Nuffnang

Sunday, 26 October 2014

Happy belated birthday Sharky! #113

besday aku 3 Oktober 2014 lepas. aku sambut dengan kadar biasa-biasa je. actually... takde sambutan birthday pun sebab aku dibesarkan dalam family yang tak berapa nak sambut besday macam Dudley Dursley , sepupu Harry Potter tu yang selalu mangai dapat hadiah banyak.

first time aku dapat hadiah besday pun masa umur aku 12 tahun. masa tu kakak aku kasi hadiah hari jadi. Buku Harry Potter yang first. bila kau tiap-tiap tahun tak dapat hadiah, lama-lama kau tak akan kisah pasal hadiah bagai semua tu. tapi masa tu, aku rasa sedih sebab even aku tak dapat hadiah, aku still nak orang wish kat aku jugak "heyy, happy besday!" ataupun aku nak spent masa dengan orang-orang yang aku rapat and lepak and duduk and borak-borak and sambut besday sama-sama. setakat ni, tak pernah terjadi lagi dalam hidup aku.

aku just nak the wish je. aku da tak amik kisah pasal hadiah bagai ke apa ke sebab 1) aku sendiri tak kasi hadiah kat orang jadi aku pun tak expect la untuk dapat hadiah dari orang. aku cuma kasi kat orang yang aku rasa nak kasi. 2) bagi aku, bila someone wish besday aku, aku terasa macam dihargai la. aku terasa macam orang tu sebenarnya selalu ingat pasal aku. haha, sounds menyedihkan. tapi tu la apa yang aku rasa. bagi aku la. bukan senang kau nak ingat tarikh hari jadi seseorang. tapi bila kau ingat, maknanya kau amik berat la pasal orang tu and orang tu pernah wujud somewhere dalam diri kau.

contohnya besday sya and jaja, kawan perempuan aku, 15 Mac. pastu orang-orang penting dalam hidup aku , yang aku ingat besday dorang,  ada yang besday 16 Ogos, 7 Dis, 7 Februari, 21 Februari, 3 September, 4 Oktober, 9 November, and paling nak sambut sama ialah 26 Januari

untuk besday tahun ni, tepat pukul 12 tengah malam, sunshine aku call and dia wish besday.

"hello." sambut aku.

"happy besday sayang!" dia wish kat aku. "ingat abang lupa ke besday sayang?"

masa tu aku terasa bless sangat. aku terasa seronok dan super ultimet seronok sebab seseorang yang aku sayang wish besday kat aku. aku kalau boleh nak melompat sebab terlampau gembira. hahaha. okay over. aku tak boleh nak express da macam mana aku happy sangat tu. kau rasa apa? mesti la masa tu kau nak melompat girang super riang ria raya jugak kalau someone yang kau care wish kat kau. and malam tu kitorang borak panjang macam biasa. well, aku suka dengar dia bercerita sebab dia pencerita yang baik. tiap-tiap malam dia bercerita dan dia macam tukang diraja cerita aku. hahaha. best la dengar. dia tanya aku.

"nak hadiah apa?"

"tak nak apa la. sambut besday sama-sama je. boleh tak?" aku sengih-sengih je lepas tu.

macam aku cakap, time by time, aku da tak kisah pasal hadiah. hadiah tu da tak jadi priority aku yang pertama. bila seseorang tu wish pun, aku da rasa bless sangat-sangat. haha. and yeah, aku nak sambut besday sama-sama jugak kalau boleh. apa-apa pun, aku rasa seronok bila sunshine ingat besday aku. rasa dia.... seronok!

lepas habis borak semua tu, selalu makan masa 4,5 jam jugak la. aku bukak facebook aku sebab aku nak tengok kalau ada esaimen ke apa ke. aku tak letak noti besday aku pun kat facebook jadi aku tak rasa apa-apa yang menarik berlaku. aku bukak inbox , ada seseorang letak something dekat situ.


masa tu aku macam terkejut la. aku tengok waktu gambar tu dihantar. 1201 am, 3 Oktober 2014. aku tanya dekat dia.

"mana tahu besday hari ni?"

"ada anak burung yang sampaikan pesanan and cakap your besday ialah hari ni."

masa tu aku da oooooo, sangat-sangat terima kasih sebab kasi benda alah ni and wish besday. *kesat air mata kejap* sangat-sangat terharu masa tu. 

pagi tu aku pergi kelas macam biasa. besday aku tahun ni jatuh hari jumaat. aku ada kelas Arborikultur untuk jumaat tu. lepas tu, kawan aku datang kat aku.

"nah." dia hulur something.

aku sambut and bukak. oh, kad hari jadi. :) masa tu aku tak tahu nak react macam mana. aku terpikir, apa yang selalu orang cakap bila dia terima something masa hari jadi? apa yang dia patut buat? adakah dia patut peluk and ucap terima kasih atau apa? lepas tu, aku terus cakap thanks and sengih memanjang je sepanjang hari. 

tapi antara banyak-banyak, aku teringin seseorang cakap kat aku.

"hai sayang, abang ada kat kafe ni. turun la. jom sambut besday sesama kat mana-mana."

p/s
there are times when strangers are like family and family are like strangers. 



10 comments:

  1. Untunglah ada kau ada sunshine !
    HAHAHA. Happy birthdayy Shark !
    Kali kedua aku wish ni rasanya

    ReplyDelete
  2. Happy birthday shark..sy x pnh pun sambut birthday dr kecik g dah cam 2..tp still happy walau xde sesapa..shark rindu r remaja..bile nak kuarkan..klu bleh ada r scene rogol2 ke bru best..hehe.

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday
    May all your wishes come true.

    ReplyDelete
  4. Hahaha, scra kbetuln, bufdy ko dgn aq nk dkt sme, plus 5,6 hr da bufdy aq, tp mcm mn aq nk follow blog ko?

    ReplyDelete
  5. tahniah Shark....ak pon t'ingin nk sambut bday dgn s/on spesel..tp xde la yg spesel tu...link bwh ni ad citer psl bday ak..ni jela bday ak yg best pnah ak ad...u r luckier than me.:P bersyukurlah k..

    http://warkah-kembara.blogspot.com/2014/08/best-day-ever.html

    ReplyDelete
  6. Weyh cepat la sambung cite pasal haikal ngn hisha doe

    ReplyDelete
  7. Hepi besday.. hope dapat teruskan citer remaja tu.. lama sangat nak menunggu.. Naruto pun dah nak habis..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)