Nuffnang

Thursday, 8 January 2015

Impian seorang Sharky bersama pasangannya. saya teringin buat..... #123

aku ada baca blog Putera, aku ada baca blog uncle Nu'man. dua-dua cerita pasal apa yang dorang nak buat dengan pasangan dorang. tetiba aku pun terfikir pasal master checklist aku, (kemain Thakif! haha) what kind of activity yang aku teringin sangat nak buat dengan pasangan aku one fine day. itu pun kalau aku akan ada pasangan la. aku baru putus chenta ala-ala hati aku macam baru kena lenyek dengan bulldozer jalanan lepas tu kena pijak dengan gajah. hati aku hancur. so sad. tapi takpe la. hidup harus diteruskan. GO THAKIF!! life must go on, walaupun sedih nak mampus, bila bukak mata je, mata aku mesti jadi sembap, aku pun tak tahu apa yang aku mimpi sampai jadi macam tu. apa aku boleh buat. oh yeah! teruskan hidup anda. fuck cinta. aku benci cinta. KAH KAH KAH.

1) main game sama-sama.

aku selalu bayangkan, aku dengan pasangan chenta aku tu, duduk sama-sama depan TV, dekat ruang tamu sambil main games. aku ni jenis yang kurang main game like PS1, PS2, PSP, XBoX semua tu. bukan sebab aku tak nak main games tu tapi cuma family aku tak mampu nak beli segala jadah tu masa zaman aku kanak-kanak. jadi, actually, aku tak pandai main games semua-semua tu sampai la sekarang. pegang joystick pun rasa kekok, k ni tipu. haha. takde la sampai kekok tapi  aku agak noob la senang cakap kalau nak main game. kalau kau ajak aku main semua benda alah tu, aku memang akan amik masa untuk sesuaikan diri dengan benda-benda tu tapi aku akan teringin gila nak main and kalau orang ajak, aku akan terus setuju walaupun hampagas ke laut! impian aku like, aku dengan pasangan aku tu main game sama-sama, pastu dia ajar aku main game ye la sebab aku noob gila barabas kan, dia ajar aku dengan penuh sabar. kekekekekekekeek. pastu dia buli aku, asyik kalahkan aku je kat setiap games and I was like akan buat muka and konon-konon sedih la sebab kalah. and then pasangan aku tu akan buat-buat kalah bila main games and kasi aku menang sebab nak kasi aku ceria balik. HAHAHAHAHAHAH. I'm so hopeless romantic la. Thakif ni tak beragak bila hendak berangan! serius, itu yang selalu aku bayangkan untuk buat bersama pasangan aku. and kitorang berdua gelak ketawa non stop bila main game, siapa kalah kena buatkan air ataupun kena masak ke kena kemas rumah ke kena geletek ke apa.

2) mencari pantai di Laut China Selatan.

masa aku form 3, masa tu tahun 2008, I'm so young la back then! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.  aku follow abang ipar aku pergi Kerteh. dia ada outstation masa tu and aku pun follow je la sebab nak jalan-jalan. masa on the way balik ke rumah, kitorang lalu pesisir pantai Terengganu and then masuk Pahang sebelum masuk Negeri Sembilan and all that la. masa dalam perjalanan on the way ke Cherating, abang ipar aku ada berhenti kat satu pantai tu dekat area Terengganu. pantai tu tak komersial langsung pun. pantai yang belakang rumah orang je. tapi pantai tu sangat-sangat cantik! aku masa tu siap main lari-lari lagi. ye la, masa tu baru umur 15 tahun! sangat kanak-kanak masa tu. haha. dekat tepi pantai tu ada satu rumah je. rumah papan. terus pop out dalam kepala otak aku, seronoknya la ada rumah tepi pantai and I'm so jealous at that time. impian aku, aku nak carik balik pantai tu and duduk satu petang atau satu malam dekat situ puas-puas dengan pasangan aku.

dalam bayangan aku, like aku dengan pasangan aku, kitorang dalam kereta , bergerak dari selangor ke terengganu, dia pun tak sabar nak carik pantai tu dengan aku. pusing-pusing area terengganu untuk carik pantai tu semula. bukak map, gps bagai semua. over kan impian? kalau tak dapat pantai tu pun, pantai lain pun boleh. aku dan dia duduk hadap pantai sambil borak macam-macam cerita. fasal family, fasal kawan-kawan, fasal haiwan peliharaan, fasal zaman sekolah, zaman kanak-kanak ke dan macam-macam lagi. dan kitorang berdua kongsi cerita sambil pandang langit gelap, telinga dengar bunyi ombak, rambut terbang terbang sapu dek angin malam. ending kepada cerita malam tu ialah kiss di pipi pastu sengih sengih! poyo sangat aku bila berangan. haha.

3) Naik mana-mana bukit and tengok pemandangan yang boleh nampak bandar!

tak sangka rupanya impian aku ni semuanya sangat flora dan fauna! hahahahahhahahaha. tadi nak tengok pantai, sekarang nak tengok pemandangan atas bukit, macam tengok bandar macam tu. aku suka lepak atas bukit which is aku boleh nampak the whole city. macam dekat tempat aku belajar, kitorang ada satu bukit. kitorang panggil bukit tu ialah Bukit Rumah TNC sebab atas bukit tu ada rumah lama TNC yang takde siapa duduk da sekarang. kinda angker la jugak rumah tu sebab sebelah rumah TNC tu ialah kubur cina and kubur islam. the amazing part of that bukit ialah belah depan bukit tu kita boleh tengok Bandaraya KL such KLCC, KL Tower, Menara TM yang dekat dengan Midvalley tu and macam-macam lagi. kalau belah lagi satu bukit tu, kita akan nampak ladang, nampak Putrajaya, nampak landasan ERL and macam-macam lagi. aku teringin nak pergi tempat-tempat macam, I mean, atas bukit dengan pasangan aku. tutup mata. depa tangan, hirup nafas dalam-dalam pastu hembus. pastu sengih-sengih pandang antara satu sama lain. alaa, lebih kurang macam scene Haikal dengan Hisha masa pergi Menara Tinjau Burung tu. serius kan aku ni Hopeless Romantic gila. haha. nanti bila-bila kita buat ye Thakif bersama pasangan kita. dengan penuh gigih berharap. KAH KAH KAH walaupun .. woi.. sedar la takde sapa nak kat kau!

4) Travel! 

aku suka jalan-jalan. tak kisah la mana-mana. dulu , aku teringin sangat nak pergi Turki. sebab aku rasa Turki tu cantik dengan art and design dia. serius dulu aku terpikir nak pergi sama-sama dengan pasangan aku. naik kapal terbang sama-sama, duduk sebelah-sebelah and then bila aku mengantuk, aku akan baring kat dia. sendeng macam badan dia tu ala-ala bantal yang sungguh empuk la. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH. perangai tak boleh belah gila bila berangan. kah kah kah. tapi aku rasa travel ke luar negara adalah sangat payah sebab aku still student and aku kena carik duit lagi macam-macam bla bla bla. jadi, kita travel je la dalam Malaysia. haha. Travel dalam Malaysia pun sweet jugak. naik kereta, aku dan pasangan aku. disebabkan aku tak pandai bawak kereta, jadi pasangan aku tu la kena bawak kereta and aku pulak berlagak jadi co pilot. haha. poyonya berangan! aku akan bukak map besar dalam kereta and it is very old school la padahal sekarang da ada GPS. and kitorang akan berhenti mana-mana untuk rasa makanan Malaysia yang sedap contohnya singgah Perak untuk makan Nasi Ganja, singgah Penang untuk makan Pasembor yang femes itu pastu singgah mana-mana untuk buat macam-macam. pastu dalam kereta kitorang akan nyanyi lagu-lagu yang ada dekat radio. kalau dia mengantuk, aku akan borak-borak dengan dia. kalau dia lapar, aku sumbatkan (read : suap) makanan ke dalam mulut dia. kalau dia penat bawak kereta, aku urut-urut belakang dia  and kitorang travel mana-mana tempat yang dia suka ataupun aku suka. travel tempat-tempat yang dia nak sangat pergi and aku follow and tolong dia carik. bagi aku macam seronok. hahaha.

haih, makin aku taip ni makin sedih pulak aku. relax Thakif, relax.

5) sambut besday sama-sama.

tak kisah la sambut besday aku ke besday dia ke apa ke. asalkan sambut besday salah seorang dari kitorang la. haha. kalau besday dia, aku akan kol dia jam 12 tengah malam and berharap aku la orang pertama yang wish besday dia! aku teringin nak bagi dia hadiah. kalau dia ada banyak koleksi kasut, aku akan kasi dia stoking cantik lagi wangi yang penuh corak. poyonya ayat! skema gila. haha. nanti bila setiap kali nak pergi kerja, dia akan ingat kat aku sebab dia pakai stoking tu.  kalau dia ada banyak koleksi kemeja, aku akan kasi dia tie pulak. nanti kalau bosan buat kerja, dia tenung je la tie tu sampai tembus. hahahaha. mana tahu teringat kat aku pastu dapat semangat nak buat kerja. tak pun aku akan kasi dia singlet tidur. hahahahaha. macam takde benda lain nak kasi kan? kalau dia hisap rokok, aku kasi la lighter yang unik macam bentuk pistol ke tangan orang ke apa ke. pastu kitorang makan kek sama-sama sambil cerita impian hari jadi masing-masing apa. pastu tengok wayang, sambil tengok wayang, sambil tu jugak nak genggam tangan tak nak kasi lepas macam pasangan kita tu nak lari sebatu. hahahahahahahah. aku teringin dengar dia cakap, "hey, kat kafe ni, turun la cepat. kita jalan-jalan."

poyos, cukup - cukup la tu berangan.

-,-

ada banyak lagi checklist yang aku berharap nak buat and nak cerita tapi sekarang da larut malam. aku pun nak kena study and struggle, esok paper last aku. and then sambung dengan presentation and then petang esok aku kena pergi Jaya One untuk interview. dup dap dup dap jugak. haha. wish me luck and adios amigos! Assalamualaikum. checklist ni ialah benda yang aku nak buat dengan sunshine. tapi malangnya tak sempat nak buat satu pun sebab dia da jadi sunshine orang lain. aku rasa dia da kapel dengan orang lain so, the end berkubur. KAH KAH KAH. *gelakkan diri sendiri sebab hambar*

p/s
siapa-siapa yang belum solat isyak tu, jangan lupa solat ye. :) (masa aku buat entry ni baru jam 1130 malam, jadi jangan pelik la. haha) ada sorang kawan aku tu, setiap kali dia sakit, dia akan kasi tahu aku. haha. nak suruh aku jaga dia lettew. :P seronok ye masa aku jaga kau sakit dulu? hahahahahahahahahhahahahahahaha. aku kan manusia yang baik hati. hiks. k babai semua.





11 comments:

  1. Good luck untuk exam
    Takziah sebab dah single semula
    Tgk aku .. single 30 tahun ok jer ..haha

    Citer pasal 'main games' tue .. noob sangat la ko dik. Patut nya kalau main game PS . contoh nya main PES ..aku akan bet sapa kalah dia kena cium ..mouth to mouth ..hahaha

    Kalau main gameboy ..mesti main atas sofa atau katil ..satu gameboy main 2 orang .. sorang tue bajet pandai main tapi hauk ..sorang lagi tue br belajar main tapi emosional .. pastu both end up x puas hati ..last sekali .. main 'game' baru la .. yang lebih bernafsu dan memuaskan hati ..hehe

    Wakakakakaka ..

    ReplyDelete
  2. Tetiba rasa nak buat entry macam ni jugaklah.

    Sharky, I fee u dude. Sedih semua ada. Sedang menghadapi situasi yang lebih kurang sama je macam kau.

    ReplyDelete
  3. I think pantai tu kat area dungun kot..hehe

    ReplyDelete
  4. Sharky, don't be sad!! And aku rasa checklist ko ni semua romantik dan menepati kehendak aku tambah2 lgi yg part travel sme2 tu WAKAKAKKAA :D

    ReplyDelete
  5. hopefully all ur checklist comes true... checklist yang part main game tu aq rse comel kuasa 3 tahu x...malam ni nak berangan jgk la...mne la tahu one day benda yang kita berangan dan rasa x logik langsung tetiba jd kenyataan..hohoho

    ReplyDelete
  6. Shark kw bwt aq brgnn hbes bler bce entri ni..tp aq xpsg angn2 nk wt sume tu ngn psgn aq, I dun hve one ekcelli..tp trinngin nk wt ngn kngkwn..hha..I mean activity2 tu la bkn part2 romantic tu..btw, gud luck fr ur last paper!! Fiighting!!

    ReplyDelete
  7. Inche shark, haritu ade ckp penah buat crita straight punye kn? Dlm blog ni gak ke?

    ReplyDelete
  8. Bile nk update lagi cite??

    ReplyDelete
  9. Arghhhhh nangis!!! Check list ko smua aku dah buat ... And smua tggal kenangan ... Inilah cinta PLU...😰 he the one who thought me how to play watchdog.... Game2 ps ke ape ke ...aku memang noob ... Sbb bkan gamer... Tp bla da ade ps3 kat our old apartment... Nak jga laa blaja main... N die lah yg aja ....g beach tuu pun pernah ... Camping outdoor berdua kat pangkor.... Travel ipoh n penang arghhh tu sakit!! Sbb ktrang pernah travel kl lagkawi ssma by car n we did stop at ipoh... N die lah yg ade ngan aku time 1st mkan nasi ganja ... Ipoh was so close to him sbb die dak Star. Singlet renoma n tie for his 24 birthday n dinner kat dome klcc .... This entry is killing me sharky

    ReplyDelete
  10. Turki memang best kalau pergi dengan yang tersayang. Wish u luck for exam! Buat yang terbaik. Mungkin ada yang lebih baik untuk awak nanti.:-)

    ReplyDelete
  11. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)