Nuffnang

Friday 23 September 2016

Cover buku #215



Cover buku untuk Oyakawa :3

Watak utama :-

Harris Oyakawa

Sinopsis :-

Kisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila.
  
Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatkan cinta hati dia semula. 
  
:P



Cover buku untuk Remaja :P

Watak utama :-

Haikal Luthfy

Sinopsis :-

Semua orang ada jerangkung dalam almari masing-masing. Termasuk la seorang budak lelaki bernama Haikal. Nama penuh ialah Haikal Luthfy. Perangai macam budak lelaki lain Cuma dia ada rahsia kecil yang dia tak nak kongsi dengan siapa-siapa. Sebab kalau dia kongsi rahsia kecil dia tu, dia mungkin akan dipinggirkan. Ye la. Manusia ni memang perangai macam entah apa-apa. Lagi-lagu manusia yang tinggal dekat Malaysia. Judgemental gila.  *rolling eyes*

Haikal baling bantal dekat Zahid. "bangang la sepupu aku ni. mulut dia." Haikal rolling eyes. "i just.." Haikal angkat bahu. "is it normal kalau aku suka dekat lelaki?"

Well, ni kisah kehidupan seorang remaja bernama Haikal. Perjalanan mencari kehidupan. Perjalanan menjadi remaja yang lebih baik. KAH KAH KAH. Siapa yang tak nak berubah menjadi baik kan? 

"ala, chill je la Haikal. Kita dilahirkan putih, normal la kalau kotor tetiba. and end up, tak semestinya kau mati dalam keadaan kotor. boleh je kau nak mati dalam keadaan putih semula."

Nama dia Haikal Luthfy. Dia seorang budak lelaki. Tapi dia suka kepada budak lelaki jugak dan bukan kepada budak perempuan. Bukan dia tak teringin nak jadi straight macam orang lain tapi entah la. Dia tak tahu macam mana. Err, he just don't know how.



Cover buku untuk Magis >.<

Watak utama :-

Lilo Nezmi

Sinopsis :-

Hai. Nama saya Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumbuhan, setan, jin, bunian, alien..... emm, errr, alien tu saya tak pasti la pulak wujud atau tak kat dunia ni. tapi yeah, dunia ni bukan je didiami oleh golongan-golongan yang saya nyatakan tadi.

Dunia ni jugak didiami oleh satu golongan lain iaitu Ahli Sihir. pernah dengar nama Merlin? pernah dengar nama Harry Potter? pernah dengar kisah Sabrina and The Witch? pernah dengar kisah Ahli Sihir Salem? ye. mereka semua wujud. kami semua wujud. cuma awak dan awak dan awak dan awak dan awak yang di sana, di sini, di situ dan di mana mana je yang tak tahu kami si Ahli Sihir ni wujud dan masih wujud. Kami wujud. dan kami hidup macam awak semua.

This is our story. err, I mean, this is Lilo Nezmi's story. Ini cerita tentang seorang manusia tidak normal bernama Lilo Nezmi yang tinggal di sebuah planet bernama Bumi.

p/s
gua main buat je cover tu. KAH KAH KAH. Gua mana pandai guna adobe segala bagai je. Jadi gua buat cover tu guna m.word je. :P lantak pi mati. MUAHAHAHAHHAHAHA. asalkan gua puas hati.

5 comments:

  1. microsoft word? noob habis...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Simple tp cntik :) tak sbr nk beli :D

    ReplyDelete
  3. aku suka minimal macam oyakawa tu...tapi maybe ada better font...yg remaja tu macam kbye...hahahah... congrat wei...

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)