Nuffnang

Saturday, 15 April 2017

Magis Chapter 9 #223

Lilo tengok kedua-dua pasukan Wilayah and Selangor berdiri berhadapan dalam jarak 100 meter antara satu sama lain. Kat skrin sekarang kesemuanya fokus pada muka-muka setiap pasukan. ada satu skrin tu, memang fokus kat muka Adriana and as clumsy she is, ini first time dia tengok muka budak perempuan tu serius gila babeh. Senang cakap, dua-dua pasukan memang nampak serius la.
“dia nampak stres kan?” Gumam Lilo.
“agak la.” Balas Aidan sambil picing mata tengok skrin yang ada muka Adriana. “hopefully Selangor menang this match. Wilayah Persekutuan so far memang sangat bagus dalam SASMA kali ini.”
“mari kita countdown, Sepuluh, Sembilan, Lapan....” Umum Jalal Muhammad terlebih dahulu sebelum diikuti oleh penonton-penonton yang lain. Lilo and Aidan pun join tak lama lepas tu. “Tujuh,  Enam, Lima, Empat,” Jantung Lilo makin kuat berdegup. “tiga, dua, satu!!”
Kat skrin dia nampak Wyatt Hanafiah yang rambut pacak and Adriana hayun tongkat sakti laju sebelum peserta lain sempat seru apa-apa sihir sekali pun. Kilat memancar kuat dari Wyatt and Adriana balas dengan api yang ada muka naga ke arah team Wilayah.
Api yang Adriana buat berkali kali ganda lagi besar dari apa yang Cohors Fures serang dia dengan Aidan and kilat dari Wyatt itu totally sangat besar dari apa yang Aidan pernah buat masa dia lawan Cohors Fures dulu. Penonton semua da tarik nafas and gasping.
“nampaknya Wyatt dan Adriana masing-masing melontarkan sihir yang kuat!” Ulas Jalal Muhammad. “this is gonna be interesting tuan-tuan dan puan-puan.”
Kilat dari Wyatt and api dari Adriana cancel sihir masing-masing. Lepas tu Wyatt attack lagi dengan kilat yang sama.
“sekali lagi Wyatt hantar kilat pada team Selangor!”
Haikal nampak Rio team Adriana maju ke hadapan sikit sebelum tolak ke tepi kilat Wyatt dan bakar pokok-pokok berhampiran. Pada masa yang sama Abdu Latiff angkat tongkat sakti ke atas sambil menggumam apa entah dengan mata tertutup. Budak lelaki tu nampak macam bermeditasi.
“pertahanan mantap dari Rio, ketua pasukan Duel Tournament Selangor tahun ni. dan ye penonton sekalian, nampaknya Abdu Latiff da memulakan ritual dia. Kita tidak tahu sihir apa yang dia bakal guna tapi semestinya ianya menjanjikan aksi yang menarik! Kebiasaannya setiap kali perlawanan, Latiff dari pasukan Selangor akan menggunakan sihir unik yang memang tiada siapa jangkakan.”
Wyatt terus terusan attack team Selangor dengan kilat yang sama tanpa henti and kau orang jangan cakap la, dia sebagai penonton pun da kecut perut apatah lagi siapa yang bertanding. Penonton-penonton Wilayah da bersorak kuat bila tengok Wyatt attack non stop. Tapi mamat Rio tu tenang je hadang semua kilat dari Wyatt tu. Dia tolak kilat tu ke kanan dan bakar pokok-pokok dekat situ. Lepas tu tolak kilat ke kiri pulak. Lepas tu ke kanan balik. Damn Wyatt tu, dia tak berhenti hantar kilat kat pasukan Selangor.  
“That’s Rio adik-adik. One of the talented Wizard pada abad ini.” Ucap Aidan sambil sengih lebar.
Lilo tengok skrin yang ada muka Rio Zulkarnain tu. Muka mamat tu relaks and chill je hadang semua sihir kilat dari Wyatt tu. Kat skrin lepas tu, Lilo tengok Amelia and Andy mula lontarkan sihir ke arah team Selangor jugak lepas tu.
“Andy dan Amelia Sophia nampaknya da mula assist Wyatt. Saya ingatkan mereka memang nak tercegat dekat situ saja.” Jalal Muhammad mula tergelak sedikit. “akhirnya mereka tunjukkan jugak move mereka.”
Ulasan dari Jalal Muhammad tu mendapat sokongan boo dari penyokong pasukan Selangor.
“Adriana! You are next!!” Jerit Rio sebelum tepis sihir kilat ke udara pulak.
Adriana buat sihir penghalang untuk tepis sihir dari Amelia. “I’m on.” Balas Adriana sambil senyum lebar. Dia baling tongkat sakti ke atas sebelum dia tepuk tangan sekali dengan kuat. Budak perempuan tu bersinar terang sebelum muncul klon yang serupa dengan dia seramai 3 orang.
Keseluruhannya ada 4 orang Adriana kat arena tu and keempat-empat dorang tu memang sama dan serupa dari segala segi. Warna rambut, pakaian, tinggi, muka, rupa paras badan dan segala-galanya ialah sama. Lilo da nganga mulut tak percaya. Orang sekeliling da bersorak menggila tengok ability Adriana. Bila tongkat sakti dia jatuh ke tanah, tongkat sakti yang satu terus menjadi 4 batang. Setiap satu Adriana ambil satu batang tongkat sakti. Keempat-empat Adriana kat arena mula tersenyum sinis.
“Kage Bunshin No Jutsu!” Seru Lilo laju.
“No!” Aidan gelak kuat. Lilo pandang Aidan mintak explaination.  “Adriana guna sihir cermin!” Aidan cuba berkata kuat untuk atasi sorakan kuat. “a really complex sihir and actually ni first time dia buat dengan penuh jaya tanpa silap. Selalu aku nampak dia training kat KGMS je and setiap kali perform sihir tu, mesti ada kemalangan kat mana-mana.”
“tapi mana satu Adriana?” Tanya Lilo curious. This Duel Tournament totally cool gila duh.
Aidan angkat bahu tanda tak tahu jugak.
“Sihir Cermin!” Ulas Jalal Muhammad kuat. “nampak pasukan Selangor tidak bertangguh lagi tunjukkan apa yang mereka mampu.”
Andy, Amelia dan Wyatt berhenti serang pasukan Selangor bila tengok kemampuan Adriana dan terus berdiri rapat antara satu sama lain seolah-olah berbincang. Lilo dengar resahan-resahan dari penyokong pasukan Wilayah.
“Rio Zulkarnain mula menyerang!”
Lilo tengok dekat skrin yang si Rio tu mula lontarkan bermacam-macam sihir ke arah pasukan Wilayah. Andy dari pasukan Wilayah tahan sihir-sihir dari Rio sebelum membuat serangan balas. Gosh damn. Budak lelaki Rio tu totally talented. Pasukan Selangor bersorak makin kuat. Keempat-empat Adriana mula berpecah dan attack pasukan Wilayah dari keempat-empat penjuru.
“This is not gonna be okay. Pasukan Wilayah dikepung oleh pasukan Selangor. Seems like 5 lawan 3. Nampaknya pasukan Wilayah menghadapi masalah ketika ini. Wyatt Hanafiah terpaksa berdepan dengan Rio dan juga Adriana serentak!”
Lilo yang tengok dari Gold Seat tu pun da terasa intense. Sihir yang disebut and diseru oleh peserta memang la laju gila. Dia tak sempat nak tangkap pun apa sebutan sihir yang dorang sebut. Apa yang dia nampak sekaran ialah sihir-sihir yang bertembung antara satu sama lain yang dilepaskan oleh kedua-dua pasukan. Ada jugak antara sihir tersebut menghasilkan letupan kuat. and ada jugak pantulan-pantulan sihir yang dihasilkan mula membakar pokok-pokok di arena.
“Funem Torquem!” Dua orang klon Adriana tuju sihir tersebut ke arah Andy dan budak lelaki tu terus terjatuh ke tanah lepas kaki dia terbelit dengan tali. Amelia pantas ketuk tongkat sakti untuk bakar tali terbelit dekat kaki Andy itu sebelum mula fokus pada klon Adriana yang lain.
BUM! Amelia tercampak jauh ke belakang, terhempas dekat pokok kuat sebelum tergolek-golek atas tanah. Penonton tarik nafas. Amelia cuba bangun lepas tu sambil kesat darah dekat mulut. Rambut budak perempuan tu da serabai.
“Funem Torquem!” Seru dua klon Adriana kuat. Amelia jatuh sekali lagi.
Klon Adriana berjalan menuju ke arah Amelia dengan bersenang lenang and penuh gembira. Amelia cuba buat serangan balas.
“Uentus!” Adriana hayun tongkat sakti laju dan Amelia terseret terguling-guling jauh ke belakang tak sedarkan diri.
“nampaknya penguasaan sepenuhnya oleh Adriana! Amelia nampaknya tidak sedarkan diri sekarang ini.” Amaran Jalal Muhammad. Kebanyakan penyokong Wilayah da resah sekarang.
Haikal tengok skrin. Andy cuba nak ke arah Amelia untuk tolong budak perempuan tu tapi dia sendiri pun sibuk tengah berlawan dengan dua orang klon Adriana. Wyatt pulak tengah sibuk lawan Rio and Adriana yang memang tak kasi chance langsung budak tu menang tangan.
Wyatt seru ular api yang sangat-sangat besar dan lepas tu ular tersebut mula sembur api pada Adriana and Rio.
“Serpens Ignis tuan-tuan dan puan-puan! Sihir yang amat digemari oleh Wyatt Hanafiah. Dan Ular Api ini juga la yang menyumbang kepada kemenangan Wilayah pada pasukan Kelantan pada peringkat kumpulan.”
Adriana pancurkan air yang besar dari tongkat sakti dia untuk halang api besar dari ular manakala Rio terus acukan tongkat saktinya pada tanah sambil menggumam sesuatu. Tanah dekat sekeliling ular tersebut mula merekah sebelum perlahan-lahan bertukar menjadi lumpur. Ular gergasi api tersebut mula meraung dan perlahan-lahan tenggelam ke dalam lumpur tersebut. Ular tersebut pusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan cuba melepaskan diri dari lumpur tersebut.
“Aaaaaaa,” Jalal Muhammad kesat peluh dekat dahi. “nampaknya move yang menarik dari Rio Zulkarnain.” Puji beliau. Dan selepas itu Rio dan Adriana – Wyatt sambung berbalas-balas sihir. Tak lama lepas tu, daun-daun pada Hutan Belantara di arena mula berkersik-kersik seolah-olah disapa angin lalu.
“bunyi apa tu?” Tanya Lilo. Dia pandang Aidan keliru.
Raut wajah Aidan pun keliru. “I’m not sure.” Riak wajah Aidan pun tak dapat nak tafsir apa yang terjadi sekarang ni.
“tengok daun-daun pada pokok, folks!” seru Jalal Muhammad. “adakah ini.....”
Lilo terus tengok skrin sebelum pandang arena depan mata dia. Daun-daun dekat pokok-pokok semuanya mula menjadi tajam and pointing ke arah Wyatt – Adriana- Rio dan juga dua klon Adriana – Andy.
“Rio, Adriana!!” Jerit Latiff. “balik ke sini cepat!” Klon-klon Adriana, Adriana dan Rio berhenti menyerang sebelum laju lari menuju ke arah Latiff. Lilo tengok dekat skrin, Wyatt mula membuat serangan kilat dia sekali lagi ke arah pasukan Selangor.
“posisi bahaya pasukan Selangor! dan wuuuu, Latiff maju ke hadapan dan hadang sihir kilat tersebut! Nice work dari pasukan Selangor. This is intense tournament!!” Pasukan Wilayah mula menepuk tangan dan membuat sorakan.
“GO WYATTT!!!!” sorak penyokong Wilayah.
Andy terus lari laju and carik Amelia and maybe nak pulihkan budak perempuan tu.Wyatt terus-terusan membuat serangan balas kepada pasukan Selangor. Latiff pulak terus-terusan menghalang segala sihir yang datang ke arah mereka dan memberi masa untuk Rio dan Adriana serta klon-klon dia kembali semula. Daun-daun pokok makin berkersik kuat seolah-olah angin yang lalu semakin kuat di arena tersebut. Dan makin banyak jugak daun yang pointing ke arah pasukan Wilayah.
“Nampaknya Amelia kelihatan tidak berapa baik.” Bagitahu Jalal Muhammad. “gadis itu nampak teruk.”
Lilo tengok skrin sekali lagi and nampak Andy papah Amelia bertatih-tatih menuju ke arah Wyatt. Hidung budak perempuan tu berdarah teruk and baju dia calar balar.
“that’s hurt.” Gumam Lilo.
“agak la.” setuju Aidan.
“Adriana totally nailed it.” Lilo sengih.
Andy letak Amelia ke tepi sebelum join Wyatt sama. Latiff bisik something dekat tongkat sakti dia selepas kesemua kawan-kawan team dia da balik ke arah dia. Daun-daun yang tajam pada pokok terus laju menuju ke arah pasukan Wilayah.
“Folia Acuta!!!” Jalal Muhammad da excited. “Sihir yang datang dari Mesir Purba Babylon, folks dan dikatakan amat terkenal suatu ketika dahulu dan selalu digunakan oleh Nefertiti. Sihir yang menukarkan daun yang lembut kapada daun yang setajam pisau serta pedang. Pasukan Wilayah dalam bahaya sekarang ini!!” Penonton mula menarik nafas kerana tidak keruan.
“Andy, jaga Amelia!” jerit Wyatt. Budak lelaki tu angkat tongkat sakti di ke udara. “Rigidum!” Beribu-ribu daun dari pokok yang terbang laju ke arah pasukan Wilayah berhenti bergerak dan kini terapung-apung secara malas di sekeliling mereka. Hanya beberapa inci sahaja lagi daun-daun tajam tu nak kena pada Wyatt, Andy dan jugak Amelia. Wyatt sengih puas hati and tarik nafas lega. Budak lelaki rambut pacak tu kesat peluh kat dahi.
“Nampaknya Wyatt berjaya...”
“UENTUS!” Seruan sihir bergema kat arena perlawanan.
BUM! Wyatt tercampak jauh ke belakang dan terhempas pada pokok. Bunyi berdebuk kuat jelas kedengaran. Kesemua penyokong di stadium tarik nafas panjang sebelum penyokong pasukan Selangor bersorak kuat. Daun-daun yang terapung malas tadi mula jatuh and gugur ke tanah seolah-olah musim luruh tiba awal.
“cool gila!!” Lilo sorak bersama-sama.
Keempat-empat Adriana yang hala tongkat sakti pada Wyatt sebelum tu tersengih puas.
“Brutal! keempat-empat Adriana dari pasukan Selangor menyerang Wyatt dengan sekali serangan.”
Lilo tengok skrin sekali lagi and nampak macam mana Rio berbalas-balas sihir dengan Andy sebelum budak lelaki dari Wilayah tu terhempas dekat pokok jugak.
“Ouch. That’s hurt. Not a really good day for Wilayah kan?” Ulas Aidan.
“countdown to 5. Jika tiada sihir digunakan lagi dari pasukan Wilayah, pasukan Selangor akan memenangi semi final ini!” Terus kuat sorakan dari penyokong Selangor lepas tu. Aidan terus bersiul-siul gembira.
“Lima, Empat.” Penyokong Selangor membuat countdown bersama-sama dan ianya totally bergema dekat stadium tertutup tersebut. “Tiga,” Lilo da berdebar-debar nak bersorak menang. KAH KAH KAH. Macam kau pulak yang masuk bertanding. “Dua, Satu!” Terus penyokong Selangor bersorak kuat lepas tu tanda menang.
“Pasukan Selangor. WIN!” Umum Jalal Muhammad.
Sorakan di sekeliling stadium tertutup itu makin kuat. Sorakan, siulan dan kibaran mafela serta bendera makin banyak. Penyokong pasukan Wilayah da mula terduduk tak percaya kat kerusi masing-masing sambil menggeleng-gelengkan kepala. Konfeti-konfeti mula jatuh dari bumbung stadium tertutup meraikan kemenangan Selangor. Kat skrin pulak penuh dengan tulisan SELANGOR WIN! dengan background Merah – Kuning. Klon-klon Adriana mula perlahan-lahan faded dan ketiga-tiga Rio-Adriana-Latiff mula mengucapkan tahniah kepada masing-masing.Rio peluk Latiff dan high-five dengan Adriana lepas tu. Ketiga-tiga mereka nampak ceria sungguh-sungguh.
Adriana melambai-lambai mesra pada penonton sekeliling sambil senyum lebar. Penyokong-penyokong sekeliling stadium mula berdiri sambil bertepuk tangan sebagai tanda hormat.
“aku totally tak percaya Adriana yang kat dalam arena tu ialah Adriana yang sama-sama pergi shopping dengan kita hari tu.” Komen Lilo.
“kann.” Aidan sengih jugak. Kedua-dua budak lelaki tu tepuk tangan dengan kuat jugak lepas tu.
“pasukan medic mula masuk ke arena untuk assist pasukan Wilayah yang cedera teruk. Saya harap kesemua mereka okay. Apa-apa pun, jangan lupa untuk tweet semi final pada hari ini di antara pasukan Selangor dan Wilayah dengan hastag #DuelTournament2007 ataupun anda juga boleh hastag #SASMA2007 . This semi final is totally good right? And don’t forget also to tweet everything all you can remember about this duel. Kita berjumpa lagi folks untuk Final Duel Tournament.” Jalal Muhammad melambai-lambai kecik dari tempat dia memberi ulasan. “diantara pasukan Selangor dan juga Pasukan Sabah di mana pasukan Sabah telah menewaskan terlebih dahulu pasukan Johor pada semi final yang pertama. All is well everybody and semoga berjumpa lagi.” Jalal Muhammad mengenyit mata sebelum turun dari tempat mengulas.
Dan sorakan makin kuat kat dalam stadium tertutup tu.

p/s
Kalau suka baca cerita ini, jangan lupa komen!



No comments:

Post a Comment

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)