Nuffnang

Wednesday, 30 December 2015

Game 3 Fakta [iv] #178

aku pun tak tahu kenapa aku tak update blog. aku banyak je masa cuma aku tak berdaya nak bukak blog. haha. lagipun sekarang aku tengah re build balik cerita REMAJA tu and KAH KAH KAH, makin panjang pulak cerita tu. apa-apa pun, aku ada main game 3 fakta sebelum ni kat blog, which is siapa yang tak tahu game 3 fakta ni pasal apa, meh aku terangkan dulu.

game 3 fakta ni kau boleh main bersama kawan kau, sepupu kau, adik beradik kau and kalau kau ada guts, kau boleh la main dengan parents kau. HAHAHAHAHHAHAHAH. kalau kau berani la. apa-apa pun, antara 3 fakta yang dinyatakan itu, 2 fakta ialah betul and 1 fakta ialah salah.

ini ialah 3 fakta aku :

1) Once, aku pernah tertelan biji koko. Ye. tertelan biji koko! Siapa tak tahu biji koko tu cemana, korang semua boleh google kay.

2) Aku pernah gagal untuk subjek Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan masa aku tingkatan 4 dan 5. sobs. sedih :(

3) Aku pernah kencing tepi jalan. KAH KAH KAH. 

so, antara 3 fakta kat atas ni yang pasal aku, 2 fakta ialah betul, satu fakta ialah salah. and entry #177, bila aku baca, ada jugak la yang jawab betul. haha. tak sangka pulak tu. heh. serius sharky, kau memang poyo gila sekarang ni.

Fakta 1
Once, aku pernah tertelan biji koko. Ye. tertelan biji koko!


Jawapan : Ya. aku pernah. Ini adalah buah koko. kat belakang rumah aku dulu ada dua pokok koko and aku selalu makan buah koko tu bila da masak dengan sepupu sepapat aku. memang lazat la. haha. cara makan buah koko ni ialah kau hisap je benda tu and lepas habis isi dia kau hisap, kau buang la biji dia. Tapi once, sebab aku eager sangat, aku gelojoh sangat hisap biji koko tu macam hisap nenen, aku pergi tertelan sekali biji koko tu. and for god sake la, nasib baik tak tersekat kat kerongkong aku. still, pengalaman ngeri untuk aku. -,- pfft. selamat la and alhamdulillah aku masih hidup :D



Fakta 2
Aku pernah gagal untuk subjek Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan masa aku tingkatan 4 dan 5.

Jawapan :  Tidak. Aku tak pernah gagal any subject Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan sepanjang aku form 4 and form 5. Almost gagal tu pernah la tapi kalau gagal tu memang tak pernah. keh keh keh. masa trial SPM 2010, (ye gua amik SPM tahun 2010 dan tahun tu jugak gua jadi Ketua Pengawas, gila nerd gua masa tu) Bio and Matematik Tambahan aku dapat A-, Fizik aku dapat B+ and Kimia aku dapat B. 

Aku jugak pernah pergi Kuiz Matematik Tambahan peringkat daerah : ranking corot gila and sangat hambar. 

Explorace Kimia peringkat daerah : yang ni team aku dapat naib johan. satu sekolah hantar dua orang wakil and kitorang dipecah-pecahkan and gabung dengan sekolah lain. 

Bio Hunt peringkat daerah : yang ni aku dapat masuk final. 

konklusinya : gua ni nerd gila masa sekolah. KAH KAH KAH. dan masuk degree, gua makin bengap. 


Fakta 3
Aku pernah kencing tepi jalan.

Jawapan : Ya. Aku pernah kencing tepi jalan raya yang dipenuhi dengan kereta. Cuma masa tu aku umur 7 ke 8 tahun. Well, i still have a guts untuk kencing tepi jalan. haha. masa tu aku baru nak balik dari hospital melawat sepupu aku yang accident and aku tumpang makcik aku balik rumah naik kereta dia. Dalam perjalanan balik tu, entah macam mana entah ya Ampun ya Tuhan, aku nak terkencing la pulak.

Disebabkan perangai makcik-makcik and pakcik-pakcik tak percaya yang bebudak boleh tahan kencing je sampai rumah sebenarnya atau dorang tak nak aku kena batu karang agaknya, jadi dorang berhenti jalan and suruh aku kencing kat tepi jalan.

aku keluar kereta, turun kan seluar, selamba main pancut - pancut ke tepi parit. cuma ye la, punai kecik lagi masa tu. KAH KAH KAH. that was my hell yeah life ever.


so, apa yang korang teka tu betul? haha, ke salah? it is a fun game sebenarnya and try la main dengan kengkawan korang. More daring the facts, more cool the game. Dalam masa beberapa hari lagi, usia aku akan naik jadi 23 tahun (by year la of course, heh) . I was like.... what? macam cepat gila kan usia kita semua ni meningkat.  hehe. 

esok malam nak sambut tahun baru! Hip Hip Hooray!!! Da lama tak tengok big big big bunga api. last pun tengok bunga api masa layan Merdeka dekat Bukit Jalil dulu. apa-apa pun, selamat tahun baru semua! selamat menjadi tua and selamat menjalani kehidupan tahun 2016 anda dengan kadar yang selesa.

adios amigos. kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. eceh wah. keh keh keh. babai semua. Love yolls. 

p/s
next entry ialah magis chapter 3. eh, siapa ada wattpad, boleh la bagitahu gua kay. hehe. boleh kita saling membaca cerita and karya masing-masing. 

Thursday, 10 December 2015

Game 3 fakta [iii] #177

aku da bosan ni. haha. jom main game 3 fakta sekali lagi. seperti biasa, kalau korang da pernah main kat entry entry sebelum ni, 2 fakta dari 3 fakta yang aku nyatakan nanti ialah betul meanwhile baki 1 fakta ialah salah. so, basically, korang kena teka, 2 fakta mana yang betul and 1 fakta mana yang salah?

here we go!!! *apesal kau teruja gila ni setan? kau kena sampuk ke apa?*

1) Once, aku pernah tertelan biji koko. Ye. tertelan biji koko! Siapa tak tahu biji koko tu cemana, korang semua boleh google kay.

2) Aku pernah gagal untuk subjek Fizik, Kimia, Bio and Matematik Tambahan masa aku tingkatan 4 dan 5. sobs. sedih :(

3) Aku pernah kencing tepi jalan. KAH KAH KAH. 

there you go. hahaha. game 3 fakta. siapa yang bosan macam aku sekarang ni, korang boleh la main game ni. by the way, game ni korang semua boleh mainkan bersama kawan-kawan korang di kala waktu bosan atau waktu tengah picnic ke apa ke. for sure, korang akan lebih kenal and lebih paham kawan korang. :) kau rasa kau da kenal kawan kau? wait until they reveal their 3 secret :3

emm, tu je la aku nak taip untuk entry kali ni. sebenarnya, aku nak taip pasal sukan, tapi da malam sangat la pulak. nak taip panjang pun da tak semangat :3 so, korang rasa, antara 3 fakta kat atas tu, 2 fakta mana yang betul? and fakta mana yang salah? keh keh keh.

terima kasih kerana membaca!

selamat malam. siapa tak main game ni, dia bakal kena rasuk :3

p/s
kau tahu tak sekarang kecoh kat twitter pasal imam gay yang jadi curator kat twt lgbt? haha. heboh gila babeng. barangsiapa yang tidak open minded, nescaya dia melatah :3



Tuesday, 8 December 2015

Magis chapter 2 #176

previously on Magis chapter 1

“err, macam mana awak buat semua ni?” Lilo belek-belek ros yang ada pada tangan dia tu. 
“belajar dan berusaha keras di KGMS.”
Lilo pandang Aidan lagi. Susah dia nak percaya dekat mamat depan mata dia ni. Betul ke ahli sihir ni wujud? oh kamon. walaupun dia da nampak apa yang mamat Aidan ni buat depan mata dia, tapi dia still ragu-ragu dan tak percaya. 
“ye. Saya tahu awak ada banyak soalan yang nak tanya pada saya. I can see very clearly from your eyes.” Aidan da sengih.
“of course I am!” 

********************************************************


"Of course I am." Puan Fedora bersuara dari arah pintu sambil tatang dulang penuh dengan makanan dan jugak air minuman. Lilo dengan Aidan tengok Puan Fedora letak dulang atas meja kayu yang ada dekat gazebo tu and duduk sebelah Lilo. "you are not some prank guy from my husband atau my jiran ke apa kan? Ahli Sihir? Are you kidding me?"
Lilo tengok muka Aidan. hahahahahahhahahaha. Dia da terasa yang mamat ni lama-lama boleh jadi annoying dengan soalan yang tak habis-habis keluar dari mulut dia dengan mak dia pasal ahli sihir. But heyyyy, siapa yang tak akan tanya macam-macam kan kalau tetiba pada satu hari, ada orang ketuk pintu rumah kau and cakap,
"anda seorang ahli sihir!!"
Seolah-olah kau baru diisytiharkan mendapat cabutan bertuah dan menang sebuah kereta yang luar biasa besarnya.
"err, Puan Fedora. Saya tak buat lawak dan saya tak cakap benda tipu. Saya ahli sihir. Anak puan juga ahli sihir" Aidan pandang dia lepas tu.  "Dan dia dapat tawaran belajar ke KGMS pada semester hadapan. One of the best school in the world."
"tapi kan, saya ada soalan. Kenapa saya? Why me?" tanya Lilo tak paham.
"tadaaa. Saya pun tak tahu tapi nama awak memang ada dalam senarai KGMS. Tapi as far as I'm concern, sekejap ye saya cek." Lepas tu Aidan bukak briefcase lagi dan keluarkan file yang mengandungi bermacam kertas warna warni.
Aidan sambung cakap. "Selalunya, memang jadi kes begini, di mana mak dan ayah dia bukan ahli sihir tetapi nenek moyang dia atau beberapa generasi terdahulu lamanya merupakan seorang ahli sihir." Aidan pandang Puan Fedora. "Kalau dilihat dari susur galur awak Puan Fedora, moyang awak, Twilliam Sacromone dan adik lelakinya, Desmond Sacromone, kedua-duanya merupakan seorang ahli sihir dan pernah bersekolah di Beira Interior, Portugal sekitar tahun 1880. Dan makcik kepada Twilliam serta Desmond Sacromone, Hannah Sacromone juga merupakan seorang ahli sihir."

Lilo mengerling emaknya sebab dia tahu, tak mungkin nama moyang ayah pelik pelik macam tu. Reaksi mak memang la priceless waktu tu. HAHAHAHHAHAAH. Mesti emak terkejut yang moyang dia seorang ahli sihir. Ayah berasal dari Selangor. Orang pure Selangor. Dia tak tahu la pulak kalau susur galur ayah dia pun something jugak. Something? KAH. Cara kau cakap macam ianya bervirus. Mak pulak dari Melaka. Apa yang dia tahu, emaknya ada sikit-sikit darah dari tanah Portugis sana.
Puan Fedora terdiam bila dengar apa yang Aidan cakap.
"tapi bukan je dari susur galur Puan Fedora ada darah ahli sihir, dari susur galur suami puan pun ada jugak."Aidan kerut dahi. Lilo pun angkat kening lepas tu. Dari belah ayah pun ada jugak? Aidan husyuk tengok kertas kat tangan kemudian selak-selak muka surat lain pulak. "pada tahun 1705, seseorang bernama Andi Baso pernah belajar di KGMS . Dia merupakan abang kepada datuk suami Puan Fedora."
Lilo cuba hadam perlahan-lahan. Abang kepada datuk suami puan? Emm, maksudnya, abang kepada atuk ayah ialah ahli sihir.
"Andi Baso juga merupakan seorang pengawas pada tahun ke 5 pengajian di KGMS dan pernah menjadi wakil KGMS untuk Duel Tournament yang berlangsung di Beauxbatons. Pada tahun tersebut, Andi Baso merupakan 2nd runner up, tewas pada wakil dari Brazil pada peringkat separuh akhir." Aidan angkat kening. "That's quite impresive actually."
"Ehem." Aidan telan liur sebelum masukkan semula file ke dalam briefcase nya. Lilo and Puan Fedora pandang Aidan dengan muka tak percaya lagi and masih berharap yang Aidan akan menjerit BANG BANG BOOM!!! pastu muka dorang berdua masuk TV3. pfftt. Memang la imaginasi liar. Tapi sebenarnya, dia da macam percaya caya sikit yang dia ni ahli sihir. Eceh wah.

Satu / Cara Aidan wujudkan burung tadi and munculkan bunga tadi memang la macam real gila.

Dua / Tak mungkin TV3 atau mana mana TV siaran mampu buat seperti apa yang Aidan buat iaitu munculkan seekor burung.

Tiga / dia tak rasa ada ahli silap mata yang mampu buat seperti Aidan.
dan ye.

Dia sudah sedikit percaya apa yang Aidan cakap. Dia kerling sikit tengok mak dia. Dia tak tahu la pulak apa pendapat emak dia berkenaan perkara ini. Lepas tu dia tengok mak dia amik surat tawaran dia dari atas meja dan baca satu persatu ayat dekat situ.
"tak kisah la puan atau Lilo tak percaya. Apa-apa pun, Lilo kena beli jugak keperluan belajar dia seperti buku teks dan lain-lain sebelum masuk semester baru nanti."
"tapi Aidan." Puan Fedora belek-belek lagi surat tawaran tu. "Dekat mana kita nak beli barang-barang keperluan ni?" tanya Puan Fedora kerut dahi. Dia tengah meneliti senarai buku dan barang yang tertulis pada muka surat kedua selepas surat tawaran. "look, saya tak rasa dekat KL ada semua barang-barang yang ditulis kat dalam surat tawaran ni. "
"ada je sebenarnya." Pintas Aidan. "Nanti saya boleh temankan Lilo untuk carik sama-sama semua barang tu. Saya pun nak beli barang sikit nanti." balas Aidan sambil tersenyum pandang Lilo lagi. Mamat Aidan ni memang la murah dengan senyuman je.
"really?" Lilo da pandang tak percaya dekat mamat nama Aidan tu. Da la kacak bergaya. Baik pulak tu kat aku. Kah Kah Kah. Tak payah nak bernafsu sangat la bangang.
"yep. I think, kita boleh gerak beli barang-barang tu kejap lagi kot." balas Aidan lepas tengok jam kat tangan. "lagi cepat lagi bagus."
"eh? serious meh?" tanya Lilo tak percaya.
Handphone Aidan berbunyi tak lama lepas tu. Aidan angkat kol. "Hello." Remaja lelaki itu berlalu dari gazebo dan berbual di tempat lain.
Lilo pandang emak dia. "err, mak rasa macam mana?"
Puan Fedora angkat bahu. Pandangan matanya penuh dengan kekeliruan. "entah la Lilo. Semua ni nampak macam mengarut kan?"
Lilo da julingkan mata ke atas. " I know. It's look really ridiculous. Tapi mak tak tengok masa dia munculkan burung kuning, Zap! tetiba je muncul dari tongkat sakti dia tu. Power gila mak."
Puan Fedora da pandang suspicous dekat anak dia. "you are not having hallucination right atta boy?"
"no la emak." Lilo gelak. "by the way, emak tak kenal Twilliam and Desmond Sacromone? Your great grandfather? Ataupun Hannah Sacromone? Nama family emak sebelum ni memang Sacromone kan? I mean, sebelum mak kahwin dengan ayah."
"fine." Mak mengeluh. "Kita memang dari keturunan Twilliam."
"jadi emak rasa apa yang Aidan cakap tu...."
"mak tak tahu sayang." Pintas Puan Fedora usap rambut Lilo perlahan. "emak serius tak tahu. Mak tak tahu Pop Twilliam ialah seorang Ahli Sihir sebelum ni.  And mak tak tahu whether this is a good thing or not you becoming a wizard."
Lilo gelak and tak lama lepas tu Puan Fedora senyum kecil. "A wizard." Lilo julingkan matanya ke atas. "bunyinya macam tak sopan kan? Hey, kau ni ahli sihir. Hey, you are a wizard."
"agak la." gumam Puan Fedora.
Aidan kembali ke arah mereka berdua. "So, Lilo da ready?"
"eh?" Lilo da tunjuk muka pelik. "ready? ready ke mana?"
"beli barang la."
"now?"
"yap. Now as mean, now. Sekarang."




"kita beli barang ahli sihir segala bagai ni dekat mana?"
"area PWTC, The Mall." jawab Aidan pendek sambil senyum pandang Lilo tak bosan.
Lilo tunduk tengok surat tawaran dekat tangan. Dia dengan Aidan berjalan kaki menuju ke stesen LRT terdekat. "tapi like sherious shit Aidan, dekat mana la kita nak carik barang-barang posyen ni. And since when dekat PWTC ada jual ekor Unikorn, serbuk kuku Griffin, seikat rambut Banshee, secekak rambut...." dan makin lama, suara Lilo makin perlahan. Lilo pandang Aidan. "Aidan, kisah pasal KGMS semua ni tak tipu kan?"
Aidan sengih lagi. "Nope Lilo. Tak tipu. Semuanya betul. Aku ahli sihir. Kau ahli sihir. Tunduk!!!" Aidan tolak dia supaya tunduk. Apa yang dia sempat nampak ialah api yang besar menuju ke arah dia dan Aidan. Aidan capai tongkat sakti dari dalam briefcase dan hayun pantas "Tueri!"
Lilo tunduk dan lindungi muka dengan tangan lengan dia. Tapi dia dapat rasa bahang panas api kena kat muka dia. Dia curik-curik tengok. Api marak hanya beberapa inci je jauh dari dia dan Aidan. Dia terkejut sebelum berguling ke belakang. Nampaknya ada orang serang dia dan Aidan tapi Aidan berjaya buat pelindung halimunan tepat pada masanya. Fuck!! Da kenapa tetiba dia dengan Aidan kena serang tetiba.
"kau siapa?" Aidan tilik orang yang serang dia dengan Lilo atas bawah atas bawah.  "Cohors Fures? err, apa yang kau nak?" Tanya Aidan lagi. Nada suara budak lelaki tu tenang-tenang sahaja.
Lilo bangkit dan berdiri belakang Aidan. Bila api tu da hilang, baru dia dapat usha orang yang serang dorang berdua. Lord. Seorang budak perempuan rupanya. Tak la budak sangat pun. Usia ala-ala Aidan jugak la. Budak perempuan tu sengih sambil makan chewing gum. Rupa budak tu da ala-ala gothick pun ye jugak. Dengan celak tebal, kemeja hitam, skirt pendek paras peha berwarna merah serta mengenakan kasut but berwarna hitam.
"budak sekolah mana ni? King George? ke Gwenog? Impressive. Boleh hadang Sihir Api aku." Budak perempuan tu tiup asap yang masih terdapat pada hujung tongkat saktinya itu.
Aidan sengih kecik. Lilo rasa nak cepuk je. Mamat ni da kenapa boleh tersengih lagi? Tak boleh ke kita belah je dari sini. Aku rasa kalau tak Aidan buat sihir something apa entah tadi, dia da boleh kena panggang dengan api budak perempuan tu. Ianya sangat panas okay!
"kamon. Setakat Sihir Api tu. Apa la sangat yang budak King George tak boleh buat."
"really?" Budak perempuan tu berhenti kunyah chewing gum tanda annoying. "Jom kita tengok berapa banyak lagi luck yang kau ada." Budak perempuan tu terus melangkah menghampiri mereka berdua.
Gosh Aidan. Dari pandangan budak perempuan tu je pun, dia boleh tengok yang perempuan tu macam nak bunuh dorang berdua. Macam mana la mamat ni boleh relax je lagi. Dia da gigil takut.
"chill Lilo. Ini baru sikit." kata Aidan sambil senyum. Aidan hayun laju tongkat sakti pada budak perempuan tu. "Funem Torquem!"
Budak perempuan tu terus terjatuh ke atas tanah bila ada tali yang melilit laju kedua-dua kaki dia. "Fuck!" Seranah budak tu. Budak perempuan tu ketuk tongkat dia pada tanah. "Serpens Ignis." Muncul seekor ular dari tanah secara tiba-tiba dan mendompak laju ke arah Aidan dan dia.
Dia terus menjerit sebab terkejut. Ular tu berapi kot! Dan dia nampak dengan jelas taring ular tu yang tajam nak menerkam ke arah dorang berdua. Mana dia tak terkejut. Terus dia berundur makin ke belakang.
"Fulgur Tres." Aidan tembak ular api tu dengan pancaran kilat yang keluar dari tongkat sakti dia. Ular tersebut terus hancur berkecai dan terus Aidan acukan tongkatnya pada budak perempuan tu. "Funem Torquem." Tangan budak perempuan tu pulak yang dililit tali lepas tu. Tongkat saktinya terlepas dari tangan.
Budak perempuan tu terguling-guling atas tanah cuba melepaskan diri dari ikatan tali yang membelenggu tangan and kaki dia. "Fuck!!" Seranah budak perempuan tu lagi. "lepaskan aku la setan!!" Budak perempuan tu da meracau racau marah.
Aidan tergelak kecik sebelum berjalan ke arah budak perempuan tu. Lilo ekori rapat Aidan tapi masih takut-takut.
"gosh dude." Aidan tendang tongkat sakti perempuan tu jauh-jauh sebelum tunduk merenung budak perempuan gothick tu lagi. "apa nama kau? Sihir kau biasa-biasa je. Amatur. Tak memberi cabaran kat aku langsung. I didnt even put my briefcase away. Are you sure kau salah seorang Cohors Fures?” Aidan angkat kening. Lilo kerling Aidan. Ya. Dia baru sedar yang Aidan masih tenang-tenang sahaja dan masih memegang briefcase itu seolah-olah mereka berdua tak pernah diserang oleh seorang perempuan gila berpakaian gothic, seekor ular berapi dan juga semburan api yang maha besar sebentar tadi.
Budak perempuan tu mula mencarut-carut lepas tu mintak dilepaskan.
“aku tak suka kau sebab kau suka mencarut.” Putus Aidan.
Budak perempuan tu meludah ke tepi. “pergi mati.”
Aidan ketuk tongkat sakti dekat kepala budak perempuan tu. “immemorabilis.”
Lilo tengok budak perempuan tu mencarut-carut lagi tapi takde suara yang keluar. Budak perempuan tu terkejut bila tersedar yang suara dia da takde. Terus berguling-guling protes tanda marah lepas tu. Apa-apa pun yang budak perempuan tu mencarut lepas tu, memang tak dengar apa da. Tapi apa yang Lilo nampak, budak perempuan tu nampak macam meraung-raung and terjerit-jerit maki dorang berdua.
“That’s better.” Aidan sengih nakal. “Jom Lilo. Banyak barang nak kena beli ni.” Aidan berlalu dari situ dan Lilo pantas mengekori. Dia pusing ke belakang untuk tengok budak perempuan tu lagi. Dan apa yang dilihatnya, budak perempuan tu masih berguling-guling cuba lepaskan diri.




aku sebenarnya tak la berapa pandai sangat nak buat aksi magis segala bagai ni. haha. aku totally loser. aku sebelum ni pernah buat cerita pasal pembunuh upahan, and ianya memang teruk. KAH KAH KAH. aku dari dulu memang sedar yang aku memang agak loser dalam membuat cerita yang ala-ala aksi ni. 

heh, aku lagi okay kalau tulis cerita pasal life, pasal remaja, pasal orang sekeliling and something like that la. I dont know whether you guys suka atau tak dengan cerita MAGIS ni tapi aku nak try something new.  HAHAHAHHA., ah, lantak korang. korang suka ke tak ke, korang kena baca jugak. 

apa-apa pun, I need your comment and thought about this story. siapa tak komen, anda bakal dirasuk. sekarang ni aku tengah nak membuat chapter 9 of MAGIS. semoga sikap rajin gua makin berterusan. haha. 

kalau korang ada better idea about this story pun, boleh la share your thought kat ruangan komen. It will be really helpful and really amazing from you guys. Mungkin idea dari korang boleh buat cerita MAGIS ni menjadi lebih menarik. 

so, apa pendapat korang tentang Aidan? cool? amazing? charming? nerd? remaja yang nakal? heh. 

jangan lupa jugak baca entry-entry gua yang lain kay. siapa nak borak, boleh mensi gua di twitter

@Inchethakif

till we meet again rakan-rakan!! and adios amigos. 

p/s
esok nak jejalah BBW! Yippy!!!


Sunday, 6 December 2015

Take me to church / hozier #175



aku suka tengok teens react ni. memang banyak video dorang dekat youtube. ada teens react to KPOP, teens react to JPOP, teens react to 90's internet bla bla bla. teens react to 90's internet is one the funniest video ever la. HAHAHAHAHHAHAHA. korang patut tengok yang itu.

by the way, pernah korang dengar lagu Take Me to Church by Hozier? dekat mana-mana? radio ke apa?

teens react kali ni buat pasal lyric breakdown and bila aku tengok ni, baru la aku tahu lagu take me to church ni ialah lagu pasal homoseksual or gay and orang sekeliling tak terima dorang. pfft. sadis.  clip video sangat la tragis dan sedih. huarghhh. i was like very speechless la masa tengok klip video dorang tu.

sebelum tu dengar je lagu ni kat radio and tak betul-betul hadam pun lagu tu. kadang2 main nyanyi je sambil humming atas motor and goyang-goyangkan kepala macam kat dalam club. tapi bila usha video lyric breakdown, baru la gua mengerti maksud di sebalik lagu ini. haha.



aku sangat-sangat tak paham sebenarnya dengan manusia yang selalu skeptikal dengan orang yang ,, you know, ada minat yang berlainan dari manusia biasa. ya ya ya ya aku tahu, all that is berdosa and whatsoever, tapi dia tak pernah nak ganggu kau, kenapa pulak kau nak rasa terancam pulak. aku sangat tak boleh belah dengan lelaki straight yang berasa terancam dengan manusia gay.

look dude, relax and chill okay. dorang tak akan rogol kau. first sebab kau hodoh. siapa nak rogol orang yang hodoh. jangan jadi bodoh boleh tak. second sebab kau dumb. third , oh please, jangan perasan boleh tak. aku sangat tak boleh terima dengan reaksi orang

"oh my god faggot, jangan dekat dengan aku."

like seriously people? aku tak judge mana-mana people. aku tak kisah berkawan dengan sesiapa pun. kawan dengan pondan ke gay ke lesbian ke trans ke apa ke. dorang semua manusia.

A seorang gay.
B seorang lesbian.
C seorang straight and takut dengan A sebab takut  si A rogol si C. C suka mencurik duit mak.

it's not much different. semua berdosa. anyway, A and B berdosa pun bila dorang start buat seks. selagi dorang tak buat seks, dorang bukan berdosa. C ialah contoh skeptikal yang nak kena jetat kepala dorang. just because you are straight, that doesnt mean yang kau lagi mulia dari orang gay. padahal si C pun mencuri and mencuri pun berdosa jugak.

just once in your life time, minda tu bukak sikit. please jangan jadi bangang. macam mana la negara nak maju kalau tak open minded. aku bukan nak galakkan LGBT. what? no. of course not. apa yang aku tekankan dekat sini ialah please be open minded. semua orang berbeza. semua orang ada passion masing-masing. semua orang ada life. and ianya bukan hak kau untuk jadi tuhan,

"OMG, there are so LGBT, lets hudud them."

"gosh dude, kau gay kan? jangan dekat dengan aku! jauh la kau setan!"

"jauh la woi. disease kot kau ni."

-,-

seriously people?

apa-apa pun rakan-rakan, please share you thought about the video and the topic also. aku sangat-sangat takjub and teruja tengok remaja US komen about the issue. somehow, it is really show how open minded they are , totally not like Malaysian teens.

apa-apa pun, till we meet again.


p/s
next entry is chapter 2 of magis!!

Saturday, 5 December 2015

Kisah saya dan stranger #174

pernah tak kau pergi mana-mana , sama ada kedai makan ke kedai motor ke kedai buku ke restoran ke mana-mana la, then suddenly orang yang tak kenal , tegur kau and berborak dengan kau. contoh situasi dia ialah macam ni.

di sebuah kedai buku.

kau tengah sesedap baca buku secara curi-curi, ye la, sebab malas nak beli buku tu. so better baca je secara free kan? kan lagi jimat. KAH KAH KAH. and then suddenly ada orang tegur kau.

stranger : buku sekarang ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak beli buku archie ni, tapi mahal sangat la pulak.

kau : *rolling eyes* biasa la. buku malaysia. mana tak mahalnya.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang sini dengan siapa?

and the rest is history.....

contoh situasi yang lain ialah.

di sebuah kedai makan 

kau : *tengah duduk sorang-sorang and tengah tengok fon baca wasap*

stranger : *tetiba duduk kat kerusi depan kau* makanan kat kedai ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak makan banyak-banyak kat restoran ni, tapi mahal sangat la pulak. so tak jadi la makan banyak sangat.

kau : *rolling eyes* biasa la. makanan malaysia. mana tak mahalnya. lagi-lagi kalau najib jadi PM.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang ke sini dengan siapa?

and the rest is history.....

contoh situasi yang lain ialah.

di sebuah shopping mall 

kau : *tengah usha baju-baju yang ada kat mall. tengah usha sana sini and tengah carik baju murah and pada masa yang sama cantik gila and nampak macam baju mahal.*

stranger : *tetiba datang sebelah kau* baju kat kedai ni mahal kan?

kau : *termangu-mangu. mamat ni cakap dengan aku ke? pastu pandang kiri kanan cuba pastikan sama ada betul ke mamat ni cakap dengan aku. ke cakap dengan orang lain and aku je terperasan over yang mamat ni cakap dengan aku* err, hahahaha *gelak awkward* aah. mahal la sikit.

stranger : *mengeluh* ingat nak beli baju kat sini sebab ada function . tapi mahal gila baju kat sini.

kau : *rolling eyes* biasa la. baju malaysia. mana tak mahalnya. lagi-lagi kalau kat shopping mall ni.

stranger : agak la. ni asal dari mana ni? datang ke sini dengan siapa?

and the rest is history.....

apa perasaan korang kalau situasi ni jadi kat kau? it was fucking happen to me. Like sheriously aku macam terkejut gila bila strangers mana entah tegur aku. padahal masa tu aku tengah baca novel online and seboleh mungkin tundukkan pandangan kat fon and tak hiraukan orang sekeliling. aku memang tak pedulik langsung kat orang sekeliling and seolah-olah jadi dinding.

aku still boleh consider la kalau aku lilaukan pandangan and then lepas tu mamat tu senyum kat aku, and aku senyum balik. and aku still boleh accept kalau dia datang berborak dengan aku sebab sebelum tu kitorang da exchange senyuman. tapi its quite creep me out bila aku just tunduk, and then someone memulakan perbualan dengan kau.

its like macam, kau dekat satu butik ni. kau usha - usha baju kat situ. lepas da usha harga and tanya hal baju itu ini,  pastu tetiba kau datang kat seorang customer tengah usha baju sorang-sorang ni and kau selamba je cakap

kau : baju kat sini mahal-mahal kan. *mengeluh*

first, aku tabik dengan mamat tu sebab berani gila mulakan perbualan. HAHAHAHHAHAHAHAHAH. even aku rasa aku yang outspoken and too easy going and too spontaneous pun tak berani buat macam mamat tu buat. maybe I'm not too spontaneous enough kot. haha. way to go sharky! let's rock the world

second, tabik dengan mamat tu sebab ada guts and balls. and bergaya gila. bagi aku agak bergaya la. tapi masa kejadian tu berlaku kat aku, aku tengah malas nak layan orang. jadi soalan-soalan yang aku tanya pun like, duduk mana. umur berapa. buat apa je. kerja dekat mana.

dan perbualan kitorang berakhir begini.

stranger : okay la. abang balik dulu.

aku : okay. *senyum*

stranger : *belah dari situ*

aku : *sambung baca novel online dekat fon*

sampai sekarang aku tak tahu dia siapa atau apa nama dia. mystery guy! so, if this situation happen to you guys,how you guys will react to it? senyum? layan? mintak number lepas tu kenal2 lebih2. tak layan? or whatever. komen la woi and share your story. haha.


p/s
jangan lupa baca magis woi! cerita terbaru selepas asrama, remaja and playboy. siapa tak baca, aku rasuk dia laju-laju.