apa-apa pun, ni ialah cerita yang aku tulis selepas Remaja. ya ya ya. aku tahu ada creep gila babi nak baca remaja, eh? kau sabar kay. haha. kau baca dulu cerita MAGIS ni. sebelum ni aku ada post sinopsis MAGIS. tak tahu la korang baca ke tak. and kat entry yang sama, aku ada letak sneak peek of REMAJA untuk chapter 19. haha. lantak korang la kalau korang tak baca lagi. boleh la carik balik entry tu kalau korang nak baca. tajuk entry tu ialah sinopsis of magis. eh? lebih kurang macam tu la tajuk. aku pun tak ingat sangat.
anyway, enjoy. :)
Hai. Nama gua Lilo. Gua? Hahaha. Aneh bunyinya. Aku rasa macam cakap, hai, nama saya Gua Niah. Hai nama saya Gua Kecil. Gua terlalu pelik bunyinya bagi aku. Jadi aku rasa, aku pergi kepada perkenalan biasa je la.
Hai. Nama aku Lilo. Lilo Nezmi. Seorang budak lelaki belasan tahun yang masih hingusan. Hahahahaha. Aku gelar diri sendiri hingusan sebab nak dapat belas kasihan pakcik dan makcik untuk kutip duit raya. Walaupun yeahh *rolling eyes* aku ni ahli sihir tapi aku tak boleh pop out kan duit tu macam apa je depan mata and terus jadi kaya raya semedang sepanjang zaman. Even Albus Dumbledore si bekas pengetua Hogwarts pun tak boleh buat macam tu yop. Mesti korang rasa macam bangang kan. Apa je la mamat ni merepek. Ahli sihir? Gosh dude. Is it even real yang ahli sihir tu wujud? Aku macam tak percaya je.
Meh sini kalau kau tak percaya. Kau datang depan aku and lepas tu aku sihir kau jadi katak. Kah kah kah. Suka hati kau la yop nak percaya ke tak yang ahli sihir wujud ataupun tidak. Yang penting aku tahu , ahli sihir macam aku memang wujud. Ya ya, aku tahu memang ramai yang akan persoalkan, macam mana nak tahu yang ahli sihir tu ada.
Well, apa yang aku boleh cakap, ada je banyak ahli sihir keliling kau, cuma kau je yang tak sedar. Sebagai contohnya, kau pernah tak tetiba terhilang barang. Example yang paling mudah, tetiba kau tak jumpa kunci motor kau padahal kau da yakin gila yang kau letak kunci motor kau kat atas meja makan. Sebenarnya kunci motor kau ada je atas meja makan tu cuma kunci tu mengecut jadi kecik sampai kau tak nampak. Memang la orang selalu cakap,
"ni mesti tertinggal mana-mana atau tercicir mana-mana." Tapi the real story is, mesti ada ahli sihir yang kenakan kau and guna Sihir Mengecut pada kunci motor kau.
Contoh yang lain pulak, pernah tak tetiba kau bangun tidur, tangan kau berbekas merah la ataupun kaki kau tetiba kejang la atau tetiba ada lebam la kat anggota badan atau kau rasa penat gila macam baru lepas buat marathon merentas Malaysia satu hari satu malam atau tetiba ada luka kat tangan la jari la lepas bangun tidur. Mesti pernah kan? Well, sebenarnya kau da encounter dengan ahli sihir sebelum tu tapi kau tak ingat. Semestinya la ahli sihir tu guna Sihir Bingung pada kau atau guna Sihir Mimpi supaya kau tak ingat yang kau da pernah encounter atau jumpa dengan dorang sebelum itu.
Kalau rumor orang tua pulak selalu cakap, kalau lebam-lebam atau luka lepas bangun tidur tu mesti kena hempap dengan setan la kena gigit dengan jin la bunian la apa la, pfft. Hahahahhahahahahahahah, bila aku da kenal dengan dunia sihir, benda rumor yang orang tua-tua pernah cakap, memang la buat aku gelak je.
Kau kadang-kadang tak paham, kenapa lepas bangun tidur rasa penat je ataupun kenapa rasa mengantuk lagi padahal da tidur lama gila. Sebenarnya, kau tak la tidur lama sangat. Kau cuma tidur sekejap je. Tapi ye la, sebab ahli sihir da buat Sihir Bingung atau Sihir Mimpi pada kau, mana la kau nak ingat. Kan?
Jadi, macam mana nak mulakan ye. Emm, macam mana nak mulakan cerita ni? Macam mana aku nak cerita pada hangpa semua pasal kisah aku. Hah! Aku tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Well, every story. I mean, setiap kisah kanak-kanak mesti akan bermula dengan....wait a sec. Kisah kanak-kanak? Hahahahahhahah. Kisah kanak-kanak pun boleh. Ah gasak, jadi, let's start our story.
Once upon a time....
Klise kan? Hahahahhaha. Lantak. Sekarang dengar.....
Pada suatu ketika dahulu, dan masa tu, umur aku baru je 14 tahun masa aku dapat surat tawaran belajar ke sekolah ahli sihir. Masa tu aku dapat surat tawaran belajar ke KGMS. Banyak je sekolah ahli sihir lain kat dunia ni. Berlambak. Yang paling femes, tentunya Hogwarts yang dekat UK itu. And then Salem dekat Turki, Beauxbatons dekat Perancis, Durmstrang dekat Iceland, Lodewijk dekat Belanda and sekolah tersayang aku, KGMS dekat Malaysia. Ye ye. Aku tahu. Hogwarts, Beauxbatons and Durmstrang pernah dinyatakan dalam novel JK Rowling. *rolling eyes* JK Rowling pun bukanlah manusia biasa. Dia ahli sihir macam kitorang jugak. Sebab tu dia boleh tulis kisah Harry Potter dengan sangat bagus. Sebab Kisah Harry Potter tu ialah kisah yang betul. Cerita benar yang sememangnya benar lagi tidak menipu.
Aku pun tak pasti kenapa manusia biasa tak pernah tahu and tak pernah nampak sekolah-sekolah sihir ni tapi aku rasa mesti ada Sihir Plot yang digunakan. Kalau dekat area KL, aku rasa ada satu sekolah sihir area Bukit Nanas sana tapi tu pun aku tak berapa pasti sangat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh dapat tawaran belajar ke KGMS. Sebab as far yang aku tahu, mak bapak aku bukan lah ahli sihir pun. Adik beradik aku pun bukan ahli sihir and tak pernah guna tongkat sakti sebelum ni. Tapi tak tahu la kalau pakcik atau nenek moyang aku dulu seorang ahli sihir. Aku ada 3 orang adik beradik and aku anak yang last sekali. Aku ada seorang abang and seorang kakak. Abang and kakak aku jalani kehidupan macam budak-budak biasa.
Pergi sekolah kebangsaan, ambik UPSR, ambik PMR, masuk MRSM and then ambik SPM pastu masuk universiti. Sekarang abang aku belajar dekat MRSM Taiping and kakak aku pulak budak SEMASHUR. Jadi, bila satu hari tu, ada orang ketuk rumah aku (kitorang selalu biarkan pagar rumah terbukak luas sebab senang kucing-kucing kitorang keluar masuk rumah and yeah, orang-orang yang menjual pun senang masuk rumah kitorang) and mak aku bukak pintu.
"ye nak apa?" tanya mak. Mak aku ialah seperti mak-mak berumur 40 an yang lain yang duduk kat rumah sebagai suri rumah berjaya and main candy crush tanpa henti. Petang-petang pulak mengisi masa lapang dengan bergosip bersama jiran tetangga yang lain. Oh ya. Lupa kenalkan. Nama mak aku ialah Fedora.
Ayah masa tu takde. Macam biasa la. Pergi kerja untuk mencarik rezeki yang halal. Aku pulak tengok Inuyasha dekat tv and memang tak layan pun orang yang datang ketuk pintu rumah kitorang. Mesti orang datang nak jual jamu and lepas tu mak macam biasa akan terpedaya dengan orang jual jamu langsing badan and terus beli untuk kecantikan badan. Emm, mak. *rolling eyes* biasa la tu.
"nama saya Aidan." Lilo yang tengah husyuk tengok Inuyasha lawan guna pedang dekat tv kerling sekejap dekat lelaki yang berdiri dekat muka pintu rumah. Walaupun kedudukan ruang tamu and muka pintu agak jauh tapi dia still boleh dengar perbualan yang berlangsung. Kacak bergaya bila dia usha lelaki nama Aidan tu. Lelaki nama Aidan tu juga bawak beg bimbit macam nak ke pejabat tu.
Tak tahu la pulak kalau nak jual jamu pelangsing badan ni kena kacak bergaya. Selalunya yang datang ke rumah dia untuk jual jamu ialah jenis makcik makcik yang kepochi yang berumur sekitar 50 tahun. Lepas tu sibuk canang, yang jamu dia datang dari Gunung Kinabalu la Gua Niah la, Gunung Bubu la apa la bla bla bla. Selalunya dia rolling eyes sebelum layan tengok kartun je dekat tv. And dia still tak paham kenapa mak beli jugak jamu tu padahal tak jugak kurus-kurus atau makin langsing. Mak dia cakap, makan jamu untuk kesihatan dalaman and sampai sekarang dia tak paham apa yang mak dia maksudkan dengan kesihatan dalaman itu.
"saya dari KGMS dan saya datang ke rumah untuk bincangkan tentang hal anak puan."
Lilo kerut dahi. Dia yang dari depan tv tengok Inuyasha pun boleh tahu yang mak dia tengah kerut dahi sekarang ni tanda tak paham jugak. Mata memang husyuk tengok tv tapi telinga da sampai ke muka pintu untuk dengar perbualan mak dengan lelaki nama Aidan tu. Hahahahhahahahahaha. Kau memang la teruk wahai lilo. Lilo sambung pasang telinga lagi.
"anak saya dekat sekolah asrama ada masalah ke encik? Encik bercakap tentang anak saya yang mana satu ya? Lydia ke Leo?"
"oh tak tak." lelaki nama Aidan tu tersenyum kecil sebelum sambung. "saya nak bincang tentang anak puan yang bernama Lilo Nezmi. Is he around?" tanya Aidan.
Lilo angkat kening bila dia dengar lelaki yang nama Aidan tu sebut nama dia.
"errr." jelas Puan Fedora tak tahu nak bagi jawapan apa.
"kalau dia ada dekat rumah , boleh panggilkan dia sekejap? Saya nak berbual sedikit dengan dia. Mungkin puan pun boleh dengar sekali. Sebab ini berkaitan dengan masa depan anak puan."
"err, ni berkenaan dengan apa ye?" Puan Fedora masih tak nak panggil dia yang ada kat ruang tamu tu. "boleh saya tahu?"
Dia yang kat depan tv ni pun nak tahu jugak. Apa je la yang lelaki nama Aidan tu nak cakap pasal dia. Hati tetiba degup laju.
"macam yang saya cakap tadi. Saya dari KGMS. Jadi saya nak bincangkan tentang hal persekolahan anak puan yang bernama Lilo Nezmi. Err, eh sekejap." Lelaki tadi gelak sikit sebelum tengok kertas dekat tangan. "saya tak salah rumah kan? Puan memang ada anak bernama Lilo Nezmi kan?" tanya lelaki itu curious.
"ye ye. Tak salah rumah. Tapi... Err, kejap. Lilooo!!!" Puan Fedora dari muka pintu terus berteriak kuat. Hahahahah. Mak memang la, main selamba je teriak teriak macam tu walaupun ada tetamu datang rumah. "meh sini kejap." panggil Puan Fedora.
Lilo yang konon-kononnya husyuk tengok Inuyasha terus terpacul depan pintu sambil sengih-sengih lepas mak dia panggil "yep. Kenapa mak?" tanya Lilo pura-pura tak dengar perbualan mak dia tadi. Dia terus imbas lelaki depan mata dia ni atas bawah atas bawah.
"err," Puan Fedora masih tak tahu nak cakap macam mana dengan Lilo and siapa lelaki yang bernama Aidan tu.
Aidan pun nampak yang Puan Fedora macam tak tahu nak cakap macam mana dekat Lilo terus menyampuk lepas tu, "Nama saya Aidan. Saya dari KGMS dan saya nak bincangkan serba sedikit tentang hal persekolahan awak pada semester akan datang."
"Err." Lilo terkedu. Walaupun dia tahu yang nama orang yang dekat depan dia ni ialah Aidan dan dia datang dari KGMS macam yang dia curi curi dengar tadi, tapi dia still speechless and tak tahu nak buat reaksi apa.
"kita mungkin boleh duduk kejap dekat gazebo luar." ajak Aidan.
"oh, iya la." Setuju Lilo. Lepas tu Lilo dengan Aidan duduk berhadapan dekat gazebo yang terletak bersebelahan dengan kolam ikan tu sementara Puan Fedora masuk ke dalam rumah. Buat air kot. Tak pun hidang something untuk Aidan dekat depan mata dia ni. Mintak mintak mak goreng sikit nugget and buat milo ais. Dapat jugak dia sebat sepam dua nanti.
"Baiklah Lilo. Ni surat untuk awak." Lepas tu Aidan keluarkan surat dari dalam beg bimbit yang dibawanya dan hulur pada Lilo. Lilo kerling muka depan surat tu and tertera nama dia berserta alamat rumah dan juga ada lambang tulis KGMS berwarna maroon cerah di bahagian atas surat tu. Nampak macam urusan Paduka Baginda yang sulit yang pernah dia nampak pada surat tawaran MRSM Taiping and SEMASHUR yang abang and kakak dia pernah dapat. Dia bukak surat tu perlahan-lahan.
"nama saya Aidan. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya dari KGMS. Saya dari King George Magic and Wizardry School."
Lilo terus berhenti bukak surat depan mata dia. "err apa?" dia pandang semula Aidan.
"saya dari King George Magic and Wizardry School. Salah satu sekolah ahli sihir terkemuka dekat dunia. Dan saya nak bagitahu bahawasanya, awak mendapat tawaran belajar di situ. "
Lilo terdiam sekejap sebelum gelak. "ni prank ke apa? This is not prank kan? You are not the guy from Fly FM atau Hot FM atau Bang Bang Boom kan? And lepas tu ada monyet besar keluar dari semak and cakap, anda terkena Bang Bang Boom!!"
Aidan pulak tergelak lepas tu. "of course not you silly. Saya cakap benda yang betul. Saya dari King George Magic and Wizardry School and sekarang ni saya hantar surat tawaran pada awak untuk maklumkan pada awak tentang hal hal belajar dan lain lain lagi."
Lilo tersengih lagi. "you are kidding right?" Lilo picing mata pada Aidan. "ni mesti Leo punya prank ni. Ha. Ha. Ha. Very funny Leo. Mana kamera tersembunyi? Dekat briefcase yang awak bawak tu ke?"
"awak memang la lawak Lilo. Tapi tak la selawak budak tahun lepas yang saya jumpa untuk bagitahu dia tentang KGMS. Apa - apa pun, bukak surat yang saya kasi awak tadi tu. And baca kuat sikit. Saya nak dengar jugak" Arah Aidan sambil tersenyum.
Lilo bukak surat tu and mula baca dengan nada sarkastik.
Lilo Nezmi.
14 tahun.
Selangor
Dengan ini dimaklumkan bahawasanya awak, Lilo Nezmi diterima masuk belajar ke King George Magic and Wizardry school (KGMS) pada semester hadapan. Awak dikehendaki membuat lapor daftar hadir di KGMS pada tarikh 2 januari 2008. Dilampirkan juga pada surat ini senarai keperluan buku dan keperluan asas bagi pelajar tahun satu di KGMS serta tiket kereta api.
Yang benar
Profesor Emma Sophia."well said. Prank dibuat dengan baik sekali." balas Lilo yang masih tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh surat itu.
“you are very persistent.” ulas Aidan.
“of course I am. I know Leo. Leo ialah abang yang keji dan nakal yang selalu buat prank pada saya. And I’m not gonna fall for this stupid prank. How much he pay you for this prank?”
Aidan tersenyum. “First, this is not a prank Mr. Lilo Nezmi. Second, you are a wizard. silalah terima hakikat. Tiga, I’m gonna show you something.”
Lilo picing mata tengok Aidan. Mamat depan mata aku ni panggil aku wizard?
keji gila. hahahaha.
“That gonna prove I’m a wizard. Also like you.”
“apa-apa je la.” gumam Lilo.
Aidan keluarkan something dari briefcase tu lagi.
Lilo tarik nafas pantas. “tongkat sakti?” Bentuk tongkat sakti tu seperti yang dia selalu nampak dalam movie Harry Potter. Bentuk baton panjang dan kurus berwarna hitam.
“iyap.” kata Aidan dengan nada bangga. “10 inci panjang. Dari batang pokok Silver Fir dan berteraskan bulu pelepah Burung Kasuari.”
“Impressive. Bentuk dia macam dalam cerita Harry Potter tu.” balas Lilo sarkastik.
“tengok ni.” Aidan hayun tongkat saktinya. “Ut Avis.” Kedengaran bunyi letupan sebelum keluar seekor burung dan terbang dari situ. Aidan sengih bangga pada Lilo.
Lilo da nganga mulut bila tengok apa yang Aidan buat. “is this real? wow. amazing gila!” Lilo memang la da nganga mulut semedang.
Aidan hayun tongkat sakti perlahan dan sebut “Florem.” Keluar bunga Ros dari hujung tongkat sakti Aidan. Aidan beri pada Lilo untuk budak lelaki itu tengok.
“err, macam mana awak buat semua ni?” Lilo belek-belek ros yang ada pada tangan dia tu.
“belajar dan berusaha keras di KGMS.”
Lilo pandang Aidan lagi. Susah dia nak percaya dekat mamat depan mata dia ni. Betul ke ahli sihir ni wujud? oh kamon. walaupun dia da nampak apa yang mamat Aidan ni buat depan mata dia, tapi dia still ragu-ragu dan tak percaya.
“ye. Saya tahu awak ada banyak soalan yang nak tanya pada saya. I can see very clearly from your eyes.” Aidan da sengih.
“of course I am!”
p/s
aku da buat sampai chapter 8 untuk cerita MAGIS ni. and dalam chapter 8 , akan ada watak Haikal and Zahid. hahah. tetiba je watak dorang ada. macam mana dorang ada sekali? well, kau tunggu je la. haha. kalau suka baca cerita ni, boleh la komen for improvement and ajak kawan2 lain baca sekali :D
teruskan tak sabar nak baca......
ReplyDeletehahahaha. sabar kay. nanti ada la tu update dia
DeletePfftt..seriously dude? Cite sihir plak..kretip btoi hg..haha..well its nice..kipidap
ReplyDeletehahaha. terima kasih terima kasih!
DeleteBtw jemput singgah to my first blog..my first attempt
Deletepotretsanglelaki.blogspot.com
aku da baca la . Siap komen lagi.
DeleteAku berdekak gila pasal mak dia main candy crush. Hahahahaha.. btw, bagus opening. Tak sabar tunggu next chapter.
ReplyDeleteHahaha. Mak aku main candy crush kot!!
Deletex cukup ni nk baca byk lagiii
ReplyDeleteThere will be more in chapter twoo. Haha. Tungguuu~~
DeleteDkt part 10 inci jer rasa nak trglk....pervet giler otak aq hahaha
ReplyDeleteHahaha. What are you thinking? Hahaha
DeleteHahaha. What are you thinking? Hahaha
DeleteTergelak aku baca part main candy crush tanpa henti hahaha
ReplyDeletea gay wizard? Haha. nice story. enjoy to read your story. always xD
ReplyDeleteGud work
ReplyDeleteHi abang shark. Im potterhead and also hooked on ur stories tho. Pasal REMAJA dan ASRAMA. Oh yeah,im SASERian btw. Bout time frame the creation of Candy Crush and tahun 2007/2008 base on surat,seems like tak logik. Tapi,siapa kisah kan?? Hahaha.. Well done abang. Im a teen novelist. And.. Tunggu fixie : LARANG. Inspired by u tho!
ReplyDeleteInuyasha!!! Dh lme xdgar nme tu..patot la bce td mcm penah sebut je kt bbir nie.. Inuyasha si rambut putih panjang n brbaju merah.. Betul x? Mse kcik2 dlu ske tgk kt tv7..
ReplyDeleteInuyasha!!! Dh lme xdgar nme tu..patot la bce td mcm penah sebut je kt bbir nie.. Inuyasha si rambut putih panjang n brbaju merah.. Betul x? Mse kcik2 dlu ske tgk kt tv7..
ReplyDelete