Nuffnang

Saturday, 8 November 2014

Kisah flying fox #114


gambar ni diamik masa aku ada amali kat Tasik Banding, 10 hari 9 malam. flying fox dan breaker ialah air. lepas kau sampai bawah, kau kena berenang untuk naik ke darat semula. 


aku ni jenis yang suka berjalan-jalan and jalan jalan and jalan jalan. subjek and course aku pun memang banyak yang melibatkan jalan-jalan. almosty every subjek yang aku amik akan ada trip. trip to everywhere. sampai satu tahap tu, kau ada rasa lelah gila and mula mempersoalkan,

"kenapa kita ada trip lagi? penat siot."

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. untuk orang lain, might be korang akan

"when is the next trip?"

ataupun

"dekat mana trip kita?"

kos aku memang banyak melibatkan aktiviti outdoor. baru-baru ni aku dengan kengkawan ada handle pesta konvo dekat uni aku. kitorang handle 4 aktiviti outdoor which is Maze Runner, Flying Fox, Kayak and Paintball - target shooting. bagi aku seronok la bila buat semua aktiviti ni. ye la, kau bukannya ada dalam kelas pun. kau lebih kepada amali daripada teori. masa aku handle Pesta Konvo dengan kengkawan, setiap malam mesti akan lepak dekat kawasan flying fox ataupun kayak sebab kena sentri setiap malam.

kitorang punya press ada la buat jadual bertugas sentri tapi disebabkan aku rasa macam bersalah la pulak kalau duduk bilik je, jadi kadang-kadang, aku teman je la kawan-kawan aku yang lain untuk sentri sama walaupun malam tu aku tak bertugas pun. malam-malam , aku suka lepak dekat kawasan kayak and sentri dekat kawasan kayak sebab ada tasik dekat dengan tempat aku sentri. kadang-kadang, sambil aku sentri, aku akan berborak kat fon dengan sunshine. thanks teman masa jaga sentri!

selalunya mesti akan bentang campbed, and aku akan baring kat atas campbed sambil pandang langit gelap malam. kadang-kadang seronok sebab nampak bintang kat langit. kadang-kadang tak seronok sebab takde bintang. ye la, akhir-akhir ni asyik hujan lebat je. akan ada 4,5 campbed kat situ and akan ada 4,5 orang jugak yang sentri. sambil duduk atas campbed atau baring, sambil tu jugak akan selubung dengan sleeping bag sambil borak dengan kawan-kawan. feeling dia memang macam berkhemah kat dalam hutan. KAH KAH KAH.

jadi, apa je yang aku buat untuk pesta konvo? well, likely , banyak jugak aku buat masa Pesta Konvo. aku jaga dua kawasan which is jaga kayak dengan flying fox. masa aku jaga flying fox, actually, tu first time sebenarnya aku jaga area flying fox sebab 1) aku tak berapa mahir dengan tali. aku lagi mahir dengan peralatan air sebenarnya. aku memang agak super dumb dengan tali.  2) antara flying fox dengan kayak, aku lagi rela jaga kayak, jadi aku agak kurang luang masa dengan flying fox.

tapi hari ahad hari tu, aku terpikir dalam kepala otak aku, why not aku jaga flying fox petang tu. lagipun aku tengok kawan-kawan aku semua da rabak, mental koyak semua, even ada nampak macam tak waras da. HAHAHAHAH, sebab orang yang nak main flying fox is too many. terlampau ramai. jadi, kalau jadi rabak, memang aku tak terkejut sangat la. petang ahad tu, aku jaga kat platform flying fox dengan lagi sorang kawan aku, Trisha. mula-mula aku da macam gelabah ayam da. apa yang aku patut buat? apa benda yang patut buat ni? crab okay? sling nak sangkut ke? harness okay? ketat tak? masa tu da berpeluh-peluh bagai la sebab aku jaga nyawa manusia masa dorang main flying fox. kau bayangkan kalau dorang terbang melayang jatuh dari flying fox masa dorang main. tak ke aku bakal masuk penjara sebab dituduh bunuh manusia. aku la orang yang kena pastikan crab, harness, helmet pengguna flying fox, yadaa yadaa adalah selamat baru la aku boleh benarkan dorang turun dari platform tu. kau bayangkan kalau aku benarkan orang turun tapi lepas tu wasalam jatuh tergolek. tak ke haru lagi wasalam.

-,-

haha, okay over.

so, petang tu jugak, aku agak tak expect bila pelanggan yang main flying fox , mostly ialah budak berumur 3 tahun - 12 tahun. orang besar adalah jarang nak main flying fox. ada, tapi sangat jarang. dalam 100 orang yang main flying fox, orang yang berumur 15 tahun dan ke atas hanya ada dalam 5,6 orang je. yang bakinya ialah budak-budak kecik yang berumur 3 tahun hingga 12 tahun. aku da macam , -,- aduhai, aku da la agak lemah dengan kanak-kanak ni sikit. tapi aku try and cuba chill la dari gelabah tetek ayam kat atas tu.

semuanya bermula macam agak gelabah tapi lama-lama it turn out really well. pastu tetiba ada seorang budak umur 3 tahun yang da naik atas kat platform tu, tapi tetiba takut pulak nak turun pulak. i was like

-,-

what is wrong with you budak? aku tak salahkan dia untuk nangis sebab even aku pun rasa takut dan was was untuk turun dari flying fox tu, tapi budak tu agak over react dengan nangis sangat kuat. even nak suruh berdiri pun budak tu tak nak. ada dua option masa tu. 1) sama ada aku paksa dia turun flying fox ataupun 2) dia turun guna tangga je.

tapi masalahnya, turun flying fox pun dia tak nak. turun guna tangga pun dia tak nak. and even untuk berdiri pun dia tak nak. apa yang aku boleh tangkap dari bunyi dia nangis tu ... tak nak turun - takut - nak mak - and segala yang berkaitan la. masa tu aku da terasa macam, -,- kang ada je budak aku tolak dari platform flying fox ni je. hahahahahaha. okay, jahat gila. last-last, ada kawan aku, yang amik dia turun dia dari tangga and dukung dia dari atas sampai bawah. tu pun budak tu still menangis tak henti henti.

ada lagi satu kes tu, aku tengah handle budak yang aku nak lepaskan dari platform flying fox. jadi aku cek dia punya harness, cek dia punya carabiner, cek dia punya selipar, cek dia punya halmet and bla bla bla yadaa yadaa. kawan aku Trisha pulak handle lagi seorang budak. kiranya, atas 1 platform akan ada 4 orang. which is aku and Trisha ; orang yang uruskan peserta and 2 lagi orang ialah peserta yang nak main flying fox = jumlah 4 orang. seorang aku handle untuk lepaskan turun flying fox and lagi sorang Trisha handle sebelum Trisha pass pada aku untuk aku lepaskan budak tu turun flying fox.

-,-

mesti tak paham kan. hahaha

apa-apa pun, masa aku tengah tumpukan perhatian untuk cek budak yang aku nak lepaskan turun flying fox tu, tetiba Trisha panggil nama aku.

"Akif!"

aku terus pandang Trisha. "apa dia." terus masa aku pandang Trisha tu, aku buat muka ngeri. aku punya jaw masa tu da nak cecah lantai da. "drop dead."

"budak ni muntah!" kata Trisha cuak.

bila Trisha da buat muka cuak dia, aku pun da jadi cuak sama. aku da nampak luahan-luahan sardin serta percikan air , ayam semua bersepai dekat atas paltform tu. damn, yang paling aku tak puas hati bila budak tu buat muka tak bersalah. even nangis pun tak. -,- aku rasa perut dia mengalami culture shock. tu yang sampai terus termuntah bila naik atas platform yang tinggi tu. last-last, kitorang tutup muntah tu guna kertas je sebab kitorang takde masa nak bersihkan sangat. tapi tutup kemas-kemas la yang kawasan muntah tu untuk kasi budak lain yang naik tak terasa nak muntah sama kalau nampak segala percikan sardin - ayam - air - kuah - segala bagai tu.

setiap kali ada budak yang nak turun flying fox, mesti aku akan berborak dulu dengan dorang 1) untuk tak kasi bebudak yang nak turun tu rasa nervous. 2) untuk kasi bebudak tu rasa calm, joy and tak sempat nak nangis pun sebab aku akan try buatkan dorang rasa joy kat atas platform yang tinggi tu.

mostly bebudak memang akan freak out bila da ada dekat atas platform tu. tu yang bila da tahu betapa tinggi platform tu, mulalah nak nangis la apa la tapi masa kat atas tanah, punya beria ia melompat lompat nak naik. aku... belajar banyak benda sebenarnya masa aku handle flying fox tu. aku belajar macam mana nak bersabar dengan budak-budak. aku belajar macam mana nak handle budak-budak yang nangis tak nak turun and nak atau tak, aku kena convince kan jugak bebudak ni untuk main flying fox jugak. kalau dia tak main flying fox, kitorang kena bagi balik duit kat parents budak tu and kau bayangkan je la kalau ramai yang tak nak naik sebab takut. akan jadi rugi la. at least bila kita try pujuk, cakap elok-elok dengan budak tu, dorang jadi berani sikit untuk turun. dan walaupun aku jaga just dari jam 430 petang sampai 7 petang, serius aku barai habis. non stop dengan orang yang nak naik flying fox and masa tu aku tak dapat bayang la kawan aku yang jaga dari jam 8 pagi sampai 4.30 petang tu.

walaupun aku penat, and masa tu berjalan kaki nak amik motor untuk balik ke kolej, surprisingly, aku tersenyum. maybe aku tersenyum sebab apa yang aku buat tu ialah benda yang aku suka and minat and benda yang aku nak belajar sangat-sangat.

p/s
kau tahu, aku tengah struggle nak siapkan REMAJA itu. ye. sangat struggle. sorry :(

3 comments:

  1. Tasik banding tue aku suka. Untouchable nature. :p

    ReplyDelete
  2. Busy kot kalau handle event besar macam ni. Kalau aku memang dah stress dah. Nak bahagi masa masih failed. But yeah, the pengalaman is awesome la.

    ReplyDelete
  3. time flying fox..kaki lurus ke depan..br steady..yeaaa...siap sorak2..ni br mula kaki lurus ke bawah terhoyong hayang mcm anak tikus kne ngap helang...haw3....pengalaman...hihi

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)