macam mana nak yakin cakap depan orang ramai? ataupun macam mana nak kelihatan yakin masa kasi presentation? ataupun macam mana nak rasa wow masa buat impromptu? ni adalah pendapat aku
1) banyakkan membaca.
bila kau banyak membaca, kau akan cepat rasa yakin sebab 1) kau tahu pasal isu semasa. kalau orang tanya kau pun, at least kau boleh bagi pendapat. manusia ni, dia memang rasa macam tak berguna kalau dia diam je tak kasi pertolongan apa-apa. dia rasa useless. bila dia kasi pertolongan sikit, manusia ni, dia akan rasa lega.
"waaa, at least aku tolong la dia walaupun bagi jawapan yang seciput."
kita amik situasi kalau presentation berkumpulan. setiap kali presentation, kita akan ke depan dengan ahli kumpulan kita. lepas present, mesti akan ada sesi soal jawab dengan kengkawan kelas ataupun dengan lecturer yang mengajar. kau bayangkan kalau kau ni tak boleh nak jawab satu pun soalan yang lecturer kemukakan. mesti la terasa macam loser gila. apa-apa pun, kalau kau banyak membaca, banyak study pasal topik yang kau bentangkan, kau akan ada keyakinan at least untuk kasi jawapan dan cakap depan orang ramai. the reason tak nak atau malu cakap depan classmate atau lecturer adalah disebabkan takut kalau jawapan yang kita kasi tu salah lalu digelakkan ataupun kita kasi jawapan merapu entah apa-apa tahap gaban yang memang memalukan sampai 7 keturunan atau memang tak tahu apa-apa. kalau kau tahu nak kasi jawapan apa dan kau rasa kau ada general knowledge sikit pasal topik tu, kau akan kurang rasa malu nak cakap depan orang ramai.
sebagai contoh, ni soalan dari lecturer kepada kumpulan yang present tentang daun.
soalan 1 : apakah warna daun?
well, semua orang boleh jawab soalan itu dan boleh jawab soalan itu dengan penuh yakin dekat depan orang ramai sebab dorang ada general knowledge pasal benda itu dan dorang pun pernah baca pasal 'apakah warna daun' sebelum ini dekat majalah, buku sekolah rendah, TV dan apa-apa lagi. jadi takde masalah nak step out dekat depan and kasi jawapan and present.
soalan 2 : sila terangkan tentang Krebs Cycle.
tak semua orang tahu pasal Krebs Cycle. and kalau siapa yang tahu ialah dorang yang da buat reading atau study before buat presentation, what is Krebs Cycle. sebab tu pentingnya banyak membaca. tak salah kalau kau banyak membaca atau kau study lebih sikit on subjek atau topik yang kau akan present. at least, kalau lecturer atau classmates kau tanya masa presentation tentang soalan yang agak mangai sikit, kau boleh la cakap sikit-sikit dan bukannya tergagap-gagap tak tahu nak cakap apa. semuanya tentang, apa yang ada dalam kepala otak kita.
2) cakap je apa yang terlintas kat pikiran.
benda ni aku praktikkan selalu la. manusia ni banyak berpikir. dalam kepala otak selalu pikir. ni antara perbualan dalam kepala otak masa nak present kat depan
"kalau aku cakap statement ni, betul ke salah ea? agak- agak kena deduct tak markah dari pensyarah?"
ataupun
"betul ke ayat yang aku nak cakap ni? macam salah je tatabahasa dia ni."
bagi aku la, kau abaikan segala jadah perbualan dalam kepala otak kau tu and kau cakap je apa yang terlintas kat dalam kepala otak kau. sebagai contoh :
soalan dari lecturer masa presentation : apa warna epal?
jawapan dari student yang spontan : warna epal adalah warna merah. rasa dia sedap. tapi kadang-kadang, epal juga ada datang dalam bentuk warna hijau. bukan semua merah la kiranya. kalau epal merah tu macam dalam cerita Snow White yang semua orang pernah tengok.
kalau kau dari student yang spontan, kau cakap je apa yang kau nak cakap. bagi aku, apa yang terlintas kat pikiran kau, kau cakap je. ada jugak sesetangah student akan pikir dua tiga kali dalam kepala otak. ini mungkin perbualan dalam kepala otak dorang tentang 'apa warna epal?'
"epal ada dua warna, merah dengan hijau. tapi nak cakap ke dua dua warna? ke cakap warna merah je? hijau tak payah la. nak cakap ke pasal snow white tu?"
bila kau pikir banyak sangat, kau terus terasa blur nak cakap apa. last-last kau tergagap - gagap cakap kat depan and kau tak cakap apa pun kat depan. okay, aku tanya lagi. bila kau dengar soalan,
"apakah warna epal?"
apa yang terbayang dalam pikiran kau sekarang ni? untuk aku, aku terbayang epal warna merah and lepas tu snow white and lepas tu epal hijau. jadi, ini contoh jawapan yang aku kasi kalau aku dapat soalan pasal warna epal.
"oh, warna epal ialah warna merah. alaa, macam yang kita tengok selalu dalam cerita snow white tu. tapi not all epal kat dunia ni dalam warna merah. ada jugak yang warna hijau. more orang cakap, epal hijau ni lagi sihat dari epal merah. tu saya tak tahu la pulak. saya dengar je orang cakap macam tu."
jadi sekarang, kau tanya diri kau, apa yang kau nampak "apakah warna epal?" dalam pikiran kau tu. apa yang pop out terus dalam pikiran kau tu, kau terus je cakap and tak payah pikir.
masa aku interview dulu untuk selection student ke Korea Selatan, interviewer tu tanya kat aku.
"kenapa kami perlu pilih anda untuk pergi ke Korea Selatan and bukannya student lain? apa specialnya anda."
masa tu dalam pikiran aku, aku terus terpikir, apa je la sangat kelebihan yang aku ada. aku bukan tahu menari, aku tak tahu sangat menyanyi. bersilat lagi la entah apa apa. aku memang agak useless. last last aku cakap macam ni.
"i dont know. saya pun tak tahu kenapa anda semua kena pilih saya dari orang lain."
gelak.
" tapi kalau anda semua yakin dengan saya, why not pilih saya......" and the rest is history.
3) selalu kasi pendapat bila borak-borak dengan kawan.
bagi aku ni agak penting la sebab bila kau borak dengan kawan-kawan, macam-macam topik akan keluar. dari topik perempuan la, topik fesyen la, topik lagu la apa la itu la ini la. jaid tak salah untuk kau kasi pendapat dekat kawan kau. at least bila kau boleh bercakap depan kawan kau and kau takde masalah langsung cakap depan kawan kau and takde rasa gagap ke apa ke, aku rasa takde masalah je untuk kau cakap depan orang ramai nanti masa presentation. anggap je la semua orang tu kawan-kawan kau.
4) banyakkan berlatih cakap sorang-sorang sebelum presentation.
kau tahu , aku selalu cakap sorang-sorang atau berlatih masa mandi and naik motor. bukannya ada orang nampak pun. at least, kau berlatih dekat bahagian opening. contoh ayat
"assalamaualaikum and a very good morning I beat to my lecturer and my fellow friend. today, I'm going to present a topic / subject about....."
and lama-lama nanti, kau akan terbiasa and last-last tak payah berlatih pun.
5) sebelum presentation , tengok slide yang kau akan present tu banyak kali dari depan sampai belakang.
kenapa kena buat macam tu? sebab kau kena tengok apa kaitan dari slide 1 sampai la slide yang terakhir. kalau kau buat presentation individu takpe, sebab itu adalah slide kau and kau tahu apa yang kau tulis kat slide kau melainkan kau copy paste je dari internet. tapi kalau itu adalah presentation berkumpulan and slide tu adalah pecahan dari rakan-rakan, kau kena usha keseluruhan slide dari mula sampai habis.
contohnya, tajuk presentation adalah Epal.
Abu buat slide pasal latar belakang epal
Ali buat slide pasal warna epal yang pernah wujud kat dunia ni
Aminah buat slide pasal fakta menarik tentang epal
Ahmad buat story telling sikit, cerita kanak-kanak apa je yang ada terlibat dengan epal.
Kau pulak kena buat slide pasal kelebihan epal kepada kehidupan sejagat.
sebelum kau present, kau kena baca the whole slide,which is dari slide Abu sampai la slide kau. sebab kau kena tahu apa kaitan dari the first slide sampai la slide yang terakhir. at least bila kau baca semuanya, kau paham la serba sedikit apa yang terjadi and bila orang tanya, kau boleh re call, ohh, soalan Alia tanya tu ada dekat slide nombor sekian sekian sekian.
apa yang penting ialah banyakkan la membaca, buat back up reading, tanya pendapat orang itu ini. general knowledge tu agak penting la.
6) pakai segak-segak atau cantik-cantik.
ada orang, dia akan rasa yakin bila dia pakai kemeja masa present. kalau aku, aku akan cepat rasa yakin kalau aku pakai kasut masa present. tak kisah la kasut sukan ke kasut kasual ke kasut kulit ke apa ke tapi itu apa yang aku rasa. setiap orang lain-lain dia punya level of keyakinan dia tu. so, what is yours? tapi macakm pelikkan aku ni? ada ke cepat rasa yakin kalau pakai kasut. HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH. sumpah aneh.
k la. ni je apa yang aku nak cakap pasal 'keyakinan untuk cakap depan orang ramai'. sebab hari tu aku ada baca kat blog Mr. Unknown pasal dia ada masalah nak present kat depan orang ramai. jadi aku rasa terpanggil la untuk share apa yang aku boleh share untuk seisi sejagat dan juga dia. HAHAHHA. aku rasa ramai je yang boleh present dari segi reader aku ni sebab most of aku punya reader ni adalah da bekerja. bukan kalau bekerja , bukan ke selalu kena present depan big boss atau siapa-siapa je la. kan ? kan? kan?
ni sekadar perkongsian aku. nampak macam mengarut. hahaha. apa yang aku cakap kat atas, bukanlah aku da buat kajian ke apa. it's just based on my experience. kau boleh try kalau kau nak. kalau boleh abaikan kalau kau nak. mana-mana pun boleh. tapi, tak salah untuk kau mencuba selagi kau tak tahu. kita tak tahu on the future kan? kalau ada siapa-siapa nak share macam mana dia overcome atau macam mana dia boleh yakin cakap depan orang ramai, boleh la komen kat ruangan di bawah ye :) kongsi maklumat tu kan amalan yang baik lagi mulia. haha.
buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal entry ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini
@Google Drive Form <-- really simple form :) selamat menulis! till then, babai!
p/s
yang tengah bersedih tu. jangan la bersedih lama-lama and jangan la sedih sorang-sorang. saya.... selalu ada untuk awak. rindu awak.
Nk menangis rasa bile selak2 tngok2 x ada sambungan nya lagi. Hahahah
ReplyDeleteSHARK !!!
ReplyDeleteThanks a lot bro !
Terharu pulak aku baca. HAHAHA. Terima kasih sudi share tips. Dah le panjang lebar pulak tu. I'm gonna try my best after this. :)
utk golongan pemalu mcm shin.. tips ni leh di guna pakai.. #terbaek
ReplyDeleteWow...nice tips! Hehe..
ReplyDelete