Nuffnang

Saturday, 10 January 2015

Rest in Peace wahai rakan #124

Kames ialah hari yang agak penat. aku ada test jam 830 pagi sampai 1030 pagi. Final paper for Eco tourism. aku rasa macam hauk gila aku jawab soalan Inca Trail, Machu Pichu, Niche product semua tu. dengan mengantuk bagainya sebab tak cukup tidur, aku pun memang tersengguk sengguk jawab dengan jawapan yang entah apa-apa.  jam 11 pagi terus sambung dengan presentation Ecotourism. Group aku buat pasal Mah Meri's tribe.  dengan secara tetiba aku jadi impromptu emcee. Bidan terjun sangat! cakap bahasa inggeris pulak tu. taram barabas aja la aku kat dalam kelas tu.

habis presentation je,  aku balik kolej. get ready untuk interview dekat Jaya One, dekat dekat dengan area UM - Asasi UIA sana. dengan hujan dia, aku pun redah la pi Jaya One dari uni aku dengan penuh gigih naik motor . Interview punya pasal, aku sanggup. nasib baik orang yang interview aku tu hansem. kbai. KAH KAH KAH.

habis je interview, aku balik rumah kejap, again , aku bawak motor dalam hujan. aku da terasa lencun macam 10 baldi penuh air berais kena curah kat atas kepala tanpa henti. rindu dengan family tersayang punya pasal, aku sanggup je. lepas makan petang , (aku makan ayam goreng dua! haha. rindu ayam goreng tau!) terus aku gerak balik uni aku sebab kengkawan aku buat BBQ. ye la. hari perpisahahan untuk semua sebelum masing-masing nak pergi intern. 9 bulan kitorang tak akan jumpa.

selalunya perjalanan aku amik masa 1 jam je dari rumah ke uni tapi disebabkan aku gerak dalam hujan sekali lagi, aku amik masa 1 jam 30 minit. hari tu memang hujan je. langit suram. langit mendung. menangis tidak berhenti, jalan licin, bahaya, aku pun rasa pelik. aku cuma ucap syukur je la. rahmat Allah turun dari langit kepada hambanya. takkan aku nak persoalkan la pulak. hujan ialah rahmat. titik.

on the way nak sampai tempat BBQ tu, aku tergolek jatuh. jalan licin. berlumpur la jugak. motor kotor. aku pun yang lencun makin jadi kotor. aku da mula nak maki-maki dalam hati. hati aku sakit. takpe la. sabarkan hati. aku nak mencarut pun, kawasan tu gelap and agak angker, jadi aku terus bawak macam biasa. pada asalnya aku nak ke tempat BBQ tapi terus cancel. aku balik bilik je terus sebab da kotor bagai semua. pastu tetiba ex aku call (aku rindu dia sebenarnya! poyonya Thakif masih berharap. tapi dia tak baca blog aku da. so, lantak la dia tak tahu pun aku rindu dia.) and kitorang gaduh-gaduh kejap, aku buat luahan perasaan sikit dekat dia and macam biasa, dia memang tak akan dengar apa yang aku cakap. I was like -,-, paper je la. tak nak dengar sudah. aku terus salin baju yang da basah - berlumpur bagai semua tu and then terus heading ke tempat BBQ.

park motor je terus aku datang kat kawan-kawan aku. tolong dorang masak kaki ayam. tetiba Hermi bukak cerita.

"kau tahu tak Fadzil da meninggal dunia?"

"huh?" aku pandang Hermi. "siapa? Fadzil? Fadzil Noor? Fadzil budak kita ke?"

"ye la. siapa lagi."

aku terus terdiam. "bila dia meninggal?" telan liur kejap sebab makin ramai orang yang aku kenal, meninggal tahun ni. badan da keras kejung sebab terkejut.

"petang tadi. lemas. banjir. depan rumah dia."

"macam mana dia.... boleh meninggal?"

"tergelincir. arus deras."

and lepas tu aku diam tak cakap apa sebab still terkejut. Shida kawan aku yang awal-awal da tahu pasal Fadzil,  da menangis kat tepi sudut sana.




aku makan berdua dengan Keping. makan nasi goreng, ayam BBQ, hotdog. langit masih gelap mendung tapi da tak hujan. angin malam sejuk je.

"aku macam tak sangka je Fadzil da meninggal."

"agak la." kata Keping perlahan.

"it is like. orang yang kau jumpa kat fakulti untuk jawab final exam. tapi the next day, dia takde sebab meninggal dunia. dia balik rumah sebab nak jumpa family dia. ye la. rumah family dia da banjir, exam pun da habis. tapi meninggal pulak. mesti mak dia sedih. bila aku fikir banyak-banyak, bila agaknya kita mati kan?"

Keping pandang aku, aku pandang Keping.

aku sambung cakap. "dia duduk depan aku masa Night Walk kem hutan. and tetiba aku terfikir, orang yang duduk depan aku masa Night Walk , masa tu akan meninggal dalam masa dua tahun akan datang."

Keping sambung makan. aku pun sambung makan.

berhenti makan pastu aku sambung lagi. "agaknya bila kita akan mati? it is like, malam ni kita BBQ sama-sama, and nanti kau nak balik kolej, tetiba kau meninggal. sedih la weh."

termenung.

"tu la. aku pun terfikir benda yang sama." balas keping tetiba.

Rest in Peace Fadzil. semoga kau tenang di sana. kami akan merindui kau.

p/s
selamat berhujung minggu semua. apa korang buat hujung minggu ni? aku da bosan gila. jom la jejalan! siapa nak lepak, buzz aku kat twitter yo!

@IncheThakif *malas nak letak link* hiks.




6 comments:

  1. Kay, tu agak sentap jugak. cuak. but at least perkara tu mengingatkan kita tentang Mati dan Tuhan...haha-.-

    ReplyDelete
  2. Perihal kematian membuat aku gusar. Lebih-lebih lagi ia hadir tanpa kita sedia :(

    ReplyDelete
  3. shark sombong...org ajak lepak xnak...sedih

    ReplyDelete
  4. innalillahi wa inna ilaihi rojiun. salam takziah buat keluarga beliau. bertimpa2 ujian Allah dtg melanda.

    maut sesungguhnya x mengenal usia, x mengira masa. bila2 boleh dtg. T___T

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau...smoga di tempat kan dalam kalangan orang yang beriman...

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)