Nuffnang

Sunday 22 November 2015

Mockingjay Part II #170


semalam , hari jumaat, aku tengok Mockingjay part II dekat IOI City Mall yang baru tu. dari hari khamis lagi aku da cek siap-siap waktu tayang Mockingjay Part II and jot down dekat buku nota aku. disebabkan hari jumaat aku takde kelas, aku dengan penuh riang ria , mandi dan bersiap-siap untuk tengok wayang.

kenapa aku nak sangat tengok Mockingjay ni? first sebab aku da baca novel dia. second, sebab aku nak tahu, sama tak yang movie dengan yang novel tu. tiga sebab aku da follow movie dia dari awal. so why not aku tonton movie dia sampai penghabisan kan?

jadi, apa pendapat aku tentang Mockingjay part II ni?

1) bagi aku, macam biasa la. bila novel di adaptasi kepada movie, mesti akan ada part yang dipotong dan sebagainya. termasuk jugak cerita Mockingjay ni. tapi yang aku paling bengkek ialah antara part yang dipotong tu , scene Johanna and Katniss pergi latihan ketenteraan sama-sama. aku rasa ini antara part yang menarik.

Johanna

2) dalam buku pun ada ditulis pasal cara Johanna kena seksa macam mana. tapi kat dalam movie, dia tak cerita la pulak sedangkan aku rasa tu antara highlight movie. haha, kau ni da jadi macam pengkiritik movie la pulak Shakry. bila aku tengok movie ni, aku baru perasan yang katniss ni macam slut. haha. Gale pun dia cium and Peeta pun dia cium jugak. dude, haha, gersangnya kau sampai semua orang kau cium. nasib baik dia tak cium Finnick. Kalau tak, Annie mesti da bunuh Katniss dulu.

Katniss

Gale

Peeta

3) Part paling sedih of course la masa Finnick mati. sobs. tak sempat nak honeymoon lama-lama bak kata Katniss. eh? aku ni da terspoil jalan cerita ke? HAHAHAHHAAH. ah, gasak. lantak siapa yang baca entry aku sekarang ni. padan muka korang. Bila aku baca novel, part adik Katniss, Primrose mati is one of the saddest part dalam novel tu. Tapi bila dalam movie, aku rasa tak sedih la pulak. pengarah macam tak pandai nak main emosi penonton. BOOO you pengarah. I hate you. ke aku je yang takde rasa sedih tu? tapi bila Finnick mati , aku rasa sedih la pulak. err. ke affection aku tu lebih kepada lelaki? eh? haha.

Finnick

jadi, secara keseluruhannya, aku bagi 3.5/5 untuk movie Mockingjay II ini. tak rugi pun untuk kau tengok. Cuma cerita ni agak kurang aksi sikit la, banyak main perasaan sikit je movie ni. Kalau nak dapat murah , kau guna la student card. HAHAHA. hanya boleh apply kepada student je la. aku dapat RM8.50 masa tengok movie ni walaupun movie ni baru keluar wayang. oh, aku tengok movie dengan siapa? selalunya aku tengok movie sesorang je kalau hari jumaat. kalau hari-hari lain, selalunya aku pergi tengok movie ramai-ramai lepas habis kelas petang dengan classmates. KOH KOH KOH.

sekian pendapat saya mengenai Mockingjay II. eh? sorry kalau ter spoil. haha. tapi ada ke yang layan Hunger Games macam aku ni? heh. apa-apa pun, selamat menonton dan selamat menjalani kehidupan riang ria raya pada hari esok.

adios amigos. babai. assalamualaikum! *lambai2*

p/s
hari ni aku pergi Year End Sale untuk buku dekat Maeps. Melayang 50 ringgit sebab aku beli Aksara, Eleanor and Park dan juga Tsukuru Tazaki tanpa Warna dna tahun tahun kembara. Damn you buku, why you are tempting me so much?


  


6 comments:

  1. Aku memang tak layan pun Hunger Games sebab lagi suka layan Divergent instead of hunger games...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hunger games aku layan, divergent pun aku layan

      Delete
  2. Lepas Finnick mati terus aku rasa bosan. Dia hensem kot ! HAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ye! finnick odair memang hansem!!

      Delete
  3. hunger game mocking jay 2 ini ending die memang aku akui teruk... sebab sampai aku yang mengikuti babak pertama sampai ke tiga dan tiba laa yang terakhir ini konon berdebar-debar... tapi apa yang aku harap kan semua nya tak sama... ending dia terlalu cepat berlalu dan mengapa tiada keterangan jelas katnis bunuh presiden coil tu... tak kan laaaa bunuh mengejut pula tanpa ada sebab atau cuma kerana kesalahan kecil???

    tapi kalau aku punya fahaman sebenar nya cerita ini bukanlah simbolik pemberontakan..
    sebab itulah peralatan yang di sediakan oleh capitol bukan calang-calang...siap buat makhluk2 lagi...

    tidak kah kalian perasan sepanjang jalan cerita ini ianya ada menyampaikan satu mesej tersembunyi pada semua manusia yang menonton...

    mesej yang cuba di sampaikan mengapa aku di hidupkan lepas itu di matikan dan di hidupkan lagi lalu di persoalkan???? dan mereka ingin kan kedamaian sebenar... 13 bukanlah nombor yang baik jika bagi bangsa mat salleh tapi kenapa tiba wujud nya kelainan... tak apalah korang ikuti nanti blog aku...aku siap bakar burung mockingjay aku tu dalam blog aku... besaaaar

    ReplyDelete
  4. hunger game mocking jay 2 ini ending die memang aku akui teruk... sebab sampai aku yang mengikuti babak pertama sampai ke tiga dan tiba laa yang terakhir ini konon berdebar-debar... tapi apa yang aku harap kan semua nya tak sama... ending dia terlalu cepat berlalu dan mengapa tiada keterangan jelas katnis bunuh presiden coil tu... tak kan laaaa bunuh mengejut pula tanpa ada sebab atau cuma kerana kesalahan kecil???

    tapi kalau aku punya fahaman sebenar nya cerita ini bukanlah simbolik pemberontakan..
    sebab itulah peralatan yang di sediakan oleh capitol bukan calang-calang...siap buat makhluk2 lagi...

    tidak kah kalian perasan sepanjang jalan cerita ini ianya ada menyampaikan satu mesej tersembunyi pada semua manusia yang menonton...

    mesej yang cuba di sampaikan mengapa aku di hidupkan lepas itu di matikan dan di hidupkan lagi lalu di persoalkan???? dan mereka ingin kan kedamaian sebenar... 13 bukanlah nombor yang baik jika bagi bangsa mat salleh tapi kenapa tiba wujud nya kelainan... tak apalah korang ikuti nanti blog aku...aku siap bakar burung mockingjay aku tu dalam blog aku... besaaaar

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)