Nuffnang

Wednesday, 19 October 2016

OYAKAWA / Chapter 2 #218

Chapter 2
Tengah dia sesedap layan movie dekat laptop, roommate baru dia masuk ke dalam bilik.
“Yo!” Sapa roommate baru dia. Budak lelaki yang baru masuk ke dalam bilik dia tu just bawak backpack je. “I’m Oliver. Budak food. Third year. Kau?” Oliver hulur tangan salam.
“Harris. Recreation, Forestry. 2nd year.” Harris berdiri salam tangan dengan Oliver.
“Da lama sampai ke?” Tanya Oliver. Budak lelaki tu letak backpack kat atas katil sebelum menggeliat. “Im so tired as fuck. Aku bawak kereta dari Johor non stop dengan jammed segala bagai dekat Nilai sana.” Rungut Oliver.
Harris tergelak. “Normal la tu area Nilai. Eh sebelum ni kau memang budak 12 ke?” Harris duduk balik atas katil sambil layan roommate baru dia.
“Tak la. Aku budak 13. Pastu pindah 12. Serabut la duduk 13 tu. Banyak sangat protokol dia.” Cebik Oliver. “Eh? Kau da makan?”
“Belum lagi.” Harris sengih-sengih je.
“Good. Jom teman aku makan jom. Lapar.” Oliver buat muka kesian.
Disebabkan dia sebagai roommate yang baik hati lagi sopan nian santun, :P dia pun bersetuju je join Oliver makan sekali. Walaupun actually dorang bukannya kenal sangat pun nak dibuat kawan and di ajak berborak. Aku kan baik. KAH KAH KAH. Tak beragak puji diri sendiri.
“Lets.”


“Abang, jom makan.” Ajak Noah. “Eh, abang nak pergi mana?” Noah da kerut dahi.
“Aku nak keluar kejap. Beli barang.” Harris betul-betulkan tali pinggang sebelum betulkan rambut kat cermin yang ada dekat sebalik almari baju.
“Alaaa, baru nak ajak makan sama.” Suara Noah makin lama makin perlahan.
“Esok la. Okay?” Harris cuba senyum. Padahal dalam hati rasa nak suruh je budak lelaki tu keluar dari bilik dia. Tapi disebabkan ada roommate dia, malas la dia nak berkasar sangat. Kang banyak tanya pulak dorang tu.
“Okay.” Noah da buat muka ceria.
Harris da tergelak. Dia rasa setiap kali Noah ajak makan, setiap kali tu jugak dia akan cakap esok, and serasa dia da nak dekat tiga kali dia cakap macam tu. Fon dia berbunyi lepas tu. Terus dia capai fon and borak dengan orang yang kol dia tu.
“Okay, okay. Im on the way. Tunggu kat tempat biasa. Bai bai. Take care. Love you,” Harris masukkan fon balik ke dalam poket sebelum usha rambut kali terakhir.
“Siapa tu?” Tanya Noah curiga.
“My mum.”
Dia tipu.
Noah tarik nafas lega.
“Kay la. Aku pergi dulu.”
“Eh nanti kejap.”
“Apa dia?” Harris da mula rasa rimas.
Noah sengih-sengih. “Nak salam.” Cakap Noah perlahan.
“Jangan nak mengarut. Nak mati kalau roommate aku nampak?”
Noah garu-garu belakang kepala dia tak gatal. “Takpe la kalau macam tu.”Noah gelak hambar lepas tu.
“Woi, ayan apa?” Tegur Oliver. Dorang berdua sekarang dalam kereta Oliver dan menuju ke kedai makan.
“Naaa. Aku fikir masa lepas aku.” Harris tersuging kecil. Teringat balik akan Noah yang beria-ia nak salam cium tangan dia. Good boy habis. Hormat orang tua. Tapi entah kenapa dia yang bodoh sangat pergi layan budak tu macam sampah.
Oliver gelak. “Boleh tahan. Mengenang apa? Kisah cintan cintun masa zaman sekolah ke?”
“Sort of. Eh? Kita nak pergi makan dekat mana?” Harris tukar topik. Dia tak rasa dia nak cerita hal zaman dia dulu-dulu purba kala pada orang yang dia baru kenal. Tak pasal-pasal kena pandang sinis sebab ada perangai macam biawak masa zaman sekolah.
“Padang je. Tu je yang aku rasa boleh masuk and senang nak carik makan. Kau selalu makan mana sebelum ni?”
“Padang jugak. Busra.” Harris sebut nama kedai.
“Sama la!” Suara Oliver da ceria. “Gosh dude, Cuma sebelum ni aku tak perasan kau la pulak kat Busra tu. Kuey Teow Kungfu dia terbaik dari langit kot.”
Harris sengih je. Boleh tahan banyak cakap jugak roommate dia ni. “Aku telan je semua benda. Esok kau ada kelas ke?”
“Ada.” Oliver rolling eyes. “Got no chill langsung sem aku kali ni. Aku amik koko this sem actually.”
“Serious la?” Harris buat muka terkejut. “Kau amik koko apa?” Tanya Harris cuba ramah mesra.
“Berkuda.”
“Gigih.” Gumam Harris.
Oliver gelak-gelak je. “Awek aku ajak masuk berkuda. da nak buat macam mana kan? Aku baru nak masuk softball, tapi dia sibuk sangat ajak aku masuk koko tu.”
Oooooo, da ada awek rupanya.
“Kau tak masuk mana-mana koko this sem?” Oliver sambung tanya.
“Naaaa. aku da habiskan koko and baksis masa sem 1 dengan sem 2. Sem 1 aku terjal je amik Bakti Siswa and sem 2 aku ambil Asas Kembara.” Bagitahu Harris. “By the way, awek kau budak mana?” Tanya Harris. Sambil tu dia teringat akan Noah dia. Noah dia?
Noah yang comel.
Noah yang banyak cakap.
Noah yang selalu utamakan dia.
Noah yang manja dengan dia tapi dengan orang lain, budak tu akan act tough.
Noah yang independent habis.
Tapi kan...sejak bila Noah jadi hak milik dia. Hurm. Suka-suka je letak Noah jadi Noah dia. Hey! Kau / Sandra da berdendang sayang dalam kereta si Oliver ni.
“Kolej 5. Sama-sama budak food. Cuma dia food tech, aku food studies. Kau ada awek?” Tanya Oliver pandang Harris.
Harris tergelak terus. Awek? Hati dia berdetus. Ada pakwe pun lari. Ni pulak nak ada awek. “Soalan mangai apa tu?”
Oliver gelak pulak lepas tu.
“Soalan luar biasa yang aku tanya la. Soalan dari roommate baru mung ni. KAH KAH KAH.” Oliver gelak besar pulak tu.
“Nope.” Harris bunyikan huruf P kuat. “Nadaa, malas la aku serabut pikir pasal awek.” Rungut Harris. Padahal dia tengah carik ex dia. Lelaki. As pakwe actually and not makwe. Makwe and awek dia pun, last dia kapel dengan perempuan ialah masa zaman sekolah menengah. Sasha, Naliya, Vika, Elli dan siapa-siapa entah lagi yang dia couple dalam waktu yang sama. Playboy much huh Harris?
“Takde yang berkenan di hati lagi ke?” Oliver kerling Harris sekejap sebelum tumpukan pemanduan di hadapan.
Harris angkat bahu. “Takde kot.” Seorang je yang dia suka. Orang tu ialah Noah. Dia teringat senyuman Noah. Dia teringat macam mana Noah ajak dia pergi makan setiap hari. Dia teringat macam mana Noah akan buat lawak and cuba buat dia tersenyum kalau mood dia tak baik. Dia teringat macam mana Noah ajak dia pergi tournament dia and budak lelaki tu harap dia akan datang. Dia teringat macam mana sepetnya mata budak lelaki tu bila senyum. Dia teringat macam mana happynya budak lelaki tu kalau dapat peluk dia which is ... hanya sekali je.
“Geez, you creep me out. Senyum tetiba je.”
Harris senyum makin lebar. “Tak sedar.” Harris legakan anak tekak dia. “Aku rindu someone.” Mamat tu tersuging kecil lagi. “By the way, kau bila nak kawen dengan awek kau tu?” Tanya Harris sambil tukar topik sekali lagi.
Oliver diam. “Tengok la. Bila aku rasa nak kawen.” Oliver angkat bahu. “Aku bukannya serius sangat pun dengan budak tu.”
“Pulak da.”
“Awek aku tu psiko kot. Asyik nak berkepit 24/7 je dengan aku. Clingy habis. Rimas la aku. Come on, aku pun perlukan masa dengan kawan aku.” Rungut Oliver. “Budak perempuan is complicated.”
Harris da gelak-gelak. “Da tu pergi kapel buat apa?”
“Saja.” Oliver sengih-sengih. “Sebab trend.”
Harris makin gelak besar. “Setan punya orang.”




“Abang nak makan apa?”
“Apa-apa je la.” Dia sibuk main fon. Sibuk berwasap dengan  awek dia yang... emm entah ke berapa. Tapi lantak la. Da dorang yang nak dekat aku sangat padahal bukan tak tahu masing-masing dimadukan. Cuma Noah ni je yang tak tahu yang dia ada awek lain. Mamat tu je ingat yang dorang berdua ni serius and ada heavy relationship. Padahal dia tak rasa macam tu pun.
“Kalau macam tu orang orderkan lauk apa-apa je la ea.” Bagitahu Noah.
Dia tetap tak melayan apa yang Noah cakap and dia malas nak pandang orang yang tukang amik order ni. Hari ni outing sebab hari sabtu. Tadi baru lepas makan aiskrim dekat Bukit Bintang. Tu pun sibuk mamat si Noah ni nak amik gambar berdua. Buat semak je. Memula Noah ajak dia makan kat kedai tepi jalan je tapi dia cakap, dia tak mahu. Gila kau! Kedai tepi jalan kotor kot! Dan banyak lipas. Dan banyak tikus. And segala bagai sependa celup dalam mangkuk and kuali. Nak sebut je pun da rasa geli geliman, ni pulak nak kena hadap masuk kedai macam tu. And macam-macam lagi la yang ada kalau makan kat kedai tepi jalan. Mana la bersih nak makan kat kedai tepi jalan! Last-last dia bawak Noah ke restoran dekat area Avenue K.
Gila tak standard aku anak Dato’ sekadar nak makan kedai tepi jalan je. Noah ni pun tak beragak ajak aku nak makan makanan entah apa-apa.
Tetiba hati dia terasa panas dengan Noah.
“Abang.” Panggil Noah.
“Emm,” Dia sahut. “Apa?” Dia berhenti main fon and pandang Noah. “Apa dia?” Harris tinggi suara sikit sebab da bengang. Dia nampak Noah macam gigit bibir tengah fikir something.
“Kalau duit Noah tak cukup, err, nak pinjam abang punya duit dulu boleh tak?”
Harris diam.
Noah diam.
Ni la masa aku nak kenakan budak ni.
Harris da sengih-sengih jahat.
“Malas. Miskin buat cara miskin. Lain kali kalau nak keluar dengan aku, bawak duit banyak sikit. Kau da tahu kau miskin kan?”
Dia nampak muka Noah macam kecewa sikit dengan apa yang dia cakap tu. Tapi apa yang nak dipedulikan sangat pun. Memang tu pun niat dia.
“Okay.” Suara budak lelaki tu perlahan.
“Da sedar miskin tu, lepas ni tak payah nak ajak aku jalan-jalan keluar.” Keras ayat dia. “Sedar tak?”
“Sedar.” Sebut Noah perlahan.
“Sedar apa?” Tekan Harris.
“Sedar yang saya ni miskin.”

“Bang, saya nak Milo Suam. Dude, Harris, kau nak minum apa?”
“Bagi saya Milo Ais la bang. Makan, saya nak makan Nasi Goreng Ayam Kunyit.” Bagitahu dia.
“Saya pulak nak Kuey Teow Kungfu.” Bagitahu Oliver semangat. Harris da nak tergelak tengok fire dalam mata Oliver bila budak lelaki tu sebut Kuey Teow Kungfu.
Lepas orang tukang amik order tu belah, Oliver pandang Harris. “Kau macam deep in thought sangat je. Dari dalam kereta lagi. Whats wrong?”
“Sejak bila jadi kaunselor berdaftar ni?” Tanya Harris angkat kening.
Oliver sengih. “Sejak aku dapat roommate baru.”
Harris diam sekejap. “Takde apa.” Jawab Harris pendek. Dia tak rasa dia boleh cerita semua benda pada budak lelaki tu. “Serabut dengan kelas esok.” Harris senyum paksa. Tetiba dia teringat pasal Noah bila lepak kedai makan ni dengan Oliver. Harris..... Kenapa kau jahat sangat ni?
Harris mengeluh. Dia pasti apa yang dia cakap tiga, empat tahun lepas tu ialah salah satu penyebab kenapa Harris da tak pernah ajak dia lepak keluar lagi lepas tu.
Harris, kau memang fucked up!
Im so sorry sayang.
Dia da terasa nak carik mesin masa and kembali ke masa silam. Menyesal cakap macam-macam dekat budak tu dulu!
I will take care of you lepas ni....
Sayang nak makan banyak mana pun, abang bagi semuanya.
Anything for you.
Anything.....
Oliver mencebik dekat dia. “Kelas belum start da mula serabut.”
Harris tergelak. Busted. “Takde apa la. Nanti aku cerita kat kau kalau aku rasa nak cerita. By the way, apa nama penuh kau. Oliver? British habis nama kau.”
Oliver menjulingkan matanya ke atas. “If you have stupid parents, stupid auntie and uncle, then you will get this – Oliver – British - name. Nama penuh aku  is Ameer Oliver. Orang Tangkak  je pun. Tapi disebabkan aku acah-acah rasa macam tinggal kat UK, aku suruh semua orang panggil second basis name aku instead of Ameer sejak zaman aku tadika lagi.” Oliver sengih. “Kau pulak? Nama kau apa?”
“Gila aku rasa macam kita pergi blind date tanya nama segala bagai.”
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. Dua-dua gelak besar lepas tu.
“Nama aku Harris Oyakawa.”
“Melayu – Cina?” Tanya Oliver suspicous.
“Tak, tak. Melayu - Jepun.”
Muka Oliver nampak teruja. “Mak ke ayah?”
“Stop being teruja la setan.” Harris da nak tergelak.
“Rare kot jumpa mix Jepun – Melayu.” Balas Oliver dengan muka bercahaya – teruja luar biasa dia tu.
“Mak aku jepun. Ayah aku melayu biasa je. Dorang jumpa bila ayah aku belajar dekat Jepun dulu.”
“Perghhh, sokmo mix maaa. Patut la kau lip lap lip lap handsome semacam je. Eh? Kau ada adik perempuan?” Tanya Oliver sambil angkat-angkat kening.
“Hahahahah.” Harris da gelak-gelak. “Pergi fokus la dekat awek kau sana. Tak payah nak amik chance kenal dengan adik aku.”
“Alaaaa, nak kenal-kenal je pun.”
Harris gelak lagi. “Pi mati.”


“Harris, bangun. Subuh.” Kejut roommate dia.
“Emm, lima minit lagi.” Gumam dia mengantuk sebelum peluk bantak golek makin erat. Tak lama lepas tu dia dengar bunyi pintu bilik dibukak sebelum ditutup balik.
“Abang bangun. Sarapan. Kelas.”
“Malas la Noah.” Gumam dia. Memang dia tahu yang kejut tu ialah Noah walaupun dia tak celik mata pun lagi.
Noah cium pipi dia perlahan sebelum gosok-gosok rambut serabut dia.
“Apa ni main cium-cium.” Rungut Harris. “Aku da cakap kan, tak payah bagi morning kiss.” Harris tolak tangan Noah ke tepi sebelum terus duduk atas katil lepas tu dengan rambut yang makin serabut. “Serabut la kau ni.”
Noah gelak kecik. “Kan da bangun. Cepat mandi. Subuh sekali.”
“Ye la, ye la. Aku bangun ni. Memekak je.” Rungut Harris.
Noah bangun. Orang tunggu dekat Dewan Makan tau.”
Harris menguap besar tanda malas nak mendengar. “Okay.” Jawab budak lelaki tu pendek.
“Harris, bangun. Kau bukan ada kelas jam 8 ke hari ni? Semalam beria suruh aku kejutkan pagi ni.” Kejut Oliver.
Harris gosok-gosok mata gatal. Dia tetiba tadi termimpi pasal Noah sekejap. Dia duduk atas katil sambil termenung cuba nak ingatkan balik mimpi tadi. Rambut dia memang da kusut masai habis. Kalau boleh dia nak stay dalam mimpi tu and hadap Noah lama-lama. Mimpi macam mana budak tu hari-hari kejutkan dia bangun pagi tanpa gagal. Unless kalau budak tu ada pertandingan luar, baru la takde siapa yang kejutkan dia. And almost empat tahun, almost empat tahun, takde siapa kejutkan dia bangun macam Noah kejutkan dia bangun.
Ciuman di pipi.
Cheesy.
Bluekk.
KAH KAH KAH
Ya. Saya tahu.
Tapi Noah is so romantic. Kau nak suruh aku buat apa kan?
Bertuah siapa yang dapat dia.
I mean, bertuah siapa yang dapat Noah.
Aku la kan?
Dulu aku bertuah.
Sekarang da tak.
Harris capai fon dekat tepi bantal dia. 7 pagi. Dia menguap besar sebelum terus  bangun, capai tuala, bakul mandi dia and gerak ke toilet. Da almost empat tahun, almost empat tahun dia tak dapat ciuman di pipi untuk kejutkan dia bangun pagi.
Hampir empat tahun......
Noah, tunggu abang.
Don’t leave me...
Wait for me.
I will get the kiss back.
I will.
For us.
Jangan lari dari abang.

p/s
jangan lupa komen kalau suka dengan cerita ini!



3 comments:

  1. Hi, boleh sy tahu knp sy sgt comel?

    ReplyDelete
  2. lari je Noah daripad Harris x guna ni hahahahahah

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)