Nuffnang

Sunday 4 January 2015

Remaja Chapter 13 #121

Haikal, Hisha dengan Hafid duduk bertiga dekat meja bulat yang ada dekat daalm Dewam Serindit tu. Hisha tak makan and bila Haikal ajak budak lelaki itu makan sama, terus fasi nama Hisha tu balas.
“naa, its okay. Da makan da. Aku da baham almost semua makanan yang ada dekat sini.” Lepas tu budak tu sengih memanjang tengok dia dengan Hafid makan. Haikal telek budak Hisha tu atas bawah. Kalau tengok sekali imbas, budak tu memang body lean fit habis. Ada muscle pada lengan. Selalu main bar la kot. Senyuman manis tapi kadang-kadang nampak muka macam serius la pulak.
Mindfuck sangat seorang Haikal bila dia telek seorang jejaka di hadapan matanya ini. Dan ye, dia terasa aneh bila dia usha dan telek sedalam-dalamnya seorang manusia bernama lelaki dan bukannya gadis.
“so, kenapa tetiba nak join kem ni? macam mana boleh tahu pasal kem ni?” tanya Hisha curios.
“kenapa tanya macam tu pulak?” Haikal sengih. “kem ni rahsia sangat ke apa?”
“tak la.” Hisha kerut dahi sikit.  “macam pelik sikit sebab korang berdua boleh masuk kem ni sebab ye la, kitorang pilih peserta pun secara randomized je. langsung takde spesifikasi apa-apa pun. jadi, macam mana boleh tahu pasal kem ni?”
“kakak aku kawan kepada salah seorang fasi kat sini.” Kata Hafid dalam. “ tu yang dapat tahu pasal kem ni. mula-mula kakak aku just ajak Haikal ni masuk. Aku macam tak terlibat sangat pun. Tapi tetiba kakak aku cakap, kawan dia perlukan lagi seorang untuk join kem ni. jadi aku pun offer diri la. so, dari aku melangut kat rumah tak buat apa, why not aku join kem ni.” Hafid jeling-jeling Haikal masa dia cakap macam tu.
Haikal pandang Hafid. Macam ni rupanya mamat ni boleh terlibat sama join kem ni. kalau aku tahu awal-awal yang Hafid ni join sama, memang aku angkat kaki je malas nak join kem ni.
“sebenarnya kem ni pasal apa?” tanya Haikal. “err, dia tak macam kem tentera kan? Kena bangun pagi bagai and ada roll call?”tanya Haikal risau. Aku malas betul nak join kem yang ala-ala tentera ni.
Terus Hisha tergelak. “takde la kiddo. No worries la. korang semua akan fun je kat sini. Kem ni ala-ala outdoor sikit. Kitorang try nak apply kan aktiviti outdoor kepada orang selain daripada uni kitorang. Ye la, nak try aktiviti yang kitorang ada kepada client baru. Selalunya kitorang just offer kepada universiti student je. So why not, ada satu hari tu, ada satu pegawai tu kata kat kitorang, apa kata buat selling product sikit and try buat income. Dia kata, kitorang semua ada skills jadi try la jual skills tu pada umum. And yeah, tadaa. Korang la semua kitorang punya first client. Takde kenakan bayaran pun sebab kitorang sendiri nak try and error and tengok wether this is good or not. Kalau good and dapat positive feedback, then teruskan je la. kalau bad and negative feedback, kitorang try tengok dulu mana yang salah and silap. Kalau still boleh diperbetulkan, kitorang akan betulkan and then teruskan jugak. Tapi kalau da sampai saturation point yang tak boleh diubah kesilapan tu, then cancel la program ni.”
“jadi apa je program ni offer? What kind of activity je yang program ni ada?” tanya Hafid.
“macam-macam.” Kata Hisha ceria.
“ye la. apa je yang ada?” tanya Hafid lagi. Haikal tengok Hafid sekali lagi. da kenapa mamat ni macam cold semacam je kat Hisha ni. relax la. bukannya mamat Hisha ni ada buat salah kat kita berdua pun. Yang tetiba nak marah semacam ni kenapa? Ke budak berdua ni ada grundge sebelum ni yang dia tak tahu? Ah lantak. Ada aku kisah la pulak kalau mamat berdua ni pernah gaduh sebelum-sebelum ni.
“em,” Hisha macam berfikir-fikir kejap. “alaa, tak surprise la kalau da bagitahu awal-awal. Nanti takde la surprise element. Korang berdua tunggu je la malam ni. malam ni start first activity. ” Lepas tu Hisha angkat-angkat kening. Haikal sengih je. Hafid pulak mencebik. Dia da terasa nak angkat tangan kat Hafid. Muka tu tolong la jangan cemberut sangat.
“okay la kalau macam tu.” balas Haikal seronok. nak tunggu si Hafid balas, memang entah bila agaknya budak tu nak respons. “tak sabar nak tunggu malam ni.”
Lepas tu Hisha main fon. Hafid terus sambung makan and Haikal termenung. Dia rasa macam pernah nampak Hisha la sebelum ni. tapi kat mana ye? Nak kata terserempak baru-baru ni, tak mungkin la pulak. Sebab kat sekitar Malaysia ni, berapa banyak tempat sangat la dia jelajah sejak dia balik dari Ireland. Paling jauh pun dekat Cherating, which is dengan Paan. Selain tu, hanya sekitar selangor. Pergi Negeri Sembilan pun masa tengok sekolah lama dia and masa tu dia just jumpa Imran je. lain memang takde pun dia jelajah jauh. Tapi kenapa, still dia rasa muka Hisha ni familiar habis.
“kita pernah jumpa ke Hisha?” direct je terus dia tanya mamat fasi tu. tapi bunyi soalan tu macam bangang jugakkan Haikal? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. entah kat mana entah kau rasa pernah nampak muka dia, dalam mimpi ke apa ke, entah entah muka wanted dekat TV ke, terus yakin tanya, sebelum ni kita pernah jumpa ke tak. ye, Haikal seorang yang bangang bila bertanya. tapi dia tetap eager jugak nak tanya. ye la , sebab dia memang rasa dia pernah nampak mamat ni somewhere. dia dari past aku ke? tapi kalau dia dari past aku, mesti si Hisha ni awal-awal da tegur aku dulu.
Hisha kerut dahi lepas tu tersenyum. “kenapa tanya?” Hafid pandang Haikal dan Hisha silih berganti
Haikal angkat bahu. “nothing much. saja je nak tanya. sebab muka nampak familiar. emm, pelik la.”
“apa yang pelik?” tanya Hisha lagi.
“im pretty sure yang kita macam pernah terjumpa sebelum ni. tapi...” Jeda.  “entah la.” Haikal gelak ceria. “malas la nak serabut.” bibir masih sengih.
“what happen to you actually?” tanya Hisha pantas.
“huh?”
“Hisha.” panggil seseorang dari arah muka Dewan Serindit. ketiga-tiga mereka berpaling pandang pintu untuk tengok siapa yang panggil Hisha. Haikal tengok ada tag fasi tergantung pada leher budak perempuan tu. budak perempuan tu berdiri dari luar Dewan Serindit sahaja. malas nak masuk la tu agaknya budak perempuan tu. Sebab kalau nak masuk Dewan Serindit ni kena bukak kasut.
“yup. apa dia.” Hisha bangun dari kerusi dan menuju ke arah budak perempuan tu. Haikal tengok je Hisha dari belakang borak dengan budak perempuan tu. dari meja makan, dia dengan Hafid tidak berapa nak dengar sangat perbualan antara dua budak fasi tu.
“Hisha tu pelik. nampak macam budak jahat je” kata Hafid tetiba. Haikal pandang Hafid.
“da kenapa pulak cakap macam tu. aku tengok dia macam budak baik je.” Balas Haikal. Mamat ni la kan. tetiba je cakap macam tu. suka-suka je nak tuduh orang lain pelik. padahal diri dia sendiri tu layak kena tendang masuk sungai Klang je. Hafid ni sejak datang kem kat sini , tetiba perangai nak jadi pelik.
“jangan rapat dengan dia.” amaran Hafid.
Haikal kerut dahi. “apesal pulak?”
“sekati aku la.” marah Hafid tetiba. “aku cakap jangan rapat. jangan la rapat.”
Haikal da speechless gila. mamat ni da kenapa tetiba nak marah aku. dia mampu geleng kepala. sejak bila pulak si Hafid ni jadi psiko kelas atasan pun dia tak tahu. “hey, what is wrong with you la Hafid. kita datang nak enjoy je tau. kau ada masalah dengan dia ke apa sebelum ni? kau kenal dia?”
“tak pun.” kata Hafid perlahan.
“da tu? yang nak naik angin sangat ni kenapa? bukan dia buat benda jahat kat kita pun. aku tengok dia tu baik je. takde macam muka budak jahat ke apa ke. dia ada buat dosa dengan kau ke?”
“tak pun.” balas Hafid perlahan lagi.
“good. da da. jangan nak buat perangai lagi.” kata Haikal kat Hafid. Haikal terus capai cawan untuk minum air. stres bila pikir perangai Hafid ni sampai kepala otak pun nak kena ada air.
“aku Cuma tak suka tengok dia macam nak rapat dengan kau.”
Haikal rasa nak tersembur da air yang ada dalam mulut dia. terus dia telan air minuman dalam mulut dia sukar. “what?” dia pandang tak percaya kat Hafid. Haikal legakan anak tekak dia. “Hafid. come on la. dia Cuma borak-borak dengan aku la. bukannya kitorang beromen ke apa ke. dia peluk aku pun tak. dan dan jugak kau nak jeles. yang nak jeles ni apesal?” Haikal geleng-geleng kepala tak percaya. “tolong la matang.” tambah Haikal perlahan.
“aku tengok dia macam ada niat tak baik kat kau.”
“err.” Hafid ni da mula la buat konspirasi idea mengkarung dia tu. “Hafid. listen here. Hisha tu good looking kot. aku ni macam debu kat tapak kaki kuda je. kau ni agak-agak la pun nak jeles bagai.” Haikal buat muka nak gelak. “aku rasa dia buta kalau dia suka kat aku. and aku terasa agak pelik bila berbual benda gay macam ni dengan kau. dan aku tak rasa mamat tu gay. macam kita.”




"Haikal." ada orang kejutkan dia perlahan. Haikal perlahan-lahan celik mata dan matanya silau tetiba. dia tutup mata balik.
"Haikal. bangun Haikal." orang tu goyangkan sikit badan dia. suara orang yang kejutkan dia tu masih perlahan lagi. mungkin tak kejut kuat sebab tak nak ganggu orang lain dekat dalam dorm tu kot.
tapi da siapa la pulak kejut aku pada waktu rembang petang ni. aku rasa macam baru tutup mata and landing atas katil je. Haih, mengantuknya. Haikal bukak mata perlahan-lahan and matanya terus tertancap pada Hisha yang sedang duduk atas katil, betul-betul sebelah dia baring. "Hisha." Panggil Haikal perlahan. budak lelaki tu clearkan anak tekaknya yang terasa tak selesa sebab baru bangun tidur. tekak terasa berpasir.
Hisha sengih je tengok Haikal yang masih baring atas katil dan terpisat-pisat matanya tu.
"da pukul berapa ni?" tanya Haikal pada Hisha. matanya terasa pedih sebab tetiba je kena kejut bangun tidur. dia masih baring atas katil. malas benar nak bangun and duduk dari katil. Haikal, kau ni memang tak sopan gila la! hahahahhahahahaha. dia da terasa macam Hisha melawat dia kat hospital dan dia sedang terdampar sakit atas katil sebab sakit yang tenat. sebab tu la dia tak larat nak bangun dari perbaringan. kononnya!
"pukul 530 petang." Jawab Hisha.
Haikal terbeliakkan matanya terkejut. "serius la da 530 petang?" Terus Haikal capai handphone dia kat tepi bantal and tengok jam dekat situ. memang da jam 530 petang pun. "sekejapnya da 530 petang." rungut Haikal. Haikal terus duduk atas katil. Haikal pandang Hisha balik sebelum matanya ditebarkan pada seisi dorm. ada budak lain yang dia tak pernah nampak tengah tidur atas katil. peserta kem yang lain kot, yang baru sampai masa dia tengah tidur.
"dorang sampai masa korang berdua balik bilik untuk tidur." terang Hisha.
Haikal mengangguk mengerti. betul la apa yang dia jangkakan. budak-budak lain tu sampai masa dia dengan Hafid tengah sesedap oranje tidur dalam dorm ni. hahahahahahahahhahaha. tapi katil ni masya allah, empuk yang amat kot. jadi jangan salahkan dia la kalau dia tidur lena tak sedar apa tadi.
"tapi... Hafid mana?" tanya Hisha.
Haikal pandang katil Hafid yang kosong kat sebelah sebelum dia angkat bahu. "entah. tak tahu."
"tak kisah la. Haikal, jom jalan-jalan." ajak Hisha. "aku bawak kau pusing-pusing kat bahagian Academic area nak? petang-petang ni bukannya elok sangat tidur pun."
Haikal celikkan matanya segar. "jalan-jalan pusing sini? nak! nak! nak!" kata Haikal teruja. "kita nak pergi mana je?"
"emm," Hisha jelas berfikir-fikir. "hahahahahhahahahahaha, da kenapa kau teruja sangat ni? siap-siap je la dulu. lagi 15 minit aku datang balik. kau pergi la solat asar dulu ke apa ke." Hisha senyum pandang Haikal.
Haikal perasan yang Hisha ni suka sangat senyum. hahahahaha. tapi apa salahnya, dia pun memang suka sangat tengok mamat ni senyum. tengok kurniaan Allah senyum, bukannya berdosa besar. "okies." Haikal sengih teruja. "lagi 15 minit kita jumpa."



Haikal dengan Hisha naik tangga berpilin itu.
"tangga ni menuju ke mana Hisha?"
"menara Rapunzel."
"mengarut."
"menara paling tinggi kat tempat ni."
"serius?"
"sangat-sangat serius." Hisha gosok-gosok kepala Haikal. "kau ni macam budak kecik la." gelak.
Haikal buat muka. "rambut aku rosak."
Hisha gelak lagi. "ada ke pikir pasal rambut. aku nak tunjuk tempat paling secret ni. bukan semua orang dapat naik atas ni."
"waaa, terasa sekresi gila sekarang ni."
"kurang ajarnya nada suara kau tu."
Gelak
lepas tu Hisha and Haikal terus mendaki tangga tu, dekat punghujung tangga tu ada pintu lutsinar. Hisha tolak kunci yang hampir berkarat tu sebelum dia dengan Haikal keluar dari tangga berpilin tu. semerta rambut dan muka Haikal disapu angin petang bila dia keluar je dari pintu lutsinar tu. biasan jingga - kuning terus terpa pada wajah mereka berdua. Haikal picingkan mata seketika sebab nak sesuaikan dengan cahaya matahari yang kena pada muka dia. rambut da berterbangan diterpa angin petang.
Haikal tarik nafas panjang lalu hela. mata dipejam. lepas tu celik balik. "cantik." Rambut da terbang-terbang sapu dek angin. Haikal sengih sebelum pandang Hisha.
Hisha pandang Haikal sebelum pandang depan tengok pemandangan. depan mata Haikal and Hisha, terbentang pemandangan hutan dan bandar pada masa yang sama.
"cantiknya." bisik Haikal perlahan. serius dia terasa seronok gila tengok pemandangan depan mata dia ni. biasan jingga cahaya matahari pun memang lawa je kat sebalik langit nu ha. pastu ada burung sana sini. Haikal tarik nafas dalam-dalam. lega dalam hirup uadar segar hutan. memang fresh habis! kalau nak suruh dia bertapa kat situ macam bertapa kat Gunung Bubu sepuluh tahun macam pendekar bertapa nak dapat kuasa sakti pun dia sanggup. the scenery is too beautiful untuk kau ignore macam tu je.
"sebenarnya ni menara tinjau burung. kalau siapa nak buat birding pagi-pagi memang sesuai la datang sini. esok pagi aku bawak kau lagi. ada set bino kat dalam Lab Eko." bagitahu Hisha. "tapi macam tak berguna jugak la." Hisha gelak tetiba.
Haikal kerling pandang Hisha. "apesal kau cakap macam tu pulak?"
"sebab aku tak mahir sangat pasal burung. macam lecturer aku, dorang memang pakar la pasal burung. even dengar bunyi burung je pun, dorang da boleh identify itu burung apa. aku yang wannabe newbie ni, memang hambar ke laut la." makin lama ayat Hisha tu makin perlahan tanda tak yakin dengan diri sendiri. lepas tu Hisha garu-garu kepalanya yang tak gatal. "tapi ada jugak certain burung yang aku tahu dekat sini."
"mana-mana je la yang mudah untuk kau Hisha." Haikal sengih. "aku rasa kau da tunjuk tempat yang sangat-sangat cantik ni pun, aku rasa da bersyukuran gila habis barabas. by the way, burung apa je yang kau tahu ada kat sini?"
"burung punai." jawab Hisha pantas.
Hisha dengan Haikal terus tergelak kuat. Haikal pukul bahu Hisha perlahan. "lucah la dia ni. burung tu berlambak. tak payah nak sebut pun takpe la." sengih Haikal lebar selebarnya.
"hari tu aku ada nampak burung Raja Udang dekat kawasan campsite bawah sana. dekat dengan area sungai sana."
Haikal tunjuk muka excited. "Raja Udang si Kingfisher yang biru tu ke?"
"aah." angguk Hisha. "tapi lecturer aku cakap, sini Tiong pun ada."
"perghhh." Haikal sekali lagi buat suara teruja.
"dalam hutan ni ada macam-macam. even Kongkang pun ada."
"kong what? kong apa Hisha? Kingkong?" apakah? dia terasa terfaktab kejap. KingKong ke apa? ke aku salah dengar? makhluk apakah yang Hisha nak cakap ni?
Hisha tergelak. "ada ke Kingkong. Kongkang la Haikal. Kong-kang. nama lain dia ialah Slow Loris."
"apakah Slow Loris tu?" suara pertanyaan Haikal makin lama makin tenggelam disapu dek angin petang.
"skemanya cara kau tanya soalan. hahahahahahahahahahaha. Makhluk tu dia macam ....."
dan Haikal menumpukan perhatian dengan apa yang Hisha cakap tanpa mengalihkan pandangan., Husyuk mendengar. Hisha pulak galak dan semangat menerangkan dekat Haikal pasal hutan tu. kadang-kadang rambut keduanya terbang sedikit bila disapu dek angin petang.
"sini dulu ada panther." jawab Hisha selamba.
Haikal terus lipat maut tengok Hisha. "harimau kumbang?"
"the one and only la. tapi dorang da keluarkan dari sini la sebab panther tu muncul dekat kawasan kejiranan area sini. ye la, keliling hutan ni kan kawasan rumah. kang tak pasal-pasal je Panther tu muncul dekat kawasan kejiranan Puchong - Kinrara. tak ke nanti jadi creepy gila babi. by the way, aku nak buat kuiz Wildlife ni alang-alang cakap pasal Panther. kau rasa kau boleh jawab tak?" Hisha angkat-angkat kening.
"tengok kaki la. budak KEMPAS ni. sure boleh jawab ni." Haikal selamba je jawab padahal KEMPAS tak KEMPAS, still dia rasa loser gila barabas kalau nak cakap pasal haiwan. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.. selalu jugak rajin tengok National Geography ataupun Animal Planet masa malam-malam kat rumah Zahid sampai berangan nak jadi macam dorang semua. tapi wasalam dia buta pasal haiwan. lagi-lagi bila Hisha nak tanya Wildlife, lagi la dia terasa hambar je jawapan yang akan dia kasi kat mamat tu.
Hisha tersengih. "okay,okay, kita tengok budak KEMPAS boleh jawab tak soalan ni. harimau kumbang dengan harimau bintang tu, sama ke lain? I mean, Harimau Kumbang dengan Harimau Bintang tu haiwan yang sama ke lain? adakah mereka adik beradik?"
Haikal terdiam kejap. dia fikir dalam-dalam. apa yang dia tahu Harimau Kumbang tu, warnanya ialah Hitam cuma dalam cerita pink panther tu je warna dia ialah pinkish and Harimau Bintang tu pulak ada dot dot dekat badan dia. dia pernah tengok Nat Geo buat ekspedisi jejak Djololo kat Savana dulu. Djololo ni harimau bintang yang famous dekat Afrika sana.
"mesti la lain."
"ye ke?" Hisha angkat-angkat kening lagi. budak tu provok Haikal.
"ye la. Harimau Kumbang tu warna hitam and Harimau Bintang tu, banyak dot dot dekat badan macam Polka Dot dekat kain tu." terang Haikal. kan? ke aku sorang je yang buta ilmu pasal Wildlife ni. hahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahaha.
"salah la." terus je selamba Hisha cakap salah.
"huh?"
"Harimau Bintang dengan Harimau Kumbang tu ialah haiwan yang sama. cuma masa lahir, nisbah Harimau Bintang dengan Harimau Kumbang ialah 3: 1.jadi, sebenarnya, dorang ialah adik beradik."
"really la." Haikal jelas terpaku dengan jawapan.
"ye budak kecik." kata Hisha geram. dia gosok-gosok rambut Haikal lagi and lepas tu gelak bila dengar Haikal merungut pasal rambut dia yang da jadi serabai. "jadi jangan terkejut kalau dalam adik beradik tu, ada harimau bintang, tetiba ada harimau kumbang jugak."
"kesian harimau kumbang. nanti tak pasal-pasal mak dia ingat, dia tu anak angkat sebab warna dia lain."
Hisha senyum je. "beza manusia dengan haiwan ialah manusia je yang buang anak dalam tong sampah, dalam lubang jamban, tepi jalan and all that. setakat ni aku tak pernah lagi dengar pasal haiwan yang abandon anak dorang kecuali kisah Anak Itik Yang Hodoh. kau pernah dengar kisah tu?" tanya Hisha sambil menyeringai pandang Haikal.
"pernah pernah!" Raut muka Haikal jelas teruja. "kisah dia pasal anak itik tu....."
Dan Haikal serta Hisha galak bercerita tanpa henti dekat atas puncak Menara Tinjau Burung tu. mereka hanya turun bila dengar azan maghrib berkumandang dari jauh.
"jom turun." ajak Hisha. "maghrib sudah."
"ookies." setuju Haikal. "let's."


“okay, malam ni kita akan buat night walk.” Bagitahu Hisha. masa ni semua orang da berkumpul kat Dewan Utama. semua peserta ada 20 orang. 10 lelaki dan 10 perempuan. kira well balance la jugak. and nasib baik la semua peserta yang ada dekat sini semuanya seronok-seronok belaka. memang mix habis la. ada yang datang dari Terengganu, Kedah, Johor, Melaka and all that. kalau dalam hostel tu, memang meriah melayan kerenah budak-budak dari pelbagai negeri ni.
Haikal tengok jam. da pukul 11 malam. gila la -,-. da kenapa nak buat Night Walk tengah-tengah malam ni. aku da la lemah betul dengan malam and night walk ni. macam mana kalau nampak benda-benda pelik? hurm. -,- mulut tu tak boleh nak cabul lagi ke Haikal? lahanat betul pemikiran bila masuk mood malam-malam buta macam ni.
“okay, semua. jom berkumpul kat luar.” ajak Hisha.
Haikal terus bangun dan mengikut belakang Hafid. Sebelum dorang start night walk ni, dorang ada je buat aktiviti ringkas kat dalam Dewan Utama tu. biasa la , sebelum nak borak-borak and rapat dengan semua orang, mesti akan ada sesi ice breaking kan. bagi dia, sesi ice breaking yang fasi semua buat ni quite fun jugak la. mula-mula dia ingat Cikgu Syakila tu just drop dia dengan Hafid je kat kem ni and lepas tu terus balik rumah ke apa ke. tapi masa sesi ice breaking tadi, dia tengok kakak si Hafid tu pun ada sama. tapi duduk kat belakang je la. Hafid ada bisik kat dia and budak lelaki tu pun naik pelik apesal kakak dia tak balik rumah lagi.
"aku curious betul bila tengok kakak aku tak balik lagi. apa la dia buat agaknya kat sini?" kerut dahi.
"agak la. aku pun pelik jugak. aku rasa dia dating la dengan pakwe dia. dari tadi aku tengok dia dok betempek dekat seorang lelaki tu. kau kenal tak pakwe dia?"
Hafid mendengus nak tergelak. "motif aku nak amik tahu pasal siapa pakwe kakak aku." Hafid angkat bahu. "lantak dia la. aku nak enjoy je kem ni. eh, petang tadi pergi mana?" tanya Hafid
"oh?" Haikal sengih, "petang tadi pusing-pusing area sini."
"dengan siapa? sorang je?"
"mesti la bukan sorang. dengan Hisha. budak lelaki tu yang ajak." jawab Haikal sambil bibirnya menjuih ke arah Hisha. terus berubah air muka Hafid bila Haikal cakap yang dia pusing-pusing area situ dengan Hisha. "petang tadi kau ke mana? takde pun kat katil masa aku bangun dari tidur." tanya Haikal balik.
"oh, aku keluar kejap dengan kakak aku untuk beli barang sebab aku tertinggal tuala dengan berus gigi."
lepas tu Haikal dengan Hafid berhenti cakap sebab Hisha suruh beratur lurus-lurus and jangan bercakap sebab aktiviti Night Walk akan bermula sebentar lagi.
"okay. kita akan buat Night Walk kejap lagi." cakap sorang fasi kuat. apa entah nama mamat ni. Abu Hashim? Ali ? ah, gasak la. hahahaha. yang penting dia tahu, dia selamat je buat Nignt Walk ni tanpa nampak benda pelik-pelik.
"siapa yang nak pergi toilet, boleh pergi dulu. kembali semula ke sini dalam masa 5 minit. siapa yang tak nak pergi toilet, just tunggu sini je." arah Fasi tu. lepas tu Haikal terus gerak menuju ke toilet untuk berpipis. hahahahahahahahhahahahaa. berpipis pun boleh ye Haikal. tapi sumpah, malam ni agak sejuk. jadi dia memang terasa nak kencing sangat. lepas puas berpipis, terus dia basuh tangan and kembali semula ke barisan Night Walk. oh, dia da bukan berdiri belakang Hafid da. Hafid da beratur kat depan barisan. dia sekarang beratur dekat belakang budak lelaki bernama Aqil.
"okay, semua da ada? seluar semua da pastikan ketat? kita tak akan buat Solo Drop ke Blind Trail ke apa ke. memang Night Walk only. and kita pun tak akan release anda semua ke dalam hutan seorang by seorang. keluasan hutan ini ialah 1100 hektar. anda main-main masa Night Walk dan kalau anda hilang, tu masalah anda. jangan salahkan kami pulak. okay, rules and regulations Night Walk ni. macam biasa, siapa ada torchlight sila serahkan pada fasi. Fasi, pastikan hanya orang pertama dan orang terakhir je yang ada torchlight. yang lain-lain tak dibenarkan pegang torchlight." lepas tu ada beberapa orang fasi yang berjalan sekitar barisan peserta untuk pastikan semua orang serahkan torchlight yang ada. "kita akan buat headcount dari depan sampai ke belakang selepas ini. pastikan anda semua ingat nombor masing-masing. that is your name once you enter the forest. jangan gunakan nama anda langsung masa kat dalam hutan. faham?"
"faham" terdengar gumaman suara dari para peserta.
"okay good. Fasi, sila masuk ke dalam barisan night walk sekarang. akan ada fasi yang akan berada di samping anda sepanjang Night Walk. fasi ni akan menyelit-nyelit la kiranya." ada beberapa orang fasi mula masuk ke dalam barisan. tetiba Hisha berdiri kat depan dia. terus dia tegur ceria.
"eh Hisha!"
Hisha berpaling ke belakang. "Haikal! Laa, kau ke?" lepas tu Hisha senyum je sebelum pandang ke depan semula.
"Headcount please dari depan!" arah fasi yang incharge Night Walk tu. dan yang paling depan mula mengira nombor dari 1 dan bila sampai kat turn dia, dia sebut nombor 9 dan belakang dia sebut 10 dan seterusnya.
"okay, semua da ada nombor masing-masing? sekarang sila ingat nombor anda dan sila ingat muka orang depan anda. sila ingat muka orang di belakang anda. dont forget the number, the faces and all that. faham?"
"fahammmm..." terdengar gumaman suara dari para peserta yang nak masuk trail untuk Night Walk.
"ookay cool. kejap lagi kita semua akan masuk ke dalam hutan. tetapkan hati. tetapkan minda. yakinkan hati anda and berniat masuk hutan adalah untuk belajar. mulut tolong jaga dan jangan celupar sangat. perkataan yang anda hanya boleh gunakan dalam satu ahli kumpulan besar ialah KAYU dan DAUN. Kayu untuk berhenti dan Daun untuk bergerak. ingat ye. kayu untuk berhenti dan daun untuk bergerak. kalau anda rasa anda tertinggal and orang depan anda tinggalkan anda jauh, anda guna perkataan KAYU. sebut kuat-kuat sampai semua orang boleh dengar. anda sebut DAUN balik bila nak bergerak semula."
"cuak tak?" tanya Hisha pada Haikal.
Haikal sengih nak tak nak je. "agak la. aku tak berapa suka sangat night walk ni."
"jangan risau la." Hisha senyum pastu pegang bahu dia. "aku ada je. kalau ada pape, cakap kat aku je kay."
Haikal sengih balik. "yoo la encik superman. nanti aku suruh kau selamatkan aku kalau aku berada dalam keadaan yang berbahaya."
"bagus. ni la civi yang kita mahukan!" kata Hisha semangat.
"Hisha." panggil Haikal.
"emm," balasa Hisha tanda mendengar.
"selalu ke korang buat macam ni?"
"selalu la jugak. kenapa?"
"takde apa la. saja je tanya. takut sikit." memang nampak jelas gila kat muka Haikal yang budak lelaki tu takut nak masuk hutan.
Hisha gosok rambut Haikal pastu cakap. "aku kan ada. kalau kau takut sangat, nanti kau pegang bahu aku ke tangan aku ke apa ke."
"serius boleh?"
"yo la. boleh je. jangan kau putuskan tangan aku sudah la." lepas tu Hisha gelak. Haikal tersengih bila Hisha buat lawak bangang.
"nanti aku akan pegang kalau aku takut sangat. kalau tak takut, aku tak pegang la."
"mana-mana yang selesa la untuk kau. tapi jangan risau la. aku akan sentiasa ada untuk kau."
"jangan tinggalkan aku tau!"
"iye budak kecik."
Haikal sengih. "thanks superman!"
"sama sama kasih."



Haikal dengan Hisha baring terlentang sebelah sebelah atas jalan depan Lab Skill sambil mata tengok langit. Hisha pakai seluar sukan warna merah dengan sweater hitam. Telinga da terselit dengan earfon. Dia pulak pakai seluar sukan dengan sweater hitam jugak. dia yang ajak Hisha pergi kat sini.

lepas habis Night Walk tadi, dorang semua makan supper sebelum masuk ke dorm masing-masing. serius dia sangat seronok masa nightwalk tadi. dia tak la jumpa benda-benda pelik masa kat dalam hutan tu. thanks to Allah la. dia sangat-sangat bersyukur sebab dia tak jumpa benda-benda aneh-aneh. more dia jumpa banyak benda amazing. masa tengah supper tu, dia duduk sebelah Hisha. Hafid pulak tengah borak dengan orang lain. 
"Hisha. tadi aku perasan malam ni banyak bintang la. kat area mana yang kita boleh stargazing."
"kau nak tengok bintang ke?"
Haikal angguk laju. "boleh ke?"
"lepas makan ni, kau mandi, lepas tu kita jumpa balik kat sini dalam masa 15 minit lagi. okay tak?"
Haikal terus buat muka teruja. "sangat okay!"

Hisha cabut earfon kat telinga Haikal. "dengar lagu apa?"
"random." jawab Haikal.
"aku amik satu ye." pinta Hisha.
Haikal angguk.
Hisha cucuk earfon dekat telinga sebelah kiri manakala Haikal pulak pakai earfon kat belah kanan telinga. mata masing-masing pandang langit. malam ni bulan penuh. kat Telinga ada lagu Hypnotize by System of A Down.
"kita kat tengah bulan-bulan islam ke?" tanya Haikal.
"kenapa kau tanya macam tu?"
"sebab bulan bulat cantik je. kalau pertengahan bulan islam kan, bulan akan jadi bulat dan cantik."
"oh ye ke. aku baru tahu. ilmu baru untuk aku hari ni." Hisha sengih. budak tu pandang Haikal kat sebelah dia.
"heyy, aku pun dapat ilmu baru hari ni. pasal panther and harimau bintang! thanks untuk kau jugak atas info yang sangat bagus tu."
"sama-sama kasih."
jeda. keduanya diam.
"cantikkan bintang?" tanya Hisha.
"aah." angguk Haikal.
"kalau kat Banding lagi cantik."
"Ban.. ding?" Haikal kerut dahi tanda tak tahu.
"Grik, Perak. Area Royal Belum sana.  kawasan bintang yang memang berlambak amat. cantik sangat. aku teringin nak pergi lagi."
"kau banyak berjalan kan?" tanya Haikal.
Hisha sengih. "backpack dalam Malaysia je."
"nanti nak jalan mana-mana, ajak la aku."
"boleh. takde masalah. nanti aku contact kau." setuju Hisha.
jeda lagi. lagu Hypnotize bertukar pada lagu Knock Knock by Elizabeth Tan.
"aku suka lagu ni." kata Haikal tetiba.
"aku pun. mesti la kau suka lagu ni kan? kalau kau tak suka buat apa kau download lagu ni." Hisha gelak.
Haikal sengih. "betul jugak apa yang kau cakap tu. apa-apa pun, aku rasa lirik dia seronok gila."

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

"lirik tu cakap, kalau kau nak aku, kalau kau nak diri aku, jangan sakitkan hati aku." terang Hisha. Haikal pandang Hisha kat sebelah, "sejak bila kau jadi pentafsir lagu ni?"
"sejak 10 saat yang lepas." sengih.

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

"orang tu cuma nak perhatian je. lepas tu, dia nak pasangan dia  buktikan yang pasangan dia boleh kasi dia perhatian and of course tak abaikan dia."

Haikal diam je setiap kali Hisha kasi ulasan. tetiba dia terasa lagu ni sedih gila babi padahal rentak mangai rancak.

Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

"dia bukannya nak tunjuk diva ke perangai mengada ke apa kat pasangan dia. dia cuma insecure, dia cuma rasa tak selamat. dia tak nak rasa kecewa lagi. dan kalau pasangan dia rasa tak cukup lagi, tak cukup rasa kasih sayang ke perhatian ke apa ke and all that,, dia tanya kat pasangan dia. apa sebenarnya pasangan dia nak?"
mata haikal terpaku je kat dada langit.

"Haikal." panggil Hisha.
"emm," tanda Haikal mendengar.
"kenapa kau download lagu ni?"
"saja je."
"kau baru putus cinta ke apa?"
"mengkarungnya soalan tu."
gelak kecik.
"da tu?"
"aku download macam-macam lagu."
"aku tak persoalkan pasal tu. tapi lagu ni.."
"aku paling suka part lirik yang ni." kata Haikal pantas.


Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu


Haikal dan Hisha terus pandang langit layan perasaan.
"haruslah setia. jangan cakap bohong, jangan buat menangis, buat tersenyum, and ulang semula." Hisha bergumam perlahan. "kau tak rasa lagu ni sangat sedih ke?" tanya Hisha pada Haikal. lagu Knock Knock da bertukar ke lagu Sweter Weather by The Neighbourhood.
Haikal angkat bahu. "entah. aku main dengar je."
Hisha tepuk dahi. "aku rasa lagu tu sedih. kau ada sejarah ke apa ke?"
"sejarah apa?"
"cinta?"
"takde la. jangan nak mengarut."



p/s
masa Night Walk dulu, aku handle satu sekolah SBP ni. ada sorang budak lelaki ni dia memang takut gila masuk hutan sebab dia takut pacat. sepanjang jalan, dia peluk pergelangan tangan aku. I was like. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA. terasa macam ada adik pulak. ye, budak tu memang comel.

25 comments:

  1. Love this story. sambung la cpt2 ye. hehe :)

    ReplyDelete
  2. ko nak ckp ko la hisha dalam episod ni yer sharky...nakal ko yer

    ReplyDelete
  3. lepas bertahun aku tunggu, akhirnya kau sambung jugak siri ni.

    aku xnak assume apa2. hisha is so unpredictable. aku harap kau sambung lg citer nii secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. mesti bertahun lagi nk tggu next episode kn...hahah......

    ReplyDelete
  5. Tak taula whether nk ske atau bnci si hisha ni. Karang klau aq ske jdi mcm cite asrama tuu, rupanya dye sme je dgn paan si setan tu huhuu

    ReplyDelete
  6. Best!!! Aku memang suka Hisha muncul semula...tapi...tak kesian ke dekat Hafid? Aku rasa Hafid lah yg selalu jaga Haikal even dia selaku kene kutuk,caci dgn Haikal....Antara paan,hisha dan hafid...boleh dikatakan aku lebih suka Hafid wlpn dia tu ganas,dia sebenarnya take care gila org dia syg.

    ReplyDelete
  7. Yayyy...finally...hari hari saya check blog abg ni...haha..saya xdelah pembaca dari awl blog ni wujud...baru jugak...saya jumpa blog ni...kalau x salah sebulan lepas kot...sbb best sangat semua ceritanya...2minggu semua dah abiss...maklum lah saya pun bdak sekolah...so mmg kenelah nak baca kan...hehee...ape ape pun...cerita abg ni mmg terbaik...tak sabar ni tunggu next chapter...heee...great job mr sharkk...hehehe

    ReplyDelete
  8. Hisha..x sabar nak tunggu..x caye remaja dah kuar ingat #119 yg latest..shark ada problem ke?klu bleh share lah gan kita owg..

    ReplyDelete
  9. x sabar nk tunggu sambungan... woohoo best!!

    ReplyDelete
  10. Best la update la lagii .......!"!!!

    ReplyDelete
  11. Lagu tu lagu break up ko kan sharky ....hahahha

    ReplyDelete
  12. Rasa2 next chapter bila? Xsabar ni..hahaha

    ReplyDelete
  13. lol.. lama giler aku x bukak.. bukak balik blog nih ade 1 je smbungan.. haha
    xpe2 kami senantiasa menunggu...

    btw thx upload citer ni on my birthday. lol. propa kan.. hahahaa

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. saya dh lame follow blog nie... dri cite asrama lgi... tpi skarng nie bru brani nk komen...
    tpi cite2 yg shark buat mmng best...

    #5bintang

    ReplyDelete
  16. Cite ni Igtkan aku kat budak laki f5 sorang ni lahh.. Comel dia aumm haha.. Dh ah nama haikal gak.. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Shark.. nak email.. bleh? Nk share 1 cerita..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sebak kut pasal lagu knock knock tuh. Bila shiha ckp 'kau takda rasa sedih ker' aku terus teringat masa kt Asrama. Ape yg dia pernah buat kat haikal. Feeling gila baca part tuh..part Satu, Dua, Tiga, Empat lagi tmbah sebak..huhu Haikal :'(
    #Tahniah kpada kamu sharkko kerana hmpir mmbuatkn mataku berair.haha

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)