, basically is around 20 minutes.
aku sampai area rumah dia, park motor, aku call dia.
aku : lencun gila.
Chai : meh lerr naik. mandi dulu.
aku : wokies. kejap lagi aku naik. nombor rumah?
Chai : HT^TYUIUJI786^TBNJ&T^TGUhyUTt*
*sampai sekarang, setiap kali aku nak pergi lepak rumah dia mesti aku tanya rumah dia blok berapa and number berapa sebab aku tak pernah ingat sampai dia bebel-bebel dekat aku. WAKAKAKAKAKAKAKA.*
selalu ayat bebel Chai berbentuk begini :
"kau da banyak kali datang sini pun, kau still tak ingat kan?"
dan aku hanya mampu tersengih kambing. KOH KOH KOH. aku feeling comel kot senyum gaya kambing. haha
berbalik kepada cerita ,,
aku sampai je rumah Chai, pastikan nombor rumah betul, dengan air hujan menitik dari celah rambut, baju dan jugak seluar, aku da feeling tak selesa sebab brief da basah lencun, terus aku ketuk rumah Chai. *masa aku taip ni pun, aku still terpikir, apa nombor blok rumah dia ea? 47? ke 45? ke 40? haha*
Chai bukak pintu pandang aku atas bawah
Chai : basah gila bro.
Aku : *senyum kambing sekali lagi*
Chai : meh la masuk.
pastu Chai bagi aku tuala.
Chai : kau keringkan la dulu. meh meh, mandi dulu. nanti kau demam, parah pulak kau. nanti aku kasi pinjam baju. da da, tanggalkan baju kau, aku basuh sekali.
masa tu aku da jaw drop gila babi sampai cecah lantai sebab mak aih, sempoi gila mamat ni sampai nak tolong basuhkan baju aku. HAHAHAHAHAHAHAH
Aku : kau ni biar betul nak basuh baju aku. *gelak*
Chai : aku memang tengah basuh baju pun. alang-alang basuh la sekali.
aku malas nak pikir apa. lilit tuala kat pinggang, tanggal baju - seluar - brief , campak masuk mesin basuh, aku terus masuk toilet.
Chai : nak aku mandikan tak?
Aku : HAHAHAHAHAHHA. tak payah nak mengada.
lepas siap mandi je, aku pergi ruang tamu and Chai kasi aku seluar 3 suku and baju apa entah dia kasi masa tu. oh, aku kadang-kadang memang mandi rumah dia jugak and selamba pinjam towel. lepas balik kerja ke apa ke, hahaha, da macam penduduk tumpangan maustatin da aku kat situ. tapi kawan-kawan dia, sorang pun aku tak kenal sebab spesis kawan-kawan dia ni lepak memanjang dalam bilik kecuali Adan. :P Adan ni je la aku kenal sorang. tu pun tak pernah borak dengan mamat tu. oh, masa aku datang rumah dia masa tu, dia single solo memolo je kat rumah. setiap kali cuti sem, mamat ni memang jarang balik rumah and dia selalu carik rejeki halalan toyyiban kat shah alam itu.
Aku : baju siapa kau kasi ni?
Chai : baju bf aku. dia kasi aku. aku kasi kau pinjam.
HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHA. masa tu sekali lagi aku punya jaw memang la macam nak cecah lantai da. selamba je kasi baju bf dia kat aku untuk aku guna.
Aku : mana bf kau?
Chai : sarawak. kerja.
and lepas tu kitorang pun borak panjang. sidai-sidai baju kat tingkap rumah termasuk la baju aku. (aku tak sure kitorang ada minum and makan biskut kering ke tak tapi aku rasa ada sebab aku memang kuat melantak kalau datang rumah orang) dua dua baring atas tilam and borak tak sudah, masa tu tak tengok movie kat laptop dia pun macam apa yang kitorang rancangkan. aku pun tak pasti sebab apa. aku tak sure sama ada masa tu hujan lebat gila babi petir semua sampai kitorang rasa, it's not worth kalau bukak laptop pun and lagi best baring atas tilam sambil dengar bunyi hujan turun and borak tak sudah.
kitorang borak banyak benda. dari pasal bf dia.
Chai : dulu kitorang sama fakulti kat shah alam tu. pastu kadang-kadang aku datang bilik dia. dia duduk sorang je. bogel je selalu dalam bilik tak pakai apa. KAH KAH KAH. setahun jugak la aku nak try ngorat dia baru dapat. dulu aku......
ataupun borak pasal bf aku. oh, masa tu bf aku si sunshine tu.
..................
basically, aku tak ingat apa yang kitorang borakkan masa tu. -,- cuma aku ingat dia kata, "hansem sial bf kau."
dan aku cakap. "diam la!"
KAH KAH KAH.
ataupun borak pasal cheek bone dia.
Chai : aku benci gila cheek bone aku ni. dia besar sangat and tinggi. kalau boleh aku nak buat pembedahan and kasi lagi power. aku suka tengok majalah and rancangan fesyen ni. her her her.
Aku : kau gila ke apa. bukan ke model selalu ada cheek bone tinggi macam kau ni. buat apa la kau nak buang. KAH KAH KAH. kau okay je la gila.
Chai ni dia kurang keyakinan diri. aku pun tak paham dengan makhluk sorang ni. entah kenapa entah dia kurang keyakinan diri. hahahahah. padahal aku tengok sedap jugak mata memandang. tapi dia pernah cakap kat aku *masa tu kitorang dua lepak kat kedai makan*, kawan-kawan dia cakap, bentuk muka dia macam lesbian.
i was like. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA. what the fuck apa kawan-kawan kau cakap ni. tapi bila aku perhatikan sikit, emm, -,- hurm. ada la sikit macam lesbian. ;P KAH KAH KAH. mampus la aku kalau mamat ni mengamuk.
ataupun kitorang borakkan pasal aku kat korea dulu. pasal roommate aku, siapa classmates aku and all that la. dan kitorang borak-borak lagi sampai la dua dua tertidur atas tilam. aku peluk dia - dia peluk aku. and itu la first time aku tidur peluk-peluk dengan PLU yang bukan kapel. hahahahaha. sebelum ni aku tidur jugak peluk-peluk tapi dengan roommate aku. tu pun apa la sangat. KOH KOH KOH.
dan hujan berhenti. kitorang terjaga. baju aku pun da kering. aku tanggal baju yang dia kasi pinjam and pakai balik baju aku. aku cakap nak balik rumah and dia pun ia ia kan je. bukak pintu. salam antara satu sama lain. peluk dan aku pun menuju ke tempat park motor sebelum vroom vroom vroom merempit balik rumah.
dan aku smile. best kawan dengan Chai ni.
beberapa hari lepas tu, actually 2 hari lepas tu je pun -,- hahahah. Chai demam. actually, masa aku datang rumah dia tu, lepas kena hujan tu and masa tengah borak-borak, aku sakit kepala and dia urut aku sikit sebelum tidur. baik gila kan mamat tu. hiks. and bila aku tahu Chai demam, aku volunteer nak jaga dia. and Chai pun okay je.
masa tu da malam. around pukul 10 macam tu. aku cakap kat mak aku nak tidur rumah kawan. jaga dia demam sebab dia takde siapa yang lain kat rumah nak jaga dia. housemate dia semua takde. and mak aku yadaa yadaa okay je kasi aku pergi rumah Chai malam tu. lepas tu aku bungkus makanan and angkut sekali air zam zam pergi rumah dia.
Sampai je rumah Chai, kasi Chai makan and lepas tu tidur krooh krooh krooh. malam tu aku jaga Chai dengan penuh berwibawa bai. siap-siap dodoi-dodoikan lagi. k, yang tu tipu. haha, tapi ada la bok bok bontot / badan macam tidurkan budak kecik tu. oh, selepas makan and sebelum tidur, kitorang layan movie dekat laptop Chai. cerita apa , -,- aku tak ingat la pulak tapi yang pasti bukannya berbentuk 18SX ataupun ala-ala redtube. movie yang kitorang tengok adalah baik baik lagi sopan amigos yang tidak menaikkan nafsu langsung. oh, ada satu kali tu, kitorang tengok Legally Blonde
Esoknya Chai punya demam tak elok jugak. Chai pergi PKU UiTM and ada junior dia bawak dia pergi sana. dia suruh aku duduk rumah je. and dia tak nak susahkan aku la kononnya bawak dia pergi PKU ke apa ke. aku kat rumah, bukak laptop dia and layan movie tak henti. Chai balik PKU, lepak sekali dengan aku tengok movie tak henti. lepas tu mamat tu main dota.
aku pandang Chai.
Aku : kau bukan tak sihat ke?
Chai : iyo la. kenapa?
Aku : semangat pulak main dota.
Chai : dota ialah pemberi semangat aku. *chai jawab dengan penuh semangat*
aku da HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA. macam-macam la jawapan mamat ni kasi. lepas tu aku tidur and Chai main dota sampai ke petang. bila maghrib je, aku cakap kat Chai, aku nak balik dulu. nanti bila-bila aku datang lagi.
Chai : jangan lupa bawak makanan sekali. sedap mak kau masak!
Aku : haha. ye la. nanti aku bawak lagi.
and lepas tu, kadang-kadang bila aku lepak rumah Chai and kalau aku dari rumah, memang aku bungkus makanan siap-siap and makan sama sama dengan Chai kat rumah dia. tak pun kadang-kadang, kalau aku balik dari kerja. aku dengan dia pergi mana-mana kedai dekat area rumah dia dengan berjalan kaki and makan. pastu mula la story morry benda-benda lagha yang tak sudah. dari hal dia study, hal aku intern. hal bf dia. hal kawan-kawan aku. hal orang sekeliling dia. hal orang sekeliling aku.
dengan Chai ni aku tak berahsia langsung. semua aku cerita. even pasal aku sakit pun, aku cerita kat dia jugak selain dari Jetro and Di. tapi aku rasa dia da tak ingat kot pasal sakit aku sebab da lama jugak aku tak jumpa dia. woi aku tengah sakit ni! HAHAHAHAHHAHAHAHA. yang tahu pasal tu pun, Jetro *selang seminggu dia kol aku tanya pasal sakit aku. haha* , Di, aku memang selalu bagitahu dia walaupun da tak giat borak sangat. Budak Miat and kawan kerja aku , Ali baki yang tahu sakit aku. oh dan juga Sya, -,-
kalau aku balik kerja awal sebab ada meeting *poyo gila! >.<' budak intern pun ada meeting. HAHAHAHAH*, aku kadang-kadang kol dia.
Aku : kau kat mana weh?
Chai : rumah je. apesal?
Aku : ada habis kerja awal. da lama tak jumpa kau. kau free tak?
Chai : free je tapi petang sikit ada hal dengan kawan aku.
Aku : oh la ye ke. pukul berapa kau ada hal dengan kawan kau tu?
Chai : aku cancel da dengan kawan aku tu.
Aku : laaa. apesal pulak cancel?
Chai : kau yang nak datang kot. cancel ah.
oh, masa tu mata aku masuk habuk sebab terharu. sial. Chai memang pandai buat aku terharu dengan ayat dia. KAH KAH KAH. ada satu hari tu, masa tu aku baru putus dengan Sunshine and tengah kemas-kemas barang nak balik rumah sebab cuti sem da nak mula, aku dengan Chai borak sakan. disebabkan aku tengah kemas barang, takkan la nak wasap pulak. malas gila aku nak taip sambil buat kerja. jadi kitorang buat voice note je. senangkan kerja aku dan dia. mudahkan aku la sebab aku nak kemas barang. and malas jugak aku nak buat senaman jari kat fon tu. hahaha, dasar jerung pemalas!
panjang jugak voice note aku dengan dia tu sebab ye la, aku buat luahan perasaan baru lepas clash, dia pulak tetiba da nak tukar kareer dari top kepada bottom. KAH KAH KAH. perbualan malam tu memang lawak gila. agak-agak Chai baca ni, dia bunuh aku tak? haha.
kerpada Chai, kau memang la kawan yang baik and sangat baik hati. haha. da lama pulak aku rasa tak borak and jumpa kau. nanti bila-bila kita lepak sama lagi naa. Chai pernah kata kat aku yang dia teringin nak jumpa mak aku sebab aku selalu bawak makanan kat rumah dia. bila aku nak pergi rumah Chai, mesti mak aku tanya,
Mak : pergi mana?
Aku : shah alam.
Mak : mana? rumah yang sakit hari tu?
Ak : aah. mak. dia ada nama. nama dia Chai. *pastu aku gelak. KOH KOH KOH*
OH, kesinambungan kepada Chai demam hari tu, tak berapa lama lepas tu, dia balik rumah dia and dia buat pembedahan gusi. aku pun tak ingat apa masalah sebenarnya dengan gusi dia. tapi ye, dia memang buat pembedahan gusi. hiks.
sekian la kisah Tribute to C; C untuk Chai pada malam ni. semua yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari saya *macam baca ayat pertandingan pidato pulak.haha* sekian, babai!! tapi aku memang suka kawan dengan Chai. dia baik, kawan yang caring gila babi. oh hari tu dia kena langgar dengan motor, I was like -,- da kenapa mamat ni sampai kena langgar motor. aku masa tu mampu perhati je la peha dia yang da bersagat tu. haha. nasib baik takde kecacatan normal yang kekal. kalau tak, da bergelen-gelen air mata aku jatuhkan buat Chai. KAH KAH KAH. ayat tak ikhlas gila.
To Chai ,
semoga hidup bahagia dan sihat walafiat selalu.
sekian terima kasih.
Best Regards
Sharky.
dan cerita tamat di sini.
The end
p/s
esok cuti lagi. *jejoget*
sweeeeettt
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWell, he is a good buddy...:-)
ReplyDeleteBeruntung ko bro dpt member yg sempoi mcm tu...;-)
#BlogWalking http://iamwarlord.blogspot.com/ <= Do Peeping my blog :-P
Masalah Chai dekat pipi,tapi gusi pulak yang dibedah..jauh sangat jaraknya tu..
ReplyDeletehahahaha..
harap si Chai 'bunuh' kau lepas baca ni. Hahaha.
ReplyDeleteBestnya ada kawan macam si Chai tu haa
ReplyDeletesweet lah.... klu saya ada kawan mcm si chai tu kn best... nak juga merasa kawan mcm tu, tentu happy hidup saya...
ReplyDelete