Nuffnang

Tuesday, 19 May 2015

Kisah suatu petang #142

Volume 19
Chapter 5
Page 15
Paragraph 16 : 11
Tittle : Kisah Suatu Petang
Music : My Dilemma [ Selena Gomez ]

masa tu aku baru masuk sem 5. sekarang aku da nak habis sem 6 pun. jadi cerita ni almost satu tahun berlalu. tapi setiap kali aku ingat, ianya tetap menjadi pengalaman paling nak buat aku tergelak dan aneh. ye aneh pada masa yang sama.

well, masa tu aku ingat nak jumpa kawan aku Wiz dekat Jalan 3, Bandar Baru Bangi. jadi, aku pun broom broom la dari uni aku on the way ke Jalan 3. masa aku tengah tunggu kawan aku tu, ada la dalam 15 minit sebab Wiz ni bantai kata baru nak makan la pulak, tetiba ada kereta berhenti depan aku. oh, aku tak tunggu Wiz dekat depan rumah dia sebab aku malas nak menapak ke rumah dia. aku just tunggu tepi jalan area Sekolah Jalan 3 tu je.

keluar dari kereta tu, keluar seorang makcik. makcik kot. dengan usia yang macam tu, aku rasa makcik ialah gelaran yang sesuai. nak panggil nenek macam over pulak. haha.

Makcik : dik, tahu tak kat mana tempat ni? makcik nak pergi kenduri tapi tak tahu jalan nak ke rumah orang ni. nombor telefon pulak takde kat kad ni.

then makcik tu pun hulur kad kat aku and aku pun usha la kad jemputan dengan bajet tahu. padahal aku dungu semacam je bila baca map. KAH KAH KAH. tapi ajaibnya, aku boleh dapat agak kat mana rumah dalam kad tu berada.

Makcik : Makcik da la tak tahu jalan tu. da naik sesat da ni. da pusing banyak kali kat area sini. nak kol, takde pulak dorang tinggalkan number fon dekat kad tu. 

Aku usha kad tu dalam-dalam and I was like -,- makcik ni biar betul.

Aku : Makcik. ni ada je number fon kat kad jemputan ni.

lepas tu aku tunjuk balik kad kat makcik tu. masa tu aku tak tahu la makcik ni saja nak bergurau dengan aku ke apa. HAHAHAHAHAHAHHAHA.

Makcik : oh, ada ke? tak nampak pulak makcik. *pastu gelak kecik* pakcik tu da la sakit je. nak gerak banyak pun tak boleh. 

pastu aku pandang ke dalam kereta and nampak seorang pakcik kat dalam kereta tu. tengah duduk and pakai kopiah. usia da agak berusia sikit. dalam hati cakap, biasa la. haha. bila da tua memang akan sentiasa sakit. semoga aku tak la sakit sebegitu rupa bila aku da berusia nanti.

Aku : takpe la makcik. saya tolong kol kan and tanya rumah dekat mana

lepas tu aku pun kol je la and sing song seng song seng dengan orang yang buat kenduri tu. aku kol and nak pastikan rumah orang yang buat kenduri tu kat mana tapi aku rasa aku da dapat agak rumah dia area mana. lepas je aku habis kol je dengan orang yang buat kenduri tu, terus aku bagi direction kat makcik tu.  si Wiz pun satu hal. makan nasik ke buat nasik. lambat sangat nak jumpa aku tepi jalan ni. kimbet betul.

Makcik : tapi makcik tak tahu la dik cemana nak pergi rumah tu. adik kat sini tunggu siapa?

Aku : tunggu kawan. err.

Makcik : lama lagi kot kawan adik tu nak sampai. bawakkan la makcik ke rumah tu. boleh tak?

aku da. err, HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA. like sherious, masa tu aku tak tahu nak buat apa. kang aku belah terus angkat kaki, dikatanya aku kurang ajar pulak and nanti tak pasal-pasal budak muda dapat label and gelaran tak sepatutnya seperti kurang ajar dan bla bla bla. -,-

jadi aku pun dengan baik hati .

Aku : takpe la makcik. saya bawakkan makcik ke rumah tu. *pastu sengih-sengih kerang*

and aku harap masa tu Wiz makan je la lambat-lambat. dalam rancangan aku, lepas aku hantar makcik tu ke rumah kenduri tu, aku patah balik je la kat sini and jumpa Wiz balik untuk lepak se round dua di suatu petang. and actually tak la menyusahkan aku sangat pun sebab rasanya macam tak amik masa yang lama untuk tunjukkan rumah tu kat mana.

oh lepas tu aku naik motor and mula la broom broom menuju ke rumah kenduri tu. lepas tu makcik tu pulak dengan kereta dia follow aku dari belakang. dalam masa lebih kurang 15 minit macam tu je, sampai la kitorang kat rumah tu. ye la, kitorang dari area Jalan 3 and rumah kenduri tu pulak kat area ILKAP - UKM sana. and masa aku bawak motor tadi tu la Wiz baru hantar mesej and tanya aku kat mana, Wiz sesungguhnya anda macam pundek! aku da gerak baru la nak mesej. malangnya bateri fon aku habis lepas tu and tak sempat nak balas mesej dekat Wiz. KAH KAH KAH. mesti manusia tu bising gila kat aku masa tu.

sampai je kat rumah tu, aku pun nak belah je la terus angkat kaki sebab kang nanti aku lambat, Wiz memekak kat aku pulak, tapi makcik tu ajak makan kat situ la pulak.

Makcik : meh la makan dulu. nanti-nanti la jumpa kawan. 

Aku : err, err. haha, ye la ye la.

aku ni memang jarang menolak rejeki, lagi-lagi yang melibatkan makanan. HAHAHAHAHAHAH. lepas tu terus je aku setuju nak ikut makcik tu pergi kenduri tu. pasal Wiz pun terus aku lupakan. tetiba perut aku jadi kriok-kriok bila nampak makanan yang maha luar biasa sedap. KAH KAH KAH. sesungguhnya Sharky ialah makhluk yang keji yang suka makan.

bila aku kat kenduri tu, baru la aku tahu bahawasanya makcik dan pakcik itu ialah Datin dan jugak Dato' dari mana-mana entah. haha. tidak pulak saya ketahuan yang dorang tu Datin and Dato' . orang kat situ pulak asyik panggil dorang Datin dan Dato' je. aku pulak selamba barabas je panggil dorang pakcik and makcik tanpa rasa bersalah ke apa. her her. well, Datin and Dato' still manusia jugak kan?

Makcik : Ni suami saya. dia sakit sekarang ni. ni pulak anak bongsu saya. 

aku terus lipat maut pandang masa makcik tu cakap macam tu. masa tu da tak tahu nak buat apa. haha. tunjuk muka sengih-sengih macam apa je . pastu banding baju yang aku pakai dengan baju yang dorang pakai. haha. memang la macam apa je. aku kalau ke mana-mana, memang selebet je malas nak pikir apa. tak memasal je hari tu aku jadi anak bongsu seorang Datin. haha.

duduk je dekat meja, terus ada orang hidang makanan , air, lauk and all that. haha, terus aku terpikir, oh, macam ni jadi anak Datin. HAHAHAHA. ada orang serve makanan semua. macam-macam lauk ada kat atas meja tu. Char Kuey Teow ada. daging kambing ada, lauk itu lauk ini and lain lain bla bla bla. tak sangka gua, petang itu gua menjadi anak Datin buat seketika. KOH KOH KOH. lepas makan tu, aku ingat nak terus chow cin cau jumpa Wiz and lepak sepetang bersama. aku rasa macam da lambat gila je ni.

Makcik : nak tanya. kat sini mana masjid terdekat? 

Aku : oh, rasanya paling dekat is masjid  UKM la makcik.

Makcik : bawak makcik pergi sana sekali boleh? sambil - sambil tu kamu tolong Pakcik solat sekali. dia da susah nak berjalan tu. kang kalau jatuh macam mana. 

Aku : err, haha.

dan........

selepas itu aku pun vroom vroom dan kereta di belakang aku pun bersama sama menuju ke Masjid UKM dengan penuh riang raya. oh, sorry Wiz. -,- lambat jumpa kau la gamaknya petang tu. Sampai je kat masjid , makcik tu belah pi tempat perempuan, aku dengan pakcik terus belah ke tempat lelaki. tolong pakcik tu pi tandas, bawak pi amik wuduk and everything, then solat sama - sama. lepas habis solat je, pakcik tu tanya aku ada pen, pensel atau kertas tak?

Aku : err, takde la pakcik. takde la saya nak berjalan-jalan bawak pen, pensel dengan kertas. haha. kenapa pakcik?

Pakcik : pakcik nak tulis something. 

aku tak tahu la kenapa dia mintak kertas and everything tu. dia nak buat roket kertas kot. lepas tu ada budak lalu depan kitorang. student UKM la kot and pakcik tu mintak pinjam pen and kertas. lepas tu dia tulis nombor something apa tah kat atas kertas tu. tapi separuh je nombor yang dia tulis. kiranya dia tulis sekerat jalan je. aku syak dia nak bagi nombor bank dia kat aku. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.

Pakcik : pakcik tak ingat la baki nombor ni. takpe la. kita jumpa makcik. dia ingat lagi kot banding dengan pakcik.

lepas tu aku pun pimpin pakcik tu jumpa makcik tu balik kat tempat duduk. lepas tu pakcik tu pun hulur kertas kat makcik tu and cakap dia tak ingat number something apa entah and mintak tolong makcik tu sambungkan tulis kat atas kertas tu. aku makin syak yang pakcik tu nak kasi nombor bank dia kat aku. HAHAHAHHAHAHAHAHA.

Makcik : eh? awak nak kasi nombor apa sebenarnya? ni nombor IC ni. da kenapa nak kasi nombor IC dekat dia.

masa tu , I was like erk -,-' da apehal pulak sampai nak kasi number IC. haha

Pakcik : laa, ingatkan nak kasi nombor fon dekat dia ni. nanti ada masa boleh la datang ke rumah kita. 

dan lepas tu, kitorang pun borak-borak sikit sebelum aku pimpin Pakcik tu balik ke kereta and kitorang bawak haluan masing-masing. Pakcik and Makcik tu balik ke rumah dorang and aku pulak balik ke uni aku. Nak jumpa Wiz aku rasa macam da lewat sangat. lagipun aku rasa dia pun da malas agaknya nak lepak dengan aku sebab kena tunggu lama sangat. KAH KAH KAH. sorry la Wiz. aku tak boleh nak buat apa. adalah satu kekejian kalau aku tolak pertolongan orang-orang yang agak berumur ini. selagi aku boleh tolong, aku tolong je la. and kalau terdesak tak boleh tolong, memang aku cakap tak boleh tolong. lagipun aku rasa tolong pakcik and makcik tu serius satu pengalaman yang menarik bagi aku. lagi menarik dari pengalaman aku jadi Zombi dekat NIOSH tengah -tengah malam sampai buat orang menangis. haha,

actually, aku tak ingat pun aku dapat number fon ke tak dari pakcik tu. aku rasa macam ada. tapi entah la. aku tak rasa nak kol pun atau tanya kabar pakcik tu lagi. sekarang pun aku tak tahu apa cerita pakcik tu. tapi aku harap semuanya sihat walafiat. hiks. kalau ada rezeki dan peluang, hope kita boleh jumpa lagi pakcik!

to Pakcik and Makcik

walaupun perkenalan kita macam agak pelik, tapi jumpa pakcik and makcik memang la bawak and kasi kat saya banyak pengalaman. hiks.

Best Regards

Sharky.

sekian tamat cerita pada hari ini. haha. The End.

babai,

p/s
oh hari ni ada pasar malam!! nak beli cucuk-cucuk banyak-banyak. KOH KOH KOH


10 comments:

  1. Baik budi pekerti jejaka bernama Shark ni..layak dibuat menantu..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA, siapa nak jadikan gua sebagai menantu? kah kah kah. lai lai

      Delete
  2. Wow best jugak jadi anak dato & datin . BTW aku pon pernah banyak kali la jugak orang tanye Kat kereta abang sepupu aku . And lagi satu , kalau Baca entry Ni membuatkan aku rase lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, bukan selalu jadi anak dato' and datin. oh, da kenapa buat kau rasa lapar? hahaha/

      Delete
    2. Maybe sebab Ada scene pasal lauk-lauk , air , kambing ,char kuey tiow apa sume tu kot

      Delete
    3. hahaha, kau ni imaginasi liar!

      Delete
  3. Giler tak malu kau Shark. Hahaha. Aku kalau orang offer pergi kenduri, nak pulak strangers, memang tak lah aku nak pegi. Hehe. tapi bagus gak apa yg kau buat ni. At least boleh jadi contoh kat adik2 baru nak up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, entah . maybe sebab aku cepat mesra dengan strangers kot. lagi2 kalau yang melibatkan makanan. hahaha. jangan tiru aksi gua *ini kerana anda mungkin mudah diculik*

      Delete
  4. Replies
    1. haha, adakah anda kenal mana-mana dato' ataupun datin? saya akan cuba tawan hati mereka. koh koh koh

      Delete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)