Nuffnang

Wednesday 19 April 2017

OYAKAWA / Chapter 4 #225

Chapter 4


“Kau debar da kenapa siak?” Tanya Nifael. “Motif nak berdebar sakan?”
“Sejak bila aku berdebar?” Balas Harris balik.
“Da tu, apesal tak keluar? Nak bertapa dalam kereta ni sampai bila?”
Dia dengan Nifael da selamat sampai dekat sport centre universiti. Dekat sport centre tu, ada je tempat gym, balapan, padang bola, padang hoki, padang archery and berbagai lagi la. Nama pun da sport centre, apa yang kau orang boleh bayangkan lagi kan? Mesti la tempat yang full dengan equipment sukan kan?
Dari dalam kereta  dia boleh nampak orang jogging dekat balapan dalam sport centre tu. Ada jugak bebudak olahraga yang tengah berlatih lari sana sini. Tapi dari kedudukan dia ni, dia memang tak dapat nak kenal pasti sorang-sorang, siapa makhluk dalam sport centre tu. Ada ke Noah dia hari ni?
Serius jantung dia berdegup laju gila. Ni kalau budak sekolah dia nampak dia nervous macam ayam kat sini, sah dia kena menganjing sebab buat perangai yang tak pernah dibuat oleh dia.
Budak gangster sekolah nervous nak jumpa kekasih? Kegilaan apakah itu.
Harris tersengih.
“Kau ayan apa pulak ni?”
“Takde apa.”  Lepas tu Harris terus keluar dari kereta. Nifael ikut sama sebelum tutup pintu kereta.
Harris kunci pintu kereta sebelum tarik nafas berat.
“Apa-apa pun, kita jumpa Atilia dulu kay. Aku da janji nak jumpa budak perempuan hot tu dulu.”
“Okay.” Jawab Harris sepatah. Entah bila entah sejak zaman dinasour mana entah dia mula cuak nak jumpa dengan Noah. After four years huh? Lepas empat tahun ye Harris. Tapi macam mana kalau tu bukan Noah dia. Noah dia?
Wekkkk.
HAHAHAHAHA.
Apa agakanya reaksi budak lelaki tu lepas jumpa aku.
Suka ke?
Harris mula bayangkan muka Noah yang ceria sampai sengih tak nampak mata tu. Budak lelaki tu memang la tersangat comel.
“Aku kat area parking sport centre ni.”
Harris pandang Nifael. Dia nampak budak lelaki tu tengah borak dengan siapa-siapa entah dekat telefon. Tengah borak dengan Atilia la kot. Mamat Nifael tu pandang-pandang angkat kening pada dia lepas tu bila sedar yang dia sedang diperhatikan oleh Harris.
“Ni kawan aku tak sabar nak jumpa budak Noah tu.” Canda Nifael.
Harris bulat mata tengok Nifael. Kawan dia tu pulak boleh buat muka nak tahan gelak macam apa je. Harris geleng-geleng kepala. Kawan dia memang la macam lahanat je. Tapi lahanat mana pun mamat tu, still dia kawan yang baik and bukan seorang yang judgemental.
Kenapa dia cakap Nifael tu bukan seorang yang judgemental?
Sebab kau ingat senang ke nak jumpa umat manusia yang open macam si Nifael tu yang tahu pasal kisah dia suka pada seorang budak lelaki yang lain.
It’s not a normal story kan?
Nifael letak fon dalam poket sebelum berdiri sebelah dia.
“So?” Tanya Harris.
“Apa yang so so nya?” Nifael mula nak main-mainkan dia.
“Noah ada ke tak ?” Tanya Harris da mula geram.
Nifael terus tergelak. “Dude, tak pernah aku nampak kau seserius ni pasal seseorang. Sebelum ni punya la ramai yang tadah diri nak ajak kau berkasih sayang, kau still buat derk and tak layan je. Ni kalau pasal Noah, aku buat lawak sikit pun da nak marah.”
Harris keluarkan rokok dari poket dia sebelum kemam kat bibir. Lepas tu amik lighter and hidupkan rokok. Dia sedut rokok dalam-dalam sebelum hembus keluar. Harris buat bodoh je kat Nifael.
“Hai guys.” Sapa seorang budak perempuan ke arah dia dan Nifael. She looks hot! Ni kot Atilia yang Nifael cakap tu. No wonder la mamat tu asyik puji melambung sebab yeah, Atilia is a totally hot girl.
“Atilia!” Sahut Nifael ceria.
“Hai Nifael!” Atilia terus datang dekat dengan Nifael and peluk budak lelaki tu ceria sambil gelak ketawa. “How’s your mum?” Tanya Atilia sambil pandang budak lelaki tu.
Nifael kerut dahi. “Ada ke tanya pasal mak aku. Tanya la aku yang berjasad di hadapan mu ni.”
Atilia gelak. “Kau baca novel Nur ya? Tu yang jadi jiwang semacam je.” Atilia melirik senyuman. “By the way, siapa handsome boy yang tengah hisap rokok ni?” Tanya Atilia depan-depan.
Harris terus tergelak. Boleh tahan outspoken awek ni.
“Oh, meet my friend. Harris. Harris ni Atilia. Atilia this is Harris.” Perkenal Nifael.
Atilia hulur tangan nak bersalam.
Harris sambut.
Atilia kenyit mata sebelum lepas tangan.
Harris sengih je bila Atilia main mata dengan dia. Boleh tahan daring budak perempuan ni.
“By the way Nifael, kenapa beria-ia nak jumpa Noah? And celah mana pulak kau kenal budak tu?” Tanya Atilia sebelum gerak dari situ. “By the way, no ciggarate is allowed in sport centre.” Bagitahu Atilia.
Terus lepas tu Harris jatuhkan rokok and pijak untuk matikan bara rokok.
Nifael terus bergerak seiring dengan Atilia untuk berborak dengan budak perempuan tu meanwhile Harris just follow dari belakang je. Dari belakang tu, Harris just dengar je perbualan budak berdua tu. Malas pulak dia nak amik tahu apa yang dorang bualkan.
Sambil tu matanya melilau sana sini. Mana tahu dia akan nampak Noah tanpa disedari.
Lagi sikit je.
Lagi sikit je Harris.
Lepas ni kau boleh jumpa Noah puas-puas.
Jantung dia macam da nak melompat keluar dari anak tekak.
And kalau betul ni Noah dia. Again. Noah dia? This is macam a bit amazing. And kinda miracle sebab dorang satu universiti? Kalau betul ini Noah dia, dia memang rasa nak ketuk diri sendiri sebab memang la tersangat bodoh tak jumpa budak kecik yang dia sayang tu dari awal lagi.
Nama je belajar satu universiti tapi tak pernah terserempak. Tapi macam make sense jugak sebab uni dia ni bukannya kecik macam sekolah rendah yang kau boleh nampak semua budak batch kau tiap-tiap hari.
“Noah baru sampai tadi. Dia baru start jogging.” Sipi-sipi dia terdengar apa yang Atilia cakap. Jantung makin berdegup kuat. Perut dia terasa kecut tetiba. Dia, Atilia and Nifael berjalan menuju ke area balapan.
Dorang bertiga masuk ke satu lorong panjang sebelum berdiri tepi area balapan lepas tu. Matanya terus melilau sekeliling area balapan untuk cari Noah. Dan tak perlu Atilia tunjuk jari telunjuk dia kat mana Noah berada, dia da nampak da Noah dia tengah berjogging berdua dengan siapa entah dekat area hujung sana.
Dan keadaan sekeliling bagaikan bergerak dalam keadaan perlahan.
Noah. Bisik Harris.
This is Noah.
My Noah.
Dalam perut dia macam ada rama-rama tengah terbang. Hati dia berkembang panas. Noah dia tengah jogging atas balapan sana and budak tu nampak cute macam biasa. Budak lelaki tu nampak macam tak pernah berubah dari hari terakhir dia nampak Noah dari jauh.
Rambut budak lelaki itu yang beralun masa berjogging.
Gelak ketawa dengan orang sebelah dia masa jogging.
Budak lelaki tu nampak ceria.
Harris tersenyum tanpa sedar.
Nifael singgul Harris. “Betul ke tu dia?”
“Aaa aa apa?” Harris tergagap-gagap lepas tu. Mamat tu berdehem lepas tu. “Kau cakap apa tadi?”
“Betul ke tu Noah yang kau cerita selama ni?” Nifael ulang soalan.
After four years! Aku jumpa pun kau balik. Dia da terasa nak berdansa sehati sejiwa sebab terlampau happy sekarang ni.
“Definitely.” Harris senyum makin lebar.




“So, siapa sebenarnya dia ni?” Atilia tanya pada Nifael. Harris kerling Atilia sekejap sebelum pandang balapan balik untuk tengok Noah jogging dengan entah siapa entah tu keliling berdua.
“Noah tu ex dia.” Bagitahu Nifael selamba.
Terus Harris pandang Nifael terkejut. Eh mamat ni selamba je bagi tahu kawan dia tu pasal orientasi dia. Its not like dia amik kisah pun tapi yeah, dia malas nak menghadap manusia judgemental keliling dunia ni yang orang gay dan suka pada lelaki ni ialah orang yang teruk dan membawa penyakit ke hulur ke hilir.
And yeah, aku memang suka pada lelaki. Tapi so far, dia tak terasa dia suka usha lelaki lain atau mengorat lelaki lain selain daripada Noah. Just Noah. Noah sahaja. Mamat tu je yang dia concern. I mean, after zaman sekolah la. Kalau nak mengenang masa dia zaman sekolah, dia memang akui yang dia memang la tersangat teruk and tak behave and sentiasa membuat perangai musibat lahanat.
Tapi tapi tapi...
Harris tersenyum.
Lepas ni dia memang akan jaga Noah bersungguh-sungguh.
Sayang budak tu banyak-banyak sampai budak tu lemas dengan kasih sayang dia.
KAH KAH KAH. Jiwang nak mampus kau ni Harris.
Sekarang da jumpa Noah balik and this will be great thing in his life.
“Oh la ye ke.” Atilia da buat muka kecewa. “Baru nak mengorat. He looks cute.”  Puji Atilia.
Nifael da gelak-gelak. “Melepas la kau.”
“So Harris.” Atilia cakap dengan Harris pulak. “Bila nak approach Noah? I mean, actually, what happened between you guys?”
“Complicated nak terangkan. Tapi err, siapa budak lelaki yang jogging dengan Noah tu?” Tanya Harris curious.
“Oh itu?” Atilia, Nifael dan Harris pandang ke balapan semula. “Budak tu budak MSN jugak. Tak ingat la nama dia. Cuma dia masuk Lari Berpagar and Lompat Jauh and Noah pulak masuk 200 meter and 400 meter. By the way,” Atilia kerling Harris nakal. “Aku tak tahu la pulak Noah has cute ass ex boyfriend.”
Harris dengan Nifael terus tergelak. Budak perempuan ni boleh tahan selamba je borak segala bagai dengan dia.
“ Kau pulak Nifael bila nak fokus kat seorang awek je?” Tanya Atilia pada Nifael semula. Harris da malas nak mendengar perbualan budak berdua tu. Dia tebar pandangan pada balapan semula and tengok Noah dia berjogging tak berhenti.
Harris gigit bibir. Should I or should not approach him right now?
Apakah agaknya reaksi budak lelaki tu bila nampak aku agaknya?
Agak-agak happy ke?
Mesti la happy kan? Sebab dia kata dia sayang aku.
Tapi tu sebelum kau belasah dia separuh mati sampai dia masuk sickbay. Desis hati Harris. Hati dia terasa pedih tetiba. Apesal la aku ni bangang sangat tak tahu nak hargai benda bila dia ada depan mata aku. Ni da jauh semedang, baru terhegeh-hegeh nak carik.
Maybe.
Yeah maybe....
Kalau aku tak layan dia macam sampah and teruk gila dulu, maybe lelaki yang lari tepi Noah sekarang ini ialah dia dan bukannya mana-mana strangers yang siapa-siapa entah lari tepi Noah tu.
“Bila nak approach Noah?” Tanya Atilia tetiba.
Harris terkejut mendengar soalan dari budak perempuan tu. Harris pandang Atilia. Atilia pandang Harris sambil angkat-angkat kening.
“Aah.” Ia Nifael. “Bila kau nak approach si Noah tu.” Sokong Nifael bersungguh.
Harris mencebik pandang kawan dia yang sorang tu. Padahal sebenarnya budak tu nak berdua-duaan dengan Atilia. Dia pandang Nifael yang tengah sengih-sengih sebelum bangun dari kerusi.
“Fine, fine, Geez. Aku gerak la ni. Sabar la sikit.”
Nifael da sengih-sengih gembira. Atilia pulak da tak paham apa kenapa Nifael sengih semacam je.
“Go!” Sokong Nifael bersungguh sebelum sengih nakal. Harris terus bergerak ke arah balapan. Noah dengan budak lelaki yang lagi seorang tu tengah lepaskan lelah dekat hujung balapan. Noah baring terlentang lepas tu sambil dada turun naik, turun naik ambil nafas. Harris tengok budak lelaki yang lagi seorang tu gelak-gelak tengok Noah sebelum join baring sebelah dia. Harris bengang. Sepatutnya aku je yang boleh gelak and senyum macam tu pada Noah. And aku je yang sepatutnya yang boleh baring sebelah Noah. Orang lain mana boleh!
Semakin dia menghampiri Noah, semakin jantung dia berdegup laju. Damn. Jantung aku da kenapa? Mohon bertabah boleh tak? Harris marah dekat diri dia sendiri.
Lagi lima langkah nak dekat dengan Noah.
Empat langkah.
Tiga langkah.
Dua langkah.
Satu langkah.
Harris berdehem.
Noah dengan budak lelaki tu terus duduk dari perbaringan dan tengok dia. Muka Noah berubah.
Harris masukkan tangan ke dalam kocek awkward. “Hai.” Sapa Harris.






Harris duduk berdua sebelah-sebelah dengan Noah dekat bleachers tepi padang bola. Matahari da nak terbenam dekat ufuk barat sana and dorang berdua boleh nampak dengan jelas langit mula berbias oren tanda malam bakal menjelma.
Harris tengok Noah main-main dengan jari dia. Harris berdehem. “Err, how’s life?”
Noah terus pandang Harris sebelum pandang ke depan semula. “Okay, not so great.” Noah angkat bahu.
Lepas tu keadaan sunyi sepi dan kedua-dua Noah serta Harris diam tak bercakap apa. Dari kejauhan Harris boleh nampak Nifael dan Atilia tengah bergelak apa entah berdua dekat seberang padang sana.
“Duduk kolej mana?” Tanya Harris.
“Kolej 6.” Jawab Noah pendek.
“Oooo.” Lepas tu diam lagi. Harris tengok budak lelaki yang dia sayang tu tengah main-main jari lagi.
Cakap something Harris! Say something! Damn it! Apesal tetiba diam pulak ni? Sebelum ni punya la banyak benda yang kau fikir dalam kepala otak apa yang kau akan cakap once kau jumpa Noah balik. Harris pandang Noah dekat sebelah dia. Like serious, Noah memang nampak tak banyak beza pun. Still adorable macam dulu jugak. Hati dia berkembang panas and dia terasa nak cium Noah sekarang jugak depan mata dia ni.
“Abang mintak maaf pasal dulu.”
“Huh?” Noah pandang Harris.
Harris berdehem lagi. “Pasal dulu tu.”
“Oh.” Noah menunduk sebelum pandang ke depan semula. “Mintak maaf yang mana satu? Too much kalau nak ingat.” Noah berdiri dari bleachers.
Harris terus gelabah. “Sa.. sayang. Sayang, nak pergi mana?”
“Balik. Mandi.” Noah terus jogging berlalu dari situ.
Harris kejar Noah sebelum berdiri depan budak lelaki tu. “Nanti kejap.” Harris pegang kedua-dua belah bahu Noah.
Noah terus tundukkan pandangan. “Nak apa lagi?”
“Pasal dulu. Everything. Semuanya. Abang mintak maaf.” Kata Harris terdesak.
“Okay.” Cakap Noah perlahan. “Can I go now?” Noah pandang muka Harris takde perasaan. Mata budak tu nampak tak bercahaya macam dulu.
Dulu.
Ya, dulu.
Dulu dia boleh nampak mata Noah akan bercahaya gembira kalau bercakap dengan dia sampai dia tertanya-tanya kenapa Noah happy sangat dengan dia walaupun dia buat layan, tak layan je dekat budak lelaki tu.
Tapi sekarang cahaya tu da takde.
Where are you going?
“Can I?”
What.. what? Harris makin gelabah. Ni bukan Noah yang kenal dulu. Noah yang dia kenal dulu adalah seorang yang ceria dan asyik gelak je walaupun banyak masalah yang melanda budak lelaki tu. Tapi Noah ni ... tak sama macam dulu.
“No, no. You can’t go. Banyak benda abang nak cakap dekat Noah.” Harris goncang bahu Noah.
“Penat. Sorry.”
“Please, please. Sekejap je.”
Noah lepaskan diri dari Harris. “Aku nak balik.” Kata Noah kasar.
Harris terkedu sekejap sebelum kejar Noah dari belakang. Dia halang Noah sekali lagi. “Just wait. I know I fucked up. Im so sorry. Im so sorrry! Abang cari Noah empat tahun. Im looking for you, at your home, everywhere. Dekat semua tempat. Abang menyesal buat macam-macam dekat sayang. Please, please, please. Jangan lari lagi. Please. Don’t leave me. Abang merana sayang. I miss you so much.” Rayu Harris.
“KAU TUMBUK AKU!” Noah jerit sekuat-kuat hati.
Harris terkejut bila Noah buat reaksi macam tu. Dari jauh dia nampak Atilia dengan Nifael bangun dari tempat duduk penonton stadium dan mula bergerak ke arah dorang berdua.
“KAU BELASAH AKU MACAM BABI. KAU MEMANG BABI! KAU TAHU TAK PERANGAI KAU MACAM BABI?” Noah tolak-tolak Harris.  APA SALAH AKU DEKAT KAU? AKU KENA BUANG SEKOLAH. FAMILY AKU BENCI AKU. KAU BOLEH CAKAP KAU MERANA? FUCK YOU!”
Atlet-atlet lain yang tengah berlatih berlari mula pandang ke arah dia dan Noah. Dan lepas tu Noah tumbuk dia sekuat-kuat hati. .
Harris terjatuh ke belakang sebelum mencarut perlahan. Harris kesat hidung dia yang berdarah sikit.
Atilia tutup mulut dengan tangan sebab terkejut.
“Hey, what’s wrong!” Nifael hulur tangan sebelum bangunkan Harris. “Apa yang jadi ni?” Tegur Nifael.
Harris berdiri sebelah Nifael. Dada Noah turun naik, turun naik tanda marah. Walaupun dia baru kena tumbuk dengan Noah tadi, dia terasa nak tenangkan budak lelaki tu. Noah nampak serabut and dia rasa nak peluk budak tu bagi ketenangan. Dia sanggup je buat apa untuk Noah asalkan dia diterima semula. Dia tak sanggup kena tinggal lagi.
Dia tak sanggup tidur sorang-sorang.
Dia tak sanggup lagi nak tengok gambar yang tiga tu je dalam galeri fon dia.
Dia tak sanggup nak asyik teringat pada Noah.
Noah yang selalu gelak ketawa.
Noah yang kejutkan dia bangun.
Noah yang jaga dia bila dia demam.
Noah yang tolong urutkan kepala dia bila dia kena migrain.
Noah yang cuba ceriakan dia bila dia baru kena detention class.
Dia harus betulkan keadaan. Everything.
I love you sayang.
“Abang...”
“Just don’t” Bisik Noah sebelum lari dari situ. Dia cuba kejar Noah tapi laju Nifael tahan dia. Atilia pandang dia dan Nifael sekejap sebelum kejar Noah.
“Lepaskan la aku gila.” Harris meronta nak lepaskan diri dari Nifael.
“No.” Nifael pegang Harris kuat.
“Aku nak cakap dengan dia sekejap. Lepaskan aku la.” Marah Harris
“NO! Kau gila? Kau tak nampak ke budak tu macam nak gila tengok kau.” Nifael tolak Harris ke belakang. “Kau memang bangang kan? Kau cakap apa dekat dia?” Marah Nifael.
“Aku tak cakap apa-apa. Aku just mintak maaf je! No, no, no. Noah da nak balik da.” Harris cuba kejar Noah lagi sekali tapi Nifael tarik tangan dia sebelum tolak dia ke belakang sekali lagi.
“Apa masalah kau setan?” Harris da bengang gila. “Kau ni da kenapa?”
“That boy is not ready. Biarkan dulu.” Balas Nifael.
“Fuck you. Memang la kau cakap biarkan dulu sebab kau tak rasa apa yang aku rasa!” Tengking Harris. Urat dekat leher da mula timbul tanda tengah bengang. “Aku nak kejar dia la babi. Stop halang aku boleh tak?”
“Jadi kau ingat budak tu suka tengok kau datang sini? Kau ingat budak tu happy semedang je tengok muka kau?” Marah Nifael balik. “Guna kepala boleh tak setan? Jangan jadi bodoh. Bagi dia masa. Aku kecewa betul tengok kau macam ni.” Nifael geleng-geleng kepala tengok Harris sebelum berlalu dari situ. “Bodoh tak bertempat.”
Harris masih mendengar Nifael menggumam berang. Dia tengok dari belakang, Nifael bergerak keluar dari kawasan balapan sebelum hilang dari pandangan.
Am I fucked up again?



p/s
Tsk, tsk. Kesian Harris. Mohon menangis lepas ni. Hahaha. Jangan lupa komen kalau rasa cerita ni best!

1 comment:

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)