Nuffnang

Wednesday 22 April 2015

Cerita yang macam macam pasal Sharky. #136

minggu ni and also minggu lepas.macam-macam benda terjadi dekat aku. well, not really terjadi pada aku. tapi terjadi pada orang sekeliling aku and also affect me as well la.

kawan aku masuk hospital last week. awal minggu last week. not sure hari apa. hari senin atau hari selasa macam tu la. nama dia Jun. I was like very shock gila sebab kawan-kawan kat group wasap 5 sains bagitahu yang Jun tenat and sakit and koma and guna bantuan pernafasan. masa baca tu, aku rasa jantung macam da nak berhenti. kalau aku da rasa macam tu, entah macam mana la pulak family dia. memang macam tak sangka sebab tak dengar pulak ura-ura yang dia sakit sebelum ni. semuanya kedengaran sihat walafiat. yang aku tahu sakit masa batchmate aku is Kathy. tu pun sekarang masih sihat dan alhamdulillah terus segar bugar makcik tu.

Jun anak sulung, setahu aku la. and bila dia jatuh sakit macam tu, for sure family dia sangat risau. setiap hari kat group wasap 5 sains, mesti akan ada update tentang Jun. semua orang nak tahu pasal Jun dengan berharap gadis itu akan makin sihat dan elok. jantung Jun ada kuman. bengkak. Buah Pinggang dia tak berfungsi so suddenly and rosak. masa baca, totally memang terasa nak terguling terkejut. dugaan yang sangat besar untuk Jun dan keluarga. Jun is not really come from a keluarga yang senang. dia orang susah and sangat kasihan pada family dia masa Jun jatuh sakit and masuk hospital secara tiba-tiba.

Jumaat lepas, which is beberapa hari lepas, aku ada meeting dekat Taylor Uni, area Sunway tu after solat jumaat. ingat kan nak terus rushing pergi jemput Memir untuk tengok Jun sama-sama, and then shoot pergi hospital after that. aku sampai kat rumah je, nak siap-siap pergi jemput Memir, bukak group Whatsapp, Feroz bagitahu Jun da meninggal dunia. terus masa tu bermuram durja. aku da terasa macam nak terjatuh duduk da. satu kelas aku macam terkilan gila sebab ada yang tak sempat nak jumpa / lawat Jun dekat hospital. macam aku,, rasa ralat sebab ingat dapat jumpa after meeting. Yuyun, bos dia pulak da kasi balik awal and also tak sempat datang ke hospital dari Putrajaya. Bita rushing dari USM, Penang and terlambat jugak sampai hospital. Mas jugak begitu and a few more lagi.

dan maghrib hari jumaat itu jugak, semua beramai-ramai berkumpul di tanah Perkuburan Islam , dekat dengan area rumah kitorang untuk kasi pernghormatan terakhir buat Jun. malam tu, cuaca mendung dan langit menangis sedikit. semoga kau tenang di sana, Jun. ya. semoga kau tenang. Al Fatihah untuk kau Jun.




al kisah lain pulak,

khamis lepas, aku masuk park dekat Shah Alam, jadi aku tak masuk ofis langsung. aku tolong handle games dekat Shah Alam. after handle games, for sure ialah masa untuk kemas barang and all that. da around 430 ke 500 petang masa tu. yang kemas barang masa tu ialah aku - Yeyep dengan Amri. masa kemas barang, aku dengan Yeyep plus Amri sempat main baling belon yang penuh berisi air antara satu sama lain. actually Yeyep team up dengan Amri and keji baling kat aku seorang. hahaha, macam sial. and kitorang pun lari la keliling padang sambil riang ria raya perang belon tak sudah. and for sure la aku lari macam nak separuh mati sebab aku sorang and budak berekor lagi dua tu boleh tahan syaiton keji kejar aku tak sudah. kah kah kah. lahanat.

lepas puas perang-perang belon air semua, baru angkat barang and susun dengan proper. masa aku dengan Amri nak angkat barang, suddenly aku jatuh tergolek kat atas padang macam yang engkau orang tengok kat movie selalu tu. aku memang tak boleh bergerak langsung. kaki tak boleh bergerak. lower form aku da macam numb. masa tu hujan sikit sikit. selamba je hujan turun kena kat aku yang memang selamba jugak selamat baring atas padang tak boleh nak buat apa. Yeyep dengan Amri tak sedar yang aku terbaring atas padang and ada la jugak dalam 3 ke 5 minit aku tunggu dorang kat atas padang tu sebelum Yeyep buat apa entah kat kaki aku and then baru aku boleh bergerak balik. tu pun terdengkot dengkot macam manusia cacat. kah kah kah. sampai sekarang aku tahan je la sakit tu. tapi rasanya sekarang rasa sakit tu da kurang and aku harap semuanya akan makin elok lepas ni.

heh.



yeayyy! aku sebagai salah seorang penulis artikel untuk majalah travel ; Asia Horizon Magazine. KOH KOH KOH. serius aku tidak menyangka  (poyo gila ayat) yang akhirnya artikel aku akan masuk magazine. aku tulis artikel masa Disember last year. Jetro, Di and Sasha help and support me a lot masa aku tulis artikel tu. terasa nak menangis bila mengenang last year punya isu masa aku tulis artikel. haha. macam-macam dugaan dan cabaran. tapi disebabkan Jetro and Di kasi support yang menggunung, lagi tinggi dari Gunung Kinabalu di Sabah sana, akhirnya berjaya jugak aku hantar artikel dengan penuh sendu sedan. haha. gaya aku cakap, tulis artikel tu macam nak pergi berperang je kan? -,- poyo gila. actually, masa aku tulis artikel tu, aku tengah mohon nak intern kat company magazine ni plus aku tengah dalam krisis - retak menenti belah - bila-bila masa akan clash. masa tu, bos kepada Asia Horizon Magazine ni bagi aku masa seminggu untuk tulis 10 artikel. 3 mengenai Hotel. 4 tentang restoran. 1 spa, 1 kereta and 1 jenis fon. lagi la serabut bok bok aku masa tu. masa tu pulak nak final exam and masa tu jugak la esaimen berterabur banyak. Nasib baik Sasha banyak grup esaimen dengan aku, jadi dia tolong aku banyak. last-last, aku dapat intern kat tempat lain (area PJ) and a few day lepas tu, baru Asia Horizon Magazine call aku and cakap pasal intern.

tapi, apa-apa pun, nama aku ada sebagai salah seorang penulis artikel kat situ. hiks. sekarang, aku tengah apply untuk jadi penulis part time Mensphysique . hope dapat la. amin. dapat la side income lebih sikit.

@mensphysique

senin lepas, aku start jugak keje part time di malam hari. selalunya , aku habis kerja pukul 615 petang. and sampai rumah around 710 petang cenggitu. ye, hari-hari aku ulang alik rumah - tempat kerja dalam masa 50 ke 55 minit. kadang-kadang 1 jam. pergi 50 minit. balik keje, 50 minit. and aku still ada 2 bulan 2 minggu lagi untuk habis intern. tak sabarnya!!! sampai je rumah hari senin hari tu, terus aku mandi and makan and bersiap and terus rushing ke tempat tuisyen. aku ajar budak form 3 ; subjek Sains. dan aku kena mengajar dalam bahasa melayu. nhahahahahhahaha. the problem is aku belajar kat sekolah dulu dalam bahasa inggeris and bila kena mengajar, kena ajar dalam bahasa melayu la pulak, tergagu-gagu jugak aku untuk start ajar tu. part paling best, anak murid aku ada 3 orang je. haha, Hanif - Alif - Aiman and senin hari tu, aku ajar subjek Pertumbuhan which is Growth. nasib baik okay sikit. heh. aku paling lemah nak mengajar kalau bab Reproduction. so far so good masa aku mengajar. and might be in Mei, aku akan mengajar subjek Sejarah tingkatan 5 pulak.

oh, aku dengar cerita Jumaat ni da start Pesta Buku dekat PWTC. betul ke weh? haha. nantikan kemunculan Naskhah dari Sharky di sana!! edisi Sharky adalah terhad. siapa cepat dia dapat. weehuuu!!

k, aku tipu je.

haha. kbai.

p/s
jom tengok Avengers! jom tengok reramai!! siapa nak tengok area Klang Valley - Shah Alam. roger-roger aku k.

8 comments:

  1. Best but xsbr nk bace playboy der... jom lepak area shahalam
    syirazi

    ReplyDelete
    Replies
    1. playboy tu entah bila la aku nak buat. haha. shah alam? boleh aja boleh aja. mana?

      Delete
  2. Gigih kau mencari rezeki Shark. Terkesima jap. Haha. Jiwa menulis ape ada hal. ;p

    Anyway salam takziah buat arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda muda aku nak carik rezeki duit banyak banyak. da tua aku nak goyang telur je. haha.

      Delete
  3. Gigih berusaha.. Tergoda abam.. ehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa. ada orang tergoda. malunya kita!

      Delete
  4. Kuat nya bekerja .... Bibik aku pon selalu cari tulang .. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. curik tulang tu tahu la. carik tulang tu apa? haha. kau ingat dia anjing? haha

      Delete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)