Nuffnang

Saturday, 29 October 2016

Annual pass of Sunway Lagoon #219

Image result for sunway lagoon

Greetings from Sunway Lagoon

Hai guys!!

Tahukah anda bahawa Sunway Lagoon ada buat promotion yang gila babi best namampus barabas and kalau korang tahu promo ni, korang mesti akan tertanya-tanya dalam hati, serius la promo macam ni wujud dekat Sunway Lagoon?

and the answer, YES IT ISSSS.

1) apakah promo yang Sunway Lagoon buat ni?

Sunway Lagoon ada membuat annual pass untuk tourist , visitor, local and actually for everyone la. haha Annual pass ni sebenarnya ialah macam passport yang korang boleh keluar masuk Sunway Lagoon everyday dengan hanya membayar sekali sahaja.

apa? bayar sekali je?

YA!!!!!!

2) Apa itu Annual pass?

Annual pass ini terbahagi kepada dua iaitu annual pass 6 bulan dan juga annual pass untuk setahun. annual pass 6 bulan berharga rm150 manakala annual pass setahun berharga rm200.

contohnya korang beli annual pass setahun, dengan sekali pembayaran sebanyak rm200 masa mula-mula, and then korang akan dapat annual pass dari Sunway Lagoon, korang boleh masuk ke dalam Sunway Lagoon everyday, everyweek, every public holiday, unlimited access selama setahun tanpa henti.

Let's say, korang beli annual pass pada November 2016, korang bayar rm200 pada Sunway Lagoon, and then korang boleh masuk Sunway Lagoon hari-hari non stop sampai la november 2017.

Bayar rm200 sekali and then boleh masuk sampai muntah ke Sunway Lagoon selama setahun? Biar betul!

3) Adakah ini serius? :O

Haaa, aku da cakap kan? Mesti korang tak percaya punya la. HAHAHHAHAHAHAH. Annual pass ini adalah promotion dari Sunway Lagoon yang gila babi power superb and awesome gila la sebab one day per entry ke Sunway Lagoon for local ialah rm120 manakala untuk foreigner pulak ialah rm150.

bayangkan,

per day entry is rm120
annual pass for one year is rm200.

let's say dalam masa setahun korang masuk sunway lagoon 5 kali paling maksimum, the cost will be

RM120 x 5 = RM600

Tapi kalau korang beli annual pass which is only cost you, rm200, korang boleh jimat sebanyak rm400!!!

RM600 - RM200 = RM400 (jimat!)

4) Mana ada orang masuk sunway lagoon 5 kali setahun. 2 kali setahun pun da cukup -,-

okay, lets say you guys nak masuk Sunway Lagoon hanya 2 kali dalam setahun, still korang akan jimat kalau beli annual pass. Jom buat kira-kira lagi! Hahhahaha, aku da macam buat MLM kan? Hahaha, bangang!

RM120 x 2 = RM240
Annual pass = RM200

Still dengan membeli annual pass, korang boleh jimat sebanyak rm40! Bagus gila kan?

RM240 - RM200 = RM40 (jimat!)

5) Perghh, bagus gila la promotion dari Sunway Lagoon ni! Murah gila!!!!! Macam mana saya nak sign up for this one?

okay, untuk beli annual pass of sunway lagoon ada 3 cara

- website
- kaunter di sunway lagoon
- open kaunter di sekitar bandar sunway dan juga lembah klang

harga annual pass di website dan juga kaunter ialah rm450 which is quite expensive la. Jadi apa yang korang perlu buat ialah dengan mencari open kaunter Sunway Lagoon di sekitar bandar sunway dan juga klang valley!

Setiap hari atau setiap 2 hari sekali, van Sunway Lagoon atau nama glamour dia iaitu Quackie Cruises akan bersiar-siar di sekitar lembah klang macam Hot FM Zoomerz! Kalau korang beli annual pass dari Quackie Cruises of Sunway Lagoon, baru la korang boleh dapat harga rm200 for setahun / rm150 for 6 months. Otherwise, it will be rm450 dengan sekali pembelian.

6) Alamak, malasnya nak carik van / open counter tu!

apa yang korang perlu buat ialah hanya bukak facebook atau instagram, I bet semua orang ada facebook ataupun Instagram,  lepas tu search Sunway Lagoon Malaysia. Dekat situ, Sunway Lagoon akan update kedudukan Quackie Cruises setiap minggu. Untuk minggu ini, QC sudah pun berada di APU Bukit Jalil selama tiga hari, UNITEN selama dua hari , untuk hari ini dan esok, QC akan berada di Tesco Mall Puchong berdekatan dengan IOI Mall Puchong.

Jadi, apa lagi, dapatkan cepat annual pass korang!!

7) RM200 per year ni untuk seorang ke?

Ye la nak. Dah per entry per day into Sunway Lagoon is rm120. Takkan la for one year, rm200 tu kau nak kongsi lima belas , enam belas orang. Haaa, tu baru la Sunway Lagoon bankrap haha.

8) Kawan saya tinggal dekat Johor, macam mana ya dia nak daftar?

Anda boleh daftarkan kawan anda. Tiada masalah. Apa yang kami perlukan dalam form Sunway Lagoon annual pass ialah

-nama penuh
-IC number
- contact number
- email

dengan empat benda ini, korang boleh daftarkan untuk kawan-kawan korang juga. asalkan berbayar la. hahaha

9) Macam mana pula dengan kanak-kanak? sama harga rm200 juga ke?

yap! untuk kanak-kanak, harga annual pass juga ialah rm200. kalau per day per entry into Sunway Lagoon for kids is rm96. tapi kalau untuk annual pass, the price also rm200 same with adult. hanya kanak-kanak di bawak 90 cm dibenarkan masuk ke Sunway Lagoon secara percuma

10) Untuk foreigner boleh juga ke?

Boleh! Tiada masalah. Kalau korang ada kawan foreigner yang nak daftar sekali, suruh dia bawa I-Card ataupun Multiple Entry Visa. Sunway Lagoon tidak terima jika ianya Single Entry Visa ataupun student tersebut tidak mempunya I-Card. Pastikan tarikh pada I-Card dan juga Multiple Entry Visa rakan foreigner anda masih valid dan bukannya expired! :)

11) Boleh ke saya beri annual pass saya pada orang lain?

Semestinya tidak boleh. Annual pass of sunway lagoon bagaikan passport anda juga. ianya mempunyai nombor siri dan data anda . Jadi, anda tidak boleh beri annual pass pada orang lain. Jika didapati anda beri annual pass pada orang lain, pihak sunway lagoon, boleh mendenda dan menarik balik annual pass anda. jangan nak kedekut sangat boleh tak? rm200 je pun and main la puas-puas kau dekat dalam sunway lagoon tu.

12) Guna annual pass ni boleh main semua games ke kat dalam sunway lagoon?

Yes and no.

Eh kau ni. Jawab berbelit pulak. haha.

Yes, sunway lagoon ada 6 theme park which is

-scream park
-amusement park
-water park
-nickelodeon lost lagoon (new!)
-extreme park
- wildlife park

Jadi korang boleh main semua theme park segala bagai tu. Tapi ada games yang korang kena bayar asing kalau nak main which is

- go kart
- g force X
- bungee jumping

yang 3 kat atas ni, kalau korang masuk per entry pun, still kena bayar asing jugak and not included in the fee of the entry.

13) again, macam mana nak daftar annual pass ini?

hanya mencarik Quackie Cruises ataupun open counter kami di sekitar lembah klang. Hanya bukak facebook atau IG and taip Sunway Lagoon Malaysia, setiap minggu / setiap hari Sunway Lagoon akan update di mana kedudukan Quackie Cruises berada.

14) Kalau saya daftar hari ni, saya da boleh terus masuk Sunway Lagoon keesokan harinya ke?

Oh tidak. Kami perlukan 5 hari untuk masukkan data anda ke dalam sistem kami. Lets say korang beli annual pass pada Quackie Cruises / open counter pada 1hb Nov, korang boleh start masuk ke dalam Sunway Lagoon pada 6hb Nov.

15) Ada tak benefit lain kalau beli annual pass ni?

Yes it is. Korang akan dapat baucer makanan dari Sunway Lagoon sewaktu mendaftar annual pass. So boleh la guna sewaktu nak main-main mandi segala bagai nanti. Baucer tu bukannya bermaksud korang akan dapat makan free, tapi dapat bayar makanan dengan harga yang lebih murah dan dapat diskaun la. Selain itu, korang juga akan dapat diskaun bila nak guna loker di Sunway Lagoon ataupun bila korang nak pergi Lost World of Tambun.

Yes, korang boleh dapat diskaun bila nak masuk ke Tambun.

16) Apa yang saya perlu bawak bila nak masuk Sunway Lagoon selepas 5 hari mendaftar?

Apa yang kaunter annual pass perlukan dari anda ialah IC dan Annual pass anda (untuk local) , jadi jangan tinggalkan pulak! Haha. Untuk foreigner pulak, kaunter annual pass perlukan I - Card / Multiple Entry Visa dan juga annual pass. Sebab tu anda tidak boleh tipu orang kat kaunter sebab all the details already in the system.

17) Siapa yang saya boleh contact kalau terdapat pertanyaan?

saya. ya saya! hahaha. sekarang ni aku bekerja di Sunway Lagoon di jabatan Membership atau nama inggeris dia ialah Membership Department. for further information boleh contact gua di talian

017 6326242

siapa buat prank call, gua belasah.

hahaha. oh kalau korang contact untuk belanja tengok wayang pun okay jugak. haha. yang tu aku terima dengan hati terbuka KAH KAH KAH. Bagi aku la kan, annual pass ni memang jimat gila and tersangat la berbaloi buat sesiapa yang suka theme park and segala bagai benda extreme. There are a lot of rides, games dan segala bagai yang ada di Sunway Lagoon. Serius, you guys will not getting bored. At all. Kalau nak main or mandi di Sunway Lagoon, sangat kebosanan kalau korang sorang-sorang je. Dia agak seronok kalau datang ke Sunway Lagoon secara berjemaah ataupun beramai-ramai so.... ajak la kengkawan korang beli annual pass ni. haha

Mohon Sunway Lagoon bayar aku lebih lepas aku da promot annual pass ni. MUAHAHHAHAHAHAHHAHA. gila tak ikhlas kau ni.

kay la kay la. till we meet again, sekian. adios amigos. Assalamualaikum. Selamat malam semua. Bai bai korang!!!!

p/s
kalau korang tanya ada tiket free ke apa ke Sunway Lagoon, the answer is no. sekian. HAHAHHAHAHAHHAHAHAHA.




7 comments:

  1. Huntung spe stay kl.. Aku Penang.. Hm

    ReplyDelete
  2. salam..Shark..ko ade 'share ke sunway laggon ni?haha..anyway, very good deal,,,promotion tu sampai bile eh?..
    p/s : aku suka gila lagu welcome home to sejak dgq kat bloa ang aritu..
    p/s 2 : we have sumtin in common..ape yg same..biarlah rahsia..haha

    ReplyDelete
  3. Kau buat aku rasa macam nak pergi lak. Padahal aku tak minat pun theme park ni. Selamat duduk jauh. Terus batalkan niat. Haha!

    Anyway, untung lah Sunway dapat kau. Rajin tolong promote. Hiks

    ReplyDelete
  4. thank you. been asking about this for awhile though

    ReplyDelete
  5. Lepas buat kad ada bgthu "5 successful referrals get free 2 adult tickets" apa maksudnya?

    ReplyDelete
  6. Cool and I have a tremendous provide: How Much Home Renovation Can I Afford house renovation contractor

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)