Nuffnang

Monday 24 November 2014

Naruto da habis! #117

kau tahu tak episod naruto shippuden dan habis? huarghh!! aku selama ini yang menonton naruto dari segi anime dan membaca manga Naruto tanpa henti, ingin mengucapkan kesedihan melampau sebab Naruto da habis. :( *da macam kasi perutusan diraja la pulak, HAHAHAHAH*

aku start tengok Naruto since aku sekolah rendah lagi. aku tak berapa ingat sangat tahun bila aku tengok Naruto tapi aku rasa around darjah 5 macam tu la. adakah aku ini Otaku? no la kot. aku tak rasa aku ni kategori Otaku lagi macam orang lain yang memang tengok semua anime yang ada kat dunia ni. aku just layan anime macam Naruto, Bleach and Hunter X Hunter je. and sekarang ni pun , aku baru nak melayan Fairy Tail. tu pun baru episod berapa la sangat sebab aku stuck dengan melayan movie non stop. sebab aku rasa, aku nak habiskan segala jadah movie kat laptop aku, then baru la aku nak layan Fairy Tail tanpa henti sampai pengsan. KAH KAH KAH.

jadi... adakah kau, kau kau dan kau melayan Naruto sama seperti aku? mungkin akan ada yang tanya

"eh? since when Naruto da habis?"

mungkin yang tanya macam tu sebab dia layan Anime sahaja dan dia tak layan manga pun. jadi kepada yang asyik tengok Anime je, boleh la korang baca Manga Naruto episod yang ke 700 untuk spoiler. haha. Naruto kahwin dengan Hinata, Sakura kahwin dengan Sasuke, Shikamaru kahwin dengan Temari and lain lain la.

okay, sekarang kita beralih kepada sesi Question and Answer session.

1) cerita la sikit watak-watak yang ada dalam Naruto ni.



Naruto :

1) seorang yang bodoh dan tidak disukai ramai since dia kecik lagi. sebab dia suka kotorkan kampung dia and conteng sana sini. the reason dia buat macam tu ialah dia nak tarik perhatian orang ramai and more Naruto takde mak ayah yang dia boleh tarik perhatian. perangai Naruto yang suka buat hal kat kampung still diteruskan oleh anak Naruto dengan Hinata which is Bolt. masa ni Naruto da jadi Hokage pun. disebabkan Naruto selalu sibuk, that is why Bolt selalu kotorkan kampung untuk tarik perhatian bapak dia. nama anak Naruto ialah Boruto Uzumaki and Himawari Uzumaki.

2) teknik terpower Naruto ialah Rasengan. which is dari Rasengan, dia ada buat teknik lain lagi seperti Mini Rasengan, Rasen Shuriken and also Mini Rasen Shuriken.

3) Naruto crush dekat Sakura. tapi Sakura crush kat Sasuka. Hinata crush dekat Naruto. ah, cinta bersegi-segi. tapi somehow, aku rasa Naruto and Sasuke minat antara satu sama lain tapi segan nak cakap. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.

4) Naruto ada tailed beast which is Musang ekor sembilan si Kurama.

Uchiha Sasuke Icon

Sasuke :

1) Hotsetap gila dalam cerita Naruto ni and kiranya paling hansem la dalam kalangan budak-budak kat Konoha tu.

2) kalau nak diikutkan, dia pun antara kanak-kanak ninja terpower kat Konoha selain daripada Neji.

3) Mak bapak and seluruh keluarga Uchiha mati kena bunuh dengan abang Sasuke iaitu Itachi. jadi, sebenarnya Sasuke nak jadi kuat ialah sebab dia nak bunuh Itachi. aku rasa main cerita pasal Sasuke ialah buru Itachi and musnahkan Konoha. tu je. dan sasuke tak la kuat mana pun sebab most of powerful teknik dia macam Amaterasu and Susano , dia dapat dari abang dia.

Haruno Sakura Icon

Sakura :

1) dulu, aku rasa watak terloser sekali dalam Naruto ialah Sakura. sebab apa? Sakura is one of ninja dalam Naruto yang bukan datang dari family Ninja. macam watak Naruto yang lain, mostly, dorang datang dari great great family of Ninja and dorang ada special skills. contohnya Kiba , family dia pasal Anjing. Hinata and Neji , family dia pasal gentle fist and Byakugan. Shino pulak family dia berkaitan dengan bugs. Sakura pulak takde apa-apa dan very loser.

2) watak sakura ni, dia cuma jadi kuat after dia belajar medic dengan Tsunade. then lepas tu la baru dia jadi kuat gila barabas. bukti dia ialah dia dengan Grandma Chiyo berjaya kalahkan Sasori the Akatsuki which is Akatsuki tu macam Ninja ninja ghodfather kuat gila babi la.

3) Sakura kawen dengan Sasuka and dapat sorang anak perempuan. tapi aku tak ingat la pulak nama anak dorang tu.


Hatake Kakashi Icon

Hatake Kakashi :

1) cikgu kepada Naruto, Sakura and Sasuke.

2) masa mula mula dulu memang tegas habis and siap buat test lagi sama ada nak kasi Naruto, Sakura and Sasuke tu masuk team 7 ataupun tak. the reason Kakashi buat macam tu ialah sebab nak test dorang punya team working.

3) takde siapa tahu the whole face of Kakashi. tak pernah tunjuk pun dalam Naruto. ke aku yang noob? HAHAHAHHAHAHHAA.

4) Kakashi pernah dilantik sekejap untuk menjadi Hokage after kematian Danzo. Danzo tu pulak menggantikan Tsunade masa Tsunade pengsan tak sedar wasalam masa Konoha kena invade dengan Pain the Akatsuki.

aku tak tahu sama ada homosapien yang baca blog aku ni, tengok Naruto jugak macam aku layan Naruto but I wish korang semua paham la serba sedikit dan ringkas tentang watak-watak dalam cerita Naruto. haha. kalau korang nak layan manga, korang boleh bukak Mangareader and baca la siri Naruto dari situ. kalau nak layan anime, korang boleh bukak AnimeUltima and paling busuk sekali pun, korang boleh bukak Youtube and layan Naruto dari situ.

ada jugak part Naruto yang aku tak berapa minat. Contohnya flashback. serius... it like -,- very boring gila. lagi-lagi bila Sasuke flashback Itachi bunuh seluruh keluarga dia. da ulang banyak kali kot! da sampai aku sendiri da boleh hafal jalan cerita, cara and riak muka Itachi bunuh family dia. get a life la sasuke. nak jugak flashback banyak kali. haha.

antara watak dalam cerita Naruto yang aku minat ialah Shikamaru. sebab dia ni barabas pandai gila and boleh taktik yang superb gila. aku jugak suka Gaara sebab dia boleh kawal pasir and very talented ninja. Temari pun aku rasa ninja yang sangat cool walaupun dia garang nak mampus. the most ninja aku suka ialah Hokage pertama , Senju Hashirama. very lawak dan very humble and very superb ninja. and yeah yeah yeah, it is anime after all. hahaha. dont get really into it la Sharky. *mesti ada orang cakap aku ni obses gila dengan Naruto. haha*

aku sebenarnya nak tulis banyak lagi tapi aku nak kena siap siap pergi kelas la pulak. dan aku pun mula lenguh nak menulis. HAHAHAHAHAHAH. padahal banyak lagi watak yang aku nak menulis dekat sini. contohnya Ino, Shino, Kiba, Shikamaru, Orochimaru and lain lain la.

apa-apa pun, kepada peminat Naruto, selamat layan anime lain dan kepada yang tak pernah layan Naruto at all, selamat rest in peace masa baca entry aku ni. tapi aku rasa, at least semua orang pernah layan Naruto even 1 episode! aku chow cincau dulu untuk bersiap ke kelas. adios amigos. assalamualaikum dan selamat pagi semua!

p/s

azam tahun 2014 korang da tercapai ke belum? da nak hujung tahun ni. heh. and aku tengah bertungkus lumus nak siapkan remaja next episode. sila sabar ye :)



10 comments:

  1. Kenapa bukak balik luka lama!!!!argh!!!!ha3!pling sedih mengaharapkan masashi pairingkan sasunaru!serius!they r meant 4 each other!knpa sakura?!since when their relationship ada perkembangan?!tengok2 asyik naruto ngan sasuke jer!macam!macam! Argh!!!!What Da F***?!!! Ha3!anyway shark,kau suka pairing ane?

    ReplyDelete
  2. Peminat naruto rupanya. Aku tak layan sangat. Lebih berminat dengan Dragon Ball. Btw, azam 2014 dah berjaya capai !

    ReplyDelete
  3. You are getting better in writing. I like reading Asrama short novel. I can see the character development.
    However, where did Hafid come from? I felt as if I missed a chapter on it.

    Rooting for Hisha tbh. Hehe.
    Anyway,I like Shino. :)

    Now focusing on One Piece. Hehe

    ReplyDelete
  4. Aku prefer neji tp too bad dia dah mati :'(

    ReplyDelete
  5. btw kakashi sgtlah sexy. Yaoi sasuke x kakashi sgtlah mengancam HAHAHAHA JADAHNYAA XD

    ReplyDelete
  6. Bagus la Naruto dah abis .. dah dekat berbelas tahun aku dok layan ..sampai dah tua skang.. one more thing ..harap2 One piece pon abis before aku 35 tahun ..haha

    ReplyDelete
  7. attck on titan pun best gak lyn..

    ReplyDelete
  8. btw, nme ank Sasuke n Sakura is Uchiha Sarada..ngee..

    ReplyDelete
  9. Nu'man

    I have to say, One Piece will only end, when you have your first offspring. :)

    ReplyDelete
  10. Jangan risau laa.. Mini Series Naruto akan dikeluarkan pada musim bunga tahun depan..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)