Nuffnang

Wednesday, 30 December 2015

Game 3 Fakta [iv] #178

aku pun tak tahu kenapa aku tak update blog. aku banyak je masa cuma aku tak berdaya nak bukak blog. haha. lagipun sekarang aku tengah re build balik cerita REMAJA tu and KAH KAH KAH, makin panjang pulak cerita tu. apa-apa pun, aku ada main game 3 fakta sebelum ni kat blog, which is siapa yang tak tahu game 3 fakta ni pasal apa, meh aku terangkan dulu.

game 3 fakta ni kau boleh main bersama kawan kau, sepupu kau, adik beradik kau and kalau kau ada guts, kau boleh la main dengan parents kau. HAHAHAHAHHAHAHAH. kalau kau berani la. apa-apa pun, antara 3 fakta yang dinyatakan itu, 2 fakta ialah betul and 1 fakta ialah salah.

ini ialah 3 fakta aku :

1) Once, aku pernah tertelan biji koko. Ye. tertelan biji koko! Siapa tak tahu biji koko tu cemana, korang semua boleh google kay.

2) Aku pernah gagal untuk subjek Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan masa aku tingkatan 4 dan 5. sobs. sedih :(

3) Aku pernah kencing tepi jalan. KAH KAH KAH. 

so, antara 3 fakta kat atas ni yang pasal aku, 2 fakta ialah betul, satu fakta ialah salah. and entry #177, bila aku baca, ada jugak la yang jawab betul. haha. tak sangka pulak tu. heh. serius sharky, kau memang poyo gila sekarang ni.

Fakta 1
Once, aku pernah tertelan biji koko. Ye. tertelan biji koko!


Jawapan : Ya. aku pernah. Ini adalah buah koko. kat belakang rumah aku dulu ada dua pokok koko and aku selalu makan buah koko tu bila da masak dengan sepupu sepapat aku. memang lazat la. haha. cara makan buah koko ni ialah kau hisap je benda tu and lepas habis isi dia kau hisap, kau buang la biji dia. Tapi once, sebab aku eager sangat, aku gelojoh sangat hisap biji koko tu macam hisap nenen, aku pergi tertelan sekali biji koko tu. and for god sake la, nasib baik tak tersekat kat kerongkong aku. still, pengalaman ngeri untuk aku. -,- pfft. selamat la and alhamdulillah aku masih hidup :D



Fakta 2
Aku pernah gagal untuk subjek Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan masa aku tingkatan 4 dan 5.

Jawapan :  Tidak. Aku tak pernah gagal any subject Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan sepanjang aku form 4 and form 5. Almost gagal tu pernah la tapi kalau gagal tu memang tak pernah. keh keh keh. masa trial SPM 2010, (ye gua amik SPM tahun 2010 dan tahun tu jugak gua jadi Ketua Pengawas, gila nerd gua masa tu) Bio and Matematik Tambahan aku dapat A-, Fizik aku dapat B+ and Kimia aku dapat B. 

Aku jugak pernah pergi Kuiz Matematik Tambahan peringkat daerah : ranking corot gila and sangat hambar. 

Explorace Kimia peringkat daerah : yang ni team aku dapat naib johan. satu sekolah hantar dua orang wakil and kitorang dipecah-pecahkan and gabung dengan sekolah lain. 

Bio Hunt peringkat daerah : yang ni aku dapat masuk final. 

konklusinya : gua ni nerd gila masa sekolah. KAH KAH KAH. dan masuk degree, gua makin bengap. 


Fakta 3
Aku pernah kencing tepi jalan.

Jawapan : Ya. Aku pernah kencing tepi jalan raya yang dipenuhi dengan kereta. Cuma masa tu aku umur 7 ke 8 tahun. Well, i still have a guts untuk kencing tepi jalan. haha. masa tu aku baru nak balik dari hospital melawat sepupu aku yang accident and aku tumpang makcik aku balik rumah naik kereta dia. Dalam perjalanan balik tu, entah macam mana entah ya Ampun ya Tuhan, aku nak terkencing la pulak.

Disebabkan perangai makcik-makcik and pakcik-pakcik tak percaya yang bebudak boleh tahan kencing je sampai rumah sebenarnya atau dorang tak nak aku kena batu karang agaknya, jadi dorang berhenti jalan and suruh aku kencing kat tepi jalan.

aku keluar kereta, turun kan seluar, selamba main pancut - pancut ke tepi parit. cuma ye la, punai kecik lagi masa tu. KAH KAH KAH. that was my hell yeah life ever.


so, apa yang korang teka tu betul? haha, ke salah? it is a fun game sebenarnya and try la main dengan kengkawan korang. More daring the facts, more cool the game. Dalam masa beberapa hari lagi, usia aku akan naik jadi 23 tahun (by year la of course, heh) . I was like.... what? macam cepat gila kan usia kita semua ni meningkat.  hehe. 

esok malam nak sambut tahun baru! Hip Hip Hooray!!! Da lama tak tengok big big big bunga api. last pun tengok bunga api masa layan Merdeka dekat Bukit Jalil dulu. apa-apa pun, selamat tahun baru semua! selamat menjadi tua and selamat menjalani kehidupan tahun 2016 anda dengan kadar yang selesa.

adios amigos. kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. eceh wah. keh keh keh. babai semua. Love yolls. 

p/s
next entry ialah magis chapter 3. eh, siapa ada wattpad, boleh la bagitahu gua kay. hehe. boleh kita saling membaca cerita and karya masing-masing. 

7 comments:

  1. hi shark. enjoy gile baca your writing. Nak tanya belajar kat UPM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. belajar kat situ. hehe. kenapa?

      Delete
  2. shark pegi tgk bunga api dgn bae ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la. putrajaya takde bunga api tahun ni :(

      Delete
  3. sadly ak memanjang je gagal add math lol, nasib spm lulus!

    ReplyDelete
  4. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)