Nuffnang

Wednesday, 31 December 2014

Hai rakan-rakan semua :) #119

aku da start exam. sorry la aku da lama tak update belog. sebab aku agak busy dengan benda-benda lain. da lama kan aku tak update cerita pasal Haikal. hahahahahahahha. mesti korang semua nak tahu kan apa yang jadi dengan Haikal, Hisha and Paan semua kan. kah! tunggu la sikit masa lagi. nanti kalau da siap, aku update la dekat blog.

kenapa aku malas sangat nak update belog ni? sebelum aku buat cerita ASRAMA tu, aku selalu terpikir, mampu ke aku habiskan cerita asrama ni sampai ke penghujung? perangai aku sebelum ni, kalau aku buat cerita, mesti cerita tu tak akan habis la. ianya akan jadi sekerat jalan je and tak akan habis. 



ini antara cerita-cerita yang aku tak pernah habiskan. berlambak dalam folder aku. 

Ulang semula cerita, masa bulan April 2013, aku ingat lagi masa tu. disebabkan aku bosan tak buat apa kat bilik, jadi aku mula la buat lagi satu blog untuk mengisi masa lapang aku. ini la blog yang terhasil masa tu. haha. ye la, masa tu pun, aku da zaman penghujung MTM aku. tak buat apa sangat dekat kolej. kononnya tak buat apa-apa padahal kerja Dinner Kolej berlambak nak kena settle. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. masa tu aku jadi ketua Eksekutif Jemputan dan Pendaftaran dinner kolej untuk 800 orang yang bagi aku sangat ngada-ngada ayam. and lepas tu aku kena pikir pulak pasal Orientasi budak-budak asasi yang baru masuk. aku ketua Fasi masa tu. macam tak boleh nak kasi orang lain je kan. haha. memang aku mencuci mata la masa tu. sebab tu la kot ASRAMA tu berjaya disiapkan dengan penuh pantas. inspirasi di mana-mana.

and masa tu Asrama da wujud pun dalam laptop aku. tapi sekerat jalan jugak. kalau tak silap masa tu, aku baru siap sampai chapter 3. part yang Haikal kena rogol dengan Paan and Imran tu. sangat sangat pendek masa tu. masa aku buat blog ni, aku was was. adakah aku patut upload cerita asrama ni dekat orang ramai semua? ye la, aku takut, kalau aku upload cerita ni dekat blog, cerita tu akan jadi sekerat jalan je and aku tak akan habiskan cerita tu. kau tahu tak, ianya quite achievement untuk diri aku sebab untuk cerita asrama tu aku boleh habiskan sampai 20 chapter + asrama edisi malam merdeka. ye la, kalau nak based kepada pengalaman aku yang tak pernah habiskan cerita, Asrama is quite an achievement for me la. :)

and sekarang untuk remaja, baru chapter berapa je la aku siap ni. *garu garu kepala* HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHH. sorry rakan-rakan. nanti kalau aku ada banyak masa, aku akan upload cerita remaja tu ye. sorry kalau buat tertunggu. haha, tu pun kalau ada yang tertunggu la. aku da start exam untuk semeter 5 aku kat universiti ni. macam tak sangka la pulak aku da 5 semester untuk degree life aku kat sini. 3 semester untuk asasi. 5 semester untuk degree.  semalam ialah first paper aku. agak seram la jugak sebab course aku ni sangat-sangat jarang ada test bertulis. Cuma final ni je, semua exam ialah bertulis. mostly, first test and 2nd test course aku ialah event, report and assignment yang maha berlambak pastu submit before sekian-sekian tarikh pada lecturer. berbeza masa zaman aku asasi which is setiap test ialah bertulis.

semalam aku ada jawab test and aku rasa mostly pilihan jawapan dekat test itu ialah sangat sangat kelakar. aku asyik tergelak je masa nak jawab exam. aku siap bisik kat kawan aku. 

"jawapan yang doc kasi kelakar gila kan?" bersungguh aku bisik masa tu kat kawan aku. 

contoh soalan :

jika kamu berada di kaunter receptionist, dan kamu menghadapi masalah. pelanggan kamu pula mula membuat masalah dan bising dan bertanyakan banyak soalan, apa yang kamu perlu buat?

a) tidak melayan pelanggan tersebut
b) memarahi semula pelanggan tersebut
c) menyanyikan lagu kegemaran pelanggan tersebut. 
d) memberitahu pelanggan bahawa terdapat sedikit masalah dan beliau akan dilayan sebentar lagi.

i was like -,- HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. menyanyikan lagu kegemaran pelanggan tersebut? like very seriously pilihan  jawapan macam ni pun ada?

soalan lain,


What is Hospital Corner?

a) jalan yang berada di simpang Hospital
b) membetulkan katil pesakit di hospital.

dan aku pun terbelahak la ketawa diam-diam dalam hall exam. banyak lagi la soalan-soalan lain yang agak kelakar pilihan jawapan dia. lecturer aku perasan la pulak aku gelak.

"Iman, kenapa gelak?" lecturer aku ni suka panggil nama kedua aku instead nama pertama aku. ada la jugak lecturer lain yang panggil nama kedua aku instead nama pertama macam kawan-kawan aku selalu panggil. "senang sangat ke soalan?"

lepas tu aku sengih-sengih je.

soalan dia tak la senang mana pun. it is quite hard la jugak cuma tu la, bila masuk pilihan jawapan yang diberi, aku da mula macam kena geletek je. kenapa la menggila sangat semua pilihan jawapan ni. 


ini pulak ialah jadual exam aku, presentation, esaimen , event bla bla bla sebelum aku habis semester 5. tengah week exam pun still ada banyak benda nak kena buat -,- still ada majlis nak kena running bla bla bla. haila lecturer. kami da bengang sama mu wahai pensyarah. course aku ni memang ngeng la. haha. tapi macam yang aku cakap la. semua ni pengalaman untuk mematangkan diri seseorang. mematangkan diri aku actually. heh

so, kalau ada masa, aku upload la mana-mana entry. might be Remaja next chapter. who knows. :) by the way, aku tak cerita lagi kan pengalaman aku berjumpa dengan Putera. Putera yang fampus amos dari Aussie tu. heh, nanti aku senang, aku ceritakan macam mana aku jumpa dengan mamat ni. till then, selamat study. selamat membaca and thanks sebab membaca. adios amigos. assalamualaikum. tetiba aku rasa ending entry ni sangat aneh dan macam tak berpenutup. 

p/s
malam ni aku rasa nak pusing Putrajaya naik motor sorang-sorang la macam last year. haha. jumpa kat mana-mana jambatan ya!

6 comments:

  1. Good luck for your exam and Happy new year ;)

    ReplyDelete
  2. Good luck shark. Do well.
    Kem salam dekat pacar2 yg kacaks yer ..hehe

    ReplyDelete
  3. Tringin pula nk tahu org cerita pasal aku.. btw.. slamat tahun baru

    ReplyDelete
  4. Good luck Shark !
    Tak sabar nak baca cerita kau jumpa Putera. Mesti best !

    ReplyDelete
  5. Good luck..rindu kat blog ni..emm ko rasa putera ni comel o handsome ke shark cam owg kata..harap member2 plu semua sehat dan murah rezski d taun baru ini..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)