Nuffnang

Saturday, 29 October 2016

Annual pass of Sunway Lagoon #219

Image result for sunway lagoon

Greetings from Sunway Lagoon

Hai guys!!

Tahukah anda bahawa Sunway Lagoon ada buat promotion yang gila babi best namampus barabas and kalau korang tahu promo ni, korang mesti akan tertanya-tanya dalam hati, serius la promo macam ni wujud dekat Sunway Lagoon?

and the answer, YES IT ISSSS.

1) apakah promo yang Sunway Lagoon buat ni?

Sunway Lagoon ada membuat annual pass untuk tourist , visitor, local and actually for everyone la. haha Annual pass ni sebenarnya ialah macam passport yang korang boleh keluar masuk Sunway Lagoon everyday dengan hanya membayar sekali sahaja.

apa? bayar sekali je?

YA!!!!!!

2) Apa itu Annual pass?

Annual pass ini terbahagi kepada dua iaitu annual pass 6 bulan dan juga annual pass untuk setahun. annual pass 6 bulan berharga rm150 manakala annual pass setahun berharga rm200.

contohnya korang beli annual pass setahun, dengan sekali pembayaran sebanyak rm200 masa mula-mula, and then korang akan dapat annual pass dari Sunway Lagoon, korang boleh masuk ke dalam Sunway Lagoon everyday, everyweek, every public holiday, unlimited access selama setahun tanpa henti.

Let's say, korang beli annual pass pada November 2016, korang bayar rm200 pada Sunway Lagoon, and then korang boleh masuk Sunway Lagoon hari-hari non stop sampai la november 2017.

Bayar rm200 sekali and then boleh masuk sampai muntah ke Sunway Lagoon selama setahun? Biar betul!

3) Adakah ini serius? :O

Haaa, aku da cakap kan? Mesti korang tak percaya punya la. HAHAHHAHAHAHAH. Annual pass ini adalah promotion dari Sunway Lagoon yang gila babi power superb and awesome gila la sebab one day per entry ke Sunway Lagoon for local ialah rm120 manakala untuk foreigner pulak ialah rm150.

bayangkan,

per day entry is rm120
annual pass for one year is rm200.

let's say dalam masa setahun korang masuk sunway lagoon 5 kali paling maksimum, the cost will be

RM120 x 5 = RM600

Tapi kalau korang beli annual pass which is only cost you, rm200, korang boleh jimat sebanyak rm400!!!

RM600 - RM200 = RM400 (jimat!)

4) Mana ada orang masuk sunway lagoon 5 kali setahun. 2 kali setahun pun da cukup -,-

okay, lets say you guys nak masuk Sunway Lagoon hanya 2 kali dalam setahun, still korang akan jimat kalau beli annual pass. Jom buat kira-kira lagi! Hahhahaha, aku da macam buat MLM kan? Hahaha, bangang!

RM120 x 2 = RM240
Annual pass = RM200

Still dengan membeli annual pass, korang boleh jimat sebanyak rm40! Bagus gila kan?

RM240 - RM200 = RM40 (jimat!)

5) Perghh, bagus gila la promotion dari Sunway Lagoon ni! Murah gila!!!!! Macam mana saya nak sign up for this one?

okay, untuk beli annual pass of sunway lagoon ada 3 cara

- website
- kaunter di sunway lagoon
- open kaunter di sekitar bandar sunway dan juga lembah klang

harga annual pass di website dan juga kaunter ialah rm450 which is quite expensive la. Jadi apa yang korang perlu buat ialah dengan mencari open kaunter Sunway Lagoon di sekitar bandar sunway dan juga klang valley!

Setiap hari atau setiap 2 hari sekali, van Sunway Lagoon atau nama glamour dia iaitu Quackie Cruises akan bersiar-siar di sekitar lembah klang macam Hot FM Zoomerz! Kalau korang beli annual pass dari Quackie Cruises of Sunway Lagoon, baru la korang boleh dapat harga rm200 for setahun / rm150 for 6 months. Otherwise, it will be rm450 dengan sekali pembelian.

6) Alamak, malasnya nak carik van / open counter tu!

apa yang korang perlu buat ialah hanya bukak facebook atau instagram, I bet semua orang ada facebook ataupun Instagram,  lepas tu search Sunway Lagoon Malaysia. Dekat situ, Sunway Lagoon akan update kedudukan Quackie Cruises setiap minggu. Untuk minggu ini, QC sudah pun berada di APU Bukit Jalil selama tiga hari, UNITEN selama dua hari , untuk hari ini dan esok, QC akan berada di Tesco Mall Puchong berdekatan dengan IOI Mall Puchong.

Jadi, apa lagi, dapatkan cepat annual pass korang!!

7) RM200 per year ni untuk seorang ke?

Ye la nak. Dah per entry per day into Sunway Lagoon is rm120. Takkan la for one year, rm200 tu kau nak kongsi lima belas , enam belas orang. Haaa, tu baru la Sunway Lagoon bankrap haha.

8) Kawan saya tinggal dekat Johor, macam mana ya dia nak daftar?

Anda boleh daftarkan kawan anda. Tiada masalah. Apa yang kami perlukan dalam form Sunway Lagoon annual pass ialah

-nama penuh
-IC number
- contact number
- email

dengan empat benda ini, korang boleh daftarkan untuk kawan-kawan korang juga. asalkan berbayar la. hahaha

9) Macam mana pula dengan kanak-kanak? sama harga rm200 juga ke?

yap! untuk kanak-kanak, harga annual pass juga ialah rm200. kalau per day per entry into Sunway Lagoon for kids is rm96. tapi kalau untuk annual pass, the price also rm200 same with adult. hanya kanak-kanak di bawak 90 cm dibenarkan masuk ke Sunway Lagoon secara percuma

10) Untuk foreigner boleh juga ke?

Boleh! Tiada masalah. Kalau korang ada kawan foreigner yang nak daftar sekali, suruh dia bawa I-Card ataupun Multiple Entry Visa. Sunway Lagoon tidak terima jika ianya Single Entry Visa ataupun student tersebut tidak mempunya I-Card. Pastikan tarikh pada I-Card dan juga Multiple Entry Visa rakan foreigner anda masih valid dan bukannya expired! :)

11) Boleh ke saya beri annual pass saya pada orang lain?

Semestinya tidak boleh. Annual pass of sunway lagoon bagaikan passport anda juga. ianya mempunyai nombor siri dan data anda . Jadi, anda tidak boleh beri annual pass pada orang lain. Jika didapati anda beri annual pass pada orang lain, pihak sunway lagoon, boleh mendenda dan menarik balik annual pass anda. jangan nak kedekut sangat boleh tak? rm200 je pun and main la puas-puas kau dekat dalam sunway lagoon tu.

12) Guna annual pass ni boleh main semua games ke kat dalam sunway lagoon?

Yes and no.

Eh kau ni. Jawab berbelit pulak. haha.

Yes, sunway lagoon ada 6 theme park which is

-scream park
-amusement park
-water park
-nickelodeon lost lagoon (new!)
-extreme park
- wildlife park

Jadi korang boleh main semua theme park segala bagai tu. Tapi ada games yang korang kena bayar asing kalau nak main which is

- go kart
- g force X
- bungee jumping

yang 3 kat atas ni, kalau korang masuk per entry pun, still kena bayar asing jugak and not included in the fee of the entry.

13) again, macam mana nak daftar annual pass ini?

hanya mencarik Quackie Cruises ataupun open counter kami di sekitar lembah klang. Hanya bukak facebook atau IG and taip Sunway Lagoon Malaysia, setiap minggu / setiap hari Sunway Lagoon akan update di mana kedudukan Quackie Cruises berada.

14) Kalau saya daftar hari ni, saya da boleh terus masuk Sunway Lagoon keesokan harinya ke?

Oh tidak. Kami perlukan 5 hari untuk masukkan data anda ke dalam sistem kami. Lets say korang beli annual pass pada Quackie Cruises / open counter pada 1hb Nov, korang boleh start masuk ke dalam Sunway Lagoon pada 6hb Nov.

15) Ada tak benefit lain kalau beli annual pass ni?

Yes it is. Korang akan dapat baucer makanan dari Sunway Lagoon sewaktu mendaftar annual pass. So boleh la guna sewaktu nak main-main mandi segala bagai nanti. Baucer tu bukannya bermaksud korang akan dapat makan free, tapi dapat bayar makanan dengan harga yang lebih murah dan dapat diskaun la. Selain itu, korang juga akan dapat diskaun bila nak guna loker di Sunway Lagoon ataupun bila korang nak pergi Lost World of Tambun.

Yes, korang boleh dapat diskaun bila nak masuk ke Tambun.

16) Apa yang saya perlu bawak bila nak masuk Sunway Lagoon selepas 5 hari mendaftar?

Apa yang kaunter annual pass perlukan dari anda ialah IC dan Annual pass anda (untuk local) , jadi jangan tinggalkan pulak! Haha. Untuk foreigner pulak, kaunter annual pass perlukan I - Card / Multiple Entry Visa dan juga annual pass. Sebab tu anda tidak boleh tipu orang kat kaunter sebab all the details already in the system.

17) Siapa yang saya boleh contact kalau terdapat pertanyaan?

saya. ya saya! hahaha. sekarang ni aku bekerja di Sunway Lagoon di jabatan Membership atau nama inggeris dia ialah Membership Department. for further information boleh contact gua di talian

017 6326242

siapa buat prank call, gua belasah.

hahaha. oh kalau korang contact untuk belanja tengok wayang pun okay jugak. haha. yang tu aku terima dengan hati terbuka KAH KAH KAH. Bagi aku la kan, annual pass ni memang jimat gila and tersangat la berbaloi buat sesiapa yang suka theme park and segala bagai benda extreme. There are a lot of rides, games dan segala bagai yang ada di Sunway Lagoon. Serius, you guys will not getting bored. At all. Kalau nak main or mandi di Sunway Lagoon, sangat kebosanan kalau korang sorang-sorang je. Dia agak seronok kalau datang ke Sunway Lagoon secara berjemaah ataupun beramai-ramai so.... ajak la kengkawan korang beli annual pass ni. haha

Mohon Sunway Lagoon bayar aku lebih lepas aku da promot annual pass ni. MUAHAHHAHAHAHAHHAHA. gila tak ikhlas kau ni.

kay la kay la. till we meet again, sekian. adios amigos. Assalamualaikum. Selamat malam semua. Bai bai korang!!!!

p/s
kalau korang tanya ada tiket free ke apa ke Sunway Lagoon, the answer is no. sekian. HAHAHHAHAHAHHAHAHAHA.




Wednesday, 19 October 2016

OYAKAWA / Chapter 2 #218

Chapter 2
Tengah dia sesedap layan movie dekat laptop, roommate baru dia masuk ke dalam bilik.
“Yo!” Sapa roommate baru dia. Budak lelaki yang baru masuk ke dalam bilik dia tu just bawak backpack je. “I’m Oliver. Budak food. Third year. Kau?” Oliver hulur tangan salam.
“Harris. Recreation, Forestry. 2nd year.” Harris berdiri salam tangan dengan Oliver.
“Da lama sampai ke?” Tanya Oliver. Budak lelaki tu letak backpack kat atas katil sebelum menggeliat. “Im so tired as fuck. Aku bawak kereta dari Johor non stop dengan jammed segala bagai dekat Nilai sana.” Rungut Oliver.
Harris tergelak. “Normal la tu area Nilai. Eh sebelum ni kau memang budak 12 ke?” Harris duduk balik atas katil sambil layan roommate baru dia.
“Tak la. Aku budak 13. Pastu pindah 12. Serabut la duduk 13 tu. Banyak sangat protokol dia.” Cebik Oliver. “Eh? Kau da makan?”
“Belum lagi.” Harris sengih-sengih je.
“Good. Jom teman aku makan jom. Lapar.” Oliver buat muka kesian.
Disebabkan dia sebagai roommate yang baik hati lagi sopan nian santun, :P dia pun bersetuju je join Oliver makan sekali. Walaupun actually dorang bukannya kenal sangat pun nak dibuat kawan and di ajak berborak. Aku kan baik. KAH KAH KAH. Tak beragak puji diri sendiri.
“Lets.”


“Abang, jom makan.” Ajak Noah. “Eh, abang nak pergi mana?” Noah da kerut dahi.
“Aku nak keluar kejap. Beli barang.” Harris betul-betulkan tali pinggang sebelum betulkan rambut kat cermin yang ada dekat sebalik almari baju.
“Alaaa, baru nak ajak makan sama.” Suara Noah makin lama makin perlahan.
“Esok la. Okay?” Harris cuba senyum. Padahal dalam hati rasa nak suruh je budak lelaki tu keluar dari bilik dia. Tapi disebabkan ada roommate dia, malas la dia nak berkasar sangat. Kang banyak tanya pulak dorang tu.
“Okay.” Noah da buat muka ceria.
Harris da tergelak. Dia rasa setiap kali Noah ajak makan, setiap kali tu jugak dia akan cakap esok, and serasa dia da nak dekat tiga kali dia cakap macam tu. Fon dia berbunyi lepas tu. Terus dia capai fon and borak dengan orang yang kol dia tu.
“Okay, okay. Im on the way. Tunggu kat tempat biasa. Bai bai. Take care. Love you,” Harris masukkan fon balik ke dalam poket sebelum usha rambut kali terakhir.
“Siapa tu?” Tanya Noah curiga.
“My mum.”
Dia tipu.
Noah tarik nafas lega.
“Kay la. Aku pergi dulu.”
“Eh nanti kejap.”
“Apa dia?” Harris da mula rasa rimas.
Noah sengih-sengih. “Nak salam.” Cakap Noah perlahan.
“Jangan nak mengarut. Nak mati kalau roommate aku nampak?”
Noah garu-garu belakang kepala dia tak gatal. “Takpe la kalau macam tu.”Noah gelak hambar lepas tu.
“Woi, ayan apa?” Tegur Oliver. Dorang berdua sekarang dalam kereta Oliver dan menuju ke kedai makan.
“Naaa. Aku fikir masa lepas aku.” Harris tersuging kecil. Teringat balik akan Noah yang beria-ia nak salam cium tangan dia. Good boy habis. Hormat orang tua. Tapi entah kenapa dia yang bodoh sangat pergi layan budak tu macam sampah.
Oliver gelak. “Boleh tahan. Mengenang apa? Kisah cintan cintun masa zaman sekolah ke?”
“Sort of. Eh? Kita nak pergi makan dekat mana?” Harris tukar topik. Dia tak rasa dia nak cerita hal zaman dia dulu-dulu purba kala pada orang yang dia baru kenal. Tak pasal-pasal kena pandang sinis sebab ada perangai macam biawak masa zaman sekolah.
“Padang je. Tu je yang aku rasa boleh masuk and senang nak carik makan. Kau selalu makan mana sebelum ni?”
“Padang jugak. Busra.” Harris sebut nama kedai.
“Sama la!” Suara Oliver da ceria. “Gosh dude, Cuma sebelum ni aku tak perasan kau la pulak kat Busra tu. Kuey Teow Kungfu dia terbaik dari langit kot.”
Harris sengih je. Boleh tahan banyak cakap jugak roommate dia ni. “Aku telan je semua benda. Esok kau ada kelas ke?”
“Ada.” Oliver rolling eyes. “Got no chill langsung sem aku kali ni. Aku amik koko this sem actually.”
“Serious la?” Harris buat muka terkejut. “Kau amik koko apa?” Tanya Harris cuba ramah mesra.
“Berkuda.”
“Gigih.” Gumam Harris.
Oliver gelak-gelak je. “Awek aku ajak masuk berkuda. da nak buat macam mana kan? Aku baru nak masuk softball, tapi dia sibuk sangat ajak aku masuk koko tu.”
Oooooo, da ada awek rupanya.
“Kau tak masuk mana-mana koko this sem?” Oliver sambung tanya.
“Naaaa. aku da habiskan koko and baksis masa sem 1 dengan sem 2. Sem 1 aku terjal je amik Bakti Siswa and sem 2 aku ambil Asas Kembara.” Bagitahu Harris. “By the way, awek kau budak mana?” Tanya Harris. Sambil tu dia teringat akan Noah dia. Noah dia?
Noah yang comel.
Noah yang banyak cakap.
Noah yang selalu utamakan dia.
Noah yang manja dengan dia tapi dengan orang lain, budak tu akan act tough.
Noah yang independent habis.
Tapi kan...sejak bila Noah jadi hak milik dia. Hurm. Suka-suka je letak Noah jadi Noah dia. Hey! Kau / Sandra da berdendang sayang dalam kereta si Oliver ni.
“Kolej 5. Sama-sama budak food. Cuma dia food tech, aku food studies. Kau ada awek?” Tanya Oliver pandang Harris.
Harris tergelak terus. Awek? Hati dia berdetus. Ada pakwe pun lari. Ni pulak nak ada awek. “Soalan mangai apa tu?”
Oliver gelak pulak lepas tu.
“Soalan luar biasa yang aku tanya la. Soalan dari roommate baru mung ni. KAH KAH KAH.” Oliver gelak besar pulak tu.
“Nope.” Harris bunyikan huruf P kuat. “Nadaa, malas la aku serabut pikir pasal awek.” Rungut Harris. Padahal dia tengah carik ex dia. Lelaki. As pakwe actually and not makwe. Makwe and awek dia pun, last dia kapel dengan perempuan ialah masa zaman sekolah menengah. Sasha, Naliya, Vika, Elli dan siapa-siapa entah lagi yang dia couple dalam waktu yang sama. Playboy much huh Harris?
“Takde yang berkenan di hati lagi ke?” Oliver kerling Harris sekejap sebelum tumpukan pemanduan di hadapan.
Harris angkat bahu. “Takde kot.” Seorang je yang dia suka. Orang tu ialah Noah. Dia teringat senyuman Noah. Dia teringat macam mana Noah ajak dia pergi makan setiap hari. Dia teringat macam mana Noah akan buat lawak and cuba buat dia tersenyum kalau mood dia tak baik. Dia teringat macam mana Noah ajak dia pergi tournament dia and budak lelaki tu harap dia akan datang. Dia teringat macam mana sepetnya mata budak lelaki tu bila senyum. Dia teringat macam mana happynya budak lelaki tu kalau dapat peluk dia which is ... hanya sekali je.
“Geez, you creep me out. Senyum tetiba je.”
Harris senyum makin lebar. “Tak sedar.” Harris legakan anak tekak dia. “Aku rindu someone.” Mamat tu tersuging kecil lagi. “By the way, kau bila nak kawen dengan awek kau tu?” Tanya Harris sambil tukar topik sekali lagi.
Oliver diam. “Tengok la. Bila aku rasa nak kawen.” Oliver angkat bahu. “Aku bukannya serius sangat pun dengan budak tu.”
“Pulak da.”
“Awek aku tu psiko kot. Asyik nak berkepit 24/7 je dengan aku. Clingy habis. Rimas la aku. Come on, aku pun perlukan masa dengan kawan aku.” Rungut Oliver. “Budak perempuan is complicated.”
Harris da gelak-gelak. “Da tu pergi kapel buat apa?”
“Saja.” Oliver sengih-sengih. “Sebab trend.”
Harris makin gelak besar. “Setan punya orang.”




“Abang nak makan apa?”
“Apa-apa je la.” Dia sibuk main fon. Sibuk berwasap dengan  awek dia yang... emm entah ke berapa. Tapi lantak la. Da dorang yang nak dekat aku sangat padahal bukan tak tahu masing-masing dimadukan. Cuma Noah ni je yang tak tahu yang dia ada awek lain. Mamat tu je ingat yang dorang berdua ni serius and ada heavy relationship. Padahal dia tak rasa macam tu pun.
“Kalau macam tu orang orderkan lauk apa-apa je la ea.” Bagitahu Noah.
Dia tetap tak melayan apa yang Noah cakap and dia malas nak pandang orang yang tukang amik order ni. Hari ni outing sebab hari sabtu. Tadi baru lepas makan aiskrim dekat Bukit Bintang. Tu pun sibuk mamat si Noah ni nak amik gambar berdua. Buat semak je. Memula Noah ajak dia makan kat kedai tepi jalan je tapi dia cakap, dia tak mahu. Gila kau! Kedai tepi jalan kotor kot! Dan banyak lipas. Dan banyak tikus. And segala bagai sependa celup dalam mangkuk and kuali. Nak sebut je pun da rasa geli geliman, ni pulak nak kena hadap masuk kedai macam tu. And macam-macam lagi la yang ada kalau makan kat kedai tepi jalan. Mana la bersih nak makan kat kedai tepi jalan! Last-last dia bawak Noah ke restoran dekat area Avenue K.
Gila tak standard aku anak Dato’ sekadar nak makan kedai tepi jalan je. Noah ni pun tak beragak ajak aku nak makan makanan entah apa-apa.
Tetiba hati dia terasa panas dengan Noah.
“Abang.” Panggil Noah.
“Emm,” Dia sahut. “Apa?” Dia berhenti main fon and pandang Noah. “Apa dia?” Harris tinggi suara sikit sebab da bengang. Dia nampak Noah macam gigit bibir tengah fikir something.
“Kalau duit Noah tak cukup, err, nak pinjam abang punya duit dulu boleh tak?”
Harris diam.
Noah diam.
Ni la masa aku nak kenakan budak ni.
Harris da sengih-sengih jahat.
“Malas. Miskin buat cara miskin. Lain kali kalau nak keluar dengan aku, bawak duit banyak sikit. Kau da tahu kau miskin kan?”
Dia nampak muka Noah macam kecewa sikit dengan apa yang dia cakap tu. Tapi apa yang nak dipedulikan sangat pun. Memang tu pun niat dia.
“Okay.” Suara budak lelaki tu perlahan.
“Da sedar miskin tu, lepas ni tak payah nak ajak aku jalan-jalan keluar.” Keras ayat dia. “Sedar tak?”
“Sedar.” Sebut Noah perlahan.
“Sedar apa?” Tekan Harris.
“Sedar yang saya ni miskin.”

“Bang, saya nak Milo Suam. Dude, Harris, kau nak minum apa?”
“Bagi saya Milo Ais la bang. Makan, saya nak makan Nasi Goreng Ayam Kunyit.” Bagitahu dia.
“Saya pulak nak Kuey Teow Kungfu.” Bagitahu Oliver semangat. Harris da nak tergelak tengok fire dalam mata Oliver bila budak lelaki tu sebut Kuey Teow Kungfu.
Lepas orang tukang amik order tu belah, Oliver pandang Harris. “Kau macam deep in thought sangat je. Dari dalam kereta lagi. Whats wrong?”
“Sejak bila jadi kaunselor berdaftar ni?” Tanya Harris angkat kening.
Oliver sengih. “Sejak aku dapat roommate baru.”
Harris diam sekejap. “Takde apa.” Jawab Harris pendek. Dia tak rasa dia boleh cerita semua benda pada budak lelaki tu. “Serabut dengan kelas esok.” Harris senyum paksa. Tetiba dia teringat pasal Noah bila lepak kedai makan ni dengan Oliver. Harris..... Kenapa kau jahat sangat ni?
Harris mengeluh. Dia pasti apa yang dia cakap tiga, empat tahun lepas tu ialah salah satu penyebab kenapa Harris da tak pernah ajak dia lepak keluar lagi lepas tu.
Harris, kau memang fucked up!
Im so sorry sayang.
Dia da terasa nak carik mesin masa and kembali ke masa silam. Menyesal cakap macam-macam dekat budak tu dulu!
I will take care of you lepas ni....
Sayang nak makan banyak mana pun, abang bagi semuanya.
Anything for you.
Anything.....
Oliver mencebik dekat dia. “Kelas belum start da mula serabut.”
Harris tergelak. Busted. “Takde apa la. Nanti aku cerita kat kau kalau aku rasa nak cerita. By the way, apa nama penuh kau. Oliver? British habis nama kau.”
Oliver menjulingkan matanya ke atas. “If you have stupid parents, stupid auntie and uncle, then you will get this – Oliver – British - name. Nama penuh aku  is Ameer Oliver. Orang Tangkak  je pun. Tapi disebabkan aku acah-acah rasa macam tinggal kat UK, aku suruh semua orang panggil second basis name aku instead of Ameer sejak zaman aku tadika lagi.” Oliver sengih. “Kau pulak? Nama kau apa?”
“Gila aku rasa macam kita pergi blind date tanya nama segala bagai.”
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. Dua-dua gelak besar lepas tu.
“Nama aku Harris Oyakawa.”
“Melayu – Cina?” Tanya Oliver suspicous.
“Tak, tak. Melayu - Jepun.”
Muka Oliver nampak teruja. “Mak ke ayah?”
“Stop being teruja la setan.” Harris da nak tergelak.
“Rare kot jumpa mix Jepun – Melayu.” Balas Oliver dengan muka bercahaya – teruja luar biasa dia tu.
“Mak aku jepun. Ayah aku melayu biasa je. Dorang jumpa bila ayah aku belajar dekat Jepun dulu.”
“Perghhh, sokmo mix maaa. Patut la kau lip lap lip lap handsome semacam je. Eh? Kau ada adik perempuan?” Tanya Oliver sambil angkat-angkat kening.
“Hahahahah.” Harris da gelak-gelak. “Pergi fokus la dekat awek kau sana. Tak payah nak amik chance kenal dengan adik aku.”
“Alaaaa, nak kenal-kenal je pun.”
Harris gelak lagi. “Pi mati.”


“Harris, bangun. Subuh.” Kejut roommate dia.
“Emm, lima minit lagi.” Gumam dia mengantuk sebelum peluk bantak golek makin erat. Tak lama lepas tu dia dengar bunyi pintu bilik dibukak sebelum ditutup balik.
“Abang bangun. Sarapan. Kelas.”
“Malas la Noah.” Gumam dia. Memang dia tahu yang kejut tu ialah Noah walaupun dia tak celik mata pun lagi.
Noah cium pipi dia perlahan sebelum gosok-gosok rambut serabut dia.
“Apa ni main cium-cium.” Rungut Harris. “Aku da cakap kan, tak payah bagi morning kiss.” Harris tolak tangan Noah ke tepi sebelum terus duduk atas katil lepas tu dengan rambut yang makin serabut. “Serabut la kau ni.”
Noah gelak kecik. “Kan da bangun. Cepat mandi. Subuh sekali.”
“Ye la, ye la. Aku bangun ni. Memekak je.” Rungut Harris.
Noah bangun. Orang tunggu dekat Dewan Makan tau.”
Harris menguap besar tanda malas nak mendengar. “Okay.” Jawab budak lelaki tu pendek.
“Harris, bangun. Kau bukan ada kelas jam 8 ke hari ni? Semalam beria suruh aku kejutkan pagi ni.” Kejut Oliver.
Harris gosok-gosok mata gatal. Dia tetiba tadi termimpi pasal Noah sekejap. Dia duduk atas katil sambil termenung cuba nak ingatkan balik mimpi tadi. Rambut dia memang da kusut masai habis. Kalau boleh dia nak stay dalam mimpi tu and hadap Noah lama-lama. Mimpi macam mana budak tu hari-hari kejutkan dia bangun pagi tanpa gagal. Unless kalau budak tu ada pertandingan luar, baru la takde siapa yang kejutkan dia. And almost empat tahun, almost empat tahun, takde siapa kejutkan dia bangun macam Noah kejutkan dia bangun.
Ciuman di pipi.
Cheesy.
Bluekk.
KAH KAH KAH
Ya. Saya tahu.
Tapi Noah is so romantic. Kau nak suruh aku buat apa kan?
Bertuah siapa yang dapat dia.
I mean, bertuah siapa yang dapat Noah.
Aku la kan?
Dulu aku bertuah.
Sekarang da tak.
Harris capai fon dekat tepi bantal dia. 7 pagi. Dia menguap besar sebelum terus  bangun, capai tuala, bakul mandi dia and gerak ke toilet. Da almost empat tahun, almost empat tahun dia tak dapat ciuman di pipi untuk kejutkan dia bangun pagi.
Hampir empat tahun......
Noah, tunggu abang.
Don’t leave me...
Wait for me.
I will get the kiss back.
I will.
For us.
Jangan lari dari abang.

p/s
jangan lupa komen kalau suka dengan cerita ini!



Sunday, 9 October 2016

Welcome home / Radical Face #217

Image result for radical face




Aku baru dengar lagu ni awal minggu ni. Ke last week? Tapi bila first time dengar, terus rasa jatuh cinta. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAH. Lagu Welcome Mome ni da selalu sangat aku dengar sebelum ni sebab dulu selalu layan and tengok iklan Nikon . Pada mulanya aku ingat lagu ni ialah hak milik Nikon tapi bila dengar lagu Welcome Home / Radical Face, baru la aku tahu sesungguhnya lagu itu bukan lagu dari Nikon.

Eceh.

Maafkan ke noob buan gua. hahaha

Sejak hari pertama aku dengar lagu Welcome Home ini, banyak kali jugak aku repeat dengar lagu ni dekat youtube setiap kali aku nak buat kerja . =,= macam la banyak sangat kerjanya tu. KAH KAH KAH. Lagu-lagu Radical Face memang la sangat buat gua obses pada depa semua.

Selain dari lagu Welcome Home, aku obses jugak dekat lagu The Mute / Radical Face. Klip video The Mute sangat awesome which is sangat la buat hati aku tersentuh. To me, Radical Face memang la awesome gila barabas. Dia punya muzik sangat la menenangkan and rasa nak menari and tepuk-tepuk tangan sebab happy pada masa yang sama pun ye jugak.

Kalau korang bosan-bosan tu, pergi buka youtube and dengar lagu-lagu Radical Face! Aku rasa lagu dia sangat la awesome , best, superb tapi pada masa yang sama sangat underrated. Aku ada jugak carik dekat youtube, video React to Radical Face tapi hasil search gua ialah none, zero, kosong, yelle pucci.

Dia punya klip video pun best best! hehe, woiihh, apesal aku puji and promot radical face lelebih ni? Hahaha, mohon bagi gua sagu hati sedikit sebagai tanda promosi :P

Aku tak tahu orang lain pernah dengar atau tak lagu ni tapi sesungguhnya gua ialah first time. Hahhahaha, tolong jangan bash gua atau benci gua sebab baru jumpa lagu-lagu ini. Emm, apa lagi nak cakap ea? Da takde apa kot. K tu je la gua nak bebel pada entry kali ni. Da lama rasanya tak update belog kan? Tu yang rasanya nak update sekerap yang mungkin setelah membiarkan blog ini berhabuk lagi bersawang.

*tiup-tiup sawang* Cough cough.

Bai semua! Assalamualaikum. Tak jawab salam, dosa tau :3

p/s
hari ni mak gua buat tiramisu. hahahaha. sedap woiihhh, all the way from dapur panas mamaku. :P

Friday, 7 October 2016

Happy Belated Birthday!!! #216


Happy besday to me!!!! I mean, happy belated besday. MUAHAHAHHAHA. Kek ni kak long aku yang buat. Sedapppp! Lagi la bertambah sedap bila kau seorang penggemar cekelat yang tegar lagi utama. Aku sambut besday tahun ni dengan family je. Lel, padahal sebelum ni tak pernah sambut pun sebab setiap kali besday aku, aku mesti ada kat uni. 

Tahun ni sambut sekali dengan kakak aku sebab besday kitorang dekat-dekat. Besday aku 3 Okt and besday kakak aku 4 Okt. Malam tu makan sedap la and makin tambun la aku since duduk rumah je. haha. Makan kek cekelat, makan sate, makan spageti hommade and memacam lagi la. 

Oh, tak lupa jugak! Shout out to @Asyraf Crescent yang also has same tarikh besday as me! Yeayyy hip hip hooray! Sangat la tak sangka ada jugak blogger yang share tarikh besday dengan aku. Nanti kita makan kek sama sama kay. Haha.

Thanks pada mereka yang wish besday gua di twitter, wattpad dan juga facebook. Facebook tak ramai yang tahu sebab aku hide tarikh besday aku. Haha. Ramai yang wish dekat twitter je la and ada a few siap nyanyi *rolling eyes* dekat whatsapp! Muahahahaha. Gua blushing-blushing bhai bila ada orang nyanyi untuk gua.

Kau tak blushing kalau orang hantar voice note pada lu sambil nyanyi lagu Happy Besday? Fuh, gua pun melting babe. Koh koh koh. Gua akhir-akhir ni memang malas nak update belog. Da la duk rumah tak buat apa, pastu malas pulak update blog. Hahahhahahah. Kau memang la double triple anjeng pemalas. Emm emm, nanti ada la tu aku update bebila. :P

Selamat berjumpa lagi. Babai!



p/s
siapa nak pi sunway lagoon nanti roger gua kay :P