Nuffnang

Thursday, 20 April 2017

OYAKAWA / Chapter 5 #226

Chapter 5


“Kau fikir apa ni?” Tanya Oliver si roommate dia. Jarum jam da menunjukkan jam 10 malam. Dia dengan Oliver baru balik makan dekat Padang. Bukan padang like padang bola sepak tu, just nama kedai tu ialah Padang. Ya, Padang. Pelik tapi benar. Mamat si roommate dia tu tengah online facebook kat laptop and dia pulak tengah gigih nak siapkan assignment yang nak kena submit esok.
“Tak fikir apa.” Jawab Harris pendek. Assignment Inventori Rekreasi terbukak depan mata dia and dia still tak boleh nak hadam sepatah haram soalan yang ada untuk assignment tu.
Dia asyik terfikir pasal Noah je.
Noah dia.
Noah.
Dia da jumpa balik Noah dia.
Noah yang mengamuk petang tadi and tumbuk dia. Harris tersengih. Noah da pandai tumbuk orang yet budak tu nampak innocent. Too cute to be true. I miss him. Budak tu da banyak berubah. Harris tersengih lagi. Tapi dia still suka pada Noah. Rindu gila babeh dekat budak kecik tu.
Oliver tergelak. “Ni tetiba sengih sesorang pulak. Kau teringat marka ke apa? Aku patut rasa creepy tak sebab kau tetiba sengih tak kena tempat. Nak kata sengih sebab assignment depan mata, aku rasa ianya bagaikan benda paling mengarut di dunia yang boleh berlaku.”
Harris tolak assigment Inventori Rekreasi ke depan sikit tanda malas nak buat. Padahal tak bertulis apa pun lagi, tapi sikap malas dia tu da melebihi segalanya. Noah da penuh dalam kepala otak dia sekarang.
Noah,
Noah,
Noah,
Noah.
Nama budak lelaki tu berdengung dalam kepala otak dia.
“Aku jumpa balik ex aku tadi.” Harris pandang Oliver yang tengah tulis apa entah dekat facebook.
Oliver pandang laju pada Harris. Harris pulak sengih-sengih kerang walaupun hakikatnya ‘aku jumpa balik ex aku tadi’ hanya melibatkan pergaduhan dan end up dia kena tumbuk dengan Noah, ex dia tu and kena maki dengan kawan dia, si Nifael tak lama lepas tu.
Muka Oliver nampak bercahaya teruja. “Woah, that’s great news! Serius la?”
Harris angguk teragak-agak.
“Jadi korang baik semula ke macam mana? Ke gaduh perang besar tadi? You know, bila manusia dan manusia tu putus,” Oliver rolling eyes.  “Ada dua possible je yang akan berlaku, sama ada putus cara baik atau putus cara buruk. So, kau yang mana satu?” Tanya Oliver ingin tahu.
Muka Harris berkerut macam berfikir panjang padahal kalau nak difikirkan dalam-dalam, soalan Oliver tu memang la tersangat mudah untuk dijawab. “Aku putus dengan cara yang sangat teruk.” Harris telan liur kesat.
“Define teruk?” Tanya Oliver tak pandang muka Harris. Budak lelaki tu tengah tulis kembali apa entah something lagi dekat facebook dia. “On scale 1 to 10, 1 for okay and 10 for worse, so teruk kau level mana?”
“11?” Jawab Harris tak pasti.
Oliver pandang Harris terkejut. “Woah, that’s quite shock.” Oliver tergelak sikit. “Let me guess,” Budak lelaki tu gosok-gosok dagu. “Tadi mesti korang ada bertengkar macam ayam nak dapatkan dedak...”
“Ayam dapat dedak?” Harris nak tergelak dengan perumpaan yang diberikan oleh Oliver.
Oliver menjulingkan matanya ke atas. “So, how was it bila jumpa balik ex kau? Is it good?”
“Worse.” Jawab Harris pendek. “Tapi aku sayang dia.” Sambung Harris laju. Dia terasa macam khianat Noah pulak kalau dia tak ungkap perkataan sayang Noah dalam masa 24 jam. KAH KAH KAH. Kau memang la da berubah Harris. Kalau ex KTE nampak perangai kau macam ni just disebabkan seorang manusia, sah kau kena keji tak beragak.
Oliver sengih-sengih je. “Kalau sayang kenapa bila timbul word ex tu?” Tanya Oliver ingin tahu.
Harris hela nafas berat. “Sebab masa zaman sekolah, aku adalah manusia yang sangat-sangat teruk. Worse than ever. Jahat yang kau memang tak boleh nak bayangkan. Even aku sendiri rasa takjub dengan kejahatan yang pernah aku buat bila aku teringat balik apa yang aku pernah buat masa zaman sekolah. Eh ni aku ke? Aku pakai subang. Ada tindik dekat kening and dulu aku tattoo. Lepas tu aku buli ex aku dengan sangat-sangat teruk sampai la dia benci aku sekarang.”
Muka Oliver da tunjuk rasa takjub yang amat. “Perghh, cool. Nak tengok tattoo please. Bad Harris.” Oliver smirk. “Tak sangka kau dulu adalah bad boy. You know,” Oliver pandang dia atas bawah atas bawah. “You got the look of bad boy tapi aku tak sangka apa yang aku agak itu ialah benda betul.” Nilai Oliver.
Harris mendengus. “Aku da buang tattoo tu da guna laser lepas habis zaman fiver. So tak dapat la kau tengok.”
Oliver da tunjuk muka kecewa. “Aku selalu rasa kalau buat tattoo tu adalah sangat menarik tapi kita dalam islam, tak boleh nak buat benda alah segala bagai tu, jadi aku sebagai hamba Allah yang bagus, aku tak la buat semua benda tu.” Sempat Oliver puji diri sendiri.
“Good boy.”
“I am. Aku alim kot. Tak nampak macam budak tabligh ke?”
Oliver dengan Harris gelak besar dalam bilik tu.
“Gila puji diri sendiri tak beragak. Memang fucker betul.” Keji Harris. Oliver gelak tak sudah lepas tu.
“Aku gurau je la. Jadi berbalik pada kau jumpa ex kau tu. Apa jadi dengan dia sekarang?” Tanya Oliver ingin tahu. Mamat tu da tak pandang da facebook dia. Nampak sangat kisah dia ni menarik perhatian roommate dia sampai mamat tu da tak pandang da facebook depan mata.
“Still hidup. Aku macam tak sangka la pulak aku akan jumpa dia dekat sini.” Jawab Harris perlahan.
“Sini?” Oliver kerut dahi. “As in our university? Dekat mana?”
“Yup. Aku jumpa dia dekat Sport Centre tadi. Actually, aku da carik dia almost four years.” Cerita Harris.
Mata Oliver terbeliak terkejut. “Woah, like seriously la dude?” Muka Oliver masa tu memang la macam da terkejut habis. “Four years? Lama gila. Sebelum ni tak dapat jumpa?”
“Loser kan.” Gumam Harris.
“No.” Argue Oliver. “Aku nak cakap, ianya awesome sebenarnya. Nampak la kau sayang ex kau tu and still cari dia even after four years.” Oliver senyum bagi semangat. “Tapi kan, kenapa korang putus masa zaman dahulu kala Tok Kaduk kalau kau sayang dia.”
“Err.” Harris jadi ragu-ragu da nak cerita pada Oliver. Macam mana nak cerita pada Oliver yang sebenarnya ex dia tu ialah seorang budak lelaki tanpa menakutkan budak lelaki tu. Dia tak rasa semua orang dalam dunia ni akan open pada cerita lelaki suka pada lelaki yang lain macam Nifael dan juga Atilia, si budak perempuan yang Nifael minat tu. Dia jugak tak tahu nak cerita berapa banyak pada Oliver. It’s not like dia da kenal sehidup semati dengan Oliver sampaikan dia boleh cerita banyak benda pada budak lelaki tu.
Dia baru kenal Oliver tiga hari. Mana la tahu Oliver ni budak kaki gosip pastu sebar cerita sana sini kat semua orang.
“Eh, kau nak tahu tak roommate aku tu gay.”
“Eh, kau nak tahu tak yang roommate aku dulu tu pernah belasah budak nak separuh mati.”
“Roommate aku tu gay kot. Aku rasa tak selamat duduk dalam bilik dengan dia.”
“Roommate aku dulu ada tattoo bai. Tak islamik langsung!”
Harris terasa nak ketuk kepala sendiri. Apesal la aku fikir teruk-teruk pasal roommate aku sendiri? Fuck my life. Haha, kau ni memang la ada imaginasi yang luar biasa dalam kepala otak pikir pasal orang lain.
“Woi, ayan ke mana? Da masuk space Cholk Zone ke?” Keji Oliver.
Harris geleng-geleng kepala tersenyum. “I was thinking, nak cerita bahagian mana je dekat kau pasal hikayat aku dengan ex aku tu.” Jeda. “Just, apa yang kau perlu tahu, aku dengan ex aku dulu, we have an odd relationship. Dia suka aku. Aku tak suka dia. Dia baik dengan aku. Aku pulak playboy.”
Oliver menjulingkan matanya ke atas. “Da boleh agak pun.” Gumam Oliver.
“Keji.” Harris tolak bahu Oliver.
Oliver gelak besar. “Okay, okay.” Oliver angkat tangan tanda mengalah. “Lepas tu apa yang jadi?”
“Kitorang satu sekolah, aku buli dia and banyak kali aku belasah dia walaupun kitorang ni couple. Even kadang-kadang, kawan aku....”
“Kau pukul perempuan?” Tanya Oliver terkejut.
“What?” Harris buat muka. “Thank god, no. Aku still waras untuk tidak pukul seorang budak perempuan.” Bantah Harris annoying.
“Tapi tadi kau cakap,” Tetiba Oliver terdiam sebelum terdapat pengertian pada muka budak lelaki tu. “Wait. Ex kau lelaki?” Tanya Oliver terkejut.
Harris diam sekejap. “Aah. Apesal? Kau ada masalah kalau ex aku lelaki?” Tanya Harris defensive.
“Woah, woah. Aku okay je. Cuma terkejut. And teruja.” Tetiba Oliver tersengih yang pada pengamatan Harris, sengih macam baru dapat toy atau baru dapat makanan yang sedap.
“Apa maksud kau teruja?” Tanya Harris suspicous. Mamat ni tak boleh nak buat act lagi pelik ke apa?
“Aku teringin nak ada kawan gay sebenarnya.” Oliver sengih lebar. “Apa nama ex kau, by the way?”
“Noah.” Yang Harris pasti kalau Oliver sengih lebar lagi, memang sah muka budak lelaki tu boleh terbelah melintang telinga ke telinga. “Plus, aku bukan gay.” Harris tetiba terasa yang mamat Oliver ni pun memang kepala masuk air jugak. Thank god roommate aku adalah seorang umat manusia yang open dan bukannya narrow minded macam sesetengah orang kat Malaysia ni. Harris da terasa nak buat sujud syukur dekat dalam bilik tu.
“Tapi tadi kau cakap ex kau lelaki?” Tanya Oliver tak paham. “Tu bukan gay ke..”
“No,” Balas Harris laju. “Aku just suka dia je. Maksud aku, aku hanya sayang dekat dia seorang je. Kalau kat lelaki lain, aku tak terasa apa. Jadi aku rasa aku bukan gay?” Dia sendiri tak pasti yang status dia ni apa. Nak kata dia ni straight, memang tak mungkin la sebab dia suka Noah, which is Noah tu lelaki. Orang bodoh lagi baghal pun boleh teka yang itu semestinya bukan act seorang straight.
Nak kata dia ni gay, tapi dia takde la pulak bernafsu tengok lelaki lain. Nak kata dia biseksual, again, dia tak terasa apa-apa bila pandang perempuan lain. Yes, dia still rasa budak perempuan adalah sangat menarik, contohnya macam Atilia, minah tu memang hot dari segala segi, tapi dia still rasa Noah is 100 percent much more attractive than Atilia.
Aku ni apa? Alien?
Aku bukan straight. Aku tak rasa diri aku ni gay. And aku tak rasa diri aku ni Biseksual. Urghh, apesal aku susah payah nak fikir pasal benda ni.
“Jadi kau ni apa?” Tanya Oliver nak tergelak. “Okay abaikan status kau tu apa, sambung balik cerita kau tu. What happen next? I mean, apa yang jadi lepas kau belasah dia?”
Tetiba dia terasa cerita yang dia nak bagitahu Oliver ni macam panjang sangat la pulak. Da terasa macam nak buka Hikayat Merong Mahawangsa la pulak. “Err, apa yang kau perlu tahu dulu aku rapat dengan ex aku tu pun sebab aku nak badan dia je. You know, aku sekolah fully lelaki dulu, and bila tak jumpa awek aku masa tu, aku akan rasa horny and rasa nak buat seks memanjang je.” Harris lega bila tengok Oliver takde muka judge ‘what? kau buat seks since sekolah menengah lagi?’ macam orang-orang lain bila dia cakap yang yeah, dia da biasa buat seks, so what? Aku tak membesar dengan cara yang betul yet tu zaman dulu. It’s not like dia manusia yang sama macam dulu.
I changed a lot.
Untuk Noah.
Everything untuk Noah yang dia sayang. But still, aku buat budak lelaki tu bengang walaupun selepas empat tahun.
“Jadi yeah, aku rapat dengan Noah sebab nak buat seks je. Tapi Noah still layan aku baik gila. Kalau aku demam, dia akan jaga aku. Kalau aku lapar, dia akan carikkan aku makanan. Tiap-tiap malam, kalau aku haus, dia akan buatkan milo suam untuk aku. Kalau aku migrain, dia akan teman and jaga aku sampai aku betul-betul sihat. Setiap kali bangun tidur, dia akan kejutkan aku. Dia buat banyak untuk aku. Tapi sekolah aku, kitorang ada geng. Aku dulu sekolah swasta and bebudak kaya akan stuck up dengan yang kaya je. Dulu aku rasa powerful sebab bapak aku salah seorang penyumbang terbesar dekat sekolah tu dulu, jadi senang kau nak buat masalah sebab the end of the day, pengetua can’t do anthing to you. Worse to be,” Harris teguk liur kasar. “Noah selalu jadi mangsa buli aku dengan kengkawan aku sebab dia bukan anak orang kaya. Dia masuk sekolah aku tu sebab Biasiswa Sukan dari KBS. Walaupun Noah baik dengan aku, still kadang-kadang dia jadi mangsa kena belasah dengan aku dan kengkawan aku.”
“That’s harsh.” Gumam Oliver.
“Bukan sekali dia kena belasah. Banyak kali.” Bagitahu Harris perlahan. “Walaupun dia selalu kena belasah dengan aku and kengkawan aku, still aku akan dapatkan dia kalau aku terasa nak buat seks. Kawan aku tak tahu pasal Noah and aku. Noah declare yang kitorang berdua ni couple walaupun aku jawab nak tak nak je bila Noah declare benda alah tu. I wont lose anything sebab habis sekolah, aku bukannya akan berjumpa lagi dengan dia lagipun.” Harris teguk liur lagi. Still riak muka Oliver takde kerut ‘kau memang la manusia yang teruk’ atau judgemental.
Dia teruskan cerita. “You know, I was like the worse human being ever. Belasah dia macam nak mati sampai dia masuk sickbay, tapi kalau aku horny, aku akan dapatkan dia. Kalau aku sakit, dia akan jaga, tapi kalau benda buruk jadi dekat dia, aku akan gelakkan dia and panggil dia miskin and gelaran-gelaran yang lain. Masa tu aku anggap dia macam sampah je.”
Muka Oliver macam berubah sikit.
“Ada satu hari tu, kawan aku dengar Noah cakap kat aku yang dia sayang aku. Disebabkan aku tak nak kawan aku tahu yang aku selalu buat seks dengan Noah, aku cakap dekat kengkawan aku yang Noah tu tergila-gilakan aku and selalu nak offer badan dia dekat aku walaupun hakikatnya aku yang...”
“Kau yang selalu carik dia kalau kau gersang.” Oliver habiskan ayat dia yang tergantung tu.
“Yeah.” Gumam Harris. “Boleh kalau nak simpulkan macam tu. Benda paling teruk lepas tu ialah Noah kena belasah sampai budak tu tak boleh berjalan for a while. Noah atlet olahraga sebenarnya and masa tu kebetulan ada Olahrga MSSM tapi disebabkan dia sakit , dia tak dapat pergi pertandingan tu. KBS tarik biasiswa Noah atas alasan Noah terlibat dengan pergaduhan sekolah and it’s like disgrace for KBS and sekolah aku.”
Oliver tarik nafas dalam-dalam. “Apa jadi lepas tu?”
“Noah mintak aku jelaskan perkara yang sebenar dekat sekolah sebab olahraga adalah salah satu cara dia boleh bawak family keluar dari area miskin and get a better life. Dia merayu kat aku yang dia sanggup buat apa saja asalkan dia dapat balik biasiswa tu semula. Tapi apa yang aku buat lepas tu, just make it more worse.”
Oliver pandang ragu-ragu kat Harris. “Apa yang berlaku lepas tu? Kau buat apa?” Oliver picing mata tengok Harris.
“Aku guna pengaruh ayah aku, aku cerita dekat ayah aku yang aku tak selesa nak sekolah dekat situ sebab Noah selalu kacau aku and aku cakap dekat ayah aku yang Noah tu gay. Aku tahu yang ayah aku tu jenis homophobic ever, jadi ayah aku guna pengaruh dia untuk yakinkan pengetua buang Noah dari sekolah masa tu. More worse, nama Noah da di black list jugak dari KBS jugak lepas tu.”
“Woah.” Oliver terdiam tak tahu nak cakap apa.
“Jadi bila aku jumpa ex aku semula, budak lelaki tu...”
“Tak boleh terima kau ada kat sini.” Oliver habiskan ayat Harris tu. “Got it.”
“Yeah.” Gumam Harris. “Fuck my life. Aku manusia yang teruk.” Harris kutuk diri sendiri.
“Can’t deny it.” Setuju Oliver. “Macam mana kau boleh jatuh suka dekat dia pulak?” Tanya Oliver kerut dahi. “I thought kau tak suka dia.”
“Bila aku sedar yang aku selalu perlukan Noah bukan seks semata. Aku tak boleh nak tipu, seks with Noah is very good even kalau nak banding dengan perempuan sekalipun,”
Oliver smirk nakal.
“Oh shut up,” Tapi Harris sengih jugak. “Tapi bila Noah takde, my life is getting messy. Takde siapa nak take care dekat aku lagi, takde siapa nak buatkan aku air, takde siapa nak jaga aku, takde siapa nak amik tahu pasal apa yang aku buat dekat kelas, takde siapa nak dengar aku merepek meraban pasal family aku yang suck, takde siapa nak dengar bila aku nak merancang benda jahat dekat sekolah, takde siapa nak jaga kalau aku migrain and lepas tu aku baru tersedar yang aku perlu dapatkan Noah balik. Aku sebenarnya rindu dia and amazingly, aku rindu dia bukan sebab seks tapi sebab kehadiran dia tu.”
“Cheesy.” Komen Oliver sepatah sebelum gelak besar.
Harris buat muka. “Babi.” Lepas tu Harris tunjuk double middle finger dekat Oliver.
Oliver makin gelak besar. “Tenang roommate.” Oliver gosok-gosok bahu Harris. “Aku ada soalan lagi penting nak tanya kau ni. Bila kau nak jumpa Noah ex kau tu and macam mana kau nak dapatkan dia semula?”
“Aku tak tahu.” Jawab Harris jujur. “Serious.” Harris pandang muka Oliver. “Aku takut dia lari makin jauh dari aku lepas ni. After four years, lepas empat tahun, aku jumpa dia semula. Maybe kau akan cakap aku gila babi cheesy and whatsoever, aku rindu dia gila-gila. Aku rindu dia sangat-sangat weh.” Muka Harris nampak kecewa.
“How I wish, aku ada feeling yang kuat macam kau pada awek aku tu.” Balas Oliver bersahaja. “Aku boleh katakan, kalau kau dengan Noah can get back together, that can be highlight thingy in your life. Best of luck kay.” Oliver bagi semangat sambil tepuk-tepuk bahu Harris.
“Thanks.”
“Welcome. Tu la gunanya roommate kan? Untuk dengar and kongsi segala bagai masalah.” Oliver sengih-sengih ceria.
Harris geleng-geleng sengih tengok roommate dia yang hyper semacam. Nasib baik jenis kepala masuk air jugak. “Yeah roommate, thanks again.”
“No biggie. Belanja aku Chocotop pun okay jugak.” Oliver angkat-angkat kening.
Bilik tu gelak besar lepas tu.
“Aku ingatkan kau ikhlas dengar cerita aku tu tadi. Cam fuck nak aiskrim pulak.”
Oliver gelak-gelak je lepas tu. “Aiskrim is bae kot.”





No comments:

Post a Comment

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)