Nuffnang

Friday 20 November 2015

Game 3 Fakta [ii] #169

hai korang! *lambai-lambai* sekarang da la malam jumaat. KAH KAH KAH. malam masa untuk bunuh setan. semalam aku ada main satu game dekat blog ni which is aku panggil dia game 3 Fakta.

1) aku pernah ada skandal dengan seorang CEO company dekat Malaysia ni. a long time ago.
2) Benda yang aku paling fobia and takut dekat dunia ni ialah tempat sempit.
3) Aku pernah koma masa zaman aku kanak-kanak.

kat sini ada 3 fakta pasal aku. 2 fakta ialah betul. 1 fakta ialah salah. aku sesaja je suruh korang teka yang mana satu betul yang mana satu salah. KAH KAH KAH. takde niat lain pun. game ni pun just for fun and untuk tambahkan knowledge kawan kau pasal kau and at the same time, through this game, kita boleh tahu sama ada kawan kita kenal kita ataupun tidak. siapa yang tak baca entry sebelum ni, korang boleh la try teka cepat-cepat fakta kat atas sebelum baca jawapan kat penghujung entry ni. haha. kau pikir ada yang nak main ke game kau yang lagha ni ke Sharky?  :3

macam aku cakap semalam, keh keh keh,  game ni sesuai dimainkan pada waktu bosan and boleh menjadi pengganti kepada Truth or Dare ataupun Beer Pong. haha. takkan nak main game truth or dare selama-lamanya kan. haha. 

so, antara 3 fakta kat atas tu, yang mana satu betul and mana satu yang salah? ini adalah jawapan dia. haha. 

1) aku pernah ada skandal dengan seorang CEO company dekat Malaysia ni. a long time ago.

well. fakta ini adalah betul.

aku pernah ada skandal dengan seorang CEO company dekat Malaysia. well, macam yang aku cakap, ianya pada satu ketika dahulu. tak la satu ketika dahulu pun. haha. tahun lepas je pun. skandal? bunyinya macam over gila kan. haha. kau fikir kau hot ke sharky? KAH KAH KAH. aku pun tak tahu la macam mana aku boleh ada skandal segala bagai ni. I'm totally NOT hottie , muka pun tak hansem and sado pun tak. hitam pun ye jugak sebab masa kecik-kecik aku suka main parit. haha. ciri-ciri model pun langsung takde pada aku. mesti orang cakap pelik la apa la. well, hahahahahhahahaha. apa yang aku boleh cakap, rupa paras bukan segala-galanya. :3.

alhamdulillah la aku banyak jumpa manusia yang tak pandang rupa paras semata-mata. kalau kau cakap, aku ni bullshit la apa la , haha, malang la bagi korang sebab selalu jumpa manusia yang pandang paras rupa semata. boo. heh. selain CEO company, aku jugak pernah ada skandal dengan jurulatih bola tampar selangor and salah seorang dari ahli boy band dekat Malaysia ni.

buat masa sekarang, aku tiada hubungan dengan siapa-siapa. single. single since April.  KAH KAH KAH. nak fokus kat FYP. kononnya. entah bila entah aku nak submit chapter 1 dekat SV aku, patsu merepek meraban., poyo je lebih. :P

2) Benda yang aku paling fobia and takut dekat dunia ni ialah tempat sempit.

Fakta ni pun betul jugak.

antara banyak-banyak benda dekat dunia ni, aku paling takut and fobia dengan tempat yang sempit. hari tu junior ada amali Caving dekat Taman Negara. kawan aku join sama sebab lecturer suruh dia jadi fasi untuk junior. aku tak join la sebab tak diperlukan pun. haha. bila kawan aku balik dari Caving tu, dia cerita pengalaman Caving dia dekat aku. kena merangkak la lalu tempat sempit la. apa la itu la ini la yadaa yadaa. dengar dia cerita je pun da boleh buat aku seram sejuk apatah lagi kalau aku join sama. KAH KAH KAH. mahunya aku ketaq lutut semedang je dekat sana kalau join.

3) Aku pernah koma masa zaman aku kanak-kanak.

Fakta ni ialah salah.

aku tak pernah koma masa zaman aku kanak-kanak. benda paling teruk pernah terjadi kat aku masa zaman kanak-kanak pun is kereta yang aku naik pernah kena langgar dengan Lori Hantu Pasir yang besar gadang tu, kaki masuk tercepit kat celah jeriji basikal, nampak hantu masa kecik-kecik pastu menangis macam setan, team up dengan jiran aku and lepas tu bertumbuk dengan orang yang buat masalah dengan kitorang kat dalam bas sekolah. apa-apa pun, aku memang tak pernah koma sepanjang aku hidup. KAH KAH KAH. macam over sangat kalau sampai koma tu. bila da besar tagun pun, paling teruk pun, aku just accident and kaki aku berlubang. tu pun aku tak pengsan masa accident. lain-lain yang serius dari tu takde pun.



sekian, tamat la sudah game 3 fakta bersama sharky. KAH KAH KAH. sorry kalau hambar. apa apa pun, try la main dengan kawan-kawan kau. lagi daring fakta kau, lagi menarik la game tu. apa-apa pun, selamat bermain dan selamat membunuh setan pada malam ini. HAHAHAHHAHAHAH. sekarang ni aku tak tahu la kenapa, tapi aku asyik rasa nak update blog je. tapi internet kat uni aku macam bangang pun ye jugak sebab asyik putus-putus je. haih. wahai internet, tolong la jadi super power dan penuh hebat untuk pelajar-pelajar univesiti seperti aku ni boleh online dengan kadar super riang ria bergembira. haha. niat memang la tak baik betul. orang guna internet kat uni untuk study. :3 kau pulak semata nak riang ria raya je.

by the way, korang tengah buat apa ni? bunuh setan dengan pasangan masing-masing? haha.

p/s
aku ingat hari ni lepas habis kelas nak tengok Hunger Games jap dekat wayang. tapi kelas aku jam 430 baru habis. kat IOI tu mesti penuh punya la dengan umat manusia waktu-waktu puncak macam tu. jadi niat nak tengok wayang terus la ku tunda. disebabkan aku takde kelas esok, jadi boleh la tengok wayang dengan kadar yang ber gembira pada esok hari. siapa nak join, boleh la mensi gua dekat tiwtter kay. KAH KAH KAH.  oh, hari ni, aku sempat pergi Microbes Carnival dekat uni aku. da lama gila tak baca segala bagai pasal bio, sampaikan function of ribosome pun aku tak ingat. haha. tu la. dulu belajar bio sebab semata mata nak lulus exam je. bila da habis exam, terus tak ingat. apa-apa pun, Carnival Microbes tu memang la best gila.

12 comments:

  1. Teringin nak tahu kisah percintaan Shark dengan CEO..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahhaa..i betul fakta untuk number 2 je...sila buat entry tentang u dan ceo itu k...hehhee..xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. lagi sorang nak tahu pasal ceo tu. hahahaha

      Delete
  3. Ciskek, salah. Hahaha. CEO? Wow, story ciked..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahahaha. clap clap clap. tahniah pada anda!!!

      Delete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)