Nuffnang
Friday, 10 October 2014
Ice Age Adventures. #111
ye, saya memang pemalas. sila maafkan saya Resorts World Genting kerana lambat update. hahaha, semoga mendapat ampun dan maaf.
A few weeks ago, aku dengan kawan aku pergi Resorts World Genting untuk hadir ke Ice Age Tour yang diadakan di puncak genting highland nu ha. aku kalau dapat email apa-apa dari Genting, mesti berasa sexcited lebih. walaupun da takde Outdoor Theme Park, tapi still je ada event yang maha berlambak dekat Genting sana tu.
jadi pada hari sabtu yang indah lagi cerah , tak la cerah mana pun sebab pagi tu hujan lebat sikit, aku dengan kawan aku redah naik motor and park motor dekat Stesen Sungai Besi sebelum menuju ke Wisma Genting kat Jalan Raja Chulan dengan naik Monorail , end up turun dekat Stesen Raja Chulan. lepas sampai Wisma Genting, bagi attendance kat pemandu bas, masuk bas, duduk , and borak-borak kejap dengan blogger lain, then tak lama lepas tu, bas pun mula gerak ke Resorts World Genting.
1) jadi, apa itu Ice Age Adventures ni?
Event Ice Age Adventures ni start ada dekat Resorts World Genting since 1 september 2014 sehingga 26 Oktober 2014. at least event ni tak habis lagi masa aku update. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAA. teruk sial perangai kau! Ice Age Adventures berlangsung dekat Genting International Convention Centre Meeting Rooms 7 till Meeting Room 12. start dari jam 10 pagi sehinggalah 10 malam.
Ice Age Adventures ni ada 3 zone yang sangat fun lagi seronok gila barabas. bagi aku Ice Age Adventures ni memang sesuai la untuk kau pergi bersama keluarga kau. lagi-lagi kalau kau bawak anak sedara kau yang perangai riang ria raya. murah je tiket masuk dia. just 20 ringgit and kau boleh berjimba bersuka riang ria cornflake kat dalam tu.
2) jadi. apa 3 zone yang seronok sangat dalam Ice Age Adventures ni?
zone yang pertama ialah Ice Age Theatre. buat penggemar cerita Ice Age, tempat ni adalah sangat-sangat fun untuk korang semua sebab dia akan tayangkan several cerita yang dia tak pernah tayangkan kat mana-mana before this. err, aku tak pasti la kat youtube ada ke tak tapi aku rasa macam takde. antara cerita yang dia tayangkan ialah Gone Nutty, No time for Nuts, Surviving Sid dan lain-lain lagi. semua cerita-cerita itu ialah short story je pun tapi still sangat fun. masa aku dekat sana, aku dengan yang lain-lain dapat tengok Surviving Sid. quite fun la jugak sebenarnya walapun cerita tu pendek. macam kawan aku, dia memang peminat tegar Ice Age , aku tak berapa follow sangat Ice Age ni macam aku follow cerita Lord of The Rings ataupun Harry Potter, jadi kawan aku tu memang sepanjang masa sengih 24/7 masa tengok Sid bawak haiwan-haiwan kecik masuk dalam hutan.
after tengok cerita pendek tu, akan ada several trivia question untuk sesiapa yang nak menjawab and nak yang dapat goodies. siapa jawab dengan betul, akan dapat several hadiah la dari Resorts World Genting. masa soalan tu ditanya after sesi tonton cerita pendek, aku duduk sebelah kawan aku. setiap kali orang Resorts World Genting tanya soalan, mesti kawan aku tu bisik jawapan dengan super pantas and aku like whoaaa! hahaha, power gila kawan aku ni. cepat betul dia dapat jawapan and aku still terpikir-pikir,
"apa je la jawapan kepada soalan yang ditanya tu."
tapi kawan aku bisik-bisik je sebab dia kasi can kat budak-budak kecik untuk jawab soalan tu. tapi aku rasa kalau dia cakap kuat-kuat jawapan dia tu, mesti dia dapat all those hadiah yang Resorts World Genting sediakan tu. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAA. kang kempunan pulak budak-budak kecik nak hadiah.
3) selain dari Ice Age Theatre, apa lagi zon yang ada dekat situ?
well, after tengok cerita pendek, aku dengan blogger lain bergerak menuju ke Ice Age Playground and start amik gambar maha banyak dekat situ. nak cakap zone Ice Age Playground ni sesuai just untuk kanak-kanak macam menipu la pulak sebab aku enjoy terkinja-kinja je dekat situ -,- hahahahahahaha, da besar tagun pun still enjoy je layan Ice Age Playground ni. dekat kawasan Ice Age Playground ni, ada kawasan untuk amik gambar 2D, ada jugak kawasan yang boleh amik gambar secara 3D and ada jugak kawasan mirror illusion. kawasan mirror illusion ni, aku dengan kawan aku macam batak sikit la dalam tu. KAH KAH KAH. blogger lain da pergi tempat lain, aku dengan kawan aku still layan enjoy perangai kanak-kanak kat dalam Mirror Illusion tu.
kat dalam tu jugak ada banyak games yang korang boleh main. games dia lebih kurang sama macam games dekat fun fair tapi kat sini adalah lebih-lebih fun dan enjoyable :)
4) ada apa pulak dekat zon yang terakhir?
well, zone terakhir untuk Ice Age Tour ni ialah Ice Age Meet and Greet Zone which is korang semua boleh jumpa dengan Scrat, Diego si Rimau and also Sid si Sloth. walaupun aku ni da besar tagun, aku still teruja amik gambar dan berebut-rebut amik gambar dengan budak kecik yang sibuk jugak nak berebut dengan aku. aku senang je, umpan gula-gula dekat budak-budak pastu baling gula-gula jauh dari Scrat, Diego dengan Sid. KAH KAH KAH. masa budak-budak ni berebut-rebut tarik rambut rebut gula-gula, aku amik gambar sepam dua dengan all those karakter yang super duppa kiut tu. heh.
5) selain dari 3 zone ni, apa lagi yang Ice Age Adventure ni sediakan?
well, ada jugak kawasan yang kau boleh main game yang macam aku pernah sebut sebelum ni. ada jugak kawasan untuk kau buat cabutan bertuah. ada jugak kawasan untuk kau tebus aiskrim dan kau boleh makan sebanyak mana aiskrim mana yang kau nak. hahahaha, maybe kau akan cakap
"macam mengarut je makan aiskrim dekat Genting."
sesungguhnya tiada yang lebih mengarut dan fun dari makan aiskrim kat puncak genting.
6) boleh tak kasi details sikit pasal Ice Age Adventure ni. macam harga ke apa ke.
well, harga masuk dia ialah RM20. which is sangat murah. untuk pemegang Genting Rewards Card Members, anda semua akan dapat diskaun sebanyak 10%.
Ice Age Adventures berlangsung di Genting International Convention Centre ; Meeting room 7 hingga Meeting room 12. tak susah pun nak carik Genting International Convention Centre ni sebab signage is everywhere dekat sekitar Genting. adalah amat lawak dan mustahil untuk korang sesat dekat Resorts World Genting.
Ice Age Adventures berlangsung dari 1 September 2014 sehingga 26 Oktober 2014. beroperasi dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.
untuk keterangan lanjut, boleh lawat website
@www.rwgenting.com
ataupun call
03-6101 1118
jom ramai-ramai pergi ke Resorts World Genting!!
p/s
semakin culas dari hari ke hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aippp.... incik sharkk... jgn culas2... isap kangggg
ReplyDelete