Nuffnang

Thursday, 26 June 2014

Manuskrip Gay. Remaja Chapter 8. #96

aku sebenarnya banyak kali tukar chapter 8 ni. dengan emosi aku tak stabil sebab nak makan makanan Malaysia. aku rindu ayam goreng!!! dan KFC dan cendol. dengan cuaca kat korea yang sejuk padahal tengah summer. dan yang aku asyik mengantuk sepanjang masa. aku pun tak tahu kenapa. kat sini, aku banyak makan sayur dan sayur dan sayur dan sayur. yeah, macam makanan arnab! hahahahahahhahahaha. tapi yeah, still sedap :)

nanti aku akan ceritakan serba sedikit apa yang aku buat dekat sini. oh ye, aku tahu ramai orang hantar soalan kat google form tu. tapi tunggu sedikit masa ye, baru aku balas semua soalan-soalan tu. :) maybe aku akan buat entry yang memang untuk those question only.

dan yeah, selamat membaca!! :)




Rupanya rumah Sufiyan tu sebelah rumah Hafid dengan Cikgu Syakila je ni. esok masuk second round untuk debat dan esok dorang semua akan ke MGS pulak esok. Jadi malam ni, dia dan Sufiyan bertapa kat rumah si Hafid ni untuk berlatih sampai lewat pagi. lewat pagi la sangat. kah! padahal sampai jam berapa je pun. Cikgu Syakila awal-awal lagi cakap goodluck pastu menguap dan terus masuk bilik. hahahahahaha, cikgu paling tak bertanggungjawab sekali dalam abad ini. Bukan nak tunjuk ajar ke apa.
“kakak aku tu mana tahu pasal debat sangat. Menyanyi tu dia suka la.” Rengus Hafid.
Hafid dan sikap suka marah dan sikap perengus serta tunjuk muka bengang kat dia tu still ada. Dia pun sampai lelah da nak pikir pasal Hafid. Hafid kadang-kadang okay. Boleh jugak la bergelak ketawa sikit. Akhir-akhir ni perangai Hafid macam da okay sikit. Sufiyan pun tumpang gembira bila Hafid asyik tak marah aku. Aku lagi la bertambah-tambah tumpang gembira berjadah happy bila Hafid tu tak semedang marah aku. Tapi kadang-kadang dia marah jugak dengan muka ketat dia tu. Kadang-kadang marah sebab benda entah apa-apa yang kalau nak diingat semula memang agak sangat-sangat menyakitkan hati. macam entah apa-apa entah. kadang-kadang Hafid marah atas benda yang tak releven. macam sial.
Sufiyan da menguap. Lepas tu dia tengok jam kat dinding rumah Hafid. “dude, already 11 malam la. aku nak balik rumah dulu la. nanti mak aku bising pulak aku lambat balik.”
Haikal terus pandang Sufiyan. “eh? Aku ingat kau tidur sini sekali dengan aku.”
Sufiyan da gelak-gelak. “kamon la Haikal. da kenapa aku nak tidur rumah si Hafid ni. rumah aku kat sebelah ni je da , da. Bilik aku da memanggil-manggil menggoda tu. jumpa esok pagi.”
Haikal tunjuk muka tak puas hati. aduiii. Ni yang malas ni. aku ingat Sufiyan pun tidur sini.
“Kiranya esok kita terus gerak ke MGS la ni ea?” tanya Sufiyan. Budak tu da bangun dan ready untuk balik sambil kendong segala jadah kertas conteng, surat khabar, A4 paper, Kamus Dewan Bahasa kat lengan dia tu.
“aah.” Hafid dongan tengok Sufiyan. “esok kita terus gerak dari rumah pastu ke MGS. Tapi sarapan siap-siap la nanti. Takde la nanti nak kehulur kehilir carik makanan macam last year padahal cuci mata.”
Gelak.
“kali ni aku tak cuci mata dah. Setia pada awek terchenta.”
“Corny.” Hafid sengih sambil mata dia tu makin sepet bila sengih.
“aku chow dulu. Kau jangan marah-marah si Haikal ni pulak bila aku balik. Kalau aku dapat tahu dia menangis, aku report polis.”
Gelak lagi.
“kalau aku tahu dia report kat kau Sufiyan, tahu la aku nak buat apa kat dia.” lepas tu Hafid angkat-angkat kening.
Sufiyan da gelak-gelak. “ jawapan kau tak boleh nak lagi bangang ke Hafid.” Gelak. “woi, anak orang tu. da , da. Aku balik dulu. Cholls.”
Haikal da pandang pelik kat dua-dua budak Sufiyan dengan Hafid tu. perbualan yang aneh dan perbualan yang menakutkan jugak. Ye la, dengan gaya Hafid yang angkat-angkat kening macam cibs tu. Hafid follow Sufiyan dan hantar Sufiyan sampai ke muka pintu sebelum Hafid tutup dan kunci pintu rumah.
Haikal pulak matanya da tak boleh nak menghadap semua kertas perjadah atas meja tu. dia hirup nescafe sikit pastu mata hadap TV. Tengok TV pun da berpinar mata. kat TV sekarang ada cerita Criminal Minds. Disebabkan dia malas nak melayan kertas-kertas atas meja tu, pastu dia pun malas nak layan Hafid yang pasti akan cakap sesuatu menyakitkan hati dia, better dia layan Criminal Minds, jadi takde masa dia nak beramah mesra dengan Hafid. Dia harap malam ni ialah malam yang tidak panjang.
Haikal amik bantal yang besar gaban yang memang ada kat sofa tu, letak kat bawah, depan TV  *untuk dia baring!*  pastu dia letakkan kepala dia atas benda alah tu sebelum dia selamat baring atas karpet bulu. Mata da husyuk tengok TV kat depan mata.
Kalau aku tahu Sufiyan tak tidur sini, baik aku wasalam chow siap-siap pukul 10 malam tadi. Tapi ni da lepas jam 11 da pun. Lagipun tadi cikgu Shakila dengan Hafid yang amik dia dekat rumah. takkan dia nak menapak jalan kaki balik rumah. agak-agak Zahid da tidur tak agaknya?
“kau nak terus tidur ke apa ni?” tanya Hafid. Budak tu baring kat sebelah dia kongsi satu bantal sambil tanya pandang muka Haikal. Haikal pandang balik Hafid.
“aku nak tengok dulu kot cerita ni.” kata Haikal perlahan.
Hafid menguap pastu tutup mulut guna tangan. Mata budak tu yang makin sepet bertambah sepet tanda mengantuk. “Aku nak lelap mata kejap. Nanti da habis tengok cerita ni, kita gerak masuk bilik aku. Barang-barang atas meja ni esok baru aku kemas.” Ayat Hafid tu makin lama makin perlahan. dan tak lama lepas tu kedengaran dengkuran kecil Hafid tanda penat. Hafid tidur terlentang sambil mata tutup guna lengan.
Haikal da boleh nganga jugak la tengok gaya si Hafid ni tidur. Dia mengagakkan orang selalu panas baran ni mudah dan cepat tidur kot. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Serasa dia la, Hafid ni baru letak kepala atas bantal ni tak sampai 10 saat. alih-alih terus tidur tak sampai seminit pun. Dude Hafid, kau memang juara tidur betul la.
Haikal lega la jugak bila Hafid ni da tidur. Takde la dia semedang nak melayan kerenah si Hafid ni. tapi kan Haikal, kenapa rumah ni macam familiar je? kenapa ea? Kenapa dia rasa macam pernah sampai kat rumah ni je dulu? Kenapakah? Kenapa dia ada rasa perasaan macam tu? hati dia rasa macam something bila dia sampai kat rumah ni jam 8 malam tadi. dia terasa macam De ja vu. macam pernah jejakkan kaki kat sini. masa dia sampai kat depan pintu rumah ni, tetiba dia macam teringat-ingat seorang budak lelaki rambut sedikit panjang dan dia tutup rambut dia tu guna topi. dan dia terus melayan perasaan ......







“Haikal.” kejut seseorang perlahan. terasa badannya digoyangkan.
Haikal bukak mata perlahan-lahan. Siaran kat TV da habis. Criminal Minds entah ke mana. Dia da wassalam tidur rupanya. Hafid yang kejutkan dia bangun. Rambut budak tu da serabai. Mata pun da merah. Mati la aku. Hafid mesti bising sebab aku tak kejut dia bangun tadi, pastu TV pun terbukak takde sapa nak matikan. Tapi disebabkan mata dia terlampau penat dan dia pun mengantuk sangat jadi perasaan kena marah dengan Hafid tu dia tolak tepi. Dia da tak larat nak pikir apa. dia nak tidur je ni. dia nak bantal, dia nak tilam. Pastu tidur.
Haikal clearkan anak tekak bagi elak suara jadi serak. “ pukul berapa ni Hafid?”
Haikal nampak Hafid capai fon atas meja pastu cakap kat dia perlahan. dan dia pun tak tahu kenapa Hafid perlu bercakap perlahan macam tu. “baru pukul 1230 malam. Jom masuk bilik. aku tak larat la Haikal. kita tidur ea? Kau pun da tertidur. kau mesti mengantuk."
Haikal angguk-angguk kepala tanda setuju je sebelum dia sembamkan muka dia balik ke atas bantal. Ya Allah, apasal mengantuk sangat ni. malasnya nak gerak.
“Haikal, bangun.” Hafid goyangkan bahu Haikal. Haikal bukak mata sebelah.
“Hafid,” Suara Haikal serak.
“emm.” Tanda Hafid mendengar. Budak tu pandang Haikal sambil tangannya susun kertas atas meja. kata nak kemas esok. Sekati la Hafid. Aku da tak larat nak kemas. Tak larat nak tolong. Otak pun da tak betul.
Haikal clearkan anak tekak bagi tak serak balik. “malas nak gerak masuk bilik. mengantuk sangat. Nak tidur sini boleh tak?”
Hafid sengih je pandang Haikal. “da da, jom masuk bilik. naik belakang aku ni nak? aku bawak kau masuk bilik.” nampak gaya Hafid macam da siap kemas meja.
“huh?” Haikal tak berapa nak tangkap ayat Hafid tadi tu. “kau nak gendong aku ke Hafid?” tanya Haikal perlahan. “okay.” Haikal bangun dari perbaringan lepas tu berdiri belakang Hafid. Mata pulak dia cuba bukak luas sikit. Semangat nak tidur atas katil punya pasal pastu Hafid pun willing nak gendong. Bukan senang budak garang ni nak buat baik kat aku. Hafid ni orangnya tinggi. Haikal ni pulak paras bahu dia je.
“naik atas kerusi. Jangan la lompat terus belakang aku. Patah tulang aku nanti.” Hafid gelak lepas tu. “tahu la aku ni sasa, tapi tulang aku ni still rapuh jugak and boleh patah kalau resaksa macam kau ni naik belakang aku.” Haikal da sengih je walaupun Hafid mengeji dia. Hafid gerak ke arah depan kerusi. “cepat naik belakang aku.”
“ye la, ye la.” Haikal naik atas kerusi lepas tu perlahan-lahan pautkan badan dia kat belakang Hafid. Tangan da siap-siap peluk leher Hafid dari belakang. Kaki pun da peluk pinggang Hafid. Haikal tetiba terasa ..... hangat. Dan seronok. Dan juga rasa disayangi. KAH KAH KAH. Ayat macam bangang!
“boleh tahan berat jugak kau ni.” mengata Hafid. Haikal buat boo tak layan. Yang penting dia tak payah berjalan. Tapi budak Hafid tu sengih-sengih je tanda tak kisah sangat gendong Haikal. Hafid support berat Haikal tu dengan letakkan tangan dia kat bawah peha Haikal. ah susah pulak nak terangkan banyak-banyak. Kalau siapa pernah gendong orang, dia tahu la rasa dan feeling tu macam mana . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Hafid terus gerak ke bilik dan naik tangga. Haikal sandarkan dagu dia kat bahu Hafid. “bilik kau kat mana Hafid?” suara betul-betul ke arah telinga Hafid. Berbisik. Dan nafas Haikal betul-betul kena kat belakang tengkuk Hafid. Budak tu makin eratkan pelukan kat leher Hafid dari belakang.
“kat atas ni je. kejap lagi kita sampai la. power tak aku gendong kau?” tanya Hafid. Nada macam ceria semacam.
Haikal senyum lebar. “power. Nak hari-hari macam ni boleh tak?” tanyaHaikal ceria. pastu dia baru tersedar yang dia tanya soalan paling bodoh di dunia. Mampus la kau Haikal. kalau da suka kat lelaki pun tak payah la nak show off yang kau suka dibuat macam tu.
Hafid tak membalas lepas tu dan terus bukak pintu bilik sebelah kanan. Kat atas ni ada ruang tamu lagi dan ada 4 bilik semuanya. Bodoh la Haikal. ni Hafid senyap mesti terkejut dengan jawapan kau tadi.
Pintu terkuak dan Hafid turunkan Haikal atas katil. “da, kau pergi tidur dulu.” Lepas tu Hafid macam nak berlalu dari situ tapi cepat-cepat Haikal capai tangan Hafid.
“eh, kau nak pergi mana pulak? Takkan aku tidur sorang kat sini.”
Hafid pandang dia semacam, senyum kecik, mata makin sepet, gosok-gosok rambut dia sebelum cakap “aku nak matikan lampu kat bawah. Kejap lagi aku naik. Tunggu aku kejap.”
Hafid keluar dari bilik. Dan entah kenapa Haikal pun angguk je padahal dalam kepala otak terus pikir, nak tidur pun kena tunggu ke? Apakah?






“nak dengar satu cerita tak?” tanya Hafid. Dua-dua budak tu pandang siling bilik. dua dua da selamat baring atas katil. Hafid pakai boxer and singlet hitam je. Haikal pulak pakai seluar pendek dengan baju tidur.
Haikal pandang Hafid kat sebelah. “kenapa kita tak tidur lagi. bukan esok kita kena bangun awal ke untuk pergi MGS ke?”
“alaaa, cerita pendek je. dengar la.” paksa Hafid. Haikal da julingkan mata ke atas. bukan Hafid namanya, kalau hidup bukan memaksa orang atau nak marah orang je. kadang-kadang dia pun pelik kenapa Hafid ni semedang je nak marah dia. Hafid, is that , aku ada buat salah petala ke 7 dengan anda? Tapi serasa macam tak. macam takde buat salah. Aku rasa la. tapi kan, kenapa katil ni macam biasa je aku baring kat sini. Aku terasa macam pernah ada dekat sini. Macam pernah guling-guling kat sini. Macam pernah gelak ketawa dengan someone dekat sini. perasaan dia je kot.
“emm.” Sahut Haikal perlahan. padahal mata da ngantuk. Terasa nak lelap je. “apa dia cerita kau tu?” tanya Haikal perlahan.
Hafid goyangkan bahu Haikal. “jangan la tidur. Aku rogol kau kalau kau tidur.” Ugut budak lelaki tu.
Haikal terkejut. Apakah? Dia pandang Hafid. “okay, okay aku dengar.” Kata Haikal gelabah. Tak nak la kena rogol dengan Hafid, mesti sakit nanti. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Dan macam agak bodoh untuk dia bayangkan sama benda alah tu. dan entah kenapa dia nak bayangkan dia kena rogol dengan Hafid pun tak tahu. kena rogol tu sedap ke sakit? -,-
Hafid da gelak macam babi je. lepas tu budak lelaki itu clearkan tekak dia sebelum bermula. Haikal duduk atas katil dan pandang Hafid yang baring sambil bercerita itu.
“kisah ni pasal aku. Bukan la pasal orang lain pun. Masa tu aku nak pergi bercuti luar negara. Aku pergi bercuti dengan family aku. Sexcited punya pasal nak pergi bercuti sampai tak sedar yang aku salah duduk tempat orang.”
Haikal da mendengus. Hafid sengih.
“saya rasa awak salah duduk tempat la.” tegur budak depan mata dia ni. budak tu pakai hud besar warna hijau. Seluar short tiga suku paras lutut dan mata yang sedikit sembap. Nangis tinggal Malaysia ke apa? tapi boleh tahan jugak budak depan dia ni. dude, kau belum tinggalkan Malaysia, jadi tak payah nak homesick la. haha.
“eh? Tersalah ea?” terus dia cek boarding pass lepas tu sengih-sengih. “sorry. Saya sebelah ni sebenarnya.” Jadi dia keluar dulu dan bagi laluan kat budak lelaki tu untuk masuk ke tempat duduk sebelum dia duduk sebelah budak lelaki tu.
Bila duduk je terus budak lelaki hud hijau tu pandang luar tingkap. Hafid clearkan anak tekak. “ehem. Sorang je ke?” tegur Hafid cuba nak ramah mesra. Ye la, budak comel , mana tak nak kenal kan? HAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAH. Macam sial je perangai kau kan Hafid.Ye, dia rasa budak tu comel.
Budak tu pandang dia balik sebelum geleng perlahan pandang dia sebelum pandang ke tingkap balik. Hafid angkat bahu. Geleng – angguk pun lebih kurang sama je. jadi dia tak paham maksud budak tu. Malas la dia nak melayan atau malas nak amik can kenal kalau budak tu sendiri malas nak kata apa-apa. dan mereka dua diam tanpa kata apa-apa bila kapal terbang mula terbang.


Bila lampu mula dipadamkan, dia macam terdengar budak sebelah si baju hud hijau tu nangis teresak-esak. Budak tu da selamat tutup diri sendiri dengan selimut and tutup muka dengan bantal. Tapi dia still boleh dengar budak tu nangis perlahan. Dia pegang bahu budak tu.
“okay ke tak ni?”
Budak tu lorotkan bantal dengan selimut and pandang muka dia. mata da merah je. hidung pun sama merah macam clown sudah. Muka sembap. budak tu tarik nafas berat. selesema da budak ni.
Terus dia tak sedar dia buat benda alah yang satu ni. memang tak sedar habis. Dia angkat tempat letak tangan tepi kerusi tu (pemisah antara dia si Hafid yang tetiba nak amik berat dengan budak hud hijau) “come.” Bisik dia perlahan. perlahan-lahan dia peluk budak tu dan letakkan kepala budak tu kat dada dia. dia rapatkan diri dia dengan budak tu. dagu dia letak atas kepala budak tu. budak tu terus peluk dia.
Budak tu terus terhenggut-henggut nangis bila da kena peluk and letak kepala kat dada dia. Budak tu peluk dia erat dan dia pun apa lagi. hahahaahahahahaha. Main usap-usap belakang badan budak tu.
“ada la dalam masa 20 minit budak tu kat dada aku. Bila dia da okay, dia dongak kepala and cakap thanks kat aku. Masa tu la aku baru nampak macam senyum sikit kat muka budak tu. senyuman yang menarik” Hafid masih bercerita. “budak tu serius nampak sembap lepas nangis tapi jelas la dia nampak more way better after that. And then aku tanya la dia okay ke tak itu ini bla bla bla. Lama-lama macam kawan jugak la kitorang. Still tangan aku kat belakang badan dia and dia pun sedap je sandar kat tangan aku.” Hafid hela nafas.
“mengantuk la.” budak hud hijau tu pandang dia.
Hafid senyum.“tidur la.” kata dia perlahan. “ada banyak masa lagi.” Hafid pandang budak tu semula. Hafid tengok jam. “kita lebih kurang ada 5 jam lagi.”
“nak pinjam bahu boleh? And nak peluk macam tadi boleh?” mintak budak tu. muka macam budak-budak habis.comel!
tak sampai hati untuk cakap tak.
“budak tu tanya memang gaya tak bersalah langsung.” Hafid pandang siling sebelum pandang Haikal balik. “gaya buat macam tu macam da lama kenal je. terus budak tu amik selimut, tutup diri dia dengan aku sampai paras dada , lepas tu terus peluk aku. Aku tanya nama dia, nama apa?”
Tetiba Haikal duduk dan pandang Hafid. “aku tahu nama dia.” Haikal tarik nafas perlahan sebelum pandang Hafid. “jadi kau la budak lelaki yang teman aku malam tu.”
Haikal pandang Hafid perlahan-lahan.  “dan kita pernah keluar sama-sama masa aku balik Malaysia untuk sambut hari raya.” Suara da bergetar.  “Kita dua pakai baju melayu pink. Kita couple ke lepas tu?” Tanya Haikal sambil tarik nafas berat. Haikal tunduk bawah.
 “Jadi kau la selalu aku terbayangkan tapi aku tak nampak sangat muka. It is you after all.” Makin lama suara Haikal makin perlahan. Hafid pandang Haikal.
Hafid terus duduk lepas tu and peluk Haikal. “finally. Lulu ingat pun pasal abang Fid.” Hafid usap-usap rambut Haikal. Haikal pulak dia tak tahu nak buat apa. Hafid lepaskan pelukan and Haikal terus tunduk. “I missed you so much.” Hafid cium dahi Haikal sebelum sambung ayat dia. “abang Fid tak tahu macam mana nak buat Lulu ingat yang kita selalu keluar sama-sama. Tak.” muka Hafid muram. “kita tak sempat couple. Kita gaduh besar before Lulu balik Ireland. Sebab tu abang Fid selalu marah-marah dengan Lulu sebab nak buat Lulu ingat.abang Fid menyesal sangat sebab tak sempat couple dengan Lulu. my biggest mistake ever."
Haikal pandang Hafid sambil kerut dahi. “apesal?”
Tetiba Hafid peluk Haikal erat. Lepas tu , dia lepas peluk balik. “ abang Fid terasa bersalah sangat. Masa kita raya sama dulu, last kita jumpa, kita gaduh besar. Sampai abang Fid tak hantar Lulu balik kat KLIA. Masa Lulu telefon pun, abang still cakap kasar-kasar kata itu ini dekat Lulu. Abang even cakap, ” Hafid hela nafas berat.
“dengar la cakap Lulu dulu.” Rayu Haikal
“eh pergi mampus sana la kau. tak payah nak telefon aku lagi. kalau aku tahu kau telefon aku atau texting aku dalam masa terdekat ni, jangan harap aku layan kau lagi.kau tu memang macam jalang sial."
“sampai hati abang.”
“da da. Pergi sana kau. pergi kau dengan Paan kau sana tu.”
“jadi bila abang Fid tahu sayang accident, abang Fid terasa macam ....” Hela nafas berat. Suara da sebak.
“Fuck up.” Haikal habiskan ayat Hafid tu.
“sort of.” Kata Hafid perlahan. pastu kesat mata.“abang Fid rasa menyesal sangat sebab benda-benda bodoh kita gaduh and abang Fid tak tahu nak contact Lulu macam mana dekat sana sebab clearly after accident, Lulu da tak bukak apa-apa application. masa tu abang Fid rasa bodoh sangat. rasa menyesal sangat sebab marah Lulu sebelum Lulu balik Ireland. "
Jeda. Haikal dengan Hafid diam.
“Lulu da ingat balik pasal abang Fid?”
Haikal diam. Dia sejujurnya tak ingat sangat. Tapi clearly, ada benda yang dia ingat. Dia ingat pasal dia raya dengan seseorang. Dia selalu mimpi pasal ni selalunya. Ada bayangan tak jelas , lelaki pakai baju melayu warna pink. Songkok dan kitorang dua naik kereta sama-sama. Pastu pergi jalan-jalan dan pusing-pusing bandar. Pastu nyanyi sama-sama dalam kereta dan gelak-gelak.
Lepas tu, yeah, bilik  ni rupanya. Patut la bilik ni familiar sebelum ni sebab dia memang pernah datang sini sebelum ni. Haikal mengeluh. Dia pandang Hafid.
“ingat sikit je.” kata Haikal perlahan. dan dia ingat kenapa Hafid panggil dia Lulu. Dia ingat lagi Hafid cakap kat dia yang dia tak rasa seronok kalau panggil dengan common name semua tu, jadi dorang masing-masing ada nama manja untuk masing-masing. Jadi abang Fid is from Hafid and Lulu is from Luthfy. Luthfy tu nama kedua dia.
“bila abang Fid nampak Lulu kat sekolah masa mula-mula dulu, abang Fid gembira betul! Tapi bila abang Fid tahu yang Lulu da tak ingat apa-apa dari kengkawan Lulu, abang stop dari approach Lulu. And then kita jumpa kat library untuk latihan debat tu. abang Fid terkejut gila bila nampak Lulu kat situ. And believe me, I dont have any intention untuk marah Lulu banyak-banyak masa latihan debat.” Muka Hafid da macam merayu habis kat dia.
“k la Hafid. Kita tidur dulu. Bila kita free, kita sambung lagi. mengantuk” malas dia nak pikir semua ni. benda ni buat dia sakit kepala. Terlalu banyak cerita dalam satu malam. Baik aku tidur je dari layan semua benda alah ni
Muka Hafid da frustrated gila bila tengok reaksi Haikal yang macam tak berminat nak amik tahu. “Lulu,”
“apa dia?” Haikal pandang Hafid. Dia baru la nak baring nak lelap mata.
“abang Fid nak peluk Lulu masa tidur boleh? I miss you.”
Haikal diam. Dia tak tahu nak kasi jawapan apa.
“errr.”
“pleasee.” Rayu Hafid.
“ye la.”
“okay.” Muka Hafid macam lega dan ceria bila Haikal setuju dengan rayuan dia tu. "thanks Lulu."
Lepas tu Haikal baring. Hafid peluk Haikal dari belakang. Hafid cium tengkuk Haikal hangat lepas eratkan pelukan dekat Haikal. “kenapa kita gaduh dulu? Pasal Paan? Seriuous? Apa hubungan Lulu dengan Paan dulu? And Paan tu siapa?”
Jeda. Hafid diam. Terasa nafas berat dari budak lelaki yang peluk belakang dia tu. “sorry Lulu. Abang Fid janji abang Fid takkan marah Lulu pasal Paan lagi. abang Fid menyesal marah Lulu dulu.” Lepas tu jelas nada Hafid macam teragak-agak. “Lulu ingat siapa Paan?”
“Tak ingat. Tapi kitorang pernah jumpa. Masa malam Merdeka dulu. Paan tu siapa masa dengan Lulu dulu?” Hati Haikal da berdetak ingin tahu. Siapa agaknya Paan tu dengan dia dulu. Dorang ada apa-apa hubungan ke?  Tapi dia rasa macam ada. Dia je la rasa macam ada! Sebab kalau tengok dari reaksi Paan dulu, nampak macam Paan sedih gila bila dia tak ingat apa-apa pasal budak lelaki tu. siapa kau Paan? Siapa kau?
“Paan tu dulu ex Lulu.” kedengaran nada jeles masa Hafid bagitahu siapa Paan tu.
Jantung Haikal terus berdegup laju!
"tolong jangan tinggalkan abang Fid lagi. Abang Fid janji untuk tak sakitkan hati Lulu lagi." suara Hafid da serak.
dia tak berapa dengar ayat Hafid tu, jadi dia dengan Paan ialah bekas kekasih after all. tapi kenapa dorang putus agaknya? dia nak tanya siapa pasal kes dia dengan Paan ni? agak-agak kalau dia tanya Hafid, Hafid tahu tak agaknya?



p/s
chapter yang aneh. bagi aku. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. nantikan Paan pada upcoming chapter ya! siapa yang korang minat? Hafid? Paan? atau ada yang da mula rindu pada Hisha? heh.



22 comments:

  1. hahaa..watak haikal mmg sangat2 innocent..hafid,farhan

    ReplyDelete
  2. yes, memang agak pelik.. Hihi.. Inche Shark, mohon pencerahan.. Bila haikal kenal ngan hafid sblum ni.. N bila masa dia jumpa hafid sblum balik ireland.. Mohon ko ceritakan semua tu nnti ye.. Apepun, tahniah shark kerana berjaya buat aku curious dgn cerita kau..

    ReplyDelete
  3. Start suka hafid..but nk hisha gak... suka part hafid gendong haikal.sweet.

    ReplyDelete
  4. Boring. Tah pape citer tah. Name pn cm pondan. Hahaha. Jgn mrah. Pndpat je. Well, xsabar nk tgu citer paan

    ReplyDelete
  5. Shark, bila Hisha nak muncul balik?
    Aku rindu giler kat si Hisha tu even perangai dia cam sangat nokharom.

    Boleh bg pencerahan cam mana Haikal leh kenal ngan si Hafid bfre accident tu?

    ReplyDelete
  6. Still suka zahid walaupun just watak sampingan.. sbb dia top. Huahahaha

    ReplyDelete
  7. Hishaa pleaseeeee. I dah terbayang bayang dah. Tapi jangan la buat haikal ni bitchy sangat. Macam semua nak dekat dia. Pelik haha. 👍👍👍 . Cant wait for 9 . Hisha pleasee. And buat lah poster ke apa inche shark senang sikit nak bayang muka sambil fefeeling baca hahaha

    ReplyDelete
  8. Haikal ni mesti cute kan budaknya.. ramai betul nakkan dia.. kalau dia wujud kat real life memang aku bela budak tu betul2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wujud pnnn =="

      Delete
  9. tudia Lulu pulak nama nya..hahahaha...btw mintak shark cerita balik macam mana dorang Lulu ngan hafid ni bley couple....

    ReplyDelete
  10. Adoi pening2..walaupun pening sedap dibaca.nak mintak klo bleh cerpan remaja ni still ada sampai bila2..hehe lebih2 lak aku ni..n hisya mesti r kena ada boleh en shark..sory demand lebih..

    ReplyDelete
  11. Lulu..alahai sweetnya.btw rindu hisha

    ReplyDelete
  12. Emmmm aku lost!!! Sjak bila plak ade fid ni satu flight dng haikal ??? Lulu uols! Xbleh bla weii nama... Cant wait for next chapter ... Nnt aku byar cukai ko k.... Bak korean sedap satu ...

    ReplyDelete
  13. HI! Im a silent reader at your blog since I found your story at Google search.. Nice! I check your blog EVERY SINGLE day waiting for your update.. Keep it on Dude! ;)

    ReplyDelete
  14. gilerrr lah ko neh shark, mna trun ide2 gilerrr babas cm neh dlm pale otak ko eak...it getting more more n even more excited!!!!

    ReplyDelete
  15. dh kenapa nama dia Lulu? -,-

    ReplyDelete
  16. shark, ko highlight la sket pasal zahid. best woo dpt cousin mcm die . cite byk sket pasal die, lagi byk lagi best . kisah romantik dlm bilik diorng tu dh cukup dh . hoho

    ReplyDelete
  17. sambung cpt heee

    ReplyDelete
  18. cerita tak logik langsung. tak realistik langsung. takkan la dia naik flight sensorang tanpa family. baca pon jadi nyampah

    ReplyDelete
  19. Baik Hafid, baik Paan. Dua dua sweet taknak kalah. Tapi lebih suka Paan. Cant imagine kalau lah ada relay macamtu. Oh gash! Hahahaha k i cant stop imagining. Lol kbye. I like your blog!

    ReplyDelete
  20. Okay. Ada something missing tapi aku sure akan bagi peluang pd Fid dulu sbb Paan dah liwat Haikal. So kebencian tu boleh dilupakan. Tak payah cakap arr bila part yang Haikal terserempak dgn Imran hari tu. Pergh! Aku yang menggigil okayyy -_-

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)