Nuffnang

Sunday, 12 April 2015

Meminta sedekah #135

Minggu lepas and semalam aku ada keluar dengan kawan. last week kitorang makan dekat Restoran Hakim, Seksyen 7 and semalam kitorang minum-minum dulu kat Chemsitry Cafe yang hispter gila babi tu sebelum kitorang sambung makan dekat Restoran Hakim and then aku tambah dengan Beger Ikan Double. kawan aku siap cakap dekat aku.

"kau memang makan banyak kan?"

aku tergelak terbahak-bahak je la. HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAH. and yeah, aku memang makan banyak :3 last week, masa kitorang makan dekat Restoran Hakim tu, ada seorang makcik tu datang kat meja kitorang and jual keropok plus kerepek .

and seperti biasa, aku just geleng kepala je la tanda aku tak nak membeli. kawan aku pun geleng kepala jugak tanda dia tak nak beli kerepek plus keropok yang makcik tu jual. then makcik tu pergi kat meja sebelah and aku nampak abang meja sebelah tu dia ada beli beberapa jenis kerepek dari makcik tu.

i was like. waaa, abang ni memang baik hati and malangnya aku tak terbuka hati untuk menjadi baik macam abang tu. and lepas tu, order yang aku dengan kawan aku pesan dekat abang mamak pun sampai. kawan aku order Milo Ais plus Roti Canai and aku pulak macam biasa makan Nasi Goreng Ayam dia yang sedap gila barabas plus Jus Tembikai. aku tak tahu kenapa tapi aku suka makan Nasi Goreng Ayam kat Hakim ni. sedap dia lain macam. HAHAHAHHAHAHAHAH. aku tak berharap yang dorang letak spenda ke stoking ke singlet ke dalam menu masakan dorang untuk kasi makanan lebih sedap. haha. bodoh la Sharky pikir macam-macam.

and kitorang berdua pun makan dengan penuh riang ria raya sambil berborak sakan, and then tak lama lepas tu, ada seorang pakcik tua yang buta and seorang akak pimpim pakcik tu dari meja ke meja untuk jual tisu pulak. dan entah kenapa bagi aku, semua penjual tisu dekat kedai makan sekitar Klang Valley and Kuala Lumpur ni ada muka yang sama. which is seorang lelaki buta yang tua dan dipimpin oleh seorang akak sambil menjual tisu dari satu meja ke satu meja yang lain. entah kenapa muka dorang sama je. ke perasaan aku je kot. -,- ye , saya memang aneh.

and sampai kat meja aku, aku seperti biasa, aku menggeleng and angkat tangan sedikit tanda tak nak. and kawan aku pulak dia bagi certain amount kepada akak tu and lepas tu dapat satu paket tisu. lepas tu akak dan pakcik tua buta si penjual tisu beralih ke meja lain pulak.

aku tak paham kenapa perlu dua orang untuk jual tisu tu. and kenapa akak tu kena bawak jugak pakcik tu untuk jual tisu. dia boleh jual sendiri kot. kenapa nak guna seorang pakcik yang memang da tua lepas tu buta pulak untuk jual tisu? it's like macam kau gunakan pakcik tu untuk mendapat simpati orang ramai untuk terus membeli tisu tu. kau bayangkan la. pakcik tua tu kena jual tisu dengan bantuan akak tu. tapi the thing is , I just dont get it. kenapa akak tu tak jual sorang-sorang je tisu tu? suruh je la pakcik tu berehat kat rumah ke apa ke sebab ye la. da tua and sakit. better duduk rumah je la kan.

adakah dengan membawa seorang pakcik tua yang buta, boleh meningkatkan jualan tisu? for me, it is like, -,- what the heck dude? kau seolah-olah menggunakan pakcik tu untuk mendapatkan jualan tisu yang banyak. seolah-olah macam kau berkawan dengan seorang OKU, mintak stiker OKU dengan menggunakan nama kawan kau. setiap kali nak shopping, kau akan bawak kawan OKU kau sebab nak parking kat tempat OKU sebab kalau parking kat tempat OKU, sah-sah memang dapat parking kereta.

kau seolah-olah mengeksploitasi orang untuk kegunaan diri sendiri.

lepas tu aku tanya kawan aku.

sharky : kenapa dengan orang yang jual tisu tu kau bayar tapi makcik yang jual kerepek tu kau tak beli pun tadi. is that sebab pakcik tu buta sebab tu kau beli tisu dia?

and aku tak ingat dia jawab apa lepas tu. haha.

for me, it is like macam kau gunakan pakcik buta tua itu untuk menjual tisu , untuk mendapatkan simpati orang ramai. boleh je kau jual sendiri tanpa membawa pakcik tu bersama. aku bukanlah marah akak yang iring pakcik tu ke apa ke, but I was like very bengang gila. -,- dia macam ada satu organisasi yang berselindung yang bawak pakcik-pakcik ni supaya mintak sedekah / jual tisu dari satu kedai ke satu kedai yang lain. yeah, aku bukan berada dalam kasut dorang untuk judge dorang but aku macam kesian kat pakcik tu. kena gerak sana sini la apa la itu la ini la.

kawan aku yang makan dengan aku tu, ada tulis dekat blog dia yang

kita tak sepatutnya memberi sedekah kat orang yang gelandangan yang memang terang nyata lagi bersuluh, dorang still boleh bekerja tapi entah kenapa nak jugak duduk tepi jalan atau pasar malam,pangku anak masing-masing sambil mengharap orang lain.

aku tak ingat the exact word, tapi lebih kurang macam tu la ayat dia. and yeah, menjadi kemusykilan aku jugak,untuk makcik-makcik yang selalu pangku budak kecik, duduk kat atas jambatan, hari-hari ada kat situ. I was like -,- . emm. emm. aku bukan bengang atau marah ke apa, I'm just.... why kau tak kerja? atau cuba mencari satu pekerjaan? kenapa perlu sampai jadi macam tu. hanya duduk sahaja? yeah, aku tak berada dalam life atau kasut dorang and aku tak patut judge dorang tapi aku hanya manusia biasa.

manusia biasa dan sikap suka menilai orang lain memang tak akan dapat dipisahkan buat selamanya. dan aku masih tak paham sampai sekarang dengan manusia yang duduk je tu. and alhamdulillah jugak, aku bersyukur yang aku lahir dalam kehidupan keluarga yang agak okay jugak kalau nak banding dengan mereka. kadang-kadang aku macam agak sedih sebab ye la, orang-orang yang selalu datang ke kedai, jual tisu la, jual kerepek la apa la. aku just terpikir, mana anak-anak dorang? sampai sanggup biarkan ayah and mak kau bekerja lagi even usia da lanjut -,-

aku jumpa anak dorang, aku tendang je.

aku pulak yang emo tiba-tiba. haha. k la. da pukul 1 pagi. mata da barai. mengantuk gila. selamat malam. tidur dulu. assalamualaikum.

p/s
semoga tok zakwan sihat walafiat dekat hospital sana.





12 comments:

  1. Aku hanyalah manusia biasa sharky, mata kadang2 kabur...

    Pandangan aku berbeza waktu dan ketika...

    Mohon Memahami...

    Dr Harry S

    ReplyDelete
  2. Sharky, next time ang bagi senyuman je.. Senyum i2 kan satu sedekah :3 Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap masa aku memberikan senyuman pada mereka yang lalu lalang di hadapan ku :3

      Delete
  3. Sharky hari ni bufday aku wish la .. Hakhak tak malu pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy besday!!! haha, sorry la. da hujung bulan baru aku nak komen and wish

      Delete
  4. Aku lebih suke beli kerepek kat makcik depan atm cimb seksyen 18 tu. At least makcik tu berusaha jual something utk dapatkan duit. Membeli sambil bersedekah org kate.
    Dari org yg duduk saje meminta sedekah tuh.. Nak bg pon mcm tak percaya. Ye la, zaman skrg byk sindiket2 ni..

    ReplyDelete
  5. skarang smpai nak beli kerepek pun aku fkir 2-3 kali.. beli kerepek nnt balik siapa nak makan plak kan..
    then hari tu aku nmpak, makcik ni bgkus kerepek dia and masuk dlm satu van ber-nombor plat Thailand.. hurmmm.. aku agak curious, knapa plat Thai.. then dlm tu rmai lagi yg seangkatan makcik pakcik yg pkai kopiah bwk benda yg sama.. hurmmm.. lg lar aku bertambah curious..

    psl yg kutip sedekah kt shah alam ni.. lagi2 sek7, kau blum jumpa sekumpulan budak2 yg familiat giler nak mampus pusing satu shah alam minta sedekah.. at one port, minta sedekah muka kesian, kat port lain plak pura2 buta. apa kes budak buta main henset? erghhh.. ini semua sindiket yg jelas terang dan nyata..

    ReplyDelete
  6. Dok shahalam ke jom lepak...
    Novel lu da setaun beb xnk celebrate ke??

    Hanz

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, haha. not la duduk shah alam. nak lepak mana? haha. jom celebrate!

      Delete
  7. Aku bila nampak mereka ni aku bg je sedekah RM1. Biarlah dorg nk tipu ke apa janji niat aq nk sedekah dah abis sedekah kemana duit tu pergi itu urusan pengemis dgn tuhan. Org yg bawak pakcik tu adakalanya keluarga mereka. Mereka mungkin bkje di waktu lain dan sambilannya mengemis dgn tisu. Kau bygkan hidup di KL..most pengemis camtu kita tgk ada di KL sebab sara hidup tinggi. Kawan aq duduk rumah ppr mak keje gaji Rm 800 abg kje gaji seribu lebih masih xcukup utk tanggung adik2 dan brg keperluan serta sewa rumah sampaikan kwn aq ni kalau cuti 2-3 hari atau seminggu dia akn kerja sementara utk tlg keluarga dan duit masih tak cukup utk tampung yuran sampai depa selalu puasa. Btw bantuan diberi pun masih x mencukupi.


    Jadi mcm kes pak cik makcik buta ni mungkin kalau kita positive.. depa mungkin ada anak nk dibesarkan, anak buang depa ke, takde sapa amik keje which is dgn ekonomi skg ramai amik pekerja asing berbanding kita. Nak keje nak yang muda je terutama kilang2 and at least ada pmr atau spm. mcmna kalau pak cik makcik buta tu ada upsr je? or xde lgsung?

    memang ada kegiatan khas utk mereka keje cth industri kraftangan dll tp seperti sy kata mungkin masih x ckup utk sara hidup di bdr2 besar.

    Yg bwk anak, kanak2 mengemis mostly golongan pelarian rohingya. mereka ada susah dpt keje sbb bkn warganegara atau tidak mahir dlm keje tu atau masalah lain berkenaan pandangan thadap pelarian dan sbg nya..sbenarnya isu pengemis boleh dibasmi kalau kita semua ada satu penyelesaian. Sy ada terfikirkan pasal ni tapi tulah..kalau pm nk dengar sy leh je kasi idea kn haha..

    sy tak salah kan mana2 parti politik dlm hal ni sbb sume parti bertanggungjwab dlm hal ni kerana kita rkyt msia dan kita semua adalah pemimpin. aq harap mereka adalah solution utk pengemis n org miskin ni. bantuan sedia ada mgkin perlu ditambah dgn perkara lain utk tmbah wang sara hidup.

    mmg x dpt dnafikan mmg ada pengemis sengaja mengemis sbb suka2 atau sbb lain..tp bagi aku..kita bg seringgit tak luak mana. kita bg rm1 akhirat nnty insyallah digandakan bila kita niat baik n bersangka baik. Org yg memberi tak akan rugi. Tp kalau kita npk pengemis tu betul2 bohong barulah cth kau npk mak cik siti buta pastu balk rupanya naik kereta n rumah pun cantik xseperti fakir so kau bolehlah simpan duit kau sbb tau dia bohong.


    btw..think positive, sedekah byk2 buat bekalan nanti..kalau mostly kita ley " sedekah " duit rokok, kat kedai takkan kat pengemis takleh?

    ReplyDelete
  8. ada antara mereka dr sindiket ada pula org oku yg diguna..so kita taktau mana satu...klo niat kita baik..ala bg jela k bro

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)