*Jetro calling*
*Sharky angkat call*
"hello assalamualaikum. yo wassap."
"kau tengah buat apa tu?" tanya Jetro.
"kerja la. sabtu kan aku kerja. aku cuti hari isnin and selasa."
"laa, ye ke. aku baru ingat nak ajak jalan-jalan."
"mana?" dahi da kerut. "eh, kau kat mana ni?"
"aku baru bangun tidur." jawab Jetro selamba.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA. "BOLEH TAHAN BARU BANGUN TIDUR. kau nak pergi mana weh?"
"cherating."
"like seriously? nak ikut!" Sharky da buat suara teruja.
"jom la! tapi kau kerja kan?"
"alaaaa, tapi terasa nak ikut."
dan beberapa jam kemudian. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
it is like seriously, Jetro call pukul 1230 tengah hari and kitorang gerak jam 230 petang. memang petala tak rancang apa pun. aku pulak gerak dari tempat kerja, terus ke KL untuk park motor sebelum ikut Jetro naik kereta menuju ke Cherating.
"aku tak bawak baju la and all that."
"aku ada bawak baju lebih semua tu. nanti kau pakai je la baju aku."
"kau tahu tak, dalam cerita REMAJA yang aku buat tu, ada scene Haikal and Paan pergi Cherating sama-sama."
dot dot dot.
krik krik krik.
"FUCK MAN!!!" Jetro da hentak-hentak stereng kereta.
pastu aku dengan Jetro gelak terbahak-bahak dalam kereta. perbezaan antara cerita REMAJA dan cerita Sharky + Jetro is, Paan and Haikal ialah bekas kekasih atau whatsoever yang kau orang nak gelarkan la. tapi aku and Jetro is like kawan yang boleh buat gelak ketawa and bahan-bahan tanpa perlu kau terasa.
Anway, Jetro ada misi kenapa dia ke Cherating and aku rasa misi dia tu best gila. so like dalam kereta, banyak benda yang kitorang borakkan. dari hal lagu ke hal kawan-kawan , hal keluarga , hal intern aku, hal kerja dia and macam-macam lagi la.
and dekat Jetro la aku cerita semua masalah aku. pasal hal family aku, pasal sakit aku. aku rasa dia orang pertama yang dengar luahan perasaan aku pasal sakit aku tu. and a good thing, dia kasi nasihat dekat aku and aku kan manusia yang baik, semestinya la aku dengar nasihat dia itu. heh.
sampai je kat Cherating, terus aku dengan Jetro terjun laut tak payah nak tunggu apa. ombak petang-petang memang terbaik la wa cakap sama lu. lagi-lagi dekat area laut china selatan kan? ombak dia memang daebak la. haha. Jetro cakap la, kadang-kadang ada je orang surfing dekat sini.
"dalam tak Jetro?" tanya Sharky. dasar ikan jerung penakut yang tak tahu berenang. Sharky berdiri tepi pantai macam anak tanya dekat ayah.
"tak pun. cepat la jom mandi laut!"
and lepas tu, terus la aku terjun laut tanpa tunggu apa-apa lagi. and yeah! it is really refreshing. KAH KAH KAH. gaya cakap da macam batak gila kan? da macam tak pernah mandi laut. dan aku and Jetro pun main la ombak, guling-guling dalam ombak, terjun ke dalam ombak, cuci mata, KAH KAH KAH, yang tu semestinya la kan dan yeah, we have so much fun.
pasal accomodation pulak, mula-mula nak tidur dekat Pak Itam Inn, tapi bilik tepi pantai penuh la pulak. tapi lepas tu kitorang tidur dekat Tanjung Inn je.
"kenapa dorang asyik letak Inn je kat semua nama tempat penginapan dorang?" tanya Sharky. "tengok tu. Coconut Inn la apa la."
"alaa, dorang nak buat macam Holiday Inn la." jawab Jetro.
Jetro ni suka backpack and menjelajah and so banyak la soalan yang luar biasa alam aku selalu tanya dia. bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman kan? jadi, banyak la pengalaman and benda-benda bangang yang selalu aku tanya kat Jetro. Jetro ni da banyak pergi tempat orang. and Jetro ni pun baik hati je selalu layan soalan-soalan bangang aku. HAHAHAHAHAHHAHA
"tadi aku nampak ada tempat tu tulis something like macam Mutiara Beach View. tapi sebenarnya tak hadap pantai." kata Sharky. "sebenarnya hadap jalan je. kadang-kadang aku rasa dorang ni main tiru je nak letak apa-apa dekat nama resort tu."
bila malam, lepas da puas mandi manda guling-guling bagai dekat pantai tu, aku dengan Jetro siap-siap untuk makan malam.
"aku terasa nak makan ikan bakar la." luah Jetro.
Sharky buat muka. "dude, kat KL pun berlambak kot ikan bakar."
"no, like Ikan Bakar dekat sini adalah lain dari kat KL tu. kita kena carik yang sedap. kedai tepi jalan and ramai orang tu la kedai yang sedap lagi lazat bazat dia punya lauk."
dan malam tu, aku dengan Jetro makan dekat Warung Awang Ikan Bakar. melantak dan melantak sebab masing-masing lapar tak ingat dunia. aku at least tak la lapar sangat sebab aku da baham Value Treat KFC kat dalam kereta. and masa aku offer dekat Jetro, dia tak nak makan la pulak. jadi malam tu, dia agak kebulur makan ikan bakar. KAH KAH KAH.
dan malam tu jugak, aku dengan Jetro sok sek sok sek terjah Little Bali which is tempat yang macam untuk kau have fun sikit la. at least tak la bosan sangat pun Cherating tu. ada jugak tempat untuk kau have fun dari melangut tak buat apa malam-malam. and apa yang aku boleh tengok, Cherating ni design , the way looks da macam Cenang kat Langkawi nu ha tapi of course la Cenang is far way more 100 better than Cherating. kalau Cherating tu macam Cenang, memang tak tidur la aku malam tu kat Cherating sebab have fun non stop. KAH KAH KAH.
masa dekat Little Bali, aku dengan Jetro cerita banyak benda. semua rahsia yang aku tak pernah cerita, aku cerita dekat Jetro. for like seriously, aku tak pernah cerita pasal family aku dekat ex ex aku sebelum ni. aku tak pernah cerita pasal mak aku. aku tak pernah cerita pasal ayah aku. aku tak pernah cerita pasal kakak-kakak aku. aku tak pernah cerita pasal aku. aku tak pernah cerita kenapa aku tak suka duduk rumah and aku lagi suka duduk uni atau jalan-jalan. aku tak pernah cerita pasal sakit aku and macam macam la. aku tak pernah cerita one single thing dekat ex ex aku before this. tak kisah la si Budak Miat ke Sunshine ke siapa ke, I never told them before. sebab apa? adakah sebab tak trust? aku rasa , kenapa aku tak cerita pada dorang ialah aku lagi suka bercerita secara depan-depan and real life depan mata so that aku lagi senang nak borak sakan non stop buat luahan perasaan.
Jetro is a good brother. dia dengar story morry aku yang buang masa. dari hal family aku
"aku macam tak boleh terima bila ......."
ataupun hal sakit aku yang sampai sekarang macam banzai sakit gila.
"masa tu ada BSN Night Run Charity , so like dia ada sekali and esoknya kitorang ......... and aku tak sangka la dia da jadi liar macam tu sekali....."
ataupun hal relationship
"bukan la aku rindu dia like 24/7 pun. tapi ada masa-masa macam kau nak dengar suara dia. nak tahu dia sihat ke tak."
Jetro angguk-angguk. "aku paham. aku paham perasaan kau tu."
and lepas tu Jetro pulak cerita hal-hal yang buat dia gusar and all that. and aku dengar and kasi pendapat dekat dia. hope he will be okay. By the way, Little Bali tempat yang kitorang lepak tu macam ala-ala kelab malam yang macam untuk kau enjoy la. tapi bukan la kelab malam yang hardcore. this is like macam tempat untuk kau berseronok ala-ala tepi pantai la kononnya. dia punya scene kat situ best jugak la kalau untuk kau lepak ke apa ke. but for me, semuanya amatur gila. haha. mungkin aku harapkan ada aksi yang lebih lagi tapi takde pun. mungkin aksi-aksi best hanya akan berlaku pada jam 2 pagi dan ke atas je kot. aku dengan Jetro pun lepak situ around 11 malam sampai 1 pagi je. after that kitorang balik.
esoknya , aku dengan Jetro pergi sarapan dekat Restoran Hai Peng dekat Kemaman. Jetro malam sebelum tu, masa dekat Warung Awang Ikan Bakar, dia teruja gila cari tempat sarapan yang best. yeah, aku pun teruja jugak nak tahu apa yang sedap untuk kita hadam dekat area situ. so, pagi tu, kitorang dua terjah la ke Hai Peng dengan kadar kelajuan cahaya.
Jetro baham Nasi Dagang untuk dia punya sarapan. aku pulak melahap nasi lemak Ikan untuk sarapan. like seriously, memang terbaik gila babi. lepas tu, Jetro tambah order Laksa dengan Roti Bakar and semuanya memang sedap gila barabas and terbaik la wa kata kat lu. untuk air , Jetro mintak Kopi *kalau aku tak silap la. HAHAHHAAH, aku pun da lupa* and aku mintak Milo Suam. feeling minum kat situ macam minum dekat rumah. you know, like semua air yang kedai mamak buat atau mana-mana kedai sekalipun buat, mesti end up air tu akan manis gila babi kan? tapi , air yang Hai Peng buat memang sedap gila. kaw dan lazat terbaik dari ladang! haha. nampak macam aku puji melebih kan? but the real thing is, memang sedap pun adn aku jeles dengan orang yang keje area situ. sebab dapat makan hari-hari dekat situ. makanan kat situ murah dan sedap!! :(
lepas makan kat Hai Peng, aku dengan Jetro bergerak balik ke Tanjung Inn untuk mandi pantai balik and then lepas tu check out. tapi on the way nak balik tu, sempat la jugak kitorang singgah cari kedai tepi jalan untuk beli Satar and Keropok Lekor dan juga makanan yang sama waktu dengannya.
aku actually terlupa tau Satar tu bentuk dia and rasa dia macam mana.
"aku terlupa la Satar yang mana satu." bagitahu Sharky.
"like seriously kau tak pernah makan Satar dude?" tanya Jetro
"im not sure la." Sharky da kerut dahi. "Satar tu yang warna kelabu and bentuk dia segi tiga kan? err." Sharky da ragu-ragu kalau dia salah kasi description, "and rasa dia agak keras." ayat Sharky makin lama makin perlahan sebab dia takut kena gelak kalau salah.
"emm, betul la tu. tapi kat sini lain dude! kat sini rasa dia sedap gila woo. tak macam yang kat KL. keras!"
beberapa minit kemudian!
"weh! sedap gila!!"
"aku da cakap kan sedap! tu yang beza dia antara Satar kat KL dengan kat sini. sebab tu aku sanggup datang sini semata mata nak makan benda-benda alah macam ni."
"terbaik la kau." Puji Sharky.
and Jetro beli la beberapa jenis makanan and apa-apa lagi yang lain sebab kawan dia ada tempah jugak untuk bawak balik KL. lepas beli semua bagai-bagai makanan tu, kitorang dua balik semula ke Tanjung Inn untuk mandi pantai buat kali yang terakhirnya untuk trip itu sebelum balik ke Kuala Lumpur.
supposedly, dalam on the way balik ke KL, aku yang kena drive dekat highway but since leher aku tetiba sakit gila and aku even tak boleh nak pandang kiri dan kanan, Jetro suruh aku duduk and rehat je. and like seriously, leher aku memang sakit gila macam ada Ju on duduk bertenggek dekat situ.
"aku nak letak nama kau apa ea?"
"Jetro la."
"apesal Jetro?"
"tu nama inggeris aku."
"ooo." Sharky diam kejap. " macam Jatropha."
GELAK
"tak lawak la gila!"
sekian, tu la kisah saya ke Cherating yang penuh riang ria raya bersama seorang manusia bernama Jetro. like seriously, Jetro is a cool big bro. hiks. semoga misimu berjaya bulan hadapan yo!
sekian wasalam aku tak tahu nak tulis apa. haha. selamat sambut tahun baru cina. selamat cuti dan selamat berjimba jimbon sana sini.
till then,
p/s
aku cuti dari Kames sampai Sabtu. wehhuu!! ahad keje. senin cuti balik. :))
Hi Shark!!!
ReplyDeleteYou're at my papa's hometown (consider my hometown too right)...
1. Hai Peng sini ada 3 cawangan. Hahaha... Mesti tak tahu kan? Cuma nama kopitiam tu ditukar. And ada tulisan kecil kat bawah tu. 'Dimiliki oleh Hai Peng Bla Bla Bla...' I bet that Shark pergi Hai Peng di simpang empat traffic light bandar kan? Another Hai Peng yang famous adalah tempat lepak golongan 'People Like Us'. Memang sentiasa penuh. Masuk saja kedai banyak saja mata yang memerhati.
2. Warung Awang Ikan Bakar... Boleh lah tahan masakan dia. Ada lagi tempat ikan bakar yang best dan murah. Hehehe...
3. Little Bali... Place yang mana ramai golongan pekerja offshore and crew kapal spend most of their weekend there. So Shark pergi hari Sabtu. Sini Khamis dah mula cuti. So the night of Thursday tu yang akan meriah. For me... Best la juga tempat ni nak hangout and hilangkan tension. Since dia terkenal kot kat sini. Hahaha...
4. Satar... Eiman tak suka sangat makan yang terlampau masak. Means kalau buka daun pisang tu ada kesan hangus. Eiman prefer yang tak garing. Sebab the juice from the fish akan menyebabkan satar tu rasa lagi marvelous... Hehehe...
1) kenapa tahu banyak sangat pasal hai peng? haha. memang owner hai peng ke apa ni?
Delete2) masa tu da malam, jadi carik je la mana2 kedai, then jumpa waib tu
3)little bali ohsome. sekian
hahaha
4) satar sdap la! lama sangat duk oversea ni haha
baca cite ko rasa macam nak mandi laut sekarang jugak..
ReplyDelete1st time makan satar tujuh tahun lepas..terbaik!terus jatuh cinta..sampai sekarang aku masih ingat rasa lemak2 kelapa dengan ikan fresh..heaven!
jom mandi lauttt!!!satar is the best weh. lagi2 kalau juicy tu. perghj. terangkat!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAq dh lame tk mandi laut . Ummm dalam 4 thun cuz aq tk suke sangat mandi laut ni . Aq suke main air hujan jerr :D
ReplyDeletedulu aku pun suka mandi air hujan. haha. tapi since global warming, isk isk isk, bahaya mandi air hujan. haha
DeleteHahaha
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAku kureng sikit mandi laut, lebih prefer mandi manda kat sungai. Kat laut bahaya, ada jellyfish. Kat sungai safe sikit, boleh chill sambil cuci mata. Grr.
ReplyDeleteJetro? Scandal baru lettew.. Haha.
Sharky nak request boleh? Tangkap lah gambar oranje bebanyak pelisss. :p
kat sungai ada buaya! takut! haha
Deleteencik blogger.com, bleh tak saya nak komen post ni dan jangan delete comment saya! SIAL!
ReplyDeletebtw, miss that moment at Haipeng time muda mudi dulu.
(DAMN U)
nasib baik yang ni tak kena delete. bai de wei, skang ni da tak muda ke? haha
DeleteKau sakit apa sharky ?
ReplyDeletehahahahaa. takpe takpe. pi jadi doktor sana
Delete*Meniggalkan tapak kaki di pantai, then blah*
ReplyDelete;)
feeling bollywood sangat hahahaha
DeleteNana
DeletePernah skali Tu kt pantai di Terengganu . Tapi TK Mandi la sebab kt situ tk bleh Mandi . Duk sebok berlari menikmati angin tiba2 arhhhhh . TERPIJAK KULIT SIPUT . Sakitnya tuh disini
ReplyDelete