Nuffnang

Thursday 15 January 2015

Kisah Adria #125

Adria ni anak buah aku. anak buah perempuan. nakal dia macam anak jantan. Nauzubillah min zalik. masa dia kecik - kecik dulu, aku selalu lempang dia kalau dia nakal. kah! ye. saya memang pakcik yang garang. nak dijadikan cerita, sekarang umur dia da 6 tahun.


dan cerita bermula...

hari senin lepas, aku balik dari uni aku naik motor. mak and ayah aku datang uni just untuk amik barang je and takde kerja la pulak nak pos motor dari uni ke rumah. aku pun wasalam je merempit dari uni balik ke rumah. merempit macam Zamri Baba la lagaknya. KAH KAH KAH.  sampai je kat rumah, kak long aku terus terjah aku. tak kasi aku rehat sungguh. kecoh gila kakak aku sorang ni.

"adik! jom teman kak long hantar Adria pergi sekolah."

"huh?"

"hantar Adria pergi sekolah. hari ni hari pertama."

aku buat muka. "malas la kak long. orang baru sampai kot. bontot penat ni. naik la kereta."

"jammed la. semua mak pak hantar anak dorang pergi sekolah. naik kereta mesti la jammed." Kak Long bagi alasan.

"emm, iyo la. tunggu jap. nak letak barang dalam rumah." aku kan adik yang mithali. kononnya! sebab tu setuju je nak hantar Adria pergi sekolah.

"nanti belanja air soya tau." sengih aku.

"iyo la."






"Adria kelas apa?" aku tanya.

"kelas 1 Bestari." jawab Kak Long. sekolah kebangsaan da bising dengan budak-budak yang menangis, mak pak yang maha ramai and macam-macam lagi la.

"oooo." lepas tu aku diam. aku tengok semangat sekolah rendah yang Adria masuk. haha. da lama jugak aku tak jejak sekolah rendah ni. dulu masa darjah 1, aku kelas Cekap. Cekap tu kelas yang ketiga dekat sekolah rendah tu. and mostly ramai budak yang da menangis sebab tak nak pergi sekolah. aku tergelak je bila tengok budak-budak tu. aku pandang Adria pastu panggil dia.

"Adria."

"apa?" Adria pandang aku.

"apesal tak nangis?"

lepas tu Adria gelak. "jahat la nak suruh orang nangis." Adria datang kat aku lepas tu cuba nak pukul aku.

Aku berundur lepas tu gelak. "meh sini." panggil aku.

"apa dia?" Adria datang dekat kat aku.

"cuba tengok tu." aku tunjuk dia kat satu arah. lengan lagi satu aku letak kat bahu dia. lagi satu tunjuk ke arah budak perempuan yang tengah nangis sebab tak nak masuk kelas. "apesal tak nak nangis macam budak tu. cepat la nangis."

lepas tu Adria cuba untuk pukul aku. terus aku mengelak laju laju. KAH KAH KAH.  mesti la tak kena kan kalau dia cuba nak pukul aku.

"da la. pergi beratur." bagitahu aku.

Adria jelir lidah kat aku sambil balik ke barisan dia. aku pulak tunjuk penumbuk kat dia.




Petang tu, aku nak pergi pasar malam untuk beli Roti John and Murtabak. naik motor la for sure.  Alang-alang nak pergi pasar malam tu, Kak Long suruh singgah sekolah kebangsaan untuk amik Adria dekat sekolah. lepas amik Adria dekat sekolah, kitorang bertiga gerak pergi ke Pasar Malam pulak. gila kalau terlupa nak beli roti john dengan murtabak? haha, mahu kena fire dengan Kak Ngah aku sebab benda alah tu dia yang suruh beli. aku kan orang gaji baru kat rumah, jadi menurut perintah je la arahan kuku besi kat rumah. haha.

aku bawak motor. Adria tengah-tengah and Kak Long paling belakang sekali. topik perbualan atas motor ialah pasal duit belanja Adria ke sekolah and apa je yang makcik kecik tu beli masa kat sekolah. sebelum tu aku tanya kat kak long,

"kak long bagi berapa duit belanja dia?"

"dua ringgit je."

dan perbualan bermula dengan aku .....

"tadi kat sekolah beli apa je Adria?" tanya aku. aku kan suka sakat budak kecik tu. hiks! sebab tu aku suka tanya macam-macam. sambil tanya-tanya, aku sengih jugak sambil bawak motor.

"beli kuih je." jawab makcik kecik tu.

"berapa ringgit." tanya Kak Long pulak.

"entah la mama. Adria main beli je."

Kak Long mula tak puas hati. aku pulak da berdekah gelak. KAH KAH KAH. jawapan Adria memang terbaik melangkau zaman betul la.

"tadi Adria beli berapa kuih?" tanya Kak Long lagi.

"dua."

"Adria kasi berapa kat makcik kantin?"

"dua."

"apa yang dua?" aku da tergelak lagi. "dua ringgit ke apa?" HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

"ada baki tak?" tanya Kak Long.

"entah."

dan Adria hanya sengih sebab dia tak tahu nak jawab apa sebenarnya. aku rasa anak buah aku ada masalah dengan duit la. tak tahu kira gamaknya. Kak long pulak da nak memekak.  "esok mama kasi seringgit je la duit belanja!"

dan sampai ke hari ni, aku tak tahu apa yang dua. dua ringgit ke dua puloh sen ke dua poluh belas ringgit ke apa. aku tak sangka la pulak isu duit belanja ni boleh timbul. dulu masa zaman kanak-kanak aku dengan kakak-kakak aku tak timbul benda masalah bagai macam ni sebab duit belanja kitorang ialah 40 sen je. jadi, apa-apa hal, 40 sen tu memang akan habis punya la and takde baki untuk kau simpan pun. parah jugak kasi duit belanja sampai 2 ringgit lepas tu tak tahu nak spend macam mana. haila haila.




tadi lepas aku mandi, aku terus duduk depan TV. aku tengok Adria da terbaring depan TV.

"eh Adria. apesal diam je?" aku macam pelik la. sebab selalu minah kecik ni lincah ke sana ke mari sampai aku rasa nak tolak dia masuk parit pun ye jugak sebab cakap tak berhenti. haha. keji gila kau ni!

"dia penat la tu." kata mak.

"penat?" aku da kerut dahi. "baru 3 hari sekolah da penat?"

Adria angguk-angguk je tanda penat sambil terbaring and pandang muka aku dengan puppy eyes dia tu. aku terus amik bantal lepas tu baling kat dia. "poyo. pergi balik rumah la. tidur." rumah Adria ni sebelah rumah aku je. jadi dia memang selalu ulang alik rumah kitorang - rumah dia setiap masa.

"emm ye la." lepas tu dia bangun and nak mula salam mak pak aku sebelum balik rumah untuk tidur.

"Adria." panggil aku.

"apa dia." Adria pandang aku.

terus aku baling bantal kena kat muka dia.

"sakit la!" lepas tu Adria baling balik bantal tu kat aku but of course, mesti la tak kena kan sebab aku mengelak pantas. haha.

"babai!" aku lambai kat dia.

"malas nak layan."

aku da gelak terbelahak



walaupun aku selalu kacau Adria, tapi dia still budak kecik yang baik. haha. walaupun kadang-kadang dia nakal yang amat, tapi mesti la aku still layan dia kan. siapa yang tak sayang anak buah? hari tu, masa cuti apa entah, aku bawak dia pergi Petrosains kat Suria nu ha sambil heret kawan kawan aku sekali. and dorang la layan anak buah aku tu sebab aku tak daya da nak jawab semua soalan non stop dia. haha.

aku kadang-kadang suka je layan budak-budak tapi kadang-kadang malas jugak. aku pernah borak dengan kawan aku.

"aku tak terasa nak kahwin la. tapi aku nak ada anak."

"amik je la anak angkat. tapi apesal kau tak nak kahwin?"

aku sengih je. "entah. mampu ke aku nak bahagiakan anak orang weh?"

"kau boleh punya."

"entah la." lepas tu sengih hambar.

"kau makin jadi macam mengkarung lepas putus cinta."

"diam la!"

Gelak.

kau rasa, mampu ke aku kahwin?


5 comments:

  1. awal gila kau balik kampung.. bgus kembali ke pangkuan kluarga secepat mungkin ;)

    hahaha.. pasal anak plak.. aku semnjak finals, slalu sgt study kat Restoran Makanan Segera.. pagi2 mmg aman lar, tp bila petang, penuh dengan kerenah budak2.. aku xprnah complain, and mmber aku tnye, "kau ni bila nak ada anak plak?"

    aku tnye je, "bleh tak xnk khwen tp nk anak?" hahaha..

    soalan "mampu tak mampu" tu kna tnye inner-self.. but bro, back to basic, itu adalah salah satu kewajipan kita.. Nite bro ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis exam, balik la awal. hahaha. bosan kat kolej lama lama. banyak kali aku tanya kat diri aku sama ada, mampu ke aku kawen and kasi kebahagiaan kat orang lain. hiks

      Delete
  2. boleh je kot.in sha Allah kalau kau cuba bg yang terbaik utk bini dan anak2 kau.and then pada masa yang sama kau dah buang naluri gay kau.

    ReplyDelete
  3. tapi dalam aku baca blog dan confession,ada yg kata naluri gay ni takleh nak buang.ia hanya boleh ditundukkan dgn iman & takwa.entahla..tapi all the best Shark,aku pun baru hari i mula baca blog PLU,curious sebenarnya heh.aku yakin kalau kau nak berubah,in sha Allah,Tuhan akan tolong kau. :D

    ReplyDelete
  4. Saya yakin awak mampu.give your best try and you will know the happiness of holding those little fingers and the warm hand of your wife.semua orangboleh berubah

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)