Nuffnang

Saturday, 4 April 2015

Terlalu berpikir #134

aku : kau kerja kat mana?

dia : aku kerja sebagai doktor.

aku : =.='   kau memang tak paham soalan kan? aku tanya kau kerja dekat mana? bukan kerja sebagai apa. 


aku kadang-kadang tak paham manusia yang kompleks yang terlalu berfikir. dia ingat , bila dia cakap doktor, aku akan terus tahu kot dia kerja dekat mana. well, doctor can work at hospital or clinic or kat mana-mana je la. jadi, bila aku tanya, kau kerja dekat mana? jawapan yang harus diberikan ialah tempat dan bukannya benda lain.
i was like -,- apa gred kau untuk BM masa spm ni? simple question pun tak paham. yeah, aku tahu, akan ada orang cakap,
"ek eleh kau ni. buat-buat paham je la bila dia cakap, dia bekerja sebagai doktor."
macam aku cakap la. doktor boleh bekerja di mana-mana sahaja. lagipun, aku tak nak tahu pun dia kerja as a apa. aku cuma nak tahu kat mana dia kerja. as simple as that.
mungkin si DIA ingat, ini perbualan yang akan terjadi.


aku : kau kerja dekat mana?

dia : aku kerja dekat hospital.

aku : oh, kau doktor la ni ea?

dia : yap. aku doktor.

jadi, might be la dia ingat conversation akan jadi sebegitu rupa. that is why dia sebut dia work as a doctor untuk singkatkan perbualan dari panjang kepada pendek. tapi actually, ni perbualan yang aku pikirkan.

aku : kau kerja dekat mana?

dia : aku kerja dekat area......

aku : laaa, ye ke. sama la kita! dekat je, tak la jauh mana pun. kau duduk mana?

dia : [bla bla bla]

dan ye, apa yang aku pikirkan, tak sama dengan apa yang dia pikirkan. haha. aku takde intention pun nak tahu dia work as a apa. mungkin ye aku nak tahu dia kerja as a apa, tapi bukan seawal itu.


and ada lagi satu situation. yang ni pun aku tak paham jugak dengan jawapan yang diberikan.

aku : kalau tidur kat sini, dapat rasa ke angin kipas dari siling tu?

dia : well, aku boleh hidup kat mana-mana sahaja. tempat yang senang ke susah ke apa ke.

aku : aku cuma tanya, bila kau tidur, kau dapat rasa ke angin kipas ni? answer yang kau patut jawab ialah YA ataupun TIDAK.

and again, i was like -,- susah sangat soalan aku untuk difahami? perbualan yang aku ingin sampaikan ialah seperti berikut

aku : kalau tidur kat sini, dapat rasa angin kipas dari siling tu?

dia : dapat la rasa jugak. sikit-sikit. 

aku : oh, bertabah la. hahahaha. 

haih. for me la. they are think too much. terlalu amik step yang besar untuk meramal perbualan yang seterusnya and for me, -,- perlu ke kau nak ramal perbualan yang akan datang and skip the question.
hahaha, aku tak tahu korang paham ke tak apa yang aku cuba sampaikan but the thing is, aku cuma tak paham, kenapa ada homosapien yang memberi jawapan yang sangat aneh.
ianya macam, kau seorang cikgu, kau buat soalan exam untuk budak darjah satu. dan soalan itu berbunyi begini.

soalan : ayah Ali bekerja di mana?

jawapan : ayah ali ialah doktor. 

jadi, kau rasa jawapan tu betul ke tak?

ataupun

soalan : Ali mendapat nombor berapa di dalam peperiksaan itu?

jawapan : Ali telah belajar bersungguh-sungguh siang dan malam dan banyak latihan yang telah dia buat. 

kadang-kadang manusia ni terlalu banyak berfikir dan terlalu kompleks. jadi simple je kan senang. jawab soalan yang ditanya semasa perbualan dan bukannya meramal perbualan. haha, korang ada pengalaman macam ni tak? kalau ada share la sikit. hee.
ye, entry ni pendek je. sekarang malas nak buat panjang-panjang. haha. sekarang aku dalam mood nak siapkan chapter 16 of remaja. heh. k la selamat malam. adios amigos. tata.

p/s
FF7 best jugak!


11 comments:

  1. post ni sangat bersifat Pragmatics. Haha. :)

    ReplyDelete
  2. aku rs doc mmg ade perangai mcm ni la. suka membuat andaian dan ramalan d luar dugaan and comes up with statemnts tht leaves u feeling like ok wat d hell just happend?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knape doktor memang suka takut takutkan org haaa , ingat lagi mase First time pergi hospital, nak cek darah . Mase tu bukan main hebat lagi tunjuk jarum besar depan aq kat atas meja. Rupa rupanya die silap ambik jarum , sepatutnya jarum tu kecik . Rase nye die saje nk kenakan aq . Blurrr

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mungkin dia tak nak ko tahu dia keje dekat mana..privacy reason. sebab tu dia jawab secara general. aku pun selalu jumpa yang macam ni..tapi kalau aku laa,aku tanye je sampai dapat jawapan yang diingini..kalau dia senyum je,paham2 laa..dia tak nak share laa tu..tak perlu paksa,hormat privacy masing2.

    kira ok laa tu at least lesat jujur,cuma tak spesifik aje..hehe

    ReplyDelete
  6. Lagi satu situasi :

    Soalan: Awak tengah buat apa?

    Jawapan: Dekat rumah boyfriend.

    (gag)

    ReplyDelete
  7. http://myinvitepay.com/?ref=295460
    Please go to thia link

    ReplyDelete
  8. No komen just aku baru follow blog in 3 hari n blog ni gempak n aku jeles gan haikal

    ReplyDelete
  9. Sharky, nak emel bole? Nak hntr cerpen ni.. Hihi

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)