Nuffnang

Sunday 9 November 2014

Remaja Chapter 12 #115



Hafid, Sufiyan dengan Haikal duduk bertiga kat mamak Al Hameed tu. semi debat baru habis and nasib baik menang lawan SKI. Mata untuk dua dua buah sekolah da hampir sama and Haikal memang terasa nak buat sujud syukur bila sekolah dia menang and bukannya SKI. Sejak dia balik dari Cherating, Hafid da kurang cakap dengan dia. kurang marah, kurang bebel dan jugak kurang cakap. Kurang cakap tu yang paling obvious. Tak tahu kenapa. tapi bagus jugak bila Hafid kurang bercakap sebab dia memang malas nak hadap Hafid tu.
Selepas dia balik dari Cherating jugak, Paan ada jugak try contact dia through whatsapp tapi dia buat dono wassalam je tak layan mamat tu. pergi mampus. Malas pulak dia nak melayan mamat romeo musibat lahanat tu. dia rasa kalau dia jumpa mamat tu kat dunia nyata, mesti da selamat terbang da mamat tu sampai ke Antartika sana.
“mahu order apa?” tanya mamak
“milo ais.” Jawab Haikal pantas.
“emm, saya nak Lai Chee Kang.” Order Sufiyan. "cuaca panas la bos hari ni. Lai Chee Kang kasi umpph sikit kay."
“bagi saya ais kosong je la.”
“makan pulak?” tanya mamak lagi.
“nasi goreng ayam. Mamak.” Kata Haikal.
“roti sardin.” Order Sufiyan.
“Maggi Goreng mamak.”
Lepas da habis order, terus mamak tu belah dari situ. Sufiyan terus bersandar kat kerusi. “pheww. Nasib baik semi tadi kita menang. kalau kalah, memang sia-sia je la kita berlatih sampai 2,3 pagi.” Sufiyan awal-awal lagi da longgarkan tie dia tu.
“mata aku da barai da.” Kata Hafid perlahan. “aku rasa macam ada benda bergayut kat bulu mata aku je ni.” Hafid menguap sebelum tutup mulut guna tangan. Mata budak tu yang memang sepet makin bertambah sepet lepas menguap.
“mengantuk.” Rungut Haikal. Haikal sembamkan muka ke meja makan. “bila final debat?” terdengar suara budak tu bergumam dari sembaman kat meja.
Sufiyan angkat bahu. “tak tahu lagi. eh? Hari tu kau pergi Cherating dengan siapa?” terus Haikal spontan angkat kepala pandang Sufiyan.  “Lupa aku nak tanya masa kita berlatih. Ye la, masing-masing sibuk nak carik fact. Kau pergi dengan siapa?” Sufiyan ulang soalan. Hafid da start main fon. Da tak peduli dekat Sufiyan dengan Haikal yang berbual.
“errr,” Haikal ragu-ragu nak bagitahu. dia pun tak tahu sama ada nak jawab soalan Sufiyan tu ke tak. dia jeling-jeling Hafid. Tapi dia tengok budak tu macam tak dengar pun perbualan antara dia dengan Sufiyan.“aku pergi dengan kawan sekolah lama aku dulu.”
Sufiyan angkat kening. Hafid kerut dahi sikit walaupun tengah husyuk tengok fon. “uuuu, siapa weh? Kau dating ea? Perghh, dasat siak dating sampai ke Cherating. Macam la area sini takde. Kau tengok ni Hafid, si budak kecik ni, siap pergi dating ke Cherating tu.” Sufiyan sengih.
Haikal buat muka. “dulu aku sekolah lelaki la makhluk. Takde maknanya nak dating bagai semua tu.”
Sufiyan semerta tergelak bila dengar ayat Haikal tu. Hafid terus angkat muka pandang Haikal.
“siapa?” tanya Hafid.
“huh?” Haikal tak paham soalan Hafid. Tetiba je cakap siapa. Siapa yang apa?
“pergi Cherating dengan siapa?”
Haikal terdiam kejap. Sebelum jawab pendek. “Paan.”
“oh.” Hafid terus sambung main fon.
“kau kenal ke Hafid kawan si Haikal tu?” tanya Sufiyan.
“kenal je.” jawab pendek.
“siapa?” tanya Sufiyan pandang Hafid sebelum terdapat pengertian kat muka Sufiyan. “ohh! Okay. Aku da tak tanya da.”
Haikal pandang Sufiyan dengan Hafid silih berganti. Apesal budak berdua ni fishy semacam je. Budak berdua ni macam ada simpan something je daripada aku. Picing mata pandang Hafid dengan Sufiyan silih berganti. Tak lama lepas tu, pekerja mamak Al Hameed sampai kat meja diorang bertiga untuk  hantar milo ais, ais kosong dengan Lai Chee Kang yang dorang order tadi.
“so, hows Cherating?” tanya Sufiyan. budak lelaki tu hirup sikit Lai Chee Kang sikit lepas tu. Hafid sambung main fon dan tak melayan sekali lagi perbualan budak berdua tu.
“misery.” Kata Haikal pendek. Dari hujung mata dia boleh nampak Hafid angkat kening. Eh? Mamat ni curik dengar ke apa.
“apesal pulak?”
Haikal angkat kening. “perlu ke aku menjawab soalan kau tu Sufiyan?” mamat ni tanya soalan bangang-bangang je kat aku. Malas betul aku nak jawab. Sebab semerta dia teringat dekat kenangan bila bangun pagi ahad tu. sial la Paan. Apesal kau macam babi sangat? Sambil tu mata dia jeling-jeling kat Hafid sikit. Ye la tu main fon padahal telinga ketegaq dengar apa yang aku borakkan dengan si Sufiyan. Tetiba Haikal macam naik angin.
Sufiyan angkat bahu. “depends kalau kau nak cerita. Kalau tak nak cerita pun takpe. Aku Cuma tanya je, how is Cherating.”
Haikal diam sebelum jawab soalan Sufiyan. “weather semua cool and breezy la. aku dengan kawan tu, kitorang pasang khemah tepi pantai. So, macam best la jugak. Ni pun first time aku rasa benda-benda macam tu semua. Bagi aku, nice experience la jugak. Kawan aku pun siap buat Outdoor Cooking lagi.”
Sufiyan nganga kejap. “serius la outdoor cooking? Like seriously masak kat tepi pantai semua tu? Tabik sial kat kawan kau.”
Haikal nak tergelak da tengok muka Sufiyan yang macam teruja and kagum gila tu. padahal outdoor cooking je pun. Bukannya si Paan tu masuk masterchef ke apa ke.  “he is kinda awesome la bab-bab macam tu.” ayat Haikal makin lama makin perlahan dan dia tak habiskan pun ayat dia. nak je dia sambung cakap.
“tapi ... -,- kalau bab lain, memang macam babi si Paan tu.” KAH KAH KAH. takde la dia nak cakap , Paan is very babi lahanat musibat semua tu kat depan-depan Sufiyan. Nanti pelik la budak tu and nanti makin banyak soalan pulak budak tu tanya kat dia. Tak ke nanti jadi masalah, lagi-lagi si Sufiyan ni suka tanya soalan. kadang-kadang soalan yang Sufiyan tanya tu boleh tahan luar alam dan agak menguji minda untuk dia jawab.
“apa agak-agak tajuk final debat kita ea?” tanya Haikal cuba tukar topik.
“jadi apa yang misery sangat tu?” tanya Sufiyan lagi.
Eh mamat ni. -,- aku ingat da tak wujud da soalan Cherating tu. keluar lagi soalan tu.
“eh Hafid, agak-agak kita lawan siapa ea final nanti?” tanya Haikal. dia malas nak jawab soalan Sufiyan.
“jawab je la soalan Sufiyan tu.” balas Hafid tanpa pandang muka Haikal. husyuk pandang fon.
Hafid ni memang celaka jugak. Nampak sangat dengar perbualan aku dengan Sufiyan. “aku tak rasa aku nak jawab soalan Sufiyan tu. aku ingat kau husyuk main fon, tapi rupanya pasang telinga dengar apa yang aku borakkan dengan Sufiyan. Boleh tak jangan nak menyibuk dengar kalau kau tak nak dengar je sebenarnya.” Haikal balas bengang. “sibuk.” Tambah Haikal perlahan.
Sufiyan da tergamam terkedu bila Haikal cakap macam tu. Hafid ketap bibir. Rahang budak tu timbul.Tetiba Haikal rasa menyesal pulak sebab cakap macam tu. dia da terasa aura Hafid nak marah. Dia macam rasa Hafid akan baling cawan kat kedai mamak tu sampai ke tengah jalan.
“okay. Aku tak nak amik tahu apa-apa da.”Hafid angkat bahu. Budak tu pandang Haikal dengan pandangan beku. "lantak apa nak jadi dekat kau lepas ni."
Haikal pandang Hafid jugak. “bagus la.” balas Haikal beku jugak.
Senyap.
“eh da da. Jom minum dulu.” Sufiyan pecah suasana.




Haikal duduk dalam kelas dan cuba untuk tumpu perhatian dengan apa yang ustazah ajar kat depan pasal tokoh islam – Hasan Al Banna. Zahid dekat sebelah dia da main conteng-conteng buku, lukis entah apa dekat situ. Nampak sangat budak tu bosan dalam kelas pendidikan islam. Pastu mangai marah kalau markah dia lagi rendah dari markah aku. padahal dia sendiri yang tak tumpu perhatian dalam kelas. Tapi hari ni , dia pun terasa yang dia tak boleh nak tumpu perhatian dalam kelas. Dia mula menconteng kat atas buku teks depan mata dia. mata tunduk pandang buku teks husyuk kononnya membaca nota padahal tangan buat seni da kat atas biodata Hasan Al Banna.
“kau ada masalah?” tanya Zahid perlahan. Haikal pandang Zahid kat sebelah. Kelam dia pandang Zahid. Mamat ni da kenapa tanya soalan kat aku tetiba. Zahid pandang dia balik. Zahid tanya perlahan sebab tak nak ustazah kat depan perasan yang dorang berdua tak tumpu perhatian pun dalam kelas tu.
“apesal kau cakap macam tu?” Haikal sambung melukis kat buku teks. Dia mula lukis mata. lukis anak mata pastu tambah bulu mata kat karakter yang dia tengah lukis tu.
“selalu kau husyuk dalam kelas and kau selalu bising kat aku kalau aku yang buat benda-benda macam ni.”
Shaker pilot Haikal berhenti melukis kat atas kertas. Dia baru lukis kat bahagian rambut. Haikal letak Shaker atas buku teks. “malam ni jom lepak mana-mana jom. Aku rasa nak pergi Dataran Putrajaya la. bawak aku boleh?” Haikal pandang mata Zahid.
“err.” Zahid jelas teragak-agak. “kenapa?”
Haikal amik balik Shaker Pilot atas buku teks dan sambung melukis. Dia tambah telinga dan leher pulak lepas tu. Angkat bahu. “saja je. bosan duduk kat rumah malam ni.” kata Haikal perlahan. lepas tu budak tu shade kan sikit kat bahagian rambut karakter dia tu.
“okay. Malam ni kita pergi.” Zahid pegang peha Haikal. “kalau kau ada masalah, kau kena ingat, aku sentiasa ada untuk kau. aku kan abang kau.”
“err.” Lepas tu Haikal sengih dan geleng kepala perlahan. "aku rasa fishy betul kau pegang peha aku."
Zahid gelak je.







Zahid dengan Haikal baring atas rumput kat Dataran Putrajaya tu. Dataran tu sekarang meriah dengan orang ramai. Ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan pakwe. Ada yang datang dengan makwe. Ada yang datang secara berkumpulan. Ada yang tengah main badminton, basikal, roller blade, frisbee and even ada yang tengah buat usrah kat situ, kat tengah-tengah dataran. Tapi dia tak hairan sangat pun. Bukan first time dia nampak aktiviti-aktiviti macam tu depan mata dia. Jam baru 9 malam. Tadi dia dengan Zahid da siap-siap solat isya’ kat masjid merah – maroon depan mata dia ni. cantik. Dia suka tengok bentuk bangunan depan mata dia ni. dia suka tengok architecture and reka bentuk bangunan sebenarnya. tetiba teringat impian dia nak pergi jalan-jalan tengok dunia luar. Tapi dia tak pernah kasi tahu siapa-siapa pasal benda tu.
“Zahid.” Panggil Haikal.
“urmm.” Sahut Zahid tanda budak tu mendengar. “apa dia?”
Mata masing-masing pandang dada langit.
“one day aku terasa nak pergi Turki la.”
“kenapa?”
“apa yang kenapa?”
“ye la. kenapa Turki? Kenapa bukan negara lain? Malaysia pun tak habis jelajah lagi. ni nak pergi Turki pulak.” Tanya Zahid pelik.
“sebab dulu aku pernah baca satu novel. Damai nama novel tu. setting dia kat Turki. Bila aku baca novel tu......”
“kau nak cakap, kau jatuh cinta dengan Turki bila kau baca novel tu la?” pintas Zahid.
Gelak.
“lebih kurang la.” Haikal terdiam kejap lepas tu. bestnya kalau dapat pergi Turki.
Sengih sorang-sorang bila teringat pasal impian dia pasal Turki tu. Mata terpaku tengok langit yang hitam gelap. Bintang sikit je kat langit malam ni. “aku teringin nak tengok reka bentuk bangunan dia. bila aku baca Damai tu, aku pun tak tahu kenapa tapi aku ada azam, one fine day, aku memang nak pergi jelajah Turki. Aku nak tengok Masjid Biru dia yang famous tu.”
“pelik azam and impian kau tu.” kata Zahid satu persatu teragak-agak. Budak tu pandang Haikal. “tapi....why not. Seems cool la jugak. Nak aku teman?” Zahid pandang langit balik. “kurang bintang malam ni.” Tegur Zahid. Apa yang Zahid cakap pasal bintang tu sama la pulak dengan apa yang dia pikir.
“boleh jugak kalau nak teman. Tapi kena work hard sikit la nak kumpul duit.”
Zahid gelak. “ye la. duit tak jatuh dari langit macam Mary Poppin turun dari langit.”
Zahid tarik nafas sebelum hembus balik. Berat. “kau ....” Zahid teragak-agak nak cakap dekat Haikal. “kau ada masalah? Ada probs?” Zahid tanya Haikal. “if kau ada probs, share la dengan aku. Jangan simpan sorang-sorang. Aku tak suka tengok kau tetiba serabut semacam macam sekarang ni.” kata Zahid perlahan satu persatu.
“aku okay je ni. takde masalah apa-apa pun.”
“aku bukan sehari kenal kau Haikal. dari zaman budak kecik kanak-kanak riang lagi. dari zaman kita mandi bogel lagi aku da kenal kau. dan sekarang aku rasa kau macam ada masalah je.”
Haikal hela nafas. pastu tarik balik. “apa kau rasa pasal homosapien yang homoseksual? Apa pendapat kau pasal dorang?”
Jeda.
Zahid diam.
Haikal pun diam.
“kenapa kau tanya?” tanya Zahid. tanya dengan nada perlahan. Budak tu kerut dahi pandang Haikal.
“saja je.” Haikal angkat bahu. “nak tanya pendapat kau. ada kawan aku tanya soalan yang sama macam tu kat aku. aku like,, very serius tak tahu nak cakap apa dekat kawan aku tu. aku macam takut pulak nak kasi pendapat and I dont know la apesal dia tanya benda alah tu kat aku.”
“oh." Zahid diam kejap sebelum sambung. "err, bagi aku, homosapien yang homoseksual ni, dia still human being. Dia still ada perasaan. And what is gay actually?”Zahid tanya Haikal.
Haikal kerut dahi. “hurmm. Soalan yang menarik.” Haikal pikir dalam-dalam kepala otak. “aah kan. What is gay sebenarnya? Kau rasa , apakah itu gay? Pendapat kau?” Haikal tanya Zahid balik.
Zahid gelak. “aku da terasa macam kita dalam bicara siswa kat TV1 tu.” lepas tu Haikal gelak. “but seriously, apakah itu gay sebenarnya? Adakah seseorang itu dikira sebagai gay bila dia ada jatuh crush dekat lelaki? Ataupun dia dikira gay kalau dia mengambil berat terhadap lelaki? Apa penanda aras yang kita nak tentukan seseorang itu gay sebenarnya? Dia macam tak berskala. Dia bukan macam kita bezakan jantina lelaki dan perempuan. We easily boleh asing and define what is man and what is woman. Lelaki ada telur dan testis and perempuan pulak ada vagina. Kalau gay atau lesbian, dia macam susah nak define benda alah tu. ke seseorang itu dikira gay kalau dia mula membuat seks lelaki sesama lelaki?” Zahid da mula kasi hujah dia pastu kasi soalan luar alam sekali.
Haikal da sengih-sengih je. “aku rasa kau boleh masuk team debat sekolah la Zahid. Bernas je apa yang kau cakap tu. menarik la untuk aku hadam. Macam apa yang kau tanya, adakah seseorang itu dikira sebagai gay kalau seorang lelaki itu mula mengambil berat terhadap lelaki lain? Is it huh?” Tangan Haikal da terawang-awang ke udara masa cakap tu. “Even masa zaman Rasulullah pun , Saidina Abu Bakar pun selalu je amik berat kat Rasulullah. Jadi bagi aku la kan, seseorang itu tak la dikira sebagai gay kalau dia mengambil berat terhadap seorang lelaki atau dia sayang kepada seorang lelaki. Come on la. kita semua human being kot. Tak salah kau nak sayang sesama gender.” Gumam Haikal pada ayat-ayat akhir tu.
“yang tu aku setuju jugak dengan apa yang kau cakap tu Haikal. aku define gay tu kalau seorang lelaki tu mula membuat seks dengan lelaki lain. Bagi aku, macam apa kau cakap, dia tak la dikira gay kalau dia sayang lelaki lain. Even tak berdosa pun kau nak sayang lelaki lain and take care gila babi bayang jaga bagai dekat dia. Dia mula dapat dosa and suspicous bila dia dan seorang lelaki lain mula membuat seks.”
“emm tu la. takkan senang-senang je kita nak tuduh yang dia tu gay hanya sebab dia ambik berat kat kawan lelaki dia. tanya da makan ke belum. Tanya sihat ke tak. tolong jaga kawan tu kalau kawan tu sakit. Malaysian ni, kalau dia nampak seorang lelaki peluk lelaki lain, terus dalam kepala otak dia terus pop out, ‘gay gila budak ni.’ padahal dia just peluk je. no intention of sex at all.”
Zahid pandang Haikal. “jadi kalau aku peluk kau sekarang kat tempat umum ni, apa orang akan cakap kat kita?” tanya Zahid dengan nada awkward.
Gelak
Haikal terbahak-bahak da. “aku rasa kita kena rejam la weh sampai mati agaknya.” Haikal julingkan mata dia ke atas. Tangan dia gerak-gerakkan lagi ke udara. “like seriously, Malaysian people ni adalah sangat poyo. Dorang sangat obses dengan benda-benda ‘hey kau ni gay sebab kau peluk budak tu.’ ataupun ‘kau memang gay gila babi la sebab kau baring kat riba budak lelaki tu.’ padahal it’s just nothing. It is just kau baring je kat riba budak tu tanpa ada niat apa-apa.”
“masyarakat Malaysia dengan spastik dia. padahal zaman dulu, Rasulullah kalau jumpa para sahabat je, mesti takkan missed untuk cium atau laga pipi. Tapi kalau benda tu dibuat kat tempat umum kat Malaysia, mesti orang akan freak out gila babi punya.” Zahid gelak. “malaysian ni.. entah pape betul la.”
“dia yang jadi masalah bila seks sesama lelaki ni yang terjadi. Bila da buat seks, mulalah HIV la apa la mula merebak ke semua tempat. Tu yang menjadi masalah antara seks lelaki dan lelaki. Tu yang kita consider sebagai gay. Tapi bagi aku la Zahid, dia tu consider as a gay bila seorang lelaki tu start ada nafsu dekat lelaki lain. Macam kalau setakat nak jaga, amik berat, take care of ke apa ke, itu macam normal lagi tapi kalau da melibatkan nafsu, then aku rasa orang tu gay la.”
“kenapa kau cakap macam tu? kita bukannya boleh ukur nafsu tu macam mana. Jadi macam mana kita nak consider someone tu gay ke tak based on nafsu? Kita bukannya ada machine yang boleh ukur tahap nafsu seseorang manusia. lain la kalau kita ada scan machine yang boleh kesan tahap nafsu seseorang.”
Gelak.
“macam creepy je mesin tu." canda Haikal. "well, bagi aku la. hanya diri sendiri orang tu je yang boleh consider diri dia gay ataupun tak. macam kau cakap, nafsu tu ialah something yang tak boleh dikira. Something yang tak boleh dinilai. Ye la, macam mana kau nak nilai nafsu. Kalau dia da mula bernafsu dekat lelaki, then aku rasa dia tu tak normal la. and again, dia sorang je yang boleh nilai nafsu dia tu macam mana. Orang lain tak boleh nak nilai nafsu orang lain. Kau tak tahu nafsu aku and aku tak tahu nafsu kau.”
“oh Haikal. malam ni aku terasa bernafsu gila kat kau.” Zahid buat lawak semesta kat tengah-tengah padang Dataran Putrajaya tu. Haikal da gelak terbahak-bahak.
“menakutkan la kau ni. apa-apa pun, kalau kau suka kat lelaki, and bila kau da bayangkan benda pelik-pelik kat lelaki lain , contohnya, kau bayangkan kau buat seks dengan lelaki lain, then you can consider yourself la sebagai gay. Kalau setakat , niat kau rapat dengan seorang lelaki tu , untuk jaga dia, take care dia, then tak la 100% kita consider dia sebagai gay.” Haikal telan liur. Diam kejap antara Haikal dan  Zahid. Haikal pun da mula pening kepala dengan ayat yang dia cakap sendiri.
Jeda je lepas tu. Masing-masing cuba hadam tajuk pasal gay dan masing-masing husyuk pikir sambil pandang langit. Apa itu gay? Siapakah gay? Kenapa kita consider dia as a gay? Who are you gay people?
Haikal telan liur. “siapa manusia tu yang suka-suka nak tuduh seseorang itu gay? Siapa bagi dia hak untuk cakap, eh, kau ni gay” gumam Haikal.
Zahid duduk. Budak tu pandang Haikal dalam-dalam. “kenapa kau semangat sangat cakap pasal gay stuff ni. kau gay ke apa?” tebak Zahid.
“shoot.” Haikal gelak. Dia duduk hadap Zahid. Haikal bersihkan rumput yang melekat kat lengan baju. “aku tanya je. kawan aku tanya dekat aku. Sooooo. Why not aku tanya dekat kau and aku tak expect perbualan kita akan sampai jadi macam ni. And tak semestinya aku cakap pasal gay and aku sokong gay, aku ni suka sangat kat ‘apa itu gay’. Tak semestinya aku sokong gay and aku ni pun gay sama macam apa yang aku sokong. Sama macam kalau aku sokong hak seekor haiwan untuk hidup, and aku tak semestinya seekor haiwan. i’m not fucking alpaca if aku sokong animal's right. benda alah ni semua rumit. What is gay? Why gay people suka buat seks? Kenapa dorang suka buat seks sesama lelaki?”
Zahid angkat bahu. “maybe sebab lelaki tak akan mengandung, thats why dorang buat seks dengan lelaki daripada dorang buat seks dengan perempuan. I dont know. Apa kata kita carik lelaki gay and tanya je dekat dorang.” Lepas tu Zahid gelak-gelak sendiri je lepas dia sendiri cakap tu.
Haikal sendiri tak paham apesal si Zahid tu gelak tetiba. “emm Zahid.” Panggil Haikal.
“apa dia?”
“kau rasa kenapa seseorang tu jadi gay? Sebab dia ada kenangan buruk ke?”
“kenapa kau rasa seorang kanak-kanak nak jadi polis masa zaman dia kanak-kanak? Tapi bila besar dia tak jadi polis pun and end up dia kerja lain , contohnya engineer, doktor and lain lain. Sama macam gay people. apa yang aku rasa, dari kecik, dorang sendiri tak expect diri diorang untuk jadi gay. Tapi bila besar , it turn out to something different. Dorang tak mintak untuk jadi gay.”
“tapi dorang da besar untuk fikir mana baik and mana yang buruk.” Bidas Haikal.
“siapa cakap jadi gay ni teruk?”
“Zahid, kita tahu kot pasal kisah nabi Luth tu. bukannya masa zaman tadika tak pernah dengar kisah tu. Allah tak suka orang jadi gay.”
“aku rasa kau silap kat situ.” Zahid pandang Haikal. “Allah bukan tak suka orang jadi gay. Allah tak suka orang yang buat seks lelaki sesama lelaki. Allah tak marah pun kalau kau nak sayang lelaki.”
Haikal terdiam.
Zahid sambung lagi. “tak salah untuk kau sayang and amik berat dekat lelaki Haikal. siapa yang cakap salah?”
Haikal teguk liur. “macam mana kalau seseorang itu terlibat dengan seks sesama lelaki tapi dia tak nak pun.”
Zahid angkat bahu. “aku tak tahu Haikal. semuanya bergantung kepada orang yang buat tu. hanya orang tu je yang tahu kisah sebenar and apa yang jadi dekat dia. siapa aku untuk komen life orang lain.”
Sekali lagi Haikal terdiam. apa yang Zahid cakap hari ni, memang betul pun. siapa la kita nak komen life orang lain.







“Haikal.” panggil Helmi si ketua kelas.
“apa dia?” Haikal dongak pandang Helmi. Kelas bising dengan bebudak gelak ketawa. Cikgu yang mengajar subjek Sejarah tak masuk lagi ke dalam kelas. Sebab tu la bebudak semua bising semedang je dalam kelas. Haikal pulak tengah husyuk melayan soalan Fizik last year sebelum kena tegur dengan Helmi.
“cikgu Syakila panggil kau dekat bilik guru.”
Haikal kerut dahi. “apesal dia carik aku?”
Helmi angkat bahu. “tak tahu. Pergi je la jumpa and tanya dia. kan senang hidup kau.”
"mintak-mintak la takde benda-benda pelik dia suruh aku buat lagi."






“free tak minggu ni? final debat bila?” tanya Cikgu Syakila.
“lagi 2 minggu. Kenapa cikgu?”
“minggu ni free tak?”
“free je kot rasanya.”
“kalau free bagus la. sebenarnya,kawan cikgu dekat universiti ada buat kem untuk budak-budak sekolah. Dorang nak peserta dari pelajar sekolah menengah yang dari berlainan sekolah. Dorang mintak tolong cikgu carik sorang and cikgu terfikir kan kamu. Kamu free tak minggu ni? kem start dari jumaat petang sampai ahad petang. Kalau kamu free, then cikgu roger je la dekat kawan cikgu yang kamu nak join sama.”
Haikal diam. “kem ni..." Haikal da was was bertanya. "kem hardcore ke kem apa? kalau hardcore jadah malas la saya.”
“takde la. kem okay okay je. takde yang hardcore macam askar kena ro call pukul 6 pagi. Cikgu pun tak berapa tahu sangat kem apa yang kawan cikgu tu buat tapi cikgu rasa takde la teruk. Macam lebih kurang perbincangan and kem lawak-lawak , gelak ketawa lagha memanjang je.”
Haikal berdengus nak tergelak.
“emm boleh la cikgu. Letak je la nama saya kat senarai kem tu. tapi.... macam mana saya nak pergi kat tempat kem tu?” tanya Haikal ragu-ragu lagi.
“cikgu nanti bawak kamu la pergi sana. Cikgu pun da lama tak balik uni sendiri.” kata cikgu Syakila excited. “kem tu pun kat kawasan uni cikgu je.”
“ooo, kalau cikgu willing nak bawak, saya pun tak kisah je la.” Haikal sengih.
“oookies. Kalau macam tu, cikgu kasi je la nama kamu dekat kawan cikgu ye.”
“ok.” Haikal bulatkan ibu jari dan jari telunjuk tanda ok. Sengih. “coklat takde ke cikgu?” tanya Haikal teruja. matanya meliar teruja dan semangat atas meja cikgu Syakila untuk carik coklat yang boleh dimakan.
Cikgu Syakila julingkan mata ke atas. “pandai la tu nak pow cikgu.” Cikgu Syakila bukak laci and keluarkan Black Forest. “cikgu da agak da mesti kamu akan mintak something punya la. nah.” Hulur cikgu Syakila.
Haikal gelak-gelak je sambil sambut coklat tu. “thanks cikgu!”







Haikal letak beg kat dalam dorm. Yang paling tak boleh belah, rupanya Hafid pun ada sekali. Dia ingat, dia sorang je yang ikut pergi kem ni.  apa la cikgu Syakila ni sesedap wasalam je tipu aku. Kalau aku tahu si Hafid ni ada sekali, memang tak la aku nak pergi kem ni. Hafid letak beg kat katil sebelah dia. ada lebih kurang 10 katil double decker dalam dorm tu. tapi still nice and still rasa seronok tak sesak sangat. Dorm tu terletak kat dalam hutan and dari luar dorm tu, design dia ialah kayu. Memang sangat-sangat cantik dan klasik. Dekat depan setiap katil double decker tu akan ada almari kayu yang cantik. Ada dia dengan Hafid je kat dalam dorm tu. budak-budak dari sekolah lain tak sampai lagi. cikgu Syakila da selamat borak sakan dengan kengkawan dia yang jadi fasi untuk kem ni. dia dengan Hafid kat dalam kereta cikgu Syakila tadi pun memang awkward barabas habis. Kalau cikgu Syakila cakap dengan Hafid , adik dia tu, Haikal memang tak menyampuk apa. kalau cikgu Syakila borak dengan dia pulak, Hafid tetiba diam tak berkutik and tak melayan. Tetiba Haikal rasa pelik dengan sikap budak tu. marah sangat ke apa aku keluar pi Cherating dengan Paan and -,- motif la nak marah pun. Selepas kejadian  kat mamak tu, Hafid memang jarang tegur dia dah. Even masa berlatih debat sekali pun. Bagi Haikal, bagus la sebab tak la dia dengar Hafid membebel je. boleh cair taik telinga dia kalau dengar Hafid bising memekak.
“lapar tak?” tegur Hafid. Haikal terkejut. Budak tu duduk atas katil sambil makan cikedis. “nak?” tanya Hafid. Haikal yang memang perutnya tengah lapar memang tak pikir apa.
“boleh jugak.” Haikal duduk kat sebelah Hafid and mula masukkan tangan ke dalam Chipdelle untuk amik Chips. Tetiba dia terbau Axe si Hafid. Kuat jugak budak ni pakai Axe. Haikal dengan Hafid tak borak apa pun walaupun duduk sebelah-sebelah sambil makan cikedis sama-sama. Masing-masing buat muka beku. Haikal terasa diri dia teruk. Makan cikedis orang lain tapi takde intention untuk tegur orang tu pun. Tapi da Hafid yang offer cikedis tu, aku makan je la. orang cakap, rezeki jangan ditolak and musuh jangan dicarik. KAH KAH KAH.
Pintu bilik dorm terbukak. “assalamualaikum.” Seseorang bagi salam. Lepas tu ada seorang budak lelaki menjenguk di sebalik pintu untuk tengok ada orang ke tak sebelum masuk ke dalam dorm tu sambil tag FASILITATOR tergantung dari batang leher budak tu. kat tangan budak tu pun ada clipboard sekali sambil ada beberapa helai kertas tercepit kat situ. Budak tu datang ke arah dia dan Hafid sebelum kerut dahi pandang Haikal. budak tu tenung Haikal dalam-dalam.
“yes.” Tegur Hafid. Jelas kedengaran suara Hafid agak macam tak selesa sebab budak lelaki tu tenung Haikal dengan pandangan yang pelik.
“err,” budak tu terus pandang Hafid. “sekarang ni kitorang ada sediakan lunch dekat Dewan Delima kat bawah. Jom la makan dulu sebelum tunggu bebudak lain datang mendaftar.” Ajak fasi tu. Budak tu pandang Haikal balik. “saya.... nak cek nama peserta yang daftar, nama kamu berdua apa ye?” budak tu selak-selak kertas dekat clipboard. budak clear kan anak tekak dia.
“Haikal Luthfy.” Bagitahu Haikal.
Fasi tu terangguk-angguk kepala sambil tanda sesuatu pada kertas kat clipboard lepas Haikal bagitahu nama dia. “and lagi seorang? Nama apa ye?” tanya fasi tu lagi sambil pandang Hafid.
“Hafid Zamani.” Bagitahu Hafid.
Fasi tu sekali lagi tanda sesuatu pada kertas kat clipboard sebelum pandang Hafid dan Haikal semula. “okay, dua dua nama ada. Already tick. jom la kita pergi makan dulu. Makanan pun banyak je kat Dewan tu. takde siapa yang da daftar lagi melainkan korang berdua.”
“laa ye ke. okay jugak. Jom la makan dulu.” Balas Hafid. “kitorang berdua memang lapar pun.” Tetiba muka Hafid jadi ceria bila sebut hal makanan.
Haikal pandang Hafid nak tergelak. Kalau lapar pun, agak-agak la nak bagitahu lapar. Cuba la jangan terlalu jujur bagitahu yang perut tu tengah lapar. Cuba la cover sikit. Haha. Lepas tu, Haikal, Hafid and fasi tu bergerak keluar dari dorm dan mula bergerak ke Dewan Delima untuk lunch.
“so, nak panggil korang berdua apa? korang asal dari mana ni?” tanya Fasi tu ramah.
“panggil Haikal je.” bagitahu Haikal. “kitorang dua dari sekolah kat area Klang Valley ni je. tu yang sekejap je sampai kat sini. Bebudak lain kenapa tak sampai lagi?” tanya Haikal dekat fasi tu. Hafid tetiba mendengus nak tergelak dengar soalan Haikal tu. mata sepet Hafid jadi makin sepet lepas tu bila budak tu sengih. Haikal pandang tak puas hati kat Hafid.
Fasi tu tergelak sikit jugak dengar soalan Haikal. “tak tahu la Haikal. mana la tahu sebab apa dorang datang lambat. Tapi rasanya sebab dorang dari tempat yang jauh kot. Sebab ada je pelajar dari perak, kedah and even Johor. That is why lambat kot.”
Haikal hanya terangguk-angguk dengar explaination fasi tu. Padahal dalam kepala otak dia masa tu, da terasa aura nak baling kasut je kat Hafid. Sibuk je. memang la aku tahu soalan tu memang kedengaran agak bodoh, da tu, aku nak tanya apa lagi untuk break the ice. Hafid ni memang la macam babi.
“by the way, nak panggil apa ni?” tanya Hafid pulak. “nama apa? i mean, nama kau”
“nama? Zayyan Hisha. panggil Hisha pun cukup. Nak panggil aku – kau pun okay jugak. Baru la tak rasa awkward sangat nak borak. Orang memang selalu panggil aku Hisha pun. Jarang ada yang panggil dengan nama pertama aku. nama Zayyan tu macam da terkubur takde orang guna.” Sengih. Lepas cakap macam tu, Zayyan Hisha si fasi terus pandang Haikal lama.
“Zayyan Hisha.” ulang Haikal sambil senyum. “sedap nama tu.”
“thanks.” balas Hisha semula. budak lelaki tu sengih lepas dengar pujian Haikal.



**************************************************************

okay tamat chapter 12. haha. aku pun tak tahu apa korang rasa sekarang ni? sorry kalau lambat update tapi bulan 10 and bulan 11 aku memang agak busy gila barabas. event aku berlambak-lambak yang nak kena handle. hope korang semua suka baca apa yang aku tulis. kalau suka boleh la komen and share banyak-banyak. HAHAHAHAHHAHAHAHAH.


buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! till then, babai!



p/s
hari tu aku ada bincang dengan someone pasal nak terbitkan cerita aku ni. KAH KAH KAH. tapi secara underground la. kalau aku jual RM10, korang beli tak agak-agak? dan sejujurnya, saya memang perlukan duit untuk hal-hal belajar saya. haha, semoga support daku ~~ *da macam lagu pun ada* . and lagi satu, kredit to sunshine jugak for half of this story. love you! adios amigos. tata!

38 comments:

  1. Cerita ni best, watak hisha da sampai..yeayyy...Kalau terbitkan cerita ni sampai ke pnghujungnya..mmg akan beli pun...kalau RM 20 pun aku beli..sokong karya malaysia..bhahahahaha

    ReplyDelete
  2. berbaloi tnggu lama2 utk episod ni..finally haikal jmpe juga dgn si hisha ni..yg psal buku tu....mmg da lama tunggu utk cerita ni di bukukan..aq confirm beli.. teruskan usaha utk menulis utk episod akn dtg...adios amigos

    ReplyDelete
  3. finally kuar juga new chapter. lama sgt tggu da ni. hehehe. jujur kata chapter ni mmg best but ada ayat yang macam berbelit pada wal penulisan. even berbelit pown try juga tok fahamkan ayt tersebut. hehe. teruskan berkarya En. Shark. x sabar tggu for new chapter.

    ReplyDelete
  4. Letak harga 100 Pn Aku beli,
    Anyway, lama x chat kat wechat Kn shark.

    ReplyDelete
  5. Omaigod!!! Hisha!!! Hisha!!! Dia da kembali kate kooo...

    ReplyDelete
  6. Yeay hisha!!!!! zayyan hisha kemain namaa

    ReplyDelete
  7. hohoho! dh lme intai. akhir nya klua gak. Thnks En. Shark! Wish u success! harap2 dipercepatkan lah yg akan dtg k? haha! xsabar den. RM10? Ok kut,coz cte dye best!

    ReplyDelete
  8. Btw,Zayyan Hisha? wow! Cantik nama! Klau aku letak nama anak aku Zayyan Hisha boleh x? hehe. Hisha dah kembali! hohoho.

    ReplyDelete
  9. gempak siaaaaa ! finally penantian aku tak sia sia . hisha make his come back ! zayyan hisha :) sedap nama tuu

    ReplyDelete
  10. nk ckp.... thx buat pepanjang.. lama tunggu.. haha... hisha is back!
    plus knape haikal x ingt? i tot dh ingt balik? or was it partially?

    ReplyDelete
  11. Aku nak... sms aku wei aku nk bli

    ReplyDelete
  12. Hisha dh dtg...sakit ag ke kne tumbuk Haikal dlu...peehhh...Haikal...tc- mood brcampur baur..huhu

    ReplyDelete
  13. It can't be...???? Hisha dah keluar. Oh no! Adakah perangai dia masih setan mcm dulu... or not?

    ReplyDelete
  14. OMG HISHA IS BACK!! Akhirnya stelah mnunggu sekian lma, balik jgak kau, Hisha. Tetiber je aku mcm suka pulak kat Hafid tu stelah Paan mnunjukkan kebabiannya LOLZZ XD

    ReplyDelete
  15. yaaaaa hisha dah keluar..
    btw aku suka part yang Zahid n Haikal discuss pasal 'apa itu gay'...sebab aku pun selalu terpikir macam mana nak define seseorang itu gay atau tidak...agak menarik bila topik ni kau selitkan sekali dalam chapter kali ni..good job bro..

    hah aku sanggup beli Shark kalau kau nak jual cerita ni...kalau kau up kan harga pun aku sanggup...:)

    ReplyDelete
  16. berjanggut lagi la nk tggu next chapter...hahah...keep it up bro..

    ReplyDelete
  17. Pjg bjela jnuh bca tpi best

    ReplyDelete
  18. Apa r korang ni sk sgt kat hisya..tp aku pun sk sgt2 kat hisya..shark klu bleh nak haikal fuck hisya lg ganas lg best..hehe.

    ReplyDelete
  19. tiap2 minggu aku buka blog ni, tengok2 kot2 dh update, and finally dh update chapter baru.. woohoo watak Hisha is back...

    ReplyDelete
  20. Please support my new PLU novel Asyraf Suka Hariz! at www.missohshemm.blospot.com :DD

    ReplyDelete
  21. Hisha ni x fancy sangat but yeah Zahid pnya character makin best....best lagi klu diorang open their black secret and share it.... Best nye lo dpat cousin yg sesama gay n taste pon sama

    ReplyDelete
  22. Oh sial, kem 2 minggu dgn Hisha and Hafid yg tak berapa nal ambil kisah ttg Haikal? Apa jadah ni? Well, tak sabar nak tunggu chapter seterusnya, serious sekarang tak tahu nak buat apa dengan hidup.
    Oh Shark, serious kalau kau bukukan citer ni, aku beli, kata je mana dijual, sanggup pergi. Serious hahahah

    ReplyDelete
  23. Memang Tak Mengecewakan.. Remaja.. Terbaik!!

    ReplyDelete
  24. Zayyan Hisha ♥♥

    ReplyDelete
  25. moga cepat-2 buat sambungan

    ReplyDelete
  26. the story was great. aku keep ulang2 baca sementara tunggu inche shark post new chapter. mmg best !! bila baca pon tak bosan.. haha.. waiting for the next chap. fightingg

    ReplyDelete
  27. aku tak rasa buku nie akan dibeli lah even akan di publish. Mane ada pihak penerbit yg nak menerbitkan crita macm nie. By the way,klau 10000000000 gays di Malaysia baca,habis banyak tu juga dosa kau dpt -.- tayah lah publishkan. Nasihat ja.

    ReplyDelete
  28. huhuhu...tekejut aku watak hisha kembali...its become more interesting...mang best la karya ko shark..kalo publish pon ade follower punye...

    ReplyDelete
  29. Yayyy!!Hisha comeback!!btw Zayyan Hisha name yg cantik dan sedap didengar..mane kau kutip name tu abang??cepat lar update abang Shark!!!mmg tebaik arr..cerita kau bang!!

    ReplyDelete
  30. update plsss lama dah tunggu ni ....

    ReplyDelete
  31. Wah...best sgt... Update lagi k...

    ReplyDelete
  32. heyy, sye jarng on internet.
    nk mintk tlng jase baik sape yg dah bce chapter 13, bg taw sye kt wecht yg chapter 13 dh klua.
    id : vempire_
    jasa baik anda amat dihargai.
    aku dah gile dngn cerita ni.
    dlm mse 3 hri bole habis 33 chapter.. asrama + remaja. hehe

    ReplyDelete
  33. Tolonglah update, best lah. Hari hari singgah blog nie tengok tengok ada tak post baru

    ReplyDelete
  34. Next chapter please...xsabar..best sgt...

    ReplyDelete
  35. Excited gilak aku bila watak Hisha masuk..... Aku harap Hisha tak jahat macam Paan. Kalau dia jahat, memang aku benci dia selamanua. Hahahahaha btw Zayyan Hisha memang nama yang cantik.... Mesti kacak kan.. Hehehe baca nama pun aku dah excited.... Hisha!!!!!

    ReplyDelete
  36. Aku pun jenis sayang lelaki n take care gila babi jugak.. Tapi aku tkpernah pikir nk buat seks ke pe.. Aku rasa aku lagi suka disayang dibelai macam tu.. Aku baca-2 tk sangka la pulak kuar psl topik tu.. Mmg aku terpikir gak.. Lepas aku baca kau punya ni.. Aku lega tu je kbye hahahahaha

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)