Nuffnang

Thursday 1 January 2015

Tahun 2014 saya, ceritanya begini #120

tahun 2014 bermula dengan agak penat which is ada Simposium Antarabangsa yang aku kena handle dengan kawan-kawan semua dekat universiti aku. aku part of Academic Division and kerja-kerja Academic Division ialah kena baca abstract, uruskan forum, slide , presentation, jadi emcee, dan macam-macam lagi la pada waktu kejadian. aku rasa baca abstract la benda paling alergi pernah aku buat dan -,- pfftt. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. susah jugak ya nak edit abstract ni.



ni antara abstract yang aku kena baca and edit kalau ada salah bahasa ke apa ke. I was like -,- HAHA, Muet aku da la setakat band 3 je, lepas tu kau nak suruh aku betulkan BI orang lain. heh, senyum sorang sorang bila aku ingat balik. benda-benda ni semua memang kasi pengalaman la dekat aku sungguh-sungguh. tapi jumpa kawan dari luar negara macam Guam, Jepun, China *BI buat aku pening kepala je.* India *aku suka gila dengan BI dorang. almost perfect gila babi*, Thailand and macam-macam lagi la. banyak benda and perkara buat dengan dorang semua ni. heh.

habis je simposium ni, aku terus tolong classmates aku handle Family Day Fakulti Engineering. masa tu kena handle kayak and flying fox. aku dengan yang baru balik dari Sayonara - Farewell Party terus datang ke tempat kayak untuk sentri di malam hari. haha. aku suka sentri kat tempat kayak ni sebab aku boleh baring atas campbed dekat tepi tasik secara beramai-ramai, selubung dengan sleeping bag, lepas tu baring terlentang hadap langit. kalau ada bintang memang cantik gila barabas.

tahun 2014 ni jugak la aku start naik kapal terbang sorang-sorang je. First time aku naik kapal terbang sorang-sorang ialah ke Sabah. and kali kedua aku naik kapal terbang sorang-sorang ialah ke Korea Selatan. dua-dua pengalaman yang seronok. hee. bukan selalu kan seseorang tu naik kapal terbang sorang-sorang, jadi, bila aku dapat buat macam tu, memang aku feeling backpack habis la.

aku pergi Sabah sebab masa tu bercuti dengan kawan-kawan. cuma flight aku paling lambat, jadi aku sorang je la dalam kapal terbang. masa dekat Sabah, tu la first time aku pergi Island Hoping dekat sana. Masa tu la first time aku jejak Manukan, Mamutik and Sapi. Sapi was amazing gila! Mamutik bagi aku biasa-biasa je and Manukan pun terbaik jugak. cuma Sapi is the best la. dia punya coral memang sangat-sangat lawa dan ikan dia pun amazing gila. and masa tu jugak la tapak kaki aku macam koyak sikit sebab terpijak coral. hurm -,- coral ni cantik je lebih tapi tajam dia memang subhanallah min zalik.


masa ni baru sampai Manukan kalau tak silap aku. aku pun tak berapa sure sangat. tapi journey Sabah aku memang sangat-sangat seronok. balik je dari Sabah, aku pecah masuk Asasi UIA follow kawan aku. dengan kaki aku yang terincut-incut sebab coral, nak kena panjat pagar asasi UIA tu lagi, dengan amplang bagai kat tangan, hahahahhahahahaha, semua tu memang troublesome sungguh la. nasib baik aku tak tergolek masa panjat pagar tu.

tahun 2014 jugak la aku kenal dengan budak MIAT. kitorang jumpa first time dekat MPH Midvalley Megamall and then dia amik aku dekat kelas bla bla bla sampai la jadi rapat gila barabas. and tahun 2014 jugak la aku sambut Earth Hour sambil keliling universiti bawak lilin dalam cup dekat tangan. lagi seronok sambut Earth Hour tu sebab kitorang sambut ramai-ramai and ada la jugak dalam bilangan almost 500 orang peserta masa tu. aku rasa macam zombi bawak lilin pun ye jugak masa tu. haha. dengan gelang warna warni glow in the dark dekat pergelangan tangan bagai. aku feeling the Purge pun ya!

tahun 2014 jugak la aku pergi interview ke Korea Selatan and amazingly, aku berjaya. hahahahah, ianya adalah sangat pelik sebab at the first place aku ingat aku tak dapat tau pergi Korea tu. sebab yang apply adalah sangat ramai and yang datang interview pun sangat-sangat ramai. yang datang interview ada la jugak dalam 50 orang macam tu and walaupun aku enjoy dengan interview itu, still aku rasakan, emm, tak dapat la ni kot. aku ingat lagi masa tu aku dalam kelas Consumer Behaviour, sekali ada kol masuk kat fon aku. aku pun mencicit la lari ke luar kelas macam dapat important call dari Najib je. kononnya. haha.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Thakif?"

"ha, ye saya." aku da was was. siapa la pulak yang kol ni?

"ada kat mana ni?"

"saya kat puchong. kelas dalam hutan hari ni. kenapa ye? siapa ni ye?"

"oo, ni Kak Dee. yang interview awak hari tu. Akak nak bagitahu yang awak terpilih ke Korea."

masa tu aku da lompat-lompat riang ria raya da. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. seronok gila barabas wa cakap sama lu.

"nanti cek email ye. akak ada forward email dekat awak."

and the rest is history. heh, and setiap kali aku ingat kenangan ni, mesti aku akan sengih sorang-sorang.


tahun 2014 ni jugak la aku dengan kawan-kawan aku seramai 5 orang terjah Indonesia. kitorang pergi 5 hari. 2 hari dihabiskan dengan Forest Conference and baki 3 hari kitorang habiskan untuk berjimba. and masa ni la jugak , first time aku naik tren dekat Indonesia and terjah wasalam je pergi Bogor dari Gongdangdia. naik tren dekat Indonesia adalah salah satu pengalaman paling unik and paling menarik la pernah aku rasa. naik tren dekat Indonesia for sure memang sangat-sangat berbeza dengan Malaysia.


masa ni baru sampai dekat Bogor Train Station. ingat tak awal-awal entri aku cakap yang aku ada handle Simposium dekat universiti aku? salah seorang peserta dia ialah students dari Bogor Agriculture University. bila sampai Bogor je, budak-budak Bogor ni da siap tunggu kitorang kat situ and then dorang bawak kitorang jalan-jalan. 

tahun 2014 ni jugak la aku kenal ramai orang penting. macam Sunshine, Di and Mim. pastu aku jumpa Putera dua kali dekat KLCC and masa tu dia baru balik dari aussie. hahahaha. sesungguhnya jumpa Putera ialah one of my impian sepanjang zaman la. heh. Putera memang cool barabas. Sunshine tu korang da kenal la siapa kan. aku da pernah tulis banyak kali kat entry entry sebelum ni pasal dia. Di and Mim ni pulak aku kenal dalam keadaan yang tak sangka-sangka. aku kenal Mim dulu dari kenal dengan Di. masa tu Mei 2014. ada wassap masuk kat fon aku.

Mim : kau free tak on ...... *aku tak ingat tarikh dia*

Aku : kenapa?

Mim : aku nak kawen da. nak ajak kau datang.

Aku : eh kau ni. haha, seriously la?

and start hari tu aku kenal dengan Mim ni. walaupun tak jumpa lagi masa tu, dia still da ajak aku datang majlis perkahwinan dia. 

Aku : tapi kita tak kenal pun and tak pernah jumpa. macam mana kalau aku datang and kau bukannya borak dengan aku sebab tak kenal HAHAHHAHAHAHA. 

and the rest of the story, aku tak pergi pun majlis perkahwinan dia sebab aku prepare nak ke Korea Selatan masa tu. banyak benda nak kena handle at that time. aku kenal dia masa dia pick up aku kat kolej and kitorang sama-sama gerak pergi Sungai Gabai. 

Mim : eh kau okay tak ni naik tangga banyak-banyak?

Aku : penat la weh. haha.

aku pernah jugak bawak dia pergi tempat belajar aku kat Puchong nu ha. Mim ni budak suka travel and outdoor sikit jadi bila aku bawak dia pergi tempat belajar aku, aku sure dia akan suka gila punya. kitorang sampai je kat tempat belajar aku, aku terus kasi Halmet dengan basikal dekat dia, lepas tu kitorang sama-sama masuk hutan naik basikal. feeling Mountainbike gila masa tu. haha. balik je dari berbasikal lepas satu jam cenggitu and pergi air terjun jugak masa kat dalam hutan tu, basuh basikal, letak basikal kat dalam stor, lepas tu aku start tunjuk kelas-kelas aku belajar dekat dia. end up kitorang pergi and borak dekat menara. aku berborak dengan dia masa tu dekat Menara Tinjau Burung. ye, kitorang ada menara atas kelas yang agak tinggi and boleh tinjau Puchong. cantik tempat tu!

tangga berpilin menuju ke menara tinjau burung


Mim : bila aku tengok tempat belajar kau ni, membuatkan aku nak belajar balik. aku nak amik course kau boleh tak?

Aku : kalau rasa nak kayak 3 jam non stop boleh la amik course ni. haha.

Mim : tak nak la aku! benda lain boleh but not kayak. 


aku kenal din pulak masa bulan puasa. dia kol aku guna nombor digi dia itu. kitorang borak panjang and mengisi masa lapang dengan benda-benda lagha. KAH KAH KAH. ada satu hari tu.

aku : aku ada masalah la.

di : ye ke. kau kat mana?

aku : rumah. 

di : share la dekat aku. kita jumpa.

aku : mana?

di : mana okay?

aku : shah alam?

di dari Suria KLCC , gerak ke TBS amik kereta dia and then dia gerak ke shah alam untuk borak-borak and dengar masalah aku. baik gila kan di ni? aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. tapi di suka buli aku. hahahahahaha. sangat-sangat suka membuli. kesian aku hari-hari asyik kena buli je dengan mamat tu. both Mim and Di da kahwin and dorang memang macam abang aku yang baik. so, korang takde chance la nak kenal dengan dorang. KAH KAH KAH. best la borak dengan dorang berdua ni. di pernah datang raya rumah aku.

Mak : eh di tidur la sini.

Di : err, err

Aku : mak, dia tak boleh tidur sini la. dia da ada isteri. kena balik rumah.

Mak : laa, kenapa tak cakap awal-awal yang dia da kahwin. 

aku gelak je la lepas tu. KAH KAH KAH. 

tahun 2014 ni jugak la aku addicted dengan cerita ROOMMATE dari Korea Selatan itu.


cerita-cerita roommate ni bagi aku memang sangat-sangat seronok and selalu buat aku tergelak terbahak-bahak je la bila tengok. sekarang da sampai Season 2. setiap episode tu dari season 1 memang aku follow sampai la sekarang. aku rasa kalau stres je, aku tengok la cerita ni sampai stres aku tu hilang. dan ye, cerita ni memang boleh buat aku hilang stres punya! haha. 

banyak lagi kisah 2014 yang aku nak tulis. ye la. dalam 365 hari mana boleh aku nak muatkan semua dalam satu entry je kan? apa-apa pun, selamat tahun baru dan semoga semuanya sihat walafiat selalu :) till we meet again and assalamualaikum :)

p/s
lama-lama aku makin naik angin and aku da terasa nak mencarut. tapi sabarkan je la hati. 


4 comments:

  1. miat? saiful kah

    ReplyDelete
  2. Roommate! Tapi Bom dh keluar

    ReplyDelete
  3. Aku ingat citer pasal aku mcm detail sikit.. but pendek je.. tp.. ye lah kn.. jumpa skejap je pun..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)