Nuffnang

Wednesday 30 September 2015

Wattpad #162

akhir-akhir ni, selain memikirkan tajuk FYP yang luar biasa, ataupun mengeluh tentang jerebu lalu tidak dapat berjogging , kononnya,HAHAHAHAHHAHAHAHA.  aku selalu bukak wattpad ni. WATTPAD  ni apa? well wattpad ni macam blog la kiranya tapi khas untuk depa yang nak post cerita atau novel atau cerita pendek atau cerpen or puisi or whatsoever dekat situ. first aku baca wattpad tahun 2012 macam tu kot. aku baca Cerpen yang bertajuk Gold Rush. cerita pasal seorang budak perempuan yang diminati oleh seorang lelaki daripada band remaja terkenal dekat US. ke UK? haha. tak ingat da. daripada cerita Gold Rush ni jugak aku tahu lagu Iris dari Sleeping With Sirens. KAH KAH KAH. loser gila kan aku. baru tahu lagu Iris padahal lagu tu da berabas femes berabad lamanya.

by the way, good thing pasal wattpad ni, dia boleh improve kan bahasa inggeris kau sebab most of cerita yang di post pada wattpad ialah di dalam bahasa inggeris. ada jugak dalam bahasa melayu tapi agak kurang la kalau nak berbanding dengan cerita bahasa inggeris. sebabnya orang malaysia lebih gemar untuk layan Penulisan2u daripada cerita yang ada dekat wattpad ini.

jadi, akhir-akhir ni aku selalu la jugak meluangkan masa membaca pelbagai cerita yang ada dekat wattpad ni. BM aku baca. BI pun aku baca jugak. kalau BM mostly aku baca dari penulis-penulis FIXI la seperti Hasrul Rizwan, Ariff , Nami ; penulis lejen , dan lain-lain lagi la. kalau BI pulak, aku more kepada random cerpen atau short story tapi mostly aku baca pasal cerpen yang agak homosapien yang homoseksual. antara cerita yang aku baca ialah, titik dua bertindih

1) College Life

College Life ni berkisarkan kepada Rayne yang datang dari Ireland untuk datang study dekat kolej yang ada dekat US nu ha and pada satu malam dia terlanggar seorang lelaki bernama Jesse Jackson yang kacak bergaya dekat koridor hostel. Jesse ni pulak ialah homophobic habis disebabkan zaman kanak-kanak dia yang agak misery. Jesse and Rayne ni menjadi rapat pada satu malam bila dorang main Truth or Dare dengan bebudak perempuan dekat hall kolej.

untuk bacaan selanjutnya, hanpa boleh klik link bawah ni.

@CollegeLife

2) One Last Chance

One Last Chance ialah sambungan kepada College Life di mana Rayne da menjadi seorang artis yang agak famous amos pada masa tu. kiranya most of USian kenal la dengan Rayne ni.  dia berjumpa kembali dengan Jesse dekat sebuah mansion untuk satu rancangan realiti TV yang akan keudara di US tapi dorang berdua memang la awkward habis bila berjumpa. KOH KOH KOH. apa yang jadi sebenarnya masa zaman college life dorang sampai boleh jadi awkward habis?

Tapi sayangnya, penulis cerita One Last Chance & College Life iaitu Giovannie Storm stop kan cerita tu separuh jalan je. sedih :(  apa apa pun, it is really good storyline!

@OneLastChance

3) Roommates

macam tajuk dia,cerita ini berkisarkan Owen iaitu budak inesen yang baru nak start freshmen year dekat sebuah kolej ni. and roommate dia pada freshmen year unexpectedly ialah Hunter Cole, pemain hoki ais yang sangat femes amos masa zaman high school dia. and most of atlet memang sangat hottie habis termasuk la si Hunter Cole ni. lean fit, macho and bergaya. Macam yang korang boleh jangkakan, Owen yang inesen itu suka pada Hunter Cole dan keadaan menjadi awkward bila Owen accidently ternampak something dekat bilik persalinan sukan......

@Rommates

siapa-siapa yang nak baca cerita Malay pulak, boleh try baca cerita Hasrul Rizwan. it's not story pasal homosapien yang homoseksual pun tapi jalan cerita dia memang la barabas cool gila. by the way,Hasrul Rizwan ialah penulis novel Murtad, Tuhan dan juga Qisas yang femes amos di Fixi itu.

@BudakHostelOtaknyaSewel

siapa-siapa yang nak mengenang zaman asrama ke apa ke, boleh la baca cerita ni. KAH KAH KAH. wa cakap lu, memang la terbaik gila woi!

okay la,aku nak tidur dulu. mengantuk amat. esok ada kelas Reka Bentuk jam 8 pagi. selamat malam. adios amigos. assalamualaikum.

p/s
tajuk FYP aku, pada asalnya aku nak buat pasal Dark Tourism tapi cancel pada saat-saat akhir. last-last aku rasa nanti aku buat FYP pasal Lost World Of Tambun. KAH KAH KAH. kalau korang nampak budak pass questionnaire tu, aku la tu. :P

1 comment:

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)